p kuliah 1

7
Kuliah 1 (21 Februari 2012) Pengenalan Demografi Objektif Kuliah 1. Pelajar boleh memberi definisi demografi 2. Mengenalpasti sumber data demografi yang berbeza 3. Menerangkan perbezaan utama sumber data 4. Menyenaraikan persediaan untuk menjalankan banci penduduk 1.1 Definisi Demografi Demografi boleh didefinisikan sebagai satu bidang kajian mengenai populasi manusia yang meliputi komposisi, taburan, kepadatan, pertumbuhan dan ciri-ciri lain termasuklah punca dan kesan akibat daripada perubahan faktor-faktor ini. Demografi seperti yang difahami pada hari ini merupakan kajian saintifik populasi dan dinamik manusia. Istilah demografi (kependudukan) merupakan gabungan dua perkataan Greek, Demos bermaksud populasi Graphicsbermaksud melukis Demografi menumpukan kajian kepada tiga fenomena manusia iaitu: i. Perubahan saiz populasi (bertambah atau mengurang) ii. Komposisi populasi iii. Taburan populasi dalam ruangan 1.2 Dinamik penduduk Dinamik penduduk dalam kajian demografi bermaksud proses-proses demografi seperti kelahiran, kematian dan migrasi sentiasa berubah- ubah yang memberi kesan kepada saiz, komposisi dan taburan populasi. Thompson dalam buku bertajuk Population Problems menghurai tiga persoalan penting dalam kajian kependudukan: 1. Bilangan orang yang tinggal di sesebuah kawasan. Adakah perubahan-perubahan yang berlaku terhadap saiz kumpulan

Upload: peningla

Post on 26-May-2015

110 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 1

Kuliah 1 (21 Februari 2012) Pengenalan Demografi

Objektif Kuliah

1. Pelajar boleh memberi definisi demografi

2. Mengenalpasti sumber data demografi yang berbeza

3. Menerangkan perbezaan utama sumber data

4. Menyenaraikan persediaan untuk menjalankan banci penduduk

1.1 Definisi Demografi

Demografi boleh didefinisikan sebagai satu bidang kajian mengenai

populasi manusia yang meliputi komposisi, taburan, kepadatan,

pertumbuhan dan ciri-ciri lain termasuklah punca dan kesan akibat

daripada perubahan faktor-faktor ini.

Demografi seperti yang difahami pada hari ini merupakan kajian

saintifik populasi dan dinamik manusia. Istilah demografi

(kependudukan) merupakan gabungan dua perkataan Greek,

Demos bermaksud populasi Graphicsbermaksud melukis

Demografi menumpukan kajian kepada tiga fenomena manusia iaitu:

i. Perubahan saiz populasi (bertambah atau mengurang)

ii. Komposisi populasi

iii. Taburan populasi dalam ruangan

1.2 Dinamik penduduk

Dinamik penduduk dalam kajian demografi bermaksud proses-proses

demografi seperti kelahiran, kematian dan migrasi sentiasa berubah-

ubah yang memberi kesan kepada saiz, komposisi dan taburan

populasi.

Thompson dalam buku bertajuk Population Problems menghurai tiga persoalan penting dalam kajian kependudukan:

1. Bilangan orang yang tinggal di sesebuah kawasan. Adakah perubahan-perubahan yang berlaku terhadap saiz kumpulan

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 2: P kuliah 1

(populasi) manusia itu mempengaruhi kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada mereka?

2. Apakah jenis manusia yang tinggal dalam suatu kumpulan penduduk

itu? Apakah bezanya cara hidup mereka daripada cara hidup kumpulan penduduk yang lain.

3. Bagaimanakah pola taburan penduduk dalam kawasan yang dikaji?

Apakah perubahan-perubahan yang telah berlaku pada pola taburan tersebut?

Tiga unsur penting dalam kajian mengenai penduduk ialah saiz, komposisi dan taburan.

1.2.1 Saiz

Persoalan yang sering ditanya: berapa bilangan penduduk yang tinggal disesebuah kawasan pada masa yang tertentu. Soalan nampak mudah. Tetapi sukar untuk mendapat jawapan yang tepat. Kerana sukar untuk mengira jumlah penduduk sebenar terutamanya dalam sebuah kawasan yang sangat luas cth: negara. Proses mengira jumlah penduduk melibatkan definisi manusia, tempat dan masa. Semua aspek ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum proses pengiraan jumlah penduduk boleh dilaksanakan. Oleh kerana sukar memperolehi jumlah sebenar, ahli demogrfi membuat anggaran untuk mendapatkan gambaran asas penduduk dunia, negeri ataupun wilayah. Dalam aspek temporal, pengkaji ingin mengetahui jumlah penduduk pada masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Maklumat-maklumat ini penting bagi mereka untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh manusia. Salah satu daripada masalah utama untuk mendapatkan jumlah penduduk yang tepat ialah jumlah penduduk yang bertambah dari tahun ke setahun, terutamanya negara yang mempunyai kadar migrasi yang tinggi.

1.2.2 Komposisi

Komposisi merangkumi semua ciri penduduk yang tinggal di sesuatu

kawasan. Dalam sesuatu populasi (kumpulan individu) terdapt

perbezaan berkaitan dengan aspek kesuburan, kematian dan

kumpulan umur.

user
Highlight
Page 3: P kuliah 1

Komposisi kumpulan penduduk sesuatu kumpulan mungkin sama

atau mungkin berbeza dengan kumpulan penduduk yang lain,

terutamanya dari segi besar atau kecil jumlah penduduknya. Sebagai

contoh, komposisi penduduk di kawasan bandar kenal huruf adalah

lebih tinggi berbanding dengan kumpulan penduduk di kawasan

yang lebih terpencil.

Ahli demografi perlu menimbangkan dua ciri penting sebelum

memilih kumpulan penduduk yang mahu dikaji iaitu ciri-ciri yang

memberi kesan kepada pola kesuburan, kematian dan migrasi.

Sekiranya komposisi penduduk disesuatu kawasan terdiri daripada

kalangan wanita, ia akan mempengaruhi pola kesuburan dan taraf

perkahwinan penduduk di kawasan tersebut.

Ciri kedua yang dipilih seharusnya relevan dengan usaha untuk

memahami aspek-aspek demografi tertantu dalam masyarakat.

Sebagai contoh isu penuaan di negara-negara maju. Maklumat

berkaitan dengan penduduk menua membolehkan perancangan

aspek-aspek kesihatan, peruntukan dana pencen, perumahan dan

masalah-masalah lain yang berkitan boleh diselesaikan.

Sekiranya penduduk di sesebuah kawasan berada dalam kumpulan

umur produktif (18 -35 tahun) kawasan tersebut dianggap

mempunyai kesuburan yang tinggi. Oleh itu penyediaan prasarana

kesihatan, kemudahan pendidikan dan seumpamanya perlu

dilaksanakan.

1.2.3 Taburan

Aspek ketiga dalam kajian demografi ialah taburan. Soalan-soalan

yang sering dikemukakan dalam aspek ini ialah apakah pola taburan

dipermukaan bumi dan apakah perubahan-perubahan yang berlaku

pada pola taburan tersebut.

Kawasan taburan pula boleh dirujuk sebagai sebuah kawasan yang

luas seperti benua atau sebuah kawasan yang lebih kecil seperti

daerah. Dalam konteks negara Malaysia, persoalan mengenai taburan

penduduk yang boleh dikaji termasuklah berapa peratuskan orang

Melayu, Cina dan India ynag tinggal di kawasan bandar?

Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dengan menjalankan banci.

Salah satu daripada proses pengutipan data yang paling

Page 4: P kuliah 1

komprehensif di negara ini ialah banci penduduk dan perumahan

negara yang dijalankan setiap 10 tahun.

1.3 Sumber Data

Bidang demografi sama seperti disiplin sains yang lain mempunyai

kaedah pengumpulan dan analisis data yang tersendiri. Ini

menyebabkan ramai penyelidik mendefinisikan demografi sebagai

satu bidang sains emperikal yang memperhati dan mencatatkan data

mengenai penduduk. Data yang diperolehi dianalisis untuk

mendapatkan maklumat mengenai penduduk pada masa dahulu dan

yang akan datang.

Empat sumber data yang utama ialah banci penduduk, perangkaan

penting, tinjauan sampel isirumah dan rekod-rekod kerajaan serta

swasta.

1.3.1 Banci Penduduk

Banci menurut UN merupakan proses mengumpul, merekod dan

menerbitkan maklumat demografi, ekonomi dan sosial pada tempoh

masa tertentu semua penduduk di sesebuah negara.

Banci dijalankan secara berkala dengan selang masa antara 5 hingga

10 tahun. Tempoh yang panjang ini disebabkan oleh kerja-kerja

pembancian yang kompleks. Tempoh minimum selama 4 tahun

diperlukan untuk merancang perlaksanaan banci.

Sekurang-kurangnnya 18 bulan untuk perancangan permulaan

sahaja. Ini termasuklah menetapkan tarikh banci, jadual kerja,

penyediaan soalan, anggaran perbelanjaan dan pentdbiran

1.3.1.1 Kegunaan banci

i. Perancangan

ii. Mengira petunjuk penting seperti kesihatan

1.3.1.2 Peringkat-peringkat banci

i. Persediaan dan perancangan

ii. Memungut maklumat

iii. Kompilasi dan analisis

iv. Penilaian

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 5: P kuliah 1

1.3.1.3 Kualiti data banci

Banci mesti mempunyai kualiti-kualiti berikut:

i. Banci perlu menghitung semua orang dalam sesebuah

kawasan (tiada pengecualian atau pertindihan)

ii. Maklumat perlu mempunyai kaitan dengan suasana semasa

iii. Perlu dilaksanakan secara berkala (setiap 10 tahun)

iv. Merujuk kepada manusia yang tinggal di kawasan yang

khusus

v. Maklumat diperolehi daripada individu sendiri

1.3.2 Teknik pengambilan data banci

Terdapat dua teknik pengutipan data banci iaitu dejure dan defacto

Dejure

Teknik pengutipan yang menghitung manusia berdasarkan kepada

tempat tinggal tetap mereka.

Kelebihan

- memberi gambaran sesebuah masyarakat secara tetap

- memberikan perangkaan yang realistik dan berguna

Kekurangan

- Terdapat sebilangan penduduk mungkin terkeluar daripada

hitungan. Isi rumah yang tidak berada di tempat tinggal semasa

banci dijalankan tidak termasuk dalam hitungan. Kecuali

pembanci memastikan semua orang direkodkan

- Kemungkinan berlaku pengiraan berganda

- Maklumat mengenai orang yang tidak ada pada hari banci sering

tidak lengkap atau tidak tepat

Defacto

Teknik melaksanakan banci yang mengira manusia dimana mereka

berada dalam tempoh masa banci

Kelebihan

- Masalah orang tercicir daripad perhitungan berkurangan

Kekurangan

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 6: P kuliah 1

- Sukar untuk mengambil maklumat mengenai manusia dalam

perjalanan. Kelompok ini sebagai contoh membuat perjalanan

meninggalkan tempat kediaman mereka tetapi belum sampai ke

destinasi semasa banci berlaku

- Memberi gambaran yang salah mengenai populasi

- Perangkaan penting ada kelemahan (terutamanya di kawasan

tinggi migrasi)

Usman Hj Yaakob dalam buku bertajuk Prinsip Kajian Kependudukan

meringkaskan kedua-dua kaedah ini seperti berikut:

Banci penduduk dapat diklasifikasikan menurut dua kawasan tempat

tinggal reponden. Pertama, penduduk direkodkan berdasarkan

tempat mereka berada pada malam banci (de facto). Kedua, penduduk

direkodkan bedasarkan tempat mereka tinggal (de jure).

Misalnya, seorang lelaki dari Kuala Lumpur yang sedang

menjalankan perniagaan di Johor Bahru sewaktu banci dijalankan,

direkodkan sebagai tinggal: (i) di Johor Bahru (de facto) (ii). di Kuala

Lumpur (de jure).

1.3.3 Sejarah Banci

Banci dikutip asalnya untuk digunakan bagi tujuan yang pelbagai,

Kerajaan Greek dan Romawi membanci lelaki dewasa di negara

mereka bagi tujuan ketenteraan.

Kerajaan Sumerian menghitung untuk tujuan cukai, Dinasti Chou

(1050-247 tahun s.m) menjadikan banci dan pendaftaran penduduk

peraturan biasa dalam pentadbiran awam.

Perhitungan penduduk pada masa lampau tidak begitu lengkap jika

dibandingkan dengan banci moden.

Banci moden paling lengkap pertama di rekodkan di Kanada pada

tahun 1665, Sweden 1749, Sepanyol 1789, Great Britain dan Perancis

1801, Jepun 1873, Negeri-negeri Selat 1891, Mesir dan Russia 1897

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 7: P kuliah 1

1.4 Banci di Malaysia

Banci pertama di negeri-negeri selat (Pulau Pinang, Melaka dan

Singapura) dijalankan seawal tahun 1801, 1824, 1826 – perhitungan

tumpukan kepada jantina dan bangsa.

Tetapi banci pada tahun 1871 lebih terperinci – memungut data-data

berkaitan jantina, umur, bangsa, perumahan, pekerjaan dan kawasan

geografi.

Banci awal paling komprehensif dijalankan di negeri-negeri melayu

bersekutu (Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor) pada

tahun 1891. Negeri-negeri melayu tidak bersekutu (Kedah,

Terengganu, Kelantan, Perlis dan Johor) mengadakan banci pada

tahun 1911.

Semua banci penduduk yang dikutip sejak kurun ke 19 mengamdungi

banyak maklumat penting perangkaan penduduk dan kegiatan

sosioekonomi. Menjadi sumber rujukan yang sangat berharga kepada

ahli demografi.

1.5 Perangkaan Penting

Merupakan pengutipan data secara berterusan bagi peristiwa-

peristiwa penting. Sistem pendaftaran awam yang merekodkan

kelahiran, kematian dan perkahwinan membolehkan pertumbuhan

populasi penduduk diketahui. Proses pendaftaran ini kurang penting

berbanding dengan banci pada peringkat kebangsaan.

Di negara-negara mundur atau sedang membangun, lazimnya kadar

buta huruf adalah tinggi dan hubungan komunikasi yang lemah

masalah untuk merekod kelahiran atau kematian bukan sahaja sukar

di kawasan luar bandar, tetapi juga sukar di kawasan bandar.

Bagaimanapun pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan

keupayaan pengumpulan data-data berkaitan di seluruh dunia.

1.6 Tinjauan Sampel Isi Rumah

Sampel isi rumah murupakan sumber data demografi yang dikutip

secara saintifik dikawasan terpilih yang meliputi sebahagian kecil

daripada populasi yang ditentukan.

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight