notis tawaran sebut harga buku panduan … · mencetak dan membekal buku panduan pengurusan skim...

25
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN M E N E R B I T , MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KOD SEBUT HARGA : SKP/SH/17/2018 TEMPOH KONTRAK : SATU (1) TAHUN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA: 10 APRIL 2018 (SELASA) MASA TUTUP SEBUT HARGA: 12.00 TENGAH HARI HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA: PERCUMA MELALUI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (www.moe.gov.my) PERINGATAN: 1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir- butir dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran. 2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen Sebut Harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.

Upload: truongkhue

Post on 11-Jul-2019

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN M E N E R B I T ,

MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN PENGURUSAN SKIM

PINJAMAN BUKU TEKS

KOD SEBUT HARGA : SKP/SH/17/2018

TEMPOH KONTRAK : SATU (1) TAHUN

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA:

10 APRIL 2018 (SELASA)

MASA TUTUP SEBUT HARGA:

12.00 TENGAH HARI

HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA:

PERCUMA MELALUI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(www.moe.gov.my)

PERINGATAN:

1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-

butir dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen Sebut

Harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat

maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab

Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.

2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSI

KENYATAAN SEBUT HARGA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Penyebut Harga tempatan yang berwibawa dan

berkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah

kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya

sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi Sebut Harga berikut:

TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN M E N E R B I T ,

MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN PENGURUSAN SKIM

PINJAMAN BUKU TEKS

BIL.

KOD SEBUT

HARGA

JUDUL BUKU

ZON

PEMBEKALAN

TARIKH TUTUP DAN TEMPAT

HANTAR SEBUT HARGA

1.

SKP/SH/17/2018

Panduan

Pengurusan

Skim

Pinjaman

Buku Teks

Seluruh

Negara

(Pejabat

Pendidikan

Daerah dan

Bahagian

Buku Teks)

10 April 2018 (Selasa)

Tepat Jam 12.00 Tengah Hari

Bahagian BukuTeks,

Kementerian Pendidikan

Malaysia, Aras 1, Blok E15,

Kompleks E, Pusat

Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan 62604

Putrajaya.

2. Dokumen pelawaan sebut harga boleh diperoleh secara PERCUMA dengan memuat

turun di laman web ( http://www.moe.gov.my) mulai 30 Mac 2018 sehingga 10

April 2018.

3. Tawaran sebut harga akan ditutup pada hari Selasa, 10 April 2018, tepat jam 12.00 tengah hari.

4. Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran Sebut Harga

sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

3

5. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti

Sebut Harga di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1, Blok

E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Tawaran dan dokumen yang lewat diterima selepas tarikh dan masa sebut harga

ditutup adalah dikategorikan sebagai Sebut Harga Lewat dan tidak akan

dipertimbangkan.

6. Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang

terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab atas

penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad.

7. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyebut Harga yang gagal mengemukakan

kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak

menilai tawaran Penyebut Harga yang dikemukakan.

8. Kenyataan tawaran sebut harga ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian

Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/

Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

4

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

1. PENDAHULUAN

1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia akan membekalkan Buku Panduan

Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks untuk Pejabat Pendidikan Daerah

dan Bahagian Buku Teks bagi judul buku seperti berikut:

BIL

JUDUL

KOD

SEBUT HARGA

ZON PEMBEKALAN

1.

Panduan Pengurusan

Skim Pinjaman Buku

Teks

SKP/SH/17/2018

Seluruh Negara (Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Buku Teks)

2. ARAHAN SEBUT HARGA

2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada semua Penyebut Harga yang

berwibawa dan berkeupayaan bagi Perkhidmatan Menerbit, Mencetak dan

Membekal Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks ke

seluruh negara (Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Buku Teks);

2.2 Penyebut Harga mesti mampu menyiapkan kerja-kerja menerbit, mencetak

dan pembekal dalam tempoh yang ditetapkan;

2.3 Penyebut Harga yang tidak mempunyai prestasi baik dalam penerbitan,

pencetakan dan pembekalan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia

adalah tidak digalakkan memohon;

2.4 Penyebut Harga hendaklah mempunyai jaringan pembekalan yang

mantap dan efisien di seluruh Negara;

2.5 Penyebut Harga yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak layak

menyertai Sebut Harga ini;

2.6 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-syarat Sebut

Harga serta syarat-syarat lain yang dilampirkan bersama-sama dokumen

Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah

ditetapkan akan menyebabkan pelawaan Sebut Harga tersebut tidak

akan dipertimbangkan dan ditolak;

2.7 Penyebut Harga mestilah berdaftar di bawah kod bidang 010102 (Bahan

Bacaan) dan pencetak mestilah memiliki Lesen Mesin Cetak Kementerian

Dalam Negeri (KDN)

5

2.8 Penyebut Harga mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam semua urusan penerbitan, pencetakan dan

pembekalan;

2.9 Penyebut Harga hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang

status Penyebut Harga semasa mengemukakan tawaran. Mana-mana

Penyebut Harga yang didapati tidak membuat pengakuan yang sebenar

akan membolehkan tindakan undang-undang diambil serta Kerajaan berhak

untuk menolak semua tawaran sebut harga yang telah dibuat;

2.10 Pelawaan Sebut Harga ini tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung

dalam Arahan dan Syarat-Syarat Sebut Harga;

2.11 Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga terendah

atau mana-mana sebut harga. Keputusan sebut harga adalah

muktamad;

2.12 Sekiranya Penyebut Harga tidak menerima sebarang jawapan, sama ada

melalui surat atau telefon, tawaran Penyebut Harga secara automatik

adalah dianggap gagal; dan

2.13 Keputusan muktamad tentang tawaran Penyebut Harga bolehlah dirujuk

di papan kenyataan Bahagian Buku Teks Aras 1, Blok E15,

Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62604 W.P Putrajaya atau dengan melayari laman web

Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/

3 PERIHAL SEBUT HARGA

3.1 Tawaran adalah dipelawa bagi Sebut Harga Perkhidmatan Menerbit ,

Mencetak dan Membekal Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman

Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia;

3.2 Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan

Salinan Pendaftaran Bumiputera (jika berkaitan) hendaklah disertakan

bersama-sama tawaran. Sila pastikan tarikh sah laku sijil tersebut masih

belum tamat;

3.3 Semua Penyebut Harga yang ingin menyertai Sebut Harga ini hendaklah

terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di

bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) seperti mana yang

diiklankan dan mempunyai sijil pendaftaran yang masih berkuatkuasa;

6

3.4 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan dan Syarat-syarat Am Sebut

Harga, Arahan dan Syarat-syarat Khas Sebut Harga serta syarat-syarat

lain yang dikembarkan bersama-sama dokumen Sebut Harga ini. Semua Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat

tersebut apabila menyertai Sebut Harga ini;

3.5 Penyebut Harga hendaklah membaca serta menyemak kandungan

dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum membuat tawaran. Kegagalan

mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan boleh

menyebabkan tawaran Penyebut Harga tidak dipertimbangkan;

3.6 Penyebut Harga mestilah bersedia untuk dipanggil bagi memberi

keterangan atau persembahan (benchmarking input) berhubung dengan

tawaran yang dikemukakan kepada Kerajaan (jika perlu). Kos keseluruhan

bagi tujuan ini ditanggung sepenuhnya oleh Penyebut Harga;

3.7 Kos penyertaan Sebut Harga dan penyediaan dokumen tawaran

adalah ditanggung sendiri oleh Penyebut Harga. Kementerian tidak

akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jua kos yang terlibat;

3.8 Kerajaan boleh membatalkan Sebut Harga ini tanpa memberikan

sebarang alasan kepada semua Penyebut Harga dan kos-kos

penyertaan Sebut Harga dan penyediaan dokumen tawaran tidak akan

ditanggung oleh Kerajaan; dan

3.9 Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat untuk

bertindak sebagai orang ketiga di dalam Sebut Harga dan/ atau kontrak ini.

Sekiranya Penyebut Harga mempunyai sebarang permasalahan berkaitan

Sebut Harga dan/ atau kontrak ini, perkara tersebut hendaklah dirujuk terus

kepada Kerajaan.

4 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

4.1 Penyebut Harga adalah dilarang daripada membuat tawaran, memberi

atau bersetuju untuk memberi kepada mana-mana pegawai Kerajaan

sebarang bentuk balasan atau hadiah, sebagai dorongan untuk atau

kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan

yang berkait rapat dengan perolehan atau perlaksanaan Perjanjian ini dan/

atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan Malaysia;

4.2 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah

kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan

suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997;

7

4.3 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke

pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau balai polis yang

berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu

kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997;

4.4 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor

atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan

kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997;

4.5 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja yang dibuat atau tiada

barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada

perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang

mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah

Akta Pencegahan Rasuah 1997;

4.6 Jika didapati berlakunya perlanggaran oleh kontraktor atau pekerja-

pekerjanya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor)

berhubung dengan perolehan ini dan/ atau mana-mana perolehan lain

dengan Kerajaan sehingga terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kerajaan

mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian yang dibuat dengan

kontraktor dan berhak mendapatkan apa-apa ganti rugi yang timbul

akibat perlanggaran tersebut oleh kontraktor;

4.7 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil.10 Tahun 2010 bertarikh

16 Disember 2010;

“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities:

a. Without prejudice to any other rights of the Government, if the

[company/ Firm], its personnel, servants or employees is convicted

by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in

relation to this [Agreement/ Contract] or any other agreement that

the [Company/ Firm] may have with the Government, the

Government shall be entitled to terminate this [Agreement/

Contract] at any time, by giving immediate written notice to that

effect to the [Company/ Firm].

b. Upon such termination, the Government shall be entitled to all

losses, costs, damages and expenses (including any incidental

costs and expenses) incurred by the Government arising from

such termination.

c. For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the

[Company/ Firm, shall not be entitled to any form of losses

including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon

termination of this [Agreement/Contract].”

8

5. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010;

5.1 Secara ringkasnya Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan

oleh Penyebut Harga untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi

mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak

dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan Kerajaan. Tujuan

utama Integrity Pact dilaksanakan dalam perolehan Kerajaan adalah untuk:

5.1.1 mengelak Penyebut Harga daripada menawar atau memberi

rasuah;

5.1.2 menghendaki Penyebut Harga melaporkan sebarang kesalahan

rasuah kepada Pihak Berkuasa; dan

5.1.3 memastikan Kerajaan tidak menanggung “unnecessary costs”

dalam pelaksanaan urusan perolehan.

5.2 Penyebut Harga yang menghantar dokumen tawaran hendaklah

menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran B) mengaku janji

bahawa Penyebut Harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai

sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa

(Lampiran B1) menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa

beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak

Kerajaan bagi urusan perolehan/ perjanjian bagi Sebut Harga ini;

5.3 Penyebut Harga yang berjaya dan dilantik secara rasmi oleh pihak

Kerajaan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya

mengaku janji bahawa tidak menawar atau memberi rasuah sebagai

sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat

Perwakilan Kuasa (Lampiran B1) menandatangani bagi pihak syarikat.

6. SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

6.1 Kelayakan

6.1.1 Semua Penyebut Harga yang hendak menyertai sebut harga ini

mestilah terlebih dahulu:

a. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan

Kod Bidang 010102 (Bahan Bacaan); dan

b. Memiliki Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri bagi

Penyebut Harga yang mempunyai peralatan pencetakan

sendiri.

9

6.1.2 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan PENYATA AKAUN

BANK bagi tempoh tiga (3) bulan terakhir.

6.1.3 Tempoh pembekalan Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman

Buku Teks ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Buku

Teks dalam tempoh tiga puluh hari (30) selepas pesanan

tempatan dikeluarkan.

6.2 Borang Sebut Harga

6.2.1 Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web

http://www.moe.gov.my akan diterima bagi maksud Sebut

Harga ini. Borang-borang selain borang ini tidak diterima kecuali

sebagai tambahan kepada borang asal. Borang-borang tambahan

yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama

dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa

dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH

MILIK;

6.2.2 Setiap helaian borang Sebut Harga yang digunakan termasuk

borang tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah

dan setiap borang mestilah diberi nombor muka surat bersiri

dan mengikut susunan;

6.2.3 Penghantaran Tawaran Harga dan Tawaran Teknikal oleh

Penyebut Harga secara hardcopy dianggap sebagai Penyebut

Harga menerima serta mematuhi segala arahan dan syarat-

syarat Sebut Harga ini; dan

6.2.4 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan

mestilah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh

dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat.

Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.

6.3 Spesifikasi Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

6.3.1 Spesifikasi Buku Panduan P e n g u r u s a n S k i m

P i n j a m a n B u k u T e k s adalah seperti yang dinyatakan

dalam Lampiran C: Spesifikasi Buku Panduan

P e n g u r u s a n S k i m P i n j a m a n B u k u T e k s . Untuk

keterangan lanjut, Penyebut Harga boleh merujuk kepada Sektor

Khidmat Pengurusan, Bahagian Buku Teks, Kementerian

Pendidikan Malaysia; dan

6.3.2 Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan untuk

menarik balik tawaran spesifikasi yang telah dikemukakan.

10

6.4 Tempoh Sah Laku Sebut Harga

6.4.1 Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam

tempoh tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari dari

tarikh tutup Sebut Harga. Sebarang tuntutan kenaikan harga

dalam jangka masa sah laku Sebut Harga tidak akan dilayan; dan

6.4.2 Mana-mana Penyebut Harga yang mengemukakan tempoh

sah laku Sebut Harga kurang daripada tempoh sah laku

yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dalam keadaan

berkecuali, Kerajaan boleh meminta agar tempoh sah laku

tawaran dilanjutkan sebelum tempoh sah laku tawaran asal

luput. Surat rasmi akan dikeluarkan oleh Kerajaan kepada

Penyebut Harga untuk memohon persetujuan Penyebut Harga

dan jawapan hendaklah diberikan secara bertulis.

6.5 Cadangan Tawaran Harga Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

6.5.1 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan tawaran harga

dengan jelas dalam Jadual Tawaran Harga seperti di

Lampiran D;

6.5.2 Penyebut Harga perlu menyediakan dua (2) salinan hardcopy

semua dokumen yang dinyatakan dalam Senarai Semak

Kewangan di Lampiran F (ditanda ASAL/ SALINAN) dan

dimasukkan ke dalam Sampul Tawaran Kewangan;

6.5.3 Semua lampiran mesti bertaip dengan terang dan lengkap.

Cetakan asal dan salinan (ditanda ASAL/ SALINAN) hendaklah

diasingkan dan dijilid;

6.5.4 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan

mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan

apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang

pemadam cecair adalah tidak dibenarkan; dan

11

6.5.8 Penyebut Harga dinasihatkan agar menghantar dokumen lebih

awal atau mengikut tarikh tutup, masa dan tempat penyerahan

yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. KPM

tidak akan bertanggungjawab sekiranya tawaran Penyebut Harga

tidak disenaraikan.

6.6 Harga

6.6.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap, harga bersih dan

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda

selepas penawaran ini ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh

sah laku penawaran dan kontrak. Walau apapun, Kerajaan

berhak membuat perubahan pada bila-bila masa;

6.6.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan

kepada jumlah senaskhah. Harga yang diserahkan haruslah

mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan

oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan.

Contoh: RMX.xx;

6.6.3 Penyebut Harga yang menawarkan harga dalam mata wang

asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak

akan dipertimbangkan;

6.6.4 Harga tawaran Penyebut Harga hendaklah juga diisi di dalam

dokumen Sebut Harga Lampiran D: Jadual Tawaran Harga

Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks.

Lampiran ini mestilah bertaip. Kerajaan adalah berhak

membuat sebarang keputusan berhubung harga bagi Sebut

Harga Perkhidmatan Menerbi t , Mencetak dan Membekal

Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks yang

ditawarkan seperti dalam Lampiran D;

6.6.5 Harga yang ditawarkan perlulah meliputi semua kos menerbit,

mencetak dan membekal serta sepanjang tempoh jaminan yang

telah dipersetujui didalam kontrak;

6.6.6 Semua tawaran harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga

hendaklah dikemukakan te rmasuk kenaan GST;

6.6.7 Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran

dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia;

6.6.8 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya adalah berdaftar GST

dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Kementerian

akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada Penyebut

Harga dengan tawaran harga termasuk kenaan GST; dan

12

6.6.9 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran harga terendah atau

mana-mana tawaran pun. Keputusan Kerajaan adalah muktamad

dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

6.7 Cadangan Tawaran Teknikal

6.7.1 Penyebut Harga perlu mencetak dua (2) salinan hardcopy

cadangan teknikal dan dimasukkan ke dalam Sampul Teknikal.

Sebarang pengenalan syarikat dan harga hendaklah dipotong dan

ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan

yang dibuat;

6.7.2 Spesifikasi Penyebut Harga juga hendaklah diisi di dalam Jadual

Spesifikasi di Lampiran C;

6.7.3 Apa-apa kesalahan teknikal dalam spesifikasi yang ditawarkan

hendaklah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga;

6.7.4 Penyebut Harga perlu menyediakan dua (2) salinan hardcopy

semua dokumen yang dinyatakan dalam Senarai Semak

Teknikal di Lampiran G (ditanda ASAL/ SALINAN) dan

dimasukkan ke dalam Sampul Teknikal;

6.7.5 Semua lampiran mesti bertaip dengan terang dan lengkap.

Cetakan asal dan salinan (ditanda ASAL/ SALINAN) hendaklah

diasingkan dan dijilid;

6.7.6 Penyebut Harga tidak dibenarkan untuk mencatatkan nama

syarikat di mana-mana pun dalam dokumen Tawaran Teknikal

yang dikemukakan;

13

6.7.7 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan

mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan

apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang

pemadam cecair adalah tidak dibenarkan; dan

6.7.8 Penyebut Harga dinasihatkan agar menghantar dokumen lebih

awal atau mengikut tarikh tutup, masa dan tempat penyerahan

yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. KPM

tidak akan bertanggungjawab sekiranya tawaran Penyebut Harga

tidak disenaraikan.

6.8 Anggaran Keperluan/ Kuantiti

6.8.1 Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan Sebut Harga ini adalah

seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E: Jadual

Pembekalan Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman

Buku Teks; dan

6.8.2 Penyebut Harga yang berjaya mestilah bersedia membekalkan

semua pesanan tidak kira sama ada pesanan kurang/ lebih

daripada kuantiti yang dianggarkan dengan harga dan syarat-

syarat yang sama.

