nota sejarah & evolusi komputer

18
SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

Upload: idasuhaida

Post on 29-Jun-2015

354 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

SEJARAH & EVOLUSI

KOMPUTER

Page 2: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

PENGENALAN

• Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan elektronik. Sejarah dan evolusi komputer terbahagi kepada 2 zaman iaitu:

• Sebelum 1940

• Selepas 1940

Page 3: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

SEBELUM 1940

1) Pada peringkat awal, manusia menggunakan benda-benda berikut untuk mengira:

a) jari

b) batu

c) kayu kecil

d) simpulan pada tali

Page 4: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

2. Abakus

• Abakus digunakan sejak lebih 5,000 tahun dahulu

• Ia dikenali sebagai cepoa atau sempua

• Abakus mula digunakan di Babylon sebelum dibawa ke negara-negara Asia

• Di Jepun, ia dikenali sebagai soroban

Page 5: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

3. Mesin Pascaline

• Mesin Pascaline ialah mesin kira (kalkulator) mekanikal yang pertama

• Ia dicipta pada tahun 1642 oleh Blaise Pascal, seorang ahli matematik Perancis

• Keupayaan mesin ini terhad

Page 6: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

4. Konsep komputer Modern

• Komputer ini diperkenalkan oleh Charles Babbage

• Charles Babbage digelar Bapa Komputer atau Arkitek Konsep Modern

• 2 jenis komputer yang diperkenalkan oleh Charles Babbage adalah:

– Enjin Perbezaan (Difference Engine) dicipta pada tahun 1830

– Enjin Analitik (Analytical Engine) dicipta pada tahun 1834 menggantikan Enjin Perbezaan

Page 7: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

SELEPAS 1940

Page 8: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

Generasi Pertama (1942-1959)

• Dalam generasi komputer adalah dari jenis kerangka utama

• Komputer kerangka utama adalah terbesar dan terawal sekali

• Komputer menggunakan tiub vakum

Page 9: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

• Terdapat 2 jenis komputer dalam generasi ini iaitu:

1.) ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) yang dicipta oleh John Mauchly dan John Presper Eckert pada tahun 1945

2.) UNIVAC (UNIversal Automatic Computer

Page 10: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

2. Generasi Kedua (1959-1964)

• Komputer menggunakan transistor

• Komputer menjadi kecil dan bertambah pantas

• Pencipta transistor ialah John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain

• Ciptaan transistor mengurangkan kos membuat komputer

Page 11: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

3. Generasi Ketiga (1964-1970)

• Komputer mula menggunakan litar bersepadu• Komputer lebih kecil dan lebih pantas• Komputer mula menggunakan sistem

pengