oh,tatabahasa malaysiaku!

Upload: fardzli71

Post on 16-Oct-2015

175 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Koleksi Soal Jawab Tentang Tatabahasa Bahasa Melayu

    Laman Oh, tatabahasa bahasa Malaysiaku! tertubuh pada bulan 3 September 2012 oleh Cikgu Zainudin b. Haji Rafie setelah beliau melihat banyak kesalahan tatabahasa sama ada semasa membaca surat khabar, mendengar radio mahupun percakapan dan terlihat di mana-mana tempat tentang kesalahan bahasa. Koleksi ini merupakan soal jawab atau kupasan tentang tatabahasa melalui Facebook Oh, tatabahasa bahasa Malaysiaku! oleh Admin yakni Cikgu Zainudin g. Hj. Rafie, Cikgu Noor Haeiddah bt. Ismail dan Cikgu Nizam b. Abdul Jalil. Diharapkan agar kupasan ini membiasakan pengguna bahasa Melayu dengan peraturan bahasa Melayu yang betul, tepat dan persis mengikut aturan yang ditetapkan.

    Bil Isu Jawapan

    1 Sila buang sampah di dalam tong sampah Sila buang sampah ke dalam tong sampah.

    Alasan: Ada sesiapa yang mahu masuk ke dalam tong sampah lalu membuang sampah mereka? Lantas,

    mereka membuang sampah di luar tong itu.

    2 nikmat yang menyegarkan dengan serta-merta!

    Menyegarkan anda atau menyegarkan badan.

    Alasan: Kata Kerja transitif (kkt) perlu diikuti oleh kata nama atau frasa nama sebagai objek. Dalam hal ini,

    menyegarkan (kkt) diikuti objek selepasnya.

    3 Awas, selekoh merbahaya! Awas, selekoh berbahaya.

    Alasan: kesalahan imbuhan mer-, dalam BM tiada imbuhan mer-. Oleh itu yang sebetulnya berbahaya

    4 Pemenangnya adalah.... Pemenangnya ialah..

    Alasan: selepas kata pemeri ialah perlu ada kata nama. Adalah untuk kata sendi, kata hubung, kata adjektif

    5 memperkukuhkan memperkukuh

    Alasan: memper- atau diper- + kata adjektif tidak perlu akhiran kan. memperkukuh bermaksud menjadi lebih

    kukuh

    6 ...dibawah tajuk... di bawah

    Alasan: kata sendi nama di untuk kata arah perlu dijarakkan.

    7 di dalam gambar atau dalam gambar dalam gambar

    Alasan: di dalam (benda beruang/ bilik), dalam (tiada ruang)

    8 di hari raya pada hari raya

    Alasan: di untuk tempat, pada merujuk masa

  • 9 pemain bola sepak ternama itu terpaksa memohon maaf di atas kesilapannya

    menendang bola ke luar pintu gol lawannya

    atas

    Alasan: atas untuk benda yang tidak mempunyai ruang

    10 mereka-mereka yang ada mereka yang ada

    Ulasan: kesilapan kata nama yang bermaksud jamak, mereka-bermaksud banyak, jadi tak perlu diulang

    11 mengenai Perkataan ini dwifungsi bergantung pada ayat.

    1. Datuk bercerita mengenai kisah silamnya. (mengenai ialah kata sendi nama)

    2. Bola itu mengenai palang gol. (mengenai ialah kata kerja transitif, ayat boleh dipasifkan)

    12 redha atau reda reda sebutannya /rda/

    Rujukan PRM: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=reda

    13 penggunaan kata pemeri ialah dan adalah ialah: digunakan pada Frasa Nama (FN) atau Kata Nama (KN)

    adalah: Frasa Adjektif (FA), Frasa Sendi Nama (FSN), kata hubung (untuk)

    14 Dia adalah merupakan nenek saya. Salah penggunaan adalah, sepatutnya merupakan kerana merupakan berfungsi sebagai kata sendi nama.

    15 berbagai iklan berbagai-bagai iklan / pelbagai iklan

    16 pisang goreng atau goreng pisang HUKUM DM, kita makan pisang atau kita makan goreng? Tentulah pisang. Makan apa? Pisang. Jadi pisang apa?

    Pisang goreng.

    17 dikejari atau dikejarkan Aktifkan ayat dahulu,

    1. Ali mengejar perompak. 2. Penduduk kampung mengejarkan Ali ke hospital.

    (mengejari) tiada dalam kamus. 3. Perompak itu dikejar oleh Ali. 4. Ali dikejarkan ke hospital bukannya dikejari.

    18 i. Saya minta maaf dari awak. ii. Saya minta maaf daripada awak. iii. Saya minta maaf kepada awak.

    iv. Saya minta maaf ke awak.

    ii

    Alasan: meminta sesuatu daripada orang, memberi sesuatu kepada orang

    19 baharu atau baru baru: masa (kata bantu) 1. Pak Mat baru pulang dari kebun.

    baharu : benda yang terkini (kata adjektif)

    2. Ayah membeli kereta baharu.

  • 20 Sudah lama Pak Amin merasa bimbang tinggal di rumah usang itu

    Berasa

    Alasan: berasa: perasaan (feel)

    merasa: deria (taste)

    21 Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun

    ianya (perkahwinan sejenis, dilarang sama sekali) sepatutnya Kereta itu sungguh mahal kerana kereta itu

    diimport dari Jepun.

    Alasan: golongan kata ganti nama diri yang ketiga, tidak boleh bergabung, digunakan untuk orang sahaja seperti:

    1. Dia (ia) membeli buku itu.

    22 sebuah janji Satu janji

    Alasan: Sebuah diibaratkan penjodoh bilangan, janji ialah kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak

    berbilang, tak boleh diikuti penjodoh bilangan

    23 Banyak pendapat yang mengatakan bahawa tugas menguruskan rumahtangga ialah tugas wanita. Manakala lelaki pula bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Walau bagaimanapun banyak faktor yang memungkinkan kita merubah pandangan tersebut.

    Kesalahan Pertama: rumahtangga Sebab Kesalahan: perkataan "rumah tangga" merupakan kata majmuk yang tidak mantap. Oleh itu, mestilah dieja

    secara terpisah. Pembetulan: rumah tangga

    Kesalahan Kedua: ...tugas wanita. Manakala lelaki...

    Sebab Kesalahan: "Manakala: merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua ayat setara dan

    tidak boleh meletakan di hadapan ayat. Pembetulan: ...tugas wanita manakala lelaki....

    Kesalahan ketiga: ...merubah pandang.

    Sebab kesalahan: kata dasar bagi perkataan "merubah" ialah "ubah". Oleh itu, imbuhan "meng-" mestilah

    digunakan kerana tidak mempunyai imbuhan "mer-" dalam Bahasa Melayu.

    Pembetulan: ...mengubah pandangan.

    24 nasi belauk atau nasi berlauk nasi berlauk, pengaruh dialek Kelantan

    25 Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati.....

    3 kesalahan iaitu:

    a) memakmur rakyat (x) , memakmurkan rakyat (/) b) mensejahtera rakyat (x), menyejahterakan rakyat (/)

    c) sebuah janji ditepati (x), janji ditepati (/)

    26 premis atau permis premis

    ada 2 maksud:

  • 1. sesuatu pernyataan dsb yang diandaikan (dianggap) sebagai benar

    2. bangunan dan kawasan menguruskan perniagaan

    Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=premis

    27 pada masa kini atau pada masa ini kini atau pada masa ini

    Alasan: kini bermaksud sekarang ini atau masa ini, oleh itu lewah jikalau pada masa disusuli oleh kini

    28 adalah dengan ini dimaklumkan dengan ini dimaklumkan / dimaklumkan bahawa

    Alasan: kata pemeri adalah tidak boleh berada di hadapan kata kerja

    29 Rumah itu dinaiki air Betul, ayat ini ayat pasif. Ayat aktifnya:

    Air menaiki rumah itu.

    30 ibu mertua atau ibu mentua ibu mentua

    Alasan: kata dasar [tua] diimbuhkan oleh imbuhan meN- dalam bM tiada imbuhan mer-.

    31 Kura-kura itu berjalan dengan perlahan sekali.

    Dengan sebagai kata sendi nama atau kata

    hubung?

    ..berjalan dengan perlahannya (dengan sebagai kata sendi nama)

    ..berjalan perlahan sekali (perlahan sebagai kata adverba)

    32 Pihak Jabatan Alam Sekitar mengesahkan bahawa air sungai itu tercemar oleh sisa

    toksik.

    Ayat ini betul

    33 Penglihatan Pak Abu semakin (berkunang-kunang /bersuram-suram) sejak dia disahkan

    menghidap diabetes setahun yang lalu.

    Berkunang-kunang: tidak dpt melihat dgn tepat kerana terlalu pening dll; sebentar terang dan sebentar suram

    (ttg pandangan); berpinar-pinar. (KPEK2)

    Bersuram-suram tiada makna dalam kamus.

    34 1. A.bukan pergi ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Pangkor.

    B.bukan pergi ke Pulau Langkawi tetapi ke Pulau Pangkor.

    2. A. berkurun lamanya tersimpan di dalam lautan itu.

    B. berkurun lama tersimpan dalam lautan itu.

    1 B dan 2A.

    Alasan: 1B. dua frasa sendi nama yang setara

    2A. di dalam (laut-mempunyai ruang)

    35 cuba kau jelaskan kepada.. Bentuk klitik atau singkat, kau kena rapat dalam penulisan seperti:

  • Cuba kaujelaskan kepada..

    36 teladan atau tauladan Teladan: perbuatan yang patut diturut atau diikut. (KPE2)

    Perangainya yang lemah lembut itu menjadi teladan kepada teman-temannya.

    Entri tauladan disamakan dengan teladan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (KDE4). Umumnya diketahui

    bawaha kamus yang terbaik ialah Kamus Pelajar Edisi Kedua (KPE2)

    37 menemukan atau menemui menemukan (benda) , menemui (manusia)

    1. Awanis Natasha menemukan tas tangannya di bawah katil kakaknya.

    2. Murid itu menemui gurunya untuk bertanya tentang soalan yang sukar.

    38 melaksanakan atau memperlaksanakan Melaksanakan: 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan

    dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini.

    Entri memperlaksanakan tiada dalam kamus

    39 Pada pandangan saya, kata 'pelbagai' menyalahi aturan nahu bahasa Melayu. Hal

    ini dikatakan demikian kerana pembentukan kata tersebut yang bersifat rancu tidak

    seperti imbuhan contoh di bawah: pel + ajar = pelajar yang berkorelasi dengan imbuhan bel- + ajar = belajar. Namun pelbagai yang

    pembentukan kata ialah pel- + bagai = pelbagai tidak berkorelasi dengan imbuhan bel- yang sepatutnya bel- + bagai = belbagai

    tetapi menjadi ber- + bagai= berbagai. Berbagai berkorelasi dengan perbagai.

    Adakah pelbagai merupakan bentuk yang rancu atau tidak atau sebagai variasi

    daripada berbagai?

    Berbagai perlu digandakan bagi mendapat makna seperti berbagai-bagai.

    Perbagai merupakan varian daripada pelbagai, kedua-dua perkataan ini yakni pelbagai=perbagai dapat

    digunakan.

    40 Wang beribu ringgit. Budak itu tidak beribu. Betulkah ayat yang kedua? Atau perlu

    disenggang?

    Wang beribu-ribu ringgit (perlu digandakan)

    Budak itu tidak beribu. (ayat ini betul kerana beribu maksudnya ada ibunya atau mempunyai ibu)

    41 Golongan kata yang berubah makna:

    1.Hulubalang itu amat kuat ketika beradu

    tenaga dengan Panglima Hitam.

    Ayat 1 -kuat sebagai kata adjektif .

    Ayat 2- kuat sebagai kata adverba.

    Alasan: Hal ini dikatakan demikian kerana sifat kata

  • 2. Lelaki tua itu sakit kuat kerana menderita

    penyakit kanser otak. tersebut dalam ayat. Kata adjektif boleh menjadi kata

    adverba apabila diteliti lakuannya dalam ayat. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata

    adjektif dan kata adverba yangg lain.

    42 Sejak sebagai kata hubung dan kata sendi nama

    a) Cikgu Rosdi telah berkhidmat di sekolah itu sejak tahun 2006.

    b) Kehidupan Nasri bertambah baik

    sejak menjadi penternak lembu di daerah Rembau.

    a) Sebagai kata sendi nama (tahun) ialah kata nama

    b) Sebagai kata hubung keterangan (ada 2 klausa iaitu 1. Kehidupan Nasri bertambah baik 2. Sejak menjadi penternak lembu di daerah Rembau.

    (begitu juga dengan, bagi, hingga, sampai yang dwifungsi)

    43 panggilan bos atau boh Tidak molek, semolek-moleknya dipanggil encik atau tuan. Bos ialah kata yang rendah tarafnya.

    44 hatiku terguris atau hatiku tergores? hatiku tergores

    Alasan: Ini berdasarkan makna, gores bermaksud garis yang agak panjang atau calar. Dalam konteks ini, hatiku tercalar.

    Terguris tiada makna kerana entri guris tidak wujud.

    45 menjawab dan menjawap, yang manakah yang betul?

    Menjawab

    Alasan:jawab wujud dalam kosa kata, jawap tiada tetapi ini sebagai variasi. Untuk kata terbitan, jawapan lebih elok dan gramatis daripasa jawaban. Yang betul ialah menjawab. Contoh: menjawab soalan

    46 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

    Salah.

    Alasan: Kata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti oleh objek. Walau bagaimanapun, terdapat ayat yang dibolehkan atas dasar gaya bahasa seperti

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih.

    47 Ayat pasif

    a) Ayat pasif kata ganti nama

    Ayat pasif ini terdiri daripada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama (KGND1), kata ganti nama diri kedua (KGND2) dan kata ganti nama diri ketiga (KGND3). Perbedaan penggunaan ayat pasif bagi KGND 1&2

    berlainan dengan KGND 3. Perkara ini merujuk pada bentuk aktif iaitu meN-, meN-...-i/kan, memper-, memper-...kan yang pasifnya ialah penanda di-. Contohnya:

    1)KGND 1 / KGND 2 a)Buku itu telah saya beli.

    b)Perkara itu mesti engkau selesaikan.

    2)KGND 3 a)Kereta itu dipandu olehnya.

  • b)Pen itu dihadiahkan oleh beliau.

    b) Ayat pasif dengan kata bantu "kena"

    Untuk ayat pasif ini, kata kerja dasar iaitu tiada imbuhan seperti "tembak, pukul dan lain-lain" yang

    didahului oleh kata bantu "kena". Kata sendi "oleh" perlu digunakan untuk yang berpelaku. Contohnya:

    1)Perompak itu kena tangkap semalam. (tiada pelaku) 2)Perompak itu kena tangkap oleh polis semalam. (ada pelaku iaitu polis)

    c) Ayat pasif berimbuhan

    Ayat pasif berimbuhan terbahagi kepada tiga iaitu awalan beR- dan teR- serta apitan ke-...-an.

    1)Awalan beR- (Penggunaan KGND tidak diperlukan) a)Baju itu sudah berbasuh.

    b)Meja yang kotor itu belum berlap.

    2)Awalan teR- (untuk KGND, semua KGND boleh mengikuti kata kerja pasif teR-)

    a)Batu yang berat itu tidak terangkat olehku. (KGND 1) b)Buku tatabahasa itu terambil oleh beliau. (KGND 3)

    3)Apitan ke-...-an

    a)Petani itu kehujanan. (kehujanan = ditimpa oleh hujan) b)Artis yang cantik itu kepanasan di tengah padang. (ditimpa oleh panas)

    48 1. Kecantikan gadis itu tidak tergambar oleh saya.

    2. Buku nahu itu telah saya beli.

    Aktifkan ayat 1 & 2, kemudian jawapannya ditemukan. Kedua-dua ayat betul.

    49 Bolehkah kata sendi nama berada di hadapan ayat?

    Boleh, sebenarnya bukan kata sendi sahaja boleh berada di hadapan ayat, kata hubung juga boleh dengan syaratnya kita memahami susunan ayat. Hal ini dikatakan demikian kerana ayat tersebut dalam kedudukan songsang. Contoh:

    1. Dengan kasut baharu, larian Khaidir bertambah laju.

    2. Kerana hujan turun dengan lebatnya, Amir tidak pergi ke sekolah.

    50 Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk memancangkan klausa yang tidak setara pada klausa utama. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga yakni kata hubung pancangan relatif

    (KHR), kata hubung pancangan komplemen (KHK) dan kata hubung pancangan keterangan (KHKet).

    A) Kata Hubung Pancangan Relatif Terdiri daripada satu jenis iaitu "yang". Kata hubung ini menghubungkan penyataan yang berkaitan.

    Contohnya: 1. Datuk membeli keris yang berkarat itu.

    2. Yang berkereta biru itu ayah saya.

    Kata Hubung Pancangan Komplemen

    Terdiri daripada dua jenis iaitu "bahawa" dan "untuk". Contohnya: 1. Pihak polis berpendapat bahawa kematian lelaki itu disebabkan oleh racun serangga.

    2.Untuk menangani masalah pembuangan bayi di Malaysia amatlah sukar.

  • C) Kata Hubung Pancangan Keterangan Digunakan untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Terdapat

    pelbagai jenis kata hubung jenis ini antaranya ketika, andai kata, tatkala, apabila, dengan, semasa,

    semoga, manakala, kerana, sejak, semenjak, walaupun dan sebagainya. Contohnya: 1.Nisha menangis tatkala mendengar perkhabaran yang menyedihkan itu.

    2. Cikgu Zainudin mampu memiliki motosikal berkuasa besar sungguhpun bekerja sebagai guru. 3. Kami ketawa besar apabila Amir membuat lawak di dalam kelas.

    4. Semua burung tekukur pulang ke sarang apabila waktu senja tiba. 5. Nuraz berdoa semoga dia berkahwin dengan jejaka itu.

    51 Ayat Majmuk Komplemen Yang Disongsangkan 1. Dimaklumkan bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan.

    Ayat (1) berasal daripada ayat (1a) iaitu:

    1a. Pengetua memaklumkan bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan. (aktif)

    1b. Bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan dimaklumkan oleh pengetua. (pasif)

    1c. Bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan dimaklumkan. (pasif pengguguran KGN3)

    Untuk ayat (1c) subjeknya ialah "Bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan" manakala predikatnya

    pula "dimaklumkan" yang bersusunan biasa.

    Ayat (1c) yang berbentuk pasif disongsangkan, menjadi ayat seperti nombor 1. 52 Adakah penjodoh bilangan untuk cinta

    misalnya sebuah cinta yang abadi dikatakan betul?

    Tidak benar sama sekali, penjodoh bilangan tidak diperlukan dalam frasa yang saudara nyatakan. Hal ini

    dikatakan menyalahi peraturan tatabahasa. Antara contoh yang sering ditemukan adalah seperti yang

    berikut: sebuah cinta (x), sebuah harapan (x), beberapa buah cadangan

    Kata nama abstrak ini boleh disertai oleh kata bilangan di depannya, namun penjodoh bilangan tidak boleh

    sama sekali. Contohnya: beberapa gangguan, beberapa cadangan, satu pendapat, banyak pendapat dan

    sebagainya.

    53 Antara frasa yang salah dalam bahasa Melayu yang sering digunakan oleh pengguna bahasa:

    pusat membeli-belah (x) , pusat beli-belah (/) pusat mencuci kereta (x), pusat cuci kereta (/)

    pertandingan menyanyi (x), pertandingan nyanyian (/) pertandingan memasak (x), pertandingan masakan (/)

    pertandingan bercerita (x), pertandingan penceritaan (/) 54 "ia" digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga sahaja. Contohnya:

    1. Hari ini ia tidak datang ke sekolah kerana demam.

    Kata "ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk "benda", "binatang" dan sebagainya. Penggunaan contoh

  • "ia" yang salah.

    2. *Abang membeli kereta baharu. Ia diimport dari Jepun. (sepatutnya kereta itu)

    3. *Kambing itu dilanggar oleh lori. Kambing disembelih oleh Pak Mat sebelum ia mati.

    (sepatutnya haiwan itu atau kambing itu) 55 Kesalahan Hukum DM

    Pengguna bahasa sering melakukan kesalahan bahasa yang lazimnya melibatkan Hukum DM. Hukum DM

    ialah peraturan diterangkan dan menerangkan. Bahasa Melayu berbeda daripada bahasa Inggeris yang menggunakan Hukum MD. Oleh itu, kita perlu mengelakkan peniruan aturan bahasa Inggeris. Antara

    kesalahan Hukum DM ialah:

    mini bas (x) - bas mini (/) Dr. Ho Klinik (x) - Klinik Dr. Ho (/)

    Ulam Raja Restoran (x) - Restoran Ulam Raja (/)

    lain-lain hal (x) - hal-hal lain (/) goreng pisang (x) - pisang goreng (/)

    siber kafe (x) - kafe siber (/) kredit kad (x) - kad kredit (/)

    alat penghawa dingin (x) - alat pendingin hawa atau alat penyaman udara (/)

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian dalam hukum DM seperti frasa di bawah yang

    berupakan hukum MD tetapi diterima penggunaannya dalam bahasa Melayu. Antara contohnya adalah seperti yang berikut:

    perdana menteri (/) - menteri perdana (x)

    naib presiden (/) - presiden naib (x)

    ibu pejabat (/) - pejabat ibu (x) 56 Ayat Tergantung

    Pengguna bahasa sering melakukan kesilapan apabila membina ayat kerana ayat yang terbina biasanya ayat tergantung. Ayat tergantung bermaksud ayat yang tiada subjek atau tiada predikat atau tiada

    klausa utama. Contohnya: 1. Ayat yang ketiadaan subjek atau predikat.

    a) Melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat golongan remaja untuk masa hadapan. b) Ini kerana perkara itu sangat susah.

    2. Ayat yang ketiadaan klausa utama.

    a)Semoga awak berjaya dalam peperiksaan itu.

    b)Oleh sebab isu itu belum dimuktamadkan lagi. 57 p....pukul,memukul,dipukul,pukulan

    p....panjat, memanjat, dipanjat, panjatan p....pamer,mempamerkan,dipamer,

    pameran...(mempamerkan tidak hilang "p") p....pasti, memastikan, dipastikan, kenal pasti, mengenalpastikan, (mempastikan

    >SALAH KERANA TIADA DALAM tesaurus BM)

    Berkaitan dengan hukum PTKS. Huruf PTKS hilang namun ada juga kekecualian untuk untuk kata

    pinjaman, kata tiga suku kata dan konsonan rangkap. Contohnya: kata pinjaman (transformasi)

    =mentransformasikan, untuk kata tiga suku kata (korporat)=mengorporatkan, untuk konsonan rangkap

    (kristal) =mengkristalkan

    Sekadar contoh, mengkaji, mengkatalog, mengkritik, menternak, menteori, mentalak, memplagiat, memprotes,mensabotaj, menservis, menskru.

  • 58 Frasa kerja yang sering menjadi kekeliruan pengguna bahasa adalah seperti yang berikut: (x) menceritakan tentang kisah itu (/) menceritakan kisah itu (x) berdasarkan pada bukti (/) berdasarkan bukti @ berdasar pada bukti

    (x) muncul juara (/) muncul sebagai juara

    (x) berjumpa nenek (/) berjumpa dengan nenek (x) masuk hutan (/) masuk ke hutan

    59 Kata penegas ialah kata partikel yang berfungsi untuk menegaskan atau menekankan bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas adalah seperti yang berikut: -kah, -tah, -lah, juga, jua, pun, hanya, sahaja,

    lagi dan memang. Ayat contoh:

    1. Siapakah yang mengambil buku itu? 2. Gadis itu apatah lebihnya.

    3. Dialah yang mencuri telefon itu. 4. Lelaki tua itu mengengsot juga walaupun dia tidak dapat berjalan.

    5. Bekas kekasih Alia datang jua ke majlis persandingan Alia.

    6. Cikgu Kassim pun turut menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa bencana alam di Sumatera Utara.

    7. Kelajuan kereta itu sama sahaja dengan kelajuan kereta Mitsubishi Lancer. 8. Pak Long memperoleh cucu lelaki lagi.

    9. Mahaguru silat itu memang mahir dalam kemahiran berkerambit.

    Kata penegas "hanya" dan "sahaja" tidak boleh berada dalam satu ayat kerana kedua-dua kata penegas

    ini membawa fungsi yang sama. Contohnya: 1. Baju ini hanya untuk nenek sahaja. (x)

    2. Baju ini hanya untuk nenek. (/) 3. baju ini untuk nenek sahaja. (/)

    60 Sebagai pengguna bahasa, kita perlulah menggunakan peribahasa dalam tulisan mahupun penulisan. Perkara ini penting kerana peribahasa ialah peninggalan bangsa Melayu. Peribahasa ialah frasa atau ayat yang membawa maksud tertentu. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,

    bidalan, bandingan dan kiasan serta kata-kata hikmat. Antara contoh peribahasa adalah seperti yang berikut:

    a. Simpulan bahasa - ringan tulang, berat mulut, hati batu, kaki bangku

    b. Perumpamaan- bagai anjing dengan kucing, seperti rusa masuk kampung c. Pepatah - berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    d. Bidalan - ada asap adalah api e. Bandingan & Kiasan- baik seperti malaikat, adil seperto hakim

    f. Kata-kata Hikmat- bahasa jiwa bangsa, masa itu emas

    Oleh hal yang demikian, sebagai pengguna bahasa Melayu yang kreatif kita seharusnya selalu

    menggunakan peribahasa. Dalam penulisan, sekiranya murid memasukkan unsur peribahasa, murid berkenaan mendapat markah yang lebih berbanding murid yang tidak memasukkan unsur ini.

    61 harapkan pagar, pagar makan padi, bolehkah pagar makan padi?

    Sebenarnya, isu ini tidak perlu dipolemikkan kerana peribahasa ialah perkara yang tidak logik. Ini dikatakan begitu kerana peribahasa berdasarkan tanggapan atau pemerhatian orang dahulu tentang sesuatu perkara. Sebagai contohnya, kawasan padi boleh jadi dipagarkan untuk mengelakkan haiwan merosakkan padi. Dewasa ini, terdapat beberapa golongan yang menganggap bahawa burung pegar yang makan padi, hal ini tidak salah barangkali di Indonesia memang burung pegar yang makan padi, di Malaysia kita selalu terjumpa dengan burung itu di kawasan tanaman padi?

  • Begitu halnya peribahasa melepaskan batuk di tangga, ada yang berpendapat bahawa yang tepat ialah melepaskan batok di tangga kerana batok ialah gayung. Walau bagaimanapun, orang dahulu selalu berdehem atau melepaskan batuk-batuk sebelum masuk ke rumah untuk memberikan tanda ada orang di halaman rumah. Pada zaman dahulu, belum ada loceng lagi!

    Berpandukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kedua-dua peribahasa ini tetap diterima betul dan tiada mana-mana pihak yang dapat membuktikan kajian bahawa pegar dan batok perlu digantikan. Oleh itu, kita mengikut ketetapan yang dibuat oleh perancang bahasa ini.

    62 mata keranjang atau mata ke ranjang? Yang tepat ialah mata keranjang bermaksud sangat suka melihat perempuan.

    Mata ke ranjang, entri ini tiada dalam kamus. Berpandukan semantik, adakah mata boleh ke ranjang (sejenis tempat tidur)?

    63 pecah dulang paku serpih atau paku repih

    Yang betul paku serpih. Hal ini dikatakan demikian kerana peribahasa ini merujuk mengata atau mencela orang tetapi diri lebih buruk daripada yang dicela.

    Merujuk maksud repih ialah mudah dipatahkan atau dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh; merepih menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-kecil: ~ roti; repihan pecahan (sobekan, potongan, dll) yg kecil-kecil, serpih: banyak orang yg terbunuh terkena ~ bom.

    Dalam hal ini, peribahasa yang tepat pecah dulang paku serpih bukannya paku repih.

    Rujukan PRPM: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paku+serpih

    64 Pengguna bahasa sering terkeliru apabila menggunakan kata nafi antara tidak dengan bukan. Kata nafi terbahagi kepada dua yakni "tidak" dan "bukan". Contoh huraian penggunaan kata nafi adalah seperti

    yang berikut:

    "Tidak" digunakan untuk menafikan frasa kerja atau frasa adjektif. Contoh:

    1. Fahmi tidak bertunang dengan gadis yang bernama Batrishia. 2. Arifah tidak suka akan buah durian.

    "Bukan" digunakan untuk menafikan frasa nama atau frasa sendi nama. Contoh:

    1. Lelaki tua itu bukan ayah saya.

    2. Kapal selam itu bukan dari arah barat.

  • Walau bagaimanapun, kata nafi "tidak" perlu digunakan di hadapan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa kerja. Misalnya:

    1. Ayah tidak ke pejabat semalam.

    Ayat asal adalah seperti yang berikut:

    2. Ayat tidak pergi ke pejabat semalam. (berlaku pengguguran "pergi" menyebabkan ayat menjadi

    seperti nombor 1.

    Di samping itu, kata nafi "tidak" perlu digantikan dengan "bukan" apabila terdapatnya pertentangan

    maklumat. Contohnya:

    Amir bukan pandai tetapi malas orangnya. (/) Amir tidak pandai tetapi malas orangnya. (x)

    85 hal-hal lain, adik-adik lain, barang-barang lain dan sebagainya atau lain-lain hal, lain-lain adik, lain-lain barang

    Yang betul ialah hal-hal lain, adik-adik lain, barang-barang lain dan sebagainya.

    Alasan: Perkara ini mengikut Hukum DM, D perlu didahului barulah M disusuli kerana hukum ini

    berdasarkan struktur frasa dalam bahasa Melayu.

    66 di peringkat atau pada peringkat Yang tepat ialah "di peringkat".

    Alasan: Hal ini dikatakan demikian kerana peringkat berupa konsep kedudukan atau tempat. Namun ada

    sesetengah pihak iaitu Lembaga Peperiksaan Malaysia menggunakan frasa "pada peringkat". Untuk itu, kedua-

    dua frasa boleh digunakan namun yang terbaik ialah "di peringkat".

    67 Yang manakah yang betul, antara dua jam setengah atau dua setengah jam?

    Dua jam setengah.

    Alasan: Untuk kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan untuk

    penghitungan kerana akan membawa kelainan maksud. Selama dua jam setengah (/) selama dua setengah jam ()

    Jawapan untuk 2:30 ialah pada pukul dua tiga puluh

    minit pagi atau petang. Kalau soalan, selama dua jam setengah ( 2 jam 30 minit), atau tempoh tiga jam suku (3 jam 15 minit). Contoh lain, Pisang itu berharga lima

    ringgit setengah. (RM5.50)

    68 Aspek ejaan yang betul: insya-Allah (/) - Insya-Allah (x)

    masya-Allah (/) - Masya Allah (x) assalamualaikum (/) - asalamualaikum (x)

    atlet (/) - atlit (x) bankrap (/) - bangkrap (x)

    bestari (/) - bistari (x)

    bismillah (/) - bisimilah (x)

  • analisis (/) - analisa (x)

    kontinjen (/) - kontigen (x) mi (/) - mee (x)

    naskhah (/) - naskah (x)

    sama ada (/) - samada (x) selesema (/) - selsema (x)

    skuasy (/) - skuash (x) stoking (/) - stokin (x)

    meng-e-mel (/) - mengemel (x) mencintai (/) - menyintai (x)

    69 besh giler Penggunaan frasa ini adalah salah. Frasa ini daripada

    slanga yang sepatut dalam bahasa Melayu sangat seronok.

    70 Frasa sendi nama yang sering mengelirukan pengguna bahasa:

    dari masa ke semasa (x) - dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa (/)

    antara Ali dan Abu (x) - antara Ali dengan Abu (/) selain daripada itu (x) - selain itu (/)

    demi untuk dirinya (x) - demi dirinya atau untuk dirinya (/)

    seperti berikut (x) - seperti yang berikut (/) sejak dari zaman Jepun (x) - sejak zaman Jepun (/)

    di kalangan murid (x) - dalam kalangan murid (/) antara faktor-faktor (x) - antara faktor (/)

    di atas ucapan itu (x) - atas ucapan itu (/) oleh kerana hal itu (x) - oleh sebab hal itu (/)

    dari pagi hingga ke malam (x) - dari pagi hingga malam atau dari pagi ke malam (/) 71 Betulkah penggunaan slogan

    Malaysia boleh? Sepatutnya Malaysia dapat, tetapi sudah menjadi

    kebiasaan penutur.

    Penggunaan boleh berkaitan keizinan manakala dapat berkaitan keupayaan

    72 roda, sepatu, kemeja dan jendela daripada kata bahasa apa?

    Perkataan yang dinyatakan berasal daripada kata Portugis

    73 Yang manakah perkataan yang tidak mengalami perubahan makna?

    I Bini II Hamil III Canggih IV Khalwat

    Jawapan: I dan III

    1. Perubahan makna ialah sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut peredaran masa atau teknologi dan hubungan sosial. Contoh: rawat: Jika dahulu rawat bermakna menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi kini, maknanya meliputi merawat sisa kumbahan, dan pokok (nurseri). 2. Perubahan makna boleh berlaku dari segi perluasan makna dan penyempitan makna. 3. Maksud peluasan makna ialah makna asalnya samakin berkembang dan mempunyai makna-makna baharu.

  • Contoh: Saudara, telah berlaku perkembangan makna dari a - d. a. Adik-beradik seibu dan sebapa. b. Orang mempunyai pertalian darah. c. Orang yang seagama. d. Nama panggilan hormat pada orang tidak dikenali @ tidak mesra @ kakitangan bawahan @ orang yang sama taraf. 4. Penyempitan makna pada asalnya mempunyai makna yang luas tetapi telah mengalami makna yang khusus (kecil). Contoh: Khalwat Dahulu, khalwat bermaksud mengasingkan diri @ bersunyi-sunyian @ bertafakur untuk beramal kepada Allah, tetapi kini khalwat bermaksud berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

    74 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa nama mematuhi Hukum DM?

    a.Ayahnya kini menjadi penolong jurulatih.

    b.Mereka menunggu keputusan daripada ketua hakim.

    c.Pemilik bangunan akan memasang alat pendingan hawa.

    d.Pada bulan hadapan, sekolah saya akan mengadakan mini pameran.

    Jawapannya: C

    a.Penolong jurulatih - penolong ialah unsur yang menerangkan (M) dan jurulatih ialah unsur yang diterangkan (D), yang merupakan inti. Bermakna frasa ini mengikut hukum MD bukan DM seperti yang dikehendaki oleh soalan. b. Ketua hakim - bentuk dan penerangan yang sama seperti di atas.

    d. Begitu juga dengan mini pameran. Unsur inti atau unsur diterangkan (D) ialah pameran dan mini ialah yang menerangkan (M) *Dalam bahasa Melayu, hukum DM digunakan dalam pembentukan kata dan frasa, namun ada beberapa kekecualian, seperti ibu pejabat, Perdana Menteri, dan Naib Setiausaha

    75 Kebiasaan tidak semestinya betul...

    1. mengiyakan (X) ---- mengeyakan (/) 2. definasi (X) ---- difinisi (X) ---- definisi (/)

    3. urusetia (X) ---- urus setia (/) 4. aturcara (X) ---- atur cara (/)

    5. tengahari (X) ---- tengah hari (/) 6. displin (X) ---- disiplin (/)

    7. istirehat (X) ---- istirahat (/) 8. profesyen (X)---- profesion (/)

  • 9. fax (X) ---- faks (/) 10. kebanyakkan (X) ---- kebanyakan (/)

    Maka biasakan yang betul, alah bisa tegal biasa.

    76 Penglibatan atau pelibatan? Pelibatan

    Alasan: pelibatan ---> perihal melibatkan (/) penglibatan ---> perihal menglibatkan (?)

    Oleh sebab tiada perkataan menglibatkan maka tiadalah juga penglibatan.

    77 Perlukah kata sendi nama "oleh" dalam ayat pasif? Dalam ayat pasif, lazimnya kita menemukan kata sendi nama "oleh". Kehadiran "oleh" dalam ayat pasif boleh disifatkan sebagai wajib atau pilihan. Lihat ayah contoh di bawah: 1. Baju itu dibasuh oleh Kasim. 2. baju itu dibasuh Kasim. Walau bagaimanapun, penggunaan "oleh" diwajibkan apabila frasa 'oleh + frasa nama' terpisah kerana didahului oleh frasa lain atau sesuatu kata. Contohnya: 3. Nasi lemak dibeli pagi tadi oleh ayah. 4. *Nasi lemak dibeli pagi tadi ayah. Ayat yang bernombor 4 adalah salah dari segi nahu kerana kekaburan makna berlaku. Di samping itu, ayat pasif dengan kata kerja pasif "kena" yang diperluas dengan frasa nama mestilah meletakkan kata sendi nama "oleh". Contohnya: 5. Penjenayah itu kena tembak oleh polis. 6. *Penjenayah itu kena tembak polis. Ayat yang bernombor 6 apabila pengguguran "oleh" menjadikan ayat pasif itu tidak gramatis. Seterusnya, apabila subjek ayat dalam ayat majmuk merupakan kata ganti nama diri atau frasa lain, penggunaan "oleh" tidak boleh digugurkan. Contohnya: 7. Wasiat itu harus disempurnakan oleh Abu atau Ali. 8.* Wasiat itu harus disempurnakan Abu atau Ali. Terdapat juga kekaburan makna apabila pengguguran "oleh" dalam frasa kerja pasif "dibeli ayah" kerana frasa ini membawa makna pelaku atau penerima. Teliti ayat contoh di bawah: 9. Buku tatabahasa ini dibeli ayah. 10. Buku tatabahasa ini dibeli oleh ayah. (makna "pelaku") 11. Buku tatabahasa ini dibeli untuk ayah. (makna "penerima") Kesimpulannya, kata sendi nama "oleh" perlu digugurkan atau tidak bergantung pada konteks ayat pasif tanpa merosakkan binaan atau makna ayat. Hal ini penting kerana kekaburan makna dapat dielakkan.

