nota tutorial pendidikan islam tingkatan 2

Upload: zainurudin-emuaad

Post on 07-Jul-2015

7.842 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Nota Tutorial Pendidikan Islam Tingkatan 2 Al Quran (Hidayah Sumber Kebahagiaan)

(Surah Ali Imran, ayat 8)

Maksudnya : Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.

Pengertian hidayah dan rahmat Allah 1. Hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk. Istilah syarak pula ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. 2. Rahmat dari segi bahasa ialah belas kasihan. Istilah syarak pula ialah segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. 3. Antara rahmat Allah ialah : y y y y Tubuh badan yang sihat. Akal yang cerdas. Hati yang bersih. Rezeki yang melimpah ruah.

Ciri-ciri Orang yang Memperolehi Hidayah 1. Sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. 2. Mudah menerima sesuatu kebenaran.

3. Berpandangan jauh dan berfikiran terbuka. 4. Mudah melakukan perkara kebaikan.

Akibat tidak memperolehi hidayah 1. Mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. 2. Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah. 3. Susah menerima sesuatu kebenaran. 4. Tidak mendapat kebahagiaan hidup. 5. Mendapat kemurkaan Allah. Perkara yang Menghalang Hidayat 1. Meninggalkan ibadat fardhu seperti solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan sebagainya. 2. Melakukan maksiat seperti zina, mencuri, minum arak dan sebagainya. 3. Memiliki akhlak buruk seperti takbur, riak dan sebagainya. 4. Menderhaka kepada ibu bapa.

Pengajaran Ayat 1. Hidayah ialah anugerah Allah kepada seseorang yang dikehendaki-Nya. 2. Allah mengurniakan hidayah dan rahmat-Nya kepada orang yang berusaha mencarinya. 3. Orang yang mendapat hidayat akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 4. Kita hendaklah menjauhi daripada perkara-perkara yang menghalang daripada memperolehi hidayat. Aqidah : Beriman Kepada Asmaul ul Husna

Maksud Asma ul Husna 1. Asma ul Husna bermaksud nama-nama Allah yang \baik lagi indah. 2. Kita tidak mengetahui jumlah sebenar nama-nama Allah, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, sesiapa yang menghitungnya (memikir tujuan maknanya dan beramal dengan tuntutannya maknanya itu), mereka akan masuk syurga. 3. Sebab-sebab wajib beriman dengan Asma ul Husna. y y Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Melahirkan kecintaan dan kesyukuran kepada Allah dengan menyebut namanama Allah SWT. Mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memudahkan seseorang itu memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut namaNya sesuai dengan permohonan. Menjauhkan seseorang daripada perkara yang boleh membawa kepada syirik, kufur dan sebagainya.

y y

y

Kesan Beriman dengan Asma ul Husna 1. Membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan seharian. 2. Mengharapkan pertolongan Allah SWT dalam kehidupan. 3. Insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri. 4. Mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi Sirah dan Tamadun Islam Saidina Umar Al-Khattab Riwayat hidup 1. Nama penuh beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza. 2. Beliau berketurunan Arab Quraisy dari Kabilah Bani Adi.

3. Beliau dilahirkan di Mekah pada 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. 4. Beliau memeluk Islam ketika berumur 33 tahun. 5. Beliau mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara hak dan batil. 6. Dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun ke 13. 7. Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masihi menggantikan Saidina Abu Bakar R.A. Saidina Umar bin Al-Khattab 1. Saidina Umar bin Al-Khattab dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masehi menggantikan Saidina Abu Bakar RA. 2. Beliau dilantik menjadi khalifah atas wasiat Saidina Abu Bakar. 3. Beliau memerintah selama sepuluh tahun enam bulan. 4. Beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun 23 hijrah ketika berusia 63 tahun. 5. Beliau telah dibunuh oleh Fairuz yang bergelar Abu Lukluk iaitu hamba berbangsa Parsi. Sifat Peribadi Saidina Umar Al-Khattab 1. Beliau seorang yang taat pada perintah Allah. 2. Seorang yang berani. Antara buktinya ialah : y y Ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya pada umum. Ketika hendak berhijrah ke Yathrib (Madinah), beliau mencabar musyrikin Quraisy agar menghalang perjalanannya dari berhijrah. Menunaikan ibadat secara terang-terangan.

y

3. Beliau seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat. Beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa untuk melihat sendiri keadaan hidup rakyatnya sama ada susah atau senang. Pernah suatu ketika beliau mengangkat gandum dan diberikan kepada keluarga yang miskin. 4. Beliau seorang yang tegas dan adil dalam pemerintahan. Sifat Peribadi 1. Saidina Umar seorang yang adil dan tegas dalam pemerintahan. Beliau pernah menghukum anaknya sendiri yang pernah melakukan kesalahan. 2. Beliau seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia menerima pendapat dan teguran orang lain. Beliau seringkali meminta pendapat para sahabat yang lain ketika hendak memutuskan sesuatu perkara atau dasar negara yang penting. 3. Beliau seorang yang mengambil berat terhadap keselamatan dan kemakmuran negara. Jasa dan Sumbangan Saidina Umar dalam Bidang Pentadbiran 1. Mengemaskinikan Majlis Syura yang berfungsi sebagai majlis mesyuarat kerajaan. 2. Mengasaskan jabatan cukai dan harta, ketenteraan dan persuratan. 3. Mengasaskan undang hisbah seperti adab berjual beli, timbangan sukatan dan sebagainya. 4. Memisahkan kuasa kehakiman daripada pentadbiran. 5. Mengasaskan takwim Islam Hijrah yang berdasarkan tarikh hijrah Rasulullah ke Madinah.

Jasa dan Sumbangan Saidina Umar dalam Bidang Dakwah 1. Mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Rom, Mesir dan Parsi. 2. Melantik gabenor untuk melicinkan pentadbiran dan dakwah di tempat tersebut.

3. Hantar ulama dan pendakwah ke serata tempat untuk sebarkan Islam.

Pembangunan 1. Mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara. 2. Mendirikan masjid dan rumah persinggahan untuk para musafir. 3. Membuka kawasan baru untuk pertanian. Rukhsoh Solat 1. Rukhsoh solat ialah kemudahan yang diberikan kepada orang yang bermusafir. 2. Syarat-syarat perjalanan atau musafir yang diharuskan qasar dan jamak ialah : y y y Perjalanan yang bukan bertujuan maksiat. Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah (lebih kurang 94 km). Mengetahui destinasi yang ditujui.

Solat Jamak 1. Pengertian solat jamak : Perkataan jamak dari segi bahasa bermaksud himpun atau kumpul, manakala dari segi istilah syarak solat jamak ialah menghimpun dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu. 2. Jenis y jenis solat jamak :

Solat jamak taqdim Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur.

y

Solat jamak takhir Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar.

Syarat-syarat Solat Jamak Takhir 1. Berniat akan melakukan solat jamak takhir semasa dalam waktu pertama.

2. Niat jamak takhir dalam solat yang pertama. 3. Mendahulukan solat yang waktunya terkemudian iaitu Asar dan Isyak. 4. Kedua-dua solat tersebut dilakukan secara berturut-turut. 5. Masih dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat.

Nikmat Musibah Ujian kehidupan Pengertian nikmat dan musibah 1. Nikmat ialah semua bentuk kesenangan, keselesaan dan kemudahan yang diterima seseorang. 2. Antara contoh nikmat ialah : y y y y Kesihatan tubuh badan. Tempat tinggal yang selesa. Keamanan dan kesejahteraan hidup. Dapat merasai pelbagai jenis makanan.

3. Musibah pula ialah semua bentuk kesusahan, kesulitan dan keperitan yang dihadapi seseorang. 4. Antara contohnya ialah : y y y y Kesakitan. Kematian orang yang disayangi. Kebuluran atau kelaparan. Kegawatan ekonomi.

5. Allah mengurniakan nikmat atau musibah untuk menguji keimanan hamba-Nya.

Akibat Tidak Bersyukur 1. Tidak mendapat keberkatan dalam hidup. 2. Nikmat yang dinikmati akan ditarik oleh Allah SWT. 3. Mendapat kesempitan dalam hidup. 4. Tidak dihormati dan dikasih oleh masyarakat. 5. Mendapat azab yang pedih di akhirat.

Kelebihan beradab ketika ditimpa musibah 1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. 2. Mendapat nikmat dan keberkatan Allah SWT dengan diberi nikmat yang melimpah ruah. 3. Mendapat keampunan Allah. 4. Mendapat penghormatan dan sanjungan masyarakat. 5. Menjadi contoh teladan kepada orang lain. 6. Mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Adab Menerima Musibah 1. Beristighfar kepada Allah S.W.T dengan mengucapkan innalillah hi wa inna ilai hi rojiun . 2. Sabar dan tabah menghadapi ujian Allah S.W.T. 3. Tidak berputus asa dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bersungguh-sungguh. 4. Yakin dan percaya bahawa musibah yang dihadapi adalah ujian daripada Allah S.W.T. 5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

Ilmu Penyuluh Kehidupan

(Surah Ali-Imran : Ayat 18) Maksudnya : Allah menyatakan bahawasanya tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Intisari Ayat Malaikat, orang beriman dan orang yang berilmu mengakui keesaan Allah, Tuhan yang berhak disembah. Orang yang beriman dan berilmu memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah. Konsep Ilmu 1. Ilmu dari segi bahasa bererti pengetahuan. 2. Dari segi istilah bermaksud pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara. 3. Orang yang berilmu mendapat kejayaan dalam hidup. 4. Islam mewajibkan penganutnya menuntut ilmu kerana dengan mempunyai ilmu seseorang itu dapat mengenal Allah S.W.T sebagai pencipta alam ini. 5. Orang Islam wajib menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Pembahagian Ilmu 1. Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh semua orang Islam yang mukalaf. 2. Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang hanya wajib dipelajari oleh segolongan individu dalam masyarakat. Sekiranya sudah terdapat individu yang mempelajari ilmu tersebut dalam sesebuah masyarakat, maka kewajipan muslim lain dalam masyarakat itu sudah terlepas.

Fardhu ain

Fardhu kifayah

Ilmu akidah

Ilmu kedoktoran

Ilmu akhlak

Ilmu sains

Ilmu fekah

Ilmu perniagaan

Ilmu Al-Quran

Ilmu undang-undang

3. Martabat dan kelebihan orang yang berilmu. y y y y Mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T. Dipandang mulia oleh masyarakat. Berjaya di dunia dan akhirat. Berakhlak mulia.

Ciri-ciri Orang yang Berilmu 1. Beramal dengan ilmu yang dimiliki.

2. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas. 3. Memiliki keyakinan diri yang tinggi. 4. Menyebarkan ilmu yang dimiliki untuk semua orang. 5. Merendah diri dalam kehidupan. Ciri-ciri Orang yang Berilmu 6. Beramal dengan ilmu yang dimiliki. 7. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas. 8. Memiliki keyakinan diri yang tinggi. 9. Menyebarkan ilmu yang dimiliki untuk semua orang. 10. Merendah diri dalam kehidupan. Pengajaran Ayat Surah Ali-Imran 1. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam menjalani kehidupan yang cemerlang. 2. Islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. 3. Masyarakat Islam yang menguasai ilmu akan mencapai kemakmuran di dunia dan kebahagiaan di akhirat. 4. Umat Islam yang berilmu pengetahuan akan mencapai kemajuan dan disegani oleh masyarakat bukan Islam. 5. Dengan ilmu pengetahuan kita akan mengenali Allah S.W.T dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini dengan baik dan sempurna. Riwayat Hidup Usman Bin Affan 1. Nama penuh Usman bin Affan bin Abu Al As bin Umaiyah. 2. Berketurunan Bani Umaiyah.

3. Dilahirkan di Makkah pada 576 M iaitu enam tahun selepas tahun Gajah. 4. Mendapat gelaran Zun Nurain yang bermaksud yang mempunyai dua cahaya kerana memperisterikan dua orang puteri Rasulullah SAW. 5. Dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun 23H bersamaan 644 M menggantikan Saidina Abu Bakar. Beliau dipilih menerusi Majlis Syura. 6. Beliau memerintah selama 12 tahun. 7. Beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun 35H kerana dibunuh oleh pemberontak. Sifat Peribadi Saidina Usman bin Affan 1. Beliau seorang yang taat kepada Allah dan Rasul. 2. Seorang yang pemalu dan lemah lembut. 3. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab. 4. Seorang yang dermawan dan zuhud. 5. Buktinya ialah : y Membeli perigi yang berharga 35 000 dinar lalu mewakafkan untuk kegunaan umat Islam. Membeli sebidang tanah untuk pembesaran Masjid Nabawi. Memerdekakan hamba pada setiap Jumaat. Menderma 300 ekor unta dan 10 000 dinar pada perang Tabuk.

y y y

Sumbangan dan Pengorbanan Saidina Usman bin Affan 1. Dalam bidang dakwah y Mengumpul dan membukukan Al-Quran sehingga dikenali sebagai Mushaf Usmani untuk menyeragamkan bacaan Al Quran. Mengembangkan dakwah Islam ke kawasan-kawasan baru supaya ajaran Islam dapat disebar dan diluaskan.

y

2. Sosial y Memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan untuk melancarkan urusan. Menawan hati rakyat dengan akhlak beliau sehingga mewujudkan masyarakat yang harmoni.

y

Sumbangan Saidina Usman 1. Saidina Usman banyak menyumbang dan berjasa dalam berbagai bidang seperti bidang politik, ekonomi, sosial dan juga dakwah. 2. Dalam bidang politik : a. Menubuhkan angkatan tentera laut. b. Menjadi utusan Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyah. 3. Dalam bidang ekonomi : a. Menyumbang harta kekayaan pada jalan Allah (untuk perkembangan Islam). b. Berjaya mempertingkatkan ekonomi rakyat dan negara. Sumbangan dan Pengorbanan Saidina Usman 1. Dalam bidang dakwah : y Mengumpul dan membukukan Al-Quran sehingga dikenali sebagai Mushaf Usmani untuk menyeragamkan bacaan Al-Quran. Mengembangkan dakwah Islam ke kawasan-kawasan baru supaya ajaran Islam dapat disebar dengan luas.

y

2. Sosial : y Memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan untuk melancarkan urusan. Menawan hati rakyat dengan akhlak beliau sehingga mewujudkan masyarakat yang harmoni.

y

Konflik Pada Zaman Saidina Usman 1. Timbul akibat fitnah seorang yahudi dan munafik bernama Abdullah bin Saba . 2. Saidina Usman dituduh tidak telus dalam pentadbiran. 3. Beliau dituduh mementingkan kroni. 4. Beliau berusaha mengatasinya dengan menghantar pegawai penyiasat ke Kufah, Mesir, Basrah dan Syam. 5. Beliau juga mengadakan perbincangan dengan rakyat dan memanggil gabenor untuk disoal siasat. 6. Hasil siasatan membuktikan krisis itu berpunca daripada musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan Islam. 7. Fitnah tersebut menyebabkan timbulnya pemberontakan yang membawa kepada terbunuhnya Saidina Usman.

Menghayati Adab Berjiran Maksud jiran 1. Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru. 2. Islam telah membahagikan jiran kepada tiga jenis iaitu : y y y Jiran muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Jiran bukan Islam.

3. Islam menyuruh umatnya menghormati dan memuliakan jiran. 4. Hukum menghormati dan memuliakan jiran adalah wajib.

Cara Beradab Kepada Jiran 1. Menziarahi jiran pada waktu yang sesuai seperti hujung minggu, musim perayaan dan sebagainya. 2. Menghormati dan bersangka baik dengan jiran. 3. Membantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan. 4. Mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. 5. Tidak melakukan perbuatan yang menyakitkan hati jiran. 6. Memberi hadiah pada hari lahir, mendapat cahaya mata dan sebagainya.

Akibat Tidak Beradab Kepada Jiran 1. Kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah. 2. Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas. 3. Seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat. 4. Lahir individu yang mementingkan diri sendiri. 5. Keselamatan diri, keluarga dan harta benda akan terancam. Hikmat Beradab Kepada Jiran 1. Kehidupan berada dalam aman dan damai. 2. Masyarakat hidup dalam keberkatan dan keredhaan Allah SWT. 3. Masyarakat akan mencapai taraf hidup yang baik dan berkualiti. 4. Kemungkaran dalam masyarakat dapat dicegah dengan lebih berkesan. 5. Setiap orang mendapat kehidupan yang selesa kerana mendapat pembelaan. Ar Rahim : Allah yang Maha Penyayang 1. Maksud Allah S.W.T bersifat Ar Rahim :

y y

Allah S.W.T bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang. Ar Rahim berasal dari kata rahmat yang bererti kasih sayang, kebajikan dan kemuliaan. Allah S.W.T amat menyayangi orang mukmin di dunia dan akhirat. Ar Rahim Allah S.W.T ini khusus untuk orang mukmin sahaja. Ini kerana hanya orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Oleh itu, kita hendaklah berusaha menjadi orang mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

y y y y

Tanda-tanda Allah Bersifat Ar Rahim 1. Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia. 2. Allah menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan baik dan sempurna. 3. Allah memberikan kita ibu bapa yang kasih dan sayang kepada kita. 4. Allah memberikan rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa. 5. Allah menurunkan Al Quran sebagai panduan dan perutusan Nabi Muhammad SAW kepada manusia untuk membimbing ke arah kebenaran. 6. Sebesar-besar sifat Ar Rahim Allah kepada kita ialah menganugerahkan kepada kita dengan nikmat iman dan Islam (menjadikan kita sebagai orang Islam).

Kesan Beriman dengan Sifat Ar Rahim 1. Bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir atas nikmat yang dikurniakan. 2. Menggunakan nikmat kurniaan Allah pada jalan kebaikan. 3. Memulakan setiap pekerjaan dengan lafaz Bismillah hir rohmanir rahim .

4. Mempertingkatkan ibadat dan kebajikan kepada Allah SWT. 5. Menjalinkan hubungan baik sesama manusia.

Ciri y y y y y

ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim

Bersikap bakhil atau kedekut kepada orang miskin. Suka bergaduh dan bersikap bengis terhadap manusia dan makhluk Allah SWT. Mementingkan diri sendiri dan membiarkan orang lain dalam kesusahan. Menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan. Tidak menghormati ibu bapa, guru dan kawan-kawan.

Perbezaan antara sifat Ar Rahman dan Ar Rahim 1. Sifat Ar Rahman : y y Untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam. Untuk nikmat dunia sahaja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.

2. Sifat Ar Rahim : y y Khusus untuk orang beriman sahaja. Untuk nikmat dunia dan akhirat seperti nikmat Islam, nikmat iman, pahala, syurga dan sebagainya.

Menginsafi Kekuasaan Allah S.W.T Surah Ali Imran, ayat 26 :

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu .

Pengertian kalimah :

y

Yang mempunyai kuasa pemerintahan.

y

Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan.

y

Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki.

y

Di tangan Engkaulah segala kebaikan.

Allah S.W.T Maha Berkuasa 1. Allah S.W.T Maha Berkuasa. KekuasaanNya meliputi langit dan bumi. 2. Antara bukti kekuasaan Allah S.W.T berdasarkan ayat di atas ialah : y y Memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Menghilangkan kuasa pemerintahan seseorang.

y y

Memuliakan seseorang. Menjadikan seseorang itu hina.

Sebab-sebab Kemuliaan Seseorang 1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. 2. Melakukan kebaikan sesama manusia. 3. Bertawakal kepada Allah setelah berusaha dan berdoa. 4. Berakhlak mulia dalam kehidupan. 5. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan. Sebab sebab Kehinaan

1. Tidak melakukan perintah Allah seperti solat fardhu, puasa Ramadhan mengeluarkan zakat dan sebagainya. 2. Melakukan larangan Allah seperti minum arak, berzina, berjudi dan lain-lain. 3. Malas untuk berusaha. 4. Tidak mahu berubah ke arah kebaikan. Cara Menghargai Nikmat Allah 1. Menggunakan nikmat Allah S.W.T untuk beribadat kepadaNya. 2. Membelanjakan harta untuk menyara diri dan keluarga. 3. Menggunakan nikmat untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan. 4. Menggunakan nikmat secara berhemah dan tidak membazir. 5. Menggunakan nikmat untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara. Akibat Tidak Menghargai Nikmat Allah 1. Akibat kepada individu :

a) Hidup dalam keadaan kesusahan dan sia-sia. b) Menjadi manusia yang tidak berguna. c) Mendapat kemurkaan Allah SWT. 2. Akibat pada masyarakat dan negara : a) Masyarakat hidup dalam pecah-belah dan porak-peranda. b) Negara akan musnah dan hancur. c) Mudah dipengaruhi unsur negatif. 3. Akibat pada alam sekitar : a) Berlaku pencemaran alam. b) Alam akan musnah. c) Sumber alam akan rosak dan pupus. Pengajaran Ayat 1. Allah Maha Berkuasa kepada setiap makhluk. 2. Kita mesti bersyukur atas nikmat Allah. 3. Orang yang tidak bersyukur akan mendapat bala. 4. Kita hendaklah tidak bersifat sombong dengan kuasa yang ada kerana kuasa itu hanyalah pinjaman dari Allah. 5. Kuasa yang hakiki hanyalah kuasa Allah. Pengertian Puasa 1. Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri. 2. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

3. Umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. 4. Hukum berpuasa adalah wajib bagi setiap orang Islam yang cukup syarat. 5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa dengan sengaja akan berdosa dan dimurkai Allah. Rukun Puasa 1. Niat Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala . 2. Menahan diri dari segala perkara yg membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. 3. Syarat wajib puasa : y y y y Islam Baligh Berakal Bebas dari uzur syarie seperti haid, pitam sepanjang hari dan sebagainya.

Syarat Sah Puasa 1. Islam. 2. Berakal. 3. Mumaiyiz. 4. Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu. 5. Suci daripada haid dan nifas. 6. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

y y y y y y y y y y

Makan dan minum dengan sengaja. Muntah dengan sengaja. Pengsan atau pitam sepanjang hari. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Keluar haid atau nifas. Bersetubuh pada siang hari. Mengeluarkan air mani dengan sengaja pada siang hari. Melahirkan anak. Gila walaupun sekejap. Murtad.

Perkara Sunat Ketika Berpuasa 1. Segera berbuka apabila masuk waktu. 2. Membaca doa sebelum berbuka. 3. Berbuka dengan buah kurma atau bahan manis. 4. Mengadakan jamuan berbuka. 5. Banyak berzikir, berselawat dan membaca Al Quran. 6. Banyak bersedekah. 7. Bersahur. Perkara Makruh Ketika Berpuasa 1. Rasa makanan dengan lidah. 2. Berkumur secara berlebihan.

3. Mandi kerap atau terlalu lama untuk segarkan badan. 4. Tidur sepanjang hari. 5. Berbekam. 6. Melakukan perbuatan yang sia-sia seperti mengumpat. Allah SWT Bersifat Al Hakim Maksud Allah SWT bersifat al Hakim 1. Allah SWT bersikap al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana. 2. Sifat kebijaksanaan Allah dapat dilihat daripada kejadian yang tersusun indah dan amat menakjubkan dalam alam ini.

Tanda-tanda Allah SWT bersifat al Hakim 1. Cap jari manusia yang berlainan antara individu yang lain walaupun saudara kembar. 2. Kejadian tanaman yang beraneka jenis, warna dan rasa. 3. Kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa. 4. Kejadian siang dan malam yang silih berganti. 5. Pergerakan cakerawala tanpa berlaku perlanggaran antara satu sama lain. Kesan Beriman Pada Al Hakim 1. Bersyukur dengan penciptaan Allah SWT yang sempurna. 2. Bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan. 3. Menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara. 4. Menggunakan semua nikmat Allah SWT untuk mendapatkan keredhaanNya. Ciri-ciri Amalan yang Bertentangan Dengan Konsep Al Hakim

1. Menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan. 2. Tidak berusaha untuk membuat perubahan ke arah kemajuan diri. 3. Banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha. 4. Memandang rendah pada golongan berilmu pengetahuan. Kepentingan Menjaga Maruah Diri 1. Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam. 2. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah : a) Untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. b) Untuk memelihara maruah diri dan keluarga. c) Untuk menjaga kemaslahatan diri dan orang lain. d) Supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. 3. Umat yang bermaruah ialah umat yang mempunyai jati diri yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang merosakkan.

Cara Menjaga Maruah Diri 1. Cara berpakaian : y y y Memakai pakaian yang menutup aurat iaitu yang tidak jarang dan ketat. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan sopan. Tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang atau logo yang haram seperti salib, arak, unsur-unsur lucah dan sebagainya.

2. Cara pergaulan : y Memberi salam apabila bertemu saudara seagama.

y y y y y

Menjaga batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak. Hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain. Tidak mementingkan diri sendiri. Menjaga rahsia orang lain sebaik-baiknya. Menepati janji ketika berjanji.

3. Cara percakapan : y y y y y Bercakap dengan bahasa yang baik dan sopan. Bercakap benar. Bercakap pada perkara yang berfaedah sahaja. Mengeluarkan pendapat yang diterima ramai. Tidak menghina orang lain ketika bercakap.

Akibat Tidak Menjaga Maruah Diri 1. Maruah diri dan keluarga akan tercemar. 2. Dipandang hina dan dibenci oleh orang lain. 3. Mendapat kemurkaan dan azab Allah. 4. Mendorong berlakunya maksiat dan jenayah seperti zina, rogol dan sebagainya. 5. Masyarakat dan negara berada dalam keadaan tidak tenteram. 6. Umat Islam akan dipandang rendah oleh orang lain. 7. Seseorang itu akan terpinggir kerana disisihkan oleh kawan-kawan dan masyarakat. Hikmah Menjaga Maruah Diri 1. Mendapat ganjaran pahala dan keberkatan dari Allah.

2. Maruah dan kehormatan diri akan terpelihara. 3. Terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. 4. Dihormati dan dikasihi oleh masyarakat. 5. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu. 6. Negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Menghargai Sunnatullah

1. Pengertian kalimah

y

Engkau masukkan

y

malam

y

siang

y

yang hidup

2. Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas semua makhluk. 3. Proses kejadian siang dan malam : y y y Siang dan malam terjadi disebabkan bumi berputar di atas paksinya. Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran. Semasa berputar kawasan yang mendapat cahaya matahari akan menjadi siang, manakala kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari akan mengalami malam.

Hikmah Kejadian Siang dan Malam 1. Manusia dapat mencari rezeki pada waktu siang. 2. Manusia dapat menjalankan kegiatan seharian dengan sempurna. 3. Manusia dapat berehat pada waktu malam. 4. Manusia dapat beribadat pada waktu malam dengan khusyuk. 5. Dapat menentukan masa dan hari. Proses Kejadian Manusia 1. Bermula dengan proses pencantuman air mani lelaki dengan ovum perempuan. 2. Proses persenyawaan air mani dan ovum akan terbentuk segumpal darah (alaqahzigot) dalam masa 40 hari. 3. Segumpal darah tersebut akan menjadi seketul daging (mudghah-embrio). 4. Daging tersebut akan membentuk beberapa tulang (izam).

5. Selepas itu, tulang-tulang itu akan dibaluti daging. Maka terbentuklah lembaga yang lengkap. 6. Akhir sekali lembaga tersebut ditiupkan roh. Dunia Jambatan Menuju Ke Akhirat 1. Kehidupan di dunia adalah sementara kerana terdapat satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat. 2. Kehidupan di dunia tidak akan berakhir setelah meninggal dunia kerana mereka akan dihidupkan semula untuk menjalani kehidupan di akhirat. 3. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat. 4. Antara cara-caranya ialah : a) Menghargai nikmat Allah S.W.T dengan bersyukur padaNya. b) Banyak melakukan amal soleh dan kebajikan. c) Berbuat baik sesama manusia. d) Memberi sumbangan harta, masa dan tenaga ke arah kemajuan bangsa dan negara.

Rezeki Kurniaan Allah S.W.T 1. Allah S.W.T mengurniakan rezeki kepada semua makhlukNya. 2. Manusia hendaklah bersungguh-sungguh mencari rezeki. 3. Semua manusia sama ada Islam atau kafir akan mendapat rezeki berdasarkan usaha mereka. 4. Orang yang beriman hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan menggunakannya pada jalan kebaikan.

Pengajaran Ayat 1. Kejadian siang dan malam menjadi bukti kekuasaan Allah. 2. Semua makhluk atas muka bumi ini tertakluk pada sunnatullah iaitu peraturan yang ditetapkan oleh Allah. 3. Setiap manusia hendaklah mencari rezeki kurniaan Allah SWT. 4. Umat Islam hendaklah melakukan amal kebajikan semasa di dunia untuk mendapat kesejahteraan hidup di akhirat yang kekal abadi. Maksud Allah SWT Bersifat Al Alim 1. Allah SWT bersifat Al Alim yang bermaksud Maha Mengetahui. 2. Allah SWT mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi kerana semua makhluk berada dalam pengawasanNya. Perbezaan Antara Ilmu Allah dan Ilmu Manusia 1. Ilmu Allah SWT : y y Ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi. Ilmu Allah SWT tidak memerlukan kajian atau pemerhatian kerana Dia mencipta semuanya. Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara ghaib.

y

2. Ilmu manusia : y Ilmu manusia terbatas, iaitu mereka hanya mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka sahaja. Ilmu manusia memerlukan kajian dan pemerhatian terhadap sesuatu perkara. Manusia hanya mengetahui perkara yang nyata sahaja serta tidak mampu menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh, mahsyar dan sebagainya.

y y

Kesan Beriman Kepada Sifat Al Alim

1. Melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 2. Melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah. 3. Melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat. 4. Seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi perkara maksiat kerana segala perbuatan diketahui Allah. Amalan yang Bertentangan Dengan Sifat Al Alim 1. Tidak berminat untuk belajar. 2. Bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu. 3. Memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan. 4. Tidak menyumbang ilmu yang dimiliki untuk orang lain. Riwayat Hidup Saidina Ali 1. Nama penuh beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib. 2. Beliau berketurunan Bani Hashim. 3. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 601 Masihi, iaitu 10 tahun sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. 4. Beliau dilantik menjadi khalifah Ar Rasyidin keempat pada 35 Hijrah dan memerintah selama 4 tahun. 5. Beliau digelar karamullah hi wajhah yang bererti Allah memuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala. 6. Beliau juga diberi gelaran Abu Hassan dan Abu Turab.

Keistimewaan Saidina Ali 1. Merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berusia 10 tahun.

