orang asli di malaysia konflik dan masa depan-libre

24
1 Orang Asli Di Malaysia: Konflik Dan Masa Depan 1 Oleh: Mohd Izzuddin Bin Ramli PENGENALAN: rang Asli secara asasnya adalah satu kumpulan yang kecil atau dianggap sebagai kaum yang minoriti di Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat pribumi terawal yang menduduki tanah semenanjung Malaysia. Istilah “Orang Asal” (Original People) dan selepas itu “Orang Asli digunakan di zaman darurat iaitu antara tahun 1948 hingga 1960 oleh pihak British bagi tujuan memujuk Orang Asli membantu pihak kerajaan memerangi ancaman komunis (Colin Nicholas, 2000). Istilah “Orang Asli” adalah merupakan istilah rasmi samada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris (Carey, 1976). Menurut bancian oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), pada tahun 2006 terdapat seramai lebih kurang 141, 230 orang asli di semenanjung Malaysia (JHEOA, 2008). Pribumi Orang Asli ini sebenarnya terdiri daripada 18 suku kaum yang mempunyai bahasa, adat dan pantang-larang yang berlainan. 18 suku kaum Orang Asli ini dirangkumi dalam 3 kelompok kaum utama iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito yang terdiri daripada kaum Kensiu, Kintek, Jahai, Lanoh, Mendriq, Bateq, Semai, Temiar, Jah Hut, Chewong, Mah Beri, Semoq Beri, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar (Suki, 2007). Walau bagaimanapun, populasi Orang Asli suku kaum Kanaq dikatakan semakin mengecil dan sedang mengalami kepupusan. Taburan perkampungan Orang Asli pula terdiri daripada 12 kampung berada dalam kategori pekan atau Bandar, 534 kampung di kawasan pinggiran dan seterusnya 323 buah kampung yang berada di kawasan pedalaman. Selaras dengan peredaran masa, masyarakat orang asli juga turut menikmati arus pemodenan. Walaupun mereka terdedah kepada arus pemodenan dan globalisasi ini, masyarakat orang asli merupakan masyarakat yang sering terpinggir terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, sosio-budaya, pendidikan dan yang paling penting ialah berkenaan dengan hak atau status pemilikan tanah mereka. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat orang asli masih lagi bergelumang dalam 1 Makalah ini dibentangkan di Persidangan Mahasiswa Malaysia-Indonesia di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia pada 20 Mei 2010. O

Upload: nadnadiya-mohd-nasir

Post on 27-Sep-2015

260 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nothing

TRANSCRIPT

  • 1

    Orang Asli Di Malaysia: Konflik Dan Masa Depan1

    Oleh:

    Mohd Izzuddin Bin Ramli

    PENGENALAN:

    rang Asli secara asasnya adalah satu kumpulan yang kecil atau dianggap sebagai kaum yang minoriti di Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat

    pribumi terawal yang menduduki tanah semenanjung Malaysia. Istilah Orang Asal (Original People) dan selepas itu Orang Asli digunakan di zaman darurat iaitu antara tahun 1948 hingga 1960 oleh pihak British bagi tujuan memujuk Orang Asli membantu pihak kerajaan memerangi ancaman komunis (Colin Nicholas, 2000). Istilah Orang Asli adalah merupakan istilah rasmi samada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris (Carey, 1976). Menurut bancian oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), pada tahun 2006 terdapat seramai lebih kurang 141, 230 orang asli di semenanjung Malaysia (JHEOA, 2008).

    Pribumi Orang Asli ini sebenarnya terdiri daripada 18 suku kaum yang mempunyai bahasa, adat dan pantang-larang yang berlainan. 18 suku kaum Orang Asli ini dirangkumi dalam 3 kelompok kaum utama iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito yang terdiri daripada kaum

    Kensiu, Kintek, Jahai, Lanoh, Mendriq, Bateq, Semai, Temiar, Jah Hut, Chewong, Mah Beri, Semoq Beri, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar (Suki, 2007). Walau bagaimanapun, populasi Orang Asli suku kaum Kanaq dikatakan semakin mengecil dan sedang mengalami kepupusan.

    Taburan perkampungan Orang Asli pula terdiri daripada 12 kampung berada dalam kategori

    pekan atau Bandar, 534 kampung di kawasan pinggiran dan seterusnya 323 buah kampung yang berada di kawasan pedalaman. Selaras dengan peredaran masa, masyarakat orang asli juga turut menikmati arus pemodenan. Walaupun mereka terdedah kepada arus pemodenan dan globalisasi ini, masyarakat orang asli merupakan masyarakat yang sering terpinggir terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, sosio-budaya, pendidikan dan

    yang paling penting ialah berkenaan dengan hak atau status pemilikan tanah mereka. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat orang asli masih lagi bergelumang dalam

    1 Makalah ini dibentangkan di Persidangan Mahasiswa Malaysia-Indonesia di Universitas Airlangga, Surabaya,

    Indonesia pada 20 Mei 2010.

    O

  • 2

    masalah kemiskinan dan kemunduran walaupun Negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu.

    Dibawah ini ialah merupakan statistic jumlah orang asli yang masih terdapat di Negara Malaysia yang diambil daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.

    Jadual 1: Penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia Tahun 2006 Mengikut Negeri Dan Kumpulan Kaum.2

    Secara asasnya, kita memahami bahawa orang asli di Malaysia juga sebenarnya turut sama memberikan sumbangan dalam pembangunan Negara ini. Berdasarkan fakta, Negara

    Malaysia juga turut memberikan kerusi kepada wakil suku kaum orang asli di dalam dewan Negara. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa isu-isu pembangunan suku kaum minoriti ini tidak dilupakan untuk dibincangkan secara serius. Walaupun begitu, masih terdapat lagi pelbagai masalah yang bermain dalam masyarakat orang asli ini terutamanya kebelakangan ini dimana banyak timbulnya isu-isu social yang sudah menjadi semakin membarah. 2 Diambil dari bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), 2006.

    NEGERI SENOI MELAYU PROTO

    NEGRITO JUMLAH %

    Johor 44 10,893 1 10, 938 7.74%

    Kedah 0 0 196 196 0.14%

    Kelantan 9,702 19 1086 10,807 7.65%

    Melaka 27 1,208 0 1,235 0.87%

    Negeri Sembilan 37 8,381 0 8,454 5.99%

    Pahang 23,120 26,892 780 50,792 35.96%

    Pulau Pinang 0 0 0 0 0%

    Perak 40,856 410 1575 42,841 30.33%

    Perlis 0 0 0 0 0%

    Selangor 4,651 10,556 3 15,210 10.77%

    Terengganu 682 45 30 757 0.54%

    W.P Kuala

    Lumpur

    0

    0

    0

    0

    0

    Jumlah 79,155 58,404 3,671 141,230 % 56.0 % 41.4% 2.6% 100% 100%

  • 3

    Apabila kita berbicara tentang masa depan masyarakat orang asli di Malaysia, kita sering tertanya-tanya arah manakah sebenarnya halatuju mereka selepas ini. Setelah sekian lama kita mencapai kemerdekaan, semakin kurang kita melihat keprihatinan kita akan masalah-masalah

    ataupun keperluan yang perlu dibela

    dalam masyarakat ini. Didalam kesibukan mengejar kemajuan Negara, kita sering sahaja menumpukan banyak perkara yang hanya

    memberikan faedah kepada segelintir, dan sedikit sahaja ditumpukan kepada kaum-kaum minority. Dari segi

    ekonomi, arus pemodenan telah

    membuka ruang kepada banyak syarikat multinational untuk bertapak di dalam Negara Malaysia. Situasi ini bagaikan mengumpan jerung besar untuk menyambar mata kail dengan menggunakan umpan bilis. Kesan jangka pendek dan jangka panjangnya tidak kita nilai dengan sepenuhnya. Rajah 1: Kumpulan Orang Asli Semenanjung Malaysia

    Konflik yang berlaku dalam masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia ini sebenarnya turut melibatkan beberapa actor lain lagi. Hal ini demikian kerana, ia melibatkan konflik kepentingan yang merangkumi hak-hak ekonomi, social, politik, pendidikan dan sebagainya. Secara spesifiknya, konflik ini bukan sahaja melinatkan kelompok masyarakat orang asli dengan pihak kerajaan Malaysia sahaja, malah ia turut sama melibatkan beberapa pihak lain lagi seperti JAKIM, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu sendiri, badan-badan bukan kerajaan (NGO) malah turut sama melihat peranan daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Merujuk kepada sejarah, terdapat juga masalah dalam kalangan kelompok orang asli ini Berjaya dimenangi dengan adanya bantuan daripada pihak PBB. Hal ini demikian kerana, pihak PBB sebenarnya mengiktiraf hak-hak tanah peribumi sedunia. United Nations Declaration on the Right of Indigenous Peoples (UN-DRIP) yang disediakan pada tahun 2007

  • 4

    adalah merupakan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap hak orang asal. Deklarasi ini merupakan undang-undang antarabangsa yang melindungi hak orang asal seluruh dunia dan juga membantu melindungi budaya, tanah, dan juga cara hidup mereka. PBB melaksanakan undang-undang ini untuk memastikan kesemua 370 juta orang asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun eksploitasi. Dengan maksudnya yang tersendiri, UN-DRIP mewakili piawaian minimum untuk mempertahankan kewujudan, martabat dan kesejahteraan orang asli sedunia (Artikel 42).3

    3 Abdul Rashid, M. R. b. H., Jamal Jaafar, & Tan, C. B. (1973). Three studies on the Orang Asli in Ulu Perak. Pulau

    Pinang: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.

    ORANG

    ASLI

    MEDIA

    KERAJAAN

    BADAN

    ANTARABANGSA

    (ASEAN, NEGARA

    EROPAH)

    KONFLIK ORANG ASLI

    JHEOA

  • 5

    PERMASALAHAN ISU

    Walaupun Negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun dahulu, namun masyarakat pribumi orang asli masih belum dapat merasa nikmat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara. Sebahagian besar masyarakat pribumi ini masih jauh ketinggalan dalam banyak hal berbanding kaum-kaum lain. Walaupun begitu, terdapat juga sebahagian daripada masyarakat ini yang sudah mula sedar dan ramai diantara mereka sudah berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Keadaan yang wujud ini sebenarnya bukan semata-mata hanya disebabkan oleh kelemahan atau kekurangan pada masyarakat orang asli itu sendiri, akan tetapi ia juga berpunca daripada tindakan dan strategi yang tidak telus yang dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam membangunkan masyarakat orang asli.

    Jika kita lihat masalah orang asli dalam skop kajian semenanjung, terdapat banyak masalah yang telah dihadapi oleh masyarakat pribumi ini. Ia meliputi masalah yang kita katakan agak

    kecil dan juga masalah yang agak besar. Antaranya ialah, masyarakat orang asli itu sendiri masih lagi bergelumang dalam masalah asas pembangunan iaitu masalah kemiskinan, keciciran dalam pendidikan, kesihatan, masalah kemudahan asas dan banyak lagi. Walau bagaimanpun, isu yang paling utama yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat orang

    asli ialah berkaitan dengan isu status tanah yang mana dalam masyarakat orang asli ia lebih dikenali dengan istilah tanah adat ataupun tanah saka.

    Isu yang berkaitan dengan tanah ini sudah lama berlaku dalam masyarakat orang asli. Sejak Negara Malaysia mula mencapai kemerdekaan lagi, status tanah yang dijelaskan kepada masyarakat orang asli masih lagi samar-samar. Sehinggalah sekarang, boleh dikatakan bahawa hampir semua masyarakat orang asli di Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak masih lagi memperjuangkan hak status tanah mereka daripada pihak kerajaan.

    Masalah tanah yang wujud ini sebenarnya telah menyukarkan usaha untuk membangunkan tanah saka mereka bagi tujuan mempertingkatkan dan memajukan taraf hidup mereka. Masalah tanah masyarakat pribumi orang asli ini turut menjejaskan adat resam serta budaya orang asli kerana aspek-aspek kehidupan masyarakat peribumi ini amat berkait rapat dengan

    tanah dan ekologi persekitaran mereka. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar masyarakat orang asli masih lagi mengamalkan adat dan budaya dalam amalan tradisi mereka. Adat-adat dan amalan tradisi ini masih diamalkan terutamanya dalam system perkahwinan, perayaan, dan system perubatan tradisional mereka.

  • 6

    Hal ini jelas menunjukkan bahawa keperluan tanah ini bukan sahaja penting dari segi ekonomi tetapi turut melibatkan kepentingan dari aspek spiritual dan jati diri. Walau bagaimanapun hak kepada tanah saka mereka ini tidak dilindungi secara berkesan dari aspek

    perundangan termasuklah Akta Orang Asli (Akta 134). Hal ini demikian kerana, hak menduduki tanah yang diperuntukkan di bawah Akta 134 tidak memberi jaminan pemilikan tanah kepada masyarakat orang asli dan ianya umpama tenant at will sahaja.4 Selain daripada permasalahan tentang isu tanah, masyarakat orang asli di Malaysia juga turut sama berhadapan dengan konflik agama yang mana ia secara asasnya melibatkan hubungan dengan pihak kerajaan Malaysia.

    Perkembangan golongan kelas menengah hasil daripada kejayaan ekonomi Malaysia telah mula membangkitkan tuntutan untuk pelindungan hutan dan pewujudan taman hutan untuk tujuan rekreasi. Akan tetapi mereka berpendapat bahawa kewujudan masyarakat orang asli ini menjadi halangan kepada mereka dengan lahirnya dua kepentingan yang bertentangan iaitu, penebangan untuk tujuan komersial dan juga pemuliharaan hutan. Golongan kelas menengah ini juga beranggapan bahawa masyarakat orang asli yang mana telah sekian lama mengamalkan cara perladangan pindah dalam pertanian telah menyebabkan berlakunya pembaziran dan juga merosakkan hutan serta sumber-sumbernya yang lain.5 Anggapan sebegini sebenarnya telah lama wujud dan ia sebenarnya seakan-akan memberikan gambaran bahawa masyarakat orang asli di Malaysia ini sebenarnya membawa ancaman kepada kelestarian hutan Negara.

    Apa yang membimbangkan ialah, kepelbagaian konflik yang timbul dalam masyarakat orang asli ini akan dipandang sepi oleh mereka yang bertanggung jawab sehingga mungkin mewujudkan andaian bahawa berlakunya pembersihan etnik orang asli di bumi Malaysia. Arus pemodenan yang sedang kita hadapi hari ini seharusnya tidak boleh meninggalkan sebarang kesan terhadap kelangsungan sesebuah kelompok masyarakat. Seperti membina bangunan-bangunan pencakar langit, factor dan kesan terhadap alam sekitar harus juga diutamakan. Begitulah juga dalam hal masa depan sesebuah masyarakat ini.

    4 Abdul Rashid, M. R. b. H., Jamal Jaafar, & Tan, C. B. (1973). Three studies on the Orang Asli in Ulu Perak. Pulau

    Pinang: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia. 5 Chua, Kim Wah Michael (1991), The Orang Asli Problem: A Comparative Analysis of Aboriginal Land Rights in

    Malaysia, Australia and New Zealand. LLB Hons. Project Paper. Faculty of Law, UM, Kuala Lumpur.

  • 7

    Hari ini sekali lagi kelompok masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia khasnya sedang menghadapi konflik. Setelah sekian lama isu-isu dari kaum ini seakan-akan disepikan, oleh kerana kesedaran politik yang baik lahir dari pemikiran kelompok-kelompok masyarakat

    ini, maka mereka kelihatan sudah mula bangkit untuk menuntut pelbagai hak mereka daripada kerajaan. Umum menyedari bahawa, masyarakat orang asli ini juga mempunyai potensi untuk pembangunan Negara. Perkembangan arus globalisasi ini secara tidak langsung telah menuntut mereka untuk tidak hanya bermain dan tinggal dalam kelompok mereka

    sahaja. Apa yang yang menjadi keinginan pada hari ini ialah, mereka juga harus turut sama berganding bahu bersama kaum-kaum lain dalam membangunkan Negara.

    TUJUAN PENULISAN

    Setelah membuat beberapa pemerhatian dan kajian dengan menggunakan beberapa kaedah untuk mendekati masyarakat orang asli di Malaysia, dan melihat sendiri masalah sebenar

    yang dihadapi oleh mereka, saya akhirnya bercadang untuk menyiapkan penulisan seperti ini. Secara asasnya, tujuan penulisan ini ialah untuk memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat terutamanya di Malaysia tentang masalah-masalah yang sedang dihadapi kelompok masyarakat ini. Sememangnya, masyarakat orang asli di Malaysia ini adalah sebuah kumpulan minority dengan jumlah populasinya adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh kerana jumlah yang minority inilah isu-isu social ataupun ekonomi masyarakat ini sering dipinggirkan.

    Penulisan ini juga akan mengupas secara jelas tentang masalah mereka dan menggambarkan sejauh mana masalah yang wujud ini dibawa ke jalan penyelesaian. Sebagai contoh, apabila kita melihat kepada masalah agama yang bermain dalam masyarakat orang asli, kita juga harus melihat setinggi mana tahap sebenar konflik ini sedang berada. Dengan penerangan ini ia secara tidak langsung akan memudahkan kita sendiri untuk memahaminya dan secara tidak langsung juga akan memudahkan pihak-pihak yang berwajib untuk memulakan langkah penyelesaian yang jitu terhadap konflik yang dihadapi.

    Selain itu, penulisan ini juga akan memberikan sedikit gambaran tentang siapakah sebenar pihak-pihak yang terlibat di dalam konflik ini. Seperti yang dipelajari, dalam berhadapan dengan sesuatu konflik, golongan pendamai terutamanya harus mengetahui dahulu siapakah actor-aktor utama yang terlibat sebelum boleh dimulakan langkah penyelesaian. Dalam

  • 8

    konteks konflik orang asli di Malaysia ini, kita harus mengenalpasti terlebih dahulu pihak mana yang secara langsung turut memperngaruhi perkembangan konflik itu. Sebagai contoh, kita boleh membuat andaian awal bahawa, orang asli di Malaysia ini secara umumnya

    mempunyai konflik kepentingan dengan pihak kerajaan. Oleh itu, dengan memberi gambaran tentang actor-aktor konflik yang terlibat, maka kita akan lebih mudah untuk melukiskan jalan perdamaian.

    Tujuan penulisan ini juga adalah untuk memberi penyenaraian tentang langkah-langkah penyelesaian konflik yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berkonflik terutamanya actor

    yang paling bertanggungjawab untuk membawa masalah ini kerarah keamanan yang boleh dipersetujui oleh semua pihak yang berkonflik. Hal ini demikian kerana, jika kita melihat kepada akar konflik ini dan perjalanannya yang mana sudah mengambil masa berpuluh-puluh tahun, sememangnya sudah wujud pendekatan untuk membela masyarakat orang asli ini. Namun, kita juga harus menyedari sejauhmana kesungguhan golongan pendamai ini untuk membawa konflik kepentingan ini ke titik terakhir.

    TEORI DAN PENDEKATAN

    Antara teori dan pendekatan yang akan digunakan di dalam memahami dengan lebih jelas akan konflik yang berlaku dalam masyarakat orang asli di Malaysia ini ialah Teori Perubahan Agama. Teori Perubahan Agama ini harus digunakan dalam melihat konflik ini adalah kerana, dalam masyarakat orang asli di Malaysia ini sebenarnya turut melibatkan konflik yang berkaitan dengan agama. Namun, ia adalah antara konflik yang agak terpencil akan tetapi harus juga dipandang serius dan diwujudkan jalan penyelesaian. Teori Perubahan Agama ini adalah dikemukakan oleh Simon (1971), dimana beliau mengatakan bahawa tindakan menukarkan agama akan mengubah bentuk ikatan seseorang daripada satu set simbol yang dianggap suci kepada symbol suci yang lain. Tindakan ini akan mengubah perlakuan, perasaan, pemikirannya dan simbol baru yang dianggap suci.6

    Teori kedua yang akan digunakan dalam memahami konflik sebenar yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di semenangjung Malaysia ini ialah Teori Konflik. Konflik merujuk kepada keadaan social antara sekurang-kurangnya dua pihak bertujuan untuk mendapatkan sumber yang terhad dalam masa yang sama. Hal ini terjadi oleh kerana wujudnya aktiviti yang bertentangan dan juga perbuatan yang yang bertentangan. Terdapat tiga bentuk konflik

    6 Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di Semenanjung Tanah Melayu,

  • 9

    iaitu, conflict lantern, conflict manifest dan juga conflict manifest aggressive. Ia juga dikenali sebagai peringkat-peringkat konflik dimana setiap konflik yang berlaku dan akan diselesaikan berkemungkinan cenderung untuk melalui peringkat-peringkat ini.

    PERBAHASAN

    Secara umumnya, konflik dalam kelompok masyarakat orang asli di Malaysia ini sebenarnya sudah lama berlaku. Jika dilihat daripada sejarah, orang asli di Malaysia adalah merupakan kelompok orang asal yang paling awal menduduki Tanah Melayu. Mereka mula mendiami kawasan-kawasan hutan yang banyak terdapat di Negara Malaysia dan menjalankan kerja secara memburu dan juga bertani. Selepas datangnya emperialisma dan merebaknya unsur-unsur komunisme di Tanah Melayu, orang asal ini dikerah untuk membantu pihak british dalam memerangi komunis. Sehinggalah Negara sudah mencapai kemerdekaan dan unsur komunis sudah berkubur di Tanah Melayu.

    Namun, selepas kemerdekaan dicapai peranan orang asli di Malaysia ini seakan-akan

    semakin dilupakan. Sehingga sekarang, masih ramai kelompok orang asli ini boleh dikatakan hidup secara primitif dan ketinggalan daripada arus pemodenan. Walaupun terdapat juga dalam kalangan orang asli ini yang sudah berubah dan tinggal di kawasan Bandar, akan tetapi jumlahnya adalah agak sedikit, dan ia tidak sesuai untuk dikatakan bahawa orang asli di Malaysia secara umumnya sudah tidak tercicir dari arus kemodenan.

    Jika kita memperhatikan keadaan sebenar masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia, mereka sebenarnya agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat moden pada hari ini. Dari segi pendidikan sehinggalah kepada sudut ekonomi, suku kaum orang asli ini masih jauh terkebelakang.

    i. Konflik Isu Tanah

    Antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di Malaysia ialah masalah yang berkaitan dengan status hak tanah. Perkara ini semakin hangat dibicarakan mahupun diperjuangkan oleh suku kaum orang asli berbanding dengan masalah-masalah lain. Seperti mana yang kita ketahui, orang asli ini sangat sensitif dengan isu berkenaan hak tanah. Daripada suku kaum Jahai, mahupun Semai, sehinggalah suku kaum Temuan ataupun Temoq, isu tanah inilah yang menjadi fokus perjuangan mereka. Secara asasnya, isu tanah orang asli telah dinyatakan di dalam undang-undang Negara Malaysia iaitu dibawah Akta 134

  • 10

    (Akta Orang Asli 1954). Hampir separuh didalam akta ini hanya membicarakan mengenai hak-hak tanah bagi orang asli di Malaysia.

    Jika kita merujuk kepada Akta Tanah Negara, hak-hak tanah bagi orang asli turut dinyatakan. Di bawah seksyen 43, Kanun Tanah Negara (KTN), telah dinyatakan bahawa kuasa-kuasa pelupusan tanah yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh seksyen 42, menyenaraikan orang atau badan yang boleh memohon pemberimilikan tanah kerajaan seperti berikut:

    i. Orang-orang biasa yang mencapai umur dewasa (Akta Umur Dewasa 1971) ii. Perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaannya untuk memegang

    tanah

    iii. Pemerintah-pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang berkuasa memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsul, 1957

    iv. Pertubuhan dan kesatuan yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

    Daripada peruntukan seksyen 43 Kanun Tanah Negara ini, adalah jelas menunjukkan bahawa orang asli juga layak diberi milik tanah.

    Konflik yang timbul dalam masyarakat orang asli pada hari ini berkenaan isu tanah ialah apabila Akta Orang Asli 134 terutamanya yang berkaitan dengan hal tanah akan dipinda oleh pihak kerajaan. Perkara ini telah menimbulkan tentangan yang hebat daripada suku kaum orang asli di Malaysia.

    Akta Orang Asli 134 ini telah diluluskan pada tahun 1954 dimana pihak british telah memberikan keistimewaan kepada suku kaum orang asli kerana telah bekerjasama dengan mereka dalam membanteras komunis. Akta ini sebenarnya telah banyak membantu menjaga hak-hak keistimewaan orang asli daripada diceroboh oleh pihak luar. Akan tetapi, apabila setiap seksyen didalam akta ini hendak dipinda, maka ia akan memberikan kesulitan kepada

    orang asli. Melihat kepada isu yang baru sahaja berlaku kepada orang asli suku Semelai di Selangor, mereka baru-baru ini telah melakukan tunjuk perasaan secara beramai-ramai di hadapan hospital orang Asli Gombak kerana tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap mereka terutama sekali berkenaan isu tanah. Tunjuk perasaan ini dijalankan adalah sebagai simbolik penentangan mereka terhadap pihak kerajaan yang memerintah Malaysia.

  • 11

    Jadual 2: Kedudukan Tanah Orang Asli Mengikut Negeri Di Semenanjung Malaysia7

    Mengikut sejarah, tanah yang diduduki oleh masyarakat orang asli di Malaysia kebanyakkannya tidak mempunyai geran. Sejak di awal kemerdekaan lagi, kelompok orang asli ini tinggal di kawasan tanah yang tidak mempunyai status. Hal ini telah menyukarkan pihak kerajaan untuk pihak orang asli dalam proses pembangunan. Kawasan tanah yang tidak mempunyai geran ini juga sebenarnya telah menimbulkan konflik diantara orang asli dan juga pihak pemaju tanah dimana golongan pemaju ini secara lebih mudah datang dan merampas tanah orang asli untuk tujuan pembalakan ataupun pembangunan. Orang asli tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyatakan tanah yang mereka duduki itu adalah hak milik mereka.

    Mengikut pindaan Akta Orang Asli 134, kerajaan Malaysia juga telah bercadang untuk memberikan hak status tanah yang sah kepada masyarakat orang asli dengan memberikan geran kepada tanah yang mereka duduki mengikut syarat-syarat keluasan tertentu. Namun, 7 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA).

    Bil Negeri Tanah Orang Asli Yang Telah

    Diwartakan (Hektar)

    Tanah

    Orang Asli yang telah

    diluluskan tetapi belum diwartakan

    (Hektar)

    Tanah

    Orang Asli yang telah

    dipohon

    Tanah yang

    didiami oleh Orang Asli

    tanpa permohonan

    rasmi (Hektar)

    Jumlah (Hektar)

    1. Perak 5,191.92 7,277.22 17,297.52 - 29,766.66

    2. Kedah 173.38 - - - 173.38

    3. Pahang 4,013.62 13,718.17 41,071.93 4,210.85 63,014.57

    4. Kelantan - 3,953.52 12,200.00 - 16,153.52

    5. Terengganu 1,312.60 206.80 161.94 - 1,681.34

    6. Selangor 1,538.33 1,213.30 4,596.11 890.47 8,283.21

    7. Johor 4,897.16 1,068.93 1,042.63 - 7,008.72

    8. N.Sembilan 2,336.05 1,176.76 2,595.33 391.53 6,499.67

    9. Melaka 115.49 317.57 10.10 171.70 614.86

    Jumlah (%)

    19,623.55 (14.73%)

    28,932.27 (21.72%)

    78,975.56 (59.29%)

    5,664.55 (4.26%)

    133,195.93 (100.00%)

  • 12

    hal ini tidak mendapat persetujuan daripada suku kaum orang asli itu sendiri. Hal ini demikian kerana, jika mereka menerima sistempemberian geran, hanya ketua isi rumah (KIR) sahaja yang berkelayakan untuk mendapat geran. Apabila mereka memiliki geran, tanah yang mereka duduki itu sudah tidak boleh diwarisi jika KIR sudah meninggal dunia. Jika dilihat pada asalnya, masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan tanah yang tidak mempunyai geran, system tanah mereka boleh diwarisi kepada anak-anak jika KIR sudah meninggal dunia.

    Walaupun jika dilihat didalam perjanjian bahawa warisan tanah orang asli yang mempunyaigeran ini akan diwariskan kepada anak-anak selepas kematian KIR, namun syaratnya ialah anak-anak ini mestilah sudah berkahwin, jika sebaliknya, tanah ini tidak sah untuk diwarisi. Sekiranya terdapat lebihan tanah setelah ditolak bahagian KIR Orang Asli di sesuatu kawasan yang layak diberikan milik tanah, maka lebihan tanah tersebut boleh dipertimbangan pemberimilikan kepada Orang Asli di kawasan lain.

    Dari lain sudut, apabila keluasan tanah tidak mencukupi mengikut nisbah keluasan yang

    dicadangkan untuk diberi milikan kepada KIR Orang Asli seperti di perenggan 19 (d), pemberimilikan tanah adalah mengikut nisbah keluasan yang lebih kecil, kecuali mereka bersedia untuk berpindah ke kawasan Orang Asli lain yang dipilih oleh kerajaan negeri.

    Jika menurut kepada akta orang asli 134 selepas pindaan, KIR Orang Asli hanya akan mendapat hak milik sekali sahaja dan tidak boleh menuntut hak milik bagi tanah lain dalam kawasan Orang Asli yang sama dan kawasan yang lain. KIR Orang Asli yang mendapat faedah dari Dasar ini, tidak boleh menuntut apa-apa pampasan, ganti rugi atau membawa sebarang tuntutan ke mahkamah ke atas tanah yang dinamakan kawasan rayau/saka. sekiranya berlaku kematian setelah hak milik didaftarkan, tanah tersebut akan diturunkan

    milik (transmission) dan setiap pemilik baru hendaklah menandatangani perjanjian dengan pemaju pembangunan.

    Oleh kerana factor inilah masalah tanah orang asli sehingga ke hari ini tidak dapat diselesaikan lagi. Orang asli sedang bangkit menentang dasar yang bagi mereka telah menindas keturun orang asli di Malaysia.

  • 13

    Langkah Pengurusan Yang Telah Diambil Untuk Konflik Tanah

    Dalam konflik ini, antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam berhadapan dengan masalah orang asli ini ialah, pihak kerajaan Malaysia telah mengadakan pelbagai rundingan dengan wakil masyarakat orang asli terutamanya dengan pihak JHEOA

    sendiri. Rundingan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan persetuan sepenuhnya daripada masyarakat orang asli terhadap isu tanah mereka.

    Selain itu, pihak kerajaan juga telah menjalankan sesi penerangan kepada masyarakat orang asli mengenai apa yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan masyarakat orang asli di Malaysia. Sebagai contoh ialah, pihak Jabatan Hal Ehwal Orang

    Asli sendiri telah menjalankan banyak sessi forum yang dihadiri oleh masyarakat orang asli untuk memberikan pemahaman kepada mereka tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka seperti mana forum terbaru yang telah diadakan di Gopeng Perak baru-baru ini.

    ii. Konflik Agama Dalam masyarakat Orang Asli

    Selain daripada isu status tanah, masyarakat orang asli di Malaysia juga sedang berhadapan dengan konflik yang berhubung dengan agama. Jika dirujuk kepada sejarah, secara amnya masyarakat orang asli di serata Malaysia telah menganuti agama Animisme sudah sejak sekian lama. Agama Animisme ialah kepercayaan kepada kuasa-kuasa objek-objek atau benda yang terdapat pada alam sekeliling yang mempengaruhi kehidupan mereka. Teori Animisme ini telah dikemukan oleh Edward B. Taylor menyatakan benda atau makluk yang terdapat pada alam ini mempunyai roh atau semangat yang perlu dihormati. Kepercayaan animisme ini sangat subur di dalam masyarakat orang asli terutamanya dalam suku kaum Temoq, Lenoh, Batek, Kintek dan juga Kensiu.8

    Selain agama animisme, agama Islam juga turut dianuti dalam masyarakat orang asli di Malaysia. akan tetapi jumlah mereka yang menganuti agama Islam adalah sedikit sahaja. Kedatangan agama Islam dalam masyarakat orang asli agak lewat selepas Negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Agama Islam merupakan agama yang terawal yang telah

    mempengaruhi masyarakat orang asli. Perkembangan Islam dalam masyarakat Orang Asli bermula pada tahun 1980an apabila gerakan dakwah mula digiatkan ke kawasan pedalaman. 8 Ramle bin Abdullah (1988), Komuniti Orang Asli Semaq Beri dan Kemasukan Islam. M. Phil.

    Thesis, UKM, Bangi.

  • 14

    Kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam adalah hasil usaha para pendakwah yang tidak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwahpendakwah ini adalah terdiri dari pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) , Majlis Agama Negeri dan Badan bukan kerajaan.

    Selain itu, agama Kristian juga terdapat dalam kalangan masyarakat orang asli. Jika dibandingkan dengan agama Islam dalam masyarakat ini, agama Kristianlah yang paling cepat dan mendapat sambutan dalam kalangan kelompok orang asli. Hal ini demikian kerana, penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat ini adalah cekap dan amat berkesan.

    Konflik yang berkaitan dengan agama ini berlaku dalam suku kaum orang asli sudah sekian

    lama. Ia secara jelas mempunyai kaitan dengan dasar kerajaan Malaysia dalam menyebarkan agama rasmi di Malaysia kepada kelompok ini. Apa yang berlaku pada hari ini ialah, pegangan agama dalam masyarakat orang asli secara umumnya terlalu mudah untuk berubah-ubah. Mereka sebenarnya sering sahaja bertukar-tukar agama daripada Islam ke Kristian ataupun dari Kristian kepada kepercayaan animisme. Sebagai contoh, jika pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dengan kerjasama JHEOA datang ke perkampungan orang asli untuk berdakwah, secara amnya ramai yang akan mula memeluk agama Islam. Namun, apabila pihak JAKIM sudah keluar dari perkampungan orang asli maka kemudian akan datang pula kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarkan

    agama Kristian. Masyarakat orang asli dihidangkan dengan pelbagai kemewahan dan kemudahan yang dibawa oleh mubaligh Kristian, dan akhirnya mereka akan beramai-ramai akan memeluk agama Kristian dan murtad daripada Islam.

    Apa yang menjadi masalah ialah, gejala bertukar-tukar agama dalam masyarakat ini sudah berlaku secara serius. Kesungguhan pihak JAKIM dalam menyebarkan agama Islam dalam

    masyarakat orang asli tidak dilihat begitu serius. Mereka seakan-akan tidak bersungguh untuk membawa orang asli ke jalan Islam. Hal ini demikian kerana, tidak wujudnya proses sokongan dari semasa ke semasa kepada masyarakat orang asli yang baru memeluk agama Islam. Oleh sebab itulah pegangan agama mereka adalah terlalu rapuh. Perkara ini

    sebenarnya telah memberikan cabaran yang hebat oleh kerajaan Malaysia dalam berhadapan dengan masyarakat orang asli sekaligus menjaga nama baik kerajaan Malaysia.

    Seperti apa yang berlaku kepada masyarakat orang asli di bahagian Kuala Krau Pahang, masyarakat orang asli yang beragama islam di kawasan itu seakan-akan dipinggirkan oleh pihak kerajaan terutamanya oleh golongan pendakwah JAKIM. Mengambil contoh sambutan

  • 15

    hari raya oleh orang asli beragama islam disitu, bagi mereka sambutan hari raya adalah sama sahaja dengan hari biasa. Bantuan dari segi ilmu pengetahuan, emosi, dan juga bantuan kewangan tidak diberikan kepada masyarakat disitu.

    iii. Permasalahan Dengan Jabatan Orang Asli

    Secara asasnya, masyarakat orang asli di Malaysia juga sebenarnya turut menghadapi konflik dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sendiri. JHEOA sebenarnya ditubuhkan oleh pihak kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan kemajuan orang asli. Namun, apa yang berlaku pada hari ini ialah, masyarakat orang asli di semenanjung terutamanya sudah mula tidak menaruh kepercayaan terhadap jabatan ini. Antara peranan yang dimainkan oleh JHEOA ialah memastikan orang asli di Malaysia ini turut mendapat hak pendidikan yang sewajarnya oleh kerajaan Malaysia. Ia juga ditubuhkan adalah sebagai pihak yang boleh membela orang asli dalam berhadapan dengan isu tanah mereka dimana jika kita lihat pada awalnya, masyarakat orang asli ini ditindas oleh pihak pemaju dengan membeli tanah mereka dengan harga yang sangat murah.

    Namun, apa yang berlaku pada hari ini ialah pihak JHEOA sendiri sudah mula bersikap bias dan mula menindas masyarakat orang asli ini. Peranan mereka dalam membela orang asli seakan-akan sudah mula hilang. Secara asasnya, penubuhan jabatan ini sebenarnya seiring dengan perkembangan masyarakat orang asli di Malaysia. Akan tetapi, walaupun sudah

    sekian lama hidup dibawah naungan JHEOA, kehidupan masyarakat orang asli ini tetap juga tidak berubah. Dari segi pendidikan sehinggalah kepada ekonomi, ia masih berada pada takuk yang lama. Sebarang peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan akan disalurkan kepada orang asli melalui JHEOA. Sebagai contoh ialah dana pendidikan, kesihatan dan

    kemudahan asas. Akan tetapi, apa yang berlaku ialah peruntukan ini tidak sampai kedalam masyarakat orang asli sendiri.

    Hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat orang asli terhadap pihak kerajaan terutamanya pihak JHEOA. Seperti apa yang telah berlaku kepada masyarakat orang asli suku Semelai di Gombak Selangor, mereka baru-baru ini telah melakukan satu tunjuk perasaan di hadapan Hospital Orang Asli Gombak kerana tidak berpuas hati dengan layanan

    kakitangan hospital itu yang tidak berperi kemanusiaan terhadap pesakit orang asli. Mereka juga turut mempersoalkan tentang peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pihak jabatan orang asli. Penindasan yang berlaku terhadap orang asli oleh pihak JHEOA ini

  • 16

    telah membangkitkan kesedaran sendiri masyarakat orang asli untuk bangun menuntut hak mereka daripada kerajaan. Masyarakat orang asli ini telah sedar bahawa mereka sebenarnya seakan-akan dipergunakan oleh pihak jabatan untuk memenuhi kepentingan sendiri. Sepertimana yang telah berlaku, mereka juga telah dihasut oleh pihak jabatan untuk tidak bangkit menentang pihak kerajaan.

    Konflik yang bermain diantara masyarakat orang asli dengan JHEOA ini sebenarnya sudah lama berlarutan. Ketidaktelusan yang berlaku dalam pengurusan pentadbiran orang asli sehingga hari ini tidak pernah ada mana-mana pihak yang bangkit mempersoalkan. Oleh

    kerana factor inilah masyarakat orang asli sudah mula beralih arah untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak lain termasuklah NGO dan juga masyarakat sivil yang lain contohnya daripada Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS). Masyarakat orang asli juga telah mewujudkan satu pertubuhan baru diatas inisiatif kelompok mereka sendiri yang mana boleh dikata sebagai menggantikan JHEOA yang telah lama menindas mereka. Pertubuhan baru itu seperti, Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKOAP).

    iv. Konflik Jenayah Terhadap Suku Kaum Orang Asli

    Di dalam huraian ini, saya akan mengambil satu kajian kes orang asli di kawasan Sarawak iaitu suku kaum Penan. Hal ini demikian kerana, hari ini sedang hangat

    diperkatakan bahawa berlakunya kejadian jenayah terhadap suku kaum ini, tidak kira di dalam televisyen mahupun akhbar-akhbar nasional. Orang asli Penan adalah

    merupakan

    suku pribumi di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka kebanyakkannya tinggal di kawasan hutan berhampiran dengan Limbang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram. Merujuk kepada kajian kes terhadap masyarakat orang asli suku ini, terdapat banyak masalah dan gejala social yang sedang berlaku di dalam masyarakat ini. Namun, apa yang berlaku ialah, kebanyakkan masalah yang terjadi ini telah disenyapkan dan cuba diselindung oleh pihak berkuasa. Menurut fakta, kaum Penan mempunyai pelbagai tuntutan berkenaan dengan hak mereka sebagai kaum pribumi di Sarawak. Akan tetapi, sehingga ke hari ini suku kaum ini masih tidak dibela.

  • 17

    Antara permasalahan yang wujud dalam suku kaum Penan yang tidak mendapat perbelaan daripada pihak kerajaan ialah seperti mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, Kemusnahan hutan tempat mencari sagu, buah-buahan dan sayur-sayuran telah dimusnahkan

    oleh kegiatan pembalakan . Ada keluarga yang terpaksa memakan nasi bersama garam atau bubur kosong sahaja kerana ketiadaan punca pendapatan. Sungai yang selama ini membekalkan ikan kepada mereka juga telah tercemar. Hakisan tanah berlaku secara berleluasa, haiwan di hutan berdekatan sudah lama berkurangan dan tanah ladang tidak lagi

    subur kerana tanah-tanah ini merupakan bekas kawasan pembalakan.

    Orang Penan dikatakan tidak diberi latihan pertanian termasuk cara-cara menyediakan baja dan bantuan sumber seperti biji benih sayur-sayuran. Kononnya orang Penan tidak menerima bantuan untuk membina kolam-kolam ikan ataupun projek penternakan. Haiwan dan ikan selain bahan-bahan hutan lain seperti rotan, damar dan gaharu untuk dijual sukar diperolehi kerana pembalakan dan pencemaran sungai serta bunyi bising aktiviti pembalakan. Pelbagai penyakit selalu dihadapi oleh mereka. Contohnya ialah seperti demam panas, demam

    campak, batuk , selsema dan penyakit kulit. Mereka juga tidak berupaya membayar yuran persekolahan anak-anak, mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pergi ke bandar terdekat untuk menyelesaikan urusan-urusan penting.

    Bekalan air dan udara yang tercemar telah menyebabkan mereka menghadapi masalah

    kesakitan perut, penyakit kulit, penyakit mata dan ketahanan badan yang lemah, yang kemudiannya memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Perumahan yang serba

    kekurangan juga menimbulkan masalah kepada orang asli Penan.

    Namun, konflik yang paling utama yang berlaku dalam kawasan penempatan masyarakat Penan hari ini ialah wujudnya pembalakan yang mana sekaligus telah mencerobohi kawasan tanah adat mereka. Golongan pembalak ini juga selain melakukan kerja membalak, mereka juga sering mengganggu golongan perempuan masyarakat Penan dengan memperkosa mereka. Oleh kerana itulah, masyarakat Penan telah membuat desakan kepada pihak kerajaan untuk bertindak dengan segera terhadap apa yang telah berlaku kepada mereka. Mereka juga telah membuat beberapa tuntutan seperti menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, menghentikan projek perladangan kelapa sawit di tanah adat mereka, menangguhkan dan membatalkan pembinaan empangan janakuasa dan bekalan air di tanah adat. Mereka juga meminta pengiktirafan ke atas hak turun-temurun pribumi Penan daripada pihak kerajaan

  • 18

    Malaysia, serta meminta kerajaan membantu dari segala segi termasuk perumahan, kesihatan, pekerjaan , pendidikan dan lain-lain.

    Mengenai kes jenayah rogol dalam kalangan masyarakat Penan ini, ramai NGO yang tambil untuk menuntut bela terhadap apa yang telah berlaku. Golongan ini juga turut sama mendesak pihak kerajaan Malaysia agar memainkan peranan yang penting dalam membawa penjenayah yang melakukan kes rogol ini dibawa ke muka pengadilan. Badan-badan dunia juga bertindak perkara yang sama dimana mereka menuntut agar keadilan diberikan kepada orang Penan. Sebagai contoh ialah Negara-negara ASEAN dan juga dari Negara-negara Eropah dimana mereka telah menganjurkan program International Penan Day setiap tahun. Pada 26 Julai 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui kumpulan kerjanya yang dipanggil Kumpulan Kerja Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC) mencari jalan penyelesaian tentang hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh etnik Penan di Sarawak yang telah diperjuangkan sejak bertahun-tahun lamanya yang dimulai oleh Bruno Munser.

    Suhakam telah menghantar kumpulan penyelidik ke Long Jingu dan Long Jaik di Ulu Belaga berikutan aduan oleh dua pemimpin masyarakat Penan, Alung Ju (Long Singu) dan Matu Tugang (Long Jaik) pada 26 Julai 2006 yang tidak puas hati dengan aktiviti pembalakan, ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan di sana.9

    Akhirnya Suhakam menyenaraikan 7 isu utama iaitu :

    Kanun Tanah Sarawak 1958 hendaklah dipinda dan disesuaikan dengan penentuan milik tanah Penan dan kepimpinan masyarakat Penan.

    Seksyen 5(2) dan 5(2)E Undang-Undang Negeri Sarawak menyatakan Tanah Adat Bumiputera (NCR) termasuk kaedah penggunaan kawasan tanah seperti pengkebumian dan lain-lain tujuan. Oleh itu sebarang aktiviti pembalakan dan ladanbg kelapa sawit mestilah mengelak kawasan pengebumian yang dinyatakan oleh masyarakat Penan..

    Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan mestilah dibuat oleh perunding bebas lagi berwibawa agar tidak ada berat sebelah, ambil mudah dan mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat yang biasanya tanpa dokumen rasmi, hanya tradisi lisan

    9 Chong Sheat Seang (1997), Peranan Center for Orang Asli Concerns Dalam Meningkatkan

    Kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Laporan Praktik UM, Ijazah Sarjanamuda Sastera,

    Rancangan Pentadbiran Sosial, UM, Kuala Lumpur.

  • 19

    sahaja. Laporan EIA berhubung Ladang Hutan Shin Yang nyata dipertikaikan oleh masyarakat Penan.kerana Ulu Belaga memang telah lama wujud masyarakat itu.

    Pusat perkhidmatan di Ulu Belaga, perluaskan skim Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Sarawak (Salcra) untuk masyarakat Penan, dan hidupkan semula projek Buku Hijau bagi pembangunan luar bandar yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) agar kemiskinan tegar masyarakat itu dapat diatasi.

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mestilah proaktif dengan memudahkan kaedah pendaftaran , termasuklah memansuhkan bayaran lewat daftar dan bekerjasama dengan ketua masyarakat Penan untuk menentukan identiti dan sijil kelahiran.

    Sekolah rendah hendaklah 'dekat' dengan kampung -kampung Penan. Begitu juga klinik kesihatan luat bandar yang lebih lengkap, spesifik dan berfungsi.

    Kerajaan negeri Sarawak seharusnya lebih komited , drastik dan proaktif terhadap isu tanah, pendidikan, pekerjaan, dokumen, kesihatan dan hak lain yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

    Walaupun Malaysia hari ini sudah semakin mengorak langkah mencapai kemajuan, berdirinya bangunan-bangunan tinggi, dan taraf hidup penduduk di kawasan Bandar semakin tinggi, namun masyarakat Penan masih jauh tertinggal di belakang arus kemodenan. Mereka seakan-akan kembali ke zaman batu dimana kehidupan mereka adalah terlalu daif. Waktu malam terpaksa bergelap kerana tiada bahan bakar untuk menggerakkan generator. Ubat tidak

    dapat disimpan dengan lama kerana peti sejuk tidak dapat berfungsi.

    v. Isu Dokumentasi Dan Pendidikan

    Secara umumnya, orang asli di Malaysia juga turut menghadapi konflik berkenaan dengan pendokumentasian identity dan juga konflik hak terhadap pendidikan. Walaupun masyarakat orang asli ini dikatakan sudah lama hidup di Negara ini dan Malaysia sendiri sudah sekian lama mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dalam kalangan orang asli ini yang

    tidak mendaftarkan identity mereka sebagai rakyat Negara Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan diri. Hal ini telah menyebabkan timbulnya kesulitan kepada orang asli ini untuk membuat sebarang urusan dengan pihak kerajaan atau membuat urusan rasmi.

  • 20

    Masalah dokumentasi ini timbul adalah disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat orang asli ini tentang kepentingan untuk memiliki identity diri. Oleh kerana terputus hubungan dengan pihak luar terutamanya kerajaan, orang asli ini akhirnya akan mengambil sikap acuh tidak acuh tentang perkara sebegini. Selain itu, perkara ini berlaku adalah disebabkan kurangnya pemantauan atau pemerhatian daripada pihak luar. Masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia seakan-akan hidup sebagai orang yang sangat terasing. Hubungan dengan pihak luar kadang-kala terputus. Pihak JHEOA yang sebenarnya bertanggungjawab di dalam hal ini juga bertindak acuh tidak acuh tentang kepentingan orang asli.10 Akhirnya, suku kaum asli sendiri yang akan menanggung kesulitan dalam proses pembangunan mereka.

    Isu pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli juga sudah menjadi isu utama yang dibincangkan pada hari ini. Apa yang berlaku ialah, masih ramai masyarakat orang asli terutamanya golongan kanak-kanak masih tidak mendapat hak persekolahan yang baik daripada pihak kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa, sememangnya kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai dasar yang berkaitan dengan pendidikan, bermula dengan Penyata

    Razak hinggalah Dasar Pendidikan Negara. Akan tetapi, isu keciciran masih juga berlaku. Kesannya sudah kelihatan dimana masih ramai anak-anak masyarakat orang asli masih tidak tahu mengira, membaca dan menulis.

    Walaupun begitu, terdapat juga dalam kalangan masyarakat orang asli yang sudah mendapat pendidikan tinggi dimana mereka sudah mula menjejakkan kaki ke university. Hal ini harus dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada masyarakat orang asli. Kita juga dapat melihat ramai anak-anak orang asli yang telah menjawat jawatan yang tinggi didalam badan NGO ataupun dalam sector awam.

    Pendidikan sepertimana yang kita tahu adalah merupakan satu perkara yang penting dalam

    sesebuah masyarakat. Dengan pendidikanlah masyarakat akan berjaya keluar daripada belenggu kejahilan. Konflik pendidikan ini menjadi serius apabila dikatakan bahawa berlakunya penindasan budaya dalam pelajar-pelajar orang asli yang bersekolah. Hal ini demikian kerana wujudnya perbezaan yang ketara antara pelajar yang miskin dan juga pelajar yang kaya.

    10

    Osman bin Bongsu (1994), Hubungan Cara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik

    Pelajar Orang Asli. Projek Ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunselling), Jabatan Pendidikan, Fakulti

    Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.

  • 21

    Kemudahan infrastruktur pendidikan dalam perkampungan orang asli yang masih kurang telah menjadi salah satu factor orang asli tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Kerajaan Malaysia pada umumnya banyak memberikan kemudahan pendidikan di kawasan Bandar dan juga luar Bandar tetapi amat kurang dalam kawasan pedalaman yang didiami oleh masyarakat orang asli. Tuntutan terhadap pendidikan yang sempurnya walau bagaimanapun telah menjadi agenda utama masyarakat orang asli terhadap pihak kerajaan kerana pendidikan inilah yang akan memberikan kesedaran kepada suku kaum mereka

    tentang hak-hak sebenar orang asli yang harus dituntut.

    LANGKAH PENGURUSAN YANG TELAH DI AMBIL

    Dalam berhadapan dengan keperlbagaian tuntutan daripada masyarakat Orang Asli di Malaysia, pihak kerajaan walau bagaimanapun tetap mewujudkan langkah-langkah untuk menyelesaikan konflik antara masyarakat orang asli ini. Pada asasnya, dalam

    menyeimbangkan pembangunan dan perkembangan masyarakat orang asli supaya setaraf dengan dengan masyarakat moden lain, kerajaan sendiri telah menubuhkan badan pelaksana yang ditugaskan khusus untuk mengendalikan projek pembangunan orang asli. Badan itu ialah JHEOA sendiri. Sememangnya, JHEOA sendiri pada hari ini semakin menghadapi

    konflik dengan orang asli, namun jika dilihat daripada sudut kebajikan yang diberikan oleh pihak kerajaan, penubuhan ini adalah satu tindakan prihatin kerajaan Malaysia terhadap orang asli.

    Selain daripada itu, sebagai langkah untuk meredakan ketidakpuasan hati dan tekanan

    masyarakat orang asli di Malaysia, pihak kerajaan juga telah mengadakan banyak sessi rundingan dan juga penerangan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak-hak orang asli kepada mereka. Hal ini dilakukan kerana, jika diteliti sebenar konflik kaum pribumi ini, mereka sebenarnya harus diberikan pemahaman sebenar tentang masalah mereka dan bagaimana cara dan saluran yang betul bagi mengembalikan hak-hak sivil mereka. Kerajaan sebenarnya tidak mahu orang asli yang dikatakan tertindas ini bangkit dengan mengunakan saluran yang salah sekaligus melanggar batas-batas undang-undang Negara.

    Orang asli juga dengan inisiatif sendiri telah merancang beberapa kaedah untuk memastikan konflik sebenar mereka ini selesai dengan cara yang baik. Seperti mana yang telah dilakukan oeh suku kaum orang asli Semelai, mereka yang merasakan wujudnya penindasan terhadap suku orang asli ini telah bangkit daripada kegelapan dengan berusaha secara sendiri untuk

  • 22

    keluar daripada kegelapan hidup. Oleh itulah, jika kita bandingkan suku kaum semelai dengan suku-suku yang lain, mereka kelihatan lebih maju dan lebih moden. Golongan muda daripada suku Semelailah yang merupakan golongan yang paling ramai yang sudah

    menjejakkan kaki ke Universiti. Mereka jugalah yang banyak menjawat jawatan dalam sector-sektor kerajaan. Orang asli sendiri juga telah menubuhkan beberapa kumpulan pendesak untuk menjaga hak-hak mereka. Antaranya ialah Jabatan Orang Asli Perak (JOAP) dan beberapa pertubuhan lain lagi.

    STATUS KONFLIK SEKARANG

    Melihat kepada konteks hari ini, sememangnya masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia khususnya masih lagi bergelumang dengan pelbagai masalah dan konflik terutamanya dengan pihak kerajaan. Jika diteliti, masih banyak lagi hak-hak suku kaum ini tidak diberikan kepada mereka. Sejak merdeka lagi, mereka sudah mula bertarung untuk mendapatkan hak-ha yang setimpal daripada pihak kerajaan. Dari segi pendidikan, ekonomi, social, kesihatan dan sebagainya, mereka masih jauh ketinggalan ke belakang.

    Dasar kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini sebenarnya masih tidak menampakkan kesungguhan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup orang asli di Malaysia. Dasar-dasar ini kebanyakkannya hanya mesra kepada masyarakat moden yang lain sehingga meminggirkan orang asli sendiri. Isu pemindaaan Akta Orang Asli 134 telah menjadi isu penting untuk kelangsungan politik orang asli. Cadangan untuk pemindaan akta inilah yang telah menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat orang asli. Pendek kata, akta inilah yang menjadi akta pusaka untuk masyarakat orang asli di Malaysia.

    Apa yang lebih menambahkan masalah, pihak media di Malaysia hari ini seakan-akan cuba

    untuk tidak menyiarkan berita-berita sebenar berkenaan dengan masyarakat orang asli kepada umum. Pihak media kelihatan agak bias dalam hal ini. Berita tentang isu tanah orang asli

    tidak mendapat liputan yang meluas oleh media. Oleh itulah, masih ramai masyarakat Malaysia hari ini masih tidak jelas dengan masalah orang asli ini. Kewujudan media-media alternative lainlah yang menjadi penyambung survival masyarakat orang asli. Hal ini demikian kerana, media alternatif ini prihatin terhadap nasib mereka. Selain itu, aktivis-

    aktivist perseorangan daripada masyarakat luar yang prihatin turut sama membantu masyarakat orang asli untuk memperbaiki taraf hidup mereka di Negara yang membangun ini.

  • 23

    Dari segi adat istiadat dan budaya masyarakat orang asli ini, mereka masih lagi bertarung untuk menyelamatkan adat-adat yang telah diamalkan oleh mereka sejak barkurun-kurun dahulu. Jelasnya, rancangan pemindaan Akta Orang Asli 134 ini sebenarnya akan menggugat

    kelangsungan budaya asal mereka. Hal ini juga menjadi isu utama yang masih diperjuangan. oleh orang asli.Walau bagaimanpun konflik orang asli ini masih berlarutan, pihak kerajaan dan badan-badan sivil yang lain sentiasa membahaskan konflik ini diperingkat yang tertinggi. Sebagai contoh, isu tanah orang asli dan juga janji manifesto parti politik terhadap orang asli tetap dibincangkan di dewan rakyat dan juga dewan Negara.

    CADANGAN PENYELESAIAN

    Dalam menghadapi konflik ini, pihak kerajaan Malaysia seharusnya mengambil sikap yang prihatin terhadap segala tuntutan masyarakat orang asli ini. Cadangan pindaan terhadap Akta

    Orang Asli 134 yang mendapat tentangan yang hebat daripada orang asli seharusnya tidak diteruskan. Akta ini yang merupakan salah satu perkara yang membolehkan masyarakat orang asli ini terus hidup di Malaysia haruslah kekalkan. Sebaliknya, kerajaan perlu menggubal satu dasar yang baru sehingga menampakkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membela nasib orang asli di Malaysia.

    Selain itu, antara langkah lain yang harus dilakukan ialah dengan mempertingkatkan campurtangan daripada pihak luar seperti ASEAN ataupun PBB dalam mendesak kerajaan Malaysia memberikan tumpuan yang selayaknya kepada orang asli. Hal ini penting kerana PBB sendiri telah meletakkan pendiriannya sendiri mengenai masyarakat pribumi. Bagi PBB, kelangsungan hidup masyarakat pribumi seharusnya dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan.

    Masyarakat orang asli juga dengan inisiatif sendiri seharusnya bangkit untuk mengubah kehidupan mereka. Pendidikan yang sempurna terhadap masyarakat orang asli harus diberikan agar mereka tidak mudah ditindas oleh mana-mana pihak. Ibu-bapa masyarakat

    orang asli seharusnya sedar dan memberikan penekanan kepada anak-anak agar berminat terhadap alam persekolahan. Dengan pendidikanlah masyarakat orang asli boleh membuka mata sendiri supaya mereka boleh bergerak jauh kehadapan sepertimana yang telah dilakukan oleh suku kaum Semelai di Negara ini.

    Secara umumnya, konflik orang asli masih berterusan sehingga sekarang. Masyarakat sivil yang lain seharusnya menanamkan sikap prihatin mereka terhadap orang asli. Hal ini

  • 24

    demikian kerana mereka juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mampu membawa perubahan kepada Negara Malaysia.

    BIBLIOGRAFI Diambil dari bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), 2006.

    Abdul Rashid, M. R. b. H., Jamal Jaafar, & Tan, C. B. (1973). Three studies on the Orang Asli in Ulu Perak. Pulau Pinang: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.

    Chua, Kim Wah Michael (1991), The Orang Asli Problem: A Comparative Analysis of Aboriginal Land Rights in Malaysia, Australia and New Zealand. LLB Hons. Project Paper. Faculty of Law, UM, Kuala Lumpur.

    Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di Semenanjung Tanah Melayu.

    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA). Ramle bin Abdullah (1988), Komuniti Orang Asli Semaq Beri dan Kemasukan Islam. M. Phil. Thesis, UKM, Bangi.

    Chong Sheat Seang (1997), Peranan Center for Orang Asli Concerns Dalam Meningkatkan Kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Laporan Praktik UM, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Rancangan Pentadbiran Sosial, UM, Kuala Lumpur.

    Osman bin Bongsu (1994), Hubungan Cara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Orang Asli. Projek Ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunselling), Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.