organisasi dan masyarakat

31
GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT ETIKA DAN INTEGRITI TENAGA NASIONAL BERHAD PENGENALAN Dalam era globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai- nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut (Syed Ismail etc., 2010:24) Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap positif dan ketinggian moral dalam aspek pengurusan pekerjaan, pentadbiran, dan seterusnya rakyat secara keseluruhannya. Dengan hakikat ini, maka seharusnya kita harus menanamkan kesedaran di dalam jiwa para pegawai, baik di sektor awam mahupun swasta dan juga rakyat jelata secara amnya supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan seterusnya menghayati dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Organisasi merupakan satu kesatuan yang terdiri dari bahagian- bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan 1

Upload: atikaanisa

Post on 11-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Assignment Organisasi dan Masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

ETIKA DAN INTEGRITI

TENAGA NASIONAL BERHAD

PENGENALAN

Dalam era globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang haruslah

mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-

nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut (Syed Ismail etc., 2010:24)

Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap positif dan

ketinggian moral dalam aspek pengurusan pekerjaan, pentadbiran, dan seterusnya rakyat secara

keseluruhannya. Dengan hakikat ini, maka seharusnya kita harus menanamkan kesedaran di

dalam jiwa para pegawai, baik di sektor awam mahupun swasta dan juga rakyat jelata secara

amnya supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan seterusnya

menghayati dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan.

Organisasi merupakan satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu

pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu yang melibatkan

kepentingan bersama dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Secara umumnya

organisasi dapat didefinasikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan

melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat

yang telah dipersetujui bersama.

Memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagai panduan tingkah

laku setiap ahli, Tenaga Nasional Berhad juga tidak terlepas dari membina kod etikanya sendiri.

Kumpulan kami telah memilih Tenaga Nasional Berhad sebagai organisasi untuk mendapatkan

maklumat mengenai etika dan integriti untuk tugasan kali ini.

1

Page 2: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset

perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di

Semenanjung Malaysia dan Sabah. Perniagaan terasnya ialah menjana, menghantar dan

membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah

pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri

dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan

tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik,

menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga

mengendali universiti swasta iaitu Universiti Tenaga Nasional.

Demi muncul sebagai sebuah badan korporat yang terunggul di dunia dalam bisnes tenaga dan

bidang-bidang lain yang berkaitan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) beroperasi dengan standard

etika yang tinggi tanpa sama sekali mengabaikan integriti. Amalan yang dilaksanakan

berpandukan polisi dan prosedur-prosedur Syarikat, dan keputusan bisnes yang dibuat pula perlu

selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan manakala setiap tingkah laku

hendaklah berasaskan pada nilai-nilai bersama. Keperluan ini menjadi titik tolak kepada

penggubalan Kod Etika syarikat.

Syarikat komited untuk melahirkan pekerja yang berdisiplin, berintegriti dan berdedikasi demi

untuk merealisasikan Visi syarikat iaitu, untuk menjadi di antara badan korporat terunggul

di dunia dalam bisnes tenaga dan yang berkaitan, dan Misi Syarikat, beriltizam untuk

2

Page 3: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

mencapai kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan dan seterusnya membantu negara

menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pekerja-pekerja hendaklah menghayati Nilai-nilai Bersama Syarikat dan menunjukkan satu

budaya yang cemerlang dalam menjalankan tugas. Nilai-Nilai tersebut adalah seperti berikut :

a) Integriti

- Mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

- Memberikan prestasi terbaik dengan tahap yang tinggi serta sentiasa berusaha

mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

- Mempunyai sikap terbuka dan jujur dalam semua aspek

- Memberikan apa yang dijanjikan kepada pelanggan kita.

- Merasa bangga dalam memainkan peranan terhadap kejayaan TNB.

b) Mengutamakan Pelanggan

- Memberikan produk dan perkhidmatan yang tinggi mutunya standing dengan badan-

badan korporat antarabangsa.

- Memberi perkhidmatan kepada pelanggan ke tahap terbaik yang mampu.

- Menyedari hakikat sokongan pelanggan adalah penting bagi TNB.

- Memahami keperluan pelanggan kita dan berusaha sesungguhnya untuk

memenuhinya.

- Mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan sentiasa memantau keperluan mereka.

3

Page 4: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

c) Kecemerlangan Bisnes

- Menunjukkan komitmen kepada daya saing Syarikat.

- Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

- Menjalankan urusniaga dengan efisyen dan menepati masa

- Mengamalkan semangat kerja berpasukan

- Sentiasa peka kepada prestasi kewangan TNB

- Membuat penanda-arasan (benchmarking) dengan syarikat-syarikat yang lebih

berjaya sebagai usaha peningkatan berterusan

d) Prihatin

- Menjalankan urus niaga dengan mengambilkira kepentingan TNB.

- Menghargai sumbangan dan juga keperluan setiap anggota kerja

- Membantu anggota kerja untuk membangunkan potensi mereka

- Melayani pelanggan dan rakan sekerja sebagaimana kita mahu mereka melayani kita

- Sentiasa sensitif terhadap masyarakat dan persekitaran.

- Berusaha menjalankan tanggungjawab sosial tanpa mengabaikan kepentingan TNB

4

Page 5: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

KONSEP ETIKA DAN INTEGRITI DALAM ORGANISASI

Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus

kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya.

Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan

integriti. Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu

untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para

warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi

pekerti yang luhur.

Umumnya, etika dianggap sebagai the science of conduct ataupun ilmu adab kelakuan (Johnson,

1984). Dari segi istilah, etika bermaksud prinsip moral (akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang

menjadi pegangan individu atau kumpulan individu dalam sesebuah masyarakat. Manakala

integriti pula ditakrifkan sebagai kejujuran atau amanah (Kamus Dewan, 2010) semasa

menjalankan tugas. Etika kerja pula mewakili sejumlah nilai, kepercayaan, keinginan dan

matlamat yang dibawa oleh seseorang ke tempat kerja (Clarke, 1983). Bagi pihak kerajaan,

integriti membawa maksud sifat individu dan organisasi yang sempurna, memiliki teras nilai-

nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana

(MAMPU, 2012).

Berdasarkan Ab. Aziz Yusof (2006), etika dalam erti kata sebenarnya ialah persoalan moral yang

membicarakan betul atau salah, benar atau tidak, dan perkara yang perlu dibuat atau

ditinggalkan. Etika bermaksud menerapkan nilai-nilai moral seperti disiplin, garis panduan,

tatasusila, peraturan, polisi dan segala unsur positif yang dapat membantu pengurus menjalankan

tanggungjawab dengan berkesan. Integriti ialah satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara

keseluruhan pada individu dan organisasi.

5

Page 6: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur-unsur ‘wholeness’ iaitu kewujudan secara bersepadu

sebagai keseluruhan pada diri individu atau organisasi. Dalam akhlak Islam, integriti bersesuaian

dengan sifat-sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi teguh, peribadi mulia, mukmin

yang bertaqwa, dan sebagainya, yang membawa pengertian menyeluruh pengamalan dan nilai-

nilai akhlak yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah S.A.W.(Tuan Asmawi, 2006).

Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep

yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu,

integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik,

integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.

Budaya Kerja Dalam Organisasi

Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia

memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Antara objektifnya:

o Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni,

berintegriti, bermoral dan beretika;

o Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha

peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam

semua bidang.

o Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta

mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan

bergerak cergas menegakkan integriti;

6

Page 7: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

o Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan

peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

o Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran

abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Budaya Kerja Berkualiti

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi

perhatian;

Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat

bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai

kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk

cemerlang.

Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan

organisasi adalah dituntut.

Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak

organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan

peribadi.

Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan

supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.

Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-

amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

7

Page 8: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

ISU-ISU ETIKA YANG BERLAKU DI DALAM ORGANISASI

Salahlaku etika adalah sesuatu perbuatan atau kegagalan utnuk melakukan sesuatu perbuatan

yang berlawanan dengan pematuhan terhadap terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang

nyata, melanggar mana-mana polisi, pekeliling atau peraturan arahan syarikat atau lain-lain

seumpamanya termasuk prosedur tatatertib syarikat.

Syarikat akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pekerja yang melakukan perbuatan

salahlaku atau yang melanggar Kontrak Perkhidmatan atau Pekerjaan demi untuk menjaga imej,

keselamatan pekerja dan harta benda syarikat, mengekalkan keharmonian dan suasana kondusif

di tempat kerja. Syarikat akan memastikan di dalam proses mengambil tindakan tatatertib

terhadap mana-mana pekerja yang dituduh melakukan perbuatan salahlaku, pekerja berkenaan

akan diberi hak yang sewajarnya di bawah Prinsip Keadilan Asasi. Objektif disebalik tindakan

tatatertib adalah lebih merupakan proses korektif daripada punitif.

Antara contoh isu-isu etika yang berlaku di dalam organisasi ialah:

a) Percanggahan Kepentingan.

Percanggahan kepentingan wujud apabila seseorang pekerja yang berhadapan dalam membuat

pilihan antara sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan peribadinya atau kepentingan

politik berbanding dengan kepentingan Syarikat. Pekerja-pekerja Syarikat tidak boleh, sama ada

secara langsung atau tidak langsung, menawarkan, memberi, meminta atau menerima sebarang

hadiah termasuk wang, hak-hak istimewa, kemudahan-kemudahan khas, cenderahati atau

barang-barang berharga, atau bantuan atau menerima sebarang jenis layanan khas atau istimewa,

bagi tujuan mempengaruhi, memperolehi, mengekalkan atau mengarahkan sebarang urusan

perniagaan kecuali dalam situasi berikut:-

8

Page 9: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Cenderahati seperti barangan atau produk-produk, perkhidmatan atau bantuan

peribadi, tidak boleh diterima melainkan jenis dan jumlahnya adalah berpatutan dan

menjadi kelaziman dalam keadaan-keadaan tertentu dan tidak mempunyai kesan

mempengaruhi keputusan penerima.

Penglibatan dalam keraian-keraian seperti jamuan makan tengah hari, makan malam,

teater, acara-acara sukan dan seumpamanya semasa bertugas adalah dibenarkan

sekiranya keraian tersebut bertujuan untuk memperkukuh urusan bisnes, yang tidak

menjadi satu kelaziman dan tidak keterlaluan.

Selain itu, Pekerja-pekerja yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik seperti

kempen-kempen bagi tujuan politik mestilah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan

masing-masing dan menggunakan masa tidak bertugas mereka ataupun cuti tahunan untuk tujuan

tersebut. Sebelum menerima sebarang portfolio dalam mana-mana parti politik, kelulusan

hendaklah terlebih dahulu diperoleh daripada Naib Presiden (Sumber Manusia). Pekerja-pekerja

yang ingin bertanding sebagai calon pilihanraya peringkat Negeri dan/atau Persekutuan

dikehendaki meletakkan jawatan dalam Syarikat.

b) Memasuki dan Bekerja Di Kawasan Larangan

Hanya pekerja yang mempunyai sijil kekompetenan dan diberi kuasa dibenarkan masuk ke

dalam kawasan larangan Syarikat. Semua kerja hendaklah dilakukan dengan memperoleh Sijil

Kebenaran Kerja. Sebarang pencerobohan oleh orang yang tidak diberi kuasa, termasuk orang

awam hendaklah dilaporkan kepada penyelia.

9

Page 10: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Selain itu, , merokok, membawa atau menghidupkan pemetik api, mansis atau lain-lain bahan

mudah terbakar di tempat yang mempunyai tanda, tulisan dan logo dilarang merokok atau tidak

dibenarkan merokok seperti di tempat simpanan bahan-bahan mudah terbakar seperti Stesen

Janaelektrik atau di dalam kawasan syarikat yang mudah terbakar akan dikenakan tindakan

tatatertib di bawah Salahlaku Berat.

Pekerja-pekerja berkongsi tanggungjawab dengan majikan bagi memastikan keselamatan.

Pekerja-pekerja digesa mewujudkan dan mengekalkan suasana kerja yang selamat untuk

menghindarkan kecederaan di tempat kerja, dan hendaklah menggunakan peralatan yang

disediakan untuk keselamatan mereka. Setiap pekerja bertanggungjawab untuk menjaga

keselamatan diri sendiri, keselamatan rakan sekerja dan orang awam, dan hendaklah mematuhi

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh

Syarikat dan keperluan Sistem Pengurusan Kecemerlangan Keselamatan (SEMS) TNB. Jika

terdapat kemusykilan, pekerja-pekerja hendaklah mendapatkan penjelasan daripada penyelia

mereka sebelum memulakan kerja.

c) Penipuan

Penipuan adalah perbuatan memperdaya dengan niat untuk memperoleh sesuatu, mengelak

kewajiban atau menyebabkan kerugian ke atas pihak lain. Perbuatan melibatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti penipuan adalah satu jenayah dan melanggar Kenyataan Dasar Penipuan TNB

(Fraud Policy Statement). Antara contoh penipuan seperti mendapatkan atau cuba mendapatkan

apa juga jenis cuti dengan memberi alasan yang tidak benar atau palsu, mendapatkan atau

mengemukakan Sijil Akuan Sakit yang palsu atau meminda atau memalsukan Sijil Akuan Sakit.

d) Gangguan di Tempat Kerja

10

Page 11: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Tindakan yang berbentuk penderaan, penghinaan atau kekasaran yang dipamerkan semasa

bekerja atau sewaktu melaksanakan sebarang bentuk urusan perniagaan adalah tidak dibenarkan,

baik secara lisan, fizikal mahupun yang berbentuk visual. Tindakan mengganggu termasuklah

komen-komen yang menghina berdasarkan jantina, agama, kaum atau ciri-ciri etnik dan

gangguan seksual.

e) Penyalahgunaan harta benda Syarikat

Pekerja-pekerja tidak boleh Membuat salinan bahan-bahan yang dilindungi untuk kegunaan

peribadi dan menggunakan aset Syarikat untuk kegunaan peribadi. Hal ini termasuk komputer

dan sumber-sumber pejabat, peralatan, perkakas dan kemudahan-kemudahan yang lain yang

mana menimbulkan kos tambahan kepada Syarikat, mengganggu kerja-kerja atau tidak

mematuhi polisi Syarikat

Pekerja tidak dibenarkan menggunakan harta Syarikat untuk aktiviti yang menyalahi undang-

uudang. Setiap pekerja ditegah daripada memasuki atau mengakses ke sistem maklumat Syarikat

tanpa kebenaran. Pekerja-pekerja tidak dibenarkan mengubah, menempatkan semula, memasang

atau mengkonfigurasi semula teknologi Syarikat kecuali dengan bimbingan wakil IT yang

berkenaan dan adalah terikat kepada Dasar Keselamatan ICT (ICT Security Policy) dan Kod

Amalan ICT (ICT Codes of Practice).

Terdapat pelbagai lagi jenis Salahlaku Ringan dan Salahlaku Berat di bawah senarai tindakan

tatatertib etika dan integriti Tenaga Nasional Berhad. Setiap pekerja digalak supaya menghayati

kod etika dan memahami peranan etika dalam mempertahankan integriti dan imej syarikat.

Cabaran syarikat adalah untuk mengurangkan perilaku tidak beretika dan melanggar peruntukan

undang-undang dan peraturan-peraturan yang boleh mengakibatkan tindakan tatatertib, undang-

11

Page 12: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

undang, didenda ataupun dikenakan hukuman penjara. Etika dan pematuhannya akan membantu

syarikat sentiasa melaksanakan kerja dengan betul.

12

Page 13: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

PERANAN ORGANISASI DALAM MENINGKATKAN AMALAN BERETIKA DAN

BERINTERGRITI DI KALANGAN PEKERJA DALAM ORGANISASI

1. Bentuk struktur organisasi

Organisasi perlu menyediakan diskripsi kerja, kod etika dan peraturan yang jelas tingkah laku

beretika dan berintegriti yang konsisten boleh dipupuk dalam kalangan pekerja. Dalam hal ini,

pengaruh kepimpinan (ketua jabatan) sangat besar ke atas perlakuan beretika atau tidak para staf.

2. Budaya organisasi

Budaya organisasi adalah sejumlah pengetahuan, pola perlakuan, sikap, kepercayaan dan

andaian asas yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada ahli organisasi (Rosazman &

Dayang Suria, 2002). Budaya organisasi yang berlandaskan standard etika yang tinggi boleh

menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah laku beretika dalam kalangan

pekerja (Mohd. Janib, 2012).

3. Tahap kritikal sesuatu isu etika tersebut

Penerimaan ahli organisasi terhadap salah laku yang berlaku. Sekiranya sesuatu tindakan yang

dilakukan salah dan boleh menyebabkan kemaudaratan terhadap pihak lain, ini menunjukkan isu

tersebut penting dan perlu diberi perhatian serius (Mohd. Janib, 2012).

4. Mewujudkan indeks etika dan integriti

Indeks etika dan integriti perlu diwujudkan dalam organisasi bagi mengetahui tahap

prinsip Etika dan Integriti bagi setiap penjawat awam:

i. Bagi organisasi dan penjawat awam yang menunjukkan tahap etika dan intgriti yang tinggi

perlu diberi pengiktirafan.

ii. Sebaliknya organisasi dan penjawat awam yang mempamerkan tahap yang rendah perlu

diberi surat teguran dan ingatan untuk meningkatkan tahap etika dan integriti pada

masa akan datang.

13

Page 14: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Dengan itu, indeks ini akan bertindak sebagai pemangkin membudayakan prinsip etika dan

integriti dalam kalangan penjawat awam dan organisasi

Tindakan Pemimpin Beretika Faedah terhadap organisasi

Komitmen terhadap kecemerlangan

Menjadi role model

Terbuka terhadap kritikan, kegagalan

dan cadangan

Menghargai tugas bermutu

Elakkan jalan pintas

Mempertahankan kebenaran

Telus dalam semua keputusan dan

tindakan

Menggalakkan hubungan interpersonal

berkesan

Memberi peluang untuk membangunkan

diri semua kakitangan

Mengalakan penyertaan kakitangan dan

proses demokrasi dalam organisasi

Pemimpin dan kakitangan gembira dan

berpuas hati

Output yang berkualiti dapat dihasilkan

atau disampaikan

Persaingan yang sihat

Mendapat kerjasama daripada pihak

yang berurusan kerana adanya

kepercayaan

Menjadi organisasi yang dihormati dan

menjadi kebanggaan negara

Mewujudkan identiti yang berbeza dan

istimewa dalam pasaran

14

Page 15: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Jadual 1 menunjukan bahawa kepimpinan beretika dalam organisasi dapat memberi faedah kepada

organis

KESAN AMALAN BERETIKA DAN BERINTEGRITI DALAM MENINGKATKAN

KECEKAPAN DAN KEBERSANAN ORGANISASI.

Etika & intigriti dalam organisasi perlu diperlihatkan oleh warga kerja melalui perlaksanaan

amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Etika & integriti adalah penting

dipupuk demi melahirkan organisasi yang cekap dan berkesan seterusnya mampu berdaya saing.

Kepimpinan beretika merupakan elemen yang akan menjayakan amalan tadbir urus yang baik

(Zaleha,2011). Seseorang pemimpin yang mementingkan kepimpinan beretika akan sentiasa

menggambarkan kepimpinan yang positif bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada

pihak luaran. Antara kesan amalan ini ialah:

1) Amalan beretika & berintegriti melahirkan warga kerja yang bekerja dan bertindak secara

beretika & berintegriti dari aspek:

Membuat keputusan dengan adil dan telus

Memiliki integriti yang tinggi dalam diri dan pekerjaan

Menyerlahkan potensi secara berhemah dan berintegriti

Meluas dan menimba ilmu pengetahuan

Meletakkan penanda aras dan berusaha mencapainya

Menyumbang kepada pembentukan modal insan berkualiti

Mempunyai semangat kekitaan yang teguh

Mengutamakan kerja berpasukan

15

Page 16: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Menghargai pelanggan dengan rasa empati

Menjaga kesopanan dan budi bahasa kepada pelanggan

Merasa sensitif dan responsif kepada keperluan pelanggan

Mempunyai pandangan positif terhadap aduan

Menganggap aduan atau rungutan sesuatu yang berharga

2) Pemimpin dan kakitangan gembira dan berpuas hati

3) Output yang berkualiti dapat dihasilkan atau disampaikan

4) Persaingan yang sihat

5) Mendapat kerjasama daripada pihak yang berurusan kerana adanya kepercayaan

6) Menjadi organisasi yang dihormati dan menjadi kebanggaan negara

7) Mewujudkan identiti yang berbeza dan istimewa dalam pasaran

8) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahgunakuasa secara berkesan.

9) Meningkatkan kecekapan organisasi dan mengatasi kerenah birokrasi

10) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan

11) Komitmen terhadap kecemerlangan. Pemimpin perlu memastikan nillai disalurkan ke

peringkat bawahan dengan cara pemimpin sendiri menunjukkan komitmen beliau kepada

kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukanya.

12) Pemimpin sebagai role model – pemimpin yang meletakkan piawai intergriti yang tinggi

bagi dirinya akan menjadi role model bagi semua pekerja dalam organisasi.

16

Page 17: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

13) Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan. Pemimpin yang berkesan

adalah pemimpin yang dapat menerima tiga perkara tersebut dengan baik. Pemimpin

yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima

pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa.

14) Menghargai tugas baik yang dilaksanakan. Ini penting kerna ianya bukan sekadar

menggembirakan pekerja yang bermotivasi malah ianya member perangsang kepada

mereka untuk terus bekerja keras dalam mencapai matlamat organisasi.

15) Elakkan jalan pintas. Membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan usaha

keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinnan untuk kekal

Berjaya adalah lebih kukuh.

16) Mempertahankan kebenaran

17) Telus dalam semua keputusan dan tindakan.

18) Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam organisasi.

19) Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan.

20) Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalamorganisasi.

17

Page 18: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

KESIMPULAN

Kepimpinan beretika adalah tonggak kepada integriti. Seseorang pemimpin yang mementingkan

kepimpinan beretika akan sentiasa menggambarkan aura dan gaya kepimpinan yang positif

bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada pihak

luaran. Pemimpin yang beretika dianggap pemimpin yang jujur, amanah, sangat dipercayai dan

dapat diharapkan bukan setakat untuk memimpin dan melindungi subordinat, tetapi dijadikan

sumber rujukan dan contoh teladan oleh subordinat. Kewibawaan seorang pemimpin akan

terjejas apabila tindakan atau keputusan yang dibuat tidak selaras dengan ikrar, janji atau kata-

kata yang dilafazkan.Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan

dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan buaya kerja berkualiti hanya akan

tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang beretika

akan memberi nilai tambah kepada sesebuah organisasi. Tindakan-tindakan yang tidak beretika

haruslah diberi perhatian kerana ini akan melemahkan dan merosakkan organisasi.

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli teknokrat

supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada

untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja

professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika

dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika

professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan

18

Page 19: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti

keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama,

budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan

yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan

faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi

ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku

para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara para

professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional

telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah.

Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para

teknokrat.

19

Page 20: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

RUJUKAN

Andre, C. & Velasquez, M. 1992. Ethical relativism, Issues in Ethics, 5(2).

(http:/

/www.scu.edu/SCU/Centers/Ethics/publications/iie/v5n2/relativism.html

)

Andersen, J. A. 2002. “What we know about leadership and effectiveness?”, Paper presented at The First International Workshop on Leadership Research, European Institute of Advance Studies in Management (EIASM), Oxford, 16-17 December.

Aronson, E. 2001. Integrating leadership styles and ethical perspectives.Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 244-256.

Bass, B.M. 1990. Bass & Stogdill’s Handbook of Leadership. New York: Free Press.

Bennis, W., Nanus, B. 1985. Leaders: The Strategies for Taking Charge. New York: Harper & Row.

Blanchard, K. & N. V. Peale. 1998. The Power of Ethical Management. New York: University Press.

Brown, M. E., Trevino, L. K., & Harrison, D.A. 2005. Ethical leadership: A social learning perspective for construct development and testing.Organizational Behavior & Human Decision Processes, 97: 117-134.

Fiedler, F. E. 1967. A Theory of Leadership Effectiveness. New York:

McGraw-

Hill.House, R.J., & Howell, J. M. 1992. Personality and charismatic leadership.

The Leadership Quarterly, 3: 81-108.Howell, J.M., & Avolio, B. J. 1992. The ethics of charismatic leadership:

submission or liberation? Academy of Management Executive, 6: 43-54.INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan

Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.Ismail, A. 2005. Public Sector Service Delivery Excellence. Research &

Planning Division, Public Service Department, Malaysia.Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders.

Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 257-265.McNamara, C. 2002. Complete guide to ethics management: An ethics toolkit

for managers. (http://www.mapnp.org/library/ethics/ethxgde.htm).Mohd Azhar, H. A. 2007. Membudayakan Kerja Kelas Pertama. Teks ucapan

perhimpunan bulanan JPA Mac 2007.Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti

dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam,

20

Page 21: Organisasi Dan Masyarakat

GMGM 2013 – ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Jilid 7, Bil 1, Jun 2008.

21