buku peraturan & ketetapan ibu bapa parents … handbook elitkids zone 2019.pdf · 12 cuti 11...

16
BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS HANDBOOK

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA

PARENTS HANDBOOK

Page 2: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

1 ElitKids Zone

Parents Handbook

KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Kehadiran 2

2 Menghantar Dan Mengambil Anak 2-3

3 Keselamatan 3

4 Kesihatan 5

5 Kebersihan (Kutu Kepala dan Kuku) 6

6 Pemakanan 6

7 Melabel alatan anak 7

8 Hal-Hal Peribadi 7

9 Penglibatan Ibu Bapa 7

10 Bayaran Yuran Dan Lain-lain 8

A. Yuran Pendaftaran B. Yuran Bulanan C. Yuran November / Disember D. Yuran Tambahan E. Tunggakan Yuran

11 Hari Perkhidmatan 10

12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 15 Pertukaran Alamat & Nombor Telefon 11 16 CCTV 11 17 Takwim Jadual cuti umum 2019 12 18 Surat Kepada Ibu Bapa 13 19 Keratan Perjanjian Persetujuan 14 20 Borang Kebenaran Memberi Rawatan 15

PA : Pembimbing Awal (TASKA) : Pendidik Awal (TADIKA)

Page 3: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

2 ElitKids Zone

Parents Handbook

1.0 KEHADIRAN

1.1 Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-

anak daripada sering tidak hadir ke ELITKIDSZONE

1.2 Sekiranya pelajar dihantar awal sebelum 7 .00 pagi bagi kerajaan dan sebelum 7.30 pagi

bagi swasta, caj OT juga akan dikenakan.

AHAD sehingga KHAMIS = kakitangan kerajaan

ISNIN sehingga JUMAAT = kakitangan swasta

*Sabtu & cuti umum = tutup

*Tiada penjagaan pada hari CUTI AM yang digazetkan oleh kerajaan persekutuan

dan negeri johor.

1.3 Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 8.30 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti

dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang

telah dijalankan.

1.3 PA akan melakukan pemeriksaan fizikal anak menggunakan jangka suhu,

torch light sebagai rutin harian sewaktu ibu bapa menghantar

dan mengambil anak bagi memastikan kesihatan anak.

Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5’C tidak dibenarkan hadir ke

ELITKIDSZONE

1.4 Pihak ELITKIDSZONE perlu di maklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir di atas sebarang sebab.

2.0 MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK

2.1 PA yang bertugas menyambut anak akan hanya menunggu kedatangan anak sehingga jam 8.30 pagi.

2.2 Semua kanak-kanak wajib dimandikan dari rumah dan memakai uniform atau pakaian bersih.

2.3 Jika anak hendak diambil pulang oleh orang lain selain dari ibu bapa/penjaga sendiri, ibu

bapa /penjaga hendaklah memberitahu kepada PA atau pihak Pengurusan

ELITKIDSZONE .Sila berikan butiran seperti NAMA, HUBUNGAN, JENIS KERETA & NO

PLAT KERETA sekiranya ada orang lain yang akan mengambil kanak – kanak tersebut.

2.4 Semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) mesti pastikan :- 2.4.1 Anak tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam

Jagaan ELITKIDSZONE 2.4.2 Jika ada tanda-tanda tercedera sila bertanyakan terus kepada PA. 2.4.3 Keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor, laundry bag dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar. Sila gunakan contianer susu yg kecil dan mencukupi pada hari tersebut

Page 4: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

3 ElitKids Zone

Parents Handbook

2.4.4 Kasut atau selipar ada pada anak. 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga yang BERPISAH, hak pengambilan anak bergantung

kepada hak penjagaan kanak – kanak tersebut. 3.0 KESELAMATAN

3.1.1 Demi menjamin keselamatan kanak-kanak, ibu bapa digalakkan datang awal sebelum 8.30 pagi . Selepas waktu tersebut pintu pagar akan dikunci. 3.1.2 Ibu bapa / penjaga tidak boleh membawa keluar pelajar lain sama ada dari sekolah atau premis ELITKIDSZONE semasa bawah waktu jagaan ELITKIDSZONE tanpa kebenaran ELITKIDSZONE dan ibu bapa / penjaga pelajar itu sendiri.

3.1.3 KEMALANGAN Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, tindakan berikut akan dilakukan mengikut carta alir berikut

CARTA ALIR PROSUDER KEMALANGAN

Penyelia mengambil

tindakan merawat atau

ibu bapa menghantar ke

klinik jika perlu

PA melaporkan

kepada Penyelia

PA melaporkan

kepada Penyelia

Penyelia

memaklumkan

kepada ibu bapa

/penjaga atau JKM

Maklumat

kemalangan dan

tindakan di rekod

Maklumat

kemalangan dan

tindakan di rekod

KEMALANGAN

BIASA

KEMALANGAN

TERUK

Kemalangan

berlaku di

______

Kemalangan

berlaku di

_____

--------_______

Penyelia

memaklumkan

kepada ibu bapa

/penjaga

Penyelia membawa ke

klinik/hospital dengan

segera

Page 5: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

4 ElitKids Zone

Parents Handbook

3.1.4 PENDERAAN

Sekiranya didapati ada tanda-tanda anak didera, tindakan akan diambil mengikut carta alir

berikut:

CARTA ALIR PROSEDUR PENGURUSAN TUDUHAN PENDERAAN

Aduan diterima

Ibu bapa/Penjaga Kanak-kanak

Ambil perhatian &

dengar dengan teliti

Jangan tolak & buat

keputusan segera Pemeriksaan

fizikal

Dapatkan maklumat

dan saksi

Lakukan siasatan

lanjutan

Maklumat

tambahan

dari kawan

dan

kenalan Rekod maklumat

penting

Maklum kepada Pengarah Urusan

Maklum kepada JKM Bawa ke

klinik/hospital

Laporan ke Polis &

tindakan undang-undang

Page 6: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

5 ElitKids Zone

Parents Handbook

3.2 RAKAMAN GAMBAR

Pihak ELITKIDSZONE berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman video pada bila-bila masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau di luar premis .Pihak ELITKIDSZONE juga dibenarkan untuk menyiarkan gambar dalam media cetak dan media elektronik.

3.3 INSURAN

Setiap kanak-kanak wajib menyertai skim insuran berkelompok yang telah disediakan oleh pihak ELITKIDSZONE. Ibubapa / penjaga hendaklah menyerahkan salinan fotostat surat beranak kanak – kanak kepada pihak pengurusan membuat pendaftaran & AIA.

4.0 KESIHATAN

4.1 REKOD KESIHATAN

4.1.1 Ibu bapa atau penjaga perlu menyerahkan surat pengesahan anak dari doktor untuk rujukan ELITKIDSZONE

4.1.2 Pihak ELITKIDSZONE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat yang tidak diberi oleh ibu bapa tentang kesihatan anak.

4.1.3 Pemeriksaan fizikal anak akan dibuat sebagai rutin harian setiap pagi. Anak-anak yang mengidap penyakit berjangkit seperti cecair, campak, begok, sakit mata, penyakit kulit, kudis buta, kepala berkutu, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau apa saja berjangkit tidak dibenarkan hadir ke____. Ibu bapa/penjaga haruslah merancang dari sekarang masalah penjagaan anak semasa anak mengidap penyakit ini.

صل اهلل عليهي وسلم : ال ي وريدن مرض قال النبي عل “ Orang yang sakit jangan sekali-kali mengunjungi orang yang sihat”.

Ibubapa / penjaga perlu mendapatkan surat pengesahan dari doktor bahawa kanak – kanak dibawah jagaannya bebas daripada penyakit sedia ada.

4.2 RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN

Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan ELITKIDSZONE akan menghubungi ibu bapa / penjaga / saudara terdekat / rakan sepejabat dahulu, tetapi jika tidak dapat dihubungi (selepas beberapa kali) pihak ELITKIDSZONE akan mengambil langkah keselamatan seperti:-

4.2.1 Hantar anak ke klinik terdekat.

4.2.2 Pihak pengurusan ELITKIDSZONE akan terus menghubungi pihak ibu bapa/penjaga. Segala pembayaran adalah tanggungjawab ibu bapa.

Page 7: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

6 ElitKids Zone

Parents Handbook

Peringatan : Adalah penting bagi setiap ibu bapa/ penjaga memberitahu nombor telefon

jika berlaku kecemasan. Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan

pihak pengurusan dapat memberitahu perkembangan terkini anak.

4.3 POLISI MEMBERI UBAT

Pemberian ubat-ubatan adalah bersyarat seperti berikut:-

4.3.1 Sebagai langkah keselamatan ibu bapa / penjaga diminta mengisi maklumat pemberian ubat didalam buku yang di sediakan di premis untuk panduan PA dan bukti pemberian ubat.

4.3.2 Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikh luput dan arahannya sekali. PA tidak akan bekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak.

4.3.3 Ubat mestilah diberi terus ke tangan PA. Pihak ELITKIDSZONE tidak bertanggungjawab jika ubat disimpan di dalam beg tanpa pengetahuan PA.

4.3.4 Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari tertumpah.

4.3.5 Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan anak.

5.0 KEBERSIHAN (KUTU KEPALA DAN KUKU)

5.1 Sekiranya anak-anak dijangkiti kutu kepala, ibu bapa dikehendaki menandatangani borang perakuan yang menyatakan anak-anak mereka terkena jangkitan kutu dan bersetuju untuk membasminya di rumah. Dalam waktu yang sama pihak Taska / Tadika akan memakaikan serkup kepala sepanjang mereka berada di premis.

Tindakan ini adalah bagi mendisplin ibu bapa untuk menguruskan masalah kutu dan kuku anak dengan segera.

5.2 Ibubapa harus memastikan kuku dan rambut anak-anak pendek dan bersih.

6.0 PEMAKANAN

6.1 MAKANAN RINGAN (JUNK FOOD)

Makanan ringan (junk-food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipop dan

sebagainya adalah tidak dibenarkan di bawa ke ELITKIDSZONE. Pihak ELITKIDSZONE

tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan makanan yang dibawa di luar.

Page 8: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

7 ElitKids Zone

Parents Handbook

6.2 ALAHAN MAKANAN

Anak-anak yang alah dengan menu makanan yang disediakan oleh ELITKIDSZONE

perlulah membawa bekalan makanan dari rumah. Ibu bapa penjaga hendaklah

memaklumkan kepada PA makanan alahan anak-anak .

7.0 MELABEL & MEMERIKSA PERALATAN ANAK

Pihak ELITKIDSZONE tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barangan

hak milik anak sekiranya ia tidak berlabel. Ibu bapa wajib menyemak semua keperluan anak-

anak sendiri sebelum balik.

* PERHATIAN

Ibu bapa/penjaga mesti melabel nama pada semua peralatan dan pakaian anak-anak

sebelum dibawa ke ELITKIDSZONE. Pihak ELITKIDSZONE tidak akan bertanggungjawab

sekiranya berlaku kehilangan barangan hak milik anak sekiranya ia tidak berlabel.

8.0 HAL-HAL PERIBADI

8.1 Alat-alat permainan dan barang kemas

Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit dan

peralatan elektronik tidak dibenarkan dibawa keELITKIDSZONE. Pihak ELITKIDSZONE

tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan barang

tersebut.

9.0 PENGLIBATAN IBU BAPA

9.1 Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti di

ELITKIDSZONE. Aktiviti sepanjang tahun juga akan dirancang dari masa ke semasa.

9.2 Aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:

9.2.1 Mengikuti, membantu dan bekerjasama dalam program yang telah disusun

sepanjang tahun seperti membantu dalam menyiapkan persiapan acara

sambutan seperti Ulangtahun Kelahiran Anak, Sambutan Hari Raya, Hari Guru

dan lain-lain.

9.2.2 Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.

9.2.3 Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah

untuk aktiviti anak-anak.

9.2.4 Menjadi pakar rujuk , penasihat dalam bidang kemahiran masing-masing.

Page 9: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

8 ElitKids Zone

Parents Handbook

9.2.5 Membantu membuat alat permainan mudah dan murah dan alat bantu

mengajar bersama.

9.2.6 Menyertai aktiviti melestarikan alam sekitar.

9.3 Rekod Prestasi dan Rekod Perkembangan anak akan diserahkan kepada ibu bapa

mengikut jadual yang ditetapkan.

9.4 Ibubapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu

sekiranya ingin melawat kanak – kanak ketika mereka berada di taska. Ibubapa /

penjaga Tidak Dibenarkan memasuki premis taska tanpa kebenaran.

Ini adalah untuk menjamin keselamatan anak – anak jagaan taska dan tidak menganggu

tugas pengasuh dan aktiviti harian taska.

10.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN

Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui. Bayaran hendaklah dibayar

melalui akaun yang telah ditetapkan.

10.1 YURAN PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran RM100 adalah bayaran yang tetap dan tidak dikembalikan

kecuali tempat tidak ditawarkan. Pendaftaran ini menjamin tempat anak tuan puan

sepanjang masa dan di mana-mana cawangan ELITKIDSZONE

10.2 YURAN BULANAN

10.2.1 Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum 7 haribulan setiap

bulan.

Contoh: Yuran bulanan Februari, hendaklah dibayar sebelum 7hb Februari dan

bukannya pada 25hb Februari atau 3hb Mac.

Bayaran lewat sebanyak 0.5% dari jumlah yuran yang dikenakan pada bulan

tersebut jika bayar selepas 7 hb setiap bulan

Yuran mesti dijelaskan secara online melalui pemindahan wang ke akaun

Taska Elit Mesra atau akaun yang dibenarkan. Bukti pembayaran hendaklah

dihantar kepada whatsapp www.wasap.my/+60166652769

Taska Elit Mesra – 01153010001229 (BANK ISLAM)

3815085702 (PUBLIC BANK)

Page 10: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

9 ElitKids Zone

Parents Handbook

10.2.2 Bayaran yuran anak-anak TASKA/ TADIKA/TRANSIT masih dikira

bayaran penuh 1 BULAN jika kehadiran lebih 7 HARI. Jika kurang 7 hari

dikira jagaan harian .

10.2.2.1 Untuk bulan-bulan berikut nya jika masih bercuti mesti

membayar RM 100 untuk komitmen tempat setiap bulan.

10.2.2.2 Ibubapa wajib memberi NOTIS BERHENTI 1 sebelum tarikh

berhenti,jika tidak ada notis, yuran mesti dibayar penuh .

10.2.2.3 Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis atau tanpa

notis dan ingin menyambung semula bagi mendapatkan

perkhidmatan ELITKIDSZONE dikehendaki mendaftar semula.

Yuran bulanan bagi Taska / tadika adalah selama 12 bulan iaitu

Januari sehingga Disember

10.2.2.4 Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.

*Ibu bapa hendaklah membayar ganti rugi sekiranya anak – anak merosakkan harta

benda pusat jagaan dengan sengaja mahupun didalam pengawasan cikgu.

10.3 YURAN NOVEMBER / DISEMBER

Sekiranya anak-anak telah mengikut program sehingga bulan Oktober bayaran yuran

Disember perlulah dijelaskan walaupun anak tidak hadir kerana bercuti sekolah atau

berhenti. Bayaran yuran adalah mengikut skim yang telah ditetapkan sebelum dan

tidak boleh diubah kepada skim lebih rendah kadar yurannya

10.4 YURAN TAMBAHAN

10.4.1 PERKHIDMATAN TAMBAHAN

Anak-anak transit yang hadir pada bulan cuti persekolahan DISEMBER perlu membayar yuran AKTIVITI RM 100 SEBULAN .

10.4.1.1 AKTIVITI LUAR

10.4.1.1.1 (OUTING, FIELD TRIP) - Aktiviti luar seperti

lawatan bulanan, program tahunan tidak dimasukkan

dalam jadual harian. Ia akan dijalankan dari masa ke

semasa. Bayaran dan jumlah bayaran adalah tertakluk

kepada aktiviti yang dirancangkan. Bayaran ini,

seperti pengangkutan, makanan dan lain-lain

hendaklah dibayar oleh pihak ibu bapa / penjaga.

Page 11: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

10 ElitKids Zone

Parents Handbook

10.5 TUNGGAKAN YURAN

Pihak pengurusan ELITKIDSZONE akan mengambil tindakan undang- undang kepada

ibu bapa / penjaga yang gagal menjelaskan segala jenis yuran yang tertunggak.

* Yuran bulanan dan lain-lain yuran tidak akan dikembalikan jika Taska/Tadika

diarah tutup oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit,

jerebu atau sebarang bencana alam.

11.0 HARI PERKHIDMATAN ELITKIDSZONE

Isnin - Jumaat - 7.00 pagi – 6.00 petang (KERAJAAN)

- 7.30 pagi – 6.30 petang (SWASTA)

11.1 PERKHIDMATAN OVERTIME

Perkhidmatan overtime dan bayaran perkhidmatan overtime adalah tidak digalakkan sama

sekali. Pada bulan Ramadhan tiada perkhidmatan overtime.

11.2 PA perlukan rehat yang mencukupi untuk persediaan bekerja pada hari berikutnya

dan ibu bapa dinasihatkan mengambil anak-anak mereka seawal mungkin supaya

quality time dapat diluangkan bersama keluarga.

11.3 Bayaran overtime hendaklah dijelaskan kepada PA pada hari berkenaan atau kiraan

bulan .

11.4 Bayaran overtime TASKA TADIKA

11.4.1 Waktu over-time skim sepenuh hari hanya dikira selepas jam 6.00

petang bagi kerajaan dan 6.30 ptg bsgi swasta seperti kadar berikutnya:-

6.00 petang /6.30 petang = RM 1O

7.00 malam = RM 20

12.0 CUTI

Perkhidmatan ELITKIDSZONE dibuka sepanjang tahun kecuali:

12.1 Cuti umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

12.2 Cuti yang telah ditetapkan oleh ELITKIDSZONE (Cuti Raya dan Cuti kerana kursus,

mesyuarat, Perancangan Tahunan).

12.3 Cuti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan jika berlaku sebarang wabak

penyakit di Premis.

Page 12: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

11 ElitKids Zone

Parents Handbook

12.4 Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencana

alam, ketiadaan air, letrik dan lain-lain hal .

13.0 NOTIS BERHENTI

13.1 Ibu bapa / penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada

perkhidmatan di ELITKIDSZONE hendaklah memberi sebulan notis bertulis. Sekiranya

tidak ada notis bertulis ia masih dianggap menerima perkhidmatan di ELITKIDSZONE

dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa.

13.2 Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan ,yuran aktiviti dan lain-lain bayaran yang telah

dijelaskan tidak akan dikembalikan.

14.0 NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN

Pihak ELITKIDSZONE berhak untuk memberhentikan anak-anak atas sebab tertentu demi menjamin keselamatan, kesihatan dan kepentingan anak-anak lain demi kepentingan bersama.

20.1 Sekiranya anak-anak ada membawa telefon bimbit dan lain-lain peralatan elektronik

ke ELITKIDSZONE , pihak ELITKIDSZONE tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang

kerosakan atau hilang.

20.2 Ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan pada pihak pengurusan ELITKIDSZONE

sebelum jam 8.00 pagi jika menghantar anak sepenuh hari pada cuti persekolahan.

15.0 PERTUKARAN ALAMAT & NO TELEFON

Pihak ELITKIDSZONE perlulah dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat rumah, nombor

telefon rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk dihubungi,

sekiranya berlaku kecemasan.

16.0 CCTV

Ibu bapa / penjaga yang ingin melihat rakaman CCTV hendaklah membuat laporan polis

terlebih dahulu dan mengisi borang yang telah pihak ELITKIDSZONE sediakan. Hanya Ibu

bapa / penjaga yang dibenarkan melihat rakaman CCTV dan rakaman oleh pihak ketiga tidak

dibenarkan seperti datuk nenek menggunakan telefon bimbit dan kamera.

PERATURAN & KETETAPAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Page 13: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

12 ElitKids Zone

Parents Handbook

Takwim Jadual Cuti Umum 2019

Hari Thaipusam 21 Januari (Isnin)

Hari Raya Cina 5 & 6 Februari (Selasa – Rabu)

Hari keputeraan Sultan Johor 23 Mac (Sabtu)

Hari Buruh 1 Mei(Rabu)

Awal Ramadhan 6 Mei (Isnin)

Hari Wesak 19 Mei (Ahad)

Hari Raya Puasa 4 Jun-8 Jun (Selasa-Sabtu)

Hari Raya Haji 11 Ogos

Hari Kebangsaan 31 Ogos (Sabtu)

Awal Muharam 1 Sep (Ahad)

Hari Malaysia 16 Sep (Isnin)

Hari Deepavali 27 Okt (Ahad)

Maulud Nabi 9 Nov(Sabtu)

Hari Khamis 25 Dis(Rabu)

Page 14: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

13 ElitKids Zone

Parents Handbook

Kepada:-

Encik : .....................................................................

Puan : ........................................................................ Tarikh : ..........................................

PER : BUKU PERATURAN & KETETAPAN(HANDBOOK)

Perkara di atas adalah dirujuk. Setelah membaca dan memahami isi kandungan Buku Peraturan &

Ketetapan (HANDBOOK) ELITKIDSZONE, ibu bapa dikehendaki menandatangani keratan yang

disediakan dan mengembalikan semula kepada pihak ELITKIDSZONE

Di atas kerjasama, perhatian berat serta keyakinan tuan puan terhadap ELITKIDSZONE didoakan

anak-anak ELITKIDSZONE bakal mewarisi generasi masa depan. Insyaallah.

“GROWING and Nurturing the Hearts and Minds”

Page 15: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

14 ElitKids Zone

Parents Handbook

Saya/Kami akui bahawa semua peraturan yang telah dinyatakan dalam BUKU PERATURAN &

KETETAPAN IBU BAPA telah dibaca dengan jelas dan difahami oleh kami.

Dengan ini saya/kami setuju untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut untuk kepentingan dan

keselesaan anak saya/kami sepanjang berada di ELITKIDSZONE

Tandatangan ibu/bapa : ______________________________________________

Nama : ______________________________________________

No.Kad Pengenalan : ______________________________________________

Nama Anak : ______________________________________________

No. Sijil Lahir : ______________________________________________

Tarikh : ______________________________________________

Tandatangan saksi : ______________________________________________

Nama saksi : ______________________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ______________________________________________

Tarikh : ______________________________________________

Cop Rasmi______ : ______________________________________________

Tandatangan Pengarah Urusan______ : ___________________________________

Tarikh : _______________________________________________

ELITKIDS ZONE

INTERGRATED EDU – PLAY ISLAMIC CENTER

NO.40 JALAN NUSARIA 6/18, TAMAN NUSANTARA, 79200 NUSAJAYA,

JOHOR

Page 16: BUKU PERATURAN & KETETAPAN IBU BAPA PARENTS … HANDBOOK ELITKIDS ZONE 2019.pdf · 12 Cuti 11 13 Notis Berhenti 11 14 Notis Tamat Perkhidamatan 11 ... 2.4.5 Jika ibubapa / penjaga

15 ElitKids Zone

Parents Handbook

_________________________________________________________________________________

Adalah saya ____________________________________________________________________

No. K/P :____________________________ dengan ini membenarkan anak jagaan saya :

______________________________________________________________________________

No. Sijil Lahir : ______________________ dari premis: ELITKIDSZONE diberikan rawatan yang

sepatutnya atau dibawa ke klinik sebagaimana yang difikirkan sekiranya saya atau waris tidak dapat

dihubungi jika berlaku kecemasan.

Saya sedia maklum bahawa pihak ELITKIDSZONE akan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya

jika berlaku perkara tersebut.

Saya berjanji tidak akan membuat sebarang tuntutan sekiranya berlaku apa jua perkara yang tidak

diingini akibat dari rawatan tersebut. Sekian, Harap Maklum. Terima Kasih.

Tandatangan ibu/bapa : _________________________________

Nama : _________________________________

No. K/P : _________________________________

Tarikh : _________________________________

Nama Saksi : _________________________________

Tandatangan : _________________________________

No. Telefon yang boleh dihubungi 1) : ______________________________

Jika berlaku kecemasan 2) : ______________________________

ELITKIDS ZONE

INTERGRATED EDU – PLAY ISLAMIC CENTER

NO.40 JALAN NUSARIA 6/18, TAMAN NUSANTARA, 79200 NUSAJAYA,

JOHOR