nur faizah binti zainal abiden...penggunaan bbm dalam kalangan bakal guru fizik adalah tinggi....

29
TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN BAKAL GURU FIZIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 29-Jul-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN

BAKAL GURU FIZIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR

NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:

SESI PENGAJIAN:________________

Saya ________________________________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (Sarjana Muda/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub

di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

___________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia:

NO. 28, JLN SRI API-API 8, PROF. MADYA DR. HJ SHAHAROM

TAMAN SRI API-API. BIN NOORDIN

82000 PONTIAN

JOHOR

Tarikh: 4 MEI 2009 Tarikh: 4 MEI 2009 _

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

2008/2009

NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN

TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM

KALANGAN BAKAL GURU FIZIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR

Page 3: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :............................................................................

Nama Penyelia :PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Tarikh :............................................................................

 

Page 4: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN

BAKAL GURU FIZIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR

NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

ii  

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :.......................................................................

Nama Penulis :NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN

Tarikh :........................................................................

Page 6: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

iii  

DEDIKASI

Teristimewa untuk

umi, Pn Hainorlina A.Kadir dan abah, En. Zainal Abiden Khiran

Arwah ibu, Allahyarhamah Fatimah Che Ibrahim

Kalian anugerah terindah buat diri

Hanya pada Nya syukur ku panjat,

Terima kasih atas nikmat di beri

Buat adik-adik dan rakan-rakan,

Terima kasih atas pengorbanan dan kenangan

Segalanya sentiasa dalam ingatan

 

Page 7: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

iv  

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka dapatlah

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti yang disyaratkan untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan

kepada Penyelia Projek, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas bimbingan

dan dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini. Kesanggupan beliau meluangkan

masa untuk berbincang dan memberi kritikan membina sedikit sebanyak memberi

inspirasi kepada saya untuk menyempurnakan kajian ini dengan sepenuh hati.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda, Prof

Dr. Ismail Kailani dan En, Mohd Ali Bin Ibrahim di atas kerjasama dan komen yang

diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Fizik

yang sudi memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang penyelidikan dijalankan.

Kerjasama, idea dan rangsangan yang diberikan semasa saya menjalankan penyelidikan

ini akan dikenang sepanjang hayat.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi memudahkan

pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan kajian saya ini.

Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini secara

langsung atau tidak langsung.

Page 8: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

v  

ABSTRAK

Tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan bakal guru

Fizik telah menarik perhatian ramai pengkaji. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap

penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan bakal guru Fizik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa Latihan Mengajar (LM). Kajian ini hanya

melibatkan dua aspek penggunaan BBM iaitu kemahiran penggunaan dan kepentingan

penggunaan BBM. Seramai 38 orang, 12 orang lelaki dan 26 orang perempuan pelajar

tahun empat daripada dua program pengajian Fizik terlibat sebagai peserta kajian ini. Dua

pembolehubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu progran pengajian dan jantina.

Reka bentuk kajian adalah melalui kaedah tinjauan dan alat kajian yang digunakan adalah

Soal Selidik Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Mata Pelajaran Fizik yang

terdiri daripada 10 item pilihan kekerapan dan 30 item pilihan skala Likert serta satu

soalan terbuka. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah .86. Analisis Statistik

deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus, min, sisihan lazim, markat maksimum dan

markat minimum digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap

penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga

mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program pengajian dan

jantina iaitu masing-masing pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, usaha untuk

meningkatkan tahap penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik boleh

dipergiatkan lagi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang berkesan.

Page 9: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

vi  

ABSTRACT

The extent of the application of teaching aids among Physics trainee teachers has

attracted the attention of many researchers. The purpose of this study is to find out the

level of Physics trainee teachers use teaching aids during teaching practice. This study

focuses on the aspects of teaching aids skills and importance. Thirty-eight students, 12

males and 26 females from two different Physics programme were involved in this study.

Two independent variables involves in this study; gender and programme of study.

Research method used to collect data is survey. The instrument used was a Questionnaire

about the level of use of Teaching Aids in Teaching of Physics which contains 10

frequency choice items, 30 Likert scale choice items and also an open-ended question.

The reliability of this instrument is Alpha Cronbach, α=.86. Descriptive statistical

analysis in the forms of frequency, mean, standard deviation, maximum and minimum

was used in analyzing the data. Overall, the level of teaching aids use among Physics

trainee teachers during teaching training was high. The findings also indicated that there

was no difference in the levels of teaching aids usage among these Physics trainee

teachers across gender and program of study as both the results were high levels. As a

conclusion, more effort should be put to improve and achieve higher level of teaching

aids use among Physics trainee teachers as the aims of effective learning.

Page 10: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

vii  

 

 

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.1.1 Kurang Aktiviti ‘Hands-On’ Dalam

Pembelajaran Fizik

3

1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Stereotaip 5

Page 11: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

viii  

1.1.3 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik 7

1.1.4 Sikap Guru Terhadap Mata Pelajaran Fizik 8

1.2 Pernyataan Masalah 9

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Rangka Kerja Konsep 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Andaian Kajian 14

1.9 Batasan Kajian 14

1.10 Takrifan 15

1.10.1 Tahap

1.10.2 Penggunaan

1.10.3 Bahan Bantu Mengajar

1.10.4 Bakal Guru

1.10.5 Latihan Mengajar

1.10.6 Tahap Kemahiran

1.10.7 Tahap Kepentingan

1.10.8 Masalah

15

15

15

16

16

17

18

18

1.11 Rumusan

18

2 SOROTAN PENULISAN 20

2.0 Pendahuluan 20

2.1 Teori-teori Tentang Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar

21

2.1.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 21

2.1.2 Kepentingan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar

25

2.1.3 Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 30

Page 12: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

ix  

2.2 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar

35

2.2.1 Kajian Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Dalam Negara

36

2.2.1.1 Kajian Penggunaan BBM Dalam

Kalangan Bakal Guru Yang Mengajar

Mata Pelajaran Fizik.

36

2.2.1.2 Kajian Penggunaan BBM Dalam

Kalangan Bakal Guru Yang Mengajar

Mata Pelajaran Bukan Fizik.

37

2.2.1.3 Kajian Penggunaan BBM Dalam

Kalangan Guru Terlatih Yang Mengajar

Mata Pelajaran Fizik.

40

2.2.1.4 Kajian Penggunaan BBM Dalam

Kalangan Guru Terlatih Yang Mengajar

Mata Pelajaran Bukan Fizik.

41

2.2.2 Kajian Berkaitan Bahan Bantu Mengajar Luar

Negara

43

2.2.2.1 Kajian Penggunaan BBM Dalam

Kalangan Bakal Guru Luar Negara

44

2.2.2.2 Kajian Penggunaan BBM Dalam

Kalangan Guru Terlatih Luar Negara

45

2.3. Rumusan

45

3 PENGKAEDAHAN 46

3.0 Pendahuluan 46

3.1 Reka Bentuk Kajian 46

3.2 Peserta Kajian 47

3.3 Alat Kajian 48

Page 13: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

x  

3.4 Tatacara Kajian 51

3.4.1 Kajian Rintis 52

3.4.2 Kajian Sebenar 53

3.5 Analisis Data 53

3.6 Rumusan

57

4 DAPATAN KAJIAN 58

4.0 Pendahuluan 58

4.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar Yang Digunakan

Semasa Latihan Mengajar Merentas Program

Pengajian

59

4.2 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar Yang Digunakan

Semasa Latihan Mengajar Merentas Jantina

63

4.3 Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Secara

Keseluruhan

68

4.4 Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Merentas

Program Pengajian

69

4.5 Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Merentas Jantina

71

4.6 Masalah Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 73

4.7 Rumusan 74

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 75

5.0 Pendahuluan 75

5.1 Ringkasan Kajian 75

5.2 Kesimpulan 76

5.3 Perbincangan 79

5.3.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Yang

Digunakan Merentas Program

79

Page 14: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

xi  

5.3.2 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Yang

Digunakan Merentas Jantina

5.3.3 Tahap Kemahiran Dan Kepentingan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

5.3.4 Tahap Kemahiran Dan Kepentingan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Merentas

Program Pengajian

5.3.5  Tahap Kemahiran dan Kepentingan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Merentas

Jantina

5.3.6    Masalah-masalah Dalam Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar

84

88

91

95

97

5.4 Implikasi Kajian 101

5.4.1 Reka Bentuk Kurikulum 102

5.4.2 Bakal Guru Fizik 103

5.4.3 Pensyarah kursus Teknologi Pengajaran dan

Pembelajaran

104

5.4.4 Fakulti Pendidikan 105

5.5 Cadangan Kajian 106

5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 109

5.7 Rumusan 110

RUJUKAN 111

LAMPIRAN 117

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

117

125

129

Page 15: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

xii  

 

 

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan peserta kajian mengikut program dan

jantina

47

3.2 Taburan item-item Kemahiran Penggunaan dan

Kepentingan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

mengikut aspek yang dinilai

50

3.3 Pemeringkatan Tahap Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar

54

3.4 Pemeringkatan Tahap Kemahiran Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar

55

3.5 Pemeringkatan Tahap Kepentingan Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar

55

4.1(a) Taburan Kekerapan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik

Semasa Latihan Mengajar Merentas Program

60

4.1(b) Taburan Kekerapan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik

Semasa Latihan Mengajar Merentas Program

61

4.2(a)

Taburan Kekerapan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik

Semasa Latihan Mengajar Merentas Jantina

65

Page 16: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

xiii  

4.2(b) Taburan Kekerapan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik

Semasa Latihan Mengajar Merentas Jantina

66

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Penggunaan

BBM Dalam Kalangan Bakal Guru Yang

Mengajar Mata Pelajaran Fizik Semasa Latihan

Mengajar

68

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Penggunaan

BBM Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa

Latihan Mengajar Merentas Program Pengajian

70

4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Penggunaan

BBM Dalam Kalangan Bakal Fizik Semasa

Latihan Mengajar Merentas Jantina

72

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratus Masalah

Penggunaan BBM Dalam Kalangan Bakal Guru

Yang Mengajar Mata Pelajaran Fizik Semasa

Latihan Mengajar

73

5.1 Senarai Bilangan Kursus Yang Diikuti Oleh

Pelajar Program Pendidikan Fizik

92

5.2 Senarai kandungan kursus Teknologi

Pembelajaran dan Pengajaran (SPM 1002)

94

Page 17: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

xiv  

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 11

3.1 Takrifan Operasi Kemahiran Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar

49

3.2 Takrifan Operasi Kepentingan Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar

49

3.3 Subskala Alat Kajian 50

Page 18: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

xv  

SENARAI SINGKATAN TATANAMA

BBM − Bahan Bantu Mengajar

FP − Fakulti Pendidikan

ICT − Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IPTA − Institusi Pengajian Tinggi Awam

KBSM − Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM − Kementerian Pelajaran Malaysia

LM − Latihan Mengajar

P&P − Pembelajaran dan Pengajaran

SPF − Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPP − Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

TVP − Televisyen Pendidikan

UTM − Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Soal Selidik Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Dalam Mata Pelajaran Fizik

B Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana Muda

(PSM)

C Surat Kebenaran Tambahan Muka Surat

Page 20: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

“..Profesion keguruan di Malaysia yang bertanggungjawab dengan

pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan perlu berpandukan falsafah

pendidikan negara bagi menentukan matlamat pendidikan negara dapat

direalisasikan melalui pendekatan pengajaran-pembelajaran, tugas dan

peranan guru, peranan guru dalam mencorakkan persekitaran belajar,

pelaksanaan kurikulum yang efektif dan membentuk sistem pendidikan yang

menuju kepada matlamat yang dihasratkan oleh falsafah pendidikan negara”

(Abd. Rahim, 2007: 27).

Page 21: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

2  

Berdasarkan pernyataan di atas, sektor pendidikan di negara ini mempunyai

kepentingan yang amat luas kepada pembangunan negara. Ini menjadikan profesion

keguruan terpaksa menghadapi cabaran bagi melaksanakan matlamat-matlamat

negara dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan untuk

merealisasikan matlamat dan dari pelbagai aspek contohnya kualiti pengajaran guru,

suasana pembelajaran, kaedah pembelajaran pelajar dan perlaksanaan kurikulum yang

lebih produktif.

Kualiti pengajaran guru merujuk kepada proses dan hasil pembelajaran yang

mencorakkan pencapaian pelajar dan kemajuan sekolah amnya. Kualiti pengajaran

bergantung kepada latar belakang guru seperti kelulusan, latihan, pengalaman,

kepakaran, pengetahuan pengurusan kurikulum, penggunaan bahan bantu mengajar

(BBM) yang bersesuaian, inovasi pengajaran dan sebagainya. Kualiti pengajaran ini

boleh diukur berdasarkan perkembangan akademik di kalangan pelajar. Penggunaan

BBM yang tepat untuk sesuatu topik yang tertentu membantu meningkatkan kualiti

pengajaran.

Penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

merupakan suatu yang rutin yang biasa dilakukan. Bahan bantu mengajar dianggap

sebagai sebahagian medium yang penting dalam proses P&P bagi seorang guru.

Melalui kemudahan BBM yang telah dipelbagaikan, sekeping gambar boleh

memperjelaskan penerangan yang memerlukan seribu patah perkataan. Maka

penggunaan BBM dalam proses P&P seharian memberi kesan yang bermakna di

kalangan pelajar.

Penggunaan BBM bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar, bahkan

kepada guru itu sendiri. Ketika proses penyediaan BBM, guru perlu menjalani

pelbagai kajian sekaligus mendapat pelbagai maklumat tambahan yang berguna

kepada diri mereka di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan persediaan

Page 22: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

3  

terhadap sesuatu topik pengajaran yang akan diajari. Justeru, pengajaran akan menjadi

lebih berkesan. Sewaktu proses penghasilan BBM itu, dapatan-dapatan kajian dan

kajian yang dilakukan dapat dijadikan dasar dan idea untuk memilih jenis-jenis BBM

yang sesuai dan menentukan aktiviti yang lebih kreatif dan menarik.

Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan

pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar melalui wadah BBM yang betul, praktikal

dan dapat menyampaikan idea pengajaran dengan lebih berkesan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Terdapat beberapa masalah yang didapati mempengaruhi pengkaji untuk

mengkaji tahap penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru yang mengajar mata

pelajaran Fizik semasa menjalani LM. Antaranya ialah kurang aktiviti ‘hands-on’

dalam pembelajaran Fizik, kaedah pengajaran guru yang stereotaip, sikap pelajar

terhadap mata pelajaran Fizik, sikap guru terhadap mata pelajaran Fizik

1.1.1 Kurang Aktiviti ‘hands-on’ Dalam Pembelajaran Fizik

Fizik merupakan satu mata pelajaran yang ditawarkan untuk pelajar yang

mengikuti kelas aliran sains di sekolah. Dalam sukatan mata pelajaran Fizik KBSM,

isi kandungannya disusun dalam tajuk-tajuk di bawah beberapa bahagian.

Pembahagian tajuk ini berdasarkan peringkat kesukaran dan urutan perkembangan

ilmu dalam bahagian-bahagian yang ditentukan.

Page 23: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

4  

Fizik merupakan salah satu mata pelajaran yang menggunakan kaedah amali

sebagai salah satu pendekatan pembelajaran. Maka, dalam kaedah amali Fizik,

aktiviti secara ‘hands-on’ dititikberatkan. Melalui kaedah amali, pelajar dapat

mengaplikasikan teori yang dipelajari dan mengaplikasikannya dalam keadaan

sebenar. Namun begitu, sekiranya aktiviti ‘hands-on’ ini tidak kerap dilakukan dalam

pembelajaran Fizik, pelajar berkemungkinan hanya belajar konsep melalui

penghafalan semata-mata dan tidak melalui kefahaman konsep itu sendiri.

Masalah waktu pembelajaran yang terhad untuk setiap sesi pembelajaran,

makmal dan kelengkapan alatan yang tidak mencukupi menyebabkan guru

mengambil jalan singkat dengan hanya menunjukkan demonstrasi kepada pelajar

untuk menjimatkan masa, mengatasi masalah peralatan dan boleh menghabiskan

sukatan pelajaran pada waktu yang ditetapkan.

Sebagai contoh, setelah pelajar mempelajari teori berkaitan dengan konsep

tekanan di dalam kelas, ia perlu difahami dengan memanipulasikan pembolehubah

yang boleh mempengaruhi tekanan seperti daya, F dan luas, A. Aktiviti ‘hands-on’

boleh dilakukan dengan menekan mata pena ke atas telapak tangan dengan

memanipulasikan daya tolakan yang menekan mata pena ke atas permukaan tangan.

Apabila daya yang dikenakan bertambah, tapak tangan akan mula terasa sakit.

Sekiranya aktiviti seperti ini jarang diamalkan dalam pembelajaran Fizik, pelajar

berkemungkinan tidak dapat menguasai konsep Fizik dengan baik. Di sinilah peranan

guru untuk mendorong pelajar mengikuti P&P dengan sokongan BBM

(Nor Hasniza, 2006).

Guru tidak seharusnya hanya menggunakan buku teks semata-mata tetapi

sebaliknya boleh mengaplikasikan penggunaan BBM yaang lebih interaktif dan

menarik perhatian pelajar. Penggunaan BBM dalam kelas membolehkan pelajar

mempelajari sesuatu konsep melalui pemahaman mereka sendiri dan dapat

mengaitkannya dengan kehidupan seharian serta tidak tertumpu kepada teknik

Page 24: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

5  

penghafalan semata-mata. Pendapat ini turut disokong oleh petikan laporan dari

Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu;

“…sebahagian calon beranggapan jisim mempengaruhi pecutan denagn

menyatakan jawapan seperti ‘Jisim berkadar langsung dengan pecutan’ ”

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004: 4).

Perkara yang paling penting dalam pembelajaran Fizik adalah pemahaman

konsep dan kemudiannya dapat menjalankan amali berdasarkan konsep yang telah

dipelajari. Merujuk kepada petikan di atas, pelajar masih lagi tidak dapat memahami

konsep pecutan dan hubungkait antara pecutan dan jisim. Sekiranya mereka

memahami pecutan, mereka boleh mengaitkannya dengan kehidupan seharian yang

berlaku. Guru memainkan peranan menyediakan BBM yang sesuai supaya pelajar

boleh nampak situasi dan keadaan bagaimana konsep pecutan dalam kehidupan.

Sekiranya pelajar faham konsep pecutan, mereka boleh menyatakan hubungan

pembolehubah yang berkaitan dalam konsep pecutan tersebut.

Aktiviti ‘hands-on’ dalam proses pembelajaran perlu kerap dilakukan dan

BBM yang pelbagai memainkan peranan yang penting agar pelajar dapat

memahamkan konsep yang telah dipelajari dalam kelas (Ismarizan, 2002).

1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Stereotaip

Kebiasaannya apabila terdapat proses pengajaran, maka proses pembelajaran

juga akan berlaku. Namun begitu, proses pengajaran secara formal tidak semestinya

membawa kepada pembelajaran (Lilia et al., 2002). Bagaimanapun kebanyakan guru

yang mengajar mata pelajaran Fizik masih lagi tertumpu kepada pengajaran satu hala

Page 25: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

6  

dengan guru mengajar dan bercakap sambil menggunakan BBM yang minimum

seperti papan hitam dan kapur tulis, manakala pelajar sebagai peserta yang pasif.

Situasi seperti ini mengakibatkan pelajar cepat bosan dan seterusnya tidak

menunjukkan minat untuk memahami dan mempelajari mata pelajaran ini.

“…pelajar akan mengaitkan pembelajaran Fizik lebih bercorak kepada

menghafal fakta yang diterangkan oleh guru” (Lilia et al., 2002: 109).

Berdasarkan pernyataan di atas, penghafalan fakta merupakan salah satu

teknik belajar yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar dalam pembelajaran Fizik.

Mereka menggunakan teknik pembelajaran ini untuk memudahkan mereka

mengingati rumus, konsep, prinsip dan teori Fizik yang dipelajari dengan tepat tanpa

memahaminya. Kaedah ini membolehkan mereka mengingati apa yang dipelajari

dengan tepat walaupun mereka senditi tidak faham apa yang mereka pelajari. Mereka

tidak sedar bahawa mereka sebenarnya boleh mengaitkan konsep-konsep Fizik

tersebut dengan pengetahuan sedia ada dan mengaplikasikannya dalam pengetahuan

yang telah dipelajari.

Seharusnya guru yang mengajar mata pelajaran Fizik menggunakan pelbagai

teknik pengajaran dengan penggunaan BBM yang sesuai untuk merangsang minat

pelajar terhadap mata pelajaran ini. Penggunaan BBM yang tepat oleh guru boleh

membantu pelajar mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, para pelajar ini tidak didedahkan dengan kaedah pembelajaran

yang sesuai dengan BBM yang sepatutnya seperti yang telah dinyatakan oleh

pengkaji. Situasi pembelajaran seperti ini menunjukkan kegagalan proses

pembelajaran menjadi sesuatu yang bermakna (Khalijah, 2002).

Page 26: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

7  

1.1.3 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik

Sikap merupakan aspek yang penting dalam menentukan kesediaan mental

pelajar untuk menerima pelajaran. Memiliki sikap positif dalam pembelajaran Fizik

akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam mata pelajaran ini. Namun

begitu masih ada segelintir pelajar yang bersikap negatif terhadap mata pelajaran

Fizik.

“… keadaan Fizik dilihat pelajar sebagai sesuatu yang abstrak, sukar dan tidak

berkaitan dengan kehidupan seharian”(Khalijah, 2002: 7).

Merujuk kepada pernyataan di atas, pelajar melihat mata pelajaran Fizik

sebagai suatu perkara yang abstrak, sukar dihuraikan, tidak mempunyai kaitan dengan

kehidupan seharian mereka serta sukar untuk difahami. Pandangan negatif ini

mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya kurang kesedaran mengenai

kepentingan Fizik dalam kehidupan seharian pelajar, strategi pengajaran yang kurang

sesuai dengan topik yang dipelajari serta kurang penekanan terhadap konsep

kemahiran saintifik dalam pembelajaran Fizik.

Faktor-faktor ini mungkin berpunca dari sikap guru Fizik yang kurang prihatin

terhadap objektif dan hasil pembelajaran sesuatu topik yang diajar. Selain itu,

kemungkinan kaedah pembelajaran yang kurang menarik membuatkan pelajar mudah

jemu dan amat kurang meletakkan sebarang minat terhadap mata pelajaran ini.

Akibatnya, pelajar merasai mata pelajaran Fizik sebagai sesuatu yang susah dan

membosankan. Oleh itu, penggunaan BBM yang interaktif dan kreatif boleh menarik

minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran secara tidak langsung(Thomas D., 2002).

Page 27: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

8  

1.1.4 Sikap Guru Terhadap Mata Pelajaran Fizik

“Pendekatan mengajar secara tradisional atau berpusatkan guru iaitu guru

memberi penerangan dan pelajar membuat latihan adalah satu cara yang paling

mudah untuk mengawal proses P&P yang telah dirancang serta mudah untuk

memastikan isi kandungan kurikulum Fizik yang telah ditetapkan oleh

Kurikulum Baru Sekolah Menengah telah diajar sebelum pelajar menduduki

peperiksaan akhir tahun atau peringkat kebangsaan. Kaedah ini merupakan

satu hala memindahkan maklumat di mana guru memainkan peranan yang

aktif dan pelajar pula sangat pasif “ (Lilia dan Nur Aishah, 2002: 32).

Pernyataan di atas menunjukkan situasi normal bagi pembelajaran Fizik di

sekolah. Ini menunjukkan guru tersebut amat kurang menekankan penguasaan

pemahaman konsep Fizik semasa proses P&P. Mungkin mereka kurang sedar akan

keperluan pemahaman konsep atau mereka sendiri menghadapi masalah dalam

penguasaan pemahaman konsep Fizik. Jika perkara ini tidak dipandang serius, sejauh

manakah penguasaan pemahaman konsep dalam kalangan pelajar dapat dipupuk?

Maka penggunaan BBM yang terancang akan memberikan kesan

penyampaian yang baik dan seterusnya pelajar dapat memahaminya. BBM tidak

hanya dianggap sebagai bahan untuk membantu guru tetapi sebagai bahan penyalur

maklumat kepada pelajar. BBM dianggap sebahagian daripada proses P&P kerana

membantu dan mempercepatkan proses pemahaman pelajar yang bersifat abstrak

melalui bahan konkrit.

Page 28: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

9  

1.2 Pernyataan Masalah

Terdapat ramai bakal guru yang menghadapi masalah penggunaan bahan

bantu mengajar (BBM) dalam proses P&P. Penggunaan BBM yang kurang semasa

proses P&P di kalangan guru menyebabkan suasana pembelajaran menjadi hambar

dan pelajar kurang berminat untuk belajar seterusnya menghadapi masalah dalam

menguasai konsep, prinsip dan teori Fizik. Cara mengatasinya perlu diusahakan dari

peringkat akar umbinya. Guru Fizik memainkan peranan yang penting untuk

melahirkan pelajar yang dapat menguasai kefahaman konsep Fizik melalui

penyediaan dan penggunaan BBM yang sesuai semasa sesi P&P. Peranan ini turut

digalas oleh pelajar tahun empat Pendidikan Fizik di UTM selaku bakal guru Fizik.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenaal pasti tahap penggunaan BBM

dalam proses P&P mata pelajaran Fizik dalam kalangan bakal guru semasa LM.

Pengkaji menetapkan lima objektif dalam menjalankan kajian ini iaitu:

1. Mengenal pasti jenis-jenis BBM yang digunakan oleh bakal guru Fizik

semasa LM merentas program pengajian dan jantina.

2. Mengenal pasti tahap kemahiran dan kepentingan penggunaan BBM

dalam kalangan bakal guru Fizik semasa LM.

3. Mengenal pasti tahap kemahiran dan kepentingan penggunaan BBM

dalam kalangan bakal guru Fizik semasa LM merentas program

pengajian

Page 29: NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN...penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program

10  

4. Mengenal pasti tahap kemahiran dan kepentingan penggunaan BBM

dalam proses P&P oleh bakal guru Fizik semasa LM merentas jantina.

5. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh bakal guru ketika

penggunaan BBM dalam proses P&P mata pelajaran Fizik semasa LM.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah jenis-jenis BBM yang digunakan oleh bakal guru dalam proses

P&P mata pelajaran Fizik semasa LM merentas program pengajian?

2. Apakah jenis-jenis BBM yang digunakan oleh bakal guru dalam proses

P&P mata pelajaran Fizik semasa LM merentas jantina?

3. Apakah tahap kemahiran dan kepentingan penggunaan BBM dalam

kalangan bakal guru Fizik dalam proses P&P semasa LM?

4. Apakah tahap kemahiran dan kepentingan penggunaan BBM dalam

kalangan bakal guru Fizik dalam proses P&P semasa LM merentas

program pengajian?

5. Apakah tahap kemahiran dan kepentingan penggunaan BBM dalam proses

P&P oleh bakal guru Fizik semasa LM merentas jantina?

6. Apakah masalah-masalah penggunaan BBM yang dihadapi oleh bakal

guru Fizik ketika dalam proses P&P semasa LM?