novel konserto terakhir

7
NOVEL : KONSERTO TERAKHIR 1 Soalan: Huraikan tiga persoalan dalam sebuah novel yang anda kaji. Persoalan dalam Konserto Terakhir ialan perbezaan darjat antara masyarakat kaya dengan masyarakat miskin. Sebagai contohnya Datin Salmah yang kaya tidak suka akan kehadiran Hilmi di rumahnya dan memandang rendah serta sering mencemuh Hilmi. Selain itu persoalan yang terdapat dalam Konserto Terakhir ialah cabaran dalam menjalani kehidupan seharian . Sebagai contohnya Hilmi menjalani kehidupan yang susah dan dihina sebelum berjaya menjadi ahli muzik terkenal. Persoalan ketiga dalam novel ini ialah keikhlasan dalam menghulurkan bantuan. Buktinya , Encik bakar mengajar Hilmi bermain muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal tanpa mengenakan bayaran. 2. Soalan : Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang anda kaji. Watak utama dalam novel ini ialah Hilmi. Tiga perwatakan watak utama ialah kegigihan dalam menjalankan usaha. Contohnya Hilmi gigih mengusahakan kebun bunga di rumah Datuk Johari sehingga tanamanya hidup subur dan berbunga. Hal ini menyebabkan sering mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah yang berkunjung ke rumah Datuk johari. Seterusnya perwatakan Hilmi ialah sabar menghadapi dugaan . Contohnya walaupun Hilmi sering dicemuh, dihina dan dimarahi atas sebab-sebab yang kecil, namun dia tidak pernah melawan. Akhirnya perwatakan Hilmi yang lain ialah dia memiliki keazaman yang tinggi untuk menjadi pemuzik berjaya, Buktinya Hilmi tidak pernah jemu berlatih muzik daripada Encik Bakar

Upload: ain-syahira

Post on 23-Oct-2015

661 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Konserto Terakhir

NOVEL : KONSERTO TERAKHIR

1 Soalan: Huraikan tiga persoalan dalam sebuah novel yang anda kaji.

Persoalan dalam Konserto Terakhir ialan perbezaan darjat antara masyarakat kaya dengan masyarakat miskin. Sebagai contohnya Datin Salmah yang kaya tidak suka akan kehadiran Hilmi di rumahnya dan memandang rendah serta sering mencemuh Hilmi.

Selain itu persoalan yang terdapat dalam Konserto Terakhir ialah cabaran dalam menjalani kehidupan seharian . Sebagai contohnya Hilmi menjalani kehidupan yang susah dan dihina sebelum berjaya menjadi ahli muzik terkenal.

Persoalan ketiga dalam novel ini ialah keikhlasan dalam menghulurkan bantuan. Buktinya , Encik bakar mengajar Hilmi bermain muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal tanpa mengenakan bayaran.

2. Soalan : Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang anda kaji.

Watak utama dalam novel ini ialah Hilmi. Tiga perwatakan watak utama ialah kegigihan dalam menjalankan usaha. Contohnya Hilmi gigih mengusahakan kebun bunga di rumah Datuk Johari sehingga tanamanya hidup subur dan berbunga. Hal ini menyebabkan sering mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah yang berkunjung ke rumah Datuk johari.

Seterusnya perwatakan Hilmi ialah sabar menghadapi dugaan . Contohnya walaupun Hilmi sering dicemuh, dihina dan dimarahi atas sebab-sebab yang kecil, namun dia tidak pernah melawan.

Akhirnya perwatakan Hilmi yang lain ialah dia memiliki keazaman yang tinggi untuk menjadi pemuzik berjaya, Buktinya Hilmi tidak pernah jemu berlatih muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal dan diberi penghormatan menggetuai Okestra Perdana.

Page 2: Novel Konserto Terakhir

3. Soalan: Watak sampingan banyak mempengaruhi perjalanan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak sampingan.

Terdapat banyak watak sampingan dalam novel konserto terakhir . Antara watak sampingan ialah datin Salmah. Perwatakan Datin Salmah ialah dia seorang yang angkuh. Contohnya walaupun Hilmi anak saudaranya , tetapi dia meminta Hilmi tidur di pondok pekerja dan tidak pernah berterima kasih kepada Hilmi yang telah mengindahkan taman bunganya sebaliknya hanya mencari kesalahan Hilmi.

Seterusnya Datin Salmah juga merupakan seorang yang terlalu berkira. Contohnya apabila Hilmi secara tidak sengaja merosakkan piano milik Hayati ketika bermainnya, Datin Salmah telah Hilmi dengan memotong gaji Hilmi setiap bulan untuk menampung kos membaiki piano itu.

Datin Salmah juga mempunyai sifat menyedari dan insaf akan perbuatan yang dilakukan. Contohnya apabila Hilmi meninggal dunia , dan Datin Salmah mengetahui bahawa Hilmi merupakan anak kandung suaminya, maka dia berasa kesal dan insaf atas perbuatannya terhadap Hilmi selama ini.

4. Soalan : Huraikan dua perbezaan perwatakan berdasarkan dua watak dalam novel yang anda kaji.

Dalam novel Konserto terakhir terdapat perbezaan yang ketara antara watak Hilmi dengan watak Datin salmah.

Perbezaan perwatakan yang pertama ialah Hilmi menghormati orang tua tetapi Datin Salmah merupakan seorang suka merendah dan menghina orang lain. Sebagai contohnya, dibuktikan apabila berjumpa kali pertama, Hilmi ingin bersalam dengan Datin Salmah namun tidak disambut oleh Datin Salmah.

Selain itu Hilmi merupakkan seorang yang taat akan ajaran agama Islam apabila digambarkan dia seorang yang tidak pernah meninggalkan solat manakala Datin Salmah pula tidak menaati agama Islam , malah hatinya berasa risau apabila mendapati Hayati anaknya mula mengerjakan solat dan membaca buku-buku agama.

Perbezaan ketiga ialah Hilmi seorang yang penyabar manakala Datin salmah seorang yang mudah marah.Sebagai buktinya Hilmi tetap bersabar dan menghormati Datin salmah walaupun dia selalu dicaci dan dihina,

Page 3: Novel Konserto Terakhir

manakala Datin Salmah seorang yang kurang sabar dan cepat marah . Hal ini terbukti apabila dia naik angin dan terus mencaci orang yang telah merosakkan piano Hayati.

5. Soalan : Pelbagai latar masyarakat dapat dikutip dalam sesebuah novel. Berikan tiga contoh latar masyarakat yang terdapat dalam novel Konserto Terakhir.

Tiga latar tempat yang terdapat dlam konserto terakhir ialah di Rumah Datuk Johari. Contohnya, Hilmi bekerja di rumah datuk Johari sebagai tukang kebun. Dia bekerja dengan gigih sehinggakan kebun bunga yang diusahakannya menjadi cantik dan mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah.

Selain itu latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah di hospital. Peristiwa yang berlaku di hospital ialah tempat Hilmi menerima rawatan bagi penyakitnya yang kritikal sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ.

Latar tempat seterusnya ialah di stesen minyak Shell iaitu tempat Hilmi berkerja selepas keluar dari rumah Datuk Johari. Hilmi bekerja di stesen minyak tersebut bagi memastikan dia dapat belajar muzik daripada Encik Bakar.

6. Soalan: Latar masa yang terdapat dalam sesebuah novel dapat memudahkan pembaca memahami cerita yang dipaparkan . Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut.

Tiga latar masa dalam novel Konserto terakhir ialah pada waktu pagi . Contohnya Hilmi akan membersihkan kawasan rumah Datuk Johari pada waktu pagi bagi memastikan pokok-pokok bunga yang ditanamnya hidup subur . Usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila pokok bunga yang ditanamnya hidup subur dan mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin salmah.

Selain itu latar masa yang terdapat dalam novel ini juga ialah pada waktu petang. Contohnya Hilmi selalunya berkunjung ke rumah Pak cik Bakar untuk belajar muzik pada setiap petang selepas mengabiskan tugasnya di rumah Datuk Johari,

Seterusnya pada waktu malam iaitu sewaktu hilmi pulang setelah belajar muzik di rumah pak cik Bakar. Ketika iitu, lampu-lampu jalan sudah

Page 4: Novel Konserto Terakhir

terang menggambarkan perasaannya yang gembira kerana dapat belajar muzik daripada pak cik Bakar.

7. Setiap novel memberi kesan positif kepada pembaca, Berikan tiga peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

8. Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan tiga kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Menerusi novel Konserto terakhir, penulisnya telah mengkritik akan kepincangan masyarakat. Antaranya maasyarakat Melayu yang mementingkan pangkat dan darjat sehingga sanggup menghina orang lain. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi yang merupakan anak kandung suaminya semata-mata kerana Hilmi miskin.

Seterusnya masyarakat sentiasa sibuk sehingga mengabaikan keluarga. Contohnya Dati salmah sentiasa sibuk dengan tugas sosislnya dengan rakan-rakannya sehinggakan tiada masa untuk menguruskan rumahtangganya.

Akhir sekali , kritikan tentang masyarakat yang jahil agama. Contohnya Datin Salmah dan datuk Johari tidak pernah menunaikan solat dan di rumah mereka pula disediakan suatu suudut untuk minum arak.

9. Soalan: Kemuncak atau klimaks sebuah cerita dapat merangsang pembaca untuk membaca sehingga titik akhir novel . Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kemuncak novel.

Kemuncak novel Konserto Terakhir ialah apabila semua orang berkumpul di hospital bagi menziarahi Hilmi yang sedang dirawat. Akhirnya Pak Karim memberitahu rahsia kepada Datuk Johari bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya . Datuk Johari terkejut dan menitiskan air mata . Begitu juga Datin Salmah yang selama ini menghina Hilmi.

Page 5: Novel Konserto Terakhir

10. soalan : Perleraian sebuah novel dapat memberi kesan mendalam kepada pembaca. Huraikan perleraian tersebut.

Perleraian novel Konserto terakhir, digambarkan bagaimana Azizah insaf akan kesalahannya terhadap Hilmi. Pada ketika itu Hilmi terlantar sakit di hospital. Pak Karim memberitahu Datuk johari bahawa Hilmi adalah anak kandungnya . Hal ini menyebabkan timbulnya penyesalan serta keinsafan dalam hati Datuk Johari dan isterinya Datin Salmah. Akhirnya Datuk johari meninggal dunia.

11. Soalan : Berikan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Berdasarkan novel Konserto Terakhir yang saya kaji, ialah kesederhanaan. Contohnya Hayati bersikap sederhana walaupun dia anak orang kaya. Selain itu nilai murni yang kedua ialah berhemah tinggi . Contohnya Hilmi begitu menghormati Datuk Johari dan datin Salamah walaupun sering dihina.

Nilai murni seterusnya ialah kerajinan. Contohnya Hilmi rajin mengusahakan kebun bunga di sekitar rumah Datuk Johari sehinggakan pokok bunga yang ditanamnya berbunga dengan lebat dan mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah.

12. Soalan : Setiap nilai mempunyai nilai kasih sayang. Berikan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel yang anda baca.

Nilai kasih sayang dalam novel ini ialah apabila Datuk johari meminta Hilmi tinggal di rumahnya dan bertugas sebagai tukang kebun. Tindakan ini menggambarkan dia mengasihi anak saudaranya yang tiada tempat untuk berteduh dan juga tidak mempunyai kelulusan yang sesuai untuk memperoleh pekerjaan lebih baik.

Peristiwa kedua yang menggambarkan kasih sayang ialah kesanggupan hayati pulang ke tanah air untuk menyaksikan hilmi memimpin pesembahan Pertunjukan Okestra Perdana di Universiti Malaya . Hayati menunjukkan kasih sayangnya terhadap Hilmi dengan menggantikannya memimpim okestra tersebut apabila didapati Hilmi tidak muncul.

Nilai kasih sayang juga ditunjukkan apabila semua orang berkumpul di hospital menyaksikan keadaan Hilmi yang sudah tenat. Pak Karim datang

Page 6: Novel Konserto Terakhir

dari kampung untuk menziarahinya dan Datuk Johari serta Datin Salamah menunggu keputusan doctor dengan penuh debaran.

13. Soalan: Berikan tiga pengajaran dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita perlulah tabah dan gigih dalam mencapai cita-cita. Contohnya Hilmi berhijrah dari kampung ke bandar unuk belajar muzik walaupun Kuala Lumpur belum pernah dikunjunginya. Di sana dia menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan namun dia tetap tabah dan gigih demi mancapai cita-citanya.

Selain itu kita hendklah sanggup menghadapi cabaran dalam menjalani kehidupan. Sebagai contohnya Hilmi sanggup dihina dan dicemuh sepanjang tinggal di rumah Datin Salmah demi meneruskan hidp dan mengejar cita-citanya.

Seterusnya, kita hendaklah ikhlas apabila memberi pertolongan kepada orang lain. Hal ini dibuktikan apabila pak cik Bakar sanggup mengajar Hilmi muzik sehingga menjadi pemuzik yang terkenal tanpa mengenakan sebarang bayaran.