nuzulafizan bin mohamad - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap...

33
KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 24-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

 

 

 

 

KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 8.8, JALAN 3/7, PM. DR. HJ. MOHAMED SHARIF B. HJ. MUSTAFFA TAMAN INTAN PERDANA, NAMA PENYELIA 71050 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 12 NOVEMBER 2009 Tarikh: 12 NOVEMBER 2009

Page 3: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : .....................................................................

Nama Penyelia : P.M. DR. HJ. MOHAMED SHARIF B. HJ. MUSTAFFA

Tarikh : NOVEMBER 2009

Page 4: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

NUZULAFIZAN B. HJ. MOHAMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER, 2009

Page 5: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : NUZULAFIZAN BIN HJ. MOHAMAD

Tarikh : NOVEMBER 2009

Page 6: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

iii

DEDIKASI

Ditujukan istimewa kepada

Ayah dan Ibu tersayang……..

Hj. Mohamad B. Hj. Ismail dan

Hjh. Zaleha BT Md. Zain.

Yang sentiasa memahami dan memberi

Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini.

Kakak-kakak dan adik yang dikasihi,

Marziana, Marzita dan Normazatulizma

Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan

dalam mengejar cita-cita.

Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong

menamatkan pengajian ini.

Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian,

akan ku kenang buat selamanya insya-Allah.

Page 7: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima

kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi

nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, P.M.

Dr. Hj. Mohamed Sharif B. Hj. Mustaffa atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih

kepada pelajar-pelajar School of Professional and Continuing Education (SPACE),

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, International Campus, Semarak

dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang

telah ditetapkan.

Akhir sekali buat ayah, ibu dan keluarga tersayang, segala doa restu dan

dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan

dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

Page 8: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

v

ABSTRAK

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepuasan pelajar

Universiti Teknologi Malaysia terhadap perlaksanaan Program SPACE dengan

pencapaian akademik. Responden kajian adalah terdiri daripada seramai 136 orang

pelajar SPACE, di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Semarak yang

mengikuti program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Sains), dan Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan

(Matematik). Tahap kepuasan pelajar dikaji menggunakan persampelan rawak mudah.

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik jenis skala

likert 5 mata bagi mengukur tahap kepuasan pelajar. Analisis kajian menunjukkan

kepuasan pelajar adalah sederhana terhadap kemudahan teknologi yang disediakan di

dalam pengajaran dan pembelajaran, serta perkhidmatan tambahan yang disediakan.

Dapatan kajian menunjukkan kepuasan pelajar adalah tinggi terhadap komunikasi dua

hala antara pensyarah dan pelajar, serta kaedah penilaian pembelajaran. Kajian

menunjukkan wujudnya hubungan antara kemudahan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran, komuniksai dua hala antara pensyarah dan pelajar, kaedah penilaian

pembelajaran dan perkhidmatan tambahan yang disediakan dengan pencapaian

akademik bagi pelajar yang mengikuti Program SPACE di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, International Campus, Semarak. Beberapa cadangan mengenai

kaedah kajian dan hasil dapatan telah dikemukakan oleh pengkaji untuk diberi perhatian

oleh pengkaji yang akan datang dan pihak SPACE.

Page 9: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

vi

ABSTRACT

The objective of this study is conducted to identify Universiti Teknologi

Malaysia student’s satisfaction on Program SPACE implementation with academic

achievement. This research includes 136 respondent from Bachelor of Technology with

Education (Living Skills), Bachelor of Science and Education (Islamic Study), Bachelor

of Science and Education (Science), and Bachelor of Science and Technology with

Education (Mathematic). Student levels of satisfaction looked into use easy random

sampling. This research only for descriptive survey, using 5-points Likert-scale to

determine the level of student’s satisfaction. Analysis research showed student's

satisfaction is modest on technology facility prepared in teaching and learning, and

added service prepared. Retrieval research showed student's satisfaction was high on

two-way communication between lecturer and student, and learning appraisal method.

Research showed existence interrelationship technology facility in lesson and learning,

communication bilateral between lecturer and student, learning and added service

appraisal method prepared with academic achievement for student which follow

Program SPACE in Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia, International

Campus, Semarak. Some suggestions on retrieval study method and result was

propounded by researcher to be given attention by future researcher and SPACE party.

Page 10: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

vii

 

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

Page 11: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

viii

 

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Hipotesis Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.7.1 Pelajar SPACE UTM 13

1.7.2 SPACE UTM 13

1.7.3 Penyelidik 14

1.7.4 Kementerian Pengajian Tinggi 14

1.8 Batasan Kajian 15

1.9 Definisi Operasional 15

1.9.1 Pelajar 15

1.9.2 Kepuasan 15

1.9.3 Perlaksanaan 16

1.9.4 Pendidikan Jarak Jauh 16

1.9.5 Pencapaian Akademik 17

BAB 2 SOROTON PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kemudahan Teknologi Pengajaran

dan Pembelajaran 18

2.3 Komunikasi Pensyarah 22

2.4 Kaedah Penilaian Pembelajaran 24

2.5 Perkhidmatan Tambahan 26

2.5.1 Perpustakaan 29

2.5.2 Perkhidmatan Kaunseling 31

Page 12: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

ix

 

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Tempat Kajian 34

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.4 Rekabentuk Kajian 35

3.5 Alatan Kajian 36

3.5.1 Bahagian A 37

3.5.2 Bahagian B 38

3.6 Kesahan Alatan Kajian 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Kebolehpercayaan Alatan Kajian 40

3.9 Pengendalian Kajian 42

3.10 Penganalisaan Data 43

3.11 Rumusan 45

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 46

4.2 Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Bangsa 48

4.2.3 Umur 48

4.2.4 Program 49

4.2.5 Semester 50

4.2.6 Status Perkahwinan 51

4.2.7 Bilangan Anak 51

4.2.8 Pengalaman Bekerja 52

4.2.9 Pendapatan 53

4.2.10 PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 53

Page 13: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

x

 

4.3 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan

Teknologi Yang Disediakan Di Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran 54

4.4 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Komunikasi

Dua Hala Antara Pelajar Dan Pensyarah 56

4.5 Tahap Kepuasan Pelajar Tarhadap Kaedah

Penilaian Pembelajaran. 57

4.6 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan

Tambahan Yang Disediakan 59

4.7 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Dengan Pencapaian Akademik 61

4.7.1 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Kemudahan Teknologi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Serta

Hubungannya Dengan

Pencapaian Akademik. 62

4.7.2 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Komunikasi Dua Hala Antara

Pelajar Dan Pensyarah Serta Hubungannya

Dengan Pencapaian Akademik. 63

4.7.3 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Kaedah Penilaian Pembelajaran

Serta Hubungannya Dengan

Pencapaian Akademik. 64

4.7.4 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Perkhidmatan Tambahan Yang

Disediakan Serta Hubungannya Dengan

Pencapaian Akademik. 65

4.9 Kesimpulan 66

Page 14: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xi

 

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 68

5.2.1 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan

Teknologi Yang Disediakan Di Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran 68

5.2.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Komunikasi

Dua Hala Antara Pelajar Dan Pensyarah. 70

5.2.3 Kepuasan Pelajar Tarhadap Kaedah

Penilaian Pembelajaran. 71

5.2.4 Kepuasan Pelajar Terhadap

Perkhidmatan Sokongan 72

5.2.5 Hubungan Antara Tahap Kepuasan

Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi

Di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dengan Pencapaian Akademik 73

5.2.6 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Interaksi Pensyarah Dengan

Pencapaian Akademik 74

5.2.7 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Penilaian Pembelajaran Dengan

Pencapaian Akademik 74

5.2.8 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Perkhidmatan Sokongan Dengan

Pencapaian Akademik 75

Page 15: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xii

 

5.3 Rumusan Mengikut Soalan Kajian 75

5.4 Cadangan 77

5.5 Kajian Lanjutan 78

5.5 Rumusan 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 89

Page 16: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xiii

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Saiz Populasi 35

3.2 Pembahagian Soal Selidik Mengikut Elemen

Kepuasan Pelajar 38

3.3 Skala Likert 39

3.4 Klasifikasikan Kekuatan Kolerasi 41

3.5 Skala Min 44

3.6 Garis Panduan Guilford 44

4.1 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Jantina 47

4.2 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Bangsa 48

4.3 Peratus Responden Mengikut Umur 48

4.4 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Program 49

4.5 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Semester 50

4.6 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut

Status Perkahwinan 51

Page 17: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xiv

 

4.7 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut

Bilangan Anak 51

4.8 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut

Pengalaman Bekerja 52

4.9 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut

Pendapatan 53

4.10 Nilai PNGK Responden SPACE Fakulti

Pendidikan, UTM Semarak. 53

4.11 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap

Kemudahan Teknologi Yang Disediakan Di

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 54

4.12 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap

Komunikasi Dua Hala Antara Pelajar

Dan Pensyarah 56

4.13 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Tarhadap

Kaedah Penilaian Pembelajaran. 57

4.14 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap

Perkhidmatan Tambahan Yang Disediakan 59

4.15 Garis Panduan Guilford 61

4.16 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif

(PNGK) Dengan Kemudahan Teknologi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran 62

4.17 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif

(PNGK) Dengan Komunikasi Dua Hala Antara

Pelajar Dan Pensyarah 63

4.18 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif

(PNGK) Dengan Kaedah Penilaian Pembelajaran 64

Page 18: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xv

 

4.19 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif

(PNGK) Dengan Perkhidmatan Tambahan

Yang Disediakan 65

Page 19: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xvi

 

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

PJJ - Pendidikan Jarak Jauh

RPLK - Rancangan Pengajian Luar Kampus

PPPL - Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan

USM - Universiti Sains Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UUM - Universiti Utara Malaysia

UM - Universiti Malaya

UNITAR - Universiti Teknologi Tun Abdul Razak

SAIC - Science Application International Corperation

MSC - Multimedia Super Corridor

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPACE - School Of Professional and Continuing Education

IPT - Institusi Pendidikan Tinggi

IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

ICT - Information Communication Technology

LAN - Local Area Network

WAN - Wide Area Network

CD ROM - Compact Disc Read Only Memory

Page 20: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xvii

 

TV - Television

WWW - World Wide Web

AAOU - Persatuan Universiti-Universiti Terbuka Asia

PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam)

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPT - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Matematik)

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

VPN - Virtual Pin Number

OUM - Open University Malaysia

Page 21: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

xviii

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Akuan Soal Selidik Dari

P.M. Dr. Hj. Mohamed Sharif B. Hj. Mustaffa

C Analisis Dapatan Kajian

Page 22: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan, Malaysia tidak ketinggalan

memberi rakyatnya untuk melanjutkan pelajaran melalui pendidikan jarak jauh (PJJ).

Program PJJ merupakan satu alternatif selain pendidikan konvensional agar setiap insan

berpeluang mendapat pendidikan yang sama serta menuju ke arah pembelajaran yang

berterusan (Fazilah Idris, 2000). Ini kerana PJJ memperkenalkan konsep bilik darjah

tanpa sempadan dan pelajar dipisahkan secara fizikal dengan pensyarah (Nafisah,

2000).

Menurut Aini dan rakan-rakan (2000), PJJ boleh didefinisikan sebagai satu

sistem pengantaraan yang menghubungkan pelajar dengan sumber-sumber

pembelajaran. PJJ menyediakan akses pembelajaran kepada pelajar yang tidak

mendaftar sepenuh masa di pusat pengajian dan mengambil peluang belajar daripada

pelajaran semasa. PJJ berlaku apabila seseorang pengajar dan pelajar-pelajarnya

Page 23: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

2

dipisahkan oleh sesuatu jarak yang nyata dan teknologi seperti video, bunyi, data dan

cetakan lain yang sering digunakan sebagai media komunikasi.

Oleh itu, PJJ ialah satu sistem pembelajaran yang memisahkan antara pelajar

dengan tenaga pengajar dari segi masa dan tempat yang lebih menekankan atas daya

usaha sendiri dengan sokongan minima pihak lain. Strategi pembelajaran yang sesuai

amat diperlukan oleh pelajar PJJ dalam mengecapi kejayaan (Melor dan rakan-rakannya,

2000). Ini adalah kerana pembelajaran PJJ adalah amat berbeza dengan pembelajaran

secara tradisional di mana pelajar dapat belajar secara bersemuka, bertemu dengan

pensyarah dan sebagainya.

Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam

pengamalan gaya pembelajaran oleh pelajar PJJ dan pelajar tradisional. Maka, guru

harus menilai pelajar mereka dan menggunakan data yang diperolehi untuk membantu

dalam mereka bentuk dan melaksanakan pengajaran mereka (Diaz & Bontenbal, 2000).

Menurut Diaz dan Cartnal (1999), pengetahuan tentang gaya pembelajaran

pelajar boleh membantu dalam menjayakan program PJJ. Ini adalah kerana dengan

mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar, fakulti dapat merancang dan menyediakan

aktiviti PJJ yang sesuai mengikut gaya pembelajaran pelajar. Sarasin (1998) juga

menyatakan bahawa pendidik seharusnya boleh mengubah strategi pengajaran mereka

berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Pendidik seharusnya memastikan kaedah,

material dan sumber yang digunakan adalah mengikut cara pembelajaran pelajar dan

meningkatkan potensi pembelajaran setiap pelajar.

Page 24: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

3

Maka, dalam proses pembelajaran adalah penting bagi seseorang pelajar

mengenal jenis gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan dirinya sendiri. Ini adalah

kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi

pencapaiannya (Biekey & Rodman, 1995)

Memaklumi sejarah sistem pendidikan negara kita yang masih muda dan

berlatarbelakangkan sejarah yang berbeza daripada apa yang berlaku di negara lain,

maka perkembangan pendidikan jarak jauh di negara kita tidaklah begitu pesat

sebagaimana yang berlaku di Eropah atau negara maju yang lain.

Walaupun ada setengah-setengah pendapat yang menyatakan bahawa sebelum

tahun 1970 belum ada lagi sistem pendidikan jarak jauh secara rasmi di Malaysia. Tetapi

sebenarnya bibit gagasan untuk merancang ke arah melaksanakan sistem jarak jauh telah

mula difikirkan oleh Kementerian Pelajaran masa itu, iaitu apabila mereka merangka

Program Pelajaran Sambilan dan Lanjutan sebagaimana yang tersurat dalam Penyata

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1964. Kalau kita bandingkan pula

perancangan dasar pelajaran kita tentang pendidikan jarak jauh dengan apa yang berlaku

di negara-negara lain seperti Jepun, Thailand dan Indonesia maka sebenarnya negara

kita telah maju ke hadapan lebih awal lagi dalam perancangan, tetapi tertinggal dari segi

perlaksanaannya.

Universiti Malaya telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran

Tinggi 1964 supaya mengwujudkan Jabatan Pengajian Sambilan dan Lanjutan tetapi

kerana masalah dalaman khususnya permasalahan kakitangan maka penubuhan jabatan

tersebut tidak terlaksana. Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia

yang telah menyahut cadangan Penyata Perancangan Pelajaran Tinggi Kementerian

Pelajaran 1964 dengan masing-masingnya mewujudkan Rancangan Pengajian Luar

Kampus (RPLK) yang benar-benar merealisasikan konsep pendidikan jarak jauh di

Page 25: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

4

negara ini dan merupakan program formal Universiti Sains Malaysia, dan Pusat

Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan (PPPL) yang menawarkan program-program

tak formal Universiti Pertanian Malaysia.

Di negara ini, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian

tinggi yang pertama mengorak langkah ke arah PJJ sejak sepuluh tahun yang lalu .

Pencapaian dan kejayaannya amatlah membanggakan .

Selain itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang juga merupakan salah satu

lagi pusat pengajian tinggi mempunyai tanggungjawab untuk mendidik bumiputera

menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi mencapai

pembangunan-sosioekonomi negara .

Sesuai dengan falsafah dan matlamatnya, UiTM telah memperkenalkan program

PJJ dengan tujuan melahirkan lebih ramai kaum bumiputera yang berilmu dan

berkelayakan . Program itu dilaksanakan oleh Pusat Pendidikan Luar institut tersebut .

Oleh kerana keberkesanan program PJJ ini maka pada tahun 1996, Universisti

Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan pengambilan baru program ini . Ianya

mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pengambilan seramai 2300 orang .

Sehingga kini PJJ UKM mempunyai 12 pusat wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak .

Begitu juga di Universiti Utara Malaysia, di mana seramai 303 orang mahasiswa

perintis program Pendidikan Jarak Jauh telah mendaftar di universiti tersebut . Program

PJJ UUM yang pertama itu menawarkan kursus ijazah Sarjana Muda Pengurusan

Perniagaan dengan kepujian (BBA Hons.) .

Page 26: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

5

Seperti di universiti-universiti yang lain, Universiti Malaya juga telah

mengadakan program PJJ yang tersendiri . PJJ UM memberi penekanan kepada sains

dan teknologi dan meneruskan penekanan sepenuhnya kepada kursus profesional dan

separa profesional seperti kejuruteraan dan pengurusan .

1.2 Latar Belakang Kajian

Perkembangan pesat dunia hari ini telah menjadikan setiap negara mencari jalan

yang terbaik untuk menyaingi antara satu sama lain. Kejayaan di dalam persaingan ini

hanya boleh dicapai melalui pembangunan bidang pendidikan. Melalui bidang

pendidikan, ianya boleh memberikan pemikiran-pemikiran baru ke arah mewujudkan

ciptaan-ciptaan baru dan terkini.

Pada masa kini, PJJ menjadi semakin popular kerana pendidikan ini memberi

peluang kepada seseorang individu untuk mendapatkan pendidikan yang diperlukan

mengikut keperluan dan kemampuannya sendiri. PJJ dilihat lebih mudah dan lebih

ekonomik kerana dapat menjimatkan kos berbanding perlaksanaan pengajian sepenuh

masa.

PJJ merupakan salah satu pendekatan untuk seseorang individu mendapatkan

pendidikan dan juga untuk memperolehi pendidikan secara sambilan ekoran daripada

permintaan yang tinggi di dalam bidang pendidikan. perkembangan ini turut disokong

oleh perkembangan yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 27: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

6

Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran secara jauh,

maknanya pengajar dan pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama

lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam sistem PJJ bahan-bahan atau keseluruhan sukatan

pelajaran disediakan dalam bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar

pada masa yang sesuai dengannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku

pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau berdepan

dengan tenaga pengajar dan yang paling utama ialah pengurusan masa yang baik (Mohd.

Noor Saleh, 1994).

Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian tinggi

yang pertama menjalankan sistem PJJ sejak 10 tahun yang lalu. Pencapaian dan

kejayaannya amatlah membanggakan. Pada tahun 1990 Universiti Teknologi Mara

(UiTM) pula telah menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan juga merupakan

satu lagi pusat pengajian tinggi yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik rakyat

Malaysia bumiputera menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi

mencapai pembangunan sosio ekonomi negara. ( Shereen Harun ,Jan 1995).

Begitu jugalah dengan Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR), telah

bekerjasama dengan Science Application International Corperation (SAIC) Amerika

Syarikat akan mula menawarkan kursus-kursus secara ‘konsep universiti maya’.

(Sunday Star, 16 Feb. 1997). Kesemua institut pengajian tinggi ini menawarkan kursus-

kursus di peringkat ijazah dan diploma mengikut program pengajian jarak jauh.

Selain daripada itu terdapat juga cadangan untuk menubuhkan universiti

multimedia berkonsepkan program PJJ oleh KUB Malaysia Berhad yang berpusat di

Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan cara ini pensyarah dan pelajar dapat

berinteraksi secara langsung dengan menggunakan peralatan multimedia sama ada di

pusat berkenaan atau terus dari rumah pelajar berkenaan (Utusan Malaysia, Mei 1997).

Page 28: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

7

Pembangunan sosial dan ekonomi penting demi memastikan taraf hidup yang

senang bagi rakyat sesebuah negara. Dengan kemajuan yang dicapai sekarang, didapati

pelabur asing amat gemar melabur di negara ini. Hal ini demikian kerana tenaga kerja di

Malaysia kebanyakannya terlatih, bertanggungjawab, dan berpengetahuan. Maka dengan

itu pelabur asing tidak perlu menghabiskan wang melatih semula pekerjanya. Keadaan

ini merupakan satu galakan untuk menarik pelabur datang ke negara ini.

Dengan adanya program PJJ, mereka yang bekerja boleh meningkatkan

kelayakan, kemahiran, dan pengetahuan. Matlamat Dasar Ekonomi Baru sudah tercapai.

Kini kita bergerak ke arah mencapai matlamat Dasar Pembagunan Negara dan Wawasan

2020. PJJ penting untuk Malaysia kerana program ini akan memperbanyak lagi rakyat

yang berpengetahuan dan ilmu. Sesungguhnya pendidikan itu penting dan harus

dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia.

Menurut keterangan yang telah diberikan oleh Pengarah Pusat PJJ, UM, Dr.

Nasrudin Abdul Rahim di dalam ruangan Wawancara di Berita Harian (Isnin, 2 Mac

1998) adalah seperti berikut :

" Ini juga sehaluan dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang meletakkan

sasaran untuk mencapai tahap 40 peratus rakyat Malaysia berusia 25 hingga 40 tahun

mendapat pendidikan tinggi pada 2005. Ini disebabkan selain saluran biasa mengambil

terus pelajar ke kampus, PJJ menjadi satu alternatif dari segi menambah peluang

pendidikan tinggi. "

Sektor awam dan sektor swasta semakin besar dan kompleks tanggungjawabnya.

Sektor ini memerlukan mereka yang berkaliber, berdedikasi, dan berpengetahuan untuk

memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang

Page 29: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

8

optimum. Walau bagaimanapun, untuk mengembangkan PJJ, pelajar, pensyarah,

masyarakat umum, dan ahli akademik harus memainkan peranan yang lebih aktif dan

agresif.

UTM dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) pada Julai 1993.

Kini, operasi SPACE telah diperluaskan ke kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala

Lumpur. SPACE telah mengorak langkah dengan menawarkan 30 orang pelajar program

Sarjana Perancangan Pengangkutan di bawah Program Pengajian Luar Kampus Separuh

Masa. Pada tahun 1994, program yang dikendalikan ialah Sarjana Kejuruteraan Gas iaitu

seramai 36 orang pelajar dan program peringkat sijil seramai 433 orang pelajar serta

pelbagai kursus pendek, seminar dan bengkel. Seramai lebih 5326 graduan telah berjaya

menamatkan pengajian dengan SPACE melalui Program Pengajian Separuh Masa.

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat beberapa kaedah pengendalian kursus pengajian PJJ yang diamalkan

oleh institusi pendidikan tinggi (IPT). Kaedah ini berubah dari semasa ke semasa

mengikut arus perkembangan teknologi komunikasi. Namun begitu, teknologi yang

canggih dan terkini memerlukan pelaburan yang besar. Justeru terdapat juga pandangan

yang mengatakan bahawa pengendalian kursus pengajian PJJ tidak semestinya

memerlukan teknologi yang canggih untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Walau

apa pun kaedah yang diguna pakai oleh IPTS untuk mengendalikan kursus pengajian

secara PJJ, IPTS hendaklah dengan jelas menerangkan kaedah pengendalian kursus

pengajian PJJ yang ingin dikendalikan.

Page 30: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

9

Kajian mengenai kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan progran SPACE

dengan pencapaian akademik di SPACE UTM Semarak dilakukan kerana kebanyakkan

kajian-kajian yang lepas dibuat lebih memfokuskan kepada pelajar sepenuh masa.

Kajian seumpama ini dibuat untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan pelajar terhadap

perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh dengan

pencapaian akademik di SPACE UTM, International Campus, Semarak.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sejauh manakah

kepuasan pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh terhadap perlaksanaan pendidikan jarak

jauh di SPACE UTM, International Campus, Semarak.

1.4.1 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi yang

disediakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara

pelajar dan pensyarah.

Page 31: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

10

1.4.3 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar tarhadap kaedah penilaian pembelajaran.

1.4.4 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang

disediakan.

1.4.5 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik.

1.4.6 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara

pelajar dan pensyarah serta hubungannya dengan pencapaian akademik.

1.4.7 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penilaian pembelajaran

serta hubungannya dengan pencapaian akademik.

1.4.8 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang

disediakan serta hubungannya dengan pencapaian akademik.

Page 32: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

11

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi di dalam

pengajaran dan pembelajaran?

1.5.2 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara pensyarah

dan pelajar?

1.5.3 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penilaian pembelajaran?

1.5.4 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang

disediakan?

1.5.5 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi di dalam

pengajaran dan pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik?

Page 33: NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap perlaksanaan program space dengan pencapaian akademik nuzulafizan bin mohamad universiti

12

1.5.6 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara pensyarah

dan pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik?

1.5.7 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penilaian pembelajaran serta

hubungannya dengan pencapaian akademik?

1.5.8 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang

disediakan serta hubungannya dengan pencapaian akademik?