pad370 2 new

22
PENTADBIRAN KEWANGAN ASSIGNTMENT 1 PAD 370 NAME : ZAIFULIZMAN BIN OTHMAN I/D NO : 2005206892 GROUP : 7A LECTURER : DR. NORSHIDAH MOHD NORDIN 1

Upload: jack-pieogiey

Post on 24-Jun-2015

284 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pad370 2 New

PENTADBIRAN KEWANGAN

ASSIGNTMENT 1PAD 370

NAME : ZAIFULIZMAN BIN OTHMAN

I/D NO : 2005206892

GROUP : 7A

LECTURER : DR. NORSHIDAH MOHD NORDIN

1

Page 2: Pad370 2 New

Soalan 1

(a) What is budget? Discuss the role of budget as a fiscal policy and management tool.

BELANJAWAN

Belanjawan adalah satu kaedah perancangan bagi membelanjakan wang pada masa

hadapan. Ianya termasuklah bagaimana membentuk akaun-akaun kerajaan terutama bagi tahun-

tahun lepas dan anggaran akaun-akaun kerajaan pada masa akan dating. Belanjawan

mementingkan sumbangan kewangan keapda kehendak-kehendak manusia dan ianya diolah bagi

mencapai keperluan dan tujuan kerajaan. Mengikut Gladstone, belanjawan adalah sebagai asas

kesejahteraan dan kebahagian individu dan hubungan dengan kekuatan sesebuah Negara. Ia

merupakan intipati politik yang memerintah bersama perkhidmatan awam dan ditugaskan untuk

merumuskan dasar kerajaan bagi mencapai matlamat umum.

Kewangan sesebuah Negara dan pentadbirannya mempunyai kesan yag penting kepada

rancangan jangka panjang pembangunan ekonomi dan social. Justeru itu, Pengurusan Sistem

Kewangan Negara perlu merujuk kepada proses bagaimana utnuk menggunakan tabung

kewangan yang ada utuk mengurus pembahagian kekayaan Perbendaharaan dan seterusnya kea

rah mencapai kehendak dan objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Mengikut Ekstein

(1973) dalam bukunya “Public Finance”, belanjawan adalah ‘….satu penyata yang terperinci

tentang hasil dan perbelanjaan yang telah dibuat dan yang akan dijangkakan’.

2

Page 3: Pad370 2 New

PERANAN BELANJAWAN

Secara umumnya, kepentingan peranan belanjawan tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya

memberi kesan kepada pentadbiran pembangunan ekonomi dan social Negara samada dalam

jangka masa panjang mahupun jangka pendek. Peranan belanjawan sebagai alat dasar

pengurusan sosio ekonomi Negara boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:-

Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal

Dasar fiscal adalah satu dasar kewangan kerajaan yang bertujuan untuk mencapai

matlamat membangunkan dan menstabilkan ekonomi Negara melalui pengurusan

perbelanjaan dan dasar percukaian yang cekap dan berkesan. Ia merupakan satu alat

dasar fiscal yang terpenting dan digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi seperti fungsi

peruntukan yang mana kerajaan bertanggungjawab menyediakan peruntukan bagi

kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan seperti sekolah, jalan raya, hospital dan

sebagainya kepada rakyat. Selain itu, ianya juga perlu memenuhi fungsi agihan, dimana

pengagihan pendapatan di kalangan rakyat terutama dikalangan rakyat yang kurang

bernasib baik supaya dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama. Dan akhir sekali,

belanjawan menjadi alat untuk menstabilkan ekonomi Negara melalui pengawalan

kenaikan harga, pengurangan pengangguran atau peningkatan gunatenaga dan

peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi.

Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan

3

Page 4: Pad370 2 New

Belanjawan juga boleh digunakan sebagai alat pengurusan menerusi peranannya

sebagai :-

i. Alat mengurus sumber kewangan

Belanjawan yang disediakan oleh setiap agensi mengandungi maklumat-

maklumat mengenai aktiviti atau projek yang dipilih bagi mencapai matlamat dan

jumlah peruntukan yang disediakan setiap tahun. Dari maklumat-maklumat ini,

setiap pengurus agensi akan menjadikan ia sebagai panduan semasa

melaksanakan kegiatan-kegiatan yang dipilih oleh mereka sendiri.

ii. Dokumen kawalan belanjawan dan kewangan

Maklumat yang diperolehi daripada dokumen belanjawan dapat membantu pihak

pengurus mengawal kos dan penggunaan sumber bagi memastikan bahawa

perbelanjaan telah dibuat mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan dan tidak

melampau tahap pembaziran.

iii. Alat mengukur prestasi

Pengukuran prestasi ini dilakukan melalui laporan dan maklumbalas yang

disediakan dengan berasaskan perancangan belanjawan. Ianya dapat melihat

samada objektif sesebuah organisasi itu telah Berjaya dicapai atau sebaliknya.

iv. Alat akauntabiliti

Belanjawan adalah sebagai alat untuk mempertanggungjawabkan pegawai-

pegawai kerajaan bagi segala tindakan mereka. Dengan adanya belanjawan,

perbandingan dapat dibuat di antara apa yang terkandung dalam belanjawan dan

apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

v. Alat penyata polisi

Belanjawan dapat memainkan peranan sebagai alat mencerminkan polisi yang

mana ia dilakukan dengan menunjukkan keseluruhan usaha kerajaan kepada

rakyat melalui penurunan objektif umum kerajaan.

4

Page 5: Pad370 2 New

vi. Penyata urusniaga kerajaan

Belanjawan juga merupakan penyata kewangan kerajaan untuk sesuatu tahun

tersebut dengan mencatitkan keseluruhan urusniaga kerajaan dan penyata ini akan

dibentangkan di Parlimen sebelum 31 Disember pada setiap tahun.

Secara keseluruhannya, belanjawan adalah satu perancangan kewangan bagi kerajaan

yang melibatkan anggaran hasil dan perbelanjaan yang dirangka dengan teliti untuk mencapai

matlamat atau sasaran yang bersesuaian dengen objektif kerajaan dalam jangka waktu tertentu.

Ini bermakna bahawa belanjawan bukan hanya merupakan perancangan untuk pentadbiran

kerajaan tetapi ia juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kedudukan ekonomi

sesebuah Negara dan juga memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta.

5

Page 6: Pad370 2 New

Soalan 2

The primary source of a government is derived from taxation. Disscuss the role of taxation in

the development of the country.

PENDAHULUAN

Hasil cukai merupakan sumber utama kerajaan sesebuah Negara untuk membiayai

perbelanjaannya. Cukai bermaksud pindahan bayaran dalam ekonomi yang digunakan untuk

menjayakan sesuatu analisis projek. Semua jenis cukai dianggap sebagai kos dan cukai yang

dikenkan adalah hasil daripada projek-projek yang telah dijalankan dimana kerajaan telah

dipertanggungjawabkan untuk menanggungnya sebagai mewakili rakyat. Menurut kamus Dwi

Bahasa DBP (1982) percukaian adalah satu system untuk mendapatkan wang dengan

mengenakan cukai, perbuatan mencukai, hasil yang didapati dari cukai atau cukai.

Berjoyai Bardai (1987) telah mendefinisikan pencukaian adalah sebagai satu bayaran

yang wajib tetapi bukannya denda yang dikenakan oleh kerajaan ke atas penggunaan pendapatan,

kekayaan atau asas-asas lain untuk faedah rakyat yang diperintah. Ini tidak termasuk denda atau

bayaran-bayaran untuk faedah khusus orang yang membayar seperti bayaran lessen, permit, tol,

bayaran masuk dan taksiran khas. Oleh itu, sesebuah kerajaan itu perlu mewujudkan satu system

cukai yang baik bagi mendapatkan dan menggunakan hasil dari cukai tersebut kepada

kepentingan Negara dan rakyatnya.

6

Page 7: Pad370 2 New

PERANAN CUKAI TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

Sistem percukaian adalah dianggap sebagai satu saluran dan kaedah bagi menggalakkan

perkembangan ekonomi kebanyakkan Negara membangun. Dengan adanya galakan daripada

sistem pencukaian dan juga yang dapat meminimumkan sekatan dan perkembangan ekonomi,

kerajaan dan kebanyakkan ahlinya berpendapat bahawa ia boleh mengembangkan lagi ekonomi

Negara dengan pesatnya. Terdapat juga sesetengah ahli ekonomi dan ahli pencukaian yang

berpendapat bahawa galakan seperti ini patut diselitkan dari dalam sistem pencukaian kerana ia

boleh diberikan dengan lebih baik melalui sistem-sistem lain dalam ekonomi seperti infrastruktur

dan subsidi terus. Cukai merupakan sumber pendapatan utama kebanyakkan kerajaan Negara-

negara didunia termasuk Malaysia. Sebagai contoh, pada tahun 1985, cukai menyumbangkan

kira-kira 85% daripada jumlah pendapatan Negara. Sumber pendapatan daripada cukai ini

digunakan untuk mentadbir Negara juga diagihkan semula ke dalam ekonomi melalui projek-

projek pembangunan atau bantuan terus kepada rakyat.

Secara umumnya, cukai adalah satu proses mengagihkan semula kekayaan dari orang

yang senang kepada orang yang susah dari segi pendapatan ekonomi mereka. Cukai juga

merupakan sumbangan daripada orang mampu dan mempunyai lebihan pendapatan kepada

kerajaan untuk diagihkan semula kepada orang miskin dan memerlukan. Ini juga selaras dengan

prinsip dalam Islam yang mana ia mementingkan kesejahteraan masyarakat.

7

Page 8: Pad370 2 New

Soalan 3

Explain the three (3) types of accountability as practiced in the public sector in Malaysia.

DEFINISI PENGAUDITAN

Audit adalah satu bidang yang dapat menentukan tentang operasi kewangan iaitu

bagaimana ia direkod dengan betul dan dibelanjakan dengan jujur mengikut Undang-undang

Audit dan Aturan Kewangan. Ianya didefinisikan sebagai satu pemeriksaan ke atas penyata

kewangan serta rekod-rekod yang berkaitan supaya pemeriksaan atau juruaudit boleh

membentuk satu pendapat mengenai kebenaran penyata kewangan tersebut. Secara umumnya,

audit bermakna satu proses edaran pengurusan kewangan mengikut Akta Audit 1957. Audit

dalam sector awam tertumpu kepada segala operasi awam yang direkod dengan betul dan segala

tabungan dikumpulkan dan dibelanjakan dengan jujur dan amanah serta mengikut tatacara

kewangan yang ditetapkan.

Ketua Audit Negara adalah orang yang diberi tanggungjawab dalam kawalan pengurusan

wang awam mengikut kuasa Perlembagaan Persekutuan Perkara 105(1). Takrifan yang lebih

tepat lagi ialah apa-apa pemeriksaan ke atas akaun atau rekod yang lalu atau sebarang projek

aktiviti pengurusan dengan tujuan untuk menyediakan masa bagi dinilai oleh orang ketiga

(pemeriksa). Ia mungkin melibatkan analisa atau pemeriksaan rekod-rekod dan lain-lain tujuan

keselamatan atau bukti pengesahan yang boleh menjadi dokumen untuk orang ketiga.. Penilaian

seperti ini adalah bertujuan pemeriksaan bagi satu alternative penilaian yang sesuai oleh

juruaudit.

8

Page 9: Pad370 2 New

Secara keseluruhannya, pengauditan bertanggungjawab terhadap kewajipan penerimaan

dan perbelanjaan wang awam bagi menentukan samada pengurusan wang awam benar-benar

mengikut lunas-lunas yang telah diperuntukan dalam Undang-undang.

KEPENTINGAN PENGAUDITAN

Terdapat beberapa kepentingan pengauditan dilaksanakan dalam pengurusan kewangan

iaitu ia dapat mengenal pasti sejauh mana ketetapan urusniaga kewangan yang telah

dilaksanakan dan ini boleh dijadikan panduan di dalam beberapa aspek pengurusan kewangan

awam seperti menyediakan belanjawan, membuat perancangan dan sebagainya. Selain itu juga,

ia berkepentingan dalam mengenalpasti sejauh manakah keberkesanan dan kecekapan

tanggungjawab pegawai awam dalam menjalankan tugas mereka menggunakan sumber-sumber

yang terhad ini.

Kewujudan pengauditan dalam sesebuah organisasi juga dapat membantu mengenalpasti

kedudukan kewangan dan operasi unit-unit kerajaan sama ada keberhutangan, tiada hutang, hasil

yang memuaskan atau sebagainya. Maka dari sinilah audit dikatakan sebagai satu sistem

semakan ke atas orang-orang yang menjalankan kerja-kerja merekod penerimaan wang dan

membelanjakan wang bagi pihak orang lain. Kerja-kerja audit banyak melibatkan

pengulangkajian secara teliti terhadap system simpanan kira-kira perakaun dan kawalan dalam

badan-badan perniagaan yang sedang diaudit.

Dengan kata lain, konsep audit dan wujudnya institusi ini adalah merupakan tiang seri

dalam system kawalan bagi sesuatu organisasi yang bertujuan mendedahkan penyelewengan

prinsip undang-undang, peraturan dan arahan selain dari mendedahkan factor-faktor dan sifat

yang menghambat kecekapan, keberkesanan dan keharmonian, punca atau sumber pengurusan.

9

Page 10: Pad370 2 New

Setelah pendedahan ini berlaku, maka dengan mudahnya pihak pengurusan mengambil sebarang

tindakan yang dianggap perlu seperti membetulkan penyelewengan dan bertindak terhadap orang

atau pihak yang terlibat serta mengambil langkah-langkah keselamatan agar kesilapan atau

penyelewengan tidak berlaku lagi.

Sebagai kesimpulannya, system audit yang diwujudkan ini adalah untuk memastikan

bahawa system pengurusan kewangan dapat berjalan dengan teratur, lebih berkesan dan menjadi

sebagai salah satu sumber maklumat pengurusan yang penting. Secara tidak langsung juga ia

bertanggungjawab menilai keutuhan, kesempurnaan dan kebebasan keseluruhan system

pengurusan kewangan itu sendiri. Dengan adanya system audit ini juga ia dapat membantu pihak

pengurusan kewangan memperbaiki dan memperkemaskan pengurusan kewangan dengan

memberikan cadangan-cadangan yang membina supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan lagi.

10

Page 11: Pad370 2 New

Soalan 4

(b) Explain the purposes, source and implications of public borrowing.

PINJAMAN AWAM

Definisi

Ishak Shaari & JS Komo telah mendefinisikan bahawa pinjaman awam adalah jumlah

pinjaman terkumpul kerajaan pusat dari dalam dan luar negeri yang belum dijelaskan lagi. R.M

Affandi pula menyatakan pinjaman awam ialah pinjaman yang dibuat oleh kerajaan dari orang

awam, bank-bank di dalam atau diluar negeri dan kerajaan lain dan ia akan menjadi hutang

Negara. Walaupun begitu, segala bentuk pinjaman yang hendak dibuat perlu terlebih dahulu

mendapat kelulusan daripada pihak Parlimen seperti mana yang telah termaktub di dalam

Perlembagaan Persekutuan, Perkara III.

Tujuan Pinjaman Awam

Persoalan mungkin timbul akibat dari tindakan kerajaan meminjam wang demi

membangunkan ekonomi Negara sedangkan kerajaan boleh mengenakan cukai bagi menampung

perbelanjaan membangunkan ekonomi Negara. Walau bagaimanapun, kerajaan mempunyai

pelbagai alasan atau sebab-sebab tertentu dalam melakukan pinjaman tersebut. Sebab-sebab

mengapa kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membangunkan ekonomi adalah bagi

memenuhi keperluan kerajaan ketika ketiadaan wang untuk sementara waktu sementara

menunggu hasil Negara yang belum dikutip atau dipungut. Hutang ini dinamakan Hutang Negara

Jangka Pendek atau Hutang Timbul dimana ia mempunyai jangkamasa kurang dari satu tahun.

11

Page 12: Pad370 2 New

Seterusnya, kerajaan terpaksa meminjam bagi membiayai projek yang dilaksanakan atau

membeli harta (real asset) dalam rancangan-rancangan pembangunan ekonomi serta membiayai

peperangan atau pertahanan negara dan hutang ini dinamakan sebagai Hutang Negara Jangka

Panjang atau ‘funded debt’ yang mana ia mempunyai jangkamasa matang lebih dari satu tahun.

Cara-cara Kerajaan Meminjam

Terdapat 4 cara bagaimana kerajaan meminjam iaitu:-

i. Dengan mengeluarkan Bil Perbendaharaan

Bil Perbendaharaan ini dikeluarkan melalui Bank Negara dimana ia adalah resit yang

tetap nilai mukanya. Sebagai contoh, kerajaan menjual resit yang bernilai RM1000 tetapi

pembeli resit tersebut hanya membayar dengan harga RM980 sahaja. Apabila cukup

tempoh yang ditetapkan, maka pembeli tersebut boleh menjual resit tersebut kepada Bank

Negara dengan harga RM1000. Dari sini, pembeli tersebut mendapat bunga sebanyak

RM20 atas pembelian resit itu.

ii. Dengan mengeluarkan Bon Kerajaan

Contoh Bon Kerajaan ialah seperti Bon Pertahanan Tahun 1965. Bon ialah bagi

jangkamasa yang panjang seperti 10 tahun dan Bon juga tidak boleh dijual kepada orang

lain sekiranya telah dibeli.

iii. Dengan mengeluarkan Surat Jaminan, Sijil-sijil atau Saham-saham Kerajaan

Sijil-sijil atau Saham-saham yang dikeluarkan adalah tetap nilai mukanya sama seperti

Bil Perbendaharaan tetapi perbezaannya adalah dari segi pemberian kadar bunga. Kadar

bunga ini tertulis pada setiap resit tersebut seperti contoh 6%. Kadar bunga ini akan

diperolehi selepas pembeli sijil atau saham ini telah cukup tempoh dan menjualkannya

12

Page 13: Pad370 2 New

kembali kepada Bank Negara. Sebagai contoh, pembeli membeli sijil tersebut dengan

harga RM1000 dan kadar bunganya adalah 5% selama 3 bulan. Maka selepas tempoh

tersebut, pembeli menjualkannya kepada Bank Negara dan mendapat kembali RM1050

yang mana RM50 tersebut adalah kadar bunga yang diberi oleh kerajaan.

iv. Dengan meminjam jumlah yang tertentu

Cara keempat ialah dengan meminjam jumlah wang tertentu seperti RM150 juta dari

punca-punca misalnya Bank Dunia dan dengan ditetapkan kadar bunganya dan jangka

waktu untuk dibayar. Hutang ini dibayar secara beransur-ansur selama tempoh dan

jumlah yang telah dipersetujui bersama.

Kesan-kesan Pinjaman Awam

Di dalam memenuhi kehendak pembangunan dari segi ekonomi, politik dan social,

kerajaan memerlukan sumber-sumber kewangan yang mencukupi bagi menanggung

perbelanjaan untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, dengan melalui pinjaman

merupakan salah satu langkah bagi mengatasi perkara itu dan ini dilakukan memandangkan

kewangan Negara tidak mencukupi. Walaupun begitu, ia boleh memberi kesan kepada Negara

samada kesan yang membawa kebaikan atau kesan yang membawa kepada keburukan.

Kesan-kesan kebaikan pinjaman ialah ia boleh digunakan sebagai alat dasar kewangan

iaitu Dasar Membanyakkan Wang dan Dasar Mengurangkan Wang dalam masyarakat. Dasar

Membanyakkan Wang tidak boleh digunakan dalam Hutang Negara tetapi ia boleh digunakan

untuk mengurangkan wang dalam masyarakat. Dasar ini digunakan bila wang terlalu banyak

tetapi barang-barang kurang dan ia mengakibatkan harga barang naik. Langkah seperti ini belum

lagi dijalankan di Malaysia tetapu di Negara maju seperti Amerika atau Britain.

13

Page 14: Pad370 2 New

Kesan kebaikan pinjaman yang lain pula ialah pinjaman tersebut boleh membiayai

pembangunan ekonomi selain daripada penyimpanan wang dari pendapatan tiap-tiap tahun.

Pinjaman kerajaan juga akan lebih menguntungkan secara tidak langsung kepada orang-orang

yang berpendapatan rendah. Seterusnya, kesan kebaikan ini dapat dilihat dalam memperbaiki

ketidakseimbangan jangka pendek imbangan pembayaran. Negara-negara ahli ‘International

Monetary Fund’ (IMF) yang mengalami kerumitan dalam imbangan pembayaran boleh

mendapatkan matawang asing yang dikehendaki dengan cara menukar matawangnya dengan

matawang berkenaan.

Bagi kesan keburukan pinjaman pula ialah melalui pinjaman yang dilakukan oleh

kerajaan menyebabkan rezab kerajaan akan berkurangan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah

wang yang disimpan atau wang simpanan kerjaan akan berkurangan atas sebab pembayaran yang

dibuat oleh kerajaan kepada Negara yang memberi pinjaman. Ini diperkuatkan lagi dengan kadar

bunga yang dikenakan terlalu tinggi menyebabkan bayaran balik yang dikenakan juga akan

menjadi tinggi. Ia bukan sahaja member kesan buruk kepada Negara malah secara tidak langsung

ia meningkatkan kadar pembayaran cukai dan rakyat akan menanggung beban cukai yang tinggi

tersebut.

Kesimpulannya, pinjaman awam adalah salah satu cara bagaimana kerajaan mengatasi

masalah kewangan Negara dalam melaksanakan matlamat dari segi ekonomi, politik dan social

masyarakat secara amnya. Namun begitu, kebijaksanaan pihak pengurusan dalam mengendalikan

kewangan Negara amatlah perlu dititikberatkan demi kepentingan, kesejahteraan dan

kemakmuran seluruh rakyat dibawah tanggungannya.

14

Page 15: Pad370 2 New

Rujukan

1. Musa Ahmad, Pentadbiran Kewangan, InED, Shah Alam.

2. K. Ramanathan, Konsep Asas Pentadbiran Awam, Dewan Bahasa dan Pusataka Kuala

Lumpur, 2002.

15