p4202 pengauditan (b.3)

Upload: mohamad-izzuddin-zakaria

Post on 06-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 P4202 PENGAUDITAN (B.3)

    1/4

    P4202 Pengauditan

    Bab 3 : Audit Dalam Dan Audit Luar

    Definisi

    Audit dalam

    - suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang dijalankan

    oleh kakitangan syarikat sendiri

    Audit luar

    - pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang

    layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap penyata kewangan

    tersebut

    Matlamat UtamaAudit dalam

    - meyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan sistem perakaunan adalah

    berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa penyata kewangan yang

    dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh dipercayai

    - memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan SKD mencukupi dan

    sentiasa diapatuhi

    - memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa liabiliti hanya

    ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja

    - mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau fraud di peringkat awal dengan

    membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan rekod

    - memudahkan dan mempercepatkan audit tahunan dan untuk memberi maklumat dan

    kerjasama kepada juruaudit luar

    - memastikan bahawa dasar dan keputusan dilaksanakan dengan cara yang cekap dan cepat

    Audit luar

    - memberi pendapat sama ada penyata kewangan yang disediakan oleh syarikatmenggambarkan keadaan benar dan saksama

    - memastikan rekod-rekod perakaunan disediakan mengikut prinsip-prinsip perakaunan

    sepertimana yang tertakluk dalam peruntukan undang-undang (Akta Syarikat 1965)

    Juruaudit dalaman

    B3: AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR

  • 8/3/2019 P4202 PENGAUDITAN (B.3)

    2/4

    - merupakan pihak yang diminta oleh pihak pengurusan untuk mengaudit sistem kawalan

    dalaman dan sistem perakaunan syarikat

    - merupakan kakitangan dalam syarikat tersebut yang ditugaskan khusus untuk

    menjalankan pengauditan

    - mereka memeriksa, menganalisa, dan melaporkan secara kritikal sesuatu kawalan

    dalaman dan pengoperasian syarikat supaya semua sumber-sumber dalam syarikat

    digunakan dengan betul, ekonomik, cekap dan berkesan.

    Elemen-elemen bagi juruaudit dalaman

    a. Bebas

    b. Penstafan bilangan, kelulusan, pengalaman

    c. Latihan terlatih sepenuhnya

    d. Perhubungan juruaudit dalaman sepatutnya membina hubungan kerja, pemahaman

    terhadap pengurusan, juruadit luar, agensi-agensi luar

    e. Berhati-hati dari segi teknik, keupayaan dan pertimbangan, perlu mempunyai

    pengetahuan teknikal yang terkini, jujur dan berwibawa sama seperti juruaudit luar.

    Hubungan di Antara Audit Dalam dan Audit Luar

    - audit dalaman mengawasi kawalan dalaman dan sistem perakaunan sesebuah organisasi.

    Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih tepat dan boleh

    dipercayai

    - oleh itu, juruaudit luar mungkin meletakkan kesandaran kepada kerja juruaudit dalam

    untuk tujuan menbentuk pendapatnya terhadap penyata kewangan

    - walau bagaimanapun, juruaudit luar perlu mengkaji aspek-aspek berikut bagi memastikan

    kerja-kerja juruaudit dalaman itu boleh dipercayai atau sebaliknya :

    i.kebolehan juruaudit dalaman

    - berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperoleh melalui perbincangan

    dengan mereka

    ii.kedudukan juruaudit dalaman

    - dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab kendalian yang lain

    iii.liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman

    B3: AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR

  • 8/3/2019 P4202 PENGAUDITAN (B.3)

    3/4

    - berdasarkan kertas kerja audit yang dibuat juruaudit luar perlu memastikan tiada

    bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima perhatian yang mencukupi

    daripada juruaudit dalam

    iv.perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah digunakan

    - melalui penyemakan kerta kerja dan laporan yang disediakan yang merupakan bukti

    tentang perancangan kerja, kecukupan tatacara dan kawalan yang diamalkan

    Bidang kerjasama audit dalam dan audit luar

    1. Juruaudit luar boleh bergantung kepada juruaudit dalaman di dalam menentukan

    sistem semakan

    2. Program juruaudit dalaman menbantu juruaudit luar

    3. Pengalaman luas juruaudit luar boleh digunakan untuk memberi nasihat kepada

    juruaudit dalaman

    Persamaan audit dalam dan audit luar

    1. Mewujudkan sistem semakan dalaman yang efektif

    2. Pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan operasi

    3. Kecukupan sistem perakaunan

    4. Penjagaan aset-aset

    Perbezaan juruaudit dalaman dan juruaudit luaran

    Juruaudit dalaman

    Juruaudit luaran

    1. Skop kerja

    - bidang liputan yang dijalankan ditetapkan oleh pihak pengurusan

    1. Skop kerja

    - bidang liputan berdasarkan peruntukan undang-undang

    2. Pendekatan

    - memastikan SP mencukupi dan SKD berkesan

    2. Pendekatan

    - untuk memuaskan hatinya bahawa akaun yang dibentang adalah benar dan saksama

    3. Tanggungjawab

    - bertanggungjawab terhadap pihak pengurusan

    B3: AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR

  • 8/3/2019 P4202 PENGAUDITAN (B.3)

    4/4

    3. Tanggungjawab

    - bertanggungjawab terhadap pemegang saham dan pihak ketiga yang lain

    4. Juruaudit

    - merupakan kakitangan syarikat4. Juruaudit

    - individu yang bebas dan berkelayakan

    5. Kebebasan

    - bebas memberi pendapat tetapi perlu bersedia dalam memenuhi kehendak pengurusan

    5. Kebebasan

    - bebas dari segi pemikian dan kelakuan

    6. Tempoh

    - pemeriksaan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun

    6. Tempoh

    - biasanya setelah selesai satu-satu tempoh perakaunan

    Kesan audit dalam terhadap audit luar

    1. Melahirkan kebolehpercayaan juruaudit luar dari segi membuat keputusan

    2. Memberi keberkesanan kerja ke atas kerja juruaudit luar

    3. Menjimatkan masa 5. Mudah mendapatkan maklumat

    4. Membolehkan kerja audit luaran dijalankan dengan minimum

    B3: AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR