november 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/wacana...

7
R November 2018 SPPsi, BSM, JPM (2018) 1

Upload: dinhthu

Post on 06-Apr-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

R

November 2018

SPPsi, BSM, JPM (2018) 1

Page 2: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

APAKAH ITU KECELARUAN PERSONALITI?

Kecelaruan Personaliti boleh didefinisikan sebagai

ketidakstabilan trait personaliti yang menyebabkan

gangguan. Ia juga merupakan pola tingkah laku yang

telah lama ada dalam diri seseorang dan melencong

daripada kebiasaan budaya.

Kecelaruan Personaliti terbahagi kepada 3

kluster iaitu:

1) Aneh dan Eksentrik

2) Dramatik dan Emosional

3) Kerisauan dan ketakutan

Secara umumnya, kecelaruan personaliti

mempengaruhi keseluruhan emosi dan tingkah laku

dimana ianya bermula di awal usia remaja. Ianya

lebih bersifat kekal, tidak fleksibel dan tidak

menentu sehinggakan menyebabkan tekanan yang

teruk.

Masalah yang sering timbul dalam tingkah laku

kecelaruan personaliti biasanya melibatkan

kegagalan mengawal diri sendiri dan

menghadapi kesukaran membina hubungan

rapat.

Diantara klasifikasi yang disenarai sebagai

kecelaruan personaliti adalah seperti:

1) Paranoid 5) Pinggiran

2) Skizoid 6) Histrionik

3) Anti Sosial 7) Narsisistik

4) Mengelak, Bergantung, Obsesif - Kompulsif

SPPsi, BSM, JPM (2018)2

Page 3: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

KECELARUAN PERSONALITI

KLASIFIKASI KECELARUAN PERSONALITI?

Ia mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang sentiasa menyimpang daripada kebenaran yang normal. Kepercayaanyang dialami menyebabkan mereka bertindak balas.

Ciri-ciri penghidap skizofrenia ini adalah halusinasi, mempunyai identiti lain, mempercayai kuasa dan menunjukkankemarahan dan curiga berlebihan.

PARANOID

Ia merupakan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan norma masyarakat. Penghidap kecelaruan ini adalah seorang yanganti dengan nilai kemasyarakatan yang wujud dan amat manipulatif dan mempunyai tahap empiti diri yang kurang.

Ciri-ciri Anti Sosial

Gagal mematuhi undang-undang yang ada dalam masyarakat

Berulang kali melakukan penipuan dan manipulasi

Sukar untuk mengenalpasti kesalahan sendiri

Tidak bertanggungjawab

Tidak hirau akan keselamatan diri dan orang lain.

Kecelaruan ini meresapi seseorang apabila ia berpisah daripada perhubungan dengan masyarakatnya atau apabila ia menyekatdan membataskan tahap peluahan esmosinya dalam perhubungan interpersonal dalamlingkungannya. Kecelaruan ini berlakusejak zaman awal kanak-kanak melalui pelbagai tingkah laku.

Seseorang yang mempunyai kecelaruan ini tidak mempunyai kawan rapat atau tempat untuk mengadu masalah dan tidak sukamemikirkan apa yang orang lain fikir tentang dirinya.

Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami kecelaruan ini adalah seseorang yang introvet danmempunyai ciri yang berkekalan yang menyebabkan tingkah laku dan cara berfikir sama dalam berbagai-bagai konteks ataukeadaan.ANTI SOSIAL

SKIZOID

SPPsi, BSM, JPM (2018)3

Page 4: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

KECELARUAN PERSONALITI

Merupakan seorang yang sengaja mengelakan diri daripada berhubungan dengan orang lain kerana takut dihina dantidak diterima. Antara tanda lain :

i. Bersikap terlalu berjaga-jaga

ii. Agak menggelabah

iii. Ketegangan dan rasa takut

iv. Bimbang mereka akan diejek dan menangus

v. Perhubungan terhad dan tiada tempat mengadu

vi. Mengharapkan kasih sayang dan penerimaan orang lain

MENGELAK, BERGANTUNG, OBSESIF - KOMPULSIF

Menggambarkan corak ketidakstabilan sifat dalam hubungan personal. Kecelaruan ini merupakan imej kenduri yang memperlihatkanbentuk yang tidak baik dan kelemahan kawalan daripada desakan hati. Mereka akan sentiasa berada dalam ketakutan sehinggamembawa kepada ancaman mencederakan diri dan bunuh diri.

PINGGIRAN

SPPsi, BSM, JPM (2018) 4

KLASIFIKASI KECELARUAN PERSONALITI?

Page 5: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

KECELARUAN PERSONALITI

Seseorang yang mengalami kecelaruan personaliti histrionik ini suka bergembira dalam keadaan yang melampau dan terlaludramatik. Antara ciri lain :

i. Tidak selesa apabila diberikan perhatian

ii. Bercakap dengan cara mengoda yang tidak sesuai dengan konteks sosial

iii. Sering berubah emosi kerana inginkan perhatian orang

iv. Memperlihatkan percakapan yang kurang jelas

Seseorang yang berkelakuan yang berlebih-lebihan dan sering mengharapkan pujian dan kurang empati. Antara ciri lain:

i. Merasakan dirinya teramat penting

ii. Berkhayal tentang kecantikan, kekayaan, pangkat

iii. Merasakan dirinya unik dan mempunyai kedudukan yang istimewa

iv. Marah apabila sesuatu kemahuannya tidak dipenuhi

HISTRIONIK

NARSISISTIK

SPPsi, BSM, JPM (2018)5

KLASIFIKASI KECELARUAN PERSONALITI?

Page 6: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

KECELARUAN PERSONALITI

RAWATAN

i. Terapi Psikoanalitik Menggunakan kaedah perkaitan bebas, interpretasi rintangan,

tranferens, katarsis dan analisis mimpi

ii. Terapi Tingkahlaku Mempelajari tingkahlaku yang positif seperti bersosialisasi,

pengurutan kendiri, dan cara relaksasi bagi membuang tabiatyang tidak diingini

Psikoterapi

SPPsi, BSM, JPM (2018) 6

Page 7: November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA MINDA...Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami ... Merupakan seorang

KECELARUAN PERSONALITI

i. Anti-depressants Ubat ini berguna jika pesakit mempunyai perasaan tertekan, marah, impulsif,

cepat marah atau putus asa, yang boleh dikaitkan dengan gangguan personaliti

ii. Mood stabilizers Penstabil mood boleh membantu perubahan mood walaupun dapat mengurangkan

keresahan, tekanan dan kemarahan

Ubat-Ubatan Pesakit Kecelaruan Personaliti selalunya diberikan ubat :

iii. Anti-psychotic medications Juga dipanggil neuroleptik, ia boleh mambantu jika simptom kecelaruan

personaliti termasuklah kehilangan hubungan dengan realiti (psikosis) atau jikaada kebimbangan atau kemarahan

iv. Anti-anxiety medications Dapat membantu jika pesakit mempunyai kebimbangan, pergolakan atau

insomnia. Tetapi boleh meningkatkantingkah laku impulsif

SPPsi, BSM, JPM (2018)7