2. Beliau ialah sepupu dan menantu Rasulullah S.A.W. 3. Merupakan salah seorang sahabat dari 10 orang sahabat yang dijamin syurga. 4. Seorang cendekiawan unggul yang memiliki pelbagai ilmu pengetahuan seperti kehakiman, ilmu hisab, sastera dan sebagainya. 5. Digelar gedung ilmu oleh Rasulullah. 6. Pemuda yang berani, buktinya : y Menyertai semua perang bersama Rasulullah kecuali perang Tabuk. Menggunakan pedangnya yang bernama Zul Faqar . Beliau diberi amanah membawa panji perang dalam beberapa peperangan. Menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda ketika peristiwa Hijrah. Beliau menyahut cabaran Amru bin Walid iaitu pahlawan Quraisy dalam perang Khandak dan berjaya membunuhnya.

y y y

Sifat-sifat Peribadi Saidina Ali 1. Taat dan patuh pada perintah Allah sejak kecil. 2. Seorang pemuda yang gagah dan berani dan handal bermain pedang. 3. Seorang suami dan bapa yang pengasih dan penyayang. 4. Berilmu dalam pelbagai ilmu pengetahuan. 5. Seorang khalifah yang adil, tegas dan tidak gentar menghadapi risiko.

Jasa dan Pengorbanan Saidina Ali 1. Menjadi penulis wahyu. 2. Jurutulis perjanjian Hudaibiyah. 3. Mengetuai misi dakwah di Hamadan, Iraq.

4. Menjadi hakim di Yaman. 5. Menjadi penasihat dalam bidang kehakiman kepada Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab dan Usman bin Affan. 6. Menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat.

Faktor Berlaku Peperangan Pada Zaman Saidina Ali 1. Pada zaman beliau, berlaku beberapa peperangan yang berpunca dari perancangan jahat orang-orang munafiqin dan yahudi yang diketuai oleh Abdullah bin Saba untuk menggagalkan proses damai. 2. Contohnya dalam perang Jamal, Saidina Ali telah mencapai persetujuan dengan kumpulan Saidina Talhah dan Zubair bin Al Awwam untuk berdamai, tetapi perancangan jahat dari puak munafik telah membawa tercetusnya Perang Jamal yang turut disertai Saidatina Aishah. Kepentingan Beradab Dalam Masyarakat 1. Setiap manusia perlu menjalinkan hubungan baik sesama manusia sama ada dengan orang Islam atau bukan Islam. 2. Hubungan baik dan harmoni dalam masyarakat dapat diwujudkan sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan adab-adab mulia dalam kehidupan. 3. Antara sebab-sebab kita perlu beradab terhadap orang Islam dan bukan Islam ialah : a) Untuk menjamin keharmonian hidup. b) Untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. c) Untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara. 4. Sebagai Muslim yang beriman, kita mestilah beradab ketika bergaul dengan saudara seagama dan juga orang bukan Islam.

Adab Terhadap Orang Islam dan Bukan Islam 1. Memberi salam kepada orang Islam dan salam sejahtera kepada orang bukan Islam.

2. Bertoleransi dalam sesuatu perkara. 3. Hormat menghormati antara satu sama lain. 4. Tolong menolong dalam perkara kebaikan. 5. Jujur dan adil kepada semua orang. 6. Berakhlak mulia dalam pergaulan. Sebab Dituntut Beradab Terhadap Orang Bukan Islam 1. Dapat menarik minat orang bukan Islam terhadap ajaran Islam. 2. Supaya dakwah Islam dapat diterima oleh mereka. 3. Supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 4. Supaya mereka tidak memusuhi Islam walaupun tidak menerima Islam. 5. Mereka dapat melihat akan kecantikan Islam. Akibat Tidak Beradab Terhadap Orang Bukan Islam 1. Masyarakat bukan Islam akan berburuk sangka terhadap Islam. 2. Dakwah Islam tidak akan berkembang luas. 3. Rakyat menjadi mundur dan pembangunan negara akan terbantut. 4. Umat Islam akan dipandang hina oleh umat bukan Islam. 5. Perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terjejas.

Langkah-langkah Mengekalkan Adab Terhadap Orang Bukan Islam Bersandarkan Syariat 1. Membudayakan amalan ziarah-menziarahi dalam kehidupan bermasyarakat. 2. Mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua masyarakat seperti Hari Keluarga, aktiviti sukan dan sebagainya.

3. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan. 4. Mengadakan perancangan penempatan yang tersusun. 5. Mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, hari raya dan sebagainya. 6. Mengadakan dialog perpaduan dan perbincangan dengan orang bukan Islam.

Perkara Sunat Ketika Berpuasa 1. Segera berbuka apabila masuk waktu. 2. Membaca doa sebelum berbuka. 3. Berbuka dengan buah kurma atau bahan manis. 4. Mengadakan jamuan berbuka. 5. Banyak berzikir, selawat dan baca Al Quran. 6. Banyak bersedekah. 7. Bersahur.

Perkara Makruh Ketika Berpuasa 1. Rasa makanan dengan lidah. 2. Berkumur secara berlebihan. 3. Mandi kerap atau terlalu lama untuk menyegarkan badan. 4. Gosok gigi selepas gelincir matahari. 5. Tidur sepanjang hari. 6. Berbekam. 7. Melakukan perbuatan sia-sia.

Jenis-jenis Puasa 1. Puasa wajib

y Puasa Ramadhan y Puasa Qada y Puasa nazar2. Puasa sunat

y Puasa 6 hari dalam bulan Syawal. y Puasa Isnin dan Khamis. y Puasa tiga hari setiap bulan iaitu 13, 14 dan 15. y Puasa pada 9 dan 10 Muharram.3. Puasa makruh

y Puasa sunat hanya pada hari Jumaat atau Sabtu. y Puasa sepanjang tahun.4. Puasa haram

y Puasa pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. y Puasa pada hari - hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. y Puasa pada hari Syak iaitu 30 Syaaban.Hikmah Puasa 1. Melatih diri supaya bersifat sabar, jujur dan ikhlas. 2. Menjana kekuatan jiwa seseorang

3. Menimbulkan keinsafan dan belas kasihan kepada orang miskin 4. Memberi kerehatan pada sistem penghadaman manusia

Hadis Nabawiyah Mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama

Maksudnya : Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman. 1. Umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat mengikut kemampuannya. 2. Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam samada kesalahan kepada Allah S.W.T, manusia atau alam sekitar. 3. Setiap umat Islam mestilah mengikut panduan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W dalam mencegah kemungkaran.

