notis tawaran sebut harga buku panduan … · bahagian buku teks kementerian pendidikan malaysia...

25
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN ADAPTASI COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES (CEFR) FOR PRIMARY AND SECONDARY SCHOOLS KOD SEBUT HARGA : SKP/SH/53/2016 TEMPOH KONTRAK : SATU (1) TAHUN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : 21 NOVEMBER 2016 (ISNIN) MASA TUTUP SEBUT HARGA: 12.00 TENGAH HARI HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA : PERCUMA MELALUI LAMAN WEB ePEROLEHAN (http://www.eperolehan.com.my) PERINGATAN : 1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran. 2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen Sebut Harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.

Upload: lykiet

Post on 11-Jul-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN ADAPTASI COMMON EUROPEAN

FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES (CEFR) FOR PRIMARY AND SECONDARY SCHOOLS

KOD SEBUT HARGA : SKP/SH/53/2016 TEMPOH KONTRAK : SATU (1) TAHUN

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA :

21 NOVEMBER 2016 (ISNIN)

MASA TUTUP SEBUT HARGA:

12.00 TENGAH HARI

HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA :

PERCUMA MELALUI LAMAN WEB ePEROLEHAN

(http://www.eperolehan.com.my)

PERINGATAN :

1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen Sebut Harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.

 

2

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Penyebut Harga tempatan yang berwibawa dan berkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi Sebut Harga berikut :

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN

MEMBEKAL BUKU PANDUAN ADAPTASI COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES (CEFR) FOR PRIMARY

AND SECONDARY SCHOOLS

BIL. KOD

SEBUT HARGA

JUDUL BUKU ZON

PEMBEKALAN TARIKH TUTUP DAN TEMPAT

HANTAR SEBUT HARGA

1. SKP/SH/53/

2016

Buku

Panduan Adaptasi Common European

Framework of

Reference For

Languages (CEFR) For

Primary and

Secondary Schools

Seluruh Negara

(Pejabat

Pendidikan Daerah)

21 November 2016 (Isnin) Tepat Jam 12.00 Tengah Hari

Tempat :

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Aras 1, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya.

 

2. Dokumen pelawaan sebut harga boleh diperoleh secara PERCUMA dengan memuat turun di laman web ePerolehan (http://www.eperolehan.com.my) mulai 14 November 2016 sehingga 21 November 2016.

3. Tawaran sebut harga akan ditutup pada hari Isnin, 21 November 2016, tepat jam

12.00 tengah hari. 4. Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran Sebut Harga

sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

3

5. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-in) dan

dimuat naik ke dalam sistem e-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga. Tawaran yang lewat dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-Perolehan tidak akan dipertimbangkan.

Dokumen Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dicetak dan dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan dan dilakri serta dicatatkan Nombor Cadangan Penyebut Harga (Y021122050116XXXX) dan Nombor Sebut Harga (SKP/SH/53/2016) (Y021122050116XXXX) pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

Pengarah Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Nombor Cadangan Penyebut Harga (Y021122050116XXXX) Nombor Sebut Harga (SKP/SH/53/2016) (Y021122050116XXXX)

dan dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga di Bahagian Buku Teks, Aras 1, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya sebelum pukul 12.00 tengah hari pada atau sebelum tarikh tutup seperti di atas. Tawaran dan dokumen yang lewat diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup adalah dikategorikan sebagai Sebut Harga Lewat dan tidak akan dipertimbangkan.

6. Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad.

7. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut Harga yang dikemukakan.

8. Kenyataan tawaran sebut harga ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian

Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/ dan di Portal Rasmi Kerajaan Malaysia http://www.malaysia.gov.my/

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

4

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 1. PENDAHULUAN 1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia akan membekalkan Buku Panduan

Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools untuk sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Negara untuk judul seperti berikut:

BIL JUDUL KOD

SEBUT HARGAZON

PEMBEKALAN

1.

Buku Panduan Adaptasi Common European

Framework of Reference For Languages (CEFR) For

Primary and Secondary Schools

SKP/SH/53/2016

Seluruh Negara

(Pejabat Pendidikan

Daerah)

 

2. ARAHAN SEBUT HARGA 2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada semua Penyebut Harga yang

berwibawa dan berkeupayaan untuk perkhidmatan merekabentuk, mencetak dan membekal Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools ke Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Negara

2.2 Penyebut Harga mesti mampu menyiapkan kerja-kerja merekabentuk,

pencetakan dan pembekalan dalam tempoh yang ditetapkan 2.3 Penyebut Harga yang tidak mempunyai prestasi baik dalam penerbitan,

pencetakan dan pembekalan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak digalakkan memohon

2.4 Penyebut Harga hendaklah mempunyai jaringan pembekalan yang

mantap dan efisien di seluruh Negara 2.5 Penyebut Harga yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak

layak menyertai Sebut Harga ini 2.6 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-syarat Sebut

Harga serta syarat-syarat lain yang dilampirkan bersama-sama dokumen Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan pelawaan Sebut Harga tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak

2.7 Penyebut Harga mestilah berdaftar di bawah kod bidang 010102 (Bahan

Bacaan) dan pencetak mestilah memiliki Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri (KDN)

5

2.8 Penyebut Harga mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam semua urusan penerbitan, pencetakan dan pembekalan

2.9 Penyebut Harga hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang

status Penyebut Harga semasa mengemukakan tawaran. Mana-mana Penyebut Harga yang didapati tidak membuat pengakuan yang sebenar akan membolehkan tindakan undang-undang diambil serta Kerajaan berhak untuk menolak semua tawaran sebut harga yang telah dibuat

2.10 Pelawaan Sebut Harga ini tertakluk kepada syarat-syarat yang

terkandung dalam Arahan dan Syarat-Syarat Sebut Harga 2.11 Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga

terendah atau mana-mana sebut harga. Keputusan sebut harga adalah muktamad

2.12 Sekiranya Penyebut Harga tidak menerima sebarang jawapan, sama ada

melalui surat atau telefon, tawaran Penyebut Harga secara automatik adalah dianggap gagal

2.13 Keputusan muktamad tentang tawaran Penyebut Harga bolehlah dirujuk

di papan kenyataan Bahagian Buku Teks Aras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau dengan melayari laman web ePerolehan (http://www.eperolehan.com.my) dan laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/

3 PERIHAL SEBUT HARGA 3.1 Tawaran adalah dipelawa bagi Sebut Harga Bagi Perkhidmatan

Merekabentuk, Mencetak dan Membekal Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.2 Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan

Salinan Pendaftaran Bumiputera (jika berkaitan) hendaklah disertakan bersama-sama tawaran. Sila pastikan tarikh sah laku sijil tersebut masih belum tamat

3.3 Semua Penyebut Harga yang ingin menyertai Sebut Harga ini hendaklah

terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) seperti mana yang diiklankan dan mempunyai sijil pendaftaran yang masih berkuatkuasa.

3.4 Penyebut Harga juga diwajibkan mempunyai token e-Perolehan

sebagai kemudahan mengakses sistem e-Perolehan bagi tujuan mengunci masuk (key-in) dan memuat naik (upload) tawaran harga dan tawaran teknikal secara atas talian (online)

6

3.5 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan dan Syarat-syarat Am Sebut Harga, Arahan dan Syarat-syarat Khas Sebut Harga serta syarat-syarat lain yang dikembarkan bersama-sama dokumen Sebut Harga ini. Semua Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabila menyertai Sebut Harga ini

3.6 Penyebut Harga hendaklah membaca serta menyemak kandungan

dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum membuat tawaran. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Penyebut Harga tidak dipertimbangkan

3.7 Penyebut Harga mestilah bersedia untuk dipanggil bagi memberi

keterangan atau persembahan (benchmarking input) berhubung dengan tawaran yang dikemukakan kepada Kerajaan (jika perlu). Kos keseluruhan bagi tujuan ini ditanggung sepenuhnya oleh Penyebut Harga

3.8 Kos penyertaan Sebut Harga dan penyediaan dokumen tawaran

adalah ditanggung sendiri oleh Penyebut Harga. Kementerian tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jua kos yang terlibat

3.9 Kerajaan boleh membatalkan Sebut Harga ini tanpa memberikan

sebarang alasan kepada semua Penyebut Harga dan kos-kos penyertaan Sebut Harga dan penyediaan dokumen tawaran tidak akan ditanggung oleh Kerajaan

3.10 Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat

untuk bertindak sebagai orang ketiga di dalam Sebut Harga dan/atau kontrak ini. Sekiranya Penyebut Harga mempunyai sebarang permasalahan berkaitan Sebut Harga dan/atau kontrak ini, perkara tersebut hendaklah dirujuk terus kepada Kerajaan

4 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH 4.1 Penyebut Harga adalah dilarang daripada membuat tawaran,

memberi atau bersetuju untuk memberi kepada mana-mana pegawai Kerajaan sebarang bentuk balasan atau hadiah, sebagai dorongan untuk atau kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan yang berkait rapat dengan perolehan atau perlaksanaan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan Malaysia

4.2 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997

7

4.3 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997

4.4 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997

4.5 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan

bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja yang dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997

4.6 Jika didapati berlakunya perlanggaran oleh kontraktor atau pekerja-

pekerjanya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) berhubung dengan perolehan ini dan/atau mana-mana perolehan lain dengan Kerajaan sehingga terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian yang dibuat dengan kontraktor dan berhak mendapatkan apa-apa ganti rugi yang timbul akibat perlanggaran tersebut oleh kontraktor

4.7 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010

bertarikh 16 Disember 2010;

“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities:

a. Without prejudice to any other rights of the Government, if the [company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].

b. Upon such termination, the Government shall be entitled to all

losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.

c. For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the

[Company/Firm], shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”

8

5. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 bertarikh 16

Disember 2010; 5.1 Secara ringkasnya Integrity Pact merupakan satu proses

pengisytiharan oleh Penyebut Harga untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan Kerajaan. Tujuan utama Integrity Pact dilaksanakan dalam perolehan Kerajaan adalah untuk:

5.1.1 mengelak Penyebut Harga daripada menawar atau memberi rasuah;

5.1.2 menghendaki Penyebut Harga melaporkan sebarang kesalahan rasuah kepada Pihak Berkuasa; dan

5.1.3 memastikan Kerajaan tidak menanggung “unnecessary costs” dalam pelaksanaan urusan perolehan.

5.2 Penyebut Harga yang menghantar dokumen tawaran hendaklah

menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran B) mengaku janji bahawa Penyebut Harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran B1) menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/perjanjian bagi Sebut Harga ini

5.3 Penyebut Harga yang berjaya dan dilantik secara rasmi oleh pihak

Kerajaan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya mengaku janji bahawa tidak menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran B1) menandatangani bagi pihak syarikat.

6. SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 6.1 Kelayakan 6.1.1 Semua Penyebut Harga yang hendak menyertai sebut harga ini

mestilah: a

. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kod Bidang 010102 (Bahan Bacaan)

b

. Memiliki Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri bagi Penyebut Harga yang mempunyai peralatan pencetakan sendiri

9

6.1.2 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan PENYATA

AKAUN BANK bagi tempoh tiga (3) bulan terakhir. 6.2 Borang Sebut Harga 6.2.1 Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web

http://www.eperolehan.com.my akan diterima bagi maksud Sebut Harga ini. Borang-borang selain borang ini tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Borang-borang tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK

6.2.2 Setiap helaian borang Sebut Harga yang digunakan termasuk

borang tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap borang mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan

6.2.3 Penghantaran Tawaran Harga dan Tawaran Teknikal oleh

Penyebut Harga melalui sistem e-Perolehan dan penghantaran dokumen secara hardcopy dianggap sebagai Penyebut Harga menerima serta mematuhi segala arahan dan syarat-syarat Sebut Harga ini

6.2.4

Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.

6.3 Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi CEFR 6.3.1 Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi CEFR adalah seperti yang

dinyatakan dalam Lampiran C: Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary Schools Dan Lampiran C2 : Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Secondary Schools. Untuk keterangan lanjut, Penyebut Harga boleh merujuk kepada Sektor Khidmat Pengurusan, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia

6.3.2 Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan untuk

menarik balik tawaran spesifikasi yang telah dikemukakan.

10

6.4 Tempoh Sah Laku Sebut Harga 6.4.1 Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam

tempoh tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebut Harga. Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangka masa sah laku Sebut Harga tidak akan dilayan.

6.4.2 Mana-mana Penyebut Harga yang mengemukakan tempoh

sah laku Sebut Harga kurang daripada tempoh sah laku yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dalam keadaan berkecuali, Kerajaan boleh meminta agar tempoh sah laku tawaran dilanjutkan sebelum tempoh sah laku tawaran asal luput. Surat rasmi akan dikeluarkan oleh Kerajaan kepada Penyebut Harga untuk memohon persetujuan Penyebut Harga dan jawapan hendaklah diberikan secara bertulis

6.5 Cadangan Tawaran Harga Buku Panduan Adaptasi CEFR 6.5.1 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan tawaran harga

dengan jelas dalam Lampiran D. 6.5.2 Penyebut Harga dikehendaki mengunci masuk (key-in) tawaran

harga ke dalam sistem e-Perolehan dan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line).

6.5.3 Penyebut Harga perlu mencetak dua (2) salinan hardcopy

tawaran harga yang dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-Perolehan (ditanda ASAL / SALINAN) dan dimasukkan ke dalam Sampul Kewangan.

6.5.4 Tawaran harga juga hendaklah diisi di dalam Jadual Harga di

Lampiran D dan dimuatnaik (upload) ke dalam sistem e-Perolehan.

6.5.5 Penyebut Harga perlu menyediakan dua (2) salinan hardcopy

semua dokumen yang dinyatakan dalam Senarai Semak Kewangan di Lampiran F (ditanda ASAL / SALINAN) dan dimasukkan ke dalam Sampul Tawaran Kewangan.

6.5.6 Semua lampiran mesti bertaip dengan terang dan lengkap.

Cetakan asal dan salinan (ditanda ASAL / SALINAN) hendaklah diasingkan dan dijilid.

6.5.7 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan

mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.

11

6.5.8 Penyebut Harga dinasihatkan agar mengunci masuk (key-in) tawaran harga ke dalam sistem e-Perolehan secara atas talian dan menghantar dokumen hardcopy lebih awal bagi mengelakkan sebarang komplikasi. KPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya tawaran Penyebut Harga tidak tersenarai di dalam sistem e-Perolehan atau kegagalan Penyebut Harga menyerahkan dokumen hardcopy mengikut tarikh tutup,masa dan tempat penyerahan yang ditetapkan.

6.6 Harga 6.6.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap, harga bersih dan

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sah laku penawaran dan kontrak. Walau apapun, Kerajaan berhak membuat perubahan pada bila-bila masa

6.6.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan

kepada jumlah senaskhah. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan. Contoh: RMX.xx.

6.6.3 Penyebut Harga yang menawarkan harga dalam mata wang

asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan

6.6.4 Harga tawaran Penyebut Harga hendaklah juga diisi di dalam

dokumen Sebut Harga Lampiran D: Tawaran Harga Buku Panduan Adaptasi CEFR yang boleh dimuat turun daripada http://www.eperolehan.com.my. Lampiran ini mestilah bertaip. Kerajaan adalah berhak membuat sebarang keputusan berhubung harga bagi Sebut Harga perkhidmatan merekabentuk, mencetak dan membekal Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools yang ditawarkan seperti dalam Lampiran D

6.6.5 Harga yang ditawarkan perlulah meliputi semua kos

merekabentuk, mencetak dan membekal serta sepanjang tempoh jaminan yang telah dipersetujui didalam kontrak

6.6.6 Semua tawaran harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST

6.6.7 Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran

dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Kementerian

6.6.8 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya adalah berdaftar GST

dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Kementerian akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada Penyebut Harga dengan tawaran harga termasuk kenaan GST

12

6.6.9 Tawaran harga hendaklah juga mengambil kira fi perkhidmatan

bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta sekiranya melibatkan sekali bayaran sahaja (one-time payment) manakala sebanyak 0.4% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM4,800 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta sekiranya melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment). Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem ePerolehan

6.6.10 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran harga

terendah atau mana-mana tawaran pun. Keputusan Kerajaan adalah muktamad dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

6.7 Cadangan Tawaran Teknikal

6.7.1 Penyebut Harga dikehendaki mengunci masuk (key-in) tawaran

teknikal ke dalam sistem e-Perolehan dan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line)

6.7.2 Penyebut Harga perlu mencetak dua (2) salinan hardcopy

cadangan teknikal yang dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-Perolehan (ditanda ASAL / SALINAN) dan dimasukkan ke dalam Sampul Teknikal. Sebarang pengenalan syarikat dan harga hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat

6.7.3 Spesifikasi Penyebut Harga juga hendaklah diisi di dalam Jadual

Spesifikasi di Lampiran C1 dan Lampiran C3 dan dimuatnaik (upload) ke dalam sistem e-Perolehan

6.7.4 Apa-apa kesalahan teknikal dalam spesifikasi yang ditawarkan

hendaklah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga 6.7.5 Penyebut Harga perlu menyediakan dua (2) salinan hardcopy

semua dokumen yang dinyatakan dalam Senarai Semak Teknikal di Lampiran G (ditanda ASAL / SALINAN) dan dimasukkan ke dalam Sampul Teknikal

6.7.6 Semua lampiran mesti bertaip dengan terang dan lengkap.

Cetakan asal dan salinan (ditanda ASAL / SALINAN) hendaklah diasingkan dan dijilid

6.7.7 Penyebut Harga tidak dibenarkan untuk mencatatkan nama

syarikat di mana-mana pun dalam dokumen Tawaran Teknikal yang dikemukakan

13

6.7.8 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan

6.7.9 Penyebut Harga dinasihatkan agar mengunci masuk (key-in)

tawaran teknikal ke dalam sistem e-Perolehan secara atas talian dan menghantar dokumen hardcopy lebih awal bagi mengelakkan sebarang komplikasi. KPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya tawaran Penyebut Harga tidak tersenarai di dalam sistem e-Perolehan atau kegagalan Penyebut Harga menyerahkan dokumen hardcopy mengikut tarikh tutup, masa dan tempat penyerahan yang ditetapkan.

6.8 Anggaran Keperluan / Kuantiti 6.8.1 Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan Sebut Harga ini adalah

seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E: Jadual Pembekalan Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools

6.8.2 Penyebut Harga yang berjaya mestilah bersedia membekalkan

semua pesanan tidak kira sama ada pesanan kurang/lebih daripada kuantiti yang dianggarkan dengan harga dan syarat-syarat yang sama.

6.9 Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor Penyebut Harga yang berjaya untuk perolehan sebut harga ini perlu

menyediakan perkhidmatan merekabentuk, pencetakan dan pembekalan Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

6.10 Bahan Sebut Harga Untuk Penilaian Kementerian Pendidikan

Malaysia 6.10.1 Penerbit hendaklah menyediakan draf Buku Panduan mengikut

keperluan seperti dalam Lampiran C : Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi CEFR

6.10.2 Penyebut Harga tidak dibenarkan mencatat nama syarikat

atau sebarang tanda pengenalan syarikat pada salinan draf Buku Panduan Adaptasi CEFR

6.10.3 Kos penyediaan semua bahan tersebut adalah ditanggung

sepenuhnya oleh Penyebut Harga.

14

6.10.4 Penyebut Harga perlu mengemukakan lima (5) salinan draf Buku Panduan Adaptasi CEFR bagi setiap judul. Tawaran Sebut Harga yang tidak disertakan dengan salinan draf Buku Panduan Adaptasi CEFR yang mencukupi tidak akan dipertimbangkan

6.10.5 Semua dokumen/bahan yang disediakan dan dikemukakan oleh

Penyebut Harga bersama tawaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan dikembalikan kepada Penyebut Harga.

6.11 Kebenaran Mencetak Buku Panduan Adaptasi CEFR 6.11.1 Penyebut Harga yang berjaya hendaklah mendapat kebenaran

untuk mencetak Buku Panduan Adaptasi CEFR mengikut kualiti buku yang ditetapkan dan diluluskan serta mengikut kuantiti keperluan Kerajaan

6.11.2 Penyebut Harga yang berjaya hendaklah mencetak dan membekal Buku Panduan Adaptasi CEFR ke Pejabat Pendidikan Daerah mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Jadual Pembekalan seperti di Lampiran E. Kerajaan berhak meminda keperluan tersebut dari semasa ke semasa dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

6.12 Setuju Terima Sebut Harga 6.12.1 Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah muktamad. Sebarang pertanyaan oleh Penyebut Harga mengenai tawaran Sebut Harga yang tidak berjaya tidak akan dilayan.

6.12.2 Surat Setuju Terima mengandungi syarat-syarat lain sebagai

tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian syarat-syarat yang terkandung dalam dokumen ini. Oleh yang demikian, sebut harga ini tidaklah boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai itu diterima.

6.12.3 Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran

terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab penolakan sesuatu tawaran. Keputusan sebut harga adalah muktamad dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

15

6.12.4 Keputusan sebut harga akan disiarkan di laman web Kementerian. Penyebut Harga tidak dibenarkan untuk merujuk kepada Kementerian ini untuk mendapatkan keputusan sebut harga dengan apa-apa juga cara sekalipun sebelum keputusan rasmi dikeluarkan. Sebelum keputusan rasmi dikeluarkan, maklumat dianggap sulit dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa untuk memperolehi, menyimpan serta mengedar maklumat sulit tersebut.

6.13 Bon Pelaksanaan

Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon

Perlaksanaan dalam bentuk jaminan oleh institusi kewangan yang berdaftar di Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima dengan nilai seperti berikut:

6.13.1 0% bagi nilai kontrak bekalan/perkhidmatan yang kurang

daripada RM50,000.00 setahun 6.13.2 2.5% daripada nilai keseluruhan kontrak bagi kontrak

bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM200,000.00 tetapi kurang dari RM500,000.00

6.13.3 5% daripada nilai keseluruhan kontrak bagi kontrak

bekalan/perkhidmatan yang bernilai lebih daripada RM500,000.00 setahun

6.14 Perjanjian Kontrak 6.14.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat

kontrak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia 6.14.2 Syarat-syarat dalam penentuan Sebut Harga dan surat tawaran

adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak 6.14.3 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menyediakan tiga

(3) salinan fotostat kontrak asal. Perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Penyebut Harga yang berjaya

6.14.4 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk

membatalkan Setem Hasil pada Perjanjian Kontrak 6.14.5 Pembelian Setem Hasil adalah di bawah tanggungjawab

Penyebut Harga yang berjaya. 6.15 Tempoh Kontrak Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun bermula dari tarikh yang

dinyatakan dalam Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

16

6.16 Perubahan Syarat-Syarat 6.16.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa

syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan. Buku Panduan Adaptasi CEFR yang diperlukan itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

6.16.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan

perbelanjaan bagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka nilai kontrak dan masa penyerahan bagi Buku Panduan Adaptasi CEFR boleh diubah dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

6.17 Iklan Tiada iklan mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar,

majalah atau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

6.18 Penamatan Perjanjian 6.18.

1 Kerajaan boleh memberi notis bertulis kepada Kontraktor untuk menamatkan Perjanjian ini jika :

a. Kontraktor gagal atau tidak berupaya untuk merekabentuk,

mencetak dan membekal buku tersebut mengikut kehendak seperti yang termaktub dalam Perjanjian ini ; atau

b. Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana

syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini, dan gagal membaik pulih pelanggaran tersebut dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima notis bertulis daripada Kerajaan memintanya berbuat demikian; atau

c. Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila

Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana perkongsian firma itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah penghakiman dibuat terhadapnya, atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan apa cara sekalipun bagi faedah dan kepentingan pemiutang-pemiutangnya atau membuat suatu pindah hak atau penyerah hak asetnya bagi faedah pemiutang-pemiutangnya atau jika Kontraktor adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan, atau Mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digantung atau digulung (bukan suatu penggulungan bagi maksud penyusunan semula atau penyatuan) atau jika;

17

seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang telah dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau

d. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa

Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, dengan syarat sentiasanya bahawa penamatan Perjanjian ini tidaklah menjejas hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik pampasan, ganti rugi dan lain-lain hak yang sedia ada terdahulu dari itu; atau

e. Kerajaan mempunyai sebab-sebab tertentu atau jika berlaku

keadaan-keadaan di luar kawalan Kerajaan dan atau di atas kepentingan awam dan atau keselamatan negara dan atau bagi maksud Dasar Kerajaan dan atau apabila buku-buku tersebut tidak lagi diperlukan dan tidak lagi sesuai bagi kegunaan murid-murid dalam Sistem Pendidikan Negara ; atau

f. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa

Kontraktor yang mempunyai status Bumiputera telah digugurkan statusnya kepada Bukan Bumiputera.

DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa penamatan

Perjanjian ini tidak menyentuh sebarang hak Kerajaan yang sedia ada di bawah Perjanjian dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

g. Walau apapun yang terkandung dalam subfasal (a) di atas,

Kerajaan boleh pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari mengenai hasrat untuk berbuat demikian. Dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak akan menjejaskan sebarang hak yang telah sedia ada bagi kedua-dua pihak di bawah Perjanjian ini dan di bawah mana-mana Undang-Undang Bertulis.

h. Bagi maksud pelaksanaan subfasal 5.18.1(e) di atas, maksud

“kepentingan awam”, ”keselamatan negara” dan “Dasar Kerajaan” adalah ditentukan secara tunggal dan bersendirian oleh Kerajaan dan adalah muktamad serta tidak boleh dipertikaikan.

6.19 Tempat, Cara dan Tempoh Penghantaran Buku Panduan Adaptasi Common European Framework of Reference For

Languages (CEFR) For Primary and Secondary Schools yang akan dibekalkan ke Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara hendaklah cukup dari segi bilangannya, dibungkus dan diikat dengan sempurna, mengikut cara dan tempoh penyerahan seperti yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima.

18

6.20 Denda Lewat Pembekalan 6.20.1 Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak

pembekalan buku tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak.

6.20.2 Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal

menyempurnakan pembekalan buku dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut :

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Pembekalan

Denda =

V(T + D) x 10% T

V : Nilai bekalan yang lewat dibekalkan T : Tempoh penyerahan yang ditetapkan D : Bilangan hari bekalan lewat 6.21 Denda Lewat Tuntut Pembayaran 6.21.1 Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada

Kerajaan tidak lewat daripada tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tamat tempoh pembekalan buku tersebut

6.21.2 Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang

ditetapkan, Kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.1% daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang Kontraktor lewat tuntut.

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran

Denda = 0.1 % (C) x (D)

C = Jumlah Nilai Tuntutan D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat 6.22 Terma Pembayaran 6.22.1 Pembayaran akan dibuat berdasarkan bekalan/perkhidmatan

sebenar yang telah disempurnakan dengan syarat semua dokumen yang diperlukan telah lengkap dan disahkan dan jumlah keseluruhan pembayaran tidak melebihi nilai kontrak

19

6.22.2 Pembekal/Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan bil/tuntutan yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada pembekal/kontraktor jika bil/tuntutan tidak dihantar dengan segera dalam tempoh empat belas (14) hari.

6.22.3 Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan pembekalan dan/atau

perkhidmatan yang telah disempurnakan akan dibuat oleh Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah semua dokumen lengkap dan tiada perkara-perkara berbangkit (kuiri dokumen). Pembekal/Kontraktor hendaklah atas arahan Kerajaan pada bila-bila masa memberikan respon dengan segera kepada Kerajaan apa-apa maklumat yang diperlukan bagi menyokong tuntutan pembayaran tersebut

6.22.4 Semua pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)

sahaja kepada akaun bank Penyebut Harga yang berjaya 6.22.5 Bagi setiap pembayaran yang diproses menggunakan sistem

ePerolehan fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta sekiranya melibatkan sekali bayaran sahaja (one-time payment) manakala sebanyak 0.4% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM4,800 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta sekiranya melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment)

6.22.6 Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai

perakuan bahawa pembekalan dan/atau perkhidmatan itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Pembayaran oleh Kerajaan tidak melepaskan Kontraktor daripada tanggungjawabnya yang berkaitan

6.23 Tempoh Sah Laku 6.23.1 Tawaran harga Buku Panduan Adaptasi CEFR yang ditawarkan

oleh Penyebut Harga hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada Sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ditutup.

6.23.2 Mana-mana Penyebut Harga yang mengemukakan tempoh sah

laku kurang daripada masa yang ditetapkan Sembilan puluh (90) hari tidak akan dipertimbangkan.

20

7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISERTAKAN Dokumen Sebut Harga ini mengandungi lampiran-lampiran seperti berikut : 7.1.1 Lampiran A : Keterangan Mengenai Penyebut Harga 7.1.2 Lampiran A1 : Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga 7.1.3 Lampiran B : Surat Akuan Pembida 7.1.4 Lampiran B1 : Surat Perwakilan Kuasa 7.1.5 Lampiran C : Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi CEFR For Primary

Schools 7.1.6 Lampiran C1 : Tawaran Oleh Penyebut Harga Spesifikasi Buku

Panduan Adaptasi CEFR For Primary Schools 7.1.7 Lampiran C2 : Spesifikasi Buku Panduan Adaptasi CEFR For

Secondary Schools 7.1.8 Lampiran C3 : Tawaran Oleh Penyebut Harga Spesifikasi Buku

Panduan Adaptasi CEFR For Secondary Schools 7.1.9 Lampiran C4 : Model Buku Panduan Adaptasi CEFR For Secondary

Schools 7.1.10 Lampiran C5 : Model Buku Panduan Adaptasi CEFR For Primary

Schools 7.1.11 Lampiran D : Tawaran Harga Buku Panduan Adaptasi CEFR 7.1.12 Lampiran E : Jadual Pembekalan Buku Panduan Adaptasi CEFR 7.1.13 Lampiran F : Senarai Semak Tawaran Kewangan 7.1.14 Lampiran G : Senarai Semak Tawaran Teknikal 7.1.15 Lampiran Q

(AP 170) : Tawaran Sebut Harga

8. BAHAN/DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN 8.1 Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web

http://www.eperolehan.com.my akan diterima bagi maksud Sebut Harga ini. Dokumen-dokumen selain dokumen ini tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Dokumen-dokumen tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.

21

8.2 Setiap helaian dokumen Sebut Harga yang digunakan termasuk dokumen tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap dokumen mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.

8.3 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah

dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.

8.4 Dokumen-dokumen yang wajib dikembalikan kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut :

Bil

Bahan/Dokumen

Bilangan

Catatan

1.* Lampiran A

Keterangan Mengenai Penyebut Harga

Sijil Kementerian Kewangan yang mempunyai kod bidang 010102 (Bahan Bacaan)

Sijil Pendaftaran Syarikat

Sijil Pendaftaran GST

Sijil Pendaftaran syarikat Bumiputera (jika ada)

Asal dan 1 Salinan

1 Salinan

1 Salinan

1 Salinan

1 Salinan

Sertakan salinan dokumen

sokongan. Dokumen-dokumen hendaklah

ditaip. Dijilid berasingan. Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

2.* Lampiran A1

Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga

i. Penyata Akaun Bank

Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir Ogos,September dan Oktober 2016 atau Julai,Ogos dan September 2016

ii. Laporan Kewangan

Asal dan 1 Salinan

1 Salinan dan disahkan

oleh Pegawai

Bank

1 Salinan dan disahkan

Sertakan salinan dokumen sokongan.

Dokumen-dokumen hendaklah ditaip.

Dijilid berasingan.

Dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Lampiran B

Surat Akuan Pembida

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip

22

4. Lampiran B1

Surat Perwakilan Kuasa

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip.

5. Lampiran C1

Lampiran C3

Lampiran C4

Lampiran C5

 

Asal dan 1 Salinan

Asal dan 1 Salinan

5 naskah draf

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip. dimuatnaik (upload) ke dalam

sistem e-Perolehan Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Lampiran D

Tawaran Harga Buku Panduan Adaptasi CEFR

Asal dan 1 Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip. dimuatnaik (upload) ke dalam

sistem e-Perolehan Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Lampiran F Asal dan 1 Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip. dimuatnaik (upload) ke dalam

sistem e-Perolehan Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

8 Lampiran G Asal dan 1 Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip. dimuatnaik (upload) ke dalam

sistem e-Perolehan Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

23

9. Lampiran Q

Borang Tawaran Sebut Harga

Asal dan 1 Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani dimuatnaik (upload) ke dalam

sistem e-Perolehan Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan/dokumen yang bertanda (*) hendaklah dijilid secara berasingan. 8.5 Penyebut Harga yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap

seperti yang dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.

9. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA 9.1 Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah

dibungkus kemas dan dilakri dengan cap mohor syarikat. Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam dua sampul surat berlainan, berlakri dan dilabelkan seperti berikut:-

9.1.1 SAMPUL KEWANGAN (ASAL/SALINAN)

9.1.2 SAMPUL TEKNIKAL (ASAL/SALINAN)

9.2 Kedua-dua sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu bungkusan/sampul yang ditandai pada bahagian tengah bungkusan/sampul tersebut dengan tajuk berikut:

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN ADAPTASI COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES (CEFR) FOR PRIMARY AND SECONDARY SCHOOLS

Nombor Cadangan Penyebut Harga (Y021122050116XXXX) Nombor Sebut Harga (SKP/SH/53/2016) (Y021122050116XXXX) 9.3 Semua dokumen Sebut Harga hendaklah dialamatkan kepada :

24

Pengarah Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

dan dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga sebelum pukul 12.00 tengah hari pada atau sebelum tarikh tutup seperti di atas. Tawaran Sebut Harga yang lewat diterima sama ada secara sistem e-Perolehan atau manual tidak akan dipertimbangkan. Ukuran setiap bungkusan dokumen Sebut Harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x 11 cm

9.3 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak Kementerian dalam dokumen Sebut Harga. Bagi Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut Harga

9.4 Semua dokumen Sebut Harga mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut

Harga yang disediakan pada waktu pejabat di alamat seperti yang tersebut di atas tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Ukuran setiap bungkusan dokumen Sebut Harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x 11 cm.

9.5 Kerajaan Malaysia tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran

Sebut Harga, serta tiada sebarang alasan akan diberikan kepada mana-mana Sebut Harga yang ditolak atau tidak berjaya. Sebarang rayuan/cadangan/bantahan tidak akan dilayan. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad

9.6 Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas

kehilangan borang-borang penyertaan Sebut Harga akibat daripada tidak memasukkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan. Jika borang-borang tersebut dihantar melalui pos atau perkhidmatan courier, Penyebut Harga dengan ini memberi amanah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima dan memasukkannya ke dalam Peti Sebut Harga. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan borang-borang tersebut.

10. TARIKH TUTUP TAWARAN 10.1 Tarikh tutup Sebut Harga adalah seperti berikut : Kod Sebut Harga :

SKP/SH/53/2016 -

21 November 2016 (Isnin)

- tepat jam 12.00 tengah hari

25

10.2 Semua Dokumen Sebut Harga hendaklah sampai ke Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia pada atau sebelum tarikh dan waktu tersebut. SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

10.3 Bukti pengeposan bukan bukti penerimaan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen akibat kesilapan atau kecuaian Penyebut Harga memasukkan dokumen tersebut ke dalam peti selain peti sebut harga yang ditetapkan.

11. HAL-HAL LAIN Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai Sebut Harga ini hendaklah

dirujuk kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian berikut :

Aspek Umum Sebut Harga dan

Kontrak : 03 – 8884 4486

Aspek Speksifikasi

:

03 – 8884 4456

Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia 14 November 2016