pada zaman sekarang

Upload: jikki

Post on 01-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ad

TRANSCRIPT

MAKLUMAT INOVASI PdP Pada zaman sekarang, Teknologi Maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas. Satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun, ianya bersifat statik dan berpusatkan guru. Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah. Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah. Terutamanya dalam pengajaran matapelajaran Sejarah yang sering dikatakan matapelajaran bosan. Guru berpeluang untuk menyediakan pembelajaran dan pemudahcaraan yang lebih menarik kepada murid murid. sebagai contoh, selain membuat nota dalam perisian ini, guru guru dapat menyelitkan gambar gambar yang berkaitan bagi menarik minat murid disamping memudahkan pemahaman mereka.

Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah

Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap dengan komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad, ia masih boleh digunakan. Keperluan asas peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian inovasi ini hanya menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan tidak memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas. Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk merangsang minat dan deria murid Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan atau individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur multimedia seperti gambar, video, audio dan animasi. Terdapat juga butang-butang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka perisian ini. Setiap fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid mudah menghafal dan faham perkara yang dipelajari Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas, murid menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman belajar yang menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba, menjawab dan meneroka sendiri perisian inovasi ini. Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan bahagian. Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan mempelajari setiap tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh guru. Pada akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan ujian pemahaman. Soalan pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap dan kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid. Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah bila-bila masa, guru boleh menambah atau mengubah soalan yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham. Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka ianya dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah baik. Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah disamping menarik minat pelajar terhadap subjek sejarah, guru juga boleh memasukkan sedikit pengisian tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar menaip, menggunakan tetikus dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya tetap memberi kesan kepada murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.