nota seni dalam pendidikan

12
Nota Seni Dalam Pendidikan Pengenalan Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

Upload: jieha-hady

Post on 04-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOTA KULIAH

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Seni Dalam Pendidikan

Nota Seni Dalam Pendidikan

Pengenalan

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan

pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan

kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan

peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi

cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat.

Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang

menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih

sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih

menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni

muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual

bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang

keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam

sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada

keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan

peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya

pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni

visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini

penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan

mengenali cita rasanya sendiri.

Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukan Muzik sebagai unsur atau

elemen penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran dan

Page 2: Nota Seni Dalam Pendidikan

pembelajaran yang menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan

pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar adalah kosong.

Selain itu, Muzik juga merupakan budaya masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon

kepada Muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila

mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan pertuturan dan

interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai

peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya.

Peranan guru ialah ke arah memperkembangkan sifat – sifat yang merangkumi

aspek – aspek emosi kreativiti, nilai estetik dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar

secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan

fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang

menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

Pendidikan dalam apa jua bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang

bermakna. Pendidikan juga haruslah memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan

yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal

ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran.

Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan

adalah sesuatu kaedah pengajaran yang ketara uniknya kerana pelajar sedang belajar

untuk bergerak dan mereka juga akan belajar sambil atau semasa bergerak. Melalui

pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir, dan merasai sesuatu secara langsung. Pelajar

akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri.

Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai

pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya

sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan

pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman –

pengalaman berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai keupayaan sebagai warga

yang bertanggungjawab dan penyumbang aktif dalam masyarakat.

Page 3: Nota Seni Dalam Pendidikan

Pendidikan pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah

perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang

keperluan – keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada holistik

perkembangan kanak – kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi

keberkesanannya dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong

kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, proses – proses berfikir dan penyelesaian masalah

serta pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip

pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep “ kanak –

kanak total “.

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri

kanak - kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan

bergaul antara satu sama lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan

persekitarannya turut berkembang melalui pergerakan itu.

1.1 Implikasi Atau Kesan Positif

1.1.1 Bidang Seni Visual

Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan

seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang

tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat

binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk

memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas

bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan

perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,

psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi

visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai

beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid

ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang

kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam

persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,

proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan

Page 4: Nota Seni Dalam Pendidikan

maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang

akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,

mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara

berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan

perkakasan.

Bidang Seni Visual akan memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam

pengajaran dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni Visual yang disusun

rapi melalui aspek yang dipentingkan. Antara implikasi atau kesan yang diperolehi

melalui bidang seni ini, ialah :

a. Menajamkan Perkembangan Emosi dan Imaginasi

Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain

memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian

perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan

pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek

buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi

mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan

idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran

abstrak.

b. Berlaku Pembelajaran Secara Tidak Langsung

Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat

dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek

yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada

Page 5: Nota Seni Dalam Pendidikan

murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka

boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

c. Aplikasi Dalam Kehidupan Harian Sebenar

Bidang Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan

seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan

fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari

aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam

pelbagai cara. Melalui seni visual ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan

kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara

memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja – kerja mengecat peralatan kecil di

rumah dan sebagainya.

d. Wadah Memupuk dan Menyemai Nilai Murni

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga

dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran

dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

1.1.2 Bidang Seni Muzik

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan

harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara

spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan

dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-

kanak.

Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni

muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, matapelajaran ini memberi

Page 6: Nota Seni Dalam Pendidikan

tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam

bidang kesenian. Selaras dengan itu, bidang ini digubal untuk membimbing murid ke arah

menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Antara kesan positif yang diperolehi

murid melalui bidang seni muzik ini, ialah :

a. Menggalakkan Perkembangan KAP

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan

perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai

sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep

muzik yang asas. Bagi murid sekolah rendah khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan

bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan

membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.

b. Melatih Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara

berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan

mengamalkan nilai-nilai murni.

c. Menanam dan Menyemai Nilai Murni dan Jati Diri

Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang

harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai

pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan

patriotisme pada diri murid.

1.1.3 Bidang Seni Pergerakan

Seni Pergerakan adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan

individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini

dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan

Page 7: Nota Seni Dalam Pendidikan

Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan.

Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya

Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan teori dan praktikal pergerakan

bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Aktiviti Seni

pergerakan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. Seni

pergerakan juga bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti

fizikal dan amalan kecergasan.

Bidang seni pergerakan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan

keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah

pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,

kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan

amalan rutin. Murid akan diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan

proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam

suasana yang membina dan selamat.

1.2 Rumusan

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah

untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif

terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik

kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk

memperkenalkan tajuk “Rama-rama”. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka

akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Semua aktiviti seni dalam

pendidikan yang dialami oleh kanak – kanak sangat berkesan dalam mempengaruhi

kehidupan mereka kerana melaluinya akan membolehkan kanak-kanak meluahkan

keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru

hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok

apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan

mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai

bentuk.

Page 8: Nota Seni Dalam Pendidikan

Rujukan

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. ( 2000 ). Kuala Lumpur :

AG Grafik.

Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Visual.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Universiti

Pendidikan

Sultan Idris.

Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.