digitalisasi sejarah libre

19
 1 DIGITALISASI SEJARAH  PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA Shakila Yacob Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Sejarah dan Media Baharu Perkembangan media baharu yang hebat pada masa kini telah menyumbang kepada pendemokrasian maklumat yang boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan. 1  Media baharu yang berbentuk digital menggalakkan komunikasi tanpa sempadan yang berbentuk interaktif melalui penggunaan Internet, blog, wiki, skype, sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya. Telefon pintar, televisyen satelit, komputer contohnya berfungsi sebagai alat media baharu. Penerimaan maklumat yang laju dan cepat ini mewujudkan satu budaya baru komunikasi yang harus dikawal selia dengan baik. Pendemokrasian ini juga telah mencetusk an satu perdebatan apabila sesetengah pihak melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang mencurigakan, manakala pihak yang lain menganggapnya sebagai satu perkembangan positif yang dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan. Salah satu contoh terkini ialah penggunaan platform yang disediakan oleh media sosial. Hal ini termasuk Youtube, twitter, facebook, LinkedIn, pinterest dan blog. Media sosial sebenarnya menye diakan satu platform yang amat menarik d an mudah untuk para pendidik berinteraksi dengan murid daripada generasi Y yang rata-rata amat selesa dengan penggunaan media atau teknologi baharu ini. Prensky (2001), memperkenalkan terma digital natives bagi menjelaskan bagaimana pelajar hari ini, hasil daripada pendedahan awal mereka kepada teknologi, berfikir dan memproses data dengan cara yang berbeza, berbanding dengan digital immigrants iaitu generasi yang lebih tua yang mempelajari dan cuba mengguna pakai teknologi baru ini. 2  Jendela baharu ini, sekiranya dieksploitasi sepenuhnya, mampu mengubah perspektif dan persepsi orang ramai terhadap ilmu pengetahuan amnya dan ilmu sejarah khususnya. 1  Kertas kerja ini banyak bersandarkan kepada penulisan yang telah dihasilkan oleh penulis dalam buku bertajuk, Sejarah dan Media Baharu,  yang bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2014. 2  Marc Prensky, Digital Natives, Digital Immigrants, On the Horizon, Jilid 9, No. 5, Oktober 2001. 

Upload: siti-mariam

Post on 08-Oct-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

  • 1

    DIGITALISASI SEJARAH PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA

    Shakila Yacob

    Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

    Sejarah dan Media Baharu

    Perkembangan media baharu yang hebat pada masa kini telah menyumbang kepada

    pendemokrasian maklumat yang boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan.1 Media

    baharu yang berbentuk digital menggalakkan komunikasi tanpa sempadan yang berbentuk

    interaktif melalui penggunaan Internet, blog, wiki, skype, sistem pesanan ringkas (sms) dan

    sebagainya. Telefon pintar, televisyen satelit, komputer contohnya berfungsi sebagai alat

    media baharu. Penerimaan maklumat yang laju dan cepat ini mewujudkan satu budaya

    baru komunikasi yang harus dikawal selia dengan baik. Pendemokrasian ini juga telah

    mencetuskan satu perdebatan apabila sesetengah pihak melihat perkembangan ini sebagai

    sesuatu yang mencurigakan, manakala pihak yang lain menganggapnya sebagai satu

    perkembangan positif yang dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran dan

    berpengetahuan.

    Salah satu contoh terkini ialah penggunaan platform yang disediakan oleh media sosial. Hal

    ini termasuk Youtube, twitter, facebook, LinkedIn, pinterest dan blog. Media sosial

    sebenarnya menyediakan satu platform yang amat menarik dan mudah untuk para pendidik

    berinteraksi dengan murid daripada generasi Y yang rata-rata amat selesa dengan

    penggunaan media atau teknologi baharu ini. Prensky (2001), memperkenalkan terma

    digital natives bagi menjelaskan bagaimana pelajar hari ini, hasil daripada pendedahan

    awal mereka kepada teknologi, berfikir dan memproses data dengan cara yang berbeza,

    berbanding dengan digital immigrants iaitu generasi yang lebih tua yang mempelajari dan

    cuba mengguna pakai teknologi baru ini. 2

    Jendela baharu ini, sekiranya dieksploitasi sepenuhnya, mampu mengubah perspektif dan

    persepsi orang ramai terhadap ilmu pengetahuan amnya dan ilmu sejarah khususnya.

    1 Kertas kerja ini banyak bersandarkan kepada penulisan yang telah dihasilkan oleh penulis dalam buku bertajuk, Sejarah dan Media Baharu, yang bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2014. 2 Marc Prensky, Digital Natives, Digital Immigrants, On the Horizon, Jilid 9, No. 5, Oktober 2001.

  • 2

    Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, terdapat beberapa kelebihan

    dan kekurangan berkaitan penggunaan saluran baharu ini, seperti juga aspek positif dan

    negatif yang sering dikaitkan dengan sistem pengajaran yang bersifat tradisional. Sejumlah

    besar sejarawan dari seluruh dunia mempunyai akses kepada media baharu. Oleh hal yang

    demikian, media baharu boleh menawarkan satu bentuk revolusi ilmu yang mampu

    membantu sejarawan dalam pengajaran, pembelajaran (juga pembelajaran secara terus)

    dan penyelidikan ilmu sejarah (Rieger, 2010).

