pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

23
Dr. Ermy Azziaty Rozali

Upload: muhamad-hafizi-hafizi

Post on 26-Jul-2015

62 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Dr. Ermy Azziaty Rozali

Page 2: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Situasi tidak menentu yang berlaku sekitar abad ke-17M sehingga pada akhir abad ke-18M merupakan satu petanda kepada permulaan kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah

Justeru situasi semasa pada abad ke-18M ini telah menjadi pendorong kepada Sultan untuk melakukan pembaharuan.

Konflik dan masalah yang timbul telah menguatkan lagi keinginan sultan untuk menyaingi kuasa Eropah.

Semua mendorong kepada program reformasi yang didukung oleh pihak sultan

Page 3: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Nama sebenar Sultan Selim III adalah Selim bin Mustafa. Baginda dilahirkan di kota Istanbul pada 24 Disember 1761M.

Baginda juga dikenali dengan gelaran the inspired dan the lord of the world dalam usahanya memberikan nafas baru dalam pentadbiran Kerajaan Uthmaniyyah.

Sultan Selim III merupakan seorang yang cerdik pandai dan bijaksana dan ayahandanya Sultan Mustafa III yakin bahawa suatu hari nanti baginda akan menjadi seorang pemerintah yang berjaya kelak.

Sewaktu pemerintahan Sultan Mustafa, Sultan Selim telah didedahkan dengan usaha pembaharuan yang merujukkepada idea Eropah (Barat).

Page 4: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Selim III telah diangkat menaiki takhta sebagai Sultan Uthmaniyyah, iaitu pada 7 April 1789M ketika berumur 27 tahun.

Dalam susur galur pemerintahan Uthmaniyyah, Selim III merupakan Sultan yang ke-27 daripada 36 orang sultan

Baginda mula memerintah Kerajaan Uthmaniyyah dari tahun 1789M sehinggalah 1807M.

Page 5: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Pemerintahan Sultan Selim III bertahan selama 18 tahun. Namun baginda telah berjaya merealisasikan pembaharuannya sekalipun terpaksa menghadapi pelbagai kerumitan dan penentangan.

Selain itu, baginda juga membawa banyak perubahan sejak menaiki takhta sebagai Sultan Uthmaniyyah. Antaranya adalah perkembangan hubungan antarabangsa dengan kuasa Eropah.

Baginda juga berjaya menubuhkan beberapa buah institusi pendidikan dan membuka ruang kepada masyarakat Uthmaniyyah untuk mengukuhkan sumber ekonomi.

Di samping itu, Selim III juga tidak terlepas daripada penentangan dan percanggahan, terutamanya dari tentera Janissari

Page 6: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Di samping itu, Sultan Selim III juga adalah seorang yang alim (berilmu) dan mempunyai semangat patriotik (kenegaraan) yang tinggi.

Hal ini terbukti apabila baginda bertindak memperbaharui sistem pentadbiran Kerajaan Uthmaniyyah dengan memperkenalkan Nizam-i-Cedid.

Perubahan ini dilakukan bagi memperkuatkan jentera Uthmaniyyah agar setanding dengan kuasa Eropah.

Selain itu, baginda juga memberi penekanan

terhadap aspek keagamaan terutamanya dalam pembaharuan dan pemerintahannya.

Hal ini jelas kerana baginda masih lagi mengekalkan

bidang kuasa ulama walaupun metode pembangunan pembaharuannya berteraskan Eropah.

Page 7: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Namun begitu, sebahagian masyarakat Uthmaniyyah melihat usaha pembaharuan ini sebagai satu ancaman.

Di samping itu, rakyat Uthmaniyyah juga mengharapkan Sultan Selim III dapat mengembalikan kegemilangan dan keamanan terhadap Kerajaan Uthmaniyyah sepertimana yang mereka kecapi dahulu.

Tanggapan ini nyata meleset setelah pembaharuan

yang dibawakan baginda telah membuka ruang kepada campur tangan Eropah terhadap Kerajaan Uthmaniyyah

Walaupun dikenali sebagai reformer atau pembaharu ala Barat, Sultan Selim III tidak ketinggalan dalam mendapat pendidikan Uthmaniyyah yang mempunyai budaya tradisi Islam.

Page 8: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Dalam memastikan Kerajaan Uthmaniyyah terus berkembang dan bersaing dengan kuasa Eropah, aspek ketenteraan menjadi keutamaan oleh Sultan Selim III dalam proses pembaharuan baginda.

Jentera pertahanan Uthmaniyyah yang terlalu bergantung kepada kekuatan pasukan Janissari dengan mudah ditewaskan oleh pihak musuh.

Kemerosotan prestasi pasukan Janissari dan kelemahan pentadbiran merupakan aspek yang menjadi tumpuan Sultan Selim III dalam pembaharuan yang dilakukannya

Page 9: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
Page 10: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Janissary before 1657

Page 11: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
Page 12: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
Page 13: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Janissary rifles from the year 1826

Page 14: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Sultan Selim III berpendapat pembaharuan ketenteraan mesti segera dilakukan jika ingin melihat Kerajaan Uthmaniyyah terselamat daripada seteru utama mereka, iaitu Eropah. dan Rusia

Kekalahan Kerajaan Uthmaniyyah dalam misi ketenteraan mereka terutamanya semasa menghadapi kuasa Eropah pada lewat abad ke-18M telah mendorong sultan untuk melakukan beberapa tindakan dan penyelesaian segera bagi mengembalikan semula kekuatan ketenteraan Uthmaniyyah

Page 15: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Cadangan pembaharuan Sultan Selim III boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama :-

1) Pengumpulan maklumat. 2) Pembaharuan terhadap aspek

pentadbiran dan dasar kewangan. 3)Penstrukturan semula sistem

ketenteraan Uthmaniyyah

Page 16: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Perkara kedua yang dilakukan oleh Sultan Selim III adalah mendapatkan perkembangan dan maklumat mengenai ketenteraan di negara Eropah.

Baginda berkerjasama dengan beberapa pegawai dari Eropah, khususnya dari negara Perancis dan menghantar kedutaan ke negara-negara Eropah atas tujuan yang khusus iaitu mendapatkan maklumat berkaitan dengan bidang ketenteraan

Page 17: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Bahagian ketiga yang merupakan aspek penting dan utama dalam pembaharuan ini adalah prihatin serta yakin kepada pasukan tentera.

Pasukan tentera Uthmaniyyah pada zaman Sultan Selim III boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu askar yang diletakkan di sempadan garrisons kebiasaannya terletak di kubu pertahanan, askar tempatan ditinggikan oleh gabenor wilayah, pasukan yang ditubuhkan untuk kempen (perang) dan membantu kesudahan misi bagi askar feudal dan askar profesional.

Justeru, Sultan Selim III menumpukan untuk memperbaharui pasukan askar feudal dan profesional sahaja.

Sultan Selim III cuba untuk menjadikan askar feudal berwajah baru kembali dengan memastikan bahawa tanah timar dan hasilnya untuk memantapkan pasukan tentera dari aspek pendapatan.

Pasukan sipahi pula tidak akan meninggalkan kempen (peperangan atau misi) dan hasil timar askar tidak akan jatuh ke dalam tangan orang bukan askar

Page 18: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Sultan Selim III turut memberikan penekanan kepada keperluan yang bagi projek baru, iaitu penubuhan sebuah akademi baru bagi tentera darat dan laut.

Selain itu, baginda juga menekankan mengenai penambahbaikan bagi kelengkapan perang seperti meriam, bom dan senjata api.

Namun, perkara paling utama adalah menubuhkan sebuah pasukan tentera baru yang dikenali sebagai Nizam-i Cedid atau The New Order. Ianya merupakan sebuah pasukan tentera baru yang bebas daripada sistem asal ketenteraan Uthmaniyyah seperti pasukan Janissari

Page 19: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Pada 14 Mei 1792M, Sultan Selim III telah mengeluarkan arahan rasmi untuk menubuhkan sebuah pasukan baru yang akan dikenali sebagai Nizam-i Cedid iaitu sebuah pasukan tentera baru yang direkrut berdasarkan idea pemodenan daripada Eropah. Tujuan pembaharuan ini adalah untuk meningkatkan lagi kekuatan organisasi kuasa pusat bagi menghadapi musuh luar seperti Rusia yang merupakan musuh utama

Pada tahun 1793M, Sultan Selim III telah menghantar satu senarai jawatan pegawai dan juruteknik yang diperlukan baginda ke ibu negeri Perancis dalam usaha mendapatkan tenaga pakar mereka.

Kemudian pada tahun 1795M, senarai yang sama tetapi lebih banyak yang diperlukan turut dihantar ke Perancis bagi mendapatkan khidmat pakar dari Eropah (salah seorang daripada mereka yang memohon untuk berkhidmat di Kerajaan Uthmaniyyah adalah Napoleon Bonaparte)

Page 20: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Sekolah Kejuruteraan telah ditubuhkan semula (dikenali sebagai Muhendishane) bagi memastikan pembangunan dan perkembangan pendidikan tentera disamping melatih dan merekrut pegawai serta jurutera baru yang lebih berkaliber.

Sekolah ini juga semakin berkembang menjelang tahun 1792M sehinggalah tahun 1795M di bawah pemerintahan Sultan Selim III.

Hampir semua kakitangan dan tenaga pengajar di sekolah ini adalah berbangsa Turki. Sultan Selim III juga masih menggunakan khidmat pakar dari luar negara yang mana Perancis mengetuai senarai negara yang paling banyak membekalkan khidmat tenaga kerja mereka

Page 21: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Namun begitu, proses pembaharuan ini berlaku terlalu pantas dan tidak dapat diterima oleh penduduk Uthmaniyyah, terutamanya pasukan Janissari.

Janissari menganggap pembaharuan ini seperti mencabar dan mencalar maruah mereka. Justeru, mereka menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pasukan Nizam-i Cedid

Mereka bersama ulama telah mengisytiharkan pembaharuan tersebut sebagai satu kesalahan dan bertentangan dengan adat resam Kerajaan Uthmaniyyah

Page 22: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Mereka begitu berang dengan kewujudan pasukan Nizam-i Cedid walaupun tujuan sebenar penubuhannya adalah untuk meringankan beban Janissari.

Justeru, mereka telah menunjukkan beberapa reaksi

sebagai tanda penolakan terhadap pembaharuan tersebut. Antaranya seperti mengadakan rusuhan di jalanan dan menuntut hak menjadi ketua kepada

pegawai Nizam-i Cedid dan pegawai mahkamah.

Walaubagaimanapun, pengenalan Nizam-i Cedid merupakan tanda kesedaran dan kebangkitan Kerajaan Uthmaniyyah yang pertama tentang realiti kepentingan aspek moden dalam menghadapi kebangkitan kuasa-kuasa Eropah.

Page 23: pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii

Selain itu, sebuah konsep baru dalam reformasi Kerajaan Uthmaniyyah turut diketengahkan, iaitu penubuhan institusi baru secara praktisnya berpandukan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Barat.

Di samping itu, idea pembaharuan dan reformasi ini telah meninggalkan kesan dalam perkembangan Kerajaan Uthmaniyyah berikutnya dan menjadi legasi kepada pergerakan pembaharuan yang lebih besar dikenali sebagai Era Tanzimat (1839-1876M).

Pembaharuan ini telah membawa seluruh Kerajaan Uthmaniyyah menjadi dunia moden sebagaimana kuasa Eropah