nyanyian

Upload: nizam-ahmat

Post on 09-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nyanyian

TRANSCRIPT

PengenalanNyanyianmerujuk kepada aktiviti membunyikansuaradalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuanalat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Sebelum menghasilkan satu persembahan nyanyian yang berkualiti, kita seharusnya mengetahui kemahiran-kemahiran asas dalam aktiviti nyanyian. Ia akan membantu seorang penyanyi itu dapat menghasilkan suara yang mantap dan baik. Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini memberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal seperti register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Oleh itu, fokus yang perlu diketahui ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.