Cara-cara Mencegah Kemungkaran

Antara cara-cara mencegah kemungkaran ialah : a) Mencegah dengan tangan iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti kuasa bapa kepada anaknya, ketua kelas terhadap rakan sekelas, guru kepada anak-anak muridnya, ketua kampung terhadap anak buahnya pemimpin terhadap rakyatnya dan lain-lain. b) Mencegah dengan lidah iaitu jika seseorang tidak mampu mengubah dengan tangan ia hendaklah mengubahnya dengan lisan iaitu memberi nasihat dan bimbingan dan pengajaran yang baik. c) Mengubah dengan hati, iaitu membenci kemungkaran yang dilakukan dan menjauhkan diri daripada perkara tersebut serta berazam agar pada suatu masa nanti dapat mencegahnya dengan tangan atau lisan. Mencegah dengan hati ialah selemah-lemah iman. Kesan tidak Mengikut Prinsip Dakwah yang Betul 1. Dakwah Islam tidak akan berjaya kerana kebenaran tidak sampai kepada sasaran dakwah. 2. Maruah umat Islam akan tercemar. 3. Masyarakat Islam akan lemah dan mundur. 4. Masyarakat Islam akan dipandang rendah oleh orang bukan Islam. 5. Perbuatan maksiat akan berleluasa dalam masyarakat.

Hikmah Mencegah Kemungkaran 1. Mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. 2. Melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan. 3. Meningkatkan kualiti diri dalam kehidupan. 4. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, prihatin dan bertanggungjawab. 5. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

6. Negara dalam keadaan aman dan sejahtera.

Mencegah Kemungkaran 1. Mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas setiap muslim mengikut kemampuan masing-masing. 2. Setiap muslim mestilah mengikut prinsip-prinsip dakwah yang betul ketika mencegah kemungkaran. 3. Mencegah kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman. 4. Mencegah kemungkaran dalam masyarakat akan menjamin kehidupan yang sejahtera. 5. Mencegah kemungkaran merupakan faktor utama untuk mewujudkan tamadun manusia yang mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Allah SWT Bersifat Ar Rahman 1. Maksud Allah SWT bersifat Ar Rahman. y y Ar Rahman bermaksud Maha Pemurah. Maha Pemurah Allah mengurniakan pelbagai nikmat kepada semua manusia sama ada Islam atau tidak.

2. Bukti-bukti Allah bersifat Ar Rahman. y Kejadian alam seperti bumi, langit, siang malam, binatang, tumbuhan dan sebagainya. Memberi rezeki kepada manusia. Memberi kesihatan yang baik. Akal untuk beza baik dan buruk.

y y y

Kesan Beriman dengan Ar Rahman 1. Lahir individu yang bersifat pemurah pada orang lain.

2. Sentiasa bersyukur pada Allah atas nikmatNya. 3. Sentiasa merendah diri dengan kekayaan diri kerana sedar semuanya adalah dari Allah. 4. Sentiasa taat pada Allah dan jauhi maksiat. 5. Belas kasihan dan prihatin pada golongan susah dan memerlukan pertolongan.

Perbezaan antara Pemurah Allah dan Pemurah Manusia 1. Sifat pemurah Allah SWT y y y y Tidak terbatas kerana kekayaan Allah adalah mutlak. Merangkumi kebaikan dunia dan akhirat. Diberi kepada semua hambaNya samada mukmin atau kafir. Memberi sesuatu tanpa manfaat tetapi untuk menguji manusia.

2. Sifat pemurah manusia y y y y Terbatas kerana manusia tidak mempunyai kekayaan mutlak. hanya terbatas kepada kebaikan di dunia sahaja. Diberi kepada orang tertentu mengikut penilaian tertentu. Memberi untuk mendapat ganjaran atau manfaat.

Sifat Ar-Rahman Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar-Rahman. 1. Kedekut atau bakhil kepada orang miskin. 2. Bersifat kejam terhadap makhluk Allah S.W.T.

3. Mudah berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. 4. Percaya bahawa kekayaan adalah hasil usaha sendiri, bukannya daripada Allah S.W.T.

Riwayat Hidup Hamzah bin Abdul Mutalib 1. Nama penuh ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. 2. Berketurunan Bani Hashim dan dilahirkan di Mekah pada tahun 570 M iaitu bersamaan dengan tahun kelahiran Rasulullah SAW. 3. Beliau adalah bapa saudara sebelah bapa dan sepupu sebelah ibu. 4. Hobinya ialah memburu dan memanah. Riwayat Hidup Saidina Hamzah 5. Merupakan panglima tentera Islam dan pembawa panji perang. 6. Digelar Asadullah yang bererti singa Allah. 7. Gugur syahid pada perang Uhud dan dikebumikan di Bukit Uhud pada tahun ketiga hijrah. Pengislaman Saidina Hamzah 1. Ketika pulang dari berburu, Saidina Hamzah telah diberitahu oleh dua orang perempuan bahawa Abu Jahal telah menghina dan mencerca Rasulullah SAW secara keterlaluan. 2. Saidina Hamzah terus mencari Abu Jahal, dan didapatinya Abu Jahal sedang dudukduduk bersama rakan-rakannya. 3. Setelah hampir Saidina Hamzah terus memukul kepala Abu Jahal dengan busur panah hingga berdarah. Rakan-rakan Abu Jahal cuba membantunya tetapi dihalang oleh Abu Jahal dengan berkata bahawa dialah yang memulakannya dengan memaki dan menghina anak saudara Hamzah iaitu Rasulullah secara keterlaluan. 4. Kemudian Hamzah terus mengisytiharkan keislamannya. Sifat Peribadi Saidina Hamzah

1. Seorang yang pantas bertindak. 2. Pahlawan yang gagah dan berani. Buktinya : a) Memukul kepala Abu Jahal. b) Menyahut cabaran dua orang pahlawan musyrikin untuk berlawan dalam perang Badar. 3. Sanggup berkorban untuk menegakkan kebenaran Islam. 4. Seorang yang gigih, tabah dan cekal hati. Kesyahidan Saidina Hamzah 1. Dalam perang Uhud, Saidina Hamzah berjaya membunuh 21 orang tentera musuh. 2. Tiba-tiba Saidina Hamzah terjatuh dan baju besi yang dipakainya pecah. 3. Seorang hamba iaitu Wahsyi (hamba Jubair b Mut im) telah mengambil kesepatan itu dengan melontarkan lembing yang tepat mengenai perut Saidina Hamzah. Beliau gugur syahid.

