nota sifat allah iradah

3
Allah bersifat dgn ‘Iradat’.. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah nak kongsikan pada kali ini tajuk Iradat Allah. Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn berkata ‘KUN’ (jadilah) maka ia akan terjadi. Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak Allah jua. Adapun tujuan kita beriman dgn Iradat Allah itu Ialah: 1. Redho dgn Irradat Allah 2. Ikhtiar 3. Yakin

Upload: mumtaz-aqeeda

Post on 03-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

nota mengajar tajuk iradah sifat Allah

TRANSCRIPT

Allah bersifat dgn Iradat..Assalamualaikum wbt dan salam sejahteraBertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah nak kongsikan pada kali ini tajuk Iradat Allah.Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn berkata KUN (jadilah) maka ia akan terjadi.Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak Allah jua.Adapun tujuan kita beriman dgn Iradat Allah itu Ialah:1. Redho dgn Irradat Allah2. Ikhtiar3. Yakin4. Tidak putus asa5. tawakal kpd Allah6. Iman bertambah7. Sabar menghadapi ujian AllahDisini suka ustazah utk menyampaikan sebuah cerita tentang Iradat(kehendak) Allah.Cerita tentang Raja Namrud ARaja Namrud amat murka kpd Nabi Ibrahim as kerana baginda mengajak manusia supaya beriman kpd Allah. Namrud pun memerintahkan supaya Nabi Ibrahim as dihumban ke dalam api. Apabila tiba masa yg telah ditetapkan. Unggun api yang besar pun dinyalakan. Raja Namrud berasa sangat gembira kerana hari itu diakan membakar Nabi Ibrahim as hidup2. Nabi Ibrahim as tetap tenang. Apabila api sudah benar2 marak Nabi Ibrahim as pun ditolak ke dalam unggun api tersebut.Allah dengan IradatNya menghendaki supaya Nabi Ibrahim as hidup dan selamat. Lalu Allah berfirman kepada api wahai api, sejuklah engkau dan selamatkanlah Nabi Irahim as . Setelah api tersebut api dan kayu2 api semua sudah menjadi arang, keluarlah Nabi Irahim as dengan selamat seolah2 tiada apa pun yang berlaku. Lihatlah kalau Allah menghendaki sesuatu tiada sesuatu pun yg dapat menghalang kehendaknya ituDari Ibnu Abbas, Rasulullahsallallahu `alaihi wa sallambersabda, Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya. (HR Bukhari & Muslim)