pameran bertema jom cuti 2

Upload: azrizamani-haji-ahmad

Post on 10-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

maklumat tempat menarik di Malaysia

TRANSCRIPT

Anda boleh menikmati keseronokan sepanjang hari di Genting, City of Entertainment, terletak di puncak yang tinggi, berangin dan sungguh menyejukkan. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Disebabkan ketinggian 2,000m, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca seperti di Eropah!Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Genting International Showroom atau Pavilion, sama ada pertunjukan silap mata atau pun persembahan luncur ais. Terdapat juga peluang untuk pergi membeli-belah di First World Plaza, termasuklah melawat taman tema serta menjamu selera di restoran-restoran yang terdapat di sini.Di First World Plaza, terdapat taman tema indoor/kompleks membeli-belah yang menyediakan pelbagai permainan menarik yang menghiburkan dan enam taman tema yang dinamakan sempena nama ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia antaranya ialah - France (Champs Elysees), England (London), Italy (Venice), America (Times Square and Universal Walk), Switzerland (Swiss Alps) dan Malaysia (Genting Walk).

Di luar pantai Kedah terdapat gugusan 99 buah pulau yang ada pelbagai tarikan menarik: pantai yang cantik, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia, kawasan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna, pengalaman membeli-belah bebas cukai yang sangat murah dan legenda yang menarik.Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.

Taman tema Legoland Malaysia, adalah yang pertama di Asia dan terletak di Nusajaya, Johor. Ia terletak di kawasan seluas 76 ekar dan adalah taman teman keenam seumpamanya yang dibuka di dunia. Taman tema Legoland yang dibina sebelum ini terletak di Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, Amerika Syarikat (1999), Jerman (2002) dan Florida, Syarikat (2005). Legoland mempunyai lebih 40 tarikan yang dibina khusus untuk seisi keluarga. Antara tarikan yang terdapat di sini termasuk Miniland, di mana lebih 30 juta bongkah lego digunakan untuk membina monument terkenal dunia seperti Menara Kembar Petronas, Merlion, Taj Mahal, Candi Borobodur dan lain-lain. Bangunan ini direka menggunakan bongkah lego dengan skala 1:20. Yang menariknya, anda boleh melihat karya ini hidup dengan hanya menekan butang, dan menyaksikan kapal terbang, keretapi dan pejalan kaki bergerak! Tarikan lain di taman tema ini termasuk Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic.

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu yang menghadap sungai, iaitu A'Famosa. Melaka adalah pusat perebutan antara kuasa-kuasa besar pada masa itu, dan mengalami ancaman serangan berterusan, sehingga kubu A'Famosa berada dalam keadaan kritikal ketika Portugal mengekalkan tapak penjajahannya di Timur.Di sebalik dinding kubu terdapat terdapat rumah-rumah dan beberapa kedai makanan, istana, bilik mesyuarat bagi Ahli Majlis Portugis dan lima buah gereja. Serangan dari Belanda selama tujuh bulan telah memusnahkan hampir keseluruhan kubu, dan tinggalan yang masih kekal hingga hari ini ialah pintu masuk dan struktur sebuah gereja di atas bukit.Kunjungilah Bukit St. Paul pada lewat petang yang dingin dan bersiar-siar di sekitar kawasan tinggalan sejarah ini. Di sini, anda hampir dapat membayangkan kegemilangan dan misteri Portugis bertahun-tahun dahulu.

Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.

Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Ia dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 2000 pameran, artifak, tugu mengenai kucing dari seluruh dunia. Menurut kepercayaan penduduk tempatan dan orang Cina, kucing adalah haiwan bertuah.Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035.9 meter persegi di atas bukit yang dipanggil 'Bukit Siol' yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.Muzium Kucing bertanggungjawab menjalankan kajian, pengumpulan, pembentangan, dokumentasi, promosi, penerbitan, pendidikan dan kesedaran mengenai tinggalan bersejarah, budaya dan persekitaran semula jadi.

Masjid Putra berkubah merah jambu dibina dengan granit berwarna ros dan boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Dinding bawah tanah masjid ini menyerupai Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi.Masjid ini terdiri daripada tiga kawasan fungsi utama - dewan solat, Sahn, atau halaman, dan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bilik untuk mengadakan acara. Dewan solat bergaya ringkas dan elegan, disokong oleh 12 tiang. Titik tertinggi di bawah kubah ialah 250 kaki di atas aras tanah atau dataran.Sahn, landskap dengan beberapa hiasan unsur air dan disempadani oleh deretan tiang, memberikan ruang solat yang luas dan menyamankan serta indah.Menaranya yang mengagumkan dipengaruhi oleh seni bina Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Pada ketinggian 116m, ia merupakan menara tertinggi di rantau ini dan memiliki lima tingkat, mewakili Lima Rukun Islam.

Jangan lupa untuk melawat Pulau Perhentian. Terletak 21km dari pantai Terengganu, ia terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk nelayan, burung penghijrah dan sudah tentu mereka yang menghargai keindahan.Terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang, kawasan terumbu karang Pulau Perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam.