objektif inovasi

7
Pembelajaran Alaf Baru ______________________________________________________________ _____ KITKAT Pendahuluan Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas? Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari dan digunakan di sekolah. Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan 1

Upload: kang13

Post on 21-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

bmm 3053

TRANSCRIPT

Page 1: Objektif Inovasi

Pembelajaran Alaf Baru

___________________________________________________________________

KITKAT

Pendahuluan

Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan

lagi. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama

ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun,

sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara

maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas?

Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana

tidak berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya

pembelajaran di sekolah dan sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan

ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di

sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari dan digunakan di

sekolah.

Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru

di sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan

ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering

digunakan untuk membentangkan teks dan gambar  atau sebagai pengganti kepada

penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru hari ini

menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun, ianya bersifat statik

dan berpusatkan guru.

Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk

menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang

dijual di kedai. Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan

pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri

ketika di rumah atau sekolah.

Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau

ditambah untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah.

1

Page 2: Objektif Inovasi

Tentulah keadaan ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai

untuk muridnya. Selain itu, perisian dari luar juga bersifat universal dan umum

kerana dibina untuk pasaran seluruh negara. Justeru, kemungkinan ianya tidak

selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-murid. Bagaimana murid

hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya

sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.

Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah

bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik

perisian tersebut di sekolah. Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan

tahu kehendak serta keperluan murid mereka. Maklum balas murid juga boleh

diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.

Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang

ICT terutamanya komputer. Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid

didedahkan dengan ICT sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa

dengannya. Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan

kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat pengajian tinggi

dan alam pekerjaan.

Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan

perkongsian ilmu menjadi mudah. Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini

boleh dijadikan contoh serta dikongsi dengan mudah melalui softcopy. Bahan

softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras.

Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan

inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Inovasi secara mudah boleh diterangkan sebagai penghasilan baru

berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunkan unsur yang sedia ada

dan terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

2

Page 3: Objektif Inovasi

Objektif Inovasi

Berdasarkan pengenalan di atas, objektif yang spesifik adalah seperti berikut :

1. Mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengalakkan pembelajaran berpusatkan murid.

3. Memberikan autonomi dan meningkatkan sifat tanggungjawab dalam

kalangan murid terhadap proses pembelajaran mereka.

Inovasi yang Dilaksanakan

1. Pengintegrasian TMK dalam PDP untuk meningkatkan penguasaan Bahasa

Malaysia.

2. Bersesuaian dengan konsep New Millenium Learners iaitu pelajar yang peka

teknologi gigital, belajar dengan membuat, sosial dan interaktif dan suka

kepada visual.

Bentuk Bahan

1. Powerpoint

Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap

dengan komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad, ia masih boleh

digunakan. Keperluan asas peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci

dan pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian inovasi ini hanya

menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan tidak memerlukan proses install

yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru copy and

paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses install boleh

menjimatkan masa dalam kelas.

Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan

animation untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan

dua hala dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint

untuk meransang minat dan deria murid.

3

Page 4: Objektif Inovasi

Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid

kepada kumpulan atau individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur

multimedia seperti gambar, video, audio dan animasi. Terdapat juga butang-

butang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka perisian ini. Setiap

fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara

tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid

mudah menghafal dan faham perkara yang dipelajari.

Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas,

murid menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk

mencuba sendiri PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia

dapat memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman belajar yang

menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba, menjawab dan meneroka

sendiri perisian inovasi ini.

Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan

bahagian. Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid

akan mempelajari setiap tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh guru.

Pada akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan ujian pemahaman. Soalan

pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap dan

kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid.

Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah

bila-bila masa, guru boleh menambah atau mengubah soalan yang lebih sesuai

dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka

ianya dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar

dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah baik.

Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang berkeyakinan untuk mencuba

sesuatu perkara. Dengan adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid

mencuba dan melakukan perkara yang sukar dilakukan semasa proses

4

Page 5: Objektif Inovasi

pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian murid

semasa proses pembelajaran.

Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh

memasukkan sedikit pengisian tentang kemahiran asas menggunakan

komputer seperti belajar menaip, menggunakan tetikus dan sebagainya.

Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya tetap memberi kesan

kepada murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.

2. Telegram

Perisian ini merupakan satu perisian percuma yang memerlukan capaian internet

dan hanya memerlukan nombor telefon untuk berdaftar. Telegram boleh diakses

melalui telefon atau komputer dengan syarat capaian internet dan menetapkan

kata laluan. Perisian ini membolehkan perkongsian nota dan idea dalam

kumpulan. Perisian ini boleh memuat naik satu fail yang sebesar 2GB satu kali. Ini

termasuk teks, gambar, video, animasi dan powerpoint.

Pengendalian

1. Mewujudkan satu group yang terdiri daripada guru dan murid-murid.

2. Guru memuat naik bahan-bahan yang berkaitan sebelum sesuatu topik atau

pdp berlangsung.

3. Murid-murid perlu muat turun bahan-bahan tersebut dan membaca sekali

supaya mempunyai gambaran sebelum pdp.

5