seni bina gereja pada zaman an
DESCRIPTION
Seni bina Gereja Eropah pada zaman pertengahanTRANSCRIPT
SENI BINA GEREJA PADA ZAMAN PERTENGAHAN.
Seni bina mempunyai pengertian dan konteks yang luas, kerana seni bina bukan
diklasifikasikan kepada seni bangunan sahaja, kerana seni bina ini telah wujud sejak zaman
prasejarah lagi iaitu sebelum adanya tulisan dan bahasa hal ini dapat dibuktikan oleh Marrian
Moffet beliau mengatakan permulaan kepada seni bina ialah sebahagian daripada zaman
prasejarah1. Sejarah seni bina ialah rentetan peristiwa tentang reka bentuk dan peradaban
manusia yang dikaitkan dengan bangunan2. Sebelum mengupas dengan lebih lanjut lagi
mengenai sejarah seni bina gereja pada zaman pertengahan, ada baiknya kita mengetahui maksud
dan definisi seni itu sendiri. Dalam penafsiran maksud seni bina, ahli akedemik, pemikir dan
profesional di dalam bidang tersebut telah memberikanpelbagai tafsiran mengenainya. Ada di
antara mereka yang mengatakan bahawa seni bina tersebut sekadar bangunan sahaja, ada juga
yang menyatakan bahawa seni bina tersebut merupakan suatu ciri ajaib yang mampu menaikkan
nilai sesebuah bangunan daripada biasa kepada sesuatu yang istimewa, ada juga yang
menyatakan bahawa ianya merupakan ‘jiwa’ bangunan dan tidak kurang pula yang menganggap
bahawa seni bina tersebut hanya sekadar gaya rupa saja. Walaubagaimanapun kita akan melihat
pandangan pendapat penulis dan tokoh-tokoh seni bina mengenai maksud dan definisi sebenar
seni bina. Menurut Marian Moffet, Seni bina ialah tempat perlindungan tetapi ia juga boleh
diertikan lebih daripada tempat perlindungan, malah seni bina juga boleh dikatakan sebagai satu
unsur nilai estetika3. Manakala bagi Nikolaus Pevsner dalam bukunya yang bertajuk ‘Outline of
European Architecture”(1943), beliau menyatakan bahawa istilah seni bina hanya layak
diberikan kepada bangunan yang mempunyai ‘status yang tinggi’:
“A bicycle shed is a building; Lincoln Cathedral is a piece of architecture.
Nearly everything that encloses space on scale sufficient for human being to move
in is a building; the term architecture applies only to buildings designed with a
view to aesthetic appeal” 4
1 Moffet, Marian. Fazio, Micheal. Wodehouse, Lawrence. 2003. A World History Of Architecture. Lawrence King Publishing: United Kingdom.Hlm.12 Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.2008. Seni Bina Sejarah,Teori dan Kritikan.Universiti Teknologi Malaysia: Selangor Darul Ehasan. Hlm.2.3 Moffet Marian, Fazio Micheal, Wodehouse Lawrence. 2003. A World History Of Architecture. Lawrence King Publishing: United Kingdom.Hlm.14 Ballantyne, Andrew .2002. What is Architecture ?. Routlenge. Hlmn 10 – 11.
seorang lagi pengkaji sejarah seni bina yang terkemuka iaitu Spiro Kostof Menurut
Kostof, definisi seni bina merujuk kepada semua jenis binaan yang merangkumi bangunan
‘biasa’ dan juga bangunan ‘istimewa’. Walaupun semua jenis binaan adalah seni bina, namun
menurut Kostof lagi terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam penilaian binaan
tersebut sebelum ianya layak dikategorikan sebagai sebuah hasil seni bina. Menurut beliau faktor
yang paling penting dalam penilaian maksud seni bina sama ada ianya dikenali atau sebaliknya
ialah wujudnya aspek kepentingan atau makna budaya hidup masyarakat pada binaan tersebut.
Menurut beliau lagi, seni bina bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi di dalam sesebuah
bangunan sebaliknya aspek budaya hidup yang disadurkan dalam program reka bentuk bangunan
tersebut yang melayakkan bangunan tersebut dipanggil seni bina5. Setiap individu mempunyai
pendirian dan pandangan tertentu mengenai seni bina, namun yang pasti sejarah struktur dan
keindahan seni bina sesebuah bangunan bermula sejak zaman prasejarah lagi contohnya
mengalitik (megalith), selain itu Stonhenge yang terdapat di Salisbury plain England (2900-1400
BCE) merupakan salah satu contoh seni bina awal dalam sejarah. Walaubagaimanapun imbasan
sejarah awal ini merupakan satu mukadimah kepada pengenalan seni bina gereja pada zaman
pertengahan. Pada zaman pertengahan gereja merupakan seni bina yang benilai dan beerti, hal ini
kerana dasar dan prinsip pembinaanya memberi kesan yang luar biasa6, malah selain itu seni bina
gereja pada zaman pertengahan ini juga mempunyai srtukur seni bina yang tersendiri mengikut
daerah, walaubagaimanapun pada sekitar tahun 1170 dan akhir abad ke 13 seni bina gereja
dibina mengikut rupa bentuk seni bina Ferancis7.Perkembangan seni zaman ini rata-rata
berkonsepkan agama kristian8. Pada zaman ini orang Eropah mula menghasilkan kesenian dan
kesusasteraan baru. Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan perkembangan dalam bidang
seni bina apabila bangunan-bangunan yang besar-besar yang dibina pada kurun ke-11 telah
digantikan dengan pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu juga dengan penghasilan
lukisan kaca dan ukiran serambi yang rumit. Gereja yang besar-besar juga dibina seperti di
Chartres, Bourges, Rheims dan Amiens.Penghasilan karya oleh golongan humanis pada zaman
Renaisans telah berjaya memulihkan semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada zaman
pertengahan lebih mementingkan ciri-ciri agama dan kerohanian. Pelukis-pelukis pada awal
5 http://eprints.utm.my/4588/1/KamarulAfiziKosmanKPFAB2006TTT.pdf
6 Coldstream, Nicola. 2002. Medieval Architecture. Oxford University Press: New York. Hlm.31.7 Coldstream, Nicola. 2002. Medieval Architecture. Oxford University Press: New York. Hlm.32.8 Ahamad Rashidi Hassan.2001. Sejarah Seni Lukis Sepintas lalu.Karisama Publcation: Selangor Darul Ehsan.Hlm.87.
kurun ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut pemikiran mereka secara bebas. Hasil-hasil
lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda hidup. Tumpuan mereka adalah kepada bentuk
badan manusia. Pada zaman Renaisans, bandar Florence menjadi pusat seni bina yang pertama.
Pakar seni bina yang pertama di Florence ialah Fillipo Brunelleschi. Beliau berjaya membina
bangunan yang mempunyai ciri-ciri zaman Renaisans yang pertama di Rom. Brunelleschi
dianggap sebagai pengasas pembinaan bangunan zaman Renaisans. Bangunan tersebut dikenali
sebagai ‘Innocent Hospital’. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah beliau
ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke-16 Rom telah muncul sebagai pusat
kesenian dan pembinaan.
Seni Bina Carolingian
Setelah perkembangan gereja St.Vitale di Ravenna pada pertengahan VI pada ketika ini
perkembangan seni bina di negera-negara barat selama 500 tahun seakan-akan
terhenti.Walaubagaimanapun keadaan seperti ini tidak berlaku di Itali perkara sebaliknya berlaku
di Itali. Sungguhpun keaadaan politik dan negara pada ketika itu tidak stabil tetapi mereka tetap
membangungkan gereja-geraja baru dengan gaya seni bina yang mirip dan sama dengan gaya
seni bina basilica kristian lama. Antara individu yang banyak menyumbangkan kepada
keagungan seni bina pada zaman ini ialah Charles the great atau juga dikenali sebagai
Charlemangne iaitu anak kepda Charles de Matel. Charlemange banyak memberikan inspirasi
perkembangan renaissance Rom pada waktu itu termasuk,dalam aspek seni bina. Beliau bnayak
memberikan sumbangan dalam aspek seni bina dengan memberikan tanah dan wang dan modal
kepada pembinaan gereja pada abad itu. Oleh sebab beliau merupakan pemimpin yang sangat
disengani, berwibawa dan berpengaruh menyebabkan gaya seni bina pada masa ini dinamakan
sebagai seni bina Carolingian sempena dengan namanya Charlemagne9. Semua bangunan yang
dibina pada zaman ini dibina mengikut rekaan dan seni bina Carolingian meskipun ciri dan gaya
seni bina tersebut bukan seni bina yang baru. Gereja St.Maria de Naranco yang terletak
berdekatan dengan Oviedo,Spanyol dilihat lebih menonjol mempunyai gaya seni bina
Romawi,ini dapat dilihat daripada pilar-pilarnya yang melekat pada dinding.Tetapi pada
interiornya lebih menunujukan gaya seni bina Islam. Secara ringkasnya seni bina Carolingian ini
masig kuat dipengaruhi oleh seni bina lama walaubagaimanapun seni bina denahnya sudah 9 MA. Endang Boediono. 1997. Sejarah Arsitektur 1. Pika Semarang: Yogyakarta.Hlm.44.
mengalami banyak perubahan dan mempunyai perkembangan dan pengaruh daripada basilica.
Antara perubahan seni bina pada bangunan Carolingian ialah bentuk denahnya yang menyerupai
bentuk salib gaya latin yang memanjang,terdapat dua altar,mempunyai tempat khusus untuk
krypta (makam dibawah tanah) dan bangunan menaranya menyatu dengan bangunan
utama,dibahagian depan bangunan terdapat menara,dan pada bahagian bangunan yang terbuka
dikelilingi oleh tiang (Pada bangunan basilica bahagian ini dinamakan sebagai Atrium). Melalui
struktur bangunan pada zaman ini mempunyai perubahan yang ketara hal ini kerana
perkembangan dan pertambahan penganut agama kristian. Secara keseluruhannya di zaman
Carolingian ini pembinaan biara dan gereja sangat menonjol.Biara dibina untuk tempat-tempat
tinggal rahib dan juga sebagai tempat beribadat, pertemuan dan mesyuarat.Sebagai sebuah
kerajaan beragama,rahib memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran kerajaan.
Pembinaan zaman ini sudah mula menggunakan teknik lengkungan atau vault selain dari
meneruskan teknik relung romawi atau Roman Arch.
Seni Bina Romanesque.
Selain daripada seni bina Carolingian,terdapat satu lagi seni bina yang terkenal pada zaman
pertengahan iaitu seni bina Romanesque, Perkataan Romanesque ini berasal daripada kata
terbitan Roman atau Romawi, atau jika dikaitan dengan seni bina Romanesque bermaksud seni
bina yang mempunyai cirri-ciri Romawi. Tempoh masa Seni bina yang bercirikan Romawi ini
dianggarkan wujud pada tahun masihi 1000 hingga 1150 masihi10.
Seni bina Romanesque awal ini bermula di Selatan, pembinaan gereja (bangunan
keagamaan) tersebar luas daripada Selatan Italy sehingga selatan Gaul ke Catalonia11. .Secara
tidak lansung, seni bina gereja pada zaman ini menunjukan perkembangan pesat, hal ini kerana
pembinaan gereja pada ketika ini tertaluk dan bergantung kepada sistem feudal dan diaspirasikan
oleh pihak gereja. Oleh iu lebih banyak gereja dan biara berdasarkan kehendak dan keperluan
sesuatu kawasan. Akibatnya seni bina gereja pada zaman Romanes ini menampkan kepelbagaian
ciri mengikut kawasan. Seni bina Romanesque ini dapat dilihat pada katederal Santa Maria di La
10 Ahmad Rashidi bin Hasan.2001. Sejarah Seni Lukis Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlm.91. 11 Altet, Barral Xavier. 1998. The Romanesque: Town, Catedrals and Monasteries. Italy: Taschen Verlag Gmbh. Hlm. 24.
Saeu D’Urgell yang dibina sebelum 1131, hal ini kerana bentuk dan seni bina yang ada pada
katederal Santa Maria ini mempunyai cirri-ciri yang hampir sama dengan cirri-ciri seni bina
Romanesque12. Pada ketika ini terdapat perbezaan dalam pembinaan gereja dan biara, di Perancis
dan England, Sepanyol dan Jerman.
Penyebaran Seni Bina Bangunan Romanik.
Penyebaran seni bina Romanesque ini bermula dan tercetus daripada cetusan-cetusan idea baru
yang dikemukankan dan diilhamkan oleh para biara-biara. Cetusan dan idea para biara ini
disebarkan ke seluruh Eropah melalui cabang-cabang biara yang terdapat di semua wilayah
Eropah. Secara tidak lasnung penyebaran seni bina Romanesque juga tersebar sehingga ke
seluruh dunia menyebabkan seni bina Romanesque ini terkenal di seluruh dunia. Sebab lain yang
menyebabkan seni bina bangunan Romanesque ini tersebar luas melalui sikap-sikap bangsa
daripada seluruh wilayah pada masa itu melakukan ziarah ke kota-kota suci. Tempat ziarah yang
paling sering dikunjungi orang adalah Santiago De Compostela di Sepanyol Barat laut, dan di
sepanjang jalan menunju ke tempat ziarah ini juga dibangun banyak biara, gereja, dan rumah
sakit. Perkembangan seni Bangunan Romanik dapat dilihat daripada beberap aspek, contoh
aspek yang pertama ialah Denah. Susunan Denah gereja gaya Romanik sebetulnya bukanlah
baru, kerana susunan denah pada masa ini masih mengikuti susunan denah Basilika yang terdiri
daripada tiga bahagian bagunan, juga bahagian bagunan melintang dan apsis yang ditempatkan
disebelah Timur ( di Jerman selainan bangunan melintang dan apsis yang terletak di sebelah
Timur, dibangun juga bagunan melintang dengan apisi di sebelah Barat). Hal baru pada gaya
Romanik adalah perkembangan bentuk dan susunan apisis. Apsis bukan lagi hanya dibuat satu
buah, melainkan berupa kelompok beberapa Apsis. Ada yang disusun dalam posisi skuadron, ada
pula yang berupa ruang altar melingkar dengan dengan deratan-deratan kapel-kapel yang
dibangun searah dengan jari-jari lingkarannya. Dengan demikian penonjolan keindahan terpusat
pada bahagian ini. Sering susuan ruang altar di ulangi lagi pada kedua ujung bangunan melintang
sehingga denah keseluruhan bahagian ini membentuk seperti daun semanggi.
Perkembangan seni bina Romanesque yang seterusnya ialah daripada aspek susunan
dinding. Bentu kubah gaya Romawi yang sangat indah pada zaman kuno, kerana pengunaan
12 Altet, Barral Xavier. 1998. The Romanesque: Town, Catedrals and Monasteries. Italy: Taschen Verlag Gmbh. Hlm. 159.
kayu yang mudah terbakar. Pada seni binam Romanesque ini bangunan-bangunan baru
kebanyakkannya dibuat dengan atap melengkung pada kedua sisnya saja, sebab kontruksinya
sangat mudah. Kawasan-kawasan seperti di Provence dan Burgundy, kontruksinya bahagian
atasnya dibina menyudut dan konstruksinya di buat dengan tambahan balok melintang. Seni
bina Romanesque lengkungan balok ini tidka terlalu besar kerana bahagian atasnya menyudut,
maka penempatan konstruksi penyangga lengkungan dinding batu yang berupa kasau
melengkung ini telah menghasilkan ilham baru dalam perkembangan seni bina yang seterunya
iaitu seni bina gotik.
Selain perkembangan seni bina Romanesque ini dapat dilihat melalui aspek dasar dan
bentuk lengkungan. Ruang dalam basilica gereja purba mempunyai cirri khas seperti deretan
pilar yang memisahakan ruang tengah dan bangunan samping ( sayap bangunan). Tetapi seni
bina Romanik ini skema dasar yang ada pada gereja purba mengalami beberapa perubahan. Seni
bina pilar pada zaman Romanesque ini tiang-tiang pendukung dibuat berselang-seli anatar pilar
pendukung lengkungan langit-langit dan tiang persegi penyangga terletak dibahagian bawah
dinding di ruang tengah, yang menghubungkan ruang tersebut dengan sayap samping bangunan.
Selain itu dinding di bina dengan lengkungan bersusun sehingga dinding tersebut kelihatan
seperti tiga bahagian untuk menampakan lagi keindahan seni bangunan tersebut. Seni bina dan
susunan lengkungan yang berlapis pada dinding secara tidak lansung berfungsi menambah
keindahan dan menyerlahkan seni bina bagunan gaya Romanik pada ketika itu.
Secara asasnya seni bina pada zaman Romanes ini rata-rata mengunakan Romawi yang
berasaskan geometri empat segi.Asas kepada binaanya ialah dewan untuk orang ramai yang
berbentuk segi empat bujur, kemudian bangunan ini ditambah dengan menara, tempat
bersembayang dan transepte. Oleh itu seni bina gereja pada zaman ini mempunyai cirri-ciri yang
besar, berat, dan berkelompok, pada zaman ini gereja dibina dengan luas dan besar untuk
menampung orang yang lebih ramai, oleh itu reka bentuk pelan dan tiang yang direka untuk
memaksimumkan isi bagi sesebuah gereja.
Senibina gereja pada zaman ini juga bercirikan dan berkonsepkan keselamatan. Rekaan
zaman ini mengantikan pengunaan kayu dengan batu supaya gereja tidak mudah terbakar. Oleh
sebab itu bumbung mula diperbuat daripada tanah liat yang dibakar atau teknik jubin sebagai
bumbung. Secara tidak lansung ciri-ciri keselamatan diutamakan dalam pembinaan geraja
dengan mengantikan kayu yang mudah terbakar kepada tanah liat dan jubin.
Antara cirri-ciri senibina Romanques ialah pembinaan jendela, untuk memudahkan
kemasukan cahaya, banyak tingkap-tingkap kecil dibuat pada dinding bangunan. Hal ini untuk
memudahkan kemasukan cahaya ke ruangan gereja. Malah masalah pencahayaan di dalam gereja
dapat diatasi kerana teknik yang mengambil kira peredaran matahari dan perubahan musim
diambil kira dalam pembinaan gereja supaya keadaan di dalam gereja dapat sentiasa bercahaya.
Oleh itu reka bentuk tingkap ditingkatkan dan pengunaan tingkap kaca berlukis atau stained-
glass berkembang. Pembinaan gereja pada masa ini juga hendaklah mengambil kira soal
suara,kelantangan, gema dan jarak hal ini kerana untuk meningkatkan sistem bunyi agar suara
rahib semasa berkhutbah boleh didengar dengan jelas dan lantang.