Kesyahidan Saidina Hamzah 4. Dalam perang Uhud, Saidina Hamzah berjaya membunuh 21 orang tentera musuh. 5. Tiba-tiba Saidina Hamzah terjatuh dan baju besi yang dipakainya pecah. 6. Seorang hamba iaitu Wahsyi (hamba Jubair b Mut im) telah mengambil kesepatan itu dengan melontarkan lembing yang tepat mengenai perut Saidina Hamzah. Beliau gugur syahid. 7. Isteri Abu Sufian iaitu Hindun binti Utbah telah membelah dada Saidina Hamzah dan cuba memamah jantungnya tetapi gagal. 8. Kejayaan Wahsyi menyebabkan dia dibebaskan oleh tuannya. 9. Kematian Saidina Hamzah sangat menyedihkan Rasulullah.

10. Baginda telah mengurniakan gelaran Saiyidus Shuhadak iaitu Penghulu Para Shuhadak kepada Hamzah.

Memelihara Kesucian Mashaf Adab terhadap mashaf Al-Quran : 1. Mengambil wuduk. 2. Berpakaian bersih dan menutup aurat. 3. Meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi. 4. Memegang atau membawa mashaf Al-Quran dengan tangan kanan. 5. Mencium Al-Quran selepas menggunakannya. 6. Mashaf Al-Quran yang rosak mestilah dibakar dan abunya hendaklah ditanam di tempat yang orang tidak lalu lalang atau dialirkan ke dalam arus sungai atau laut.

Tujuan Beradab Terhadap Mashaf Al Quran 1. Untuk memuliakan Al-Quran sebagai Kalam Allah. 2. Untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah. 3. Untuk mengelakkan kemurkaan dan azab Allah S.W.T. 4. Untuk mendapat ganjaran pahala. 5. Untuk membentuk diri supaya lebih berdisiplin. 6. Untuk mengelakkan penghinaan terhadap Al-Quran.

Perkara yang Menyalahi Adab Terhadap Mashaf Al Quran 1. Meletak atau menyimpan Al Quran di tempat yang rendah seperti atas lantai. 2. Memegang mashaf Al Quran dalam keadaan berhadas.

3. Menggantung ayat Al Quran di dinding tandas. 4. Mengoyak halaman mashaf Al Quran. 5. Menulis ayat Al Quran dalam bentuk lembaga manusia atau haiwan. 6. Menulis ayat Al Quran di tempat yang terdedah kepada penghinaan seperti kasut.

Adab Mencipta dan Menjual Seni Khat 1. Pencipta dan pembeli khat hendaklah menjaga adab-adab terhadap Al-Quran. 2. Antara adab-adab itu ialah : a) Penjual dan pembeli mestilah orang Islam. b) Pencipta khat mestilah teliti supaya tidak tersilap huruf, titik, baris dan sebagainya. c) Menjual khat Al-Quran dengan harga yang berpatutan.

Konsep dan Pengertian Perpaduan

(Surah Ali-Imran : Ayat 103) Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah S.W.T, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah S.W.T kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu, lalu Allah S.W.T menyatukan di antara hati-hati kamu, lalu dengan nikmat Allah S.W.T itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara, dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah S.W.T menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah S.W.T

menerangkan tanda-tanda kebesaranNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. 1. Perpaduan bermaksud persaudaraan yang menjadi satu prinsip bagi menyatupadukan masyarakat. 2. Perpaduan sangat dituntut dalam Islam dan perlu dihayati oleh setiap Muslim. 3. Perpaduan dapat mewujudkan umat yang kuat, dihormati, maju dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan, manakala perpecahan menyebabkan umat Islam mundur, lemah dan terkeluar daripada arus perdana dunia. 4. Perpaduan dalam Islam berasaskan akidah Islam iaitu keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasullulah. 5. Perpaduan dalam Islam bukan saja melibatkan hubungan baik sesama orang Islam malah meliputi hubungan baik dengan orang bukan Islam.

Hikmat Bersatu padu 1. Lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 2. Wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara. 3. Lahir umat Islam yang bersatu padu, teguh dan kuat. 4. Pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan sempuna. 5. Umat Islam dihormati dan disegani oleh masyarakat bukan Islam. 6. Kehidupan masyarakat akan berjaya dan memperolehi rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Cara Mengukuhkan Persaudaraan 1. Saling bekerjasama dan bertoleransi dalam kehidupan. 2. Memupuk semangat kejiranan. 3. Menghindari perbuatan memfitnah dan sebagainya.

4. Membudayakan amalan ziarah menziarahi. 5. Sayang menyayangi antara satu sama lain.

Keburukan Perpecahan 1. Umat Islam lemah dalam semua aspek kehidupan. 2. Umat Islam bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. 3. Umat Islam akan dipandang hina dan tidak dihormati oleh orang bukan Islam. 4. Memberi peluang kepada musuh-musuh Islam menzalimi dan menindas orang Islam. 5. Menjejaskan perkembangan ekonomi dan kestabilan negara. Pengajaran Ayat 1. Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan. 2. Akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam. 3. Perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecemerlangan. 4. Perpecahan dan permusuhan akan merugikan sesebuah bangsa dan negara.

Allah SWT Bersifat Al Adl Maksud Allah SWT bersifat Al Adl : 1. Allah SWT bersifat Al Adl bermaksud Maha Adil. 2. Keadilan Allah adalah mutlak, iaitu tidak mempunyai had atau batasan. 3. Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan meninggalkan perbuatan yang zalim sama ada kepada manusia, haiwan, alam sekitar dan sebagainya.

Ciri-ciri Amalan yang Adil 1. Menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik. 2. Menunaikan hak diri sendiri seperti solat, belajar, bersukan, berehat dan sebagainya. 3. Memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat. 4. Menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan baik dan cermat. 5. Membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu.