smk narinang no - pppnukm.files.wordpress.com · pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong...
TRANSCRIPT
1
SULIT
NAMA:........................................................
KELAS : .....................................................
SMK NARINANG NO.1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1103/1
PERCUBAAN SPM 2012
BAHASA MELAYU
Kertas 1
2 ¼ jam Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
1103/1 © SMK Narinang No.1 [ LIHAT SEBELAH ]
SULIT
2
Bahagian A
[ 30 markah ]
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU. Panjangnya huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
3
Bahagian B
[ 100 markah ]
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan
1. Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan remaja.
2. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, apakah
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menceburi
bidang sukan.
3. Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat
semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian
berlaku?
4. Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran. Pada pendapat
anda, apakah kepentingan hubungan yang baik ini perlu dikekalkan.
5. Anda tertarik dengan salah sebuah novel yang menjadi teks KOMSAS di sekolah anda.
Berdasarkan novel tersebut, huraikan persoalan-persoalan dalam novel tersebut yang
boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NARINANG
KOTA BELUD
SLOGAN “ SMK NARINANG NO.1”
PERCUBAAN SPM 2012 1103/2 BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit
==================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
[Lihat halaman sebelah
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 2 1103/2
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negatif
penggunaan aplikasi jaringan sosial dan cara-cara mengatasi ketagihan penggunaannya
dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Facebook, Tweeter, MySpace dan Tagged merupakan antara alat komunikasi pada
abad ini. Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur ini
telah memberikan pelbagai impak positif dan negatif terhadap tahap sosialisasi mahupun
gaya pemikiran individu. Kemunculannya telah mengundang pelbagai persepsi dalam
kalangan masyarakat dunia pada hari ini yang menggunakan media baharu sebagai wahana
komunikasi mereka. Selain itu, faktor mesra pengguna juga merupakan antara sebab
pengguna alat komunikasi ini terdiri daripada kalangan semua peringkat umur. Aplikasi-
aplikasi ini boleh dicapai dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Namun begitu, aplikasi teknologi maklumat canggih ini perlu dikaji impaknya
terhadap individu mahupun produktiviti sesebuah organisasi kerana pelbagai jenayah sosial
boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyebaran maklumat yang
bersifat hasutan dan provokasi boleh dilakukan melalui aplikasi ini. Pengguna bebas
menyuarakan pendapat mereka tanpa sekatan pihak-pihak berwajib. Aplikasi ini juga boleh
mengundang penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang
mempunyai tahap pemahaman dan pengetahuan yang rendah tentang sesuatu isu. Perkara ini
secara tidak langsung akan mendedahkan kelemahan sesuatu organisasi mahupun negara.
Pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat
melalui aplikasi rangkaian sosial. Golongan ini dengan mudah menyalin bahan yang telah
dihasilkan semula supaya menjadi hak milik mereka.
Isu keagamaan juga sering kali menjadi sasaran pihak yang mempunyai kepentingan
lain. Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat golongan yang cuba mewujudkan provokasi
negatif terhadap sesuatu agama atau kaum lain. Hal ini mampu menggoyahkan keharmonian
sesuatu institusi sosial mahupun negara. Pelbagai aplikasi laman sosial juga dapat membuka
peluang kepada kewujudan aktiviti yang melekakan dan ketagihan terhadap penggunaannya.
Perkara sebegini akan menyebabkan individu lebih banyak membuang masa dan merugikan
sesebuak organisasi apabila para pekerja ketagih mengakses aplikasi ini dan mengabaikan
tugasan hakiki. Penyalahgunaan bahasa juga merupakan antara kesan negatif yang timbul
akibat penggunaan laman sosial ini. Banyak pengguna yang melayari aplikasi ini gemar
menggunakan perkataan yang ringkas dan ada kalanya menyalahi aspek tatabahasa. Keadaan
ini akan menjejaskan usaha pihak berwajib untuk memartabatkan penggunaan bahasa yang
betul.
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 3 1103/2
Baik atau buruk sesuatu rangkaian laman sosial bergantung pada cara individu
menggunakannya. Sekiranya dilihat dari sudut yang positif, laman sosial sebegini mampu
memberikan impak yang dapat menguntungkan pelbagai lapisan masyarakat. Sebaliknya, jika
digunakan ke arah yang negatif, aplikasi ini akan memberikan kesan buruk kepada sesebuah
organisasi dan masyarakat. Segala-galanya bergantung pada tindakan dan niat pengguna
dalam mencapai sesuatu matlamat.
(Dipetik dan diubah daripada
„Impak Penggunaan Aplikasi Jaringan Sosial‟
oleh Muhamad helmi Haji Abu Bakar. Dewan Siswa, Julai 2010)
Soalan2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata institusi sosial.
[ 2 markah]
(ii) Mengapakah pengguna alat komunikasi moden ini terdiri daripada semua
peringkat umur?
[3 markah]
(iii) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah aplikasi jaringan sosial ini dapat
membantu anda?
[ 4 markah]
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 4 1103/2
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu
menjadi kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka
akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah
diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan.
Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar
mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi
dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia
warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di
negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri
China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari
Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam
aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka
dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat
kekasihnya yang sejati, M16.
(Dipetik daripada cerpen Mellisa’
oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan sebab-sebab Mellisa sayang akan negara Malaysia.
( 2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan untuk memastikan
keamanan dan keharmonian masyarakat di Malaysia terpelihara?
( 3 markah)
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni daripada
keseluruhan cerpen.
[4 markah]
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 5 1103/2
Soalan 2(d) - Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma, “Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri
Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera
Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna
Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!
Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak
dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah
hal adinda sekalian ini.”
Maka kata Indera Nata, “Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”
Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba
menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua
Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kakanda.”
Maka oleh Indera Nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas
rasanya serta ia berpantun:
“Rakit-rakit dari Inderagiri,
Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;
Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,
Nanti esok kakanda bawa.”
(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas ?
[ 2 markah]
(ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkan mereka?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasa kepada kita?
[3 markah]
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 6 1103/2
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.
Ahmad Sarju
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 7 1103/2
(i) Nyatakan sebab-sebab martabat bahasa kita perlu dipelihara berdasarkan rangkap
kedua? [2 markah]
(i) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memartabatkan bahasa Melayu di
negara ini?
Nyatakan tiga cara.
[3 markah]
(ii) Huraikan dua nilai yang diungkapkan oleh penyair dalam sajak tersebut.
[4 markah]
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 8 1103/2
Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) pascamerdeka
(ii) pascakolonial
(iii) pascanilai
(iv) pascapenjajah
(v) pascamatang
(vi) pascasiswazah
[6 markah]
(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pekerja-pekerja yang datang lewat itu telah dipanggil oleh pengurus syarikat itu
untuk diberi amaran.
(ii) Perasaan murid-murid perlu kita selami untuk mengeratkan hubungan dengan
mereka.
(iii) Anak-anak yang masih belum matang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa.
[6 markah]
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 9 1103/2
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Usaha untuk menunjolkan bakat muda dalam seni pertahanan diri perlulah
mengambil segera.
(ii) Semua penduduk kampung itu telah kerjasama untuk menjayakan majelis ulang
tahun yang kelima puluh.
(iii) Pihak kerajaan telah meluluskan perbelanjaan untuk progeram mengindahkan
pantai yang sudah lama terbiar itu.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Beberapa batang senapang berjaya diragut daripada penjenayah yang ditangkap
oleh polis semalam.
(ii) Kapal terbang yang baru berhenti itu sedang diperiksa oleh pihak berkuasa kerana
disyaki ada bom didalamnya.
(iii) Kakak merebus air selepas menyiapkan kerja rumahnya yang telah diberikan oleh
guru beliau.
[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Obed : Saya kagum melihat pembangunan yang pesat berlaku di negara ini. Negara
kita nampaknya telah berkembang maju setaraf dengan Negara-Negara
Dunia Pertama.
Oliver : Saya bersetuju dengan pandangan kamu. Pada hemat saya, sebagai rakyat
kita perlu belajar daripada negara-negara maju dan bertanyakan pakar-pakar
tentang strategi untuk memantapkan ekonomi negara kita. Jika tidak sampai
bila-bila pun kita akan terus ketinggalan.
Obed : Tetapi usaha tersebut memerlukan kesabaran.
Oliver : Yalah, kalau tidak sabar sudah tentu kejayaan sukar diperoleh!
[6 markah]
1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT
SULIT 10 1103/2
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:
(i) Kabus di Perbukitan karya Mohd.Kholid Hamzah
(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah
(iii) Interlok karya Abdullah Hussain
(iv) Sutera Dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan
(v) PAPA ..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof
(vi) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(vii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(viii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang
menggambarkan nilai bertanggungjawab.
[ 7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu contoh peristiwa yang
memaparkan unsur saspens dalam setiap novel.
[ 8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT