orientering 2010

22
8/8/2019 Orientering 2010 http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 1/22  ORIENTEERING  PENGENALAN Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.  Sejarah dan perkembangan Sejarah permulaan Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan  betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara

Upload: buhari-hassan

Post on 10-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 1/22

 ORIENTEERING

 PENGENALAN

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu

tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering

adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik.

Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain

dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan

ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan

adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), panduarah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah

mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk 

menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul

kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan

yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang

arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai

dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

 Sejarah dan perkembangan

Sejarah permulaan

Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major 

Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan

diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model

Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah

seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek 

stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan

selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini

tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek 

yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan

 betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara

Page 2: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 2/22

lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu

memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..

Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana

kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan

cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai

kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.

IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang

dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC),

Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships

(APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering

terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara

15000 hingga 25000 orang.

3.2 Perkembangan di Malaysia

Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr),

Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan

Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan

Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka

Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF

dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun

1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah

Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan

 pada tahun 1997.

4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering

Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O

yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

Page 3: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 3/22

• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

• Orienteering Malam (Night Orienteering)

• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

• Norwegian Event

4.1 Kebaikan sukan orienteering

• Sukan untuk semua

• Meningkatkan kecergasan fizikal

• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan

• Memberi cabaran & keseronokan

• Membina sikap positif & keyakinan diri

• Menggunakan persekitaran yang sihat

• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas

• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

5.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan

aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

ii. Penanda kawalan (Control marker)

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.

• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang

diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).

• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

Page 4: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 4/22

iii. Kad kawalan (Control card)

• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan

 bukti atau pengesahan.

• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak 

untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa

digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)

• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.

• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

v. Keterangan kawalan (Control description)

• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir 

yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik 

kawalan.

• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk 

kod/gambarajah.

vi. Landasan (Course)

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain

hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta

kemudiannya.

• Tanda yang berkenaan landasan adalah

- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.

- Titik kawalan dengan tanda bulatan.

- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.

- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)

• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.

• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

Page 5: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 5/22

6.0 PENGETAHUAN ASAS

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah

dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan

dengannya, iaitu:

i. Teknik membaca peta

ii. Teknik membaca kompas

iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

6.1 Teknik Membaca PetaTopo

6.1.1 Definisi

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.

Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk,

garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai

rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat

sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas

sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman,

 bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan

untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.

6.1.2 Jenis-jenis peta

Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang

diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta

orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang

sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk 

 peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan

melaras utara-selatan, Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.

6.1.3 Warna-warna dalam peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-

• Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu

• Perang - kontor & jalanraya

Page 6: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 6/22

• Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka

• Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari

• Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah

• Biru - kawasan berair 

Rajah 1: Contours

Rajah 2: Peta Orienteering

6.1.4 Bentuk muka bumi

Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan

mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-

• Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar 

• Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit

• Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang

• Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit

• Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

6.1.5 Maklumat Peta

Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti gambarajah 1

dibawah:

Gambarajah 3: Bingkai Peta

Page 7: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 7/22

ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi

dan kegunaan tanah.

Rajah 4: Maklumat gambar peta

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran

garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit,

 permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur 

di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50

kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan

mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan

 bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam.

Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis

kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya

menuju ke atas bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

6.1.6 Skala

Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam

lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang

sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap

satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah

seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

6.1.7 Garisan Grid

Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang

dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai

masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang

terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat

lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu

dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).

Page 8: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 8/22

6.1.8 Utara peta

Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang

ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan

meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam

 peta tersebut.

6.1.9 Mengukur Jarak 

Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas

dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

6.2 Kompas

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai

dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.

Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan

 bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah

dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu

digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling

sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

6.2.1 Jenis kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya

adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital.

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass,

thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang

 popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.

6.2.2 Anatomi kompas orienteering

Page 9: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 9/22

Gambarajah Kompas Silva

PETUNJUK 

1. Skala dalam mm dan inci

2. Kepingan tapa telus cahaya

3. Utara dial

4. Jarum magnetik Utara

5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah.

6. Anak panah arah perjalanan

7. Kanta pembesar 

8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)

9. Anak panah

10. Dial

11. Lubang untuk ikat tali

6.2.3 Mengukur, bearing di atas peta

Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta

 boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika

garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada

 bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah maramenghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak 

dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.

 b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan

garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas

hendaklah sama arah dengan utara peta.

c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah

Page 10: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 10/22

Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.

 b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan

kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu

 pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada objek 

yang tuju.

c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum kornpas

 bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak 

 panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut

di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta.

Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam

keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.3 Panduan Lazim

Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh

digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian

yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari

Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang- bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang

hendak kita tuju.

 b) Bulan

Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin

dengan berpandukan bulan pada waktu malam

Page 11: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 11/22

c) Bintang

Bintang bergerak arah ke barat

d) Sungai

Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika

kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan

semula arah.

Gambar rajah 7 : Cara Menunjukkan Peta

7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU

7.1 Perancangan Perjalanan

Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan

 perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam

 perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.

 b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di

hadapan kita.

c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang

 perjalan sebagai rujukan.

d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.

Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung. Ada baiknya

Page 12: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 12/22

mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat

dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air.

Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke

kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut

mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat

tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan

muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika

kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan

menyemak semula arah laluan.

7.2 Kaedah Pergerakan

7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.

a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.

 b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.

c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. Tiap

 pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya.

d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari

 jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.

e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah

melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.

f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang

memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.

g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklahsentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.

7.2.2 Bergerak waktu malam

Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana

 penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan

arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah

 perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping

melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

Page 13: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 13/22

7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut

 permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh

 jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng

curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng

licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah

digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah

sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.

7.2.4 Bergerak di dalam hutan

Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk 

memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke

tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh

membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya

yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

7.2.5 Menyeberengi sungai

Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan

a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan

dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.

 b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.

c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-

 batu.

d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot.Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke

darat.

e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.

f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.

g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah

membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.

7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan

Page 14: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 14/22

Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi

membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah

digunakan.

7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuan

tanah lapang ………………………………………….4 - 5 kmj

mendaki ……………………………………………….2 -2.5 kmj

meredah hutan rata………………………………….. 2.5 - 3.5 kmj

meredah hutang lereng ………………………………1 - 1.5 kmj

meredah lalang tebal …………………………………0.5 - 0.8 kmj

meredah resam tebal………………………………… 0.1 - 0.3 kmj

meredah hutan pava dalam………………………… 0.1 - 0.2 kmj

Gambarajah 9 : Menggunakan tongkat mengukur kedalaman dan kelajuan air.

8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak 

sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan ini

Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.

 b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.

c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di

tempat sebenar kita berada.

d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka

gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk 

mengambil bearing ke arahnya.

e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai dan

 berjumpa perkampungan.

Page 15: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 15/22

8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan

Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan.

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.

 b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang

ditempuhi.

c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri muka

 bumi yang ditemui

d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera.

Selepas semakan dan• pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah

diteruskan.

9.0 PERSEDIAAN SUKAN

9.1 Persediaan Peserta

Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa pengambilan borang

 permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan jarak perjalanan, keperluan makanan dan

minuman serta keperluan yang patut dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.

9.2 Pemilihan Peserta

Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun

hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang boleh membaca

 peta dan menggunakan kompas.

9.3 Peralatan

a. Kad perlumbaanKad ini merupakan kad yang "standard" digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ke titik-

titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama, alamat/ institusi,

nombor permulaan, kelas, waktu permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan pertandingan

dan tempat penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut perlumbaan.

 b. Kertas Rekod

Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta, nombor 

 permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya dipegang dan disimpan oleh pihak 

 penganjur di tempat perlumbaan.

Page 16: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 16/22

c. Peta

Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan tambahan mesti

dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan

disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor.

d. Kertas Penerangan

Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui oleh setiap

 peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan.

e. Jam Randik 

Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan penamat.

f. Kompas

Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi

g. Sepanduk 

Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

h. Penanda Kawalan

Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.

i. Papan Hitam/PutihDiperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan umum.

 j. Keperluan Lain

Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dan keseronokan

untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan lain-lain.

9.4 Kemahiran asas

Page 17: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 17/22

Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca peta dan

menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan berkesan dalam

 perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran asas tersebut maka pihak penganjur perlu

memberi penerangan terlebih dahulu supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang

tidak dingini berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung.

Gambar rajah: Kad Perlumbaan

10.0 PENGENDALIAN SUKAN

10.1 Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan

i. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. Sediakan pegawai di

tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta mematuhi peraturan

ii. Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.

iii. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi penerangan mengenai syarat-

syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.

iv. Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00 dan peserta

 berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.

10.2 Taklimat Peserta

Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula. Taklimat ini

diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta berhimpun. Semasa taklimat ini segala

maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan perlumbaan

dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta.

Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi kepada peserta.

10.3 Pengadilan

Page 18: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 18/22

Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman

dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan isikan

waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui

 peserta tersebut. Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya

 jika semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan

 perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. Dengan itu peserta

 boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan peserta lain.

Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.

10.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR 

Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segala

maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang lapang

dan jauh dari tempat permulaan.

Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari kawasan berhimpun

ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini peserta akan diberi semua keperluan

yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta, kompas dan kertas penerangan. Tempat penamat sebaik-

 baiknya berdekatan dengan kawasan permulaan. Di slnl juga merupakan tempat semua pegawai

 penjaga waktu, rekod dan pengadil berkumpul.

11.0 PERTOLONGAN CEMAS

Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan

kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Peti

 pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cederaringan.

Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran pertolongan cemas

amat digalkkan.

12.0 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING

12.1 Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan pemerhatian alam

semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam

Page 19: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 19/22

semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia

ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu

kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu

 bagi sesiapa yang terlibat.

Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada

alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan

ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF

• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas

• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar 

• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

PERALATAN

• Kompas

• Kad kompas dan soalan

• Peta kawasan

• Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik 

seorang ketua.

2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas

terdapat beberapa ‘check point’yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat

 pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.

3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan

terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akar banir dan

fungsinya.

4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk 

Page 20: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 20/22

mencari arah.

5. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .

6. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

7. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan

dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau

kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang

akan diberikan).

Check Point 1

Bearing : 156

Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa

Tempat orang berehat

Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi

daun kepada tumbuhan.

12.2 Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan ‘environmental hunt’.

Page 21: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 21/22

Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu

 peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah

ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di

samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang

terlibat.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka

kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari.

Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF

• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas

• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar 

• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

Peralatan

• Kompas ‘Suunto”

• Kad kompas dan soalan

• Peta kawasan

• Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik 

seorang ketua2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas

terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan

“bearing” serta clue. Di setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab.

3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk 

mencari arah.

4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .

5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan

Page 22: Orientering 2010

8/8/2019 Orientering 2010

http://slidepdf.com/reader/full/orientering-2010 22/22

dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau

kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang

akan diberikan).

Check Point 2

Bearing : 156

Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa

Tempat orang berehat

Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah

kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.