novel papa akhirnya kau tewas jua! : tema ,persoalan,watak&perwatakan

14
NOVEL PAPA akhirnya kau tewas jua! Tema Kasih sayang dalam ikatan kekeluargaan Intan Julia terhadap papa Ju mengizinkan papanya,Jeffri untuk berkahwin dengan Mak Cik Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papanya.Dia sanggup mempunyai ibu tiri semata-mata untuk kesejahteraan papanya dan kebahagiaan mereka sekeluarga.(174) Mama terhadap papa Mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung buat kali kedua walaupun pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Intan Julia . Sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap suaminya,Jeffri dia tetap meneruskan kandungannya itu meskipun dia tahu risiko yang bakal dihadapi olehnya kelak. (21-23) Papa terhadap mama Papa menjaga mama sewaktu mama koma selepas melahikan anak kembar mereka yang telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan iaitu Ahmad dan Muhammad.Papa sering berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu. Persoalan 1- Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Intan Maliana (Lia) sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

Upload: najiha-mohammad-nor

Post on 22-Jun-2015

8.017 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Analisis novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! oleh kumpulan kami (Najiha,Ainul,Hadierah) dalam kelas BM tingkatan 4 Selamat Belajar. Semoga Bermanfaat!

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

NOVEL PAPA … akhirnya kau tewas jua!

Tema

Kasih sayang dalam ikatan kekeluargaan

Intan Julia terhadap papa Ju mengizinkan papanya,Jeffri untuk berkahwin dengan Mak Cik Aisyah meskipun

pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papanya.Dia sanggup mempunyai ibu tiri semata-mata untuk kesejahteraan papanya dan kebahagiaan mereka sekeluarga.(174)

Mama terhadap papa Mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung buat kali kedua

walaupun pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Intan Julia . Sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap suaminya,Jeffri dia tetap meneruskan kandungannya itu meskipun dia tahu risiko yang bakal dihadapi olehnya kelak.(21-23)

Papa terhadap mama Papa menjaga mama sewaktu mama koma selepas melahikan anak kembar mereka

yang telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan iaitu Ahmad dan Muhammad.Papa sering berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.

Persoalan

1- Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Intan Maliana (Lia) sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak

suaminya. Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

2- Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa

melahirkan kembar siam yang diberi nama Ahmad dan Muhammad.Malah,Jeffri enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini .Namun keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3- Ketabahan menghadapi dugaan. Jeffri tabah menghadapi dugaan apabila mendapat tahu isterinya koma selepas

kehilangan banyak darah dan anak kembar siamnya yang melekat dari kepala hingga bahagian punggung iaitu Ahmad dan Muhammad meninggal dunia sejak dalam

Page 2: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

kandungan lagi.Tidak ada setitik air matanya pun yang turun dari kelopak matanya apabila mendapat tahu kejadian tersebut.(59)(61)

4- Keprihatinan terhadap masalah orang lain. Cikgu Suzie dan Mak Cik Noraini cuba menasihati Intan Marliana agar tidak terus

mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh Lia berdasarkan pengalaman yang lalu.(23)(38)

5- Poligami Jeffri brkahwin dengan Aisyah yang beusia 20 tahun lebih muda daripadanya setelah

kesunyian kerana isteri pertamanya,Lia koma.Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuaan daripada anaknya, Julia.

6- Kegigihan menimba ilmu pengetahuan Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM.Dia mendapat keputusan yang

cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi ,UIA.Dia tetap gigih menimba ilmu walaupun menghadapi masalah keluarga dan cinta.

7- Cinta zaman remaja Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima.Hubungan mereka bertambah

intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama.Mereka sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah.Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta,masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.

8- Gejala sosial dalam masyarakat Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan

masyarakat hari ini.Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang ole ibunya.Dia dijaga di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim.

9- Kebergantungan seseorang hamba kepada Tuhannya Papa dan Julia sering memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya mama segera sedar dan

dapat menguruskan rumah tangga seperti biasa.(145-146)

10- Perasaan simpati terhadap nasib malang yang menimpa seseorang Selepas suami Mak Cik Noraini serta dua orang anaknya meninggal dunia dalam sebuah

kemalangan yang melibatkan pertembungan antara kereta Mak Cik Noraini sekeluarga dan sebuah lori tangki, papa dan mama telah menawarkan diri untuk membawa Mak Cik Noraini(sepupu kepada papa)pulang ke rumah mereka yang jauh dari Johor supaya Mak Cik Noraini dapat melupakan peristiwa itu.(79)

Page 3: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Watak dan perwatakan

Intan Julia

Dipanggil Ju Anak sulung kepada Intan Maliana dan Jeffri

Mempunyai sepasang adik kembar yang telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan yang diberi nama Ahmad dan Muhammad.(62)

Mempunyai ibu tiri iaitu Mak Cik Aisyah Wajah seiras papa ketika zaman mudanya Belajar di Sekolah Seri Gading di dalam kelas 5 Akar. Berusia 16 tahun pada permulaan cerita dan 19 tahun pada akhir cerita (8)(204) Mempunyai rambut yang ikal & panjang mencecah bahu (1) Menyimpan perasaan terhadap Rasylan.(118) Lahir pramatang

Menurut Mak Cik Noraini,Ju hanya sebesar anak kucing semasa berusia sebulan.(48) Menurut Cikgu Suzie,Ju terpaksa dimasukkan ke dalam incubator dan nyaris-nyaris

maut apabila dijangkiti jaundice.(39) Ketinggiannya mencapai 160sm.(48) Melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.(130) Mempunyai telefon bimbit yang bernada dering lagu “Aku Cinta Padamu” nyanyian Siti

Nurhaliza.(149)

Taat kepada ibu bapa Julia terus menuju ke biliknya untuk mandi,menyalin pakaian dan

mendirikan solat Asar apabila disuruh oleh papa (25)

Anak yang mengenang budi Julia sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mama dan papa dengan

belajr bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.(130)

Penyayang Dia sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Mak Cik Noraini. Sangat menyayangi mama dan papanya.(160)(174)

Taat kepada perintah Allah Sebagai umat Islam,Julia rajin bersolat dan bertudung (145)(191)

Suka berdikari Walaupun tempat pengajiannya berdekatan dengan rumahnya,namun dia

memilih untuk tinggal di asrama.Bilik asramanya bernama Siti Khadijah.(132)

Page 4: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Sensitif Dia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi.Dia benar-benar terasa

bahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.Dia juga takut kasih saying papanya akan berkurangan terhadapnya.(164)

Mempunyai semangat setia kawan Bersahabat akrab dengan Rasylan sejak di bangku sekolah (Sekolah Seri

Gading)lagi hingga ke pengajian tinggi. Sentiasa bersama-sama Rasylan ketika susah dan senang.

Mementingkan pelajaran Julia lebih rela pergi ke perpustakaan untuk membuat rujukan bagi

menyiapkan tugasan daripada bertemu Rasylan.(140)

Bertanggungjawab Sanggup menghabiskan banyak masanya untuk mencari bahan dan sumber

maklumat di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan daripada pensyarahnya.(140)(148)

Papa

Jeffri (Cikgu Jeffri) Suami kepada Intan Maliana dan Aisyah serta bapa kepada tiga orang anak iaitu

Intan Julia,Ahmad dan Muhammad. Bekas pensyarah kepada isteri keduanya,Aisyah Sepupu kepada Mak Cik Noraini.(79) Mempunyai kereta Honda CRV berwarna perak berkilat Tinggal bersama-sama keluarganya di sebuah rumah berkembar dua Berusia 45 tahun sewaktu Julia berumur 16 tahun Pensyarah Ekonomi di Kolej Iktisas / pensyarah dalam bidang Sejarah di sebuah IPTA Bekas guru di Sekolag Seri Gading (Sains Pertanian,Sejarah) Lulusan dari universiti luar negara Bertubuh tegap,ketinggian mencapai 175 sm Aktif bersukan,bercucuk tanam ,menelaah pelajaran Menggemari bubur jagung , jus oren , teh tarik halia Pernah jatuh cinta kepada seorang pelajar kedoktoran yang 4 tahun lebih tua (universiti)

malangnya perempuan tersebut terpikat dengan lelaki berbangsa Itali dan mereka berkahwin.

Pernah jatuh hati kepada seorang lagi doktor dari Hospital Desa, Bidor ,tetapi sudah menjadi tunang orang.

Page 5: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Mempunyai penampilan yang menarik Menurut kata mama,papa sering menjadi rebutan dan kerlingan gadis-gadis

yang sebaya dengannya.(26)

Pandai berjenaka sewaktu mama mabuk darah,papa masih bergurau dengannya…

“kalau abang hisap darahnya,nanti abang jadi dracula pulak,…..”(11) sewaktu papa dan Julia bercerita tentang poligami,papa mengatakann…

“Papa tak mahu tidur di porch keretasebab kalau papa kahwin satu lagi,tentu mama akan baling selimut dan bantal papa keluar,”(50)

Berfikiran jauh Ketika mama sudah sampai saat untuk bersalin,papa memandu kereta

dengan laju ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)di Cheras,walaupun banyak hospital swasta yang lebih hampir dengan rumahnya.(56)

Setia Dia sanggup menunggu Intan Maliana (Lia),walaupun sudah 8 bulan Lia

terlantar di atas katil.(110)“Lia,abang sentiasa akan berada disamping Lia.Berapa lama pun,abang akan tetap menunggu dengan harapan semoga Lia akan segera sedar dan kita hadapi masa depan ini bersama.Abang akan sentiasa berdoa.”

Mengambil berat tentang pelajaran anak Papa bertanya kepada Julia (Ju) mengenai peperiksaan SPM sama ada dia

mampu mendapat score yang terbaik ataupun tidak.(90)

Mudah menaruh kepercayaan kepada orang lain Semasa Jeffri membawa Ju ke PJ New Town,dia telah memberikan kunci

keretanya kepada seseorang kerana malas hendak mencari parking.(171)

Suami yang penyayang Dia menjaga Intan Maliana setiap hari.Dia sering meluahkan perasaan dan

berkata-kata dengan isterinya,Lia walaupun dia tahu isterinya tidak dapat memberikan sebarang reaksi kerana koma.Dia menguis rambut isterinya yang terjurai di atas kening dan mencium pipi isterinya.

Suami yang adil Walaupun dia sudah berkahwin dengan Aisyah,dia tetap menjaga Lia serta

anaknya,Julia.

Page 6: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Keras hati Jeffri tidak menitiskan air mata walaupun isterinya koma selepas melahirkan

anak kembar mereka iaitu Ahmad dan Muhamad yang telah meninggal dunia.Akhirnya,dia tewas,apabila isterinya yang tercinta iaitu Intan Maliana telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas tersedar seketika daripada koma.(61)(223)

Berwaspada Dia tidak membenarkan anaknya,Julia mengajak Isterinya,Lia bermain tenis

kerana bimbang akan kandungan yang masih belum mencapai dua belas minggu.(25)

Romantik Apabila Mak Cik Noraini memanggil papa dan mama untuk minum

petang,mereka masuk ke dalam rumah dengan berpegangan tangan dengan lagak yang mesra.(5)

Papa memegang tangan mama perlahan-lahan dan dibawa ke dadanya,kemudian terus ke bibirnya lalu dicium.Peristiwa ini berlaku apabila mama menyatakan kerisauannya tentang apa yang pernah dialami olehnya sewaktu ,melahirkan Julia.(43-45)

Bertindak terburu-buru

Papa sudah membeli kelengkapan bayi walaupun kandungan baru berusia 5 bulan (51-52)

Papa bertindak secara drastik dengan menampar pipi anaknya,Ju.Dia bertindak sedemikian apabila Ju cuba untuk menyatakan pendiriannya tentang poligami.(160)

Berbudi kepada tanah Teradapat sebuah kebun kecil di halaman rumahnya.Papa sering

menghabiskan masa lapangnya di situ.(3)

Taat kepada perintah Allah Papa menunaikan solat Maghrib sebelum pergi ke majlis pernikahannya

dengan Mak Cik Aisyah.(179)

Mama

Intan Maliana (Cikgu Intan Maliana) Isteri pertama Jeffri serta emak kepada Intan Julia,Ahmad dan Muhammad Bermadu dengan Aisyah Guru di Sekolah Seri Gading Lepasan maktab perguruan pada peringkat tinggi (mengajar tingkatan 1 hingga 3)

Page 7: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Bertubuh sederhana Berkawan baik dengan Cikgu Suziyah(Cikgu Suzie) Mempunyai sebuah kereta Citroen Xsara berwarna hijau metallic Rajin membelek bunga-bunga ditaman Menggemari sambal tempoyak Seorang yang mabuk darah Mengalami komplikasi (kehilangan darah yang banyak) semasa melahirkan Intan Julia dan

anak kembar lelakinya iaitu Ahmad dan Muhammad.

Sanggup berkorban Mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung buat kali

kedua walaupun dia sedar akan komplikasi yang akan berlaku ke atas dirinya kelak.Tindakannya didorong oleh kasihnya yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya,Jeffri.(23)

Tegas pendirian Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan

kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.(23)

Isteri yang bertanggungjawab Dia menyambut kepulangan suaminya daripada tempat kerja.Dia mencium

tangan papa dan mengambil kot dan beg daripada papa untuk dibawa masuk ke bilik tidur mereka.(24)

Cemburu Mama merajuk apabila gadis-gadis yang sebaya dengan papa tanpa rasa

segan-silu menegur papa di hadapannya. (26)

Mak Cik Noraini

Sepupu kepada Jeffri Dianggap oleh Julia seperti ibu keduanya kerana telah menjaganya sejak berusia sehari.(78) Tinggal bersama-sama Jeffri dan Intan Maliana setelah kematian suami dan dua orang

anaknya ketika menjelang hari raya kira-kira 17 tahun yang lalu. Kereta yang dipandu oleh suaminya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor

telah bertembung dengan sebuah lori tangki.

Page 8: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Banyak mengetahui perihal keluarga Jeffri dan sejarah percintaan antara Jeffri dan Lia. Menceritakan nostalgia bubur jagung(14) Menceritakan kisah percintaan papa dengan dua orang doktor.(15-16)

Sering memberi nasihat kepa Intan Maliana Menasihati Lia untuk tidak meneruskan kandungannya kerana khuatir

komplikasi yang pernah dialami olenya semasa melahirkan Julia berulang.

Sentiasa mengambil berat tentang Intan Julia Menasihati Julia yang sedang membesar sebagai seorang remaja.(120)(142)

Rapat dengan Julia Selalu meluangkan masa dan berkongsi cerita dengan Ju.(5-6) Sangat memahami perangai Ju.(91)

Berani Mak Cik Noraini menegur Intan Julia yang terlalu rapat dengan papanya.

(142)

Rasylan

Sebaya dengan Julia Bersahabat baik dengan Ju dari bangku sekolah sehingga di kolej matrikulasi Anak angkat kepada Datuk Mustakim Tinggal di Taman Sri Andalas.(90) Berwajah Pan Asian,tampan,berkulit putih Ibu kandungnya ialah warga Indonesia yang bekerja sebagai pengemas di bilik bapa

kandungnya.(175) Bapa kandungnya berasal dari negara Jordan yang bernama Muaz al-Khalibi yang bekerja

sebagai pensyarah daripada Jabatan Sains Politik.(152) Ditinggalkan berhampiran longkang besar menghala ke sebuah masjid di Bandar Klang.

(175) Dipelihara di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebelum menjadi anak angkat kepada

Datuk Mustakim. Menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat

hari ini.Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang ole ibunya.

Kurang kasih sayang Dia merasakan dirinya tidak disayangi kerana bapa angkatnya ,Datuk

Mustakim lebih memberi perhatian kepada anak kandungnya yang baru diterima masuk ke MCKK.(134)

Page 9: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Berdikari Rasylan hanya diberi wang secukupnya oleh bapa angkatnya.Dia terpaksa

menguruskan perbelanjaan pendaftaran,buku-buku dan perbelanjaan harian dirinya.(133)

Cemburu Dia memerli Julia apabila terlihat kemesraan antara kedua-dua anak-

beranak iaitu Julia dan papanya.(67) Dia ternampak Julia ditegur oleh pelajar senior.(205)

Menjaga hati orang lain Dia meminta maaf kepada Julia atas kata-katanya yang telah mengguris

persaan Julia.(68)

Keras hati Setelah mengetahui keputusan DNA yang positif,Rasylan tidak dapat

menerima kenyataan bahawa Muaz al-Khalibi ialah bapa kandungnya.(165)

Mak Cik Aisyah

Isteri kedua Jeffri Ibu tiri kepada Julia Bermadu dengan Intan Maliana 20 tahun lebih muda daripada Jeffri.(196)

Berusia 26 tahun ketika berkahwin dengan Jeffri. Pelajar di kolej tempat Jeffri mengajar. Berkelulusan Sains Sosial dan Kemasyarakatan.(214) Mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.(27) Mempunyai senyuman yang manis dan kulit tangan yang tidak berkerak.(33) Tinggal di Jalan SS 7/15 ,Klana Jaya.(32) Seorang pemain tenis yang berbakat besar.(101) Lahir daripada keluarga yang berada.(101) Anak kepada “gergasi” dalam bidang pengiklanan iaitu Datuk Mahazar Sheikh Mohammad.

(102) Membahasakan dirinya sebagai “adik” kepada ayah dan umminya.(102) Sedang berbadan dua semasa mama sedar dari koma yang panjang.(221)

Memahami jiwa remaja yang sedang membesar Dia dapat meneka masalah yang dihadapi oleh Julia iaitu masalah

percintaan.Dia berkongsi kisah cintanya dan memberi nasihat kepada Julia dalam bercinta.(214-216)

Page 10: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN

Cuba untuk mendekatkan diri dengan Ju Apabila Julia dibenarkan pulang ke rumah oleh Doktor Razif,Mak Cik Aisyah

pergi bertemu dengan Julia di katilnya.Dia menghulurkan sikat dan bedak kepada Julia sebagai usaha untuk mendekatinya.

Cikgu Suzie

Nama sebenarnya ialah Cikgu Suziyah.(68) Merupakan kawan baik mama. Sebaya dengan mama dan masih belum berkahwin.(40) Guru Matematik kelas 5 Akar. Mukanya kelihatan serius.(68) Mempunyai sebuah kereta Hyundai Getz berwarna kuning.(37)

Prihatin Dia memberi nasihat kepada Intan Maliana agar tidak meneruskan

kandungannya kerana risau akan kesihatanya.(38-40)

Menghargai jasa Dia mengucapkan terima kasih kepada Intan Julia kerana telah

menumpangkannya ke sebuah bengkel di Seksyen 14.(41)

Disediakan oleh : Ainul,Najiha,Hadierah 4 Irsyad

Page 11: Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua! : TEMA ,PERSOALAN,WATAK&PERWATAKAN