notis konvo_37 - bm (2013)

Upload: adreen1421

Post on 12-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    1/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    KETERANGAN MENGENAI

    MAJLIS KONVOKESYEN KE-37 (TAHUN 2013)

    1. Tarikh Majlis Konvokesyen

    1.1 Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-37 akan diadakan di Pusat Kebudayaandan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:

    Tarikh : 26 hingga 29 Oktober 2013

    Hari/Sesi :

    Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (4 hari/8 sesi)

    Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis Konvokesyentermasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (rujuk Lampiran 1 (A & B )) melalui lamanweb rasmi Bahagian Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my.

    2. Kehadiran Graduan

    2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma hendaklahbiasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengansyarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atauDiploma dikurniakan tanpa hadir.

    2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yangditetapkan.

    2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkankepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen .

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    2/16

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    3/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    5.3 Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyenhendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna maroon ), sehelaihood (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar board . Manakala pakaian akademik

    bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah (warna kelabu) dan satu unit mortar board .

    5.4 Graduan diminta memastikan:

    (a) jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Lanjutan, IjazahBacelor atau Diploma;

    (b) hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti;

    (c) pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna.

    5.5 Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubah suai mana-mana bahagianpakaian akademik yang dipinjam.

    5.6 Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat,UPM. Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan lancardan teratur (terutama pada hari Sabtu dan Ahad), semua graduan dikehendaki mengenal pasti

    dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik sebagaimana berikut:Mulai 19 - 24 Oktober 2013 (Sabtu - Khamis)

    Tarikh Masa Graduan Yang Terlibat

    19 20 Oktober 2013(Sabtu & Ahad)

    8.30 pg 4.30 ptg Semua Sesi

    (Pastikan semua graduan melalui

    semua kaunter yang disediakanoleh pihak Urus Setia bagi

    21 22 Oktober 2013(I i & S l )

    8.30 pg 1.00 tgh1 00 h 2 15

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    4/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    5.8 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat memulangkanpakaian akademik mulai 4 November 2013 (Isnin) iaitu RM10.00 hari pertama selepastarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari berikutnya . Bayaran

    denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, BangunanPentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaianakademik.

    5.9 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilanganpakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.

    5.10 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang , bayaran akan dikenakan danskrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayarannya

    adalah seperti berikut:

    Program Jumlah Bayaran (RM)Jubah Hood Mortar Board Bonnet

    Ijazah Bacelor 280.00 35.00 50.00 -Diploma 150.00 - 50.00 -Master 400.00 35.00 50.00 -PhD 750.00 35.00 - 75.00

    6. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen

    6.1 Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen di dalam majlis ituhendaklah berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah 1 ):-

    Wanita - pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh,baju/blaus berlengan panjang dan lengkap

    menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai pakaian akademik.

    - Warna pakaian adalah bebas.- Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    5/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    7.2 Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkandan kad yang hilang tidak akan diganti.

    7.3 Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk dua orang tetamu graduan bagimenghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

    8. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen

    8.1 Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan KesenianSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seperti maklumat berikut:

    (a) 23 Oktober 2013 jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibatadalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol untuk sesi 1,2,3 dan 4 (rujuk Lampiran 1A).

    (b) 24 Oktober 2013 jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol untuk sesi 5,6,7 dan 8 (rujuk Lampiran 1B).

    8.2 Semua graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami acarayang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti.

    8.3 Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiriMajlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai Majlis KonvokesyenUPM Ke-37.

    9. Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen

    Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM (rujuk di

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    6/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    9.5 Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen.

    9.6 Ibu bapa dan tetamu dinasihati untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam

    dewan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

    9.7 Ibu bapa dan tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga ataucenderamata ke dalam dewan kerana ia akan mengganggu kedudukan tetamu yang lain.

    9.8 Graduan kelainan upaya (mengandung, cacat atau kecederaan) yang memerlukan bantuanperalatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus SetiaMajlis Konvokesyen di talian 03-89466026/6250.

    9.9 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlisberlangsung.

    9.10 Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehinggamajlis selesai.

    10. Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan

    10.1 Pakaian - Tetamu Lelaki

    - Tetamu Perempuan

    ::

    :

    Kebangsaan/ Lounge Suit /Batik /TertibSongkok bagi Sesi 1 dan Sesi 3

    Kebangsaan/Sopan

    10.2 Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas.

    10.3 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak

    dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    7/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    (d) Bagi graduan program PJJ/EKSEKUTIF, skrol/transkrip mereka boleh diambil dari UPM Education & Training Sdn. Bhd . atau Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan.

    (e)

    Graduan yang masih berhutang dengan UPM/UPM Education & Training Sdn. Bhd./ UnitProgram Eksekutif Fakulti berkenaan hendaklah menjelaskan hutang sebelum 18Oktober 2013 bagi tujuan skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dapat dikeluarkan.Sila kembarkan resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakanhutang telah dijelaskan.

    (f) Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah Baceloratau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkripIjazah Bacelor atau Diploma bagi pihak mereka.

    Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakiltersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar, Bahagian

    Akademik, UPM dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan salinanfotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik itu. Syarat-syarat di atas (a hinggaf) juga perlu dipenuhi sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diplomadiserahkan kepada wakil.

    Bagi graduan program EKSEKUTIF, surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada UnitProgram Eksekutif Fakulti yang berkenaan dengan menyatakan nama, nombor kadpengenalan wakil dan salinan fotokopi kad pengenalan yang dilantik.

    (g) Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut olehgraduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.

    13. Turut disertakan adalah :

    13.1 Tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan graduan untuk Majlis Konvokesyen Ke-37 UPM(2013) (Lampiran 2).

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    8/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    LAMPIRAN 1A

    BAHAGIAN AKADEMIK

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIASUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37

    Sesi 1 (Sabtu)26 Oktober 2013 Pagi

    Sesi 2 (Sabtu)26 Oktober 2013 Petang

    Nama Program

    Doktor Falsafah (A ke L) - SPSDoktor Falsafah - PBS

    Master Pembangunan Sumber Manusia - SPSMaster Sains - FPAS, FEP, FRSB, INTROPMaster Pentadbiran Perniagaan - Kewangan -PBSBacelor Sains Dan Teknologi Alam SekitarBacelor Sains Teknologi KayuBacelor Sains HortikulturBacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian-Kimia) - FSBacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat )Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Pengajian PenggunaBacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris)Diploma Kejuruteraan Pertanian - UPMKB

    Nama Program

    Master Alam Sekitar - SPSMaster Ekonomi

    Master Pengurusan KejuruteraanMaster Pengurusan PerladanganMaster Pengurusan Teknologi Alam SekitarMaster Pengurusan - PBSBacelor Pertanian (Akuakultur)Bacelor PerakaunanBacelor Sains (Kepujian) - FS- Biologi- Fizik Bacelor Kejuruteraan (Awam)Bacelor Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)Bacelor Sastera (Bahasa Asing )Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)Bacelor Sains (Bioteknologi)Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan - UPMKB

    Sesi 3 (Ahad)27 Oktober 2013 Pagi

    Sesi 4 (Ahad)27 Oktober 2013 Petang

    Nama Program Nama Program

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    9/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    LAMPIRAN 1BBAHAGIAN AKADEMIK

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIASUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37

    Sesi 5 (Isnin)28 Oktober 2013 Pagi

    Sesi 6 (Isnin)28 Oktober 2013 Petang

    Nama Program

    Master Sains Veterinar - SPSMaster Komunikasi KorporatMaster Kesusasteraan DuniaMaster Kejuruteraan Alam Sekitar

    Master Pentadbiran Perniagaan - PBSBacelor Pertanian (Sains Ternakan)Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian- Matematik) - FSBacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)Bacelor Pendidikan(Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)Bacelor PendidikanPengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

    - Sandwich Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Senibina LandskapBacelor Reka Bentuk (Seni Bina)Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)Bacelor SenibinaBacelor Sains dan Teknologi MakananBacelor Sastera (Bahasa Inggeris )Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) - UPEFBMK Bacelor Sains (Kepujian) - FBSBDiploma Pengurusan Perladangan Makanan - UPMKB

    Nama Program

    Master Sains - SPS- FBSB,FEM,FK,IBS,FPMaster Linguistik TerapanMaster Penderiaan Jauh & Sistem Maklumat Geografi

    Master SasteraMaster Pengurusan AirMaster Kejuruteraan Struktur dan PembinaanMaster Statistik GunaanBacelor EkonomiBacelor Pentadbiran Perniagaan- Pengurusan Sumber Manusia- Pengurusan Hospitalilti- Kewangan, PemasaranBacelor Sains (Kepujian) - FS- Matematik, Stataistik, Sains BahanBacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)Bacelor KomunikasiDiploma Perhutanan - UPMKB

    Sesi 7 (Selasa)29 Oktober 2013 Pagi Sesi 8 (Selasa)29 Oktober 2013 Petang

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    10/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    Gambarajah 1

    CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN

    Jubah

    Mortar Board (untuk Ijazah

    Bachelor sahaja)

    Hood (untuk Ijazah

    Bachelor sahaja)

    Contohpotongan

    rambut

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    11/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    LAMPIRAN 2

    MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37TARIKH-TARIKH PENTING

    19 Oktober (Sabtu) hingga 1 November 2013 (Jumaat)

    Tarikh Aktiviti

    19 24 Oktober 2013

    (Sabtu Khamis)

    Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan Ijazah Bacelor dan

    Diploma di Kompleks Akademik Pusat, UPM.

    22 Oktober 2013(Selasa)

    Raptai Pegawai di PKKSSAAS

    23 Oktober 2013(Rabu)

    Raptai Graduan (bagi Sesi - 1,2,3 dan 4)

    Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara padasebelah pagi (8.30 pagi hingga 1.00 petang) untuk Majlis Taklimatdan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada

    jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang

    24 Oktober 2013(Khamis)

    Raptai Graduan (bagi Sesi - 5,6,7 dan 8)

    Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada

    sebelah pagi (8.30 pagi hingga 1.00 petang) untuk Majlis Taklimatdan Raptai Konvokesyen Kaunter hanya akan dibuka kembali pada

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    12/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    LAMPIRAN 3MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37

    SENARAI SEMAKAN GRADUAN

    Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan:

    1. ( ) menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis KonvokesyenUPM Ke-37.

    2. ( ) melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2013 dan mencetak slip pengesahan kajian.

    3. ( ) menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak dan menjelaskan selewat -lewatnya pada 18 Oktober 2013 .

    4. ( ) membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Slip Bank kepadaBENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA atau melalui CIMBClicks atau KadKredit selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.

    5. ( ) mengisi b orang secara online melalui portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar(SMP) di menu mykonvokesyen (borang pakaian akademik)

    6. ( ) mengisi borang peminjaman pakaian akademik (salinan keras/hardcopy) yangdisertakan

    7. ( ) bawa salinan Slip Bank atau transaksi pembayaran melalui Channel-e atau KadKredit semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusatpada tarikh yang ditetapkan.

    8. ( ) bawa Borang Pakaian Akademik (yang dikepilkan bersama Notis Graduan) semasa

    anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yangditetapkan

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    13/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    B A N G I

    K O L E J

    1 1

    S T A D I U M

    U P M

    T N C

    J I N M

    G S O

    F B M K

    M T D C

    B A N Q U E T

    H A L L

    P U S A T

    E Q U I N

    K E L A B G O L F

    L E B U H R A Y A K L - S E R E M B A N

    K A J A N G

    S E R I S E R D A N G

    M I N E S /

    B A L A K O N G

    K O M P L E K S

    M A H A S I S W A

    1

    P 1 4

    P 1 2

    P 1 3

    P 9

    S E R I

    S E R D A N G

    T O L

    S G . B

    E S I

    T O L

    U P M

    F K

    L A L U A N 1

    L A L U A N 2

    L A L U A N 3

    K O L E J

    1 0

    P E T U N J U K

    L A L U A N M A S U K

    L A L U A N K E L U A R

    F

    F A K U L T I

    K O

    L E J

    P K

    M E D A N K

    E N D E R A A N

    I B U

    B A P A

    L A N D A

    S A N E R L

    P O S P E N G A W A L

    P I N T U

    P

    K O L E J

    R U M P U N

    P 1 1

    j l i s K o

    7

    D E W A N

    B E S A R

    T E M P A T M A J L I S

    K O N V O

    B U K I T

    E K S P O

    T E M P A T P E S T A

    K O N V O D A N

    E K S P O

    P E

    R T A N I A N

    L E B U H

    S I L I K O N

    B U L A T A N

    L A M P U I S Y A R A T

    F R S B

    LAMPIRAN 4

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    14/16

    Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)

    PELAN LANTAI DEWAN BESAR

    PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAHUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    LAMPIRAN 5

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    15/16

    APAKAH DANA WAKAF ILMU?

    MANFAAT DANA WAKAF ILMU DI UPM

    PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

    CARA MENYALURKAN SUMBANGAN

    Dalam konteks Universiti, dana wakaf ilmu UPM bermaksud inisiatif program penjanaan dana di UPM yang mengguna pakai kaedahwakaf melalui sumbangan individu, sumbangan korporat, koperasidan badan bukan kerajaan, pulangan dari hartanah wakaf, hasilprojek sektor pertanian dan perladangan, hasil projek sektorperindustrian dan pulangan portfolio pasaran wang dan modal

    bertujuan untuk mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi sebahagian keperluandan pembiayaan aktiviti akademik melibatkan Warga UPM.

    MAKLUMAT KHAS UNTUK GRADUAN UPM SEMPENAMAJLIS KONVOKESYEN UPM KE- 37 TAHUN 2013

    (ALUMNI KELAS 2013)

    Para graduan yang ingin membuat sumbangan ikhlas, bolehmenyalurkan sumbangan melalui Kaunter Dana Wakaf Ilmu yangakan dibuka semasa Minggu Pengambilan Jubah di Dewan KuliahAkademik Pusat (DKAP) UPM bermula 19 - 24 Oktober 2013.

    Setiap dana derma dan wakaf di UPM, sama ada wakaf Am atauwakaf Khas, akan dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyediaanfasiliti dan prasarana bagi aktiviti keilmuan, merangkumi programpengajaran dan pembelajaran, aktiviti dakwah dan pengimarahan,

    penyelidikan dan inovasi serta khidmat komuniti yang menjadiaktiviti teras universiti.

    Setiap penderma dan pewakaf Dana Wakaf Ilmu UPM berhak menerima pengecualian cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6)akta cukai pendapatan 1967 (No. Rujukan : HQ 162 / 1888 44(6)Warta kerajaan 7613).

    1. Melalui kaunter ( tunai/cek )2. Melalui skim potongan gaji ( Staf UPM sahaja )3. Melalui peti besi di Masjid UPM, Bangunan Pentadbiran UPM4. Perbankan Internet ( Online Banking ).

  • 7/21/2019 Notis Konvo_37 - BM (2013)

    16/16