nota sejarah malaysia moden bab 6

10
Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden BAB ENAM: PERLETAKAN ASAS PEMBINAAN NEGARA PERLETAKAN ASAS DALAM PENDIDIKAN NEGARA Laporan Barnes (1951) Laporan Barnes telah disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan clan memperbaiki taraf pendidikan orang Melayu. Selain itu, Laporan Barnes bertujuan untuk mewujudkan satu sistem persekolahan yang bersifat kebangsaan di Tanah Melayu. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: 1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. 2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. 3. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. 4. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu. 5. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 6. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. 1 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Upload: hazman-azhar

Post on 04-Aug-2015

719 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

BAB ENAM: PERLETAKAN ASAS PEMBINAAN NEGARA

PERLETAKAN ASAS DALAM PENDIDIKAN NEGARA

Laporan Barnes (1951)

Laporan Barnes telah disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan clan memperbaiki

taraf pendidikan orang Melayu.

Selain itu, Laporan Barnes bertujuan untuk mewujudkan satu sistem persekolahan

yang bersifat kebangsaan di Tanah Melayu.

Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.

3. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang

murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

4. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib

diajar di sekolah Melayu.

5. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah

bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

6. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan

kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan

bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Laporan Fenn-Wu (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu

(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang

menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang

Cina.

1Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 2: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada

Ordinan Pelajaran (1952). Antara syor yang dikemukakan oleh Laporan Fenn-Wu

termasuklah:

1. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu

Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

3. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung

keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan

negara.

Sistem Persekolahan Kebangsaan (Ordinan Pendidikan 1952)

Berdasarkan Laporan Barnes 1951 dan Laporan Fenn-Wu 1951, kerajaan

Persekutuan telah bersetuju untuk mengeluarkan Ordinan Pendidikan 1952 yang

menjadi halatuju kepada perlaksanaan pendidikan di Tanah Melayu.

Ordinan ini telah menetapkan bahawa penubuhan dua jenis aliran persekolahan,

iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Selain itu, Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat

permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik

darjah dan Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran

kebangsaan.

Walau bagaimanapun, Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi

pelbagai masalah termasuklah masalah kekurangan guru, kewangan dan tentangan

kaum Cina dan India.

Namun begitu Jawatankuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang

tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu:

1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu

iaitu bahasa Melayu dan Inggeris;

2Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 3: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

2. Penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan

secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan

iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing;

3. Mengehadkan kadar kemasukan murid ke sekolah jenis kebangsaan Inggeris;

4. Penubuhan pendidikan menengah vokasional diperluas sebagai usaha

mewujudkan tenaga mahir di Tanah Melayu.

Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan

perubahan yang besar kepada kepada hala tuju dan falsafah pendidikan

yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak.

Manakala kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri

tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal

seperti sediakala.

Penyata Razak (1956)

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu

jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan

di Malaysia.

Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan

dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan

persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah

mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)

dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK.

Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

3Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 4: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Antara tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

1. membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan

aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa

2. menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

3. menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

4. mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang

diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar

utama.

3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah

dan sekolah menengah.

4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi

bahasa pengantar.

5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah

(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah

Nazir Persekutuan ditubuhkan.

4Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 5: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

PELAN PEMBANGUNAN MALAYA (1950-1955)

Pelan Pembangunan Malaya 1950 dirangka bertujuan untuk menentukan polisi

pembangunan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun

bermula pada tahun 1950 sehingga ke 1955.

Draf pembangunan ini telah dirangka pada tahun 1949 dan diselesaikan pada Jun

1950 dan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

Antara penekanan yang diberikan melalui pelan pembangunan ini termasuklah:

1. Menekankan pembangunan luar bandar di bawah Rural and Industrial

Development Authorities (RIDA) yang merupakan sebuah agensi

pembangunan yang telah diperbadankan.

2. Membasmi masalah buta huruf melalui pembentukan kurikulum pendidikan

yang lebih tersusun dan bersifat kebangsaan, selain memulakan sistem

pendidikan di peringkat kolej latihan, pendidikan menengah dan vokasional

selain memberi penekanan terhadap pendidikan tinggi.

3. Memberi penekanan terhadap usaha-usaha meningkatkan pertahanan dan

keselamatan Tanah Melayu melalui usaha-usaha membasmi ancaman

pengaruh komunis. (hampir 45% perbelanjaan kerajaan Persekutuan

dihabiskan untuk membanteras ancaman komunis)

4. Mewujudkan undang-undang perburuhan melalui Labour Code termasuklah

menekankan kebajikan dan kesihatan buruh bagi mengelakkan pengaruh

komunisme terus meresap ke dalam persatuan buruh di Tanah Melayu.

5. Meningkatkan taraf kesihatan di luar bandar dan membasmi masalah

penularan wabak batuk kering (tubercolosis).

5Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 6: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

PELAN LIMA TAHUN MALAYSIA (1956-1960)

Kerajaan British telah melaksanakan satu rancangan ekonomi lima tahun setelah

mendapat ilham daripada kejayaan rancangan ini di Russia dan India serta

pengalaman Marshall Plan.

Perancangan ekonomi ini bermula dengan lawatan yang dibuat oleh wakil Bank

Dunia pada tahun 1954.

Sebelum itu, satu draf pembangunan telah dibuat oleh kerajaan British iaitu “Draft

Development Plan of Malaya” pada tahun 1950.

Rancangan Malaya Pertama (1955 - 1960)

Pemimpin tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab untuk

mengendalikan pembangunan negara melalui pemerintahan sendiri selepas

Pilihanraya Umum 1955 yang membawa kepada pembentukan kerajaan oleh Parti

Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Dalam Rancangan Malaya Pertama ini, tumpuan yang serius telah diberikan dalam

sektor ekonomi, sosial dan perkhidmatan awam.

Dalam bidang ekonomi misalnya, antara usaha penting kerajaan termasuklah:

1. Mempergiat pembukaan tanah baru untuk pertanian

2. Menggalakkan penanaman semula getah melalui pekebun kecil dan ladang

3. Mempelbagaikan hasil pengeluaran pertanian

4. Memperluas perusahaan bijih timah

Dalam aspek sosial, kerajaan mula memajukan sektor perkhidmatan seperti

kesihatan, pendidikan dan perhubungan.

Dalam aspek perkhidmatan awam, kerajaan telah mula membina pelbagai

infrastruktur seperti balai polis,kem tentera, pejabat pos,mahkamah dan rumah

kakitangan awam.

6Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 7: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 6

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Pembangunan luar bandar dan orang Melayu telah menjadi keutamaan dalam

rancangan ini. Antaranya adalah dengan penubuhan agensi seperti Rural Industry

Development Agency (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Peranan RIDA termasuklah:

Ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil.

Membantu pemasaran hasil pertanian

Menggalakkan orang Melayu menceburi sektor perniagaan

Peranan FELDA pula termasuklah:

Bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

Meningkatkan hasil pertanian negara dengan menumpukan penanaman

getah dan sawit

Membantu orang Melayu yang miskin dengan membuka tanah baru yang

lengkap dengan kemudahan asas

Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan disebabkan:

I. Ancaman komunis dalam zaman darurat memaksa sejumlah besar wang

negara beralih kepada perbelanjaan keselamatan negara

II. Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

7Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012