    78 Kata Penguat Kata penguat terbahagi kepada tiga iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan

  • kata penguat bebas. Kata penguat berfungsi untuk menguatkan kata adjektif atau kata kerja yang berfungsi sebagai kata adjektif. Kata Penguat Hadapan Kata penguat ini mestilah diletakkan di hadapan kata atau frasa adjektif. Kata penguat hadapan adalah seperti yang berikut: begitu, lebih, demikian, cukup, makin, semakin , agak, terlalu dan kurang. Contoh penggunaan dalam ayat pula: 1. Aliza begitu cantik apabila bergaya dengan pakaian baharu. 2. Hasil seni Ah Meng lebih baik daripada hasil seni Marian. 3. Harga buah jambu itu tak demikian mahal. 4. Udara di pedalaman Sabah cukup sejuk apabila waktu malam tiba. 5. Kereta Proton Preve makin mahal setelah mendapat sambutan hangat daripada pembeli di Singapura. 6. Maniam semakin kurus semenjak datuknya meninggal dunia tahun lalu. 7. Harga buku itu terlalu mahal jika dibandingkan harga novel ini. 8. Guru itu agak kecewa apabila keputusan PMR tidak menepati sasarannya. 9. Menteri itu terlalu sombong kerana status beliau. 10. Adila kurang cekap dalam pengiraan Matematik. Kata Penguat Belakang Kata penguat belakang perlu diletakkan di belakang kata atau frasa adjektif. Kata penguat belakang ialah benar, betul, nian dan sekali. Contoh penggunaan kata penguat ini dalam ayat: 1. Gadis itu jujur benar. 2. Pemandangan di tepi pantai ini cantik nian. 3. Keputusan SPM Munirah teruk betul. 4. Penjenayah itu kejam sekali. Kata Penguat Bebas Kata penguat bebas boleh hadir di hadapan atau di belakang kata atau frasa adjektif. Kata penguat jenis ini ialah amat, sungguh dan sangat. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pelajar itu sangat pandai. 2. Pelajar itu pandai sangat. 3. Nadia sungguh cantik. 4. Nadia cantik sungguh. 5. Pemain bola sepak itu amat lincah. 6. Pemain bola sepak itu lincah amat. * Hanya kata penguat bebas dibolehkan hadir dengan kata penguat belakang. Contohnya: sangat indah nian, sungguh bijak sekali, amat lurus betul.

    79 Kata Seru Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan ragam perasaan seperti sedih, marah, geram, terkejut, kecewa, sindiran, sakit, takut dan sebagainya. Kata seru digunakan dalam ayat seruan dan diakhiri tanda seru (!). Kata seru contoh adalah seperti yang berikut: wah, amboi, cis, aduh, eh, aduhai, wahai, oh, eh, syabas, celaka dan berbagai-bagai lagi. Contoh penggunaan kata seru dalam ayat:

  • 1. Wahai rakanku, marilah kita menolong orang tua itu! 2. Amboi, cantik betul kamu hari ini! 3.Syabas, kemenangan ini amat membanggakan kami! 4.Aduh, sakitnya kakiku! 5. Oh Tuhan, berikan aku semangat untuk menghadapi dugaan-Mu! 6. Cis, berani engkau menganggu kekasihku! Oleh itu, gunakan kata seru dengan betul. Antara penggunaan kata seru yang salah seperti contoh di bawah: 1. Eh abang, mari kita ke sana! 2. Aduhai!Kasihan pengemis itu.

    80 Kata Perintah Kata perintah merupakan kata yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap arahan, suruhan, larangan, silaan atau permintaan serta tegahan. Kata perintah terbahagi kepada tiga iaitu : 1. Silaan / Jemputan (ayuh, jemput, sila) a. Ayuh kita pergi ke sana. b. Jemput makan kuih itu. c. Sila letakkan borang ke dalam kotak itu. 2. Permintaan (harap, minta, tolong) a. Harap surat ini dipanjangkan kepada Tok Penghulu Hassan. b. Minta semua murid berdiri untuk menyanyikan lagu negara kita. c. Tolong ambilkan ibu air kopi itu. 3. Larangan (jangan, usah) a. Tolong hantarkan buku ini kepada Tuan Khalis. b. Usah diingati peristiwa yang menyayat hati itu. Kata perintah tidak boleh bergabung secara berturutan dalam satu ayat kerana salah dari segi nahu. Contohnya: a. *Tolong jangan merokok di sini. b. *Tolong minta Mak Yah menggoreng pisang itu. c. *Harap jangan berbuat bising di dalam kelas ini.

    81 Kata-kata aluan atau kata alu-aluan? Yang sebetulnya ialah "kata alu-aluan".

    Alasan: Hal ini dilihat dari segi takrif "alu" yakni bermaksud "antan". Kata dasar yang tepat ialah

    "alu-alu" yang bermaksud "kata-kata yang digunakan untuk mengucapkan selamat datang

    dan menyatakan hormat kepada hadirin 82 Kesalahan dalam kata majmuk:

    tentatif program (x) - program tentatif (/)

    urus tadbir (x) - tadbir urus (/) kata-kata aluan (x) - kata alu-aluan (/)

  • temu janji (x) - janji temu (/) purata markah (frasa nama) - markah purata (kata majmuk)

    Terdapat peraturan tertentu untuk kata majmuk yang digandakan atau menerima imbuhan.

    Contoh penggunaannya:

    Kata majmuk yang digandakan: 1. Berbentuk mantap atau makna kiasan hendaklah digandakan seluruh perkataan. Misalnya:

    warga-warganegara (x) - warganegara-warganegara (/) setia-setiausaha (x) - setiausaha-setiausaha (/)

    anak-anak angkat (x) - anak angkat-anak angkat (/)

    2. Rangkai Kata Bebas hendaklah digandakan perkataan pertama sahaja. Misalnya: jam tangan-jam tangan (x) - jam-jam tangan (/)

    balai bomba-balai bomba (x) - balai-balai bomba (/) penolong kanan-penolong kanan (x) - penolong-penolong kanan (/)

    Kata majmuk yang menerima proses pengimbuhan:

    1. Awalan Perlulah dieja secara terpisah. Contohnya:

    mencari gali (/) - mencarigali (x) dicetak rompak (/) - dicetakrompak (x)

    2. Akhiran

    Perlulah dieja secara terpisah. Contohnya: daya serapan (/) - dayaserapan (x) jadual harian (/) - jadualharian (x)

    3. Apitan

    Perlulah dieja secara bercantum. Contohnya: dikemaskinikan (/) - dikemas kinikan (x)

    memuatnaikkan (/) - memuat naikkan (x) 83 Penggunaan "semoga".

    Semoga ialah kata hubung pancangan keterangan. Kita sering terdengar orang mengucapkan "semoga anda berjaya, semoga kamu sentiasa sihat dan sebagainya. Sebenarnya, penggunaan yang dinyatakan di atas adalah salah. Hal ini dikatakan demikian kerana 'semoga" merupakan kata hubung. Oleh hal yang demikian, perlu adanya ayat utama. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: Ayat Utama: Saya berdoa Ayat Keterangan: awak memperoleh keputusan yang cemerlang. Kata hubung: semoga Ayat penuh: Saya berdoa semoga awak memperoleh keputusan yang cemerlang. Oleh itu, tidak perlu kita menggunakan "semoga awak berjaya". Biasakan yang betul. Insya-Allah tatabahasa kita semakin mantap.

    84 ..menjaringkan gol..atau menjaringkan Kedua-dua dapat digunakan kerana medan

  • bola..? semantiknya hampir sama. 85 Sekejap mata atau sekelip mata? Kedua-dua perkataan ini dapat digunakan kerana

    medan maknanya berkorelasi.

    Sekelip mata=sekejap mata=sesaat 86 Konco atau kuncu? Konco

    Alasan: konco bermaksud orang yg sama-sama melakukan sesuatu; kawan; teman: Dia dan ~-~nya

    telah diberkas oleh polis. (KPE2)

    Kuncu diberikan maksud yang sama dengan konco oleh (KDE4). Walau bagaimanapun, yang baku diterima

    konco.

    87 Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia? Sebenarnya istilah yang tepat ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, sebab politik, kalangan ahli politik mempopularkan bahasa Malaysia atas dasar kebersamaan. Namun begitu, bahasa yang tepat

    ialah bahasa Melayu kerana hal ini termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 152.

    Tiada sebarang pindaan untuk Perkara 152. 88 Kelewahan Kata Adjektif dalam Imbuhan memper- .

    Kata adjektif dikenal sebagai kata sifat. Hal ini dikatakan demikian kerana kata adjektif menerangkan sifat kata nama. Kata adjektif seperti cepat, lambat, kemas, elok dan seumpamanya apabila menerima imbuhan memper- tidak perlu ditambah akhiran -kan. Penambahan akhiran -kan menghasilkan bentuk yang lewah atau menyalahi rumus nahu bahasa Melayu. Oleh itu, bentuk yang betul adalah seperti di bawah: mempercepat (/) - mempercepatkan (x) - mencepatkan (/) memperlebar (/) - memperlebarkan (x) - melebarkan (/) memperluas (/) - memperluaskan (x) - meluaskan (/) memperdalam (/) - memperdalamkan (x) - mendalamkan (/) Ayat contoh: 1. Pak Mat memperdalam perigi di belakang rumahnya. (/) 2. Pak Mat memperdalamkan perigi di belakang rumahnya. (x) 3. Pak Mat mendalamkan perigi di belakang rumahnya. (/)

    89 Kekeliruan tentang "banyak" dengan "ramai".

    "Banyak" dan "ramai" dikategorikan dalam kata bilangan tak tentu. Kata bilangan tak tentu

    berfungsi sebagai pengiraan untuk jumlah yang tidak tentu dan lazimnya kata bilangan ini

    bermaksud jamak. Sekarang, mari kita teliti ayat contoh di bawah:

    a. Banyak kain berlonggok di atas meja itu.

    b. Banyak guru yang terlibat dalam skim cepat kaya itu.

  • c. Pengetua telah menyemak banyak buku rekod pengajaran untuk penilaian beliau.

    d. Kita mesti banyak minum air ketika cuaca tidak menentu.

    f. Ramai penonton memenuhi pentas itu untuk melihat kecantikan puteri raja itu.

    g. Ramai orang yang berpusu-pusu ke stadium bagi mendengar ceramah yang disampaikan

    oleh Ustaz Azhar Idrus.

    Sebagai rumusan, "banyak" digunakan untuk jumlah atau kuantiti yang tidak tentu dan

    merujuk manusia serta bukan manusia. "Ramai" pula lebih merujuk manusia dan suasana

    sesuatu tempat. 90 Termenung jauh sejauh-jauhnya atau

    termenung sejauh-jauhnya? Frasa yang tepat ialah "termenung jauh-jauh".

    Alasan: Hal ini dianologikan seperti frasa "membuang jauh-jauh", "melontar jauh-jauh" dan

    sebagainya. "Jauh-jauh" bermaksud sejauh mungkin. "Jauh" pula membawa maksud tidak

    dekat jaraknya. Dari segi lakuan ayat, termenung ialah kata kerja manakala kata ganda yang

    mengikutinya ialah kata adverba. 91 Selamat bertemu kembali? Betul. Ayat penuhnya ialah "Saya mengucapkan

    selamat bertemu kembali kepada Ali." Hal ini dikatakan demikian kerana maksud "selamat" ialah ucapan.

    Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=selamat+

    92 Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan jangan pernah dalam ayat ini sesuai atau tidak?

    Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah; manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali: Jangan *sesekali berkasar terhadap ibumu. Khidmat Nasihat DBP, 17 Januari 2013. (*Ungkapan yang tepat ialah sekali-kali.)

    93 Ayat Pasif Songsang Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kedua Seperti yang sedia maklum, ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua berbeza penggunaannya dengan kata ganti nama diri ketiga. Sila teliti ayat di bawah: 1. Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kedua a) Bola itu saya sepak. b) Buku itu mesti engkau baca. 2. Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga a) Bola itu disepak oleh beliau. b) Buku itu dibaca olehnya.

  • Kita teliti ayat aktif untuk kata ganti nama diri pertama & kedua serta ketiga. a) Saya menyepak bola itu. b) Engkau mesti membaca buku itu. c) Beliau menyepak bola itu. Apabila ayat aktif dipasifkan menghasilkan bentuk di bawah: a') Bola itu saya sepak. b') Buku itu mesti engkau baca. c') Bola itu disepak oleh beliau. Seterusnya, apabila ayat pasif disongsangkan menjadi ayat seperti di bawah: a'') Saya sepak bola itu. b'') Mesti engkau baca buku itu. Hal ini hanya berlaku untuk ayat pasif diri pertama dan kedua. Untuk ayat pasif diri ketiga, ayat pasif tidak dapat disongsangkan.

    94 Apakah maksud tunggak atau tonggak? Tunggak:1. sisa batang kayu yg tinggal setelah pokok ditebang; tunggul.

    tunggak II; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada

    pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran,

    hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba menyelesaikan kes yg ~ sejak

    beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan

    yg masih belum diselesaikan.

    Tonggak: tonggak I 1 kayu yg panjang dan dipasang tegak (spt tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yg

    masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar sesuatu kepercayaan, pegangan dll.

    tonggak II ; menonggak menuang sesuatu ke mulut dr cerek, kendi dll.

    tonggak III Pr dongak.

    95 Saya ingin memohon pencerahan tentang penggunaan kata "membesar". Apakah boleh kita tulis : Aku membesar di rumah usang ini. Di rumah usang inilah aku membesar. Adakah boleh kata "membesar" itu diertikan sebagai "dibesarkan"?

    Perbezaan membesar, membesarkan dan dibesarkan: a)membesar ---> kata kerja aktif tak transitif (tidak boleh dipasifkan) b)membesarkan ---> kata kerja aktif transitif (boleh dipasifkan) c)dibesarkan ---> kata kerja pasif (orang ketiga) Oleh itu, membesarkan menjadi dibesarkan apabila dipasifkan.

  • Contoh dalam ayat: 1. Aku membesar di rumah usang ini.(Ayat aktif tak transitif) 2. Bapa membesarkan aku di rumah usang ini. (Ayat aktif transitif) 3. Aku dibesarkan oleh bapa di rumah usang ini. (Ayat pasif) 4. Di rumah usang inilah aku membesar. (Ayat songsang)

    96 Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Adjektif

    Terdapat kata kerja yang berfungsi sebagai kata adjektif. Hal ini dapat kita perhatikan dalam

    lakuan ayat. Seperti yang kita sedia maklum, kata adjektif boleh disertai kata penguat. Dalam

    hal ini, terdapat kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang boleh disertai kata penguat

    seperti contoh di bawah:

    "sangat menyeramkan"

    "amat mengagumkan"

    "begitu menakutkan"

    "sungguh bertuah"

    Untuk kata kerja transitif, objek yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contohnya:

    1. Kami melalui kawasan perkuburan yang sangat menyeramkan.

    2. Cerita hantu itu begitu menakutkan.

    Oleh sebab itu, "menyeramkan dan menakutkan" dikatakan kata kerja yang berfungsi sebagai

    kata adjektif. 97 Struktur Kata Yang Membawa Maksud Yang Sama

    Dalam bahasa Melayu, terdapat struktur kata yang membawa maksud yang sama. Hal ini dapat dilihat dari segi pengimbuhan apitan. Teliti ayat di bawah: 1. Pemilihan pemain berdasarkan keputusan jurulatih itu. 2. Pemilihan pemain berdasar pada keputusan jurulatih itu. Sila teliti imbuhan "berdasarkan" yang berhubungan dengan "berdasar pada" sebenarnya sama maknanya. Hal ini dikatakan demikian kerana penanda imbuhan merubah kedudukan struktur yakni dari struktur dalaman kepada struktur permukaan. Hal ini digeneralisasikan daripada teori Transformasi Generatif. Contoh yang lain adalah seperti yang berikut: "bercerita tentang" sama maksud dengan "menceritakan" "teringat akan" sama maksud dengan "teringatkan" "mencintai" sama dengan "cinta akan" Oleh itu, dengan memahami penanda imbuhan, kita dapat menggunakan bahasa Melayu

  • dengan betul dan baik semasa bertutur atau menulis. 98 Apakah perbezaan kata kerja tak transitif

    berpelengkap dengan kata kerja transitif tanpa pelengkap?

    Kata kerja tak transitif berpelengkap terbahagi kepada tiga iaitu berpelengkap kata nama, berpelengkap kata adjektif dan berpelengkap kata sendi nama. Contohnya: 1. Aiman menjadi guru. (Guru ialah kata nama). 2. Kesihatan beliau beransur baik. (Baik ialah kata adjektif). 3. Gadis itu tinggal di Kota Bharu. ( di ialah kata sendi nama).

    Dalam hal ini, pelengkap perlu hadir untuk melengkapkan maksud kata kerja. Jika pelengkap tiada, maka ayat yang terhasil tergantung. Di samping itu, kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh dipasifkan.

    Kata kerja tak transitif tak berpelengkap pula ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan pelengkap. Contohnya: 1. Dia tidur. Ayat 1 boleh diperluas dengan memberikan keterangan seperti 2. Dia tidur di ruang tamu. Contoh lain pula: 3. Padi itu menguning. 4. Kami pulang. (Peluasan ayat menjadi seperti ayat yang berikut: 5. Kami pulang ke rumah pada pukul 4 petang.)

    99 Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Awalan terbahagi kepada tiga iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan adjektif. Awalan kata nama merupakan imbuhan yang ditempatkan di hadapan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Awalan kata nama terbahagi kepada lima yakni pe-. peR-, peN-, ke- dan se-. Contohnya: pe- [petinju, pelawat, perumah, pekebun] peR- [pelajar, perbara, pertapa] peN- [pemenang, pembawa, penjahat, pengeksport, pengebom, penyakit] ke- [ketua, kehendak, kedua] se- [serumah, senegara, semeja]

    100 Adakah peninju dan petinju merupakan imbuhan peN-?

    Tidak, kedua-dua perkataan ini berasal daripada imbuhan yang berbeda. Contohnya [pe.tinju ] - [peninju]. Walau bagaimanapun, maksud kedua-dua penanda imbuhan ini berbeda. Misalnya pe- membawa makna orang yang keadaan dinyatakan dalam kata dasar. Petinju bermaksud ahli tinju. Untuk peN- yakni pen+tinju=peninju yang bermaksud genggaman tangan untuk meninju atau tinju. Oleh itu, kita perlu menguasai kedua-dua penanda imbuhan ini.

    101 a.Bapa saya ialah seorang doktor di hospital Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, seorang bermaksud satu orang dan sendiri. Perkataan doktor

  • itu.

    b.Sebagai seorang murid, kita haruslah berdisiplin.

    Adakah ayat ini salah kerana hadirnya penjodoh bilangan seorang dalam ayat tersebut?

    dan murid merujuk manusia atau orang. Dalam hal ini, sudah memadai ayatnya begini:

    1. Bapa saya ialah doktor di hospital itu.

    2. Bapa saya doktor di hospital itu.

    3. Kita harus berdisiplin sebagai murid.

    4. Sebagai murid, kita haruslah berdisiplin.

    Jika ayat seperti yang dinyatakan memang sudah lewah. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa menggunakan penjodoh bilangan seperti "seorang" atau "sebuah".

    102 Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut:

    12.00-1.59 tengah hari 2.00 - 6.59 petang 7.00- 11.59 malam

    12.00- 12.59 tengah malam 1.00- 11.59 pagi

    103 Penggunaan yang ditiadakan

    Huruf e sebenarnya mempunyai dua sebutan iaitu e pepet dan e taling. Dalam sistem ejaan

    Rumi kita, kedua-dua sebutan ini telah hilang semenjak Ejaan Za'ba telah dibaharu. Dewasa ini, mungkin golongan guru dan murid tidak mengenali huruf . Namun demikian, sesiapa yang

    pernah mempelajari bahasa Melayu akan mengenali huruf ini. Dari segi logiknya, huruf e harus dibezakan bunyi seperti dalam (spak - tendang). Hal ini harus kerana huruf ini tidaklah banyak. Kesukaran untuk mengajar murid juga jelas kerana sebutan memainkan peranan

    penting. Oleh itu, perlu ada usaha pihak tertentu dalam mengembalikan huruf . 104 Bilakah sesuai digunakan satu k atau dua

    k ? Dengan memahami imbuhan seperti peN-...-an, ke-...-an, meN-...-kan dan di-...-kan kita dapat mengetahui kata terbitan memerlukan k atau kk. Lihat contoh di bawah:

    1. Pembalakan yang tidak teratur menyebabkan pemanasan global.

    2. Kebanyakan guru di India kurang membaca buku ilmiah.

    3. Ayah sering menggalakkan saya supaya belajar bersungguh-sungguh.

    4. Nenek dimasakkan oleh kakak sup tulang.

    Dalam bahasa Melayu, tidak imbuhan peN-...-kan,

  • ke-...kan, meN-...-an, dan di-..-an. Oleh sebab itu, perlunya memahami penanda imbuhan agar kesilapan k atau kk tidak berlaku kelak.

    105 Penetapan Hari Raya Aidilfitri bergantung ___________ keputusan Majlis Raja-raja Malaysia.

    'pada' digunakan untuk keterangan waktu, apabila didahului perkataan 'ada", menunjukkan tempat bagi perbuatan kata kerja dan untuk sesuatu yang abstrak

    106 Pengenalan kepada frasa:

    Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau beberapa patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas. Dahulunya, frasa dikenal sebagai rangkai kata. Contohnya: (baju) berpotensi menjadi (baju itu) atau (baju yang merah itu) Frasa terbahagi kepada empat iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN). Mutakhir ini, terdapat beberapa penahu yang memasukkan Frasa Adverba. Jika pengguna memahami konsep frasa dengan baik, maka kita dapat menghasilkan ayat yang betul. Hal ini dikatakan demikian kerana frasa berhubungan dengan klausa serta ayat.

    107 Breaking news = pecah berita? Penggunaan frasa "pecah berita" dilihat semakin meluas,

    namun adakah frasa ini tepat?

    Istilah yang dilihat agak tepat ialah berita tergempar atau berita mengejutkan.

