1;t.h' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi...

24
. 1;t .H ' i. UN 49 C6 J65 2001

Upload: hahanh

Post on 22-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

y .1;t.H' i . !, -~ ~

UN 49 C6 J65 2001

Page 2: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

" .. . .. •• _n.' lY' • .tt J • d UNlVERSlTI MALAYSIA SARAW,

94300 KOla Samarahan

P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

"'"111111iiiillil III II II III 0000107219

PENGLIBATAN MASYARAKAT TEMPATAN DALAM

INDUSTRI PEMBALAKAN: SATU KAJIAN KES DMEDAMIT,

LIMBANG

JOHNNY RASIT

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial

Dengan Kepujian

Perancangan dan Pengurusan Pembangunan (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2001

Page 3: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Pengakuan Pelajar

Saya aklli karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya.

Saya juga menyerahkan hakcipta ini kepada pihak Fakulti Sains Sosial bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai. ('

Pengesahan Penyelia

Latihan IImiah yang bertajuk PENGLIBATAN MASYARAKAT TEMPATAN DALAM INDUSTRI PEMBALAKAN: SATU KAJIAN KES DI MEDAMIT, LIMBANG telah diusahakan dan diserahkan oleh JOHNNY RASIT (2866) sebagai memenuhi syarat pengijazahan Satjanamuda Sains Sosial (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan) Dengan Kepujian.

t;:?-c ;t-z-qari kh Serahan

Disahkan Oleh :

(DR. SPENCER EMPADING SANGGIN~ Pensyarah / Ketua Program Perancangan dan Pengurllsan Pembangunan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak

Page 4: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Pengasih kerana dengan

kumia da keizinannya maka dapat menyiapkan latihan ilmiah ini dalam waktu yang telah

ditetapkan.

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada Dr. Spencer Empading Sanggin, selaku penyelia dan

pensyarah saya yang telah ban yak memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang berguna

semasa saya menjalankan latihan ilmiah ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah,

rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung

diatas kerjasama dan bantuan mereka di dalam menyiapkan latihan ilmiah ini,

Sekalung penghargaan teristimewa buat kedua orang ibu bapa serta adik tersayang

yang telah ban yak memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

JOHNNY RASIT

Perancangall dan Pengurusan Pembangunan

F akulti Sains Sosial

Universiti Malaysia Sarawak

2001

Page 5: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penglibatan masyarakat tempatan di kawasan Medamit, Limbang dalam industri pembalakan. Objektif kajian .ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat tempatan melibatkan diri dalam industri pembalakan, menentukan hubungkait antara kadar penglibatan masyarakat tempatan dengan ciri-ciri demogarafi. sosio ekonomi dan mengenalpasti persepsi responden tentang kesan industri pembalakan ke atas sosio ekonomi dan alam sekitar. Maklumat dalam kajian ini telah diperolehi dengan meoggunakan borang soalselidik dan temuduga. Seramai 50 orang rresponden daripada lima buah rumah panjang di kawasan Medamit telah dipilih bagi menjawab borang soal selidik.

Maklumat-maklumat daripada borang soalselidik dianalisis dan ditafsirkan dengan menggunakan program SPSS (Statistic PackaRes for the Social Sciences). Hasil kajian yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk frekuensi, peratusan, ujian kolerasi dan ujian t.

Hasil kajian menunjukan bahawa faktor gaji dan keperluan menyara keluarga menjadi faktor pendorong mereka melibatkan diri . Manakala kesan daripada industri pembalakan telah menyebabkan taraf hidup mereka meningkat dan kesan keatas alam sekitar seperti kemusnahan hutan serta pencemaran air sungai .

11

Page 6: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

ABSTRACT

This study was conducted to determine the level of participation the local people of Medamit, Limbang in logging industry. The objectives of this study were determine the factors that encourage people to participate in logging industry, to the relationship between level of involvement with demographics attributes , socio economic and characteristics the respondents perception of impact of logging industry to the socio economy and environment. Self-administrative questionnaire and interview were used in the data collection. A total of 50 respondents were taken, from five longhouse in Medamit area.

The data collected were then analyzed by lIsing SPSS program (Statistic Packages for the Social Sciences). The result were presented in the fonn of frequency, percentage distribution, correlation (spearman rank-order) and t-test. The finding of the study shows that the wages responsibility to the family become the motivate factor to participate in the logging industry. The impact of the logging industry include increase standard of living and environmental damage sllch as river pollution and forest destruction.

iii

Page 7: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Kandungan

PENGHARGAAN

ABSTRAK ii

SENARAI JADUAL vi

SENARAI GAMBAR RAJAH vii

PENGENALAN 1

Kenyataan masalah 1 Objektif Kajian 3 Kerangka Teori 3

Teori motivasi 3

KAJIAN SEMULA PENULISAN 6

Konsep pengJibatan 6 Motivasi penglibatan 7 Masalah penglibatan 7 Konsep persepsi 8 Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi 9 Definisi konsep 9

Sosio ekonomi 10 Pembalakan 10 Masyarakat tempatan 10

METODOLOGI KAJIAN 10

Lokasi kajian I I Alat kajian 1I Pengumpulan data II Kaedah analisis data 12 Rangka kajian 12

KEPUTUSAN KAJIAN 13

Ciri-ciri demografi 13 Taraf pendidikan mengikut jantina 14 Taburan etnik mengikut umur responden 14 Gaji 15

Tahap penglibatan rcsponden dalam industri pembalakan 16 IV

Page 8: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Tempoh responden meJibatkan diri daJam industri pembalakan 17 Faktor yang mendorong responden terl i bat 18 Kesan kegiatan pembalakan ke atas persekitaran 19 Kesan pembalakan ke atas sosio ekonomi responden 20 Ujian hipotesis 22 Hubungan antara tahap pengJibatan dengan faktor penglibatan 21 Hubungan antara taraf hidup dengan gaji responden 22 Hubungkait antara faktor gaji dengan faktor minat 22

KESIMPULAN 24

BIBLOGRAFI 25

LAMPIRAN A 27

LAMPIRAN B 28

v

Page 9: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

SENARAI JADUAL

ladual I: Taburan taraf pendidikan responden mengikllt jantina 13

ladual2: Taburan etnik mengikut umur 14

ladual 3: Taburan pekerjaan mengikut gaji 15

laduaJ 4: Taburan bilangan ahli keluarga yang terlibat dan tahap penglibatan 16

laduaJ 5: Tempoh bekerja dalam indllstri pembalakan 17

ladual6: Taburan kekerapan untllk faktor yang mendorong penglibatan Masyarakat tempatan dalam industri pembalakan 18

ladual7: Taburan kekerapan ke atas kesan alam sekitar 20

laduaJ 8: Taburan kekerapan min lIntlik kesan sosio ekonomi masyarakat tempatan 21

ladual9: Skala rating 21

ladual 10: Hubungan antara tahap penglibatan dengan faktor penglibatan 22

ladual 11: Hubungan an tara taraf hidllp dengan gaji 22

laduaJ 12: Hlibungkait antara faktor gaji dengan faktor minat 23

VI

Page 10: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

SENARAI GAMBAR RAJAH

Rajah 1:

Rajah 2:

Tahap hiraki keperluan Maslow

Model hubungan pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar

4

13

Vll

Page 11: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Pengenalan

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Menurut Lembaga Pelancongan Sarawak, keluasan Sarawak dianggarkan seluas 124,450 kilometer persegi. Menurut litab dan Ritchie (1992) dianggarkan sebanyak 73 .9 peratus daripada keluasan Sarawak masih diliputi oleh hutan. Daripada jumlah ini , 82.2 peratus dikategorikan sebagai hutan tanah kering dan selebihnya paya. Maka tidak hairanlah jika industri balak dan keluaran kayu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negeri ini. Pada tahun 1998 sektor pembalakan telah mengeluarkan sebanyak 31,165 meter padu kayu balak, angka ini telah menjadikan sektor pembalakan sebagai penyumbang yang kedua kepada keluaran negeri Sarawak. ( Siaran Perangkaan Bulanan Sarawak, Febuari 1999 ).

Pembangunan industri pembalakan berasaskan eksport di Sarawak bermula pada tahun 1950-an, yang melibatkan eksport kayu balak bulat dan hingga ke hari ini eksport kayu balak masih menguasai kepentingan balak negeri ini. Menurut labatan Perangkaan Sarawak (1991) pengeluaran kayu balak meningkat daripada 4 .7 juta meter padu pada tahun 1970 kepada 19.5 meter padu pada tahun 1991. Aktiviti pembalakan tents giat dijalankan di seluruh negeri ini.Menurut Sahabat Alam Malaysia (1990) pada tahun 1984 sebanyak 5.8 juta hektar kawasan hutan berada di bawah konsesi . Ini bersamaan dengan 60 peratus daripada kawasan hutan Sarawak. Dengan kata lain, tiga per lima daripada hutan Sarawak berada di bawah lesen pembalakan .. Walaupun kayu balak telah menjadi penyumbang yang utama kepada ekonomi negeri ini tetapi , pengeluaran kayu balak yang tidak terkawal telah menyebabkan negeri ini ban yak kehilangan sumber hutan yang berharga. Menurut lomo (1992) dianggarkan sebanyak 1850 hektar hutan di Sarawak telah diteroka oleh industri pembalakan pada setiap hari.

Kenyataan masalah

Pembalakan hutan tropika, khususnya di Sarawak seringkali dikaitkan dengan isu alam sekitar dan isu pen an di peringkat antarabangsa, tetapi sumbangannya kepada ekonomi dan pembangunan sosial amat jarang diperkatakan. Walaupun kegiatan pembalakan telah mendatangkan kesan yang buruk kepada alam sekitar tetapi tidak dapat dinafikan ianya telah memberi sumbangan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pesat yang sedang dinikmati oleh 1.8 juta rakyat Sarawak. (Ahmad,1993) . Industri pembalakan telah banyak menguntungkan khasnya kepada ekonomi penduduk luar bandar. Menurut Kumpulan Pengkaji Sarawak (1994) industri pembalakan telah banyak memberi pulangan wang kepada penduduk di kawasan pedal aman. lusteru itu industri pembalakan bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup penduduk yang terlibat, tetapi turut menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Menurut mereka lagi dalam buku

Page 12: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

yang bertajuk "Logging in Sarawak: The Belaga experience" pada tahun 1984 terdapat seramai 22,000 orang buruh yang melibatkan diri dalam industri pembalakan, adalah mereka yang tinggal dikawasan pendalaman. Selain itu, industri pembalakan memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kemiskinan apabila ia telah menawarkan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang tidak berkelulusan tinggi. Menurut Ahmad (1993) menerllsi industri pembalakan golongan belia luar bandar yang tidak berkelulusan tinggi, malah tielak lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), berpeluang memperolehi gaji sehingga RM 3000 sebulan apabila bekerja sebagai pemandu jentolak dan lori balak. Dengan adanya indusrti pembalakan maka penduduk yang tinggal eli sekitar industri pembalakan dapat menukarkan corak ekonomi mereka dari pertanian yang bercorak tradisional kepada penglibatan dalam inelustri pembalakan .

Di samping menawarkan pekerjaan kepada masyarakat tempatan industri ini juga secara tidak langsung menyediakan kemudahan jambatan dan jalan raya sepanjang beribu-ribu kilometer yang menghubungkan kampung elan rumah panjang di kawasan pendalaman Sarawak dengan ban dar. Penglibatan elalam industri pembalakan bukan dikalangan masyarakat tempatan sahaja tetapi turut elisertai oleh ahli-ahli politik, contohnya seperti Syarikat Limbang Trading (LTL) kepunyaan Datllk James Wong, telah mengawal sebanyak 250,000 ekar kawasan balak eli Limbang. (lihat, "Logging against the Native of'Sarawak", 1994: m.sI8).Walallpun bekerja dalam industri pembalakan dapat memberi penelapatan yang lumayan, tetapi ia merupakan aktiviti yang berisiko tinggi. Menurut Devaraj (1994) pada tahun 1983 dilaporkan sebanyak 160 kes kemalangan dalam industri pembalakan eli Sarawak. Daripada jumlah itu sebanyak 81 kes kemalangan melibatkan kemalangan maut. Industri pembalakan bukan sahaja menelatangkan kebaikan kepada masyarakat tempatan tetapi ia juga aela menelatangkan kesan negatif kepada mereka. Dimana sebahagian besar penduduk eli dalam hutan tropika telah mendiami tanah mereka sejak turun temurun. Bagi mereka hutan merupakan sumber ekonomi terpenting dalam menyumbangkan makanan, bahan binaan, tllmbuhan perubatan serta hasil lain,di samping itu hutan dan tanah juga penting dalam kehielupan rohani mereka. Namun kesan industri pembalakan ke atas masyarakat tempatan sering eliabaikan. Akibat- daripada aktiviti pembalakan banyak kemusnahan berlaku, ianya merangkumi kemusnahan alam sekitar, kemllsnahan tlora dan fauna.

Aktiviti pembalakan juga telah menimbulkan kesan buruk ke atas makanan dan sumber-sumber yang membentuk asas mata pencarian penduduk yang bergantung kepaela hasil hutan. Keadaan ini berlaku ke atas masyarakat Penan di Sarawak, sehinggakan masyarakat ini sanggllp membuat sekatan jalan untuk menghalang syarikat-syarikat balak melakukan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, sebab bagi mereka kegiatan pembalakan telah memusnahkan kediaman mereka, sumber makanan dan terelapat kes juga eli mana jentolak yang memllsnahkan kllbur-kubur nenek moyang mereka. Persoalan yang timbul disini ialah apakah faktor yang mendorong masyarakat tempatan melibatkan diri elalam inelustri pembalakan

2

Page 13: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

khasnya di kawasan Medamit, Limbang dan apakah hubungkait di antara kadar penglibatan masyarakat tempatan dengan ciri-ciri demografi. Seterusnya kita juga ingin mengetahui apakah persepsi responden ten tang kesan daripada industri pembalakan ke atas sosio ekonomi masyarakat tempatan dan juga kesan industri ini kepada alam sekitar ?

Objektif

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengkaji sejauhmana penglibatan masyarakat tempatan di Limbang dalam menceburkan diri dalam industri pembalakan, manakala

Objektif KhuSllS ialah:

i) Mengenalpasti faktor- faktor yang mendorong masyarakat tempatan di Limbang melibatkan diri dalam industri pembalakan.

ii) Menentukan hubungkait di antara kadar penglibatan masyarakat tempatan dengan ciri-ciri demografi penduduk seperti jantina, llmur, jenis pekerjaan, taraf pendidikan, pendapatan dan sosioekonomi.

ii) Mengenalpasti persepsi responden tentang kesan industri pembalakan ke atas sosio ekonomi dan alam sekitar.

Kerangka teori

Menurut Othman dan Aidid (1996) teori bermaksud teori yang menjelaskan fenomena yang dikaji dan teori hendaklah menjelaskan bagaimana kaedah yang akan digunakan itu boleh memberi maklumat yang dikehendaki.Beberapa teori yang berkaitan dengan kajian ini turut dibincangkan. Antara teori yang akan kita bincangkan ialah Teori Motivasi .

Teori Motivasi

Teori ini telah diperkenalakan oleh seorang ahli psikologi iaitu Abraham Maslow. Menurut Maslow (1954) setiap manllsia akan bekerja untuk mendapatkan keperluan yang dikehendakinya tetapi selepas keperluan tersebut dipenuhi, usahanya tidak lagi terdorong untuk mendapatkan keperluan yang sarna. Sebaliknya ia akan terus berusaha untuk mendapatkan keperluan yang lebih tinggi.

Maslow telah menyusun keperluan kepada lima peringkat ikut dari yang rendah sehingga ke yang paling tinggi sekali.

3

Page 14: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Pencapaian diri

Penghormatan diri

Sosial dan kasih sayang

Keperluan keselamatan

Keperluan fisiologi

Rajah 1 :Tahap Hiraki Keperluan Maslow

Sumber: Maslow, A. (1943: 375)

Dalam hiraki keperluan ini, Maslow menjelaskan bahawa kepercayaan ditingkat pertama yang hendak dicapai oleh setiap individu ialah keperluan fisiologi (ibid). Keperluan manusia yang utama ialah keperluan fisiologi seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan.

Setelah keperluan ini tercapai, barlliah wujlld keinginan untuk mencapai keperluan yang berikutnya iaitu keperluan keselamatan (ibid). Keperluan yang tergolong dalam keperluan keselamatan termasuk pekara-pekara seperti pengantungan, kestabilan, perlindungan, bebas dari ketakutan dan kebimbangan. Keperluan ini merupakan ke elamatan daripada kecederaan dan jaminan bahawa kerjanya akan terus kekal sehingga masa depan. Berhubung dengan keselamatan, keadaan kerja di hutan telah bertambah baik dalam beberapa tahlln kebelakangan ini. Sekalipun ban yak perubahan telah tercapai, namlln pekel:jaan sebagai pembalak merupakan suatu pek rjaan yang paling bahaya sekali. Keperluan keselamatan ini tercapai apabila pekerja merasa bahawa kesihatan dan nyawa mereka tidak mengalami risiko. Kebanyakan syarikat mempunyai program keselamatan, dan kerajaan telah meguatkuasakan undang-undang berhubllng dengan keselamatan para pekerja.

4

Page 15: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Maslow membuat andaian bahawa manusia perlu memenuhi keperluan fisiologi dan keselamatan (ibid).

Setelah kedua-dua keperluan tadi dicapai dengan memberi kepuasan yang agak memuaskan maka timbul keperluan kepada kasih sayang dan dikasihi. Mereka memerlukan hubungan yang baik dengan masyarakat. perlu mengasihi dan dikasihi terutama dikalangan sahabat handai, keluarga dan masyarakat sekeliling. Dalam sektor pembalakan seseorang pekerja itu akan menumpukan perhatian kepada hubungan yang bermakna di kalangan kumpulan-kumpulannya. Dia akan berusaha untuk mencapai matlamat supaya dia diterima dalam kumpulannya dan dapat berinteraksi secara positif. Ketiga-tiga keperluan di atas merupakan keperluan di peringkat bawah, manakala keperluan di tingkat atas adalah keperluan penghormatan diri dan pencapaian diri. Keperluan penghormatan diri dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

I. Keperluan kepada kekuatan, kehidupan, penguasaan dan kemampuan untuk memberi, menjamin dalam kehidupan dan kebebasan.

2. Keperluan kepada prestij atau status, kegemilangan, perhatian dan pengiktirafan .

Dalam sektor pembalakan seseorang pekelja itu mahu akan dirinya dinilaikan dengan tinggi. Penekanan dalam pekara ini adalah seperti pencapaian prestasi, kebebasan, darjat, pengiktirafan daripada orang lain dan penghargaan bagi kerja yang sempurna dilakukan. Menurut Conway (1976) dalam Saad dan Derus (1993) berpendapat bahawa pembalak sebelum ini dikenali sebagai monyet, kemegahan dalam pekerjaan ini kurang dan oleh itu keperluan bagi kemegahan tidak tercapai. Menurut mereka lagi, pencapaian, penghargaan dan pengiktirafan boleh terdapat pada apa-apa kerja pun asalkan suasana kerja yang memuaskan wujud. Jika pihak pengurUsan sedar tentang keperluan tersebut pihak pengurusan boleh memberi pengiktirafan dan penghargaan dengan mudah.

Keperluan yang terakhir ialah keperJuan pencapaian diri dan kejayaan diri. Pencapaian dan kejayaan diri adalah keperluan bagi seseorang itu untuk berjaya •etimpal dengan keupayaanya. Wa'iaupun keempat-empat keperluan tadi telah dapat dicapai tetapi seseorang pekerja itu tidak akan berpuas hati jika tidak dapat mencapai kejayaan diri mengikut potensinya. Menurut Conway (1976) dalam Saad dall Derus (1993) pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa jika seseorang pembalak cuba menggunakan potensinya untuk menjadi seorang tukang kayu atau jurutera dan bukannya pembalak. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan boleh menolong jika seseorang itu hendak mencari nafkah hidup dalam perniagaan pembaiakan.Pada pendapat Maslow kelima-lima keperluan di at as perlu untuk dicapai dan cuba diperolehi dan dilalui oleh individu pekelja sepanjang masa (ibid).

5

Page 16: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Bedasarkan teori yang telah c1ikemukakan oleh Maslow, maka dapat dikaitkan dengan kajian, bahawa kelima-lima keperluan ini telah mendorong masyarakat tempatan khasnya di kawasan Medamit, Limbang melibatkan diri dalam industri pembalakan. Apabila masyarakat tempatan terlibat secara langsung dalam industri pembalakan ia akan dapat memenuhi keperluan as as iaitu keperluan fisiologi seperti yang telah diterangkan oleh Maslow . Pendapatan yang diperolehi hasil bekerja sebagai pembalak dapat digunakan untuk perbelanjaan clan membeli keperluan asas yang lain. Secara tidak langsung daripada teori ini kita dapat kaitkan dengan kajian dimana faktor motivasi merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi penduduk tempatan untuk terlibat secara langsung dalam industri pembalakan

Kajian Semula Penulisan

Kajian semula penulisan aclalah bertujuan untuk membincangkan ulasan-ulasan yang telah dibuat oleh beberapa penulis dan pengkaji yang lepas berkaitan dengan konsep penglibatan dan konsep persepsi .

Konsep Penglibatan

Penglibatan adalah satu konsep yang sangat Iuas dan telah dikaji oleh Oakey dan Marsdin (1984) yang menjelaskan penglibatan terbentuk melalui kerjasama antara beberapa aliran sehingga ke peringkat akar umbi. Penglibatan juga nerupakan penyertaan masyarakat dalam mana-mana institusi dan juga sistem kerajaan. Penglibatan sebagai salah satu hak kemanusiaan yang as as dan keperluan untuk mengagihkan kuasa politik kepada masyarakat dari segi sosial dan pembangunan ekonomi (Burkey, 1993). Mubyoto (1984) Illendefisikan penglibatan sebagai tahap aktiviti tanpa merubahkan diri sendiri. Bhattachayya (1972) pula menjelaskan penglibatan mengambil bahagian dalam penglibatan bersama. Menurut Pardhasaradhi (1992) menjelaskan bahawa penglibatan tidak boleh dilakukan secara paksa tetapi haruslah dilakukan secara sukarela. Menurut Rahman (1993) Beliau telah menjelaskan bahawa konsep penglibatan dapat dikaitkan dengan konsep kepercayaan, keyakinan diri, tanggungjawab dan kerjasama. Beliau merumuskan penglibatan sebagai satu aktiviti yang teratur, mengambil insentif bersama, pandangan dan perbincangan secanl saksama. Kawalan dalam proses membuat tindakan, latihan befikir dalam bertindak, tindakan terkawal dalam melaksanakan rangka kerja dan aktiviti adalah terancang .

Menurut Ismail (1990) penglibatan dilllaksudkan sebagai "suatu tahap yang mana setiap kategori sosial dalam masyarakat Illendapat clan menggunakan peluang untuk mengambil bahagian". Penglibatan masyarakat merupakan kunci utama untuk mencapai pembangunan masyarakat yang dinamik. Penglibatan dapat dilihat melalui kerjasama, tanggungjawab, inisiatif, menghargai program dan bersama-sama

6

Page 17: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

menerima penghargaan atau kritikan. Penglibatan merupakan kunci utama dalam proses mengubah dan membangunkan masyarakat.

Dengan kata lain penglibatan juga dapat diertikan sebagai penyertaan daripada individu atau kelompok masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti dan tllgasan, dimana penyertaan tersebllt merupakan kerjasama bersama dalam merialisasikan sesuatu objektif projek at all aktiviti yang disertai

Motivasi Penglibatan.

Motivasi penglibatan rakyat juga dikaitkan dengan soal kemiskinan di kalangan para rakyat atau sesebuah masyarakat, dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan , yang perlu diberi perhatian ialah pendapatan rakyat. Oleh itu untuk menambahkan pendapatan rakyat kerajaan perlu meningkatkan penglibatan rakyat dalam pelbagai kegiatan ekonomi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa gaji merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi keupayaan sesebllah organisasi untuk mengekalkan tenaga kerja. Ini kerana gaji yang diberi oleh majikan kepada pekerja merupakan salah satu cara untuk . menilai sumbangan yang diberikan oleh pekerja terhadap prestasi dan produktiviti mereka. Fredrick Taylor pula mengatakan bahawa pekerja berkehendakan gaji atau wang dari segala-galanya (Schultz, 1990). Isu yang penting, seseorang pekerja itu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan yang diberikan adalah didorong oleh aspek bayat'an atau pendapatan.

Berdasarkan beberapa pandangan di atas, dapat disimpulkan disini bahawa faktor pendorong kepada masyarakat tempatan di kawasan Medamit, Limbang untuk terlibat dalam industri pembalakan adalah , faktor bayaran atau pendapatan. Faktor ini penting disebabkan mereka ingin mempelbagaikan ekonomi mereka, ingin meningkatkan taraf hidup, inginkan pembangunan dan sikap positif mereka terhadap industri pembalakan di kawasan mereka kerana bagi mereka industri pembalakan ban yak mendatangkan keuntungan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi kemudahan jalan raya.

Masalah Penglibatan

Konsep penglibatan turut menghadapi kesukaran dalam perlaksanaanya. Kebanyakan para pekerja dalam sektor pembalakan adalah mereka yang telah berumur dan kurang penglibatan daripada golongan muda. Keadaan ini diterangkan

leh Ismail (1990) beliau menjelaskan "penghijrahan tenaga muda ke Bandar telah meningga}kan kesan yang begitu ketara dalam suasana desa". Peghijrahan golongan muda ke bandar mungkin akan mengakibatkan kekurangan tenaga kelja dalam

7

Page 18: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

sektor pembalakan. Antara masalah dalam penglibatan dalam industri pembalakan ialah kadar berhenti kerja yang tinggi. Menurut Conway (1976) dalam Saad dan Derus (1993) mereka berpendapat masa kelja yang panjang, iaitu dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari , dan keadaan tempat tinggal tidak memuaskan dan gaji yang tidak setanding dengan gaji yang dibayar oleh industri lain adalah salah satu puncayang menyebabkan pekerja berhenti . Sekatan daripada penduduk asli dan badan bukan kerajaaan (NGO), telah menghadkan penglibatan bagi peke~ja-pekerja balak. Keadaan ini berlaku pada bulan Mac 1987 di bahagian Baram dan Limbang dimana terdapat 25 benteng yang dibuat oleh penduduk asli telah menghalang kegiatan pembalakan di kawasan berkenaan. Tindakan ini telah menyebabkan lori­lori balak tidak dapat melintas dan kegiatan membalak terhenti selama beberapa bulan. (Sahabat Alam Malaysia, 1990)

Konsep Persepsi

Persepsi memainkan peranan penting dalam menginteprestasikan sesuatu objek atau kejadian yang dialami. Oleh itl!, persepsi utal! pengamatan ini ada hubungkaitnya dengan kederiaan manusia. Kederiaan yang didaftar dan ditapis oleh otak manusia dikatakan mempunyai sedikit makna jika ia wujud secara bersendirian. Dengan itu, kederiaan tersebut diorganisasikan serta diinteprestasikan supaya membawa lebih makna dalam kehidupan manl!sia (Matlin dan Foley, 1992). Nazar (1990) menyatakan bahawa persepsi bukanlah sesuatu yang lazim kerana ia tidak berlaku secara automatik tetapi sebaliknya. Persepsi merupakan suatu proses yang melebihi tahap pendapatan rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusiajuga dikatakan sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. lni dapat dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti yang ada di sekelilingnya. la juga perlu dikenalpasti. diintepretasikan, diorganisasikan dan difahami supaya makna yang tersirat di sebalik entiti itu dapat diperolehi. Setelah semua !tu dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu diamati oleh manusia. Manakala menurut Good (1973), persepsi mempunyai tiga tafsiran iaitu :

i) Dalam pengertian yang terbatas, persepsi bermaksud kesedaran terhadap unsur-unsur persekitaran seperti objek, suasana, hubungan dan sebagainya akibat kesan dari rangsangan.

ii) Suatu proses berterusan iaitu integrasi [anggapan deria pada masa kini serta pada masa lampau

ii) Dalam pengertian yang lebih luas, persepsi adalah kesedaran terhadap sesuatu objek. hubungan dan sebagainya serta bagaimana cara ia diperolehi .

8

Page 19: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Persepsi

De Vito (1991) menyatakan bahawa persepsi terbentuk melalui tiga tahap proses utama, iaitu :

i. Stimulasi Rangsangan

Pada tahap pertama, organ deria seseorang akan dirangsang. Walau bagaimanapun, manusia tidak selalu memberi makna kepada kesemua rangsangan terse but. Ini adalah kerana manusia hanya memberi makna kepada sebahagian kecil rangsangan yang diterima. Dalam erti kata lain, manusia hanya memberi perhatian kepada peristiwa yang bermakna dan mengabaikan yang tidak bermakna kepada mereka.

ii. Stimulasi Rangsangan Tersusun

Pada tahap kedua, beliau menyatakan bahawa rangsangan deria akan disusun dan diuruskan mengikut pelbagai prinsip. Salah satu prinsip yang digunakan ialah proximity iaitu manusia atau mesej yang berhubung rapat antara satu sama lain secara fizikal akan dipersepsikan bersama atau sebagai satu unit. Selain daripada itu, prinsip yang lain ialah closure, iaitu manusia akan mempersepsikan sesuatu sebagai sempurna walaupun terdapat ciri-ciri ketidaksempurnaan.

iii. Stimulasi Rangsangan Diinterprestasikan- Dinilai

Pada tahap ketiga, dalam proses persepsi adalah intepretasi - penilaian. Ia merupakan proses subjektif yang melibatkan penilaian di pihak penerima (Perceiver). Dalam proses intepretasi - penilaian ini tidak hanya berdasarkan kepada rangsangan luaran tetapi ban yak dipengaruhi oleh pengalaman yang lepas, keperluan, kehendak, sistem nilai, kepercayaan, keadaan fizikal atau emosi pada ketika itu iaitu harapan dan sebagainya. Oleh yang demikian , individu yang berbeza akan mempersepsikan sesuatu yang sama secm·a berbeza dan berubah dari semasa ke semasa. Namun yang demikian, perbezaan persepsi dipengaruhi oleh beberapa faktor . tertentu contohnya persepsi oleh motivasi seseorang (Ai non dan Abdullah, 1995). Faktor lain yang mempengaruhi persepsi mengikut De Vito ( 1992) termasuklah seks, kecerdasan, kompleksiti kognitif, ciri-ciri personaliti dan umur. Secara kesimpulannya, persepsi dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran dan pengaruh daripada faktor-faktor ini akan menghasilkan perbezaan persepsi di an tara individu serta menentukan ketepatan persepsi tersebut.

Definisi Konsep

Definisi konsep akan mempeljelaskan beberapa konsep yang digunakan dalam kajian 1111. Aspek-aspek konsep, sosioekonomi, masyarakat tempatan dan pembalakan akan dibincangkan dengan lebih teliti lagi.

9

Page 20: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Sosioekonomi

Menurut Kamus Dewan (1994) sosioekonomi ialah perkaitan di antara ekonomi dan masyarakat. Ini melibatkan beberapa unsur atau faktor kemasyarakatan dan ekonomi. Sosioekonomi ialah satu kaedah untuk mengukur status seseorang individu. Manakala kesan sosioekonomi merupakan kesan yang ditimbulkan oleh sektor perkilangan, tetapi dalam asepek ini kita cuba melihat kesan akibat daripada aktiviti pembalakan. Aspek sosioekonomi yang diliputi dalam kajian ini adalah pemilikan kekayaan, perubahan pendapatan dan kesan pekerjaan.

Pembalakan

Menurut Kamus Dewan (1994) balak merupakan kayu atau batang pokok-pokok besar yang sudah dipotong. Membalak pula ialah aktiviti menghasilkan kayu balak ianya rnerangkumi aktiviti menebang pokok besar memotong dahan-dahan dan lain­lain. Manakala pembalakan adalah kerja-kel:ja atau usaha membalak. DaJam kontek kajian ini pembaJakan merupakan aktiviti yang dijalankan oleh pekerja balak untuk mendapatkan kayu baJak untuk diproses menjadi papan atau dieksport.

Masyarakat Tempatan.

Menurut Kamus Dewan (1994) masyarakat adalah kumpuJan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. ManakaJa tempatan adalah yang berkaitan dengan tempat tertentu. Dalam kajian ini masyarakat tempatan merujuk kepada kumpulan manusia atau orang yang tinggal di bahagian Limbang.

Metodologi Kajian

Metodologi kajian bertujuan untuk menerangkan kaedah dan teknik yang telah digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan c1ata at au maklumat c1aripada responden yang terlibat dalam kajian ini. Dalam membuat kajian, kaedah dan teknik yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan konteks kajian tersebut. Ini adalah untuk memastikan semua data atau maklumat yang diperolehi adaJah tepat dan selari dengan objektif kajian. Dengan adanya penggunaan kaedah dan teknik yang tepat maka sesuatu kajian itu tidak akan dipertikaikan kredibilitinya.

10

Page 21: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat di dalam k:.tiian ini ialah kaedah survei. Kaedah ini akan melibatkan borang soal selidik yang diserahkan kepada responden dan juga kaedah temubual dimana responden holeh mengemukakan pandangan mereka dalam iSlI yang dibangkitkan. Melalui kaedah temubual kita akan dapat memperolehi maklumat tambahan daripada responden . Kaedah survei disini adalah satu kaedah pengumpulan maklumat secara langsung daripada responden berkaitan dengan perasaan, motivasi, kepercayaan, personaliti, pendidikan, sosial, ekonomi dan sebagainya.

Lokasi kajian.

Kajian ini telah dijalankan di kawasan Medamit iaitll sebuah kawasan pedalaman di bahagian Limbang. Menurut Pejabat daerah Limbang dalam (profail Pejabat Daerah Limbang), luas kawasan Nanga Medamit ialah 1,070 batll persegi. Lokasi kajian ini merangkumi beberapa buah rllmah panjang iaitu Rumah Aling, Rumah Elong Rantau Kiran, Rumah Assan Semena, Rumah Dungo Long Seranggan dan Rumah Berinau Kampung Bukit Batu.

Alat Kajian

Antara alat kajian yang digllnakan dalam penyelidikan ini ialah satu set borang soalselidik. Kaedah ini mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan data atau maklumat daripada responden di kawasan kajian. Soalan-soalan di dalam horang soal selidik ini mempunyai dlJa belltuk iaitu, soalan tertutup (Closed-ended questions) dan soalan terbuka (Opened-ended questions). lenis soalan tertutup ini melibatkan 'Rating Scale '. Sem~ntara yang berbentuk terbuka adalah soalan yang meminta pandangan atau komen daripada responden dan memberikan keselesaan kepadaresponden menjawab denE-an bebas serta mengikut pendapatnya sendiri.

Namun pad a keseluruhannya, kaedon ini penting di daJam pengumpulan data secm'a kuantitatif. Penyelidik juga menggabungkan kaedah temubual khasnya kepada responden yang tidak mempunyai pendidikan. Dengan menggunakan kaedah ini, penyelidik juga menyoal responder. mengikut soalan-soalan yang terdapat di dalam borang selidik yang telah di .(:.hakan. Kaedah temubual ini juga membantu penyelidik untuk mendapatkan . fLlklumat yang lebih terperinci.

Pengumpulan data.

Dalamkajian ini, data dikutip d:'ngan menggunakan dua kaedah iaitu, pengumpulan data secm"a primer dan dat,) ~:(under. Biasanya kaedah pengumpulan data primer

I I

Page 22: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

menggunakan borang soal selidik dan temubual. Borang soal selidik merupakan satu set soalan yang akan diedarkan kepada responden yang teJah dipilih llntuk diisi. Manakala temubual dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang pandangan responden berkaitan dengan penglibatan mereka dalan industri pembalakan. Menurllt Ahmad Mahdzan (J 982) pengumpulan data primer digunakan untuk memperolehi maklumat dad individu yang diberikan oleh mereka sendiri. Data sekunder melibatkan data atau maklumat yang diperolehi daripada rujukan di perpustakaan seperti buku rujukan, risalah, jurnal dan beberapa artikel ·lain.Selain daripada itu, maklumat juga boleh diperolehi daripada agensi­agensi kerajaan seperti labatan Perangkaan, labatan Perhutanan dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Kaedah Analisis Data

Segala data atau maklumat yang diperolehi dengan menggunakan teknik survei dianalisa dengan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratusan), kolerasi (Spearman rank-order) dan ujian-t sampel be bas digunakan dalam penganalisaan data tersebut. Oleh itu kaedah ini dapat menggambarkan antara faktor-faktor yang mendorong masyarakat tempatan di Limbang melibatkan did dalam industri pembalakan.

Rangka kajian

Pembolehubah bersandar dalam kajian ini iaJah penglibatan masyarakat tempatan dalam industri pembalakan. Manakala pemboJehubah tidak bersandar bagi kajian ini ialah (I) faktor demografi responden seperti jantina, bangsa, tahap pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan umur, (2) faktor motivasi. Model rangka kajian ini adalah ~itunjukkan pada rajah 3.

12

Page 23: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar

Faktor demografi responden.

Penglibatan masyarakat tempatan di Limbang

f---------------j-----:-=-.-,~. dal am industri Faktor motivasi pembalakan .

Kesan ke atas sosioekonomi masyarakat tempatan

Rajah 2: Model ini menunjukkan hubungan pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar.

Keputusan hasil kajian dan perbincangan.

Huraian kajian dalam bahagian ini ialah berdasarkan kepada kaedah survei dan penganalisaan yang telah dibuat. Penganalisaan hasil kajian merangkumi aspek ciri­ciri demografi, faktor-faktor yang mendorong masyarakat tempatan melibatkan diri dalam industri pembalakan dan persepsi responden tentang kesan industri pembalakan ke atas sosio ekonomi dan alam sekitar. Secara keseluruhannya, bahagian ini membincangkan beberapa ciri dan aspek berdasarkan objektif-objektif yang telah disenaraikan . Ini adalah penting bagi memastikan hasil kajian yang telah diperolehi dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan mampu untuk menggambarkan penglibatan masyarakat tempatan dalam industri pembalakan.

Ciri-Ciri Demografi Responden.

Ciri-ciri demografi dalam kajian ini merujuk kepada jantina, umur, pendapatan, jenis pekerjaan, taraf pendidikan dan taburan etnik. Hasil kajian yang diperolehi akan dihuraikan dalam bentuk frekuensi dan peratusan . Kajian ini telah melibatkan seramai 50 orang responden di lima buah Rumah panjang di kawasan Medamit, Limbang.

13

Page 24: 1;t.H' - ir.unimas.my masyarakat tempatan dalam... · rakan-rakan dan organisasi-organisasi yang terlibat secm'a langsung atau tidak langsung diatas kerjasama dan bantuan mereka di

Taraf Pendidikan mengikut Jantina

Hasil kajian mendapati seramai 49 orang (98%) responden addalah kaum lelaki manakala selebihnya iaitu seorang adalah kaum wanita. Daripada hasil kajian menunjukan terdapat seramai 25 orang (50%) responden berpendidikan tidak formal, 15 orang (30%) responden menduduki peperiksaan UPSR dan Penilaian Darjah Lima, 5 orang ( 10%) responden menduduki peperiksaan PMR I SRP dan LCE, dan selebihnya seramai 5 orang (10%) responden menduduki peperiksaan SPM/MCE.

Jaduall:Taburan tarap pendidikan mengikut jantina.

Taraf pendidikan responden

lantina Sekolah PMR I SPM I %lumlah Tidak UPSR SRP I MCE formal LCE

25 15 5 4 49 98Lelaki

0Wanita 0 0 I I 2 I

15 5 50 50lumlah 25 5 ~ . I

% 30 10 10 100 10050

Taburan etnik mengikut umur

Daripada kajian didapati seramai 40 orang (80%) responden adalah berbagsa Iban, manakala selebihnya seramai 10 orang (20%) responden adalah berbagsa Murut. Hasil kajian juga mendapati bahawa umur responden dapat dikategorikan kepada empat peringkat umur iaitu diantara 20 hingga 30 tahun seramai 9 orang (18%). KategQri kedua iaitu responden yang berumur diantara 31 hingga 40 tahun adalah eramai 13 orang (26%). Kategori yang ketiga iaitu responden yang berumur

14