p. khidmat maklumat akademik unimas uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · fakulti ekonomi dan perniagaan...

24
PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP "E-LEARNING SYSTEM" DI UNIMAS P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummi 0000115894 Oleh BONG JOON Al 4865 Projek dipersembahkan kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan sebagai sebahagian syarat untuk memenuhi kehendak Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian (Sistem Maklumat Pengurusan Perniagaan) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2002/03

Upload: tranminh

Post on 28-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP

"E-LEARNING SYSTEM" DI UNIMAS

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

uiiimmmiiimummi 0000115894

Oleh

BONG JOON Al

4865

Projek dipersembahkan kepada

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

sebagai sebahagian syarat untuk memenuhi kehendak

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan

Dengan Kepujian

(Sistem Maklumat Pengurusan Perniagaan)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2002/03

Page 2: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

PENGESAHAN PELAJAR

Saya meagakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk

Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap "E-Learning System" di UNIMAS

ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.

ý rn1, vth ýdý, 7

Tarikh Serahan Bong Joon Ai

4865

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak

Page 3: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

PENGESAHAN PENYELIA

Setelah diteliti Projek Tahun Akhir bertajuk

Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap "E-Learning System" di UNIMAS

yang dibuat oleh Bong Joon Ai (4865),

pihak penyelia berpuashati dengan Projek Tahun Akhir ini

sebagai memenuhi syaiat pengijazahan

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan dengan Kepujian

(Sistem Maklumat Pengurusan Perniagaan)

3 MnýC H Zoo3

Tarikh Serahan Puan Mahani Shakur

Fakulti Ekonomi clan Pemiagaan

Universiti Malaysia Sarawak

Page 4: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

ABSTRAK

PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP "E-

LEARNING SYSTEM" DI UNIMAS

Oleh

Bong Joon Ai

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pensyarah dan pelajar terhadap "E-

Learning System" di UNIMAS. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk mengkaji faktor

utama yang paling memotivasikan para pensyarah dan pelajar di UNIMAS untuk

menggunakan "E-Learning System". Fokus utama kajian ini ialah 120 orang pensyarah

dan 500 orang pelajar di UNIMAS berdasarkan persampelan rawak mudah hasil daripada

borang soal selidik. Crosstabulation dan Analisis Kolerasi telah digunakan untuk ujian

hipotesis. Didapati "E-Learning System" merupakan alat bantuan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini juga menyimpulkan bahawa

faktor utama yang paling memotivasikan para pensyarah untuk menggunakan "E-

Learning System" adalah tahap kemahiran aplikasi perisian manakala bagi pelajar pula

adalah galakan daripada pensyarah.

Page 5: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

ABSTRACT

LECTURERS AND STUDENTS' PERCEPTION TOWARDS E-

LEARNING SYSTEM IN UNIMAS

By

Bong Joon Ai

The main objective of this study is to determine the lecturers and students' perception

towards E-Learning System in UNIMAS. Another objective is to find out the

determinant factors that motivate lecturers and students in using the E-Learning System.

This case study was conducted in UNIMAS based on the simple random sampling

towards 120 lecturers and 500 students by using the questionnaires. Crosstabulation and

Correlation Analysis have been used in this paper. From the finding, E-Learning System

is a supporting tool in the learning and teaching process. As a conclusion, the most

motivating factor to use E-Learning System for the lecturers are level of software

application skill, whilst for the students are the support from the lecturers.

Page 6: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih dan

sanjungan setinggi-tingginya kepada:

Puan Mahani Shakur yang merupakan penyelia Projek Tahun Akhir pengkaji

yang memberikan dorongan, galakan dan ajaran dalam sepanjang tempoh ini. Sokongan

beliau menguatkan azam pengkaji untuk melengkapkan Projek Tahun Akhir ini dengan

sempurna.

Puan Norazirah Ayob yang merupakan pemeriksa Projek Tahun Akhir ini yang

juga telah menghulurkan budi baiknya dalam mendorong pengkaji menyempurnakan

projek ini.

Encik Hamri Tuah yang telah banyak memberi bantuan dan ajaran dalam Ujian

Analisis SPSS. Budi baik beliau tetap disanjung dan diingati selalu.

Cik Fitri Suraya Mohamad iaitu selaku Ketua "Unit E-Learning" yang telah

memberikan maklumat tentang "E-Learning System" di UNIMAS untuk pengkaji

menyiapkan projek ini.

Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

web untuk memudahkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat. Sokongan dan

persahabatan mereka akan diingati selalu.

Semua staf FEP yang telah menghulurkan bantuan dalam sepanjang tempoh

kaj ian.

Semoga anda semua dapat berkongsi dan bergembira terhadap hasil kerja

ini bersama saya.

V

Page 7: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

Isi Kandungan

Senarai Jadual xiSenarai Rajah xv

Bab 1: PENGENALAN 1-15

1.1 Latar Belakang Kajian I

1.1.1 Sejarah Dan Perkembangan "E-Learning" 1

1.1.2 Definisi "E-Learning" 3

1.1.3 Apakah Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional

Dan "E-Learning" 5

1.1.4 "Unit E-Learning" Di Unimas 6

1.2 Penyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 11

1.3.1 Objektif Umum 11

1.3.2 Objektif Khas 11

1.4 Kepentingan Kajian 12

1.5 Definisi Istilah 13

1.6 Batasan Kajian 15

BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH 16 - 27

2.1 Faktor Kunci Dalam Keberkesanan "E-Learning" 16

2. 1.1 Keberkesanan 16

2.2 "E-Learning System" Merupakan Alat Bantuan Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 19

2.3 Faktor Yang Mernotivasikan Pensyarah Untuk Menggunakan

"E-Learning System" 22

2.4 Faktor Yang Memotivasikan Pelajar Untk Menggunakan

"E-Learning System" 26

vii

Page 8: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Jenis Sumber Maklumat

3.1.1 Kaedah Sekunder

3.1.2 Kaedah Primer

3.2 Persampelan

3.2.1 Sasaran Sampel Kajian

3.2.2 Cara Pengedaran Borang Soal Selidik

3.3 Hipotesis Kajian

3.3.1 Pensyarah

3.3.2 Pelajar

3.4 Analisis Data

3.4.1 Analisis Kebolehpercayaan (Realiability)

28-37

28

28

29

30

30

31

32

32

32

33

33

3.4.2 Jadual Frekuensi 34

3.4.3 Graf dan Carta Pai 34

3.4.4 Ujian Chi Square 34

3.4.5 Jadual Crosstabulation 35

3.4.6 Pearson Chi Square 35

3.4.7 Analisis Kolerasi 35

3.5 Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan

3.5.1 Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi

Pensyarah

3.5.2 Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi

Peiajar

37

37

37

BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN 38 - 86

4.1 Pensyarah 38

4.1.1 Tahap Kebolehpercayaan Ujian Percubaan 38

4.1.2 Jumlah Responden Pensyarah 38

4.1.3 Tahap Kebolehpercayaan Keseluruhan 39

4.1.4 Latar Belakang Pensyarah 39

4.1.5 Kajian Asas Terhadap Pensyarah 43

viii

Page 9: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

4.1.6 Keputusan Kajian Bagi Pensyarah Yang Menggunakan

"E-Learning System"

4.1.7 Keputusan Kajian Bagi Pensyarah Yang Tidak

Menggunakan "E-Learning System"

4.1.8 Persepsi Umum Pensyarah Terhadap "E-Learning

System" Di UNIMAS

4.1.9 Minat Pensyarah Terhadap "E-Learning System"

4.1.10 Keputusan Crosstabulation

4.1.11 Hubungan Faktor-faktor Dengan Motivasi Pensyarah

4.1.12 Rumusan Keputusan Kajian Bagi Pensyarah

4.1.13 Keputusan Kajian Lanjutan

4.2 Pelajar

4.2.1 Tahap Kebolehpercayaan Ujian Percubaan

4.2.2 Jumlah Responden Pelajar

4.2.3 Tahap Kebolehpercayaan Keseluruhan

4.2.4 Latar Belakang Pelajar

4.2.5 Pemilikan Komputer

4.2.6 Pengaksesan "E-Learning System" Oleh Pelajar Di

UNIMAS

4.2.7 Persepsi Umum Pelajar Terhadap "E-Learning

System" Di UNIMAS

4.2.8 Minat Pelajar Terhadap "E-Learning System"

4.2.9 Keputusan Crosstabulation

4.2.10 Hubungan Faktor-faktor Dengan Motivasi Pelajar

4.2.11 Rumusan Keputusan Kajian Bagi Pelajar

4.2.12 Keputusan Kajian Lanjutan

4.2.13 Sebab-sebab Pensyarah Mengimplementasikan "E-

Learning System" Di UNIMAS

4.2.14 Sebab-sebab Pensyarah Tidak Mahu

Mengimplementasikan "E-Learning System" Di

UNIMAS

46

52

53

59

60

61

62

63

64

64

64

64

65

69

70

74

79

80

81

82

83

84

85

ix

Page 10: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

BAB 5: PERBINCANGAN 87 - 101

5.1 Alat Bantuan Pengajaran 87

5.2 Tahap Kemahiran Aplikasi Perisian 91

5.3 Alat Bantuan Pembelajaran 94

5.4 Galakan Daripada Pensyarah 98

BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN 102-111

6.1 Kesimpulan 102

6.1.1 Implikasi Kajian 103

6.2 Cadangan 106

6.2.1 Pihak UNIMAS 106

6.2.2 Pensyarah 108

6.2.3 Pelajar 109

6.2.4 Kajian Pada Masa Yang Akan Datang 110

BIBLIOGRAFI 112

LAMPIRAN

Lampiran A: Tahap Kebolehpercayaan Pensyarah

Lampiran B: Tahap Kebolehpercayaan Pelajar

Lampiran C: Soalan Soal-selidik Bagi Pensyarah

Lampiran D: Soalan Soal-Selidik Bagi Pelajar

X

Page 11: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

Jadual3.1: Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi

Pensyarah 37

Jadual 3.2: Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi

Pelajar 37

Jadua14.1: Jadual Jumlah Borang Soal Selidik 38

Jadual 4.2: Taburan Frekuensi Tahap Kemahiran Aplikasi

Perisian Pensyarah

Jadual 4.3: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Tentang

Tahap Kemahiran Aplikasi Perisian Dalam Soal

Memotivasikan Mereka Untuk Menggunakan "E-

Learning System"

Jadual 4.4: Taburan Frekuensi Tujuan Pensyarah Menggunakan

"E-Learning System"

Jadual 4.5: Taburan Frekuensi Kursus Yang Diajar Oleh

Pensyarah Dengan Menggunakan "E-Learning

System"

Jadual 4.6: Taburan Frekuensi Pelajar Yang Diajar Dengan

Menggunakan "E-Learning System"

Jadual 4.7: Taburan Frekuensi Pensyarah Mengemaskinikan

Laman Web "E-Learning System" Bagi Setiap

Kursus

Jadual 4.8: Taburan Frekuensi Pengalaman Pemimpinan Forum

Perbincangan Oleh Pensyarah Dengan Menggunakan

"E-Learning System"

43

44

46

47

48

49

50

Jadual 4.9: Taburan Frekuensi Pelajar Yang Terlibat Dalam

Setiap Forum Perbincangan 50

X1

Page 12: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

Jadua14.10: Tabura i Frekuensi Persepsi Pensyarah Terhadap

Tindakbalas Pelajar Ke Atas Penggunaan "E-

Learning System" 51

Jadual 4.11: Taburan Kemungkinan Penggunaan "E- Learning

System" Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Pada

Masa Akan Datang

Jadual 4.12: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap

Pemerolehan Pengetahuan Tambahan Melalui Forum

Perbincangan

Jadual 4.13: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap

Keseronokan Penggunaan "E-Learning System"

52

53

Sebagai Alat Bantuan Pengajaran 54

Jadual 4.14: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap

Kebaikan Penggunaan "E-Learning System" 55

Jadual 4.15: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Keburukan Penggunaan "E-Learning System" 56

Jadual 4.16: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap

Kemesragunaan "E-Learning System" Di UNIMAS 57

Jadual 4.17: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap

Kesenangan Untuk Mengakses Kepada "E-Learning

System" Di UNIMAS 58

Jadua14.18: Taburan Frekuensi Minat Pensyarah Terhadap "E-

Learning System" 59

Jadual 4.19: Keputusan Crosstabulation Bagi "E-Learning

System" Merupakan Alat Bantuan Dalam Proses

Pengajaran. 60

Jadual 4.20: Keputusan Kolerasi Antara Faktor-Faktor Dengan

Motivasi Pensyarah 61

Jadua14.21: Rumusan Keputusan Ujian Signifikan Bagi

Pensyarah 62

xii

Page 13: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

Jadua14.22: Taburan Penyenaraian Keutamaan Faktor-Faktor

Yang Memotivasikan Pensyarah 63

Jadua14.23: Jadual Jumlah Borang Soal Selidik 64

Jadua14.24: Taburan Frekuensi Pemilikan Komputer Sendiri Oleh

Pelajar 69

Jadua14.25: Taburan Frekuensi Pemilikan Komputer Sendiri

Yang Dapat Bersambung Dengan Internet Oleh

Pelajar 69

Jadua14.26: Taburan Frekuensi Pelajar Mengakses Kepada "E-

Learning System" 70

Jadua14.27; Taburan Frekuensi Tujuan Pelajar Menggunakan "E-

Learning System" 71

Jadual 4.28: Taburan Frekuensi Pengalaman Menghantar Jawapan

Tutorial Atau Tugasan Melalui "E-Learning System" 72

Jadual 4.29: Taburan Frekuensi Pengalaman Pelajar Dalam

Merujuk Kepada Jawapan Kawan Sebelum

Menghantar Jawapan Sendiri Menerusi "E-Learning

System" 72

Jadual 4.30: Taburan Frekuensi Pengalaman Melibatkan Diri

Dalam Forum Perbincangan Oleh Pelajar 73

Jadua14.31: Taburan Frekuensi Pelajar Terlibat Dalam Forum

Perbincangan 73

Jadua14.32: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Kemesragunaan "E-Learning System" Di UNIMAS 74

Jadua14.33: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Kesenangan Untuk Mengakses Kepada "E-Learning

System" Di UNIMAS 75

Jadua14.34: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Kebaikan "E-Learning System" 76

X111

Page 14: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

Jadua14.35: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Pemerolehan Pengetahuan Tambahan Melalui Forum

Perbincangan

Jadual 4.36: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Keseronokan Pembelajaran Melalui "E-Learning

System" Di UNIMAS

Jadua14.37: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap

Galakan Dan Latihan Untuk Memotivasikan Pelajar

Dalam Menggunakan "E-Learning System" Di

77

77

UNIMAS 78

Jadual 4.38: Taburan Frekuensi Minat Pelajar Terhadap "E-

Learning System" 79

Jadua14.39: Keputusan Crosstabulation Bagi "E-Learning

System" Merupakan Alat Bantuan Dalam Proses

Pembelajaran 80

Jadual 4.40: Keputusan Kolerasi Antara Faktor-Faktor Dengan

Motivasi Pelajar 81

Jadual 4.41: Rumusan Keputusan Ujian Signifikan Bagi Pelajar 82

Jadua14.42: Taburan Penyenaraian Keutamaan Faktor- Faktor

Yang Memotivasikan Pelajar 83

X1V

Page 15: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

Rajah 4.1 Peratusan Taburan Umur Pensyarah 39

Rajah 4.2 Peratusan Jantina Pensyarah 40

Rajah 4.3 Peratusan Taburan Bangsa Pensyarah 41

Rajah 4.4 Peratusan Taburan Fakulti Pensyarah 42

Rajah 4.5 Taburan Frekuensi Pensyarah Dalam Menggunakan

"E-Learning System" Sebagai Alat Bantuan

Pengajaran Di UNIMAS 45

Rajah 4.6 Peratusan Taburan Tahun Belajar Pelajar 65

Rajah 4.7 Peratusan Jantina Pelajar 66

Rajah 4.8 Peratusan Taburan Umur Pelajar 66

Rajah 4.9 Peratusan Taburan Bangsa Pelajar 67

Rajah 4.10 Peratusan Taburan Fakulti Pelajar 68

xv

Page 16: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

BAB1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN "E-LEARNING"

Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) telah

dilancarkan pada Disember 1996 oleh "National IT Council" (NITC) yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir

Mohamad. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan

komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) dapat digunakan

untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020

(NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk mewujudkan Koridor

Raya Multimedia (MSC) bagi mencapai Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan.

Beberapa strategi telah dirancang oleh pihak NITA untuk membawa Malaysia

ke ara globalisasi dalam abad ke-21 ini. Lima bidang utama yang telah dikenalpasti

untuk diberi tumpuan khas adalah E-Komuniti (E-Comm unity), E-Perkhidmatan

Awam (E-Public Services), E-Pembelajaran (E-Learning), E-Ekonomi (E-Econoniv)

dan E-Perpaduan (E-Sovereignty). Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor

swasta telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda "E-Learning"

Kebangsaan.

Menurut kajian, kewujudan "E-Learning" yang disokong kuat oleh

perkembangan teknologi komputer dan rangkaian adalah disebabkan oleh

perkembangan dalam pendidikan jarak jauh. Ini bermakna "E-Learning" telah

menggunakan konsep pendidikan jarak jauh secara lebih terbuka dengan

mengeksploitasikan keupayaan web, multimedia dan rangkaian. Di bawah "E-

i

Page 17: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

Learning System", aspek pengurusan pelajar, pengurusan bahan pengajaran dan

pentafsiran adalah dijalankan menerusi elektronik. Dengan itu, kehadiran "E-

Learning" telah mengubah suasana pengajaran dan pembelajaran di Universiti yang

menggunakannya.

Menurut Jaya (2001), terdapat tiga generasi dalam perkembangan "E-

Learning". Generasi pertama dikenali sebagai generasi tradisional yang banyak

bergantung kepada bahan bercetak, televisyen, kaset, video kaset dan telefon.

Kehadiran komputer yang memperkenalkan multimedia telah meletakkan pendidikan

jarak jauh kepada generasi kedua. Walaupun bahan-bahan yang sama masih

digunakan, tetapi kehadiran komputer telah meningkatkan tahap interaksi antara

pelajar dengan para pensyarah. Generasi ketiga pula merujuk kepada pendidikan

dalam talian (Online Education). Melalui penggunaan teknologi, rangkaian ini

membolehkan model pendidikan jarak jauh diperbaiki dan mengambil kira nilai

tambah kepada komponen sosial serta mewujudkan peluang melakukan interaksi

yang bermakna untuk mereka yang terlibat termasuk pelajar, tutor, pensyarah dan

pakar. Pendidikan dalam talian memberi peluang kepada komuniti pelajar

berinteraksi dengan lebih kerap dengan rakan belajar. Perbezaan yang ketara antara

generasi tradisional dengan generasi ketiga adalah aspek interaksi antara pelajar dan

juga pensyarah menjadi lebih kukuh.

2

Page 18: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

1.1.2 DEFINISI "E-LEARNING"

Terdapat beberapa definisi "E-Learning" telah dikemukakan oleh para

penulis. Jaya (2001) mendefinisikan "E-Learning" sebagai:

"Sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (Local Area Network, Wide Area Network atau Internet) untuk penyampaian maklumat atau sebagai alat untuk berinteraksi antara pensyarah dengan pelajar ataupun antara pelajar dengan pelajar. "

Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah

sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.

Dengan kata lain, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui

media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. "E-Learning

System" merupakan kaedah pengajaran yang boleh disampaikan secara

synchronously iaitu pada waktu yang sama ataupun asynchronously iaitu pada waktu

yang berbeza. Selain itu, "E-Learning System" juga menyediakan kemudahan untuk

forum perbincangan dan bantuan profesional bagi isi pelajaran dalam talian

(Learnframe, 2001).

Menurut Abidin dan Nawi (2002) pula, "E-Learning" merupakan

pembelajaran yang menggunakan sistem talian sebagai medium perantaraan di antara

pensyarah dan pelajar. Jadi, ini bermakna para pelajar boleh mendapatkan nota

kuliah atau soalan tutorial mahupun soalan tugasan melalui laman web yang

disediakan khas untuk sesuatu kursus tertentu. Selain itu, para pelajar juga boleti

menghantar jawapan tutorial atau tugasan mereka secara talian (online) ke laman web

(Web page) yang khas disediakan serta dapat berkomunikasi dengan pensyarah yang

mengajar kursus tersebut. Pembelajaran dalam talian sudah semestinya akan

3

Page 19: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

memudahkan kedua-dua pihak selain penghantaran maklumat adalah cepat, mudah

dan lebih berkesan berbanding dengan cara-cara yang lain.

Sani (2002) mengatakan bahawa "E-Learning" adalah pendekatan

pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara

terarah pengajar (Pendekatan Sistem) atau terarah pelajar. Menurut beliau juga, "E-

Learning" mempunyai ciri-ciri berikut:

¢ Teknologi elektronik sebagai bantuan

¢ Bahan yang direka dan dibina oleh pasukan bahan yang profesional

¢ Kurikulum dan kursus yang disediakan dalam rangkaian / talian

¢ Sistem penilaian diurus oleh komputer

¢ Bahan pembelajaran yang boleh didapati pada bila-bila masa dan tempat

¢ Pengurusan kursus yang efektif

Walau bagaimanapun, Vicary (2002) yang merupakan salah seorang penyelia

projek Embarking on an E-Learning mengatakan bahawa "E-Learning" adalah lebih

sesuai untuk menyampaikan kemahiran teknikal (hard skills), contohnya pengajaran

kemahiran teknologi maklumat, berbanding dengan kemahiran bukan teknikal (soft

skills), contohnya pengajaran bahasa. Ini bermakna tenaga manusia atau pertemuan

bersemuka masih diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun

dengan kewujudan "E-Learning System" (Devi, 2002).

4

Page 20: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

1.1.3 APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL

DAN "E-LEARNING"

Di dalam proses pembelajaran yang tradisional, pensyarah dianggap sebagai

pendita di atas pentas. Pensyarah dianggap sebagai orang yang serba tahu dan

ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya.

Sebarang perancangan pada kebiasaanya adalah berpusatkan pada pensyarah.

Melalui "E-Learning System", pelbagai bahan dan maklumat dapat disediakan

dan disajikan secara serentak dalam bentuk yang interaktif, ini termasuklah bahan

seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Fokus utama "E-Learning System"

adalah pelajar. Dalam konteks ini, pelajar perlu berdikari dan bertanggungjawab

untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran "E-Learning" akan mempengaruhi

pelajar agar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar

mempunyai tanggungjawab untuk membuat perancangan dan mencari bahan atau

maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Jaya, 2001). Oleh yang

demikian, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan "E-Learning" mempunyai

darjah pemusatan yang tinggi kepada pelajar (Gunasekaran, McNeil & Shaul, 2002).

Menerusi laman web, para pelajar akan dapat mempelajari sesuatu pada bila-bila

masa dan di mana sahaja. Ini bermakna, pelajar berpeluang untuk belajar apabila

mereka bersedia untuk belajar. Keadaan ini jauh berbeza dengan kaedah pengajaran

dan pembelajaran biasa dalam bilik kuliah di mana sebahagian daripada pelajar tidak

bersedia untuk belajar walaupun pensyarah telah menyediakan pelbagai strategi,

kaedah, bahan dan sumber dalam proses pengajaran tersebut (Volery & Lord, 2000).

5

Page 21: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

1.1.4 "UNIT E-LEARNING" DI UNIMAS

UNIMAS telah mengimplementasikan "E-Learning System" sejak Jun 1999.

Tetapi pada masa itu sistem ini adalah di bawah kawalan Centre for Applied Learning

and Multimedia (CALM). "Unit E-Learning" di UNIMAS telah ditubuhkan dengan

rasminya pada Februari 2002.

Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Dengan pengimplementasian "E-

Learning System" ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

interaktif dan ia dikatakan mempunyai darjah pemusatan yang tinggi kepada pelajar.

Menurut Cik Fitri Suraya Mohamad, iaitu selaku Ketua "Unit E-Learning",

unit ini menfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu:

¢ Untuk meningkatkan corak dan kandungan kurikulum bagi mencapai

objektif organisasi.

¢ Untuk memberi kuasa kepada para ilmiawan bagi meningkatkan tahap

pendidikan dan latihan kursus dengan menggunakan teknologi pada

setiap peringkat.

¢ Untuk mencapai matlamat dalam usaha untuk menggabungkan

teknologi dalam sistem pendidikan di peringkat Universiti.

Teknologi yang digunakan dalam "E-Learning System" di UNIMAS dikenali

sebagai Teknologi Berasaskan Web (Web-based Technology). Sifat-sifatnya

termasuklah papan perbincangan (discussion board), interaksi dalam talian (chatting),

penyunting web (web editor), aliran kerja dan alat penghantaran tugasan (workflow

and pass assignment tool) dan pengurusan projek (project management).

6

Page 22: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

"E-Learning System" telah memudahkan para pensyarah iaitu dengan

menyediakan satu persekitaran Pembelajaran Berdasarkan Web (Web-based

Learning) kepada mereka. Justeru itu, pensyarah-pensyarah boleh menggunakan

ruangan web ini untuk membincangkan idea, pendapat dan isu berkenaan dengan

kursus yang mereka ajar dengan para pelajarnya. Pada masa yang sama, ini dapat

memperkayakan pengetahuan para pelajar yang diajar olehnya. Dengan sistem ini

juga, para pensyarah boleh mengumpul dan menyediakan nota-nota dan sumber

pembacaan yang penting kepada pelajar-pelajarnya melalui laman web. Pelajar pula

dapat mengemukakan soalan-soalan yang berkenaan dengan kursus melalui papan

perbincangan (discussion board) dengan pensyarahnya. Seterusnya, pensyarah

berkenaan akan memberi maklum balas kepada pelajar tersebut. Tambahan lagi,

kuliah boleh diadakan di luar bilik kuliah melalui sistem ini. Ini bermakna

pensyarah / pelajar boleh mengajar / belajar di tempat yang berlainan pada masa yang

sama. Sistem ini terutamanya sesuai bagi pensyarah jemputan (flying lecturer). Di

samping itu, sistem ini boleh menghasilkan mutu pembelajaran yang dinamik.