    Apa Itu Digitalisasi Sejarah?

    Digitalisasi sejarah merupakan satu pembaharuan yang menggabungkan disiplin sejarah

    dengan pelbagai disiplin lain sebagai pelengkap bagi tujuan memperkenalkan pendekatan

    yang lebih inovatif. Pendekatan ini diharap dapat menarik minat orang ramai atau pelajar

    untuk menghayati disiplin ilmu sejarah dengan baik.

    Digitalisasi Sejarah bukan semata-mata melibatkan proses mendigitalkan bahan sejarah

    seperti sumber primer, suratkhabar lama, mengumpul data dan maklumat sejarah dan

    sebagainya. Sebaliknya ia melibatkan proses yang jauh lebih menarik iaitu

    memperkenalkan satu cara atau kaedah baru bagi mempersembahkan data sejarah.

    Bagaimana seorang sejarawan menggunakan visual dan berinteraksi dengan data yang sedia

    ada? Bagaimana sejarawan menggunakan data yang ada bagi menjelaskan sesuatu fenomena sejarah? 3

    Justeru itu, persembahan cerita sejarah atau maklumat sejarah ini menggunakan

    pendekatan pelbagai disiplin akademik atau gabungan disiplin (multidisiplin) dan antara

    disiplin (interdisciplinary/cross disciplinary) dalam menjadikan pengajaran dan

    3 Hari ini, kita mempunyai akses kepada pelbagai data hasil keterbukaan dunia

    komunikasi. Setiap minit dunia menghasilkan 1.7 billion bit data bersamaan dengan

    360,000 keping DVD. Data ini digititasikan setiap tahun dan sumber data ini dikenali

    sebagai big data. Sektor ini dikatakan tumbuh pada kadar 40% setahun. Lihat Digital Agenda for Europe (http://ec.europa.eu/digital-agenda/en/news/factsheet-what-big-

    data) (dicapai pada 4 Disember 2013). Sekiranya para sejarawan mempunyai kemahiran

    dan keupayaan teknologi serta akses kepada alat digital, maka, data ini dapat digunakan

    untuk penceritaan sejarah dan menerangkan trend sejarah yang tertentu.

  • 3

    pembelajaran sejarah lebih menarik dan istimewa. Dalam projek digital sejarah,

    pendekatan geografi sering digunakan sebagai pelengkap. Pendekatan geografi dalam

    pengajian sejarah amat penting bagi menarik minat dan memudahkan orang ramai atau

    pelajar untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah. Di samping itu, pendekatan statistik

    juga amat penting dan boleh digunakan sebagai bukti bagi menjelaskan contohnya pelbagai

    trend dalam sejarah kehidupan manusia. Istimewanya, disiplin sejarah mengajar kita

    pelbagai cara untuk mengintepretasi maklumat dan dengan ilmu sejarah yang ada,

    penjelasan dan analisis ini menjadi jauh lebih lengkap. Harus diingatkan di sini, walaupun

    pendekatan pelbagai disiplin ditekankan, namun komponen utama masih merupakan ilmu

    sejarah berbanding disiplin lain yang membentuk ilmu sampingan bagi melengkapi

    pengajaran dan pembelajaran sejarah. Ini membawa kita kepada pengenalan satu disiplin

    baharu yang telah mendapat tempat di negara Barat iaitu digital humanities.

    Digital Humanities

    Pengenalan digital humanities sebagai satu disiplin di kebanyakan universiti di negara

    Barat terutamanya Amerika Syarikat telah memakmurkan lagi subjek sejarah. Jika pada

    masa lalu masyarakat tidak dapat melihat perkaitan antara ilmu sejarah dengan media

    baharu, kini terdapat banyak pusat pendidikan yang menggunakan media digital dan

    teknologi komputer untuk pendemokrasian sejarah. Malahan, semakin hari semakin banyak projek digital yang dilancarkan. Projek digital ini menjadi alat bagi memperoleh,

    berinteraksi dan mengintepretasi data sejarah. Projek sebegini selalunya bersifat jangka

    panjang, kolaboratif dan meliputi skop antarabangsa.

    Pendekatan Digital Humanities yang menggabungkan aspek teknikal teknologi maklumat

    dan komunikasi (TMK) dengan disiplin kemanusiaan termasuk sejarah, menggunakan

    teknologi pendigitalan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan

    penerbitan. Di Eropah dan Amerika Syarikat, pendekatan sedemikian sememangnya sudah

    menjadi mekanisme yang sangat popular dan berkesan. Berdasarkan laporan European

    Digital Agenda, Itali pada tahun 2012, dijangka membekalkan tiga juta objek digital untuk

    tatapan masyarakat Eropah dan antarabangsa. Salah satu agenda besar dalam Digital

    Agenda for Europe: A Europe 2020 Initiative adalah untuk memperkasakan warisan budaya

    Eropah melalui akses dalam talian sekaligus memelihara warisan ini untuk generasi akan

    datang. Objektif mereka adalah untuk mengdigitasikan segala koleksi perpustakaan,

    muzium, galeri dan arkib. Ini termasuk buku, lukisan, objek dan artifak yang ada di

    muzium, rekod arkib, jurnal, filem dan sebagainya yang dapat mengambarkan

    kepelbagaian yang wujud dalam sejarah dan budaya Eropah.