Seni bina Romanesue dari Inggeris
Penjajahan terhadap bangsa Inggeris oleh bangsa Normandi sejak tahun 1066 kaut meninggalkan
kesan dan pengaruh kepada gaya ukiran dan seni bina di tanah suku kaum Anglo Saxson. Seni
bina dapat dikelompokan kepada beberapa bahagian seperti Seni bina Anglo-saxson, Seni bina
Norman, dan seni bina Tudor. Setelah bangsa Inggeris pada tahun 1066 dikalahkan oleh bangsa
Normandia, kemampuan bangsa Inggeris dalam pembuatan bangunan-bangunan baru maju
sangat pesat. Salah satu bangunan yang megah dan terkenal dan menarik di bina pada ketika itu
ialah katederal Durham. Pembangunan biara dan gereja batu yang pertama pada ketika ini ialah
pada tahun 1091. Bangunan bersayap gaya basilica gereja purba yang terdiri daripada tiga
bahagian bangunan ini mempunyai 8 deret tiang yang menyangga dengan langit-langit
melengkung bersilang bangunan melintang yang menyambung dengan bagunan tambahan di
bahagian Timur. Sekitar tahun 1242 bahagian altar mengalami beberapa perubahan dalam seni
bina Romanesque ini, iaitu ruangan altar mempunyai lima deret tiang penyangga langit-langit
melengkung bersilang. Seni bina ini jelas dapat dilihat pada katederal Durham. Malah kerangka
yang ada pada seni bina ini juga dibentuk dan dibina daripada batu dan lebih berfungsi sebagai
hiasan daripada statiknya.
Gambaran Katederal Durham, Sumber: www.maa.org.com
Bahan dan Teknik
Batu-bati besar digunakan untuk pembinaan gereja, Batu dijadikan asas bagunan. Batu-batu ini
juga dipotong dan disusun untuk dijadikan tiang, dinding dan bumbung. Pada peringkat awal
balak digunakan tetapi penggunaan balak kekuarangan pada zaman akhir ini. Konkrit campuran
batu pasir dan semen juga digunakan pada zaman ini. Ini membolehkan bangunan dibentuk
dengan menggunakan relung ini serta lengkungan dan sebagainya. Pembinaan dengan pengunaan
teknik lengkungan berkembang dengan pencipataan teknik relung juga berkembang. Dari relung
Romawi tercipta pula relung timbul dan relung bersilang. Pada zaman ini terdapat juga pelbagai
cipataan teknik bangunan yang lain namun terdapat juga banyak kegagalan dan pencarian itu.
Zaman ini dalam bidang seni bina adalah merupakan zaman pencarian dan percubaan.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Angouleme_cathedral_StPierre_a.jpg
Seni Bina Gothic.
Seni bina Gothic bermula selepas berakhirnya seni Romanesque, kemunculan seni bina Gothic
pada pembinaan gereja semasa adanya zaman feudal di eropah pada ketika itu, sistem feudal ini
terus diamalkan pada abad ke-13 dimana gaya seni Gothic pula dibentuk. Rahib dan golongan
gereja memainkan peranan penting dalam menjaga masyarakat. Perkembangan seni dalam abad
ke 13 ini meneruskan perkembangan seni Romanesque memperlihatkan perkembangan seni bina
yang tertumpuh kepada seni bina gereja dan biara maka gaya seni bina zaman ini meneruskan
perkembangan dan kemajuan seni bina ini .Namun zaman ini merupakan zaman terakhir gereja
menjadi penanung kegiatan seni. Gaya baru yang digelar gaya seni bina Gothic ini menumpuh
kepada perkembangan seni bina. Kehidupan zaman Gothic tidak lagi tertumpuh kepada
keagmaan, Rahib dan golongan gereja mula tercabar dengan kewujudan golongan bangsawan
sekular.
Perkataan Gothic bukanlah bermaksud “Goth” iaitu bangsa jerman yang pernah
menyerang empayar Rom. Perkataan ini digunakan untuk menghuraikan sesuatu budaya yang
dipertimbangkan sebagai biadab dan barbaric. Seni Bina gothic merupakan kesinambungan
daripada seni bina Romanesque, jika seni bina Romanesque ini lebih tertumpuh kepada seni bina
gereja dan biara maka seni bina Gothic ini meneruskan perkembangan dan dan kemajuan seni
bina Romanesque. Seni bina Gothic wujud daripada pelbagai binaan pada zaman Romanesque .
Dalam pelbagaian binaan pada zaman Romanesque itu telah wujud satu gaya unik yang menjadi
cirri dan elemen dalam seni bina gothic. Bentuk atau gaya seni Bina Gothic bermula dengan
permbinaan grejea St. Dennis antara tahun 1140 sehingga 1144. Secara amnya bangunan ini
memperlihatkan satu srtuktur bangunan yang besar, mewah, megah serta mempunyai cirri-ciri
religious.Malah melalui pembinaan gereja ini,gereja ini dijadikan rujukan untuk pembinaan
gereja-gereja lain di eropah pada ketika itu. Dengan itu wujudlah persamaan antara gereja-gereja
lain dieropah yang didirikan selepas itu. Pada zaman gothic ini terdapat dua jenis bangunan
pertama bangunan gereja dan biara yang berkonsepkan dan bercirikan agama manakala bagunan
yang kedua ialah bangunan sekular. Pada ketika ini bangunan gereja merupakan bagunan penting
jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan yang lain. Pembinaan greja pada era Gothic
dibiayai oleh golongan saudagar dan pedagang manakala ilham dan idea kepada pembinaan
gereja diilhamkan oleh pihak gereja. Selalunya bangunan gereja pada abad ini besar,megah
tinggi dan mewah. Manakala bagunan sekular ialah bangunan atau tempat untuk
bermesyuarat,persidangan, perbicaraan ataupun dijadikan sebagai pusat perniagaan.
Secara umumnya seni bina Gothic adalah satu gaya yang wujud dari pelbagai cirri
binaan yang dicuba dalam gaya Romanesque. Dalam pelbagai gaya yang dibuat dalam zaman
Romanesque itu wujud satu gaya yang unik yang menjadi cirri dan elemen seni bina gotik.
Bentuk dan gaya seni bina gotik ini bermula dengan pembinaan gereja St Dennis seperti yang
telah saya katakana sebelum ini. Secara tidak lansung pembinaan dan seni bina yang terdapat
dalam gereja St Dennis menjadi satu ikut-ikutan, inspirasi kepada pembinaan gereja yangs
seterusnya. Arketek kepada greje St Dennis bukan saja seorang yang artitistik yang genius, tetapi
dalam pembinaan gereja St Deniis beliau telah menimbangkan beberapa teknik dan kemahiran
baru dalam seni bina gereja13. Secara tidak lansung pembahruan dan seni yang ada pada gereja St
Dennis merupakan permulaan kepada pembinaan dan cirri-ciri seni bina gothic yang suetersunya.
13 Martindale Andrew. 1985. Gothic Art. Singapore: Thames and Hudson. Hlm 18.
Antara cirri-ciri yang terdapat dalam pembinaan dan seni bina gereja tersebut ialah besar, mewah
dan megah dan tidak pula diabaikan cirri-ciri keagamannya.
St Deniis: Sumber: http://web.kyoto-inet.or.jp/org/orion/eng/hst/gothic/sandeni.html
Ciri-ciri Senibina Gothic
Gaya yang memperbesar secara menegak dan bercirikan rangka struktur batu dengan
penggunaan kaca yang luas,gerbang yang menajam ke atas,rangkaian tiang-tiang,flying
buttresses,rib vaults,arch yang menirus dan detail sculpture.Ini adalah kesan daripada fokus pada
stained glass yang besar yang membenarkan cahaya menembusi ke dalam seperti gaya lama.Bagi
tujuan itu,flying buttresses digunakan untuk menaikkan siling lebih tinggi dan tiang yang
menegak
Terdapat beberapa ciri yang dikategorikan sebagai sesebuah bangunan itu bergaya gothic
Pertamanya kebanyakkan bangunan zaman ini dibuat dengan menekankan kepada ketinggian
kerana untuk melambangkan betapa besarnya kuasa Tuhan .Tiang-tiang @ kolum gereja dibina
tinggi dan tajam mencapai awan bagi menunjukan ke arah itulah tujuan kehidupan manusia ,iaitu
Tuhan dilangit.Pembinaan lengkungan yang bermula dalam zaman Romanesque lalu sampai
kemuncaknya dalam zaman ini dengan pembinaan ciri lengkungan berusuk. Tiang-tiang @
kolum gereja dibina tinggi dan tajam mencapai awan bagi menunjukan ke arah itulah tujuan
kehidupan manusia ,iaitu Tuhan dilangit dan apabila manusia masuk ke dalam gereja mereka
akan merasa diri mereka sangat kecil dan rendah dimata Tuhan. Bangunan gotik berciri kasar
dan ganas yan memulakan istilah Gothic itu.
Selain itu gereja Gotik bangunan dengan system kerangka dan penompang,Apabila
bangunan menggunakan banyak tiang dan kolum maka bangunan ini akan kelihatan
kerangka.Bangunan ini lebih menonjolkan struktur berbanding bentuk bangunanya, manakala
dinding-dindingnya berfungsi sebagai pelindung yang melingkupi ruang dalam gereja seperti
selubung nipis. Bagi bahagian atapnya, beban atapnya yang melengkung dan tinggi,ditopang
oleh pilar-pilar. Kerangka pada bahagian atap melengkung yang dipakai sebagai penerima beban
atap merupakan salah satu langkah berani dalam mengembangkan konstruksi penompang
lengkungan atap dari batu14 bahagian-bahagian diantara kerengka yang masih terbuka ditutup
dengan lapisan plester tipis sehingga membentuk langit-langit kubah. Secara tidak lansung seni
bina bangunan seperti ini mengakibatkan keluasan dindingnya mengecil dan bagunan tidak lagi
kelihatan berat.
Selain itu seni ukiran dan seni bina yang ada pada zaman Romanesque satu ketika dulu
diteruskan dan mencapai kemuncaknya pada seni bina gotik. Pembinaan lengkungan seperti yang
ada pada zaman Romanesque sampai kemuncaknya dalam zaman ini dengan pembinaan cirri
lengkungan-lengkungan berusak. Hasil penggunaan ciri ini menjadikan hiasan dalam bangunan
gereja dan biara mengkagumkan.
Satu lagi cirri-ciri seni bina Gotik ini ialah hasil percubaan untuk membuat bangunan
yang besar dan kukuh ialah penggunaan teknik dan gaya Flying Butresses. Teknik ialah
mendirikan tiang di bahagian atas atau sisi bagunan dengan menggunakan teknik relung.
Walaupun pada asalnya ini ialah teknik membina gereja yang besar, akhirnya menjadi satu gaya
dalam seni bina Gotik.
Satu lagi cirri yang wujud mengenai bangunan Gothic ialah bangunan ini mempunyai
tingkap yang besar, semua bangunan zaman ini menggunakan tingkap kaca berlukis pada semua
bahagian bangunan. Ini menjadikan hiasan dalam bagunan amat indah dan bermakna. Oleh sebab
itu perkembangan seni bina terunggul di zaman gothic ini dikenali sebagai “ The Age Of Great
14 MA. Endang Boediono. 1997. Sejarah Arsitektur 1. Pika Semarang: Yogyakarta.Hlm.97.
Cathedrals” di eropah. Pembinaan gereja dan biara selepas zaman ini tidak lagi dapat menandingi
seni bina pada zaman ini kerana seni bina pada zaman inilah zaman terakhir di mana gereja atau
rahib menjadi penaung kegiatan seni. Sebagai contoh dapat dilihat daripada gambar di bawah.
Sumber: www.Maa.org.com
Gereja Seni Bina Gothic,Sumber: www.bc.edu/cas/fnart/arch/gothic/
Selain itu, apa yang menonjol pada Seni Bina gotik ialah hiasan yang ada pada seni binaannya.
Malah oleh kerana ukiran yang berlebihan pada seni bina gotik ini menyebabkan seni bina gotik
ini telah dikritik. Krtikan terhadap seni bina Gotik ini ialah, terhadap ukiran yang berlebihan
pada gereja yang berperanan sebagai hiasan. Bagi mereka, seni bina yang terbaik perlu
mengambil kira faktor fungsi, budaya, iklim, bahan dan teknologi serta kraf yang terdapat di
tempat bangunan itu dibina. Dapat disimpulkan seni bina Gotik mendapat kritikan daripada
beberapa pihak, jelas menonjolkan seni bina gereja pada zaman pertengahan khusunya seni bina
gotik lebih menumpuhkan aspek ukiran dan hiasan.
Bahan dan Teknik.
Antara bahan dan media yang digunakan dalam seni bina gereja pada zaman pertengahan
khusunya seni bina gotik ialah pelbagai jenis batu termasuk batu pasir, batu kapur, marmar dan
batu batan digunakan dalam pembinaa. Batu batan digunakan sebagai asas bangunan dan lantai,
dinding dan syiling, konkrit iaitu campuran batu, pasir, dans imen, juga digunakan terutamnya
plaster diniding. Bagi bumbung pula, kepingan besi dan genting digunakan. Bumbung zaman ini
adalah diasaskan daripada teknik yang digunakan dalam zaman Romanesque tetapi dengan
dengan peningakatan teknik yanh jauh lebih tinggi. Dalam membina pula, balak digunakan
sebagai penyokong bangunan. Walaubagaimanapun pengunaan balak pada seni bina gotik tidak
banyk digunakan hal ini kerana pada ketika itu sukar untuk mendapatkan bekalan balak, akibat
daripada kekurangan sumber ini menyebabkan pengunaan balak hanya pada proses pembinaan
sahaja. Seni bina gotik ini juga mengunakan tingkap kaca atau Stained-glass windows terus
berkembang digunakan. Tingkap yang menggunakan teknik ini dibuat besar dan dihiasi dengan
pelbagai gambar yang bercitrakan keagamaan. Selain daripada hiasan gereja, tingkap ini
berfungsi untuk pencahayaan gereja dan memaparkan kisah agama sebagai pendidikan dan
pedoman masyarakat. Zaman ini juga menampakan relung tajam atau pointed archs digunakan
secara berleluasa. Tidak dinafikan cirri ini ialah cirri binaan Islam, namun perkembangannya
pada bangunan gereja dan biara seluruh eropah adalah amat mengakagumkan. Relung jenis ini
biasanya digunakan bersama dengan tingkap kaca yang besar. Satu perkara yang menarik ialah
penggunaan tingkap relung tajam ini biasanya dibuat secara perulangan memberikan nilai
indah,mewah dan berharga pada bangunan zaman ini.
Hiasan Jendela Gothic.
Tiang dan jendela Gothic dihiasi dengan hiasan ukiran dan ornament yang dikenali sebagai
Masswerk. Bagunan gothic awal dibuat dua buah jendela kecil memanjang yang diletakan
berhimpitan dalam satu lengkungan kusen. Manakala bahagian atasnya yang masih kosong,diisi
dengan jendela bulat yang dibuat terpisah . Namum senibina jendela Gothic yang seterusnya
jendela dibuat lebih besar sehingga tidak ada lagi ruang tertutup. Pada jendela-jendela yang
sangat besar,kerengka jendela yang diperbuat daripada batu tidak hanya bibagi kepada dua
bahagian tetapi lebih banyak lagi,sehingga seluruh jendela terlihat seperti anyaman teralis15
Gambaran jendela seni bina Gotik dengan hiasan yang disebut Masswerk
Sumber: www.maa.org.com
Katedral-katedral Gaya Gothic.
Perancis.
Senia bina gaya gothic merupakan senia bina yang terkenal pada zaman pertengahan. Senibina
gaya gothic ini berasal daripada negara Perancis. Tiga elemen seni bina khas gothic ialah,
kerangka atap yang melengkung,konstruksi tiang penompang diluar bangunan dan lengkungan
menyudut. Gaya-gaya seni bina Gothic ini digunakan pertama kalinya pada renovasi altar gereja
St Dennis yang terletak berhampiran dengan kota Paris. Skema potongan bangunan gothic awal
15 MA. Endang Boediono. 1997. Sejarah Arsitektur 1. Pika Semarang: Yogyakarta.Hlm.103.
ini merupakan bangunan bertingkat 4. Antara gereja-gereja gothic yang terkenal di Perancis yang
pertama ialah Katedral Chartres, balkon gereja ini ditiadakan,manakala ruannya cukup tinggi dan
sebahagian kecil pula menjadi jendela-jendela yang tinggi. Pada jendela-jendelanya yang besar
juga terlihat percobaan pengunaan masswerk manakala pada bahagian luar pula terdapat deretan
pilar-pilar penopong yang kukuh. Kesan daripada seni bina ini memperlihatkan dan menonjolkan
seni bina gereja tersebut lebih megah,besar dan tenang.
Seni Bina gereja Di Paris:Sumber: http://web.kyoto-inet.or.jp/org/orion/eng/hst/gothic/notredam.
Inggeris
Secara amnya perkembangan,gaya gothic inggeris mengikuti gaya seni bina Perancis, selain
daripada mengikut perkembangan pembinaan baru, gereja inggeris juga mengikuti struktur
bangunan iaitu terdapat balkon di belakang gereja selain itu seni bina gereja inggeris juga
memasukan elemen senia bina Roman. Struktur seni bina Perancis yang diserapkan dalam seni
bina inggeris sangat jelas melalui susunan bagunannya.Batang-batang batu nipis Masswerk dan
pada langit-langit bangunannya yang melengkung lebih berfungsi sebagai ornament (hiasan )
untuk memenuhi tututan statika bangunan. Selain itu bentuk orinsil lengkungan yang menyudut,
diperhaluskan kesannya dengan mengembankan Kurva yang berbentuk lidah api atau umbi
bawang yang banyak dibuat sejak tahun 1230. Bentuk dan struktur ini biasanya disebut sebagai
Punggung Keledai atau gelembung ikan16. Seni bina bentuk Kurva ini digunakan dalam elemen
seni bina hampir di seluruh wilayah Inggeris barat yang pernah diduduki oleh perancis
sehinggalah pada tahun 1400 bentuk ini menyebar ke seluruh perancis dan tersebar ke seluruh
eropah dan akhirnya ciri khas ini menjadi seni bina Gothic.
www.1st-art-gallery.com/Augustus-Charles-
Pugi...
16 MA. Endang Boediono. 1997. Sejarah Arsitektur 1. Pika Semarang: Yogyakarta.Hlm.104
BIBLIOGRAFI
MA. Endang Boediono. 1997. Sejarah Arsitektur 1. Pika Semarang: Yogyakarta
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.2008. Seni Bina, Sejarah, Teori dan
Kritikan.Universiti Teknologi Malaysia: Selangor Darul Ehsan.
Marian Moffet, Micheal Fazio, Lawrence Wodehouse,.2003. A World History Of
Architecture. Lawrence King Publishing: United Kingdom.Hlm.1
Nicola Coldstream. 2002. Medieval Architecture. Oxford University Press: New York
http://eprints.utm.my/4588/1/KamarulAfiziKosmanKPFAB2006TTT.pdf