6.9 Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor

Penyebut Harga yang berjaya untuk perolehan sebut harga ini perlu

menyediakan Perkhidmatan Menerbi t , Mencetak dan Membekal Buku

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks mengikut syarat-

syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

6.10 Bahan Sebut Harga Untuk Penilaian Kementerian Pendidikan

Malaysia

6.10.1 Penerbit hendaklah menyediakan draf Buku Panduan y a n g

m e n e p a t i s p e s i f i k a s i seperti dalam Lampiran C:

Spesifikasi Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku

Teks dan disesuaikan mengikut kreativiti;

6.10.2 Penyebut Harga tidak dibenarkan mencatat nama syarikat

atau sebarang tanda pengenalan syarikat pada salinan draf

Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks;

6.10.3 Kos penyediaan semua bahan tersebut adalah ditanggung

sepenuhnya oleh Penyebut Harga;

14

6.10.4 Penyebut Harga perlu mengemukakan dua (2) n a s k h a h

draf Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

seperti di Lampiran K: Draf Buku Panduan Pengurusan

Skim Pinjaman Buku Teks. Tawaran Sebut Harga yang tidak

disertakan dengan salinan draf Buku Panduan Pengurusan

Skim Pinjaman Buku Teks tidak akan dipertimbangkan; dan

6.10.5 Semua dokumen/ bahan yang disediakan dan dikemukakan oleh

Penyebut Harga bersama tawaran kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia tidak akan dikembalikan kepada Penyebut

Harga.

6.11 Kebenaran Mencetak Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

6.11.1 Penyebut Harga yang berjaya hendaklah mendapat kebenaran

untuk mencetak Buku Panduan P e n g u r u s a n S k i m

P i n j a m a n B u k u T e k s mengikut kualiti buku yang

ditetapkan dan diluluskan serta mengikut kuantiti keperluan

Kerajaan; dan

6.11.2 Penyebut Harga yang berjaya hendaklah mencetak dan membekal

Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks ke

Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Buku Teks mengikut

Jadual Pembekalan seperti di Lampiran E. Kerajaan berhak

meminda keperluan tersebut dari semasa ke semasa dan

dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

6.12 Setuju Terima Sebut Harga

6.12.1 Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Bahagian Buku Teks,

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah muktamad. Sebarang pertanyaan oleh Penyebut Harga mengenai tawaran

Sebut Harga yang tidak berjaya tidak akan dilayan;

6.12.2 Surat Setuju Terima mengandungi syarat-syarat lain sebagai

tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian

syarat-syarat yang terkandung dalam dokumen ini. Oleh yang

demikian, Sebut Harga ini tidaklah boleh disifatkan sebagai

dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Penyebut

Harga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang

diubahsuai itu diterima;

6.12.3 Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah

atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab

penolakan sesuatu tawaran. Keputusan Sebut Harga adalah

muktamad dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak

akan dilayan; dan

15

6.12.4 Keputusan sebut harga akan disiarkan di laman web Kementerian.

Penyebut Harga tidak dibenarkan untuk merujuk kepada

Kementerian ini untuk mendapatkan keputusan sebut harga dengan

apa-apa juga cara sekalipun sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.

Sebelum keputusan rasmi dikeluarkan, maklumat dianggap sulit dan

tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak

yang tidak diberi kuasa untuk memperolehi, menyimpan serta

mengedar maklumat sulit tersebut.

6.13 Bon Pelaksanaan

Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon

Perlaksanaan dalam bentuk jaminan oleh institusi kewangan yang

berdaftar di Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat

Setuju Terima dengan nilai seperti berikut:

6.13.1 0% bagi nilai kontrak bekalan/ perkhidmatan yang kurang

daripada RM50,000.00 setahun

6.13.2 2.5% daripada nilai keseluruhan kontrak bagi kontrak bekalan/

perkhidmatan yang melebihi RM200,000.00 tetapi kurang dari

RM500,000.00

6.13.3 5% daripada nilai keseluruhan kontrak bagi kontrak bekalan/

perkhidmatan yang bernilai lebih daripada RM500,000.00

setahun

6.14 Perjanjian Kontrak

6.14.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat kontrak

dengan Kementerian Pendidikan Malaysia;

6.14.2 Syarat-syarat dalam penentuan Sebut Harga dan surat tawaran

adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak;

6.14.3 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menyediakan tiga (3)

salinan fotostat kontrak asal. Perbelanjaan tersebut ditanggung

oleh Penyebut Harga yang berjaya;

6.14.4 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk

membatalkan Setem Hasil pada Perjanjian Kontrak; dan

6.14.5 Pembelian Setem Hasil adalah di bawah tanggungjawab

Penyebut Harga yang berjaya.

6.15 Tempoh Kontrak

Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun bermula dari tarikh yang

dinyatakan dalam Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, Kerajaan

adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

16

6.16 Perubahan Syarat-Syarat

6.16.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa

syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari

tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan. Buku Panduan

Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks yang diperlukan itu

hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut; dan

6.16.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan

perbelanjaan bagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka

nilai kontrak dan masa penyerahan bagi Buku Panduan

Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks boleh diubah dengan

persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

6.17 Iklan

Tiada iklan mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar,

majalah atau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah

pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

6.18 Penamatan Perjanjian

6.18.

Kerajaan boleh memberi notis bertulis kepada Kontraktor untuk menamatkan Perjanjian ini jika:

a. Kontraktor gagal atau tidak berupaya untuk menerbit, mencetak

dan membekal buku tersebut mengikut kehendak seperti yang

termaktub dalam Perjanjian ini; atau

b. Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat

yang terdapat dalam Perjanjian ini, dan gagal membaik pulih

pelanggaran tersebut dalam masa tiga puluh (30) hari selepas

menerima notis bertulis daripada Kerajaan memintanya berbuat

demikian; atau

c. Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila

Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana perkongsian firma

itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah

penerimaan atau perintah penghakiman dibuat terhadapnya,

atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan apa

cara sekalipun bagi faedah dan kepentingan pemiutang-

pemiutangnya atau membuat suatu pindah hak atau penyerah

hak asetnya bagi faedah pemiutang-pemiutangnya atau jika

Kontraktor adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan,

atau Mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu

digantung atau digulung (bukan suatu penggulungan bagi

maksud penyusunan semula atau penyatuan) atau jika;

17

seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang

telah dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi

hak kepada Mahkamah atau seseorang pemiutang melantik

seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada

Mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau

d. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor

atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi

pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor)

melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang,

dengan syarat sentiasanya bahawa penamatan Perjanjian ini

tidaklah menjejas hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik

pampasan, ganti rugi dan lain-lain hak yang sedia ada terdahulu dari

itu; atau

e. Kerajaan mempunyai sebab-sebab tertentu atau jika berlaku

keadaan-keadaan di luar kawalan Kerajaan dan atau di atas

kepentingan awam dan atau keselamatan negara dan atau bagi

maksud Dasar Kerajaan dan atau apabila buku-buku tersebut tidak

lagi diperlukan dan tidak lagi sesuai dalam Sistem Pendidikan

Negara; atau

f. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor

yang mempunyai status Bumiputera telah digugurkan statusnya

kepada Bukan Bumiputera.

DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa penamatan Perjanjian

ini tidak menyentuh sebarang hak Kerajaan yang sedia ada di

bawah Perjanjian dan di bawah mana-mana undang-undang

bertulis.

g. Walau apapun yang terkandung dalam subfasal (a) di atas, Kerajaan

boleh pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dengan

memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari

mengenai hasrat untuk berbuat demikian. Dengan syarat

penamatan Perjanjian ini tidak akan menjejaskan sebarang hak

yang telah sedia ada bagi kedua-dua pihak di bawah Perjanjian ini

dan di bawah mana-mana Undang-Undang Bertulis.

h. Bagi maksud pelaksanaan subfasal 5.18.1(e) di atas, maksud

“kepentingan awam”, ”keselamatan negara” dan “Dasar Kerajaan”

adalah ditentukan secara tunggal dan bersendirian oleh Kerajaan

dan adalah muktamad serta tidak boleh dipertikaikan.

6.19 Tempat, Cara dan Tempoh Penghantaran

Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks yang akan

dibekalkan ke Pejabat Pendid ikan Daerah dan Bahagian Buku

Teks hendaklah cukup dari segi bilangannya, dibungkus dan diikat dengan

sempurna, mengikut cara dan tempoh penyerahan seperti yang

dinyatakan dalam Surat Setuju Terima.

18

6.20 Denda Lewat Pembekalan

6.20.1 Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak

pembekalan buku tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam

kontrak.

6.20.2 Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal

menyempurnakan pembekalan buku dalam tempoh yang telah

ditetapkan dalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut

formula berikut:

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Pembekalan

Denda

= V(T + D) x 10%

T

V : Nilai bekalan yang lewat dibekalkan

T : Tempoh penyerahan yang ditetapkan

D : Bilangan hari bekalan lewat

6.21 Denda Lewat Tuntut Pembayaran

6.21.1 Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada

Kerajaan tidak lewat daripada tempoh empat belas (14) hari dari

tarikh tamat tempoh pembekalan buku tersebut; dan

6.21.2 Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang

ditetapkan, Kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.1%

daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang Kontraktor

lewat tuntut.

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran

Denda

= 0.1% (C) x (D)

C = Jumlah Nilai Tuntutan

D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat

6.22 Terma Pembayaran

6.22.1 Pembayaran akan dibuat berdasarkan bekalan/ perkhidmatan

sebenar yang telah disempurnakan dengan syarat semua dokumen

yang diperlukan telah lengkap dan disahkan dan jumlah

keseluruhan pembayaran tidak melebihi nilai kontrak;

19

6.22.2 Pembekal/ Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan bil/

tuntutan yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari

daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau

kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan

segera. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan

pembayaran kepada pembekal/ kontraktor jika bil/ tuntutan tidak

dihantar dengan segera dalam tempoh empat belas (14) hari;

6.22.3 Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan pembekalan dan/ atau

perkhidmatan yang telah disempurnakan akan dibuat oleh

Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah semua

dokumen lengkap dan tiada perkara-perkara berbangkit

(kuiri dokumen). Pembekal/ Kontraktor hendaklah atas arahan

Kerajaan pada bila-bila masa memberikan respon dengan segera

kepada Kerajaan apa-apa maklumat yang diperlukan bagi

menyokong tuntutan pembayaran tersebut;

6.22.4 Semua pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)

sahaja kepada akaun bank Penyebut Harga yang berjaya;

6.22.5 Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai

perakuan bahawa pembekalan dan/ atau perkhidmatan itu adalah

mengikut kualiti yang dikehendaki. Pembayaran oleh Kerajaan tidak

melepaskan Kontraktor daripada tanggungjawabnya yang

berkaitan.

6.23 Tempoh Sah Laku

6.23.1 Tawaran harga Buku Panduan P e n g u r u s a n S k i m P i n j a m a n

B u k u T e k s yang ditawarkan oleh Penyebut Harga hendaklah

sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada Sembilan puluh

(90) hari dari tarikh Sebut Harga ditutup;

6.23.2 Mana-mana Penyebut Harga yang mengemukakan tempoh sah

laku kurang daripada masa yang ditetapkan Sembilan puluh (90)

hari tidak akan dipertimbangkan.

20

7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISERTAKAN

Dokumen Sebut Harga ini mengandungi lampiran-lampiran seperti berikut:

7.1.1 Lampiran A : Keterangan Mengenai Penyebut Harga

7.1.2 Lampiran A1 : Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga

7.1.3 Lampiran B : Surat Akuan Pembida

7.1.4 Lampiran B1 : Surat Perwakilan Kuasa

7.1.5 Lampiran C : Spesifikasi Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks 7.1.6 Lampiran D : Tawaran Harga Buku Panduan

7.1.7 Lampiran E : Jadual Pembekalan Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

7.1.8 Lampiran F : Senarai Semak Tawaran Kewangan

7.1.9 Lampiran G : Senarai Semak Tawaran Teknikal 7.1.10 Lampiran K : Draf Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

7.1.11 Lampiran Q

(AP 170)

: Tawaran Sebut Harga

8. BAHAN/ DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN

8.1 Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web

http://www.moe.gov.my akan diterima bagi maksud Sebut Harga ini.

Dokumen-dokumen selain dokumen ini tidak diterima kecuali sebagai

tambahan kepada borang asal. Dokumen-dokumen tambahan yang hendak

digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-

ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH

DIPINDAH MILIK;

21

8.2 Setiap helaian dokumen Sebut Harga yang digunakan termasuk dokumen

tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap dokumen

mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan;

8.3 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah

dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang

setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak

dibenarkan;

8.4 Dokumen-dokumen yang wajib dikembalikan kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:

Bil

Bahan/Dokumen

Bilangan

Catatan

1.*

Lampiran A

Keterangan Mengenai

Penyebut Harga

Sijil Kementerian Kewangan

yang mempunyai kod bidang

010102 (Bahan Bacaan)

Sijil Pendaftaran Syarikat

Sijil Pendaftaran GST

Sijil Pendaftaran syarikat

Bumiputera (jika ada)

Asal dan 1

Salinan

1 Salinan

1 Salinan

1 Salinan

1 Salinan

Sertakan salinan dokumen

sokongan.

Dokumen-dokumen hendaklah

ditaip.

Dijilid berasingan.

Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian

Pendidikan Malaysia

2.*

Lampiran A1

Keterangan Mengenai

Kewangan Penyebut Harga

i. Penyata Akaun Bank

Bagi Tiga (3) Bulan

Terakhir Disember

2017, Januari,

Februari 2018 atau

November, Disember

2017 dan Januari

2018.

ii. Laporan Kewangan

Asal dan 1

Salinan

1 Salinan

dan disahkan

oleh

Pegawai

Bank

1 Salinan

dan disahkan

Sertakan salinan dokumen

sokongan.

Dokumen-dokumen hendaklah

ditaip.

Dijilid berasingan.

Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian

Pendidikan Malaysia

3.

Lampiran B

Surat Akuan Pembida

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani.

Dokumen hendaklah ditaip

22

4.

Lampiran B1

Surat Perwakilan Kuasa

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani.

Dokumen hendaklah ditaip.

5.

Lampiran C Spesifikasi Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani.

Dokumen hendaklah ditaip.

Dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian

Pendidikan Malaysia

6.

Lampiran D

Tawaran Harga Buku

Panduan Pengurusan Sk im P in jaman Buku Teks

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani.

Dokumen hendaklah ditaip.

Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian

Pendidikan Malaysia

7.

Lampiran F

Senarai Semak Tawaran Kewangan

Asal dan 1

Salinan Lengkapkan dan ditandatangani.

Dokumen hendaklah ditaip.

Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian

Pendidikan Malaysia

8.

Lampiran G

Senarai Semak Tawaran Teknikal

Asal dan Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani.

Dokumen hendaklah ditaip. Dimasukkan ke dalam sampul

surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah

Bahagian Buku Teks Kementerian

Pendidikan Malaysia

9. Lampiran K

Draf Buku Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

2 Naskhah Format Buku

Menepati spesifikasi seperti di Lampiran C

Disesuaikan mengikut kreativiti

10. Lampiran Q

Borang Tawaran Sebut

Harga

Asal dan 1

Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani

Dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri

Dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan/ dokumen yang bertanda (*) hendaklah dijilid secara berasingan.

23

8.5 Penyebut Harga yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap

seperti yang dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak

akan dipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.

9. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dibungkus

kemas dan dilakri dengan cap mohor syarikat. Dokumen tawaran yang

telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam dua sampul surat berlainan,

berlakri dan dilabelkan seperti berikut:-

9.1.1 SAMPUL KEWANGAN (ASAL/ SALINAN)

9.1.2 SAMPUL TEKNIKAL (ASAL/ SALINAN)

9.2 Kedua-dua sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu

bungkusan/ sampul yang ditandai pada bahagian tengah bungkusan/

sampul tersebut dengan tajuk berikut:

TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN MENERBIT,

MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU PANDUAN PENGURUSAN

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

KOD SEBUT HARGA: SKP/SH/17/2018

NAMA PENYEBUT HARGA (SYARIKAT):

JUDUL: PERKHIDMATAN MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU

TEKS

NAMA PENYEBUT HARGA (SYARIKAT):…………………..

NO. SIRI BUNGKUSAN: …………./………………..

9.3 Semua dokumen Sebut Harga hendaklah dialamatkan kepada

24

Pengarah

Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

dan dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga sebelum pukul 12.00 tengah

hari pada atau sebelum tarikh tutup seperti di atas. Tawaran Sebut Harga

yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Ukuran setiap

bungkusan dokumen Sebut Harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x

11 cm;

9.3 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan

yang diminta oleh pihak Kementerian dalam dokumen Sebut Harga. Bagi

Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang

diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran

Penyebut Harga;

9.4 Semua dokumen Sebut Harga mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut

Harga yang disediakan pada waktu pejabat di alamat seperti yang tersebut

di atas tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Ukuran setiap

bungkusan dokumen Sebut Harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24

cm x 11 cm;

9.5 Kerajaan Malaysia tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran

Sebut Harga, serta tiada sebarang alasan akan diberikan kepada mana-

mana Sebut Harga yang ditolak atau tidak berjaya. Sebarang rayuan/

cadangan/ bantahan tidak akan dilayan. Keputusan Sebut Harga adalah

muktamad;

9.6 Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas

kehilangan borang-borang penyertaan Sebut Harga akibat daripada tidak

memasukkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam Peti Sebut Harga yang

disediakan. Jika borang-borang tersebut dihantar melalui pos atau

perkhidmatan courier, Penyebut Harga dengan ini memberi amanah kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima dan memasukkannya ke

dalam Peti Sebut Harga. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan

Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan borang-borang

tersebut.

10. TARIKH TUTUP TAWARAN

10.1 Tarikh tutup Sebut Harga adalah seperti berikut:

Kod Sebut Harga:

SKP/SH/17/2018 - 10 April 2018 (Selasa)

- tepat jam 12.00 tengah hari

25

10.2 Semua Dokumen Sebut Harga hendaklah sampai ke Bahagian Buku

Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia pada atau sebelum tarikh dan

waktu tersebut. SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN.

10.3 Bukti pengeposan bukan bukti penerimaan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas

kehilangan dokumen akibat kesilapan atau kecuaian Penyebut Harga

memasukkan dokumen tersebut ke dalam peti selain peti sebut

harga yang ditetapkan.

11. HAL-HAL LAIN

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai Sebut Harga ini hendaklah

dirujuk kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia di

talian berikut:

Aspek Umum Sebut Harga dan Kontrak

: 03-8884 4486

03-8884 4516

Aspek Speksifikasi : 03-8884 4288

Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

30 Mac 2018