  • 4

    Walau pun bidang ini bermula sejak lewat tahun 1980-an tetapi mula mendapat perhatian

    meluas menjelang pertengahan 1990-an. Bidang ini amat popular terutama dalam kalangan

    institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan kemudiannya berkembang di Eropah

    termasuk Britain. Hampir kebanyakan universiti ternama di dunia mempunyai Center for Digital Humanities seperti Stanford University, University of California, Los Angeles (AS), University of Oxford University dan Kings College (UK) (lihat rajah 1). Salah satu institusi

    yang memperkasakan bidang ini ialah Centre for History & New Media di George Mason

    University (http://chnm.gmu.edu). Pusat ini yang diasaskan pada tahun 1994, meneroka

    semua kaedah yang dibawa oleh media baharu dalam menggalakkan sejarawan untuk

    menimbang dan menilai semula kaedah penyelidikan, penulisan dan pengajaran mengenai

    sejarah masa lalu.

    Rajah 1: Laman web pusat Digital Humanities di Universiti Oxford (UK) dan University Stanford (AS)

    Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS)

    Kebanyakan projek digital yang telah dibangunkan oleh pusat pengajian tinggi ini

    menggunapakai geographic information systems (GIS). Aplikasi sistem maklumat geografi

    atau Geographic Information System-(GIS) dan juga aplikasi sistem maklumat geografi

    berasaskan Internet atau dikenali sebagai Web-based Geographic Information System (web-

    based GIS) merupakan antara aplikasi yang sering digunakan dalam projek digital sejarah. 4

    Antaranya adalah:

    4 G. Andrienko, N. Andrienko, H. Voss, & P. Michael, GIS for everyone: the common GIS

    project and beyond Maps and the Internet. Oxford: Elsevier Science, 2003.

  • 5

    a) Texas Slavery Project di http://www.texasslaveryproject.org/

    b) Social Explorer, http://www.socialexplorer.com/pub/home/home.aspx,

    c) The Spatial History Project, http://www.stanford.edu/group/spatialhistory/cgi-

    bin/site/index.php

    d) Railroads and the Making of Modern America, http://railroads.unl.edu/.

    Bagi tujuan ini beberapa aplikasi digital percuma seperti Google Earth dan Google Map

    dapat digunakan untuk memperkenalkan ilmu geografi dalam pengajian Sejarah.

    Perkakasan digital yang berbentuk interaktif seperti google earth dan google map dapat

    membantu melengkapi disiplin sejarah. Glob 3D yang bersifat maya ini sangat menarik dan

    jikalau penggunaannya digabungkan dengan disiplin geografi dapat menjadikan pengajaran

    dan pembelajaran sejarah itu jauh lebih menarik daripada kaedah yang digunapakai di

    sekolah dan institusi pengajian tinggi pada masa ini. Pelbagai kaedah kreatif dan inovatif

    dapat digunakan dalam aplikasi google earth untuk mengajar sejarah. Ini termasuk

    menyediakan peta 3D, membuat lawatan maya dan animasi, meletakkan garis perjalanan,

    membuat polygon dan memasukkan imej yang berkaitan yang dapat meningkatkan

    penerimaan pelajar terdapat sesuatu peristiwa sejarah.5

    Terdapat beberapa laman web yang menggunakan google earth dalam merekacipta

    rancangan pengajaran mereka. Contohnya History Tours yang merupakan satu laman kolaboratif yang memberi akses kepada lawatan maya yang telah dibuat menggunakan

    google earth. Laman ini yang menggabungkan sejarah, geografi dan teknologi

    (http://historytours.wikispaces.com/) dalam mewujudkan satu lawatan maya bagi

    memahami peristiwa sejarah dunia dan juga sejarah AS. Laman ini amat sesuai untuk

    dilawati bagi mendapatkan idea bernas bagaimana perkakasan digital ini dapat digunakan

    dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

    5 Ricky Tae Hyun Park, Teaching History with Google Earth, 19 November 2009. Alamat dalam talian: http://sites.duke.edu/tlge/2009/11/19/teaching-history-with-google-earth/

    (dicapai pada 3 November 2013).

  • 6

    Rajah 2: Peta google earth menunjukkan pentas peperangan di Pasifik semasa Perang Dunia Kedua dalam salah satu lawatan maya sejarah Perang Dunia Kedua di History Tours.

    Lawatan maya ini menyediakan pengalaman visual kepada murid dan guru boleh memberi

    latarbelakang sejarah. Salah satu contoh penggunaan aplikasi google earth adalah

    mengenai Sejarah Laluan Sutera yang boleh ditonton melalui youtube

    (http://www.youtube.com/watch?v=_7I2BJBrLAU). Profesor Sejarah di UC Merced, Ruth

    Morsten seorang pakar dalam sejarah spatial menggunakan kaedah digital sejarah untuk

    kursus yang beliau ajar mengenai Laluan Sutera. Kursus ini mendedahkan kepada pelajar

    mengenai sejarah pengembaraan, pertukaran dan perhubungan termasuk hal-ehwal politik

    yang meliputi satu kawasan yang luas. Kawasan geografi ini merangkumi beberapa agama

    dunia dan bahasa yang pelbagai serta perjalanan sejarah manusia sehinggalah kepada

    konflik semasa di Iran dan Afghanistan. Bagi mendapatkan idea bagaimana Profesor

    Morsten mengendalikan kursus beliau dan penilaian yang digunakan sila lawati laman web:

    http://crte.ucmerced.edu/mostern.

    Perkembangan Digitalisasi Sejarah di Barat dan Malaysia

    Selain itu, institusi pengajian tinggi luar negara banyak menghasilkan projek sejarah dalam

    talian. Projek sejarah dalam talian yang dihasilkan menunjukkan betapa jauh ke hadapan

  • 7

    projek digital yang diusahakan oleh mereka terutamanya di negara Barat. Seringkali

    projek sejarah dalam talian dijalankan melalui usaha sama antara universiti dan lain-lain

    institusi yang berjaya memperoleh geran penyelidikan. Jelas di sini, negara kita Malaysia

    jauh ketinggalan dalam usaha mewujudkan projek digital yang menarik lagi berkesan

    dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

    Antara projek sejarah dalam talian yang menarik adalah Rome Reborn

    (www.romereborn.virginia.edu) iaitu satu model digital Rom Purba. Satu kerjasama

    antarabangsa pelbagai disiplin dalam kalangan saintis untuk mewujudkan model digital 3D

    mengenai Rom Purba di zaman kegemilangannya pada 320 CE (common atau christian era).

    Projek ini adalah lanjutan daripada kajian selama lima abad oleh para sarjana dalam usaha

    untuk membayangkan perkembangan bandar purba tersebut melalui penulisan, peta dan

    imej. Lawatan maya yang memberikan pemandangan udara dan darat bandar purba ini

    dapat dilayari di youtube (http://youtu.be/pHinQD3GAIo).

    Rajah 3: Model Digital Rom Purba yang boleh ditonton di youtube.

    Selain dari pembinaan model digital ada juga inisiatif yang dilaksanakan bagi menyediakan

    maklumat sejarah dalam bentuk digital. Projek Pengkomputeran Sejarah (History

    Computerization Project) beralamat di http://www.history.la.ca.us/ telah mengadakan

    satu pembinaan jaringan maklumat sejarah bagi tujuan pertukaran maklumat sejarah. Ia

    merupakan projek usaha sama antara Regional History Centre di University of Southern

    California, The Los Angeles City Historical Society dan Conference of California Historical

  • 8

    Societies. Projek ini telah menghasilkan satu pangkalan data yang mewakili beribu-ribu

    organisasi sejarah, repositori, dan universiti.

    Satu lagi projek digital yang telah lama diasaskan sejak tahun 1985 adalah

    Perpustakaan Digital Perseus (Perseus Digital Library). Tapak ini

    (http://www.perseus.tufts.edu/hopper/) menyediakan satu perpustakaan digital

    multimedia tentang tamadun Greek dan Rom Purba yang sentiasa dikemaskinikan.

    Perpustakaan ini menyediakan bahan dalam talian antaranya teks purba dan

    terjemahannya, alat philologikal, peta dan katalog seni dan esei mengenai topik tertentu

    seperti lukisan pasu. Projek Perseus ini terletak di Jabatan Klasik, Tufts University, AS.

    Rajah 3 Dua pameran elektronik: Olimpik Purba (Ancient Olympics) dan Hercules yang dibangunkan oleh Perpustakaan Digital Perseus.

    Berkaitan dengan sejarah Rome terdapat satu lagi projek yang dikenali sebagai Projek Rom

    (The Rome Project). Projek ini di http://www.dalton.org/groups/rome/ menawarkan satu

    koleksi sumber-sumber berkaitan empayar Rom. Terdapat beberapa kategori yang

    tersenarai di bawah sastera, militari, arkeologi, politik dan satu bahagian khusus di mana

    terdapat beberapa pautan kepada peta-peta empayar tersebut.

  • 9

    Rajah 4 menunjukkan jalan perdagangan purba yang digunakan bagi aktiviti perdagangan antara Empayar Asia dan Rom.

    Digitalisasi Sejarah di Malaysia

    Kerajaan Malaysia hari ini semakin peka akan kepentingan menyediakan prasarana digital

    dan penggunaan TMK di kedua-dua peringkat pengajian tinggi dan sekolah. Timbalan

    perdana menteri Malaysia merangkap menteri pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

    pada Mei 2013, membuat pengumuman untuk menyediakan prasarana yang lebih baik di

    sekolah bagi mendedahkan murid di Malaysia kepada Virtual Learning Environment atau

    pelantar pembelajaran maya. Pelantar pembelajaran dalam talian ini menyediakan

    perisian kelas maya, mata pelajaran maya, tugasan sekolah dan juga sumber lain yang

    berkaitan. Bagi memudahkan proses e-pembelajaran ini, kerajaan akan menyediakan

    sambungan internet kepada 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan jaminan jalur lebar 4G

    yang mempunyai kelajuan yang tinggi di bawah program 1BestariNet (lihat

    http://1bestarinet.net/). Pada masa yang sama, di bawah program 1 Student 1 Device

    atau 1 Murid 1 Peranti, pelajar akan diberikan komputer riba Chromebook. Usaha ini selari

    dengan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan yang menjadikan TMK

    sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 6 Segala usaha ini dilaksanakan demi menjayakan salah satu komponen integrasi TMK dan kemhiran insaniah

    dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.7

    6 Berita Harian, 13 Oktober 2013. 7 Rusmini Ku Ahmad, Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Meningkatkan

    Kemhiran Insaniah Murid, Institut aminuddin baki, Kementerian Pendidikan Malaysia,

  • 10

    Di peringkat pengajian tinggi juga, prasarana TMK dan peralatan digital juga disediakan

    untuk aktiviti penjaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Terdapat juga usaha oleh

    pihak pentadbir universiti untuk memperuntukkan belanja yang besar bagi menyediakan

    wifi diseluruh kawasan universiti. Prasarana yang disediakan ini mampu mengalakkan

    aktiviti penyelidikan menggunakan media baharu dan membangunkan projek digital sejarah

    yang dapat diakses oleh pengguna.

    Model digital di zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di era kegemilangannya pada

    pertengahan abad ke-15 patut dibangunkan. Model digital ini dapat menjadi sumber visual

    yang menarik untuk pelajar atau peminat sejarah. Para pendidik pula boleh menggunakan

    model digital Melaka ini untuk menjelaskan sejarah perkembangan Melaka dan pelbagai

    aspek warisan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ini. Kerjasama antara institusi

    pengajian tinggi dengan kerajaan negeri Melaka contohnya boleh diwujudkan bagi

    menjayakan projek ini bersama-sama dengan bantuan kewangan badan swasta untuk

    menaja usahasama ini.

    Usahasama terkini antara Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor dengan Persatuan

    Sejarah Malaysia Kawasan Kota Tinggi dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri

    Johor mengenai tapak dan monumen sejarah di sepanjang sungai Johor merupakan satu

    kerjasama yang patut dialu-alukan. Kerjasama dengan kerajaan negeri Johor ini boleh di

    bawa lebih jauh lagi dengan menghasilkan model digital kembara sejarah sungai Johor

    dengan menunjukkan monumen penting bersama dengan sejarah ringkasnya. Model digital

    ini boleh dijadikan sumber pengajaran sejarah Kesultanan Melayu terutamanya mengaitkan

    kesinambungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Kesultanan Melayu

    Johor. Kesan-kesan sejarah penting kerajaan Johor Lama contohnya pusat kerajaan

    pentadbiran Johor di Kota Batu yang diasaskan oleh Sultan Alaudin Riayat Shah II pada

    tahun 1540 di tebing sungai Johor dapat ditunjukkan.

    Oktober 2013.

    https://www.academia.edu/4801813/Integrasi_ICT_dan_Kemahiran_Insaniah (diakses pada

    9 Disember 2013).

  • 11

    Penggunaan media baharu dalam usaha pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan

    sejarah masih belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia. Di Malaysia

    belum ada usaha ke arah mengusahakan projek digital. Malahan, arkib digital pun semata-

    mata diusahakan oleh Arkib Negara Malaysia tanpa sokongan atau perkongsian pintar

    dengan pihak swasta atau agensi kerajaan yang berkaitan. Ramai sejarawan lebih selesa

    menjalankan kajian dengan sumber primer seperti dokumen asal dan gambar. Hari ini,

    terdapat lebih banyak bahan arkib bersejarah yang diubah suai kepada format digital dan

    dimuatkan dalam Internet bagi memudahkan akses kepada pelbagai jenis sumber primer.

    Walau bagaimanapun, projek mendigitasikan sumber primer ini adalah berbeza dengan

    projek digital sejarah yang jauh lebih serius dan bersifat akademik sebagaimana yang

    dianjurkan dalam disiplin digital humanities.

    Sejarawan di institusi pengajian tinggi dapat membantu dengan mereka cipta projek digital

    sejarah yang mengembangkan bidang penting dalam pemahaman sejarah serta juga kaedah

    inkuiri sejarah. Projek digital yang diusahakan oleh sejarawan Malaysia dalam bidang

    kepakaran masing-masing dan dalam dwibahasa akan membenarkan sarjana tersebut

    dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, amat penting agar para

    pendidik iaitu guru di sekolah mahupun ahli akademik di universiti di seluruh Malaysia

    menyebarkan ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Walaupun pengiktirafan

    antarabangsa bagi kerja-kerja yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris penting, sarjana

    tempatan juga harus mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Oleh itu

    kerja yang dihasilkan dapat diakses oleh ramai pembaca (terutama sekali mereka yang

    kekurangan peluang dan tidak mahir dalam bahasa Inggeris).

    Salah satu usaha menarik yang dipelopori oleh beberapa pensyarah di Jabatan Sejarah,

    Universiti Malaya adalah projek pengdigitalan sejarah tingkatan lima

    (www.digitalsejarah.com). Projek ini berusaha untuk menyediakan modul sejarah

    menggunakan aplikasi sistem maklumat geografi berasaskan sumber web percuma seperti

    google earth dan google map sebagai satu pendekatan baharu dalam mengajar sejarah

  • 12

    tingkatan lima. Guru dan murid boleh menggunakan modul yang disediakan untuk melihat

    bagaimana sejarah dapat dihayati secara lebih berkesan dan menjadi begitu menarik

    sekiranya digabungkan dengan pelbagai pendekatan termasuk pendekatan geografi, visual,

    biografi, isu semasa dan sebagainya. Projek ini juga menggalakan pengguna menggunakan

    platform yang disediakan oleh media sosial seperti youtube, slideshare, pinterest,

    facebook dan twitter bagi menyebarluas dan memperkasakan ilmu sejarah Malaysia.

    Rajah 5: Modul sejarah yang dibina dan dipaparkan di laman web ini dapat diakses oleh ahli berdaftar sahaja.

    Penggunaan media sosial masih belum difahami mahupun dimanfaatkan sepenuhnya oleh

    para pengguna terutama sekali golongan pendidik. Walaupun ramai yang sering mendengar

    dan mempunyai pengetahuan sedikit banyak pengetahuan berkaitan media baharu ini. Ada

    cadangan mengatakan golongan sejarawan boleh mempunyai dua akaun facebook satu untuk pengajaran dan satu lagi peribadi supaya wujud satu garis yang jelas memisahkan

    cerita dan maklumat peribadi dengan tugas profesional. Ada juga yang menyatakan

    kebimbangan sejarawan akan mewujudkan akaun facebook semata-mata untuk berada

  • 13

    dalam aliran atau trend digital yang terkini tanpa sebarang matlamat pengajaran yang

    khusus. 8

    Penggunaan Internet dalam kalangan rakyat Malaysia telah mencecah takat pola yang

    sangat tinggi. Menurut penyelidikan International Data Corporation (IDC), penggunaan

    Internet di Malaysia pada tahun 2011 telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut

    dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta pada tahun 2012 (lihat rajah 6). Selari dengan

    perkembangan tersebut, penggunaan rangkaian-rangkaian sosial turut memberi petunjuk

    yang sangat memberangsangkan. Pada tahun 2011, sebagai contoh penggunaan Facebook

    telah mencecah 11 816 200 orang (tempat ke-17 di dunia), blog 2.65 juta orang, Pinterest

    3.3 juta orang dan Twitter lebih sejuta. Namun, ramai dalam kalangan pengguna di

    Malaysia hanya menggunakan media sosial ini semata-mata untuk tujuan peribadi,

    terutama untuk berhubung dan berinteraksi dengan rakan dan keluarga dan bukan untuk

    tujuan pengajaran mahupun pembelajaran ilmu.

    Rajah 6: Peratus pengguna Internet (2011) dan facebook di Malaysia (2012) Sumber: Internet World Stats.

    Penggunaan media sosial sekiranya dieksploitasi dengan baik dapat memanfaatkan

    pengajaran dan pembelajaran sejarah. Youtube sebenarnya merupakan platform yang juga

    dapat diguna pakai oleh pendidik dalam menimbulkan minat pelajar terhadap sejarah.

    8 Jeffery R. Young, How Social Networking Helps Teaching (and Worries Some Professors).Chronicle of Higher Education, 22 Julai 2010. http://chronicle.com/article/How-Social-Networking-

    Helps/123654/?sid=wc&utm_source=wc&utm_medium=en. (di akses 9 Disember 2013).

    61%

    39%

    Pengguna Internet di

    Malaysia (2011)

    Ya Tidak

    46% 54%

    Pengguna Facebook di

    Malaysia (2012)

    Ya Tidak

  • 14

    Pendekatan lisan atau sejarah lisan berkaitan sesuatu peristiwa bersejarah umpamanya

    boleh memanfaatkan platform Youtube dengan berkesan. Walau bagaimanapun, sumber

    lisan harus juga di seimbangkan dengan penggunaan bukti lain seperti buku, artikel jurnal

    dan dokumen rasmi bagi mengukuhkan intepretasi atau hujah yang dikemukakan.

    Di Malaysia, ada usaha yang dijalankan untuk mengdigitasi koleksi sumber primer dan

    sedikit usaha untuk mewujudkan koleksi gambar. Arkib yang banyak menyediakan sumber

    digital berkaitan sejarah Malaysia ialah Arkib Negara Malaysia. Selain itu, Yayasan

    Kepimpinan Perdana melalui Perpustakaan Perdananya (http:// library.perdana.org.my)

    juga menyediakan keratan surat khabar lama yang didigitalkan berkaitan isu-isu penting

    dalam sejarah dan politik negara.

    Rajah 6: Perpustakaan Perdana menyediakan koleksi digital suratkhabar lama. Salah

    sebuah penerbitan suratkhabar yang terdapat disini adalah Singapore Standard dan artikel

    yang dipamirkan disini adalah berkenaan dengan pengistiharan yang bakal diadakan

    mengenai Islam sebagai agama persekutuan Tanah Melayu.

  • 15

    Parlimen Malaysia juga dapat dirujuk untuk mendapatkan koleksi ucapan yang dibuat oleh

    para menteri dahulu dan sekarang. Di samping itu, perkara atau isu yang diperdebatkan

    dalam parlimen Malaysia juga terdapat dalam bentuk e-sumber (rujuk

    http://www.parlimen.gov.my/).

    Negara jiran seperti Singapura jauh lebih rancak menggunakan media baharu ini dalam

    menyebar luas ilmu pengetahuan berbanding Malaysia. Salah satunya adalah Perpustakaan

    Negara Singapura (National Library Board). National Library Board (NLB)

    http://www.nlb.gov.sg/ di Singapura banyak mendigitasikan koleksi mereka. Perpustakaan

    utama ini, contohnya menyediakan akses percuma kepada koleksi surat khabar yang

    diterbitkan sejak tahun 1831 sehingga tahun 2009 dalam simpanan mereka. Koleksi surat

    khabar ini termasuk Warta Malaya, The Straits Budget, The Singapore Free Press, The

    Straits Times dan juga Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan Tamil Murasu. Yang

    menarik, NLB juga mengajak masyarakat Singapura untuk menyerahkan gambar lama

    dalam koleksi mereka kepada pihak NLB untuk didigitalkan bagi kegunaan orang ramai

    (sesetengah gambar masih tertakluk bawah harta intelek) di seluruh dunia.

    Rajah 7: E-sumber yang disediakan oleh Perpustakaan Kebangsaan Singapura.

  • 16

    Di samping itu, beberapa arkib di seluruh dunia juga telah menyediakan pelbagai

    kemudahan kepada para penyelidik untuk mengakses sumber arkib. Arkib negara di UK

    (http://www.nationalarchives.gov.uk/) juga banyak menyediakan sumber primer mengenai

    sejarah malaysia namun belum ada lagi sebarang projek digitasi sumber ini. Sebaliknya,

    Arkib Negara AS (http://www.archives.gov/) ada mengdigitasikan koleksi telegram sejak

    lewat tahun 1970-an yang dihantar oleh duta AS di Kuala Lumpur kepada Jabatan Negara di

    Washington DC. Ini hanya merujuk kepada dokumen rasmi yang telah diubah status selepas

    beberapa tahun (declassified documents).

    World Wide Web diasaskan di Eropah, akan tetapi Konsortium World Wide Web diasaskan di

    AS dan hari ini hampir 80 peratus kandungannya berbahasa Inggeris. Sebahagian besar

    kandungan Internet berasal dari AS, maka tepat untuk mengatakan bahawa sumber di

    internet hanya memaparkan pandangan daripada pihak Barat sahaja. Sejarah Malaysia

    boleh dibentuk semula dan difahami mengikut persepsi tempatan. Sebagai contoh, berapa

    ramai rakyat asing pernah mendengar nama Laksamana Zheng He (Cheng Ho), atau Ibn

    Battuta yang merupakan pengembara dan nakhoda yang paling berjaya dan terkenal. Dunia

    lebih mengenali Christopher Columbus. Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan

    untuk meluaskan pengetahuan dan sejarah tentang Malaysia ialah melalui penggunaan

    sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh media baharu dan TMK. Justeru itu,

    kandungan digital sejarah Malaysia akan meningkat untuk kegunaan masyarakat tempatan

    dan global. Ini merupakan antara objektif utama yang cuba di capai oleh disiplin digital humanities.

    Apabila melakukan carian di Internet, amatlah jelas dan nyata bahawa jumlah laman web

    atau kandungan digital berkaitan sejarah Malaysia begitu sedikit jumlahnya. Carian

    menggunakan enjin carian popular Google memaparkan laman web sejarah Malaysia yang

    sedia ada hampir tidak mempunyai nilai kesarjanaan ilmiah. Sejarawan di Malaysia jauh

    ketinggalan jika dibandingkan dengan pencapaian sejarawan Barat dalam mencipta projek

    sejarah digital. Namun yang demikian, terdapat sejumlah kecil laman web sejarah yang

  • 17

    dibangunkan oleh kerajaan negeri, badan berkanun serta agensi pelancongan, yang

    memberikan maklumat ringkas tentang Malaysia atau sejarah tempatan negeri dan tempat-

    tempat menarik di Malaysia. Keengganan menerima kepentingan dan potensi internet dan

    media sosial terus kekal dan telah menyekat kemajuan dalam bidang ini. Rata-rata masih

    wujud keengganan dalam kalangan sejarawan di Malaysia mahupun di Barat untuk

    mengiktiraf platform yang disediakan oleh TMK atau media sosial dalam pengajaran dan

    pembelajaran sejarah. Pelajar tidak digalakkan menggunakan sumber dalam talian

    walaupun kadangkala para sejarawan sendiri bebas meneroka sumber dalam talian. Ini

    jelas terpapar dalam satu survei yang dijalankan dalam kalangan sejarawan di AS yang

    didapati tidak proaktif dan terbuka kepada idea pengajaran dan pembelajaran sejarah

    yang lebih kreatif dan inovatif.9

    Internet dan alat teknologi yang lain seperti CD-ROM, video dan kamera digital serta juga

    papan mesej interaktif, skype dan platform media sosial menawarkan peluang menarik

    untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar sejarah. Sekiranya media sosial banyak

    digunakan oleh para usahawan dalam mempromosi produk komersil mereka serta ramai

    juga yang telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya, produk ilmu juga dapat

    memanfaatkan platform yang disediakan oleh media baharu ini. Penerimaan dan

    penggunaan teknologi baharu ini dapat meningkatkan penghayatan sejarah negara. Apabila

    masyarakat di sekeliling kita mula meningkatkan integrasi teknologi dalam kehidupan

    seharian, maka, adalah amat penting bagi golongan sejarawan untuk memiliki kemahiran

    sebagaimana golongan profesional dalam era digital.

    Kolaborasi atau kerjasama yang dipupuk hasil penggunaan media baharu ini amat jelas

    dalam usaha menghasilkan entri dalam Wikipedia. Walaupun ramai masih tidak yakin

    9 T. Mills Kelly, Teaching History in the Digital Age. University of Michigan Press: Ann

    Arbor: Michigan, 2013. Alamat dalam talian: DOI:

    http://dx.doi.org/10.3998/dh.12146032.0001.001 (diakses pada 9 Disember 2013).

  • 18

    dengan entri yang dihasilkan oleh Wikipedia, namun, tidak dapat dinafikan Wikipedia

    menjadi satu model penyertaan dan kolaborasi dalam talian. Wikipedia terus mendapat

    sambutan dan menjadi antara sepuluh laman yang paling ramai dilawati.10 Usaha kolaborasi

    yang dianjurkan oleh Wikipedia sememangnya penting dan sumber dalam talian boleh

    menyediakan platform untuk usaha sebegini namun, kualiti dan hasil tulisan yang di

    persembahkan harus mencapai tahap atau standard akademik yang tinggi supaya boleh

    diterima ramai.

    Sejarawan Malaysia harus mengambil kesempatan daripada kedua-dua jendela media

    baharu dan TMK untuk memperluas atau menyebarkan kepakaran mereka dalam bidang

    sejarah Malaysia di peringkat global. Media sosial, contohnya menyediakan platform

    percuma bagi sejarawan menyebarluas dapatan penyelidikan dan penerbitan yang

    dihasilkan kepada audiens yang lebih luas, sekaligus menarik lebih ramai melibatkan diri

    dalam wacana intelektual mengenai subjek tersebut. Dalam hal ini, amat penting bagi

    institusi pengajian tinggi di Malaysia dilengkapi dengan pusat sumber multimedia yang

    menyediakan kemudahan dan peralatan yang lengkap serta latihan yang mencukupi kepada

    pelajar dan akademik. Oleh hal yang demikian media baharu dapat menjadi medium yang

    amat penting bagi pengajaran di kelas mahu pun pendidikan jarak jauh kerana pelajar akan

    mempunyai segala kemudahan untuk mengaksesnya dan mempunyai keinginan serta

    kepakaran untuk menggunakannya.

    Dalam usaha membina laman web atau blog, para sejarawan dapat mengembangkan

    kandungan tempatan di internet bagi rakyat Malaysia dan cuba mengelak homogenisasi

    budaya dan sejarah yang sebahagian besarnya disebabkan oleh dominasi bahasa Inggeris di

    internet dan kesan globalisasi dan pendemokrasian pendidikan. Di samping berkhidmat

    10 Royce Kimmons, Understanding collaboration in Wikipedia, First Monday, Jilid 16, No. 12, 5 Disember, 2011. Alamat dalam talian:

    http://firstmonday.org/ojs/index.php/fm/article/view/3613/3117 (dicapai 2 November

    2013).

  • 19

    untuk komuniti tempatan, komuniti dunia juga dapat mengakses maklumat mengenai

    sejarah Malaysia yang mungkin tidak dapat diperoleh sebelum ini. Pada masa yang sama, ia

    akan menimbulkan kesedaran tentang keunikan pengalaman dan kepelbagaian dalam

    sejarah Malaysia. Hal yang lebih penting lagi ialah usaha ini menawarkan peluang untuk

    mempersembahkan interpretasi rakyat Malaysia terhadap sejarah mereka sendiri

    berbanding dengan interpretasi Eurocentric sarjana luar dari Malaysia. Usaha digitalisasi

    sejarah Malaysia diharap dapat memperbaiki ketidakseimbangan dalam kandungan

    tempatan dengan bukan tempatan di Internet.