Pelajar-pelajar dapat belajar antara satu sama lain dan pada masa yang sama. Mereka

juga boleh bersaing antara satu sama lain untuk menjadi pelajar yang paling

cemerlang dalam kelas.

Setakat ini, terdapat lima daripada sembilan fakulti di UNIMAS yang telah

menggunakan "E-Learning System" iaitu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP),

Fakulti Kejuruteraan (FK), Fakulti Teknologi Maklumat (FTM), Fakulti Sains Sosial

(FSS), dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM). Jumlah

pensyarah yang telah menggunakan "E-Learning System" ini adalah seramai 92 orang

7

Page 23: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

dan lebih daripada 100 kursus di UNIMAS telah diajar melalui sistem ini pada

semester pertama sesi 2002/2003.

Menurut Ketua "Unit E-Learning", isu keselamatan bagi "E-Learning System"

di UNIMAS adalah cukup kuat dan adalah di bawah kawalan. Walau

bagaimanapun, para pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak memberitahu kata kunci

(password) mereka kepada sesiapa sahaja agar tidak memberi peluang kepada

penceroboh maklumat (hacker) untuk menceroboh sistem rangkaian ini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

"E-Learning" merupakan satu kaedah baru untuk mempersembahkan ilmu dari

pelbagai perspektif yang mampu dicipta oleh setiap individu, dalam usaha untuk

menambah pengalaman dalam proses pembelajaran (Abidin & Nawi, 2002). Dengan kata

lain, perkembangan pendidikan di alaf barn ini bukan sahaja berkehendakkan manusia

mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi

dalam sebarang tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) serta komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah

diakses, disebar dan disimpan. Tambahan pula, ia juga mampu untuk menyampaikan

sesuatu maklumat secara tepat, cepat dan menarik dalam bentuk multimedia. Ini

menjadikannya satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menyeronokkan (Jaya, 2001). Justeru itu, Bahagian Teknologi

Pendidikan Malaysia telah menyediakan seberapa banyak kemudahan yang diperlukan

bukan sahaja tenaga pengajar yang terlatih malah juga peralatan yang canggih, di

antaranya ialah penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media

8

Page 24: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS uiiimmmiiimummijoon+ai.pdf · Fakulti Ekonomi dan Perniagaan ... Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman

iaitu cetak, audio, video, CD-ROM dan rangkaian komputer (Abidin & Nawi, 2002).

Sehubungan dengan itu, UNIMAS telah mengambil inisiatif ini melalui penubuhan "Unit

E-Learning" pada tahun 2002 di mana unit ini memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan pembelajaran yang menggunakan teknologi iaitu dengan memperkenalkan

"E-Learning" kepada semua ahli akademiknya. Fungsi "Unit E-Learning" ialah untuk

menyokong semua pembangunan akademik dan mendedahkan kelebihan yang diperolehi

melalui pembelajaran tersebut kepada semua ahli akademik dan para pelajar UNIMAS.

Walau bagaimanapun, konsep "E-Learning" tidak hanya sekadar penghantaran

nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan pensyarah melalui e-mel

semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan

forum perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala serta pengorganisasian

maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan

juga peperiksaan (Honey, 2001). Dengan menemui kriteria yang dinyatakan di atas,

pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.

Menurut See (2001), penghalang utama untuk menjayakan "E-Learning" adalah

prasarana. Sebaliknyz, Jaya (2001) pula mengatakan bahawa kecanggihan teknologi

melalui persembahan multimedia bukanlah faktor yang boleh menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dalam pengajaran dan

pembelajaran itu masih banyak bergantung kepada tenaga manusia. Teknologi hanyalah

satu faktor pernangkin untuk mempercepatkan proses keberkesanannya. Dengan itu,

pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan "E-Learning".

Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang

positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajarnya di Universiti mestilah bersikap

9