soalan objektif ( pengakap malaysia )

26
Soalan Objektif - Bahan Ilmu Pengakap BAHAGIAN A – 25 Soalan 1. Undang-undang Pengakap yang ketiga ialah A. Berguna B. Berbudi C. Bersaudara D. Berjimat 2. Undang-undang Pengakap yang kelima ialah: A. Berguna C. Berbudi B. Bersaudara D. Bejimat Lengkapkan Persetian Pengakap di bawah:- ‘Bahawa dengan sesungguhnya, ………..3…………, yang saya ………………..4…………… 3. A. saya berjanji dan bersetia B. saya bersumpah dan bersetia D. saya bersetia dan bejanji D. saya bcrsetia dan bersumpah 4. A. akan seberapa daya upaya B. dengan seberapa daya upaya C. dengan seberapa upaya D. tiada di atas. 5. Di manakah Kem Pertama untuk Pengakap yang dianjurkan oleh B-P? A. Pulau Makassar B. Pulau Brownsea C. Pulau Pinang D. Pulau Riau

Upload: damiazafran36

Post on 21-Oct-2015

1.142 views

Category:

Documents


88 download

DESCRIPTION

soalan unit pengakap

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

Soalan Objektif - Bahan Ilmu Pengakap

BAHAGIAN A – 25 Soalan

1. Undang-undang Pengakap yang ketiga ialahA. BergunaB. BerbudiC. BersaudaraD. Berjimat

2. Undang-undang Pengakap yang kelima ialah:A. BergunaC. BerbudiB. BersaudaraD. Bejimat

Lengkapkan Persetian Pengakap di bawah:-

‘Bahawa dengan sesungguhnya, ………..3…………, yang saya ………………..4……………

3.A. saya berjanji dan bersetiaB. saya bersumpah dan bersetiaD. saya bersetia dan bejanjiD. saya bcrsetia dan bersumpah

4.A. akan seberapa daya upayaB. dengan seberapa daya upayaC. dengan seberapa upayaD. tiada di atas.

5. Di manakah Kem Pertama untuk Pengakap yang dianjurkan oleh B-P?A. Pulau MakassarB. Pulau BrownseaC. Pulau PinangD. Pulau Riau

Dimanakah letaknya Gilwell Park?A. Amerika SyarikatB. KenyaC. EnglandD. Semuanya salah

7. Mengapakah tarikh 22hb. Februari penting bagi PengakapA. Hari PengasasB. Kem Pertama diadakan

Page 2: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

C. Hari kelahiran B-PD. Tiada Jawapan

8. Biasanya Jambori dikelolakan pada tiap-tiapA. 3 tahunB. 4 tahunC. 5 tahunD. 6 tahun

9. Nama tapak perkhemahan pengakap di Negeri Kelantan ialahA. Kem KijangB. Kem SardonC. Kem CoronationD. Kem Jubli

10. “ Rumah B-P”, Jalan Hang Jebat adalah terletak diA. Kota BharuB. Kuala LumpurC. IpohD. Pulau Pinang

11. Cogankata bagi Pengakap Remaja ialahA. Selalu BerkhidmatB. Selalu SediaC. Pandangan LuasD. Buat Habis Baik

12. Cogankata bagi Pengakap Kelana ialahA. Selalu BerkhidmatB. Selalu SediaC. Pandang LuasD. Buat Habis baik

13. Malaysia telah menganjur JAMNAS yang pertama diA. MeIakaB. Pulau PinangC. JohorD. Kelantan

Soalan 14 hingga 17 berdasarkan jawapan di bawah:I Datuk Dr. Sulaiman DaudII Lord Barden PowellIII Tuan Haji Ahmad bin AbbasIV Datuk Hamidin bin Abdulah

14. Ketua Pengakap Negara ialah:A. IB. IIC. IIID. IV

Page 3: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

15. Ketua Pesuruhjaya NegaraA. IB. IIC. IIID. IV

16. Pesuruhjaya Negeri kedahA. IB. IIC. IIID. IV

17. Pengasas Pengakap ialah:A. IB. IIC. IIID. IV

18. Komponen Parlimen adalah terdiri dari:I. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AgongII. Dewan NegaraIII. Dewan RakyatIV. Dewan Bahasa

A. I dan II sahajaB. I,ll dan IIIC. I, II dan IVD. I, II, III dan IV

19. Fungsi Parlimen adalah:I Kuasa PerundanganII Kuasa PerbincanganIII Kuasa MenghukumIV. Kuasa PerbicaraanA. I dan lI sahajaB. I,Il dan III.C. I, II dan IVD. I, II, III dan IV

20. Fungsi Dewan Rakyat adalah:I. Pindaan PerlembagaanII. Gubal Undang-UndangIII. Bahas titah ucapan DirajaIV Bersidang

21. Bendera Malaysia mengandungi ………………. jalur.A. 11B. 12C. 13

Page 4: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

D. 14

22. Warna Putih pada Bendera Malaysia bermaksud:A. TaatB. BerbudiC. BerbaktiD. Suci

23. LPN ditubuhkan pada tahun ……A 1970B. 1971C. 1972D. 1973

24. Wakil ParIimen bagi kawasan Padang Terap ialah;A. Dato’ Haji Ghazali bin IbrahimB. Dato’ Seri Mahadir bin KhalidC. Dato’ Syed Sobri bin Syed HashimD. Encik Nasir bin Zakaria

Bahagian Pertolongan Cemas:26. Apakah tujuan pertolongan cemas?I Menyelamatkan jiwaII Menyegerakan penyembuhanII Menjaga keadaan seimbangIV Memberi rawatan sehingga pulihA I, II dan IIIB I, II dan IVC I , III dan IVD I , II ,III dan IV

27 Salah satu fungsi paru-paru ialahA menghazamkan makananB mengawal pergerakan ototC mendapatkan oksigen dan udara ketika bernafasD mengepam darah ke seluruh badan

Pilih pernyataan yang SALAH bagi pernyataan soalan 28 hingga 30

28A Dua pasang tulang rusuk melekat pada tulang belakangB Ada lapan tulang torasik dan tiga tulang koksigealC Jantung manusia terdapat dua aurikel dan dua ventrikelD Darah pembuluh terdapat pada arteri pulmonori

29A terdapat 12 (dua belas ) pasang tulang rusukB Tulang rusuk akan bergerak ke atas semasa pemafasan diambilC Semua tulang rusuk melekat ke tulang dada hadapan ‘

Page 5: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

D Tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru

30A Patah dikelasifikasikan kepada luka tertutupB Bengkak, berubah bentuk dan kelembutan adalah tanda-tanda patahC Semua patah mestilah displintkan.D Tidak terdapat pendarahan pada patah tertutup ( simple fracture)

31 Apakah faktor biasa yang menyebabkan tersekatnya saluran pernafasan?A Berhentinya pernafasanB Melindungi luka dan bertambah terukC Menolong menyembuhkan lukaD Mengelakkan jangkitan

32 Antara berikut ialah pernyataan pendarahan nadi KECUALIA Darah berwarna merah gelapB Memancut dengan berdenyut dan lukaC Boleh dikawal dengan membuat tekanan pada saluran nadiD Darah mengandungi oksigen sepenuhnya

33 Istilah ‘terkehel ‘bermaksudA sakit tetapi boleh gerakkan sendi sepenuhnyaB berubah bentuk tetapi tidak sakitC sakit , berubah bentuk dan tidak boleh bergerakD sakit boleh digerakkan tetapi berubah bentuk

34 Patah kaki dengan luka-luka yang banyak boleh dikelaskan sebagaiA patah riuk / terbukaB patah tertutupC patah rebungD patah tebu

35 Apakah tanda-tanda asas pendarahan dalam?A Bengkak, pucat, denyut nadi pantasB Pucat, muntah, nadi pantas, nafas panjang, gelisahC Muntah , menangis , nafas panjang, gelisahD Tiada tanda-tanda seperti di atas.

36 Rawatan untuk sengatan lebah ialahA mengurutB tuaman panasC tuaman sejukD tidak perlu dirawat

37 Antara berikut ialah rawatan bagi gigitan ular KECUALIA splintkan dan hantar ke hospitalB urut dan pasang splintC ikat torniguet dan pasang splintD terus hantar ke hospital tanpa sebarang pertolongan cemas

Page 6: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

38 Antara berikut ialah cara pemulihan nafas telentang KECUALIA cara Dr. SivesterB cara Dr. Holger NelsonC cara mulut ke hidungD cara tekan di dada

39 Apakah tujuan balutan pada luka-luka?A Mencegah jangkitan kuman-kumanB Penahan kesakitanC Merawat kulit yang terkoyakD Kecederaan dapat diubati

40 Apakah jenis simpulan yang digunakan dalam mengikat balutan pertolongan cemas?A Tindih kasihB Buku silaC Bunga GetiD Simpul tarik

41 Rajah di sebelah menunjukkan sejenis anduh.Apakah jenis anduh tersebut?A Anduh tanganB Anduh lenganC Anduh tiga segiD Anduh bahu

42 Berapakah jarak lebar pembalut bergulung untuk tanganA 2.5 cmB 5.0 cm

Page 7: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

C 7.5 - 9 cmD 10 - 15 cm

43 Susun langkah-langkah membalut tangan dengan pembalut tiga segi.A. II, I, IV, IIIB. II, IV, I, IIIC. III, I, IV, IID. IV, I, III, II

44 Antara berikut, faktor yang menyebabkan terhenti pernafasan KECUALIA Terhimpit saluran udaraB Terhalang saluran udaraC Terhimpit dadaD Kekurangan oksigen di dalam darah

45 Dalam pemulihan pemafasan secara Holger-Nelson, berapakah bilangan yang perlu dilakukan dalam satu pusingan?A 4B 5C 6D 7

46 Berapa kalikah dalam seminit pusingan yang lengkap kaedah pemulihan pernafasan Holger-Nelson ?A 8 kaliB 12 kaliC 16 kaliD 20 kali

Page 8: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

47 Rajah di atas menunjukkan salah satu kecederaan.Apakah jenis kecederaan tersebut?A Patah riukB Patah tebuC Patah melaratD Patah rebung

48 Antara berikut ialah cara-cara menahan darah KECUALIA tekanan tepatB tourniquetC tekan sipiD tuaman

49 Apakah maksud touniquet?A Menekan path bahagian lukaB Menekan pada urat nadiC Mencerut dengan ketat dan longgarkanD Mengikat pembalut lebar

• Ambil kain kapas, kain putih atau sapu tangan besar• Lipat mengikut besar yang dikehendaki• Rendamkan dalam air sejuk dan perah hingga tiada menitik• Jangan ditutup

50 Pernyataan di atas ialah salah satu teknik rawatan.Nyatakan jenis teknik rawatan tersebut.A Tuaman panasB Tuaman sejuk

Page 9: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

C Mencuci lukaD Membilas luka

BAHAGIAN C : (IKATAN DAN SIMPULAN)

51. Simpulan Buku Sila boleh digunakan untuk tujuan berikut kecualiA. menyambung dua utas tali yang sama besarB. mematikan ikatan path bungkusanC. mematikan hujung taliD. mengikat anduh

52. Untuk mengikat tali pancang khemah, ikatan yang paling sesuai digunakan ialahA. simpul manukB. lilit ‘taut-line’C. lilit balakD. lilit dua simpul

53. Ikatan yang digunakan untuk menyambung tali di bendera dengan tali di tiang bendera ialahA. Bunga KetiB. Tindih KasihC. Belit LucutD. Lilt Pasdul Pasdul

54. Ikatan Serong paling sesuai dimulakan dengan ikatanA. ManukB. BalakC. BelitD. Lilit kacang

55. Simpul tapak kucing digunakan untukI. Memendekkan taliII. Mengikat dua kayu yang bersilangIII Mengikat tali pada takalIV. Menambat jambatan pada pancangA. I dan IIB. Il dan IIIC. I dan IIIE. IV sahaja

56. Untuk membuat tangga menggunakan tali, simpulan yang digunakan ialahA. Simpul NgahB. Simpul Abah-AbahC. Lilit Tindih KejapD. Simpul Kerusi

57. Seorang ahli pengakap hendak menggantung bekalan makanan yang berada di dalam tin minyak tanah supaya tidak dicuri orang semasa perkhemahan. Dia akan menggunakan ikatanA. Lilit Tong

Page 10: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

B. Lilit TinC. Lilit GantungD. Lilit Tindih Kejap

58. Ikatan berikut ada kaitan dengan mengikat dua kayu/buluh, kecualiA. SerayaB. SerongC. Silang GuntingD. Pasdul

59. Ikatan berikut boleh digunakan untuk membuat lantai meja makan atau lantai pangkin tempat tidur, kecualiA. SerayaB. Lilit KacangC. Seraya JepunD. Simpul Buaian

60. Untuk menegangkan tali besar pada Jambatan Gantung, takal telah digunakan. Tali kecil yang digunakan untuk menarik tali yang besar itu diikat menggunakan ikatanA. Lilit Berkas TingkatB. Lilit Tindih KejapC. Simpul Kepala LalatD. Simpul Pengail

61. Dua tail yang sama besar boleh disambung menggunakan ikatan/simpulan berikut; kecualiA. Simpul RagaB. Sambat PendekC. Buku SilaD. Bunga Keti

62. Ikatan yang diikat pada pokok oleh seseorang yang hendak turun dan bukit dan tali tersebut boleh diambil semula tanpa perlu naik semula ke atas bukit tersebut ialahA. Tindih Kasih BergandaB. Simpul KerusiC. Simpul Belit LucutD. Lilit Tindih Kejap

63. Seutas tali hendak dilontarkan pada suatu dahan pokok. Untuk memudahkan tali itu dilontar, boleh menggunakan ikatanA. Genggam MonyetB. Simpul SerbanC. Takal TaliD. Kepala Lalat

64. Berikut ialah cara kepala tali dimatikan, kecualiA. Kepala LalatB. Sambat MataC. Lilit Pemati BiasaD. Lilit Pemati Selit

Page 11: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

65. Satu tempat pada seutas tali hampir putus kerana tergesel batu, tali tersebut boleh diselamatkan daripada terpaksa dipotong dengan menggunakan simpulanA. Simpul PulihB. Simpul HimpitC. Simpul KerusiD. Simpul Manuk

66. Tanjul atau gelung di tengah tali boleh dibuat menggunakanA. Simpul Tapak KucingB. Simpul NgahC. Simpul SerbanD. Simpul Buaian

67. Simpul Raga digunakan untuk memulakan simpulanA. Genggam MonyetB. Simpul BerlianC. Simpul SerbanD. Simpul Tapak Kucing

68. Ikatan yang paling sesuai untuk diikat pada pokok dalam aktivitiAbseiling/Rappelling ialahA. Tindih Kasih AirB. Serong FilipinaC. ikatan PengailD. Simpul Manuk

69. Ikatan path bendera yang akan ditarik semasa istiadat mengibarkan bendera ialah ikatanA. Simpul PulihB. Lilit BalakC. Belit LucutD. Buku Sila

70. Dua kayu yang pendek perlu disambung supaya sesuai untuk dijadikan tiang bendera. Ikatan yang sesuai digunakan ialahA. Silang GuntingB. Silang TungkuC. Silang KayuD. Silang Serong

Soalan 71 hingga 75, namakan ikatan/simpulan berikut:

71.A. Tindih Kasih AirB. Simpul NgahC. Lilit ‘Taut-Line’D. Simpul Abah-Abah

72.A. Lilit Batak

Page 12: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

B. Lilit ‘Taut-Line’C. Lilit Dua SimpulD. Simpul Himpit

73.

A. Sambat MataB. Sambat BalikC. Sambat PendekD. Sambat Kepala

74.A. Ikatan PengailB. Lilit Tindih KejapC. Belit LucutD. Ikatan Balak

75.A. Lilit SiIangB. Lilit SerongC. Lilit KacangD. Lilit Lipan

76. Anda berdiri dalam keadaan ‘sedia’. Apabila dapat hukuman senang diri, kaki manakah anda gerakkan?A. Kanan dan kiriB. Kiri dan kananC. Kanan sahajaD. Kiri sahaja

77. Semasa berjalan, anda diberi hukuman ‘berhenti’. Di atas kaki manakah hukuman ‘henti’ itu diberi.A. KananB. KiriC. Kanan kiri dan kananD. Semua di atas

78. Bahasa hukuman ‘Hormat Selaku Terima Sijil’ akan diberikan di atas kakiA. KiriB. KananC. Kiri dan kananD. Tiada jawapan di atas

79. Anda sedang berkawat dalam 3 (tiga) barisan. Troop anda menghadap ke hadapan. Kemudian anda hendak gerakkan troop anda ke kiri. Bagaimanakah bahasa hukumannya?A. Tiga barisan, menghadap ke kiri gerak.B. Bergerak ke kiri dalam tiga barisan pusing.C. Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke hadapan pusing.D. Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri pusing.

Page 13: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

80. Troop anda berbaris dalam 3 (tiga) barisan melintang. Untuk pemeriksaan bagaimanakah kedudukannya. (pilih satu sahaja) (2 markah)A. Dalam tiga barisan terbukaB. Dalam tiga barisan tertutupC. Dalam keadaan senang diriD. Dalam keadaan ‘B’ dan ‘C’

81. Dalam pergerakan ‘ke kanan Lurus’ apakah pergerakan anda yang pertama?(Pilih satu sahaja) (2 markah)A. Hentak kaki berturut-turut, serta luruskan barisan.B. Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kiri.C. Pandang hadapanD. Pandang kanan dan dalam masa yang sama angkat tangan kanan sana paras orang di sebelah kanan.

82. Apabila membuat pergerakan ‘ke belakang pusing’, berapa darjahkah anda berpusing? (2 markah)A. 45°B. 90°C. 180°D. 360°

Soalan 83 hingga 85(H) Hadapan(L) Kiri(R) Kanan(B) BelakangX arah kedudukan anda sedang menghadap-> Arah yang akan anda pusing

83. Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang, Pusing

84. Skuad akan bergerak ke kiri, ke kiri., Pusing. (H)

85. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang, Pusing

86 Arah yang sentiasa ditunjukkan oleh jarum kompas magnetik ialahA utara gridB utara benarC utara kutubD utara magnet

87 Bering yang ditentukan berdasarkan kiraan dan arah utara dan selatan dinamakanA bearing bulatanB bearing timuranC bearing azimutD bearing sukuan

88 Selain menggunakan kompas magnetik, arah mata angin boleh diketahui dengan berpandukan

Page 14: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

A Arah tiupan anginB pasang surut air lautC kedudukan matahariD aliran sungai

89 Pasangan yang berikut menunjukkan sudut darah untuk mata angin KECUALIA Timur 90°B Tenggara 155°C Selatan 180°D Barat laut 315°

90 Dalam rajah di atas , bering sukuan dan Kampung Besta ke Kampung Tun ialahA U 45° TB S 45° TC U 90° BD S 135° T

91 Pernyataan-pernyataan berikut menerangkan ciri-ciri bering KECUALIA bearing dinyatakan dalam unit darjahB terdapat dua jenis bering iaitu bulatan dan sukuanC bearing boleh digunakan untuk mengukur jarakD bering bulatan dinyatakan mengikut pusingan jam

92 Antara berikut, apakah kegunaan panduan grid dalam peta topo?A Menentukan kedudukanB Menentukan ketinggianC Menentukan arahD Menentukan kecerunan

93 Nisbah antara jarak dalam peta dengan jarak di permukaan bumi dikenali sebagaiA jarak relatifB skalaC jarak mutlakD keluasan

Page 15: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

Soalan 94 dan 95 berdasarkan rajah di bawah ini.

94 Dalam rajah di atas ,berapakah bering bulatan dan kedudukan A ke B?A 75°B 110°C 125°D 215°

95 Berdasarkan rajah di atas, bering sukuan kedudukan B dan kedudukan A ialahA U 35° BB S 55° TC U125° BD S 35° B

96 Garisan-garisan menegak dan mendatar yang terdapat dalam peta topo dinamakanI garisan lintangII garisan bujurIII garisan utaraanIV garisan timuran

A I dan IIB I dan III

Page 16: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

C II dan IVD III dan IV

Soalan 97 hingga 100 berdasarkan peta di bawah.

97. Ciri budaya yang terdapat dalam kawasan grid di atas ini ialahI balai polis

Page 17: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

II sekolahIII kedaiIV masjidA I dan IIB ll dan IIIC l dan IVD III dan lV

98 Puncak Bukit Ayu terletak di rujukan gridA 091554B 116530C 105545D 120554

99 Ciri apakah yang terdapat di rujukan grid 104554?A Stesen minyakB MasjidC KolejD Klinik

100 Pernyataan manakah yang boleh dikaitkan dengan bahagian tenggara kawasan petaA terdapat pusat keagamaanB kawasan sawah padiC terdapat pusat rekreasiD terletaknya kemudahan sosial

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;Menolong orang pada setiap masa;Menurut Undang-undang Pengakap

……………………………………………

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, berrmaruah dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpinpemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau

Page 18: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

……………………………………………

COGAN KATA PENGAKAPPENGAKAP KANAK-KANAK“ BUAT HABIS BAIK “

PENGAKAP MUDA“ SELALU BERSEDIA “

PENGAKAP REMAJA“ PANDANG LUAS “

PENGAKAP KELANA“ BERKHIDMAT “

……………………………………………

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia dengan keahlian seramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910, hasil usaha F.C. Sands. Namun begitu, sebenarnya telah ada percubaan untuk menubuhkan pasukan pengakap di Pulau Pinang (1908) dan di Selangor (1909), tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif.

Pasukan Pengakap di negara ini kemudian berkembang ke negeri-negeri di Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak. Sejarah penubuhan dan pengasas-pengasas pergerakan pengakap di Malaysia ialah:

(1) H.R. Cheesman di Pulau Pinang (1915)(2) H.R. Cheesman di Johor (1928)(3) l.R Wheeler di Perak (1926)(4) E.C.Hicks, A.G.Stuart, R.P.S.Walker, C.Bloomfield di Kedah (1922)(5) R. Brunston di Melaka (1925)(6) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925)

Page 19: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

(7) Ameen Akhbar di Selangor (1926)(8) A.J. Cracle di Terengganu (1926)(9) Y.M. Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927)(10) Perlis (1931) di bawah naungan Negeri Kedah(11) Rev. Canon Thomas Cecil Alaxander di Sabah (1913)(12) Sarawak (1915) - pengasasnya tidak dapat dikesan

Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Persekutuan Budak budak Pengakap ini menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Pentadbirannya juga dijalankan sendiri dengan Allahyarham Datuk Sulaiman bin Datuk Abdul Rahman menjadi Ketua Pengakap Negara pertama dan Encik Muhammad Yusof bin Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Agungnya.

……………………………………………

KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap bermula di negara ini seawal tahun 1908. Perkhemahan percubaan yang diketuai oleh Bapa Pengakap Sedunia, Lord Baden-Powell dan disertai oleh seramai 20 orang budak lelaki pada 1 Ogos 1907 di Pulau Brownsea, England itu telah mercetuskan suatu gerakan besar-besaran dalam perkembangan pergerakan Pengakap ssedunia.

Benih pergerakan Pengakap mula tumbuh di Pulau Pinang pada tahun 1908, dengan tertubuhnya pasukan percubaan dan Y.M.C.A. Pada tahun 1909 pergerakan Pengakap diperkenalkan di Selangor. Pada pertengahan tahun 1910, pergerakan Pengakap mula berkembang apabila Frank Cooper Sands mula menggerakkanya di Singapura dengan ahli seramai 30 orang. Beliau merupakan Ketua Pesuruhjaya Agung yang Pertama sehingga tahun 1948. Pahang merupakan negeri pertama di Semenanjung Tanah Melayu menubuhkan pergerakan Pengakap, apabila satu pasukan dibentuk di daerah Pekan pada tahun 1912. Pada tahun 1913 Sabah menubuhkan pergerakan Pengakap dan diikuti oleh Sarawak pada tahun 1915. Kedua-kedua negeri ini bergabung dengan Ibu Pejabat Imperial di London. Hasil usaha HR. Cheesernan pada tahun 1915, pergerakan Pengakap di Pulau Pinang kembali aktif apabila Sekolah Penang Free menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri angan anak-anak Melayu. Pada 1918, Cawangan Unit Pengakap Kelana ditubuhkan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Pada tahun 1920 Perak menubuhkan pergerakan Pengakap dan diikuti oleh Kedah pada tahun 1922, Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925, Selangor dan Terengganu pada tahun 1926. Kelantan pada tahun 1927, Johor pada tahun 1928 dan Perlis pada tahun 1931. Kegiatan berpengakap terus mendapat perhatian apabila pada tahun 1927, Pulau Pinang mengadakan Jambori Malaya yang pertama kalinya di Rifle Range, Pulau Pinang.

Sebelum kemerdekaan , Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya diwakili oleh setiap pergerakan Pengakap di negeri-negeri sebagai sebuah daerah pentadbiran Pengakap. Selepas Perang Dunia ke-2, pentadbiran ini disusun semula dengan Malaya dan Singapura menjadi dua cawangan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain. Dengan penyusunan semula pentadbiran ini, setiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri dan beberapa persekutuan daerah dan persekutuan tempatan. Selaras dengan perkembangan pentadbiran negara. Persekutuan Pengakap Malaysia telah membina sebuah Ibu Pejabat bagi mengendalikan urusan pentadbiran dan perancangan latihan dengan nama Rumah B-P yang terletak di Jalan Davidson (kini Jalan Hang Jebat). Kuala Lumpur dan telah dirasmikan pada

Page 20: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

5 Januari 1957 sempena kejayaan Pengakap dalam merayakan 50 Tahun Kejayaan Pengakap Sedunia. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pergerakan Pengakap di Malaysia mula menempa nama sebagai sebuah Persekutuan yang mana mempunyai bidang kuasanya tersendiri dalam melaksanakan tugas dan pentadbiran tanpa terikat dengan Ibu Pejabat Pengakap Great Britain lagi apabila dimeterai oleh Biro Pengakap Antarabangsa (kini Biro Pengakap Sedunia ) pada 15 Ogos 1957. Pada 1 Sepetember 1957, pergerakan Pengakap di Malaysia ditadbir dengan nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaya dan menjadi ahli gabungan Biro Pengakap Antarabangsa. Dengan pembentukan persekutuan tersebut, pergerakan Pengakap di Malaysia dipimpin oleh Encik Muhammad Yusof bin Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang pertama dan tahun 1957 sehingga 1960. Rumah B-P, turut dikunjungi oleh Lady Olave isteri kepada Lord Baden Powell pada tahun 1956. Dengan kewujudan Persekutuan Tanah Melayu, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah tidak lagi bergabung dengan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada bulan November 1964. Berikutan pemisahan Singapura dan kerajaan Malaysia, pada bulan Ogos 1965 Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura berpisah dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia dan membentuk persekutuannyan sendiri.

Persekutuan turut mendapat pengiktirafan kerajaan sebagai sebuah badan sukarela dan pertubuhan kerajaan yang berteraskan ilmu dan kemahiran. Pengiktirafan ini diberi dengan memperbadankan pergerakan Pengakap dibawah Akta Parlimen 1968 Akta No. 38, Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak -Budak Pengakap Malaysia. Dengan termaktubnya akta tersebut, pergerakan Pengakap di Malaysia dinaungi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong dan Sultan-Sultan, Raja dan T.Y.T Yang Di-pertua Negeri-Negeri. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia turut membentuk Dasar Pertubuhan Peraturan (DPP), dan memperkenalkan pakaian seragam baru yang bercirikan kebudayaan Malaysia menggantikan pakaian seragam lama yang terdiri daripada topi besar, baju kemeja dan seluar pendek berwarna perang. Pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah meminda Akta Persekutuan dengan melucutkan perkatan budak dan mengekalkannya dengan nama Persekutuan Pengakap Malaysia. Berikutan dengan perkembangan dan pembangunan dalam pergerakan Pengakap di seluruh negara, pada 1976 Persekutuan Pengakap Malaysia telah membuka keahliannya kepada wanita dan budak-budak perempuan dengan memperkenalkan satu latihan yang progresif dan lebih bersistematik. Pada tahun 1987, Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan set pakaian seragam yang baru yang lebih bercirikan kebudayaan nasional. Pakaian seragam baru ini terdiri daripada kemeja kelabu berleher cekak musang, seluar panjang biru tua dan bersongkok forage Sweden. Persekutuan turut mereka bentuk lencana-lencana baru yang lebih menarik.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan satu latihan baru bagi semua pasukan di sekolah-sekolah di seluruh negara secara berperingkat dengan mempelbagaikan kegiatan dan aktiviti yang Iebih baik lagi. Hasil dan latihan tersebut satu draf skim latihan baru dibentuk dan pada tahun 1991, Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan Skim Program dan Latihan Unit Pengakap Kanak-Kanak, Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Laut yang baru. Pelbagai kegiatan dan aktiviti yang baru dan menepati cita rasa ahli Pengakap masa kini turut diperkenalkan.

Menerusi Rancangan Lima Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia yang bermula pada tahun 2006 hingga 2010, Persekutuan Pengakap Malaysia turut menggariskan dua perkara utama dalam rancangan pembangunan iaitu; Pembangunan pergerakan Pengakap yang efektif dan efisen menerusi kemasyarakatan ke arah pembentukan sebuah negara dan dunia yang lebih

Page 21: Soalan Objektif ( Pengakap Malaysia )

baik dan Pembangunan modal insan yang berteraskan Prinsip dan Undang-Undang Pengakap. Adalah diharapkan dengan adanya perancangan tersebut pada tahun 2010 Persekutuan Pengakap Malaysia akan lebih cekap pengurusannya, dinamik dan berdaya maju ke arah pembentukan sebuah pergerakan yang berteraskan pendidikan yang cemerlang. Pada tahun 2009, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik Kali Ke-23 di Kuala Lumpur. Pemilihan tersebut adalah wajar sekali setelah sekian lama penantian Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menjadi tuan rumah persidangan yang terbesar itu.

Lagu Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia,Harapan nusa dan bangsa,berikrar setia pada pertiwi tercinta,Melatih generasi muda menjadi insan yang berguna,Persetiaan Pengakap teras dipegang bersama,Menolong orang setiap masa,menabur bakti di mana sahaja,Demi Tuhan, raja dan negara,Berbudi, bersaudara, taat, menurut perintah,Kami bangga junjung cita-cita,Pengakap Malaysia,Kami bangga junjung cita-cita Pengakap,Pengakap Malaysia.