nota tatabahasa tahun 4

3
Nota Tatabahasa Tahun 4: 1) Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum atau selepas kata adjektif. 2) Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata adjektif pula dicetak tebal. a) Kasut joging itu terlalu mahal. b) Buku cerita kanak-kanak ini agak baru. c) Jalan kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya. d) Hari ini panas sekali . e) Suara penyanyi itu merdu nian . f) Air sirap ini manis benar . g) Zaki amat fasih berbahasa Inggeris. h) Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian bas. i) Ayah bangga sungguh dengan keputusan ujian saya. 3) Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah. Jenis Kata Penguat Contoh Penguat hadapan Paling; terlalu; agak Penguat belakang Sekali; benar; nian; betul Penguat bebas Amat; sangat; sungguh

Upload: le-fay-darling

Post on 12-Sep-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota tatabahasa yang boleh digunakan oleh guru bahasa melayu dalam pdp

TRANSCRIPT

Nota Tatabahasa Tahun 4:1)Kata penguatialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

2)Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata adjektif pula dicetak tebal.

a)Kasut joging ituterlalumahal.b)Buku cerita kanak-kanak iniagakbaru.c)Jalan kecil itu ialah jalan yangpalingdekatke sekolah saya.d)Hari inipanassekali.e)Suara penyanyi itumerdunian.f)Air sirap inimanisbenar.g)Zakiamatfasihberbahasa Inggeris.h)Sekolah kamisangatdekatdengan perhentian bas.i)Ayahbanggasungguhdengan keputusan ujian saya.

3)Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah.Jenis Kata PenguatContoh

Penguat hadapanPaling; terlalu; agak

Penguat belakangSekali; benar; nian; betul

Penguat bebasAmat; sangat; sungguh

KATA PENGUAT1.MaksudKata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.2.Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:Kata penguatContoh

Penguat hadapanterlalu, paling, agak

Penguat belakangsekali, benar, nian, betul

Penguat bebasamat, sungguh, sangat

3.Contoh:a.Diguna di hadapan kata adjektif.Kata penguat hadapanContoh

terlaluBaju di pasar raya ituterlalu mahal.

palingSambal tumis itupaling sedap

agakJalan di kawasan ituagakbahaya.

b.Diguna di belakang kata adjektif.Kata penguat belakangContoh

sekaliHujah murid itu bernas sekali.

nianNyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi itu.

benarCantik benar rantai mutiara itu.

betulBesar betul rumah Ah Meng.

c.Diguna secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Kata penguat bebasContoh

amat1.Kraf tangan ituamatcantik.2.Kraf tangan itu cantikamat.

sangat1.Beg pakaian yang dibawa oleh Suriasangatberat.2.Beg pakaian yang dibawa oleh Suria beratsangat.

sungguh1.Kereta yang dipandu oleh Osmansungguhlaju.2.Kereta yang dipandu oleh Osman lajusungguh.