    108 Susunan Ayat Ayat boleh disusun melalui dua cara iaitu susunan biasa atau susunan songsang. Susunan ayat ialah proses merubahkan struktur binaan subjek atau predikat dalam sesuatu ayat. A. Susunan Biasa Ayat dalam susunan biasa ialah ayat yang mengutamakan subjek yang diikuti oleh predikat. Subjek biasanya terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun, terdapat subjek seperti kata kerja atau kata adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama. Predikat pula diisi oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Rumus susunan biasa ialah (subjek+predikat) atau (S+P). Contohnya:

    1. Abdul Razak bapa saudara saya. (FN+FN) 2. Kakak saya sedang menyidai pakaian. (FN+FK) 3. Air sungai itu sungguh deras. (FN+FA) 4. Adik ke sekolah dengan basikal. (FN+FSN) 5. Bersenam menyihatkan badan. (FN+FK) B. Susunan Songsang Susunan songsang merupakan ayat yang mengutamakan predikat. Maksudnya, predikat di hadapan kemudian diikuti oleh subjek. Terdapat dua jenis susunan songsang yakni pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian predikat. Formulanya ialah (predikat+subjek) atau (P+S). Contohnya: 1.Bapa saudara saya Abdul Razak. 2.Sedang menyidai pakaian kakak saya. 3. Sungguh deras air sunggai itu. 4. Ke sekolah dengan basikal adik saya. (songsang pendepanan seluruh predikat) 5. Dengan basikal adik saya ke sekolah. (songsang pendepanan sebahagian predikat)

  • Bagi susunan ayat aktif transitif, sila lihat contoh di bawah: 6. Saya membaca buku itu. (ayat aktif) 7. Buku itu saya baca. (ayat pasif) 8. Saya baca buku itu. (ayat pasif susunan songsang) Dalam ayat 6-8, ayat ini menggunakan hukum Aneksi Persona yakni bentuk kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak memerlukan "oleh" berbanding kata ganti nama diri ketiga seperti contoh di bawah: 9. Beliau membaca buku itu. (ayat aktif) 10. Buku itu dibaca oleh beliau. (ayat pasif)

    109 Ragam Ayat Ragam ayat bermaksud corak ayat itu disusun sama ada dalam ragam aktif atau ragam pasif. Ragam ayat terbahagi kepada dua yakni ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Ragam Ayat Aktif Ayat yang mengutamakan subjek dan mengandungi kata kerja sama ada kata tersebut ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Contohnya: Ayat Aktif Tak Transitif 1. Pemuda itu pengsan. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Tak Berpelengkap) 2. Rumah buruk itu beratapkan daun kelapa. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Pelengkap Kata Nama) 3. Tanah itu menjadi subur. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Pelengkap Kata Adjektif) 4. Kapal perang itu menuju ke arah utara. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Pelengkap Kata Sendi) Ayat Aktif Transitif Ayat aktif tak transitif mempunyai dua bentuk iaitu satu objek dan dua objek. Objek mestilah kata nama. Contohnya: 1. Ayah membeli buah durian. (1 objek) 2. Suhaimi menghadiahi ibu sebentuk cincin. (2 objek) Ragam Ayat Pasif Ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang dipasifkan dan mengutamakan objek sebagai unsur yang diterangkan. Dalam ragam ini, terdapat tiga jenis iaitu ayat pasif kata ganti nama diri, ayat psif dengan kata bantu "kena" dan ayat pasif berimbuhan. Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ayat pasif ini terbahagi kepada tiga iaitu ayat pasif diri pertama, kedua dan ketiga. Untuk ayat pasif diri pertama dan kedua, penggunaannya adalah sama manakala ayat pasif diri ketiga berbeda. Lihat contoh di bawah: Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua 1. Baju itu telah saya beli. 2. Isu ini perlu engkau selesaikan.

  • Ayat Pasif Diri Ketiga 3. Jam ini dihadiahkan oleh beliau. 4. Majalah ini dibeli oleh ibu. Ayat Pasif Dengan Kata Bantu "kena' Ayat pasif ini haruslah didahului oleh oleh kata bantu "kena" yang diikuti oleh kata kerja dasar iaitu tanpa imbuhan. Contohnya: 1. Pemuda itu kena pukul. (tiada pelaku) 2. Gadis itu kena ragut oleh lelaki yang bertopi hitam. (ada pelaku) Ayat Pasif Berimbuhan Ayat pasif ini ditandai oleh imbuhan seperti beR-, teR- dan ke-...-an. Contohnya: 1. Seluar itu belum berjahit. 2. Batu itu tidak terangkat olehku. 3. Perempuan itu kehujanan.

    110 Benarkah ayat di bawah? 1. Saya tinggikan harga buku itu.

    Sila teliti ayat di bawah:

    1. Saya meninggikan harga buku itu. (ayat aktif)

    2. Harga buku itu saya tinggikan. (ayat pasif)

    3. Saya tinggikan harga buku itu. (ayat pasif songsang)

    111 Pada tahun 2013 atau Pada 2013. . . Pada tahun 2013... Tahun 2013 merupakan frasa nama yang betul, apabila didahului oleh kata sendi nama 'pada' maka salah satu

    kata dalam frasa tersebut tidak perlu digugurkan.

    ...pada lepas, saya berkunjung... jelas kejanggalannya. Contoh lain...

    Pada bulan Mei (/) ... pada Mei (X) Pada hari Isnin (/) ... pada Isnin (X)

    112 Pengguna bahasa sering menggunakan "boleh" dengan "dapat" secara bertukar ganti. Sebenarnya, terdapat peraturan khusus dalam penggunaan kata bantu di atas.

    1. Kata bantu "boleh" digunakan untuk maksud keizinan. Ayat contoh:

    a) Kamu boleh bersiar-siar setelah kamu menyiapkan latihan tatabahasa itu. b) Marsha tidak boleh mengikuti pertandingan penceritaan kerana tidak mendapat keizinan daripada

    ayahnya.

    c) Kami tidak boleh memasuki bilik pembedahan kerana bilik tersebut hanya untuk petugas hospital.

    2. Kata bantu "dapat" digunakan untuk maksud keupayaan. Ayat contoh: a) Bayi itu sudah dapat merangkak walaupun baru berusia lapan bulan.

    b) Ali tidak dapat membeli kereta itu kerana tidak mempunyai wang yang cukup. c) Pemain bola sepak itu masih tidak dapat melakukan tendangan silang kerana kakinya tercedera

    semasa latihan. 113 Kesalahan Ayat Kerana Tiada Subjek

    1. *Yang manakah betul?

  • 2. *Apa kaudapat daripada dia? 3. *Apa kita mesti buat sekarang? 4. *Siapa kata ayat ini betul? 5. *Kamulah mesti keluar dari sini. Ayat 1-5 adalah salah. Ayat yang sepatutnya: 1. Yang manakah yang betul? 2. Apakah yang kaudapat daripada dia? 3. Apakah yang mesti kita buat sekarang? 4. Siapakah yang mengatakan bahawa ayat ini betul? 5. Kamulah yang mesti keluar dari sini. @ Kamu mesti keluar dari sini.

    114 Adakah ayat di bawah ini betul? 10. Pembunuh itu memberitahu polis di mana senjata api itu dicampakkan. 11. Datuk tidak ingat di mana beliau meletakkan cermin matanya.

    Ayat 10 dan 11 jelas salah. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan di mana. Ayat yang betul ialah:

    10. (a) Pembunuh itu memberitahu polis tempat senjata api itu dicampakkan.

    11 (a) Datuk tidak ingat akan tempat beliau meletakkan cermin matanya. atau 11(b). Datuk tidak mengingati tempat beliau meletakkan cermin matanya.

    115 Tiga fungsi imbuhan awalan teR- Awalan teR- mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata kerja aktif, kata kerja pasif dan kata adjektif terbitan. Pembentukan kata terbitan ini bergantung pada kata dasar sama ada kata dasar tersebut ialah kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Contohnya: ter-[buku]= terbuku, ter-[menung]=termenung, ter-[besar]= terbesar dan lain-lain. Ayat contoh: 1. Ah Seng tertidur di beranda rumahnya. (Ragam aktif untuk kata kerja tak transitif berpelengkap) 2.Perempuan buta itu terlanggar oleh kereta yang berwarna biru. (Ragam pasif) 3. Shiela merupakan gadis yang tercantik di daerah Tawau. (kata dasarnya kata adjektif iaitu cantik menerbitkan kata adjektif terbitan) Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan awalan teR- digunakan pada kedudukan yang sesuai dalam ayat. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan teR- mempunyai fungsi yang lain juga.

    116 Kata Adverba Kata adverba dikenal sebagai kata keterangan. Fungsi kata adverba adalah untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan kata adverba yang lain. Kata adverba terbahagi kepada tiga iaitu: 1.Kata Adverba Jati

  • Contohnya: esok, semalam, sering, segera, nyaris dan sebagainya Ayat Contoh: a) Buku itu akan tiba esok. ('esok' ialah kata adverba kerana menerangkan kata kerja 'tiba') b)Nenek tua itu nyaris dilanggar oleh van itu. ('nyaris' ialah kata adverba yang menerangkan kata kerja pasif 'dilanggar') 2. Kata Adverba Asalnya Kata Adjektif Contohnya: kurang cergas, hampir tersembam, selalu ke tepi sungai Ayat Contoh: c)Pemuda itu kurang cergas kerana dia demam. ('kurang' ialah kata adverba manakala 'kata adjektif') d)Dia hampir tersembam ke tanah kerana terlanggar batu itu. ('hampir' kata adverba manakala 'tersembam' kata kerja) 3. Kata Adverba Asalnya Kata Kerja Contohnya: terbang melayang, tekun menelaah, ke jalan raya bersendirian Ayat Contoh: e) Hassany Hashim ke jalan raya bersendirian. (bersendirian ialah kata adverba kerana menerangkan frasa sendi iaitu ke jalan raya) f)Zabedah tekun menelaah pelajaran supaya dia berjaya kelak. (menelaah ialah kata adverba kerana menerangkan kata adjektif iaitu tekun) Oleh itu, berhati-hatilah ketika menggunakan kata adverba kerana kata ini boleh tergolong dalam golongan kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama atau kata adverba sendiri berdasarkan fungsinya sebagai penerang kata kerja, kata adjektif, kata adverba dan frasa sendi nama. Peringatan, kata adjektif fungsinya menerangkan kata nama.

    117 Contoh ayat :

    Tolong dengar tentang apa yang ingin saya perjelas.

    Apakah ayat ini betul terutama dari segi

    penggunaan kata tanya "apa" ?

    Bagi ayat penyata, gandakan sahaja kata tanya 'apa' tersebut menjadi 'apa-apa' yang membawa maksud

    rujukan tak tentu.

    1 (a). Tolong dengar apa-apa yang ingin saya jelaskan.

    1(b) Tolong dengar isu/hal/perkara yang ingin saya jelaskan

    118 Bagaimanakah dan bilakah hendak bezakan penggunaan saja dan sahaja ?

    Kedua-dua perkataan ini membawa fungsi serta maksud yang sama. Bagaimanapun, bentuk baku atau rasmi kita haruslah menggunakan perkataan 'sahaja'. 'saja' biasanya digunakan dalam bahasa percakapan

    atau lisan yakni bahasa tidak baku. Sama juga perkataan "tidak' dengan 'tak", yang baku ialah "tidak".

    Ayat contoh: Kelajuan kereta itu sama sahaja dengan kelajuan Proton Preve. (bentuk baku)

    Kelajuan kereta itu sama saja dengan kelajuan Proton Preve. (bentuk lisan atau tidak baku)

    119 Imbuhan sisipan imbuhan yang membeku?

  • Dalam bahasa Melayu, terdapat satu imbuhan yang kurang produktif iaitu imbuhan sisipan. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan pada huruf pangkal kata dasar. Proses imbuhan ini berlaku pada kata nama dan kata adjektif. Terdapat empat bentuk sisipan iaitu -el-, -em-, -er- dan -in-. Antara contoh imbuhan sisipan kata nama dan imbuhan sisipan kata adjektif. 1.Sisipan Kata Nama Proses imbuhan sisipan pada kata dasar yang membawa maksud kata nama. Hanya ada tiga iaitu -el-, -em- dan -er-. Contohnya: Kata dasar (ganggang) --> Kata sisipan (gelanggang) kata dasar (gigi) ----> Kata sisipan (gerigi) Kata dasar (kuncup) ---> Kata sisipan (kemuncup) Contoh lain bagi kata sisipan kata nama ialah: celebur,gelembung, kelangkang, pelupuh, selaput, telempap, gemerencang, gemuntur, ceracah, cerancang, cerucuk, jeragat, seruling dan sebagainya. 2.Sisipan Kata Adjektif Sisipan imbuhan ini pada kata dasar membawa ciri yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat empat jenis imbuhan ini iaitu -el-, -er-, -em- dan -in-. Contohnya: Kata dasar (serak) ---> Kata sisipan (selerak) Kata dasar (kepot) -----> kata sisipan (kerepot) Kata dasar (guruh) -----> kata sisipan (gemuruh) Kata dasar (sambung) ---> kata sisipan (sinambung) Contoh kata sisipan yang lain adalah seperti yang berikut: serendeng, gerodak, kelebak, kemetot, kemilau,selirat dan sebagainya. Adakah kata sisipan semakin membeku atau tidak?

    110 Penggunaan 'dia', 'ia' dan '-nya' dalam ayat "dia, ia dan -nya" merupakan kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan tiga kata ganti nama diri ini adalah seperti yang berikut: a) Dia-digunakan untuk merujuk orang biasa, rakan sebaya atau yang lebih rendah tarafnya. Ayat contoh: 1.Dia kawan baik saya. b) ia-digunakan untuk manusia sahaja selain "dia". Fungsi ia sama dengan 'dia' Ayat contoh: 1. Ia amat pandai. c) -nya -digunakan untuk orang ketiga yang menunjukkan maksud kepunyaan di samping sebagai pengganti 'dia'. Ayat contoh: 1. Adiknya akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada minggu depan.

  • Lihat ayat di bawah untuk meneliti penggunaan 'dia, ia dan -nya' 2.[Dia, Ia] bersetuju dengan pendapat saya. 3.[Dia, Ia] memang jujur orangnya. 4. Yang berwarna biru baju [dia, -nya , *ia] 5.Saya akan ke sana bersama [dia, -nya, *ia] 6. Hadiah ini untuk [dia,-nya, *ia]

    111 Betulkah frasa di bawah.

    Mereka berdua, kami bertiga, kalian berdua...

    Penggunaan frasa begini dikira betul. Walau bagaimanapun, perlu lebih penghuraian kerana

    terdapat unsur lewah untuk penanda jamak.

    112 Gotong-royong merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan.

    Betulkah ayat di atas?

    Ayat ini ter

    Gotong-royong betul kerana aktiviti gotong-royong telah mengalami proses transformasi menjadi "gotong-

    royong".

    Oleh itu, ayat yang disarankan:

    Gotong-royong ialah antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan.

    Antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan ialah gotong-royong.

    Gotong-royong merupakan aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan antaranya.

    113 Perkataan "yang" mempunyai fungsi yang pelbagai. Antaranya sebagai kata hubung pancangan relatif dan penanda subjek apabila berlaku pengguguran kata nama di hadapannya. 1. Cikgu Norlidah membeli tudung yang berwarna biru itu. (kata hubung relatif) 2. Yang berikut ialah kata majmuk mantap kecuali.. (dalam bentuk soalan peperiksaan) Dengan berdasarkan ayat nombor (2), ayat asalnya adalah seperti yang berikut: 3. Kata majmuk yang berikut / ialah kata majmuk mantap kecuali.. Apabila berlakunya proses transformasi, ayat bernombor (3) menjadi ayat bernombor (2). Hal ini menjadikan "yang" sebagai kepala frasa kerana telah menguasai gatra subjek. Oleh itu, "yang" berada di hadapan ayat. Antara contoh yang sering ditemukan dalam penulisan adalah seperti yang berikut: a) Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. b) Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. c) Yang turut hadir dalam acara itu ialah Watson Nyambek.

    114 Kekeliruan frasa "seperti berikut atau seperti yang berikut"? "seperti" ialah kata sendi nama yang tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Dalam hal ini, frasa yang tepat ialah "seperti yang berikut". Hal ini dikatakan demikian kerana "yang" berfungsi

  • sebagai kata nama. Oleh itu, marilah kita menggunakan frasa yang betul iaitu "seperti yang berikut". Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

    115 Dalam bahasa Melayu, imbuhan apitan yang mengelirukan ialah meN-...-kan dengan meN-...-i. Untuk memudahkan pemahaman kita, rumus kedua-dua imbuhan ini adalah seperti yang berikut: meN-...-kan - untuk objek bergerak Contoh: 1) Kami menaikkan bendera itu. meN-...-i - untuk objek tidak bergerak 2)Saya menghampiri pokok itu. Di samping itu, terdapat kata kerja berapitan meN-...-kan dan meN-...-i yang dibezakan oleh semantik iaitu makna. Contohnya: meN-...-kan - maksudnya bertemu dengan benda yang dicari Contoh: 3) Kami menemukan dompet itu. meN-...-i - maksudnya bertemu dengan seseorang 4)Dia menemui gadis itu untuk berbincang tentang majlis pertunangan mereka. Seterusnya, kedua-dua penanda imbuhan ini membawa makna yang sama seperti contoh di bawah: meN-...-kan - menjadikan sesuatu yang rosak supaya baik Contoh: 5) Ayah membaikkan motosikal itu. meN-...-i - menjadikan sesuatu yang rosak supaya baik 6)Mekanik itu membaiki motosikal itu. Untuk kata kerja dua objek, kedua-dua penanda imbuhan yakni meN-...-kan dan meN-...-i lazimnya diikuti oleh dua konsep seperti di bawah: meN-...-kan - diikuti objek bernyawa Contoh: 7) Tuan pengetua menghadiahi Cikgu Ain sehelai tudung. meN-...-i - diikuti objek tidak bernyawa 8)Tuan pengetua menghadiahkan sehelai tudung kepada Cikgu Ain. Oleh itu, semolek-moleknya kita menggunakan kamus yang baku untuk mengetahui maksud di samping menggunakan rumus di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i tidak tekal rumusnya.

  • 116 Adakah betul ayat di bawah ini?

    1. Untuk memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik sangat sukar.

    Ayat ini betul. Sila lihat huraiannya:

    Ayat 1 asalnya seperti yang berikut: (Usaha) untuk memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik adalah sangat sukar. Apabila berlaku proses transformasi, maka ayat 1 menjadi seperti ayat yang berikut:

    Untuk memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik adalah sangat sukar.

    Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi klausa komplemen sebagai frasa nama

    117 Frasa yang manakah yang betul? "Ini kalilah atau kali ini"

    Frasa yang tepat ialah kali ini. Sila bandingkan ayat ini.

    Kita melakukan perubahan untuk kali ini. (/)

    Kita melakukan perubahan untuk ini kali. (x)

    118 Ayat Tergantung Pengguna bahasa sering melakukan kesalahan semasa bercakap mahupun dalam tulisan. Hal ini berkaitan dengan ayat tergantung. Ayat tergantung bermaksud ayat yang tidak lengkap yakni tiada subjek atau tiada predikat atau tiada klausa utama. a) Ketiadaan Subjek atau Predikat Ayat ini tidak sempurna dari segi nahu kerana subjek atau predikat tiada dalam ayat. Contohnya: -Dengan kedatangan Siti Nurhaliza dapat memeriahkan majlis perkahwinan ini. -Ini kerana isu itu sangat sukar. b) Ketiadaan Klausa Utama Klausa utama dikenali klausa induk. Tanpa klausa utama menyebabkan ayat tergantung. Contohnya: -Semoga kamu berjaya dalam peperiksaan itu. -Oleh sebab masalah itu belum diatasi oleh penyelia asrama. Untuk mengatasi masalah ini, pengguna bahasa perlu mahir dalam komponen ayat. Penguasaan frasa, klausa dan ayat membolehkan kita mengenal pasti kedudukan subjek dan predikat. Permasalahan ayat tergantung dapat diatasi dengan memasukkan komponen ayat tadi. Penyelesaian untuk (a) dan (b) adalah seperti yang berikut: 1. Kita dapat memeriahkan majlis perkahwinan itu dengan kehadiran Siti Nurhaliza. 2. Hal ini dikatakan demikian kerana isu itu sangat sukar. 3. Saya berdoa semoga kamu berjaya dalam peperiksaan itu. 4. Guru besar itu amat marah oleh sebab masalah itu belum diatasi oleh penyelia asrama.

    119 Bolehkah diterima ayat ini...

    nenek mempunyai penglihatan yang tajam

    kedua-dua ayat di bawah boleh digunakan.

    1. Nenek mempunyai pelihatan yang (tajam) walaupun

  • walaupun tua....

    ( tidak dimasukkan kata bantu aspek "sudah" selepas walaupun ....)

    sudah tua.

    2. Pelihatan nenek masih (tajam) walaupun sudah tua.

    kata bantu (sudah) perlu diletakkan untuk menyatakan masa atau keadaan 'tua'.

    Proses pembentukan kata untuk pe-...-an bagi kata yang berpangkalkan huruf L ialah pe-...-an bukannya peng-...-an. Contohnya pelaporan, pelibatan, pelahiran, pelakuan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, penglihatan boleh digunakan kerana sudah sebati dengan pengguna bahasa.

    120 Proses Pengguguran Subjek dalam Ayat Kita sering menemukan ayat yang digugurkan atau dihilangkan subjeknya. Hal ini biasanya berlaku dalam ayat perintah atau ayat tanya. Pengguguran subjek tidak dilakukan secara sesuka hati kerana proses ini tidak menyebabkan frasa atau perkataan yang sama diulang. Sebagai contohnya: 1. Hendak pergi ke mana? (subjek dihilangkan) 2. Kenapakah perlu ke pekan? (subjek dihilangkan) 3. Silakan masuk. (subjek dihilangkan) 4. Merokok mengancam nyawa kita. (inti subjek dihilangkan) Pengguguran subjek ayat tidak berlaku pada ayat tunggal tetapi ayat majmuk juga berlaku. Seperti yang sedia maklum, syarat penghilangan subjek mestilah berupa penggabungan satu klausa atau lebih. Sebagai contohnya: 5. a) Hani ke ruang tamu. b) Hani membaca buku itu. c) Hani ke ruang tamu setelah Hani membaca buku itu. d) Hani ke ruang tamu setelah membaca buku itu. (pengguguran subjek dalam klausa ke-2) Di samping itu, penghilangan unsur subjek boleh berlaku dalam ayat majmuk gabungan, pancangan dan keterangan. Sebagai contohnya: 6. Datuk mengambil kitab itu, datuk membaca kitab itu dan datuk menghafal kitab itu. 6(a) Datuk mengambil lalu membaca dan menghafal kitab itu. (lihat pengguguran 'datuk' dalam ketiga-tiga klausa) 7. Rosnijah bukan sahaja cantik tetapi Rosnijah juga baik. 7(a) Rosnijah bukan sahaja cantik tetapi juga baik. (lihat pengguguran "Rosnijah") 8. Dia pergi ke sekolah juga walaupun dia demam. 8(a) Dia pergi ke sekolah juga walaupun demam. (lihat pengguguran 'dia') 9. Lapisan langit merupakan lapisan yang paling atas. (lihat pengguguran 'lapisan')

  • 9(a) Lapisan langit merupakan yang paling atas. Oleh hal yang demikian, pengguguran subjek dalam ayat dilakukan bukan semata-mata untuk merosakkan ayat tetapi hal ini berlaku kerana tidak membenarkan frasa atau kata yang sama tidak diulang.

    121 Adakah ayat di bawah ini betul dari segi nahu?

    1. Emak dan saya pergi ke pasar.

    Ayat ini betul, hal ini berkaitan dengan frasa nama yang setara. Walaupun begitu, penutur Melayu lazimnya

    mengujarkan ayat begini:

    Saya dan emak pergi ke pasar.

    122 Yang mana satu betul-----> memperolehi atau memperoleh?

    Yang tepat ialah memperoleh. Hal ini dikatakan demikian kerana memperoleh

    merupakan bentuk baku atau standard. Entri memperolehi tidak dimasukkan dalam kamus.

    123 Manakah yang paling sesuai digunakan: 1. Medan perhimpunan atau, 2. Tapak perhimpunan atau, kedua-duanya boleh digunakan?

    Menurut medan makna yakni perspektif makna, tapak perhimpunan lebih sesuai kerana boleh dianalogi dengan tapak bangunan, tapak kaki dan sebagainya. Tapak ialah tempat. Walau bagaimanapun, medan menjadi tempat jua. Oleh itu, penyelesaian serentak ialah dengan memilih kedua-dua perkataan ini.

    124 Bolehkah kata ganda 'kanak-kanak' mendukung makna banyak selain makna Kata Nama? Bagaimana dengan ayat ini.

    Semua kanak-kanak kelihatan gembira kerana dapat menyertai pertandingan syarahan pada hari ini.

    Ayat yang dinyatakan adalah betul. Ini dikatakan begitu kerana bergantung pada konteks dan keadaan.

    Kanak dalam bahasa Melayu tiada entri maksud, melalui proses penggandaan, barulah ada maksud yakni kanak-kanak yang bermaksud anak yang masih kecil (yang belum berumur tujuh tahun)

    125 Perbezaan beR-...-an dengan beR-...-kan

    1. Apitan beR-...-an lazimnya diikuti oleh kata sendi seperti frasa contoh di bawah: berkaitan dengan perkara itu, berterusan dari pagi hingga malam, dedaun itu berguguran ke tanah, berhampiran dengan kedai itu, berlumuran dengan darah dan sebagainya. 2. Apitan beR-...-kan pula diikuti oleh pelengkap yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Frasa contoh adalah seperti yang berikut: berpandukan peta itu, berbantalkan lengan, beratapkan daun rumbia, berajakan putera itu, beralaskan tikar mengkuang dan sebagainya.

    126 Fungsi 'akan' dalam ayat. 'akan' merupakan kata tugas. Terdapat dua fungsi 'akan' iaitu sebagai kata bantu dan kata sendi nama. 1. 'akan' sebagai kata bantu berada di hadapan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama yang lazimnya merujuk kata bantu aspek iaitu masa yang belum berlaku. a) Kami akan pulang ke kampung esok. (akan berada di hadapan kata kerja 'pulang' b) Pelakon itu akan popular tidak lama lagi. (akan berada di hadapan kata adjektif 'popular')

  • c) Saya akan ke Melaka malam ini. (akan berada di hadapan frasa sendi nama) 2. 'akan' sebagai kata sendi nama yang biasanya berada di belakang kata adjektif emotif. d) Abang sayang akan gadis itu. (akan berada di belakang kata adjektif 'sayang') e) Saya terperanjat akan hasrat Tuan Nizam Abdul Jalil untuk berkahwin lagi. Oleh hal yang demikian, berhati-hatilah ketika menggunakan 'akan' kerana perkataan ini berubah fungsi dalam ayat. Walau bagaimanapun, 'akan' masih lagi sebagai kata tugas.

    127 Berdasarkan ayat-ayat di bawah, yang manakah ayat yang betul? 1. "Kamu haruslah berjanji dengan ayah," kata Encik Nazim kepada anaknya. 2. "Kamu haruslah berjanji kepada ayah," kata Encik Nazim kepada anaknya. 3. Muhammad mempelajari bahasa Melayu dengan guru itu. 4. Muhammad mempelajari bahasa Melayu daripada guru itu.

    Ayat 2 dan 4.

    Alasan:Maksud ayat 1 ialah anak dan ayah membuat janji bersama-sama. Begitu juga dengan ayat 3, Muhammad (murid) bersama-sama dengan gurunya mempelajari bahasa Melayu.

    Ayat 2 dikatakan gramatis kerana si anak membuat janji kepada si ayah. Ayat 4 dianggap betul kerana murid yang berkenaan (Muhammad) menuntut ilmu tentang bahasa Melayu daripada guru tersebut

    128 Manakah yang betul, kaunter bayaran atau kaunter pembayaran?

    kaunter pembayaran lebih tepat kerana kaunter pembayaran ialah tempat untuk hal atau urusan membayar sesuatu dibuat.

    129 Nyatakan bentuk yang manakah yang betul dan gramatis. 1) Ini disebabkan oleh 2) Ini kerana 3) Hal ini kerana 4) Hal ini dikatakan begitu kerana 5) Hal ini demikian kerana 6) Isu ini dikatakan demikian kerana 7) Ini berlaku kerana

    1,4,6,7.

    Alasan: Bentuk yang betul dapat diketahui apabila memahami penggunaan klausa dalam ayat.

    130 "________________ boleh melakukannya", desis hati Ali. Antara pilihan jawapan yang disediakan ialah: Aku dan Saya. Mana yang betul ya? Kalau saya...saya akan pilih jawapan "Aku"...tapi...apa sebabnya?

    "aku" lebih tepat kerana desis hati merujuk monolog dalam diri. "Saya" lazimnya digunakan ketika berbicara dengan orang lain yang menunjukkan kata ganti nama diri ini lebih sopan berbanding 'aku'.

    131 Pola ayat dasar dalam bahasa Melayu Sebenarnya, terdapat tiga pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penambahan pola keempat menjadikan bahasa Melayu lebih unik kerana wujudnya proses transformasi. Sila lihat keempat-empat pola ayat dasar:

  • 1. FN + FN = Encik Zainudin pengetua sekolah saya. 2. FN + FK = Kucing itu bernama Si Comel. 3. FN + FAdj = Gadis itu amat cantik. 4. FN + FSN = Dia ke kedai. * Untuk pola ayat dasar ke-4, ayat ini sebenarnya berpola FN+FK tetapi proses transformasi menggugurkan kata kerja dalam ayat menjadikan polanya FN+FSN. Sebagai contohnya, a) Adik pergi ke sekolah. b) Adik ke sekolah. Hal ini terbukti apabila pola ke-4 ialah frasa eksosentrik bukannya frasa endosentrik. Dengan perkataan lain, frasa sendi nama (FSN) tidak mempunyai unsur yang menjadi inti atau penerang berbanding frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Untuk pengetahuan semua, frasa boleh terdiri daripada sepatah perkataan atau deretan perkataan dengan syarat berpotensi untuk diperluas. Sebagai contohnya, 1. Puan Aida yang garang itu ketua jururawat di Hospital Muar. [FN + FN] 2.Pemain bola jaring dari India itu / menjaringkan gol pada minit yang terakhir. [FN + FK] 3. Udara dari gunung ini / sangat sejuk. [FN + FAdj] 4. Buku tatabahasa itu / daripada guru kesayangannya. [FN + FSN] Oleh hal yang demikian, fahamilah konsep frasa dan seterusnya fahami pola ayat dasar.

    132 Jangan harap kamu dapat memiliki gadis itu. Persoalannya, gramatiskah ayat di atas?

    Ayat ini tidak gramatis kerana penggunaan dua ayat perintah iaitu jangan dan harap.

    133 1. Sekian, terima kasih. 2. Sekian. Terima kasih. Yang manakah yang betul?

    1. Gaya bahasa surat rasmi, ringkas dan padat; satu perkataan boleh menjadi ayat, maka yang no. 2 lebih sesuai. 2. Berdasarkan konteks ayat, sekian sesuai dimaknakan sebagai sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian.

    Ayat tersebut digelar ayat minimal. Selain gaya bahasa surat rasmi, no. 2 dipilih kerana perkataan dan ialah dua perkara yang berlainan. Ini bermakna (jika dilihat dari segi semantiknya), kedua-duanya tidak harus digabungkan dalam satu ayat (seperti dalam ayat no.1).

    134

    Mohon pencerahan tentang penggunaan partikel "-nya" bukan sebagai kata ganti nama diri tetapi sebagai penekanan kata sifat? Contoh: "sedapnya!" Apakah hanya boleh digunakan pada kata sifat sahaja?

    Sedap ialah kata adjektif. Jika ditambah 'nya', jadilah 'sedapnya'. Perkataan 'sedapnya' tergolong dlm golongan kata pembenda. Kata ini berfungsi untuk menjadikan kata yang bukan kata nama sebagai kata nama. Contoh lain ialah 'lajunya'.Lajunya kereta itu. Subjek mestilah frasa nama. Oleh sebab 'laju' ialah kata adjektif, maka tidak seharusnya mengisi konstituen subjek. Untuk menjadikannya sbg frasa nama, 'nya' ditambah agar subjek terdiri daripada frasa nama.

  • 135 Kata Pembenda

    Kata pembenda ialah perkataan yang digunakan untuk mengubah fungsi perkataan yang lain

    kepada kata nama. Kata pembenda ialah -nya. Ayat contoh:

    1. Beratnya beban yang dipikul oleh lelaki itu.

    2. Kereta itu bergerak dengan lajunya.

    Dalam ayat 1 dan 2, "beratnya" dan "lajunya" berfungsi sebagai kata nama walhal kita sedia

    maklum bahawa "berat" dan "laju" ialah kata adjektif. Perlu diberikan perhatian, kata -nya juga

    berfungsi sebagai kata penekan, sebagai objek dan kata ganti nama diri ketiga. Antara contoh

    fungsi kata tersebut adalah seperti yang berikut:

    3. Sebenarnya lelaki itu sudah berkahwin. (sebenarnya-kata penekan)

    4. Pisau itu berada di dapur. Ibu telah meletakkannya ke dalam laci. (sebagai objek)

    5. Ali mempunyai adik yang cantik. Adiknya bernama Saleha. (sebagai kata ganti nama diri

    ketiga)

    Oleh hal yang demikian, kita harus berhati-hati ketika menggunakan "-nya" berdasarkan fungsi

    -nya dalam ayat.

    136 Betulkah frasa adjektif dalam ketiga-tiga

    ayat di bawah? 1. Gadis itu sungguh amat sopan. 2. Suara perempuan itu sungguh amat merdu. 3. Orang tua itu terlalu amat sedih atas kematian anaknya.

    Frasa adjektif dalam ketiga-tiga ayat adalah betul. Hal ini dibenarkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

    137 Adakah betul ayat ini??

    'Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain.'

    Ayat ini salah kerana tiada ayat induknya. Untuk itu, jawapannya:

    Osman antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain.

    138 Ayam rendang atau rendang ayam? Kari ayam, kari daging.

    Penggunaan dalam ayat:

    1. Ibu memasak rendang ayam. 2. Rendang ayam itu sungguh sedap.

    139 Betul atau salah ayat ini? "Turut hadir memeriahkan majlis perasmian

    program SARANA ialah Menteri Pelajaran Malaysia"

    Ayat ini salah kerana tiada subjek. Yang betul:

    Yang turut hadir memeriahkan majlis perasmian

  • program SARANA ialah Menteri Pelajaran Malaysia.

    Ayat asal di atas:

    Tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis perasmian program SARANA ialah Menteri Pelajaran

    Malaysia.

    140 Waktu makan orang Melayu: a) sarapan-makan pagi b) kudapan-10.30 hingga 11.00 pagi c) merarau-makan tengah hari d) menambun-minum teh petang (high tea) e) menggabi-makan malam f) inuruk-makan lewat malam (supper) g) sahur-3.00 pagi hingga 5.30 pagi h) iftar-berbuka puasa (tenggelamnya matahari) ** waktu sahur dan iftar biasanya popular dalam bulan Ramadan dan dilakukan oleh umat Islam pada bulan-bulan yang lain untuk puasa sunat.

    141 Hari raya Aidilfitri hampir tiba namun masih banyak pengguna bahasa Melayu melakukan kesilapan yang entah dari mana silapnya. Antara kesilapan yang saya temukan ialah: 1. Semoga hari raya ini memberikan kebahagiaan untuk kita. 2. Selamat hari raya dari Cik Lin. 3. Saya mendoakan anda sentiasa berbahagia di samping keluarga pada hari raya Aidilfitri ini. Ayat 1-3 semuanya salah dan tidak gramatis. Hal ini dikatakan demikian kerana ayat (1) tiada klausa utama, ayat (2) kesalahan kata sendi nama, ayat (3) kesalahan kata kerja "mendoakan". Untuk membetulkan ayat-ayat di atas, sila lihat ayat di bawah ini. 1a. Saya berdoa semoga hari raya ini memberikan kebahagiaan untuk kita. 2a. Selamat hari raya daripada Cik Lin. 3a. Saya mendoakan kebahagiaan anda di samping keluarga pada hari raya Aidilfitri ini. Oleh hal yang demikian, sebelum menghantar mesej, MMS, atau apa-apa yang berkaitan kiriman hari raya, sila pastikan bahasa Melayu kita betul dan tepat. Betulkan yang biasa, biasakan yang tepat.

    142 Penggunaan dan penulisan partikel "pun" Dalam bahasa Melayu, terdapat satu partikel iaitu "pun". Partikel ini berbeza daripada tiga partikel yang lain iaitu -kah, -lah dan -tah yang perlu bercantum dengan perkataan yang mendahuluinya. Contohnya: siapakah, mengapakah, tolonglah, apatah, bilatah, sia-sialah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, partikel "pun" berbeda sedikit. Hal ini dikatakan demikian kerana "pun" ditulis rapat dengan perkataan yang mendahuluinya untuk 14 perkataan seperti yang berikut: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, betapapun dan sungguhpun.

  • Dengan berdasarkan 14 perkataan di atas, terdapat beberapa fungsi perkataan tersebut sebagai kata hubung seperti walaupun, meskipun, kendatipun, sungguhpun, biarpun, betapapun dan sekalipun. Kata hubung ini bertindak sebagai kata hubung pancangan keterangan pertentangan. Ayat contoh: 1. Emylia masih melayari internet walaupun dia sibuk dengan tugas itu. 2. Najib tetap dengan pendiriannya meskipun ditentang oleh ayahnya. 3. Shairazi terus memarahi anaknya biarpun dipujuk oleh isterinya. Seterusnya, "pun" digunakan secara terpisah daripada kata yang mendahuluinya jika "pun" bermaksud juga, bahkan, biar, turutan atau penguat kata ganti tak tentu. Ayat contoh: 4. Cikgu Azrul pun ingin melancong ke Bali. 5. Gadis itu tidak berlari, berjalan pun belum tentu. 6. Khalish tetap meneruskan projek itu, betapa sukar pun keadaannya pada masa itu. 7. Pihak polis pun bertindak selepas mendapat aduan daripada orang ramai. 8. Sesiapa pun boleh ke tandas sekiranya kerja itu disiapkan. Oleh hal yang demikian, berhati-hatilah ketika menggunakan "pun" dalam penulisan. Hal ini berkaitan dengan penulisan kata ini sama ada ditulis rapat atau tidak. Den