objektif

23
MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Topik 1: Konsep dan Pembangunan Keusahawanan

Upload: larya

Post on 16-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Topik 1: Konsep dan Pembangunan Keusahawanan. OBJEKTIF. Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: Menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan . Menerangkan konsep usahawan dan keusahawanan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: OBJEKTIF

MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA

KEUSAHAWANAN

Topik 1: Konsep dan Pembangunan Keusahawanan

Page 2: OBJEKTIF

OBJEKTIF

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:• Menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan.• Menerangkan konsep usahawan dan keusahawanan• Mengenalpasti ciri dan sifat keusahawanan• Membuat rumusan mengenai pembangunan keusahawanan

di Malaysia

Page 3: OBJEKTIF

1.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

Pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi + daya saing negara

Melalui kreativiti dan inovasi; mencipta produk baru dan

memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.

Usahawan adalah individu yang mencipta dan membahagi kekayaan

Membuka peluang perniagaan

Page 4: OBJEKTIF

1.2 DEFINISI USAHAWAN & KEUSAHAWANAN

• Usahawan = mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru dan memasarkan produk. Istilah ’usahawan’ berasal dari Bahasa Perancis entrependre (memikul atau mencuba)

USAHAWAN

Scarborough dan Zimmerer (1988) mencipta satu perniagaan baru dan menghadapi satu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenalpasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya.

Kuratko dan Hodgetts (2004) berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan.pemangkin kepada perubahan ekonomi, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai dalam proses perniagaan

Page 5: OBJEKTIF

KEUSAHAWANAN

Histrich dan Peter (1988) proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambilkira: masa dan usaha risiko kewangan, psikologi dan sosial menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar, dan proses dengan kerjasama kerajaan, pendidikan dan perlembagaan.

Proses

Page 6: OBJEKTIF

1.3 CIRI DAN SIFAT KEUSAHAWAN

1. Keinginan dan kesungguhan yang tinggi

2. Niat yang betul (mencari rezeki, menyediakan barang, beribadat).

3. Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang mencukupi.

4. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya.

5. Sentiasa berjimat menggunakan sumber

6. Kemahiran membuat keputusan7. Berfikiran kehadapan.8. Kemahiran berkomunikasi.9. Menjaga kualiti.10. Menghindari dari aktiviti yang

diharamkan 11. Elakkan hutang12. Sentiasa menilai tindakan

(bermuhasabah) dan berwaspada.

13. Besyukur dengan kejayaan.14. Tidak boros15. Sentiasa membayar hutang jika

berhutang.

Page 7: OBJEKTIF

1.4 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing.

British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan (pecah dan perintah). Kaum Melayu sebagai pentadbir dan petani, kaum Cina bekerja di lombong dan kaum India di perladangan

Page 8: OBJEKTIF

• Selepas kemerdekaan: Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990 ), Dasar Pembangunan Negara (1990 – 2000) dan Wawasan 2020. Semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

• Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia.

• Sejak tahun 2005 hingga 2009 Kementerian tersebut telah ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUK).

• Selepas 2009 - KPUK telah dimansuhkan dan tugas diserah kepada kementerian lain

Page 9: OBJEKTIF

MINGGU 1 MODUL 1: PEMUPUKAN

BUDAYA KEUSAHAWANAN

Topik 2: Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Page 10: OBJEKTIF

OBJEKTIF

• Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:• Membangunkan tahap kompetensi keusahawanan diri• Mempamerkan ciri dan sifat keusahawanan dalam diri

Page 11: OBJEKTIF

2.1 Inisiatif

Sikap individu yang berinisiatif adalah: • Melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa

melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya.

• Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang yang baru, keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Page 12: OBJEKTIF

2.2 Melihat dan Merebut Peluang

Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut:

– Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.

– Merebut peluang-peluang yang luarbiasa dalam memperluaskan pasaran, penggunaan teknologi baru, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

Page 13: OBJEKTIF

2.3 Kecekalan

Sikap seseorang yang cekal dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut:

• Berusaha berulang kali dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yang menghalang pencapaian matlamat.

• Berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.

Page 14: OBJEKTIF

2.4 Mencari maklumat• Melakukan penyelidikan atau tinjauan untuk mendapatkan

maklumat atau maklumbalas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

• Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan.• Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan atau

pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna.• Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan

menganalisisnya.• Menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk

mendapatkan maklumat baru dan berguna.• Melakukan sendiri penyelidikan dan anlisis terhadap maklumat

yang diperolehi sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau dalam menjalankan tugas harian.

Page 15: OBJEKTIF

2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang tinggi

Sikap usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah:

– Menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

– Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.

Page 16: OBJEKTIF

2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja

Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah:– Memberi tumpuan kepada perniagaan dan melakukan

pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja.

– Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan.

– Sanggup membantu pekerja atau mengambilalih tugas mereka untuk menyelesaikan kerja.

– Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.

Page 17: OBJEKTIF

2.7 Berorientasikan Ke Arah Kecekapan

Individu usahawan yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah:

– Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan pantas.

– Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini untuk memperbaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri.

– Mengambilberat perkiraan kos atau keuntungan hasil daripada sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan.

Page 18: OBJEKTIF

2.8 Membuat Perancangan Yang Sistematik

Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam:

– Melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan merancang dan mengatur langkah yang sistematik dan mudah untuk dilaksanakan.

– Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah-masalah yang dijangkakan.

– Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan.

– Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk mencapai matlamat

Page 19: OBJEKTIF

2.9 Menyelesaikan Masalah

Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah berkebolehan dari segi:

– Mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat.

– Mencari dan melahirkan idea baru untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.

Page 20: OBJEKTIF

2.10 Keyakinan Diri

Usahawan yang berkeyakinan diri mampu:– Melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan

dan pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas.

– Memperolehi dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang pengkhususannya.

– Mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan.– Sedia melakukan perubahan dari masa ke semasa.

Page 21: OBJEKTIF

2.11 KetegasanUsahawan yang tegas mampu:

– Menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan pihak lain.

Page 22: OBJEKTIF

2.12 Meyakinkan Orang Lain

Individu usahawan mampu menunjuk dan meyakinkan orang lain melalui:

– Penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

– Kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan.

– Keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri dan syarikat.

Page 23: OBJEKTIF

2.13 Menggunakan Strategi-strategi PengaruhSeorang usahawan yang mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh mampu:

– Berkecenderungan memikirkan strategi mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

-Finish-