olahraga lumba jalan kaki
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
OLAHRAGALUMBA JALAN KAKI
LUMBA JALAN KAKIDefinisi lumba jalan kaki ialah
kemajuan langkah yang berterusan menyentuh permukaan bumi. Dua asas undang-undang boleh menjelaskan apa itu lumba jalan kaki:
Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa, kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang diangkat;
Kaki belakang mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan.
FASA-FASA KEMAHIRAN LUMBA JALAN KAKI
FASA SOKONGAN SEBELAH KAKI
Fasa sokongan sebelah kaki terbahagi kepada dua iaitu sokongan kaki hdapan dan sokongan kaki belakang. Fasa ini menghasilkan pecutan dan persediaan untuk menjejakkan kaki yang bebas.
I. Sokongan Kaki HadapanII. Sokongan Kaki Belakang
FASA-FASA KEMAHIRAN LUMBA JALAN KAKI
FASA SOKONGAN DUA BELAH KAKIFasa sokongan dua belah kaki berlaku hanya seketika iaitu ketika kedua-dua belah kaki menyentuh permukaan bumi. Fasa ini menghubungkan sokongan kaki belakang dan sokongan kaki hadapan. Pelaksanaannya ialah dengan menjejakkan tumit kaki hadapan ke permukaan bumi diikuti bebola kaki belakang menyentuh permukaan bumi. Kedua-dua belah lutut diluruskan dengan mengekalkan posisi badan berserta dengan ayunan tangan bersilang arah dengan langkahan kaki.
TEKNIK-TEKNIK PERGERAKAN
POSTUR BADANPERGERAKAN TANGANPERGERAKAN PINGGULKEDUDUKAN KAKI DAN TAPAK
KAKI
OTOT-OTOT UTAMA YANG TERLIBAT KETIKA LUMBA JALAN KAKI
GlutealHamstringGastrocnemiusQuadriceps
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Penentuan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding yang dilaksanakan oleh penganjur;
Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua hakim;
Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut definisi perlumbaan;
Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan Tanda kuning dengan symbol kesalahan akan
ditunjukkan sebagai tanda amaran. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan dibatalkan;
Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim sependapat cara berjalan tidak mengikut definisi lumba jalan kaki;dan
Sekiranya pertandingan diadakan di balapan, individu yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.
RUMUSAN LUMBA JALAN KAKI MEMERLUKAN TEKNIK
BERJALAN KAKI YANG SAH. LATIHAN YANG SISTEMATIK MENGIKUT PRINSIP-PRINSIP LATIHAN AKAN MEMBANTU KITA MENGUASAI TEKNIK BERJALAN YANG BETUL.
HAL INI PENTING SUPAYA KITA DAPAT MENGELAK DARIPADA MELAKUKAN TEKNIK BERJALAN YANG TIDAK SAH DAN DIBATALKAN KETIKA PERTANDINGAN.
SELAIN ITU, ASPEK-ASPEK KESELAMATAN JUGA PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG RISIKO KECEDERAAN