full esei brunei-libre

Upload: khad-bakar

Post on 09-Oct-2015

76 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

full esei

TRANSCRIPT

  • 1 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    1.0 Pengenalan

    Brunei Darussalam merupakan sebuah negara kecil yang terletak di Benua Asia atau lebih tepat lagi di bahagian Asia Tenggara. Brunei mempunyai populasi penduduk seramai lebih kurang 400,000 ribu. Negara ini mengamalkan sistem beraja monarki yang di perintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah. Sultan berperanan sebagai ketua negara, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan (US-ASEAN Business Council). Brunei merupakan negara kecil yang kelilingi oleh negara bersaiz besar seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Brunei mempunyai pelbagai etnik dengan etnik Melayu sebagai etnik majoriti iaitu merangkumi 66.3 peratus populasi dan cina seramai 11 peratus dan selebihnya adalah india dan etnik-etnik peribumi Brunei.

    Walaupun Brunei merupakan sebuah negara kecil namun ia merupakan sebuah negara yang kaya. Brunei bergantung pada industri minyak dan gas asli. Brunei merupakan antara pengeksport minyak dan gas terpenting kepada beberapa negara seperti jepun dan negara-negara ASEAN. Sejak menganggotai ASEAN, Brunei telah memainkan peranan yang aktif dalam pertubuhan tersebut. Malah Brunei juga mempunyai hubungan yang erat dengan negara-negara di luar rantau. Kini pada 2013, Brunei telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi ASEAN.

    Justeru itu, kertas kerja ini akan mengkaji strategi dasar-dasar luar Brunei terhadap kuasa-kuasa besar sebagai kelangsungan sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada hubungan Brunei dengan tiga kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, China dan Britain. Hubungan antara Brunei dengan ketiga-tiga negara ini akan dikaji dari aspek ekonomi dan keselamatan. Di akhir kertas kerja ini satu analisis akan dibuat untuk membincangkan strategi Brunei menggunakan hubungannya dengan kuasa besar untuk kelangsungannya di Asia Tenggara. Perbincangan akan melibatkan aspek ekonomi dan keselamatan. Kertas kerja ini juga akan menggunakan teori Realisme untuk menerangkan tindakan Brunei dalam dasar luarnya terhadap negara-negara kuasa besar.

  • 2 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    2.0 Hubungan Brunei-Negara Jiran

    Tunku Abdul Rahman pernah dalam satu ucapan beliau pada 27 Mei 1961,menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan gagasan negara Malaya yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Hasrat ini dicadangkan dengan tujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi setempat, dan mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Walaupun mendapat tentangan keras daripada Sukarno yang mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, cadangan ini disambut baik oleh Singapura, namun Brunei enggan menyertainya disebabkan oleh kepentingan tersendiri. Sarawak dan Sabah pada mulanya menolak cadangan tersebut, tetapi akhirnya bersetuju setelah diberikan jaminan pemerintahan sendiri.

    Brunei memperoleh kemerdekaan pada tahun 1984 daripada Kerajaan British, lantas meletakkan negara Brunei sebagai salah satu daripada ahli Negara-Negara Komanwel, seiring dengan Malaysia dan Singapura yang mengundurkan diri daripada pemerintahan Malaysia. Dikurniakan dengan limpahan hasil asli bumi, Brunei mengekalkan pemerintahan monarki, berteraskan undang-undang Inggeris dengan pelaksanaan undang-undang syariah, berteraskan agama Islam.

    Sebagai anggota ke-49 negara-negara Komanwel, sejurus selepas memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1984, Brunei menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984 untuk meningkatkan hubungan antara Negara sekitar Asia Tenggara khususnya, sebagai ahli rasmi yang ke-6. Keanggotaan Negara Brunei sejak kemerdekaan di dalam Pertubuhan Negara-Negara Bersatu (UN), Organisasi Kerjasama Islam (OIC), Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dan sebagainya membolehkan Brunei dikenali di seluruh dunia.

  • 3 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Kementerian Luar Negara Brunei Darussalam ditubuhkan sebaik sahaja Brunei memperoleh kemerdekaan. Penubuhan Kementerian Luar bertitik tolak daripada Jabatan Diplomatik yang ditubuhkan pada awal tahun 1979. Kementerian Luar ini berfungsi sebagai satu jabatan untuk mengendali urusan luar Negara Brunei. . Namun begitu, pada 1 Ogos 2005, Kementerian Luar digabungkan dengan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan dan kekal sehingga kini dan dikenali sebagai Kementerian Luar dan Perdagangan (MOFAT). Dasar luar Negara Brunei yang ditunjangi oleh MOFAT memfokuskan pada keselamatan Negara yang boleh dicapai melalui legitimasi antarabangsa.

    Sebagai Negara jiran yang paling hampir dan berkongsi persempadanan dan wilayah di Kepulauan Borneo, hubungan di antara Brunei dan Malaysia boleh dikatakan tidak mempunyai banyak masalah memandangkan kedua-dua Negara bertoleransi. Selain persamaan bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti dan Islam sebagai agama rasmi, tidak banyak pertelagahan yang dapat dilihat, melainkan isu Limbang dan perebutan telaga-telaga minyak di lautan. Limbang pada mulanya merupakan satu daerah di bawah pentadbiran Sarawak pada tahun 1890. Menurut rekod, sebanyak lima perjanjian berkenaan hak Limbang telah ditandatangan sejak tahun 1920 dan isu Limbang dikatakan selesai pada tahun 2009.

    Kedudukan geografi Limbang membahagikan Brunei kepada dua bahagian, dan Limbang menjadi salah satu jalan keluar masuk antara Brunei-Sarawak. Ekonomi daerah Limbang memfokuskan kepada pembalakan di samping sektor pertanian dan pelancongan. Dilaporkan isu Limbang telah selesai pada tahun 2009 dengan kedua-dua Negara bersepakat menandatangan perjanjian dimana kawasan Limbang kekal di bawah pentadbiran Sarawak. Hal ini membuktikan bahawa toleransi di antara kedua-dua negara boleh mengelakkan perebutan kawasan jajahan. Malang sekali, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar dan Perdagangan Brunei menyatakan bahawa tiada persetujuan dibuat menimbulkan kontroversi dan dipercayai sejak itu tiada kenyataan lanjut yang dikemukakan oleh kedua-dua negara bagi meredakan keadaan. Namun begitu, hal ini tidak menjejaskan hubungan kedua-dua negara secara am-nya.

  • 4 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Sebagai dua negara yang kecil yang dipisahkan oleh Malaysia, Brunei dan Singapura menjalinkan hubungan istimewa, berbeza dengan hubungan Brunei-Malaysia. Di samping hubungan perdagangan yang meluas, kedua-dua negara bekerjasama dalam latihan ketenteraan. Hubungan kedua-dua negara dilihat begitu rapat apabila kedua-dua negara bersetuju nilai mata wang disamakan dan boleh digunakan di kedua-dua negara. Kedua-dua Dolar Brunei dan Dolar Singapura mempunyai nilai yang setara. Selain daripada itu, kedua-dua negara telah membuat persetujuan menyingkirkan cukai berganda, yang menjadi tanda aras kepada hubungan perdagangan dan pelaburan bilateral yang lebih erat.

    Hubungan erat di antara Negara Asia Tenggara yang lain dilihat ketara di antara Brunei dan Filipina. Kedua-dua Negara pernah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama bilateral di antara kedua-dua Negara di dalam sektor pertanian dan pelaburan. Melalui memorandum tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama dari aspek teknologi dan bioteknologi pertanian di samping mewujudkan jaringan industri makanan halal.

    Melihatkan contoh dua Negara jiran Brunei ini, kita dapat simpulkan bahawa Brunei adalah satu Negara kecil yang takut kepada ancaman luar dan disebabkan oleh itu, ia meluaskan dan mempereratkan hubungan mereka dengan kuasa-kuasa setempat yang lain bagi menyingkirkan ancaman-ancaman yang boleh ada. Sebagai sebuah Negara kecil, Brunei menggunakan strategi berlindung di atas nama-nama antarabangsa bagi mencapai kehendak mereka yang tersendiri. Malaysia tidak dilihat sebagai ancaman, tetapi lebih kepada rakan sekampung, di mana tidak banyak perjanjian atau persefahaman berkaitan perdagangan dipersetujui. Jika dibuat rujukan kembali, keanggotaan Brunei di dalam Malaysia, jika Brunei menyahut cadangan Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia, semua kepentingan dan hak-hak hasil asli bumi tidak dapat sepenuhnya kepada kerajaan Brunei hari ini. Kebergantungan Brunei terhadap kuasa-kuasa besar luar dapat dilihat apabila bekerjasama dengan Singapura dan sumbangan kerajaan Brunei itu sendiri dalam beberapa isu-isu antarabangsa, menunjukkan bahawa Brunei Darussalam, sebuah Negara kecil yang kaya, takut kepada ancaman luar, yang

  • 5 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    mendorong mereka memperkuatkan jaringan hubungan luar, yang tidak terhad kepada ASEAN sahaja.

    3.0 Hubungan Luar Brunei Dengan Kuasa Besar

    3.1 Brunei-Amerika Syarikat

    Dalam sejarah hubungan antara Brunei dan Amerika Syarikat (A.S.), secara tidak rasminya hubungan paling awal terjalin antara kedua-dua negara tersebut bermula pada 6 April 1845, apabila kapal perang milik AS iaitu USS Constitution singgah berlabuh di pelabuhan Brunei dan melawat negara tersebut. Pada ketika itu Brunei masih bernaung di bawah kekuasaan British dan tidak berhajat kepada bantuan A.S. Namun, setelah berlaku serangan tentera laut British pada tanggal 1846, Brunei kehilangan wilayah Labuan dan ini menyebabkan Brunei merasa perlunya sokongan kuasa lain bagi melawan British. Pada tahun 1850 pula, Brunei dan A.S menandatangani perjanjian Treaty of Peace, Friendship, Commerce, and Navigation yang kemudiannya diratifikasikan pada Julai 1853 dan ianya masih berkuatkuasa hingga ke hari ini. 1 Januari 1984, Brunei menjadi sebuah negara yang merdeka dari kekuasaan United Kingdom dan pada hari yang sama juga AS membuka kedutaannya di ibu kota Brunei iaitu Bandar Seri Begawan dan menghantar Barrington King duta besarnya yang pertama ke Brunei. Selang dua bulan dari tarikh tersebut, pada Mac 1984 Brunei pula membuka kedutaannya di Washington, Amerika Syarikat. Ini telah mengukuhkan semula hubungan diplomasi AS dengan Brunei. Kini, hubungan kedua-dua negara itu agak rapat, berkait dalam bidang keselamatan yang mana, sebuah Memorandum Persefahaman1 bagi kerjasama ketenteraan (defense) telah ditandatangani pada tahun 1994. Brunei dan AS bekerjasama dalam banyak isu dari isu tenaga dan perubahan iklim sehinggalah kepada isu perluasan perdagangan yang mana melalui TPP ia berpotensi untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan kesejahteraan kepada kedua-dua belah pihak.

    1 Memorandum of Understanding on Defence Cooperation yang ditandatangani pada November 1994.

  • 6 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Hubungan Keselamatan

    Dalam bidang keselamatan, angkatan tentera Brunei mengadakan hubungan dalam latihan bersama, program latihan, dan kerjasama ketenteraan lain dengan Amerika Syarikat. Hubungan keselamatan di antara negara Brunei dan AS telah berkembang di bawah memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pertahanan yang ditandatangani pada 29 November 1994. Sejak itu, pegawai-pegawai pertahanan telah terlibat dalam latihan bersama, program latihan dan pertukaran ketenteraan. Menerusi MoU itu, sebuah Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (Joint Defence Working Commitee) juga telah ditubuhkan dan diadakan mesyuarat tahunan berkenaan dengan pertahanan. Perjumpaan yang terbaru diadakan bersama A.S. adalah di Brunei pada 11 November 2011 bagi kali ke-11 perjumpaan tersebut membincangkan tentang keselamatan maritim di rantau Asia Pasifik2.

    Sejak tahun 1995, Brunei juga telah menyertai kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat iaitu Kerjasama Latihan dan Persediaan di Laut atau lebih dikenali sebagai CARAT (The Cooperation Afloat Readiness and Training)3. Antara objektif CARAT adalah meningkatkan kerjasama serantau, membina persahabatan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara yang terlibat, mengukuhkan kemahiran professional di setiap peringkat dan memajukan kemampuan operasi di laut. Siri latihan bilateral ini melibatkan pasukan marin dan kelasi Amerika Syarikat yang akan melatih secara silang budaya dengan negara-negara yang terlibat. (Global Security 2011) Merujuk kepada CARAT ini, usaha Brunei yang tampak dominan bagi menjamin kelangsungan serta menunjukkan kesungguhan yang tinggi ialah ketika Latihan CARAT ke 17, pada September 2011 di mana Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) buat pertama kalinya melibatkan penggunaan dua jenis kenderaan lautnya yang baru iaitu Bot Peronda Laju Kelas Ijtihad dan Kapal Peronda Kelas Darussalam. Menurut laporan akhbar, 2 Suzimah Latif, 2011, 11 JOINT DEFENCE WORKING COMMITTEE (JDWC) BETWEEN BRUNEI

    DARUSSALAM AND UNITED STATES. http://www.mindef.gov.bn/MOD2/index.php?option=com_content&view=article&id=1203:11th-joint-defence-working-committee-jdwc-between-brunei-darussalam-and-the-united-states-&catid=1:news&Itemid=92 3 CARAT merupakan satu siri latihan ketenteraan bilateral tahunan yang dikendalikan oleh Angkatan Laut Pasifik

    Amerika Syarikat dengan sebilangan negara di rantau Asia Tenggara. Setakat ini, negara-negara yang terlibat dalam CARAT ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

  • 7 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    TLDB menyatakan CARAT bukan saja melibatkan kapal dari kedua-dua belah pihak tentera laut tetapi juga aset-aset dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), yang mana peranan kedua-duanya akan dikoordinasi dari Ibu Pejabat Pasukan Bersatu Brunei. (Hasrulraizan: 2011) Usaha gigih yang ditunjukkan oleh Brunei ini ternyata membuktikan bahawa Brunei mempunyai strategi tersendiri untuk menonjolkan kapabiliti yang dimilikinya bagi meneruskan kelangsungannya sebagai sebuah negara kecil.

    Pada 30 Julai 2010 pula, Brunei dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Perolehan Perkhidmatan Balas (The Acquisition on Cross-Service Agreement). Perjanjian ini dimeterai antara Kementerian Pertahanan serta Tentera Diraja Brunei (RBAF) dengan United States Pacific Command (Pacom). Di bawah terma dan syarat perjanjian antaranya ialah mengenai penyediaan sokongan logistik, bekalan dan perkhidmatan yang saling menyokong antara RBAF dan Pacom. Antara perkhidmatan yang dimaksudkan ialah latihan bersama, pelaksanaan dan operasi ketenteraan serta lain-lain usaha bagi mendepani situasi yang tidak dijangka kepada Brunei mahupun Amerika Syarikat.

    Hubungan Ekonomi

    Seperti yang diketahui, penggerak utama ekonomi Brunei adalah dalam industri pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang mana ianya melebihi separuh dari KDNK nya serta lebih 90 peratus dari jumlah eksport adalah bahan tersebut. Manakala KDNK per kapitanya adalah yang tertinggi di Asia. Brunei juga pernah diiktiraf antara 10 negara paling stabil ekonomi di dunia oleh World Economic Forum. Dua tema utama yang membawa Brunei dalam membangunkan ekonominya adalah mengurus eksploitasikan sumber gas dan minyak aslinya dan mempebagaikan sumber ekonomi selain dari sektor petroleum.

    A.S. jika dilihat pada tahun 2010 merupakan rakan import terbesar kepada Brunei selepas negara-negara ASEAN. Import Brunei dari A.S pada tahun 2011 berjumlah $ 184.3 juta,

  • 8 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    manakala export Brunei ke A.S berjumlah $21.5 billion4. Antara barang import oleh Brunei dari A.S. yang paling banyak adalah jentera mesin 77 juta USD diikuti pesawat 27 juta USD, alat perubatan dan optik 16 juta USD, barangan khas lain 16 juta USD, dan mesin elektrikal 15 juta USD5. US-Brunei Commitee juga berperanan dalam hubungan perdagangan dua negara tersebut yang bertujuan :

    I. Meningkatkan tahap fokus Brunei dalam komuniti perniagaan A.S sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan, terutamanya melalui penyertaan Brunei dalam Trans-Pacific Partnership (TPP)

    II. Mengekalkan hubungan penglibatan dengan Kementerian Sumber Tenaga bagi meningkatkan pertumbuhan di hulu dan hiliran sekaligus memaksimumkan spin-off ekonomi dalam industri gas dan minyak.

    III. Bekerjasama dengan Brunei Economic Development Board (BEDB) dan Kementerian Industri dan Sumber Utama (MIPR) untuk menggalakkan aktiviti dan penglibatan sektor swasta dalam menyokong usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi Brunei ke arah Wawasan Brunei 2035.

    IV. Mengukuhkan hubungan bussiness-to-business (B2B) antara komuniti perniagaan AS dan Brunei untuk mewujudakan pasaran baru dan memudahkan peluang pelaburan merentas sempadan (cross border investment).

    V. Menyokong Brunei dalam menggubal strateginya dalam ekonomi serantau, tenaga, dan hal ehwal perniagaannya bagi Brunei yang mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013 ini.

    Selain itu, Brunei dan AS juga membuat usaha-usaha untuk memajukan perdagangan dan hubungan ekonomi yang mana pada tahun 2002 kedua-dua negara tersebut telah menandatangani perjanjian Perdagangan dan Rangka Kerja Pelaburan (Trade and Investment Framework Agreement). Perjanjian tersebut ditandatangani pada 16 Disember 2002 dalam perjumpaan Presiden Bush dengan Sultan Haji Hasanah Bolkiah di Washington, DC. Brunei juga komited

    4 http://www.usasean.org/countries/brunei/about

    5 http://www.ustr.gov/countries-regions/southeast-asia-pacific/brunei-darussalam

  • 9 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    untuk bekerjasama dengan AS melalui saluran pelbagai hala dan bekerja rapat melalui ASEAN-US Partnership, APEC, dan Trans-Pacific Partnership Agreement. TIFA

    Peranan Brunei dalam ASEAN dan organisasi serantau yang lain juga telah menjadikannya sebagai rakan dagang penting kepada Amerika Syarikat. Ahli-ahli Majlis Perdagangan US-ASEAN (The US-ASEAN Business Council) misalnya mempunyai kepentingan tertentu terhadap peranan utama Brunei dalam Perkongsian Trans Pasifik (TPP), iaitu sebuah perjanjian perdagangan yang berpotensi dan mampu bertindak sebagai blok pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik. Hal ini dapat dibuktikan dengan memetik kata-kata Presiden Majlis Perdagangan US-ASEAN itu sendiri iaitu Alexander Feldman, Peranan kepimpinan Brunei di TPP telah membantu merangsang kepentingan korporat Amerika Syarikat di Brunei. Kami percaya kehadiran Brunei dalam rundingan mempunyai kemungkinan untuk membantu membina hubungan ekonomi dua hala. Syarikat-syarikat Amerika Syarikat tidak sabar untuk bekerjasama dengan Brunei untuk memastikan kejayaan TPP dan menyokong proses Integrasi Ekonomi ASEAN. Tambahan pula, Brunei sememangnya berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya, maka Amerika Syarika melihat kerjasama yang cuba dijalinkan ini akan mewujudkan lebih banyak ruang dan peluang dan mereka sememangnya berharap untuk terus bekerjasama dengan Brunei bagi meningkatkan pelaburan asing. (Asean Affairs 2011)

    Kesimpulannya, dalam hal ini, Brunei sebagai sebuah negara yang kecil bijak mencari peluang dengan melibatkan diri dengan pelbagai perjanjian dan kerjasama dengan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat melihatkan kepada pengaruh serta impak kuasa yang terdapat pada Amerika Syarikat itu. Sebagai contoh, Perjanjian Keamanan, Persahabatan, Perdagangan dan Pelayaran yang dimeterai sejak tahun 1850 dan masih efektif sehingga hari ini menjadi satu kelebihan dan manfaat yang besar kepada Brunei untuk berlindung di bawah naungan kuasa Amerika Syarikat. Begitu juga dengan ekonomi, usaha Brunei yang gigih meningkatkan serta memperluas bidang ekonomi negaranya membuka mata Amerika Syarikat khususnya serta negara-negara lain untuk bekerjasama dengan Brunei dalam pelaburan dan perdagangan asing.

  • 10 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    3.2 Brunei-Britain

    Pada tahun 1906 adalah merupakan titik bermulanya penjajahan dan bermulanya hubungan secara rasminya di antara negara Britain dengan negara Brunei setelah termeterainya Perjanjian 1905/1906 dengan memperkenalkan sistem pemerintahan yang bercorak residen6 yang dikatakan akan memudahkan lagi pihak Britain untuk mentadbir Brunei pada ketika itu. Perjanjian yang telah dimeterai ini telah sekaligus mengheret Brunei untuk menjadi salah sebuah daripada negeri jajahan yang akan berada di bawah naungan Britain dan status perjanjian ini telah berterusan sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945 apabila pada ketika itu Brunei telah dikuasai oleh penjajah baru iaitu pemerintahan Jepun. Tetapi setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua ini, Brunei telah dikuasai semula oleh pihak Britain dan disebabkan tiadanya bantahan daripada kalangan rakyat Brunei maka sistem pemerintahan residen telah diteruskan semula ke atas Brunei.

    Di peringkat awal penjajahan Britain di Brunei ini dikatakan telah menghadapi pelbagai masalah sehinggalah meletusnya Perang Dunia Pertama. Hal ini demikian adalah kerana Brunei pada ketika itu adalah sebuah negara miskin dan pekerjaan penduduk pada ketika itu adalah sebagai petani dan nelayan. Pendapatan negara Brunei pada ketika adalah hanya bergantung kepada pengeluaran arang batu, sagu, getah jelutong, dan sedikit getah sahaja. Oleh itu, pembangunan sosial tidak dapat dilakukan kerana perbelanjaannya adalah lebih besar daripada pendapat negara Brunei pada ketika itu. Bagi menampung perbelanjaan ini, Britain telah membuat pinjaman daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat bagi membaiki dan meningkatkan taraf sosial rakyat Brunei pada ketika itu. Setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama, ekonomi Brunei dikatakan telah mula berubah apabila pihak British telah berjaya meneroka sumber tenaga yang ada di Brunei iaitu sumber minyak petroleum pada tahun 1929 dan pada tahun 1931 Brunei telah berjaya mengeluarkan hasil pertamanya. Dengan penemuan sumber petroleum ini telah meletakkan Brunei menjadi sebagai sebuah negara terkaya 6 Di bawah sistem pemerintahan residen, sultan akan menerima seorang residen yang akan bertindak sebagai

    penasihat sultan bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama islam dan adat

    resam.

  • 11 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    sehinggalah ke hari ini kerana sumber asli ini. Melalui hubungan inilah pihak Britain dikatakan telah banyak membantu negara Brunei untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan turut membantu Brunei dari segi keselamatan negaranya.

    3.2.1 Hubungan Brunei-Britain Dari Segi Ekonomi

    Hubungan dari segi ekonomi di antara Brunei dengan Britain ini telah dilihat bermula sejak daripada berlakunya penjajahan secara rasminya kerajaan Britain ke atas Brunei. Hal ini demikian kerana walaupun negara Brunei pada ketika awal penjajahan Britain adalah sangat miskin, namun Britain tetap masih bertahan dan mahu untuk membantu negara Brunei pada ketika itu untuk mencari sumber bagi membangunkan Brunei agar tidak terus hidup di dalam kelompok kemiskinan. Hasilnya adalah kejayaan yang telah dikecapi oleh negara Brunei pada hari ini iaitu sebagai negara pengeluar minyak adalah hasil yang telah dilakukan oleh pihak Britain untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Brunei. Perjanjian Persahabatan pada tahun 1959 di antara Brunei dengan Britain telah banyak memberi kelebihan kepada Brunei. Contohnya kerajaan Britain tidak menyokong sebarang usaha untuk menyatukan Brunei dengan wilayah-wilayah Borneo yang lain yang bertujuan untuk mengeksplotasi sumber ekonomi Brunei dan Britain telah menyokong tuntutan yang diminta oleh Brunei untuk berkerajaan sendiri. Disini telah nampak bahawa walaupun negara Britain ini dianggap sebagai negara penjajah yang telah menjajah Brunei, namun memang tidak dapat dinafikan bahawa negara Britain inilah yang telah banyak membantu Brunei dalam meningkatkan ekonomi negaranya untuk menjadi sebagai sebuah negara yang maju walaupun negara Brunei ini adalah merupakan kalangan negara yang kecil dari saiz keluasan negaranya.

    Walaupun negara Brunei sudah lama mencapai kemerdekaan daripada negara Britain. Namun, Britain dikatakan masih mempunyai pengaruh yang sangat kuat di negara Brunei ini. Hal ini demikian kerana Britain dikatakan mempunyai kuasa perlindungan ke atas negara Brunei hampir satu abad sehingga negara Brunei telah mencapai kemerdekaan daripada pihak Britain

  • 12 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    pada tahun 1984, dan ini bermakna pengaruh Britain masih tetap ada di Brunei. Negara Britain juga dikatakan sebagai rakan perdagangan dan pelaburan Brunei yang utama di kalangan-kalangan negara eropah pada tahun 19977.

    3.2.2 Hubungan Brunei-Britain Dari Segi Keselamatan

    Dari segi hubungan keselamatan di antara negara Brunei dengan Britain, hubungan ini dikatakan telah bermula apabila negara Brunei telah mula membangunkan ekonomi negaranya setelah mempunyai sumber minyak. Hubungan dari segi keselamatan ini dapat dilihat melalui hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara ini dikatakan telah lama terjalin. Contoh kerjasama ketenteraan ini dapat dilihat apabila pasukan Tentera Gurkha British telah ditempatkan dikawasan minyak Seria, iaitu di kawasan 112 kilometer di selatan Bandar Seri Begawan, di bawah perjanjian pada tahun 1983 dengan pihak Britain yang bertujuan untuk melindungi sumber utama ekonomi negara Brunei iaitu sumber minyak petroleum ini. Kedua-dua negara ini juga turut sering melakukan kerjasama latihan ketenteraan bagi menguatkan lagi tahap keselamatan negara Brunei kerana kita semua tahu bahawa negara Brunei ini adalah merupakan salah sebuah negara yang kecil sahaja. Pada tahun 2001, dikatakan pihak Britain akan membina tiga buah kapal peronda pesisiran yang akan dilengkapi dengan senjata dan teknologi yang canggih untuk dihantar kepada negara Brunei8. Di sini memang jelaslah bahawa negara Britain ini juga mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan negara Brunei dari segi keselamatan dan sehingga ke hari ini masih lagi terdapat kem Tentera daripada negara Britain di Brunei yang bertujuan untuk menjaga keselamatan negara Brunei sekiranya menghadapi musuh.

    7 Sumber daripada Utusan Online, 1998.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm 8 Sumber daripada Utusan Online, 1998.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm

  • 13 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    3.3 Hubungan Luar Brunei dan China

    Brunei Darusalam dan China telah mula menjalinkan hubungan diplomatik pada 30 September 1991. Berdasarkan sejarah, Brunei yang dinaungi oleh British telah mula mendapat kemerdekaan pada tahun 1983. Namun begitu, akibat berlakunya ancaman komunis dan sensitiviti dengan etnik Cina, maka pada 30 September 1991, Brunei telah mewujudkan hubungan rasmi dengan Beijing. Sejak itu, China menganggap Brunei penting terutamanya pengeluar sumber minyak dan gas bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Brunei dianggap penting sebagai sebuah negara kesultanan Islam, China dan Brunei telah mempelbagaikan kerjasama termasuk dalam bahan api fosil dan memelihara keamanan dan kestabilan Asia Pasifik.

    3.3.1 Bidang Ekonomi

    China merupakan pengimport terbesar Brunei dalam sumber minyaknya. Pada November 2000, kerajaan China dan Brunei telah mementerai perjanjian Investment Mutual Encouragement and Mutual Protection bersama Syarikat Petroleum China serta Syarikat Petroleum Shell Brunei. Brunei menjangkakan bahawa Agensi Tenaga Antarabangsa memerlukan lebih 10 juta setong sehari minyak sehingga 2030. Brunei juga akan mendapat manfaat akibat polisi kepelbagaian China menjadikan Brunei sebagai sumber alternatif kepada minyak di Timur Tengah yang mana China sendiri melihat risiko berlakunya serangan lanun ketika melalui Selat Melaka. Brunei juga telah mendapat manfaat dengan kesunguhan China memberi kerjasama dalam meneroka dan membangunkan sumber minyak dan gas. Ini akan menjana kepentingan sektor swasta seperti HSBC, Bearing Point dan lain-lain berkenaan dengan pasaran minyak. Ini juga menandakan permulaan penglibatan sektor swasta dalam pasaran minyak Brunei9.

    9 Lim Tai Wei. 2010. Oil and Gas in China : The New Energy Superpowers Relations with its Region. Singapore.

    World Scientific Publishing Co.Pte. Ltd. Hlm 50.

  • 14 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Brunei dan China telah menggalakkan pelaburan yang lebih besar dan mewujudkan interaksi di dalam sektor swasta. Beijing telah memberi galakan agar Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Small and Medium Enterprises (SME) daripada Brunei agar membuat pelaburan di China manakala Bandar Seri Begawan pula telah memberi galakan kepada Beijing agar meluaskan rangkaian pelaburan di Brunei melalui pelbagai bentuk perdagangan bersama sama ada ekspo, pameran dan simposium. Hubungan perdagangan kedua-dua negara telah dipertingkatkan. Pada tahun 2011, perdagangan telah meningkat kepada 1.3 bilion dolar iaitu hampir empat kali ganda daripada 2008. Semasa lawatan Wen Jianbo pada tahun 2011, Brunei bersetuju untuk meningkatkan eksport minyak kepada China daripada 13, 000 setong sehari kepada 16, 000 setong sehari. Manakala Chinas National Offshore Oil Corp (CNOOC) telah memeterai perjanjian dengan Petroleum Brunei untuk cari gali minyak dan gas komersial. Sementara Zhejiang Henyi Group dan Sinopec Enginering Inc telah cuba membantu membangunkan kilang penapisan minyak di Brunei10. Dalam 11 bulan pertama 2012, perdagangan dua hala antara Brunei dan China telah mencapai 1.42 bilion dolar dan berkembang berbanding tahun sebelumnya 1.31 bilion dolar11. Berdasarkan laporan Kementerian Perhubungan Luar Republik Rakyat China, nilai perdagangan antara China dan Brunei mencapai 33.31 juta dolar pada tahun 1997. Pada tahun 1998, nilai perdagangan kedua-dua negara telah berkurangan kepada 9.15 juta dolar berikutan krisis kewangan Asia. Pada tahun 2001, nilai perdagangan China dan Brunei meningkat kepada 165 juta dolar. Pada 2001, China mengeksport ke Brunei dengan nilai 17.156 juta dolar. Akhir tahun 2001, China menandatangani 24 projek di Brunei12.

    Brunei telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai karnival perdagangan dan pelancongan yang diadakan di China. Ini termasuklah China- ASEAN Expo (CAEXPO) dan China International Tourism Mart . Kali terakhir Brunei menyertai karnival ini pada tahun 2010 di Pameran Dunia Shanghai 2010. Pada 21 November 2011, beberapa Memorandun Persefahaman (MOU) telah ditandatangani iaitu membabitkan kerjasama dalam perhutanan, Plan 10

    Prashanth Parameswaran. 5 November 2012. China and Brunei : Ties that Bind. http://www.jamestown.org/single/?no_cache=1&tx_ttnews%5Btt_news%5D=40069. 11

    Economic and Commercial Counsellors Office of the Peoples Republic of China in Negara Brunei Darussalam. http://bn2.mofcom.gov.cn/article/chinanews/201301/20130108520539.shtml. 12

    Dr Pobzeb Vang. 2008. Five Principles of Chinese Foreign Policies. Bloominton Indiana. AuthorHouse. hlm 477.

  • 15 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    of Action (POA) dalam kerjasama kesihatan, sektor tenaga dan mengadakan MOU bagi mewujudkan Sister Cities antara Bandar Seri Begawan dan Nanjing. Manakala pada 19 April 2012, MOU antara Brunei dan China dalam kerjasama ekonomi dalam bidang pertanian13. Semasa lawatan Sultan Haji Hasanal Bolkiah ke China baru-baru ini, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, ekonomi, projek usahasama, dan membuat sumbangan pembasmian kemiskinan di rantau ini dan menggalakkan integrasi ASEAN. Mereka percaya bahawa pelancaran rundingan Perjanjian Pengkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership

    Agreement (RCEP) menunjukkan keinginan negara-negara Asia Timur dalam mengukuhkan kerjasama ekonomi dan merealisasikan integrasi ekonomi serantau14.

    3.3.2 Pertahanan dan Keselamatan

    Antara keempat-empat negara ASEAN yang membuat tuntutan hak kedaulatan di Laut China Selatan, Brunei bersikap lebih bersederhana atau lowest profile. Tuntutan bertindih dengan China, Vietnam dan beberapa negara lain, Brunei secara aktif menyokong inisiatif pelbagai hala bagi mengurangkan ketegangan di Laut China Selatan dan mempromosikan kerjasama dalam Confidence-Building Measures (CBM). Brunei secara konsisten mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak menonjol dalam isu Spratly. Sejak masalah pertama mula timbul pada awal tahun 1990-an, kerajaan telah menekankan kepentingan diplomasi dalam usaha mencapai resolusi aman15. Brunei kini juga mengambil kesempatan sepenuhnya dalam hubugan baik dengan kuasa besar China melalui latihan berterusan oleh pegawai-pegawai kanan tentera kedua-dua negara.

    13

    Ministry of Foreign Affairs and Trade Brunei Darusalam. http://www.mofat.gov.bn/index.php?option=com_k2&view=item&id=64:albania&Itemid=192 [28 April 2013] 14

    Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China. http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml. 15Ian Storey. 2012. Asias Changing Balance of Military Power: Implications for the South China Sea Dispute. http://www.nbr.org/publications/element.aspx?id=564.

  • 16 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Dalam perkembangan yang sama, Brunei telah menghantar pegawai-pegawai Angkatan Tentera Diraja Brunei bagi menghadiri kursus ketenteraan di Akademi Pertahanan China16.

    Pemimpin kedua-dua negara saling menghormati antara satu sama lain termasuk soal kedaulatan, keutuhan wilayah, dan tidak mencampuri urusan dalaman masing-masing. Brunei menegaskan bahawa mereka akan terus mematuhi dasar One China dan mendukung perdamaian dalam hubungan rentas sempadan dan penyatuan China. Semasa lawatan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke China pada 4 April 2013 sehingga 7 April 2013, pemimpin kedua-kedua negara telah melahirkan rasa puas hati terutamanya kerjasama antara Kementerian Pertahanan Brunei dengan Kementerian Pertahanan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada September 2003. Pemimpin juga sepakat untuk meningkatkan kerjasama pertukaran tetap lawatan, latihan kakitangan, kerjasama bukan tradisional, keamanan serantau dan mempromosikan perdamaian dan kestabilan serantau. Beliau turut menghargai sokongan China yang memberi sambutan dalam Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei atau Brunei International Defence Exhibition (BRIDEX), mengalukan-alukan penglibatan China dalam ADMM-Plus Humanitarian Assistance and Disaster Relief dan latihan pasukan perubatan ketenteraan yang akan diadakan di Brunei pada Jun 201317.

    Pemimpin kedua-dua negara juga telah menyatakan komitmen mereka untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan. Selain itu juga, pemimpin kedua-dua negara telah menggalakkan kepercayaan, keyakinan dan kerjasama di Laut China Selatan. Mereka menekankan pentingnya menyelesaikan pertikaian wilayah melalui dialog dan perundingan dengan negara terlibat secara langsung selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa melalui Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982. Kedua-dua pemimpin juga memandang

    16

    Hadi Dp. Mahmud. 2007. High Level Brunei China Military Training Exchanges.http://www.bt.com.bn/home_news/2007/11/29/high_level_brunei_china_military_training_exchanges 17

    Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China. http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml.

  • 17 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    tinggi tentang pelaksanaan Declaration on the Conduct of the Parties in the South China Sea (DOC) sekaligus dapat merangka kod etika di Laut China Selatan18.

    18

    Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China. http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml.

  • 18 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    4.0 Analisis

    Analisis dalam kajian tugasan ini secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada dua aspek yang utama. Pertama adalah melalui aspek dari sudut ketenteraan atau pertahanan yang lebih dikenali sebagai keselamatan tradisional (traditional security) manakala aspek yang kedua adalah berdasarkan peranan ekonomi yang dilihat membantu pengukuhan dalam sistem pemerintahan dasar luar Brunei yang dikenali sebagai keselamatan bukan tradisional (non-traditional security).

    4.1 Pertahanan dan keselamatan

    Dari perspektif akademik, keselamatan difahami dengan cara yang berbeza bergantung bagaimana sesebuah institusi teori itu menggunakan istilah tersebut (Baldwin, 2007: 23). Sebagai contoh: Copenhagen School memahami keselamatan itu sebagai satu konsep yang dibina secara sosial. Malah, wacana merupakan unsur-unsur utama dalam pembinaan dan pengenalpastian isu-isu keselamatan. Sementara itu, sarjana hubungan antarabangsa pula telah mengkaji persoalan keselamatan dari sudut yang berbeza; yang mana telah mengakui bahawa kebimbangan keselamatan tidak lagi tertumpu kepada kepentingan ketenteraan dalam era pasca-Perang Dingin.

    Globalisasi dan kebergantungan antara negara dilihat telah membawa kepada kelemahan bersama. Ia juga menjadi satu ancaman dalam satu bahagian dunia yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai di bahagian-bahagian lain di dunia. Dasar domestik asing dan kebimbangan negara juga menjadi semakin saling berkaitan untuk bertindak balas terhadap persepsi pelbagai ancaman keselamatan yang semakin meningkat (Klein, 2011: 4-5).

    Dalam hal ini, tidak ramai yang arif mengenai kesiap-siagaan pasukan keselamatan Brunei dalam mempertahankan kedaulatan wilayahnya secara fizikal. Malah, umum mungkin menganggap bahawa negara Brunei Darussalam yang kaya dengan minyaknya sentiasa dikawal

  • 19 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    oleh pasukan tentera upahan dari negara bekas penjajahannya iaitu Britain atau United Kingdom. Sehingga hari ini, Brunei masih mengekalkan sejumlah anggota tentera British dari Batalion Pertama iaitu kira-kira 2000 individu termasuk tentera serta ahli keluarga mereka.

    Secara amnya, hubungan antara Brunei dan Britain seperti mana yang telah diperjelaskan dalam huraian sebelum ini mempunyai hubungan yang agak rapat. Hubungan ini lebih dianggap sebagai satu simbolik memandangkan latar sejarah dahulu iaitu dari Brunei dijajah oleh British pada 1906 sehinggalah Brunei berdiri sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat pada 1984. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Britain masih kekal sehingga kini terutamanya dari aspek pertahanan memperlihat bahawa jalinan persahabatan yang utuh ini sedikit sebanyak berjaya membawa Brunei melaksanakan dasar luarnya sekali gus memastikan imej negara Brunei dipandang tinggi.

    Sekiranya hubungan antara Brunei dan Britain dilihat lebih kepada hubungan simbolik yang telah terjalin sejak dari era kolonialisme, hubugan yang terjalin antara Brunei dan China ini dilihat lebih istimewa. Hal ini dapat dibuktikan melalui perjanjian diplomatik yang terjalin antara keduanya bermula pada tahun 1991 sehinggalah pada hari ini. Akses kepada persahabatan ini memberikan kelebihan kepada Brunei memandangkan dunia melihat China pada hari ini merupakan sebagai satu ancaman selaras dengan The Rising Of China yang sering kali dinyatakan oleh kebanyakan para sarjana. Sebagai antara negara yang kecil di Asia Tenggara, peluang ini diambil oleh Brunei dalam mengukuhkan aktiviti pertahanannya bagi aspek keselamatan negaranya.

    Hasil daripada hubungan dua hala antara Brunei dan China, kedua-duanya telah berjaya mencapai kata sepakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan di mana Brunei dan China berjaya melaksanakan beberapa siri kerjasama. Hal ini termasuklah melalui kerjasama yang dirangka secara bersama iaitu apabila termeterainya Memorandum Persefahaman dalam Pertukaran Tentera pada 12 September 2003. Skop kerjasama yang dilaksanakan ini adalah

  • 20 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    merangkumi pertukaran maklumat melalui pertahanan dan pertukaran ketenteraan seperti latihan dan kursus profesional bagi anggota-anggota. Rentetan daripada memorandum inilah hubungan dari aspek pertahanan antara Brunei dan Republik China diperkukuh dari semasa ke semasa.

    8 Mei 2013, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Chang Wanquan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Pertahanan Negara, Republik Rakyat China. Rangka lawatan rasmi ini berlangsung selama empat hari di mana ia dilaksanakan bagi membincangkan kerjasama dua hala di bidang pertahanan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa.

    Hubungan pertahanan negara Brunei dan juga Amerika Syarikat dilihat sebagai satu percubaan terbaik sejak ia dimeterai pada tahun 1850 melalui perjanjian Treaty of Peace, Friendship, Commerce and Navigation sehinggalah pada hari ini. secara rasmi, hubungan keselamatan dan pertahanan antara kedua-dua aktor ini telah bermula pada 1994 melalui perjanjian MoU yang dikenali sebagai Memorandum Persefahaman Pertahanan yang ditandatangani secara bersama pada 29 November 1994. Memorandum ini dilaksanakan bertujuan sebahagian rangka kerja untuk menjalinkan hubungan pertahanan yang lebih erat dan kerjasama antara pertubuhan pertahanan dan angkatan ketenteraan kedua-dua buah negara.

  • 21 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Hasil daripada memorandum MoU tersebut, kerjasama dan latihan ketenteraan telah dijalankan secara aktif. Antaranya adalah seperti latihan Cooperation Afloat Readlines and Training (CARAT).19 Dalam hal ini, CARAT berfungsi sebagai medium operasi ketenteraan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga Amerika Syarikat. Persefahaman dan semangat setia kawan ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa siri lawatan rasmi yang bertujuan untuk meluaskan kerjasama dua hala antara kedua-duanya. Seawal tahun 2013 iaitu pada bulan Februari, kerajaan Amerika Syarikat telah menghantar wakilnya iaitu Laksamana Samuel J. Locklear III, Pemerintah Armada Pasifik Amerika Syarikat20 sebagai pengenalan kepada hubungan erat bersama Brunei yang dijangkakan memberikan impak dan peluan yang lebih besar kepada Brunei dan ianya dilihat tidak terhad kepada aspek keselamatan dan pertahanan semata-mata malah ia juga meliputi pelbagai aspek.

    Sebagai sebuah negara kecil berdaulat terletak di antara negara jiran lain yang jauh lebih besar kawasan geografi dan sumber manusianya, tentu sekali ia mempunyai had dan kekangan tertentu dari sudut pertahanan wilayahnya, namun ini bukanlah bermaksud Brunei tidak mempunyai perancangan khusus yang jitu bagi menghadapi apa jua ancaman yang bakal mendatang. Ini diperjelaskan oleh pihak Brunei Darussalam dalam Kertas Putih Pertahanan 2011 atau Defence White Paper 2011. Walaupun Kertas Putih tersebut menyentuh tentang persoalan pertahanan negara Brunei Darussalam secara menyeluruh dan tidak memberikan perhatian secara khusus kepada tahap keupayaan dan pengoperasian mana-mana satu cabang darat, laut dan udaranya, ia sudah cukup untuk memberikan satu gambaran yang baik mengenai ke arah mana pembangunan kemampuan pertahanannya disamping berasaskan hubungan erat dari aspek keselamatan dan pertahanan yang terjalin bersama-sama negara seperti Britain, China dan Amerika Syarikat.

    19

    Anon. 2013. Hubungan Brunei-Amerika Syarikat Tingkatkan Kerjasama Pelbagai Bidang. www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/component/k2/item/1570-hubungan-brunei-amerika-syarikat-tingkat-kerjasama-pelbagai-bidang 20

    Kementerian Pertahanan. 2013. Brunei dan Amerika Syarikat Kukuhkan Kerjasama Bidang Pertahanan. http://www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/nasional/item/678-brunei-dan-amerika-syarikat-kukuhkan-kerjasama-bidang-pertahanan

  • 22 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Malah, Sultan Hassanal Bolkiah melihat, keselamatan dalam negeri merupakan sebagai kunci dan landasan ke arah mencapai pembangunan. Tanpa kestabilan dan keamanan taraf sosial dan ekonomi rakyat tidak akan berubah sebaliknya akan menghalang kemajuan negara. Kerana itu Sultan Hassanal Bolkiah terus berusaha untuk mendapatkan jaminan keselamatan walaupun pada suatu ketika dahulu baginda mendapat kecaman dan kritikan dalam dan luar Brunei. Menurut titah baginda,

    Keselamatan negara adalah merupakan pada zaman ini sebagai suatu kunci atau lapik atau landasan kemajuan2 yang Beta sentiasa hasratkan itu... maka unsur2 mengenai pertahanan serta keselamatan negara hendak-nya lah terlebih dahulu dan sentiasa di-utamakan dan kukuhkan.21

    4.2 Analisis ekonomi

    Ekonomi Brunei amat bergantung pada minyak dan gas asli. Dengan adanya sumber minyak dan gas, Brunei menjadi salah satu negara pengeksport minyak di dunia. Namun begitu Brunei adalah negara pengeksport kecil dan tertakluk kepada percaturan negara-negara pengeksport minyak yang lebih besar. Sumber ini menyumbang kepada 60 peratus kepada GDP Brunei 87.0 peratus keseluruhan eksport Brunei. Kerana sumber ini jugalah Brunei menjadi antara negara terkaya di dunia dan mencatatkan pendapatan per kapita tertinggi di Asia iaitu USD38,400 pada tahun 2009 (Rajah 1). Selain industri minyak dan gas asli, Brunei juga mempunyai beberapa industri yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara tersebut. Antara industri lain ialah pertanian, perikanan, perkhidmatan dan elektrik (Rajah 2).

    21

    Titah di Istiadat Mengadap Sempena Puja Usia Baginda ke-24, 15 Julai 1971, Jabatan Penerangan Brunei, Brunei, 1971.

  • 23 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Rajah 1: Peningkatan GDP Brunei sehingga 2009

    Rajah 2: Sumbangan industri-industri kepada GDP Brunei.

  • 24 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Brunei pada dasarnya mengamalkan dasar ekonomi terbuka yang mana pertumbuhan ekonominya banyak bergantung pada eksport. Minyak dan gas asli menjadi eksport terbesar Brunei berbanding eksport barangan lain iaitu antara 96 peratus hingga 97 peratus dari jumlah keseluruhan eksport dari tahun 1990-2009. Jumlah eksport Brunei dari tahun 2005-2009 sahaja adalah bernilai BND 74.9 billion dengan peningkatan sebanyak satu kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu import Brunei juga turut meningkat iaitu BND12 billion pada tahun 1990-1994 kepada 15.4 bilion pada tahun 2005-2009 (Rajah 3). Destinasi utama bagi eksport Brunei terutamanya minyak ialah Jepun, negara-negara ASEAN, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand dan China (Rajah 4). Manakala negara pengimport utama bagi Brunei pula adalah dari negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, EU, Jepun dan China (Rajah 5).22

    22

    Data dan maklumat dari sumber : Department of Economic Planning and Development, Government of Brunei

    Darussalam 2010.

  • 25 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Rajah 3 : Import dan eksport Brunei

    Rajah 4: Negara pengeksport Brunei

  • 26 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Rajah 5: Negara pengimport bagi Brunei

    Brunei adalah sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara kuasa besar. Hubungan baik ini terjalin bukan sahaja dalam politik dan keselamatan malah merangkumi ekonomi. Brunei menjalankan dasar ekonomi terbuka yang mana membenarkan pengaliran masuk modal asing dari mana-mana negara terutamanya negara kuasa besar. Brunei menjadikan ASEAN sebagai yang pertama dalam pertimbangan negara tersebut dalam hubungan serantau. Hal ini dapat dibuktikan dengan penglibatan aktif Brunei dalam organisasi serantau tersebut. Malah kerjasama dan konflik antara Brunei dan negara ASEAN lain diselesaikan dengan mengambil kira semangat ASEAN. Sebagai contoh Brunei dan Malaysia telah berjaya menyelesaikan isu wilayah antara kedua negara dengan penyelesaian yang terbaik melalui rundingan. Dalam isu lain pula Brunei telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menyelesaikan isu jenayah rentas sempada kedua negara. Brunei juga menandatangani joint legislation dengan Malaysia dan Indonesia untuk memelihara alam sekitar atau lebih dikenali sebagai Rainforest Declaration/ Heart of Borneo. Dalam aspek ekonomi juga Brunei menjadikan ASEAN sebagai rakan dagang terpenting berbanding Amerika dan China. Ini menunjukkan kepentingan ASEAN dalam dasar luar Brunei. Walaupun Brunei sebuah negara

  • 27 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    kecil tetapi Brunei merupakan sebuah negara yang kaya dan besar kuasa ekonominya (Brunei Review 2012).

    Brunei juga merupakan sebuah negara kecil yang berpengaruh bukan sahaja dalam ASEAN malah di dunia. Hal ini kerana sumber minyak yang diperolehinya. Sebagai contoh pada ASEAN summit 1999 Brunei dan negara ASEAN lain telah bersetuju untuk mempercepatkan liberalisasi ekonomi di rantau ini. Malah Brunei juga telah bersetuju untuk menghapuskan duti import atas semua barang dagangan bermula 2010. Tindakan Brunei ini diikuti oleh 5 lagi negara dalam ASEAN. Krisis ekonomi yang melanda Asia tidak banyak mempengaruhi Brunei kerana kekayaan simpanan duit dan kekuatan ekonomi negara tersebut (Brunei Review 2007). Kini, Brunei berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya untuk mengurangkan pergantungan kepada minyak dan gas asli. Menyedari bahawa sumber tersebut akan habis, Brunei perlu mencari sumber ekonomi baru. Untuk itu Brunei telah menggalakkan pelabur asing untuk datang melabur ke negara tersebut. Antara suber baru yang cuba diperkenalkan oleh Brunei ialah teknologi komunikasi, industri petrokimia, pelabuhan simpanan minyak, pelancongan dan pertanian. Pengurangan kadar cukai dan pelbagai keistimewaan lain telah menarik pelabur asing untuk melabur ( Bureau of Economic and Business Affairs 2012).

    Dalam aspek ekonomi dengan kuasa besar pula terutamanya dengan Amerika Syarikat dan China banyak di pengaruhi oleh sejarah ketiga-tiga negara tersebut. Brunei telah mempunyai hubungan dengan China sejak abad ke17 lagi dan hubungan tersebut kekal dan diperkukuhkan sehingga kini. Manakala hubungan dengan US pula sejak abad ke-19 ( Brunei Review 2007). Sultan Brunei telah beberapa kali melawat China malah telah terdapat beberapa perjanjian bersama antara kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan bilateral dan serantau. Amerika juga merupakan negara penting dalam ekonomi Brunei. Sikap Brunei yang tidak berpihak kepada mana-mana negara kuasa besar menjadikan ekonomi negara tersebut semakin berkembang (Brunei Review 2012).

  • 28 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Hubungan baik dalam ekonomi antara Brunei dan US dapat dibuktikan dengan peningkatan eksport dan import negara-negara tersebut setiap tahun. Malah ketiga-tiga negara tersebut turut mengadakan perjanjian bilateral dalam perdagangan yang memberi manfaat kepada ekonomi Brunei. Hubungan baik Brunei dengan negara kuasa besar ini sememangnya mengukuhkan lagi kedudukan Brunei sebagai negara kecil dalam ASEAN. Brunei menjadi negara kecil yang berpengaruh bukan sahaja kerana kekuatan ekonomi dan sumber minyak, tetapi juga sokongan daripada China dan Amerika Syarikat. Sokongan ini dapat di lihat apabila China memberikan sokongan kepada Brunei dan sedia bekerjasama dengan Brunei untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua ASEAN. Malah Brunei juga menyambut baik hasrat China dengan bekerjasama untuk mengekalkan keselamatan rantau Asia Tenggara dan hubungan baik ASEAN dan China ( Ade Marboen 2013). Sokongan padu dari Amerika Syarikat juga dapat dilihat apabila US membantu Brunei untuk membangunkan kepelbagaian ekonomi dalam usaha Brunei mencapai Wawasan 2035. Malah US menyokong dan membantu Brunei dalam merangka strategi dalam ekonomi serantau, tenaga perniagaan dan sokongan dalam usaha menerajui ASEAN pada 2013 ( Anon 2013).

    5.0 Kerangka Teori: Realisme

    Menurut andaian realism, negara adalah aktor yang paling dominan dalam politik dunia. Robert Jackson dan Georg Sorensen (1999: 43-86) menyatakan bahawa, dalam pendekatan realism kepentingan negara (national interest) diutamakan melebihi kepada sistem antarabangsa. Dalam konteks ini, realis percaya bahawa negara penting bagi kelangsungan hidup rakyatnya maka perlu bagi mereka bertahan daripada diserang oleh unit lain dan keselamatan negara adalah perkara yang paling penting yang harus difokuskan oleh aktor bagi mengekalkan kelangsungannya.

    Maka dalam hal ini, keselamatan negara dilihat sebagai satu syarat yang amat berkait rapat bagi mengekalkan kelangsungan negara (survival) sama ada melalui ekonomi, diplomasi, kuasa unjuran dan kuasa politik. Pada awalnya, ia memberi tumpuan kepada kekuatan

  • 29 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    ketenteraan, namun begitu pada hari ini ia meliputi pelbagai aspek yang mana keselamatan negara itu boleh dimiliki apabila negara mempunyai keselamatan ekonomi, keselamatan politik, keselamatan individu dan masyarakat, keselamatan alam sekitar dan lain-lain.

    Dalam banyak hujah yang dibentangkan, Wolfers (1962) meletakkan keselamatan nasional sebagai satu simbol kabur yang mana diperjelaskan lagi menerusi petikan berikut;

    ...they may not mean the same things to different people. They may not have any precise meaning at all. Thus, while appearing to offer guidance and a basis of broad consensus, they may be permitting everyone to label whatever policy he favors with an attractive and possibly deceptive name.

    Kekaburan ini dikatakan adalah datang dari subjektiviti yang wujud dalam menentukan ancaman-ancaman bagi keselamatan mana-mana negara. Maier (1990) dalam Romm (1993: 3-6) pula menyatakan bahawa keselamatan negara;

    ...is best defined as the capacity to control those domestic and foreign conditions that the public opinion of a mgiven community believes necessary to enjoy its own self-determination or autonomy, prosperity and well-being.

    Lasswell menyatakan bahawa keselamatan terletak pada imbangan kesemua instrumen-instrumen dasar luar yang bermaksud penyelarasan sama ada dalam pengendalian senjata, diplomasi, maklumat dan ekonomi serta hubungan dasar luar dan domestik. Pendapat Laswell ini turut mengandungi dasar negara dan instrumen-instrumen yang berkaitan, dan juga mengimbas elemen-elemen keselamatan yang dikenal pasti sebagai diplomasi, senjata, maklumat dan ekonomi. Seterusnya, menurut Buzan, keselamatan negara adalah satu konsep yang ditakrifkan lemah dan sakit tetapi pada masa yang sama ia adalah kuat dan kukuh dari segi politik (Prabhakaran Paleri, 2008: 44). Oleh itu, tindakan yang dilaksanakan oleh Sultan Brunei ini dapat dilihat dengan jelas dengan mendasari kepentingan-kepentingan negaranya bagi meneruskan kelangsungan hidup rakyatnya melalui aspek yang paling diutamakan iaitu

  • 30 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    keselamatan bagi melindungi kedaulatannya dan peranan ekonomi untuk mempertingkatkan kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK).

    Bagi mengukuhkan keselamatan negaranya, golongan realis memerlukan kuasa sebagai tanda aras kreadibiliti sesebuah aktor dalam menghadapi ancaman aktor-aktor yang lain. Dengan kuasa, negara akan memperoleh kawalan sepenuhnya terhadap rakyat dan memastikan negaranya tidak diserang oleh negara lain. Thucydides, Machiavelli, dan Hobbes pula berpendapat bahawa tujuan kekuasaan dan alat-alat kekuasaan serta penggunaan kekuasaan merupakan fokus utama dalam politik. Maka, politik antarabangsa digambarkan sebagai politik kekuasaan iaitu satu arena persaingan, konflik dan perang antara negara-negara dimana masalah-masalah dasar yang sama dalam mempertahankan kepentingan nasional dan dalam menjamin kelangsungan hidup negara. Justeru itu, perlaksanaan dasar luar Brunei yang menjalinkan hubungan bilateral dengan Britain, China dan Amerika Syarikat adalah demi mengukuhkan kuasanya yang sedia ada walau pun sesetengahnya menganggap saiz Brunei tidak mampu menjadikannya sebagai salah sebuah negara yang berkuasa.

    Umumnya, penglibatan kekuasaan aktor dalam sistem antarabangsa adalah berkait rapat dengan andaian realis yang seterusnya iaitu sistem antarabangsa ini adalah bersifat anarki, international system is anarchy23. Maka secara tidak langsung golongan realis mengemukakan dua tindakan yang boleh diambil oleh aktor. Pertama adalah dengan kecenderungan negara besar untuk mendominasi aktor yang lain manakala kemungkinan yang kedua pula adalah negara kecil akan membuat pakatan (biasanya merujuk kepada pakatan ketenteraan) bagi mempertahankan kedaulatannya dan untuk menyeimbangi kuasa mereka (balancing power)24. Golongan realis juga menyatakan bahawa sifat anarki tidak akan berubah dalam sistem antarabangsa, they accept the assumption that states operate in anarchic environments. 25

    23

    John J. Mearsheimer. The False Promise if International Institutions. International Security, Vol. 19, No.3. Winter.

    1994-1995. P.10. 24

    Stephen M. Walt. International Relations: One World Many Theories. Spring. 1998. p. 31. 25

    John J. Mearsheimer. The False Promise of International Institutions. International Security, Vol. 19, No.3. pp.10-

    11

  • 31 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    6.0 Kesimpulan

    Tuntasnya, dasar luar Brunei Darussalam ini adalah memfokuskan dua aspek yang paling utama iaitu dari sudut keselamatan dan juga ekonomi. Dari aspek keselamatan dan pertahanan, Brunei dan negara jiran tidak begitu menghadapi cabaran yang dianggap serius memandangkan isu yang berbangkit seperti isu Limbang dapat diselesaikan dengan jayanya. Mengenai tuntutan Spratly di Laut China Selatan yang dituntut oleh empat negara Asia Tenggara bersama China, Brunei dilihat tidak begitu agresif. Hal ini kerana, tuntutan Brunei dianggap unik kerana realitinya Brunei merupakan satu-satunya aktor yang tidak menempatkan ketenteraannya bagi mewakili kerajaannya di sekitar kepulauan tersebut selagi ianya berasakan UNCLOS 1982.

    Mengenai hubungan Brunei dengan negara-negara lain, ianya adalah berkenaan dengan dasar luar aktor tersebut kerana umum mengetahui bahawa setiap aktor mempunyai kepentingannya yang tertentu dan Brunei tidak terkecuali. Saiz keluasan wilayahnya sedikit sebanyak memaksa Brunei menjalinkan hubungan yang lebih kukuh dan erat bersama negara-negara seperti Britain, China dan juga Amerika Syarikat. Tujuannya adalah satu iaitu bagi memelihara kedaulatan negaranya kerana bagi negara, kedaulatannya adalah satu ciri yang amat penting mewakili kerajaannya secara menyeluruh. Maka, hubungan dari sudut ketenteraan dan pertahanan oleh Brunei terhadap Britain, China dan Amerika Syarikat adalah strategi yang dianggap sebagai berjaya memandangkan ianya dijalinkan dengan amat lancar sehingga ke hari ini terutama dengan lawatan rasmi dan juga siri rundingan perjanjian yang dimeterai bersama.

  • 32 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Rujukan

    Anon. Elizabeth eratkan hubungan Britain-Brunei. Utusan Online, 22 Julai 1998. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=ot_03.htm.

    Anon. 2010. Minyak Brunei VS Isu Limbang Malaysia Mutlak. Beita Semasa, 3 Mei. http://beritasemasa.com/minyak-brunei-vs-limbang-malaysia-mutlak [12 Mei 2013].

    Anon. Brunei Malaysia Relation. http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia-Brunei_relations [12 Mei 2013].

    Anon. Limbang Division. http://en.wikipedia.org/wiki/Limbang_Division [12 Mei 2013].

    Anon. 2006. Malaysia, Brunei Selesai Isu Limbang Secara Kekeluargaan. http://www.aspirasi- ndp.com/arkib/MARCH09/Malaysia_Brunei_selesai_isu_Limbang_secara_kekeluargaan. html [ 11 Mei 2013].

    Anon. 2013. Bilateral trade between Brunei and China reach a record high. Economic and Commercial Counsellors Office of the Peoples Republic of China in Negara Brunei Darussalam.

    http://bn2.mofcom.gov.cn/article/chinanews/201301/20130108520539.shtml [15 April 013]. Anon. 2012. The Council and Brunei. http://www.usasean.org/ [12 Mei 2013].

    Ade Marboen. 2013. Brunei China Bahas Hubungan Bilateral. Antara News, 5Mei. http://www.antaranews.com/berita/373071/brunei-china-bahas-hubungan-bilateral [ 13 Mei 2013].

    Baldwin, D.A. 1997. The concept of security. Review of International Studies 23: 5-26.

    Brunei-Amerika Syarikat Kukuhkan Kerjasama Dala Bidang Pertahanan http://www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/nasional/item/678-brunei-dan-amerika-

    syarikat-kukuhkan-kerjasama-bidang-pertahanan [7 Mei 2013]

  • 33 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Brunei dan Cabaran Pertahanan http://officialsite.my/tempur/index.php?option=com_content&task=view&id=1432&Item

    id=269 [8 Mei 2013]. Brunei Review 2007

    Brunei review 2012

    Bureau of Economic and Business Affairs. 2012. 2012 investment climate statement-Brunei. US Department of State. http://www.state.gov/e/eb/rls/othr/ics/2012/191116.htm [12 Mei 2013].

    Dr Pobzeb Vang. 2008. Five Principles of Chinese Foreign Policies. Bloominton Indiana. AuthorHouse.

    Dr. Muhammad Hadi Bin Md Melayong. Hubungan Brunei-Great Britain. Halaman 1-36.

    Department of Economic Planning and Development. 2010. Brunei Darusslam: Millenium Development Goals and Beyond. Government of Brunei Darussalam.

    Foreign Relation of Brunei. http://en.wikipedia.org/wiki/Foreign_relations_of_Brunei [ 12 Mei 2013].

    Haji Muhammad bin Haji Awang Damit. Hubungan Persahabatan Brunei British: Menarik Rambut Dalam Tepung. Akademi Pengajian Brunei Uniersiti Brunei Darussalam.

    Hadi Dp. Mahmud. 2007. High Level Brunei China Military Training Exchanges.http://www.bt.com.bn/home_news/2007/11/29/high_level_brunei_china_milit ary_training_exchanges [15 April 2013].

    Jackson, R & Sorensen, G. 1999. Introduction To International Relations. New York: Oxford University Press Inc.

    Klein, N. 2011. Maritime Security and the Law of the Sea. New York: Oxford University Press Inc.

  • 34 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Hubungan Brunei-Ameika Syarikat Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Bidang www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/component/k2/item/1570-hubungan-brunei-amerika-

    syarikat-tingkat-kerjasama-pelbagai-bidang [7 Mei 2013] Laman Rasmi Kementerian Pertahanan Brunei

    www.mindef.gon.bn [8 Mei 2013] Lim Tai Wei. 2010. Oil and Gas in China : The New Energy Superpowers Relations with its Region. Singapore. World Scientific Publishing Co.Pte. Ltd.

    Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China. http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml [15 April 2013]. Ministry of Foreign Affairs and Trade. http://www.mofat.gov.bn/ [12 Mei 2013].

    Ministry of Foreign Affairs and Trade Brunei Darusalam. http://www.mofat.gov.bn/index.php?option=com_k2&view=item&id=64:albania&Itemid =192 [28 April 2013]. Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China. http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml [28 April 2013]. Mearsheimer, J. J. The False Promise if International Institutions. International Security, Vol. 19, No.3. Winter. 1994-1995 Mohd Yusop Damit. Britain dan pencapaian berkerajaan sendiri Brunei: Mengimbas hubungan Brunei dan Britain sejak akhir perang dunia kedua sehingga 1959. Jabatan Sejarah, Universiti Brunei Darussalam: Halaman 1-14.

    Pabhakaran Paleri. 2008. National Security: Imperatives and Challenges. New Delhi: Tata McGraw-Hill Publishing Company Limited.

    Prashanth Parameswaran. 2012. China and Brunei : Ties that Bind. http://www.jamestown.org/single/?no_cache=1&tx_ttnews%5Btt_news%5D=40069 [15 April 2013].

    Romm, J.J. 1993. Defining National Security: the Nonmilitary Aspects. New York: Council on Foreign Relations Press.

    Storey, I. 2012. Asias Changing Balance of Military Power: Implications for the South China Sea Dispute. http://www.nbr.org/publications/element.aspx?id=564[28 April 2013].

  • 35 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

    Walt, S. M.1998. International Relations: One World Many Theories. Foreign Policy, Spring.

    Zulkifli Jalil. 2010. Penjelasan Rais isu Limbang. Utusan Online, 9 Mei. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm [ 10 Mei 2013].

    Office of the United States Trade Representative: EXECUTIVE OFFICE OF THE PRESIDENT. [atas talian]. http://www.ustr.gov/countries-regions/southeast-asia-pacific/brunei- darussalam. [7 Mei 2013]

    US-ASEAN BUSINESS COUNCIL, INC. http://www.usasean.org/countries/brunei/about. [10 Mei 2013]

    U.S. Department of State: Diplomacy in Action. http://www.state.gov/r/pa/ei/bgn/2700.htm. [10 Mei 2013]

    US Department of Commerce: United State Cencus Bureau. http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5610.html. [10 Mei 2013]

    L, Suzimah. 2011. JOINT DEFENCE WORKING COMMITTE (JDWC) BETWEEN BRUNEI DARUSSALAM AND UNITED STATES. http://www.mindef.gov.bn/MOD2/index.php?option=com_content&view=article&id=12 03:11th -joint-defence-working-committee-jdwc-between-brunei-darussalam-and- the-united-states- &catid=1:news&Itemid=92. [12 Mei 2013]