nyatakan dua perbezaan antara guru permulaan dengan guru pakar

3
Nyatakan dua perbezaan antara guru permulaan dengan guru pakar. Jawapan : Guru Permulaan Guru Pakar Mula mempelajari cara mengajar dan masih menunjukkan perasaan kurang yakin semasa berada dalam bilik darjah Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan pengendalian pengajaran di bilik darjah Mempunyai pengetahuan isi kandungan secara diskret / berasingan Mempunyai pengertahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu Tindakan pedagogi terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran Tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai gaya pengajaran Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru Orang yang berautoriti dalam profesionnya 4.1.2 Lima Peringkat Perkembangan Guru (i) Peringkat Novis Guru mula mempelajari cara mengajar. Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru. Dapat membentuk satu peta kognitif tentang tugas- tugas am seorang guru professional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan. (ii) Peringkat Novis Lanjutan Menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Upload: yamunah-subramaniam

Post on 12-Dec-2015

1.134 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

rgtrwtt

TRANSCRIPT

Page 1: Nyatakan Dua Perbezaan Antara Guru Permulaan Dengan Guru Pakar

Nyatakan dua perbezaan antara guru permulaan dengan guru pakar.

Jawapan :

Guru Permulaan Guru Pakar

Mula mempelajari cara mengajar dan masih menunjukkan perasaan kurang yakin semasa berada dalam bilik darjah

Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan pengendalian pengajaran di bilik darjah

Mempunyai pengetahuan isi kandungan secara diskret / berasingan

Mempunyai pengertahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu

Tindakan pedagogi terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran

Tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai gaya pengajaran

Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru

Orang yang berautoriti dalam profesionnya

4.1.2 Lima Peringkat Perkembangan Guru

(i) Peringkat Novis

Guru mula mempelajari cara mengajar. Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru. Dapat membentuk satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang

guru professional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.

(ii) Peringkat Novis Lanjutan Menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip

berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina

keyakinan diri. Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan

motivasi guru novis lanjutan.

(iii) Peringkat Cekap

Guru yang memiliki kelayakan ikhtisas.

Page 2: Nyatakan Dua Perbezaan Antara Guru Permulaan Dengan Guru Pakar

Lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid. Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi

dan juga situasi yang khusus. Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya

mengikut keperluan pelajar yang berbeza.

(iv) Peringkat Mahir

Mahir dalam bidangnya. Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan

intuisi. Kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun

maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

(v) Peringkat Pakar

Guru pakar – yang gemilang dan terbilang Dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan

pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar. Orang yang berautoriti dalam profesionnya. Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan

pengendalian pengajaran di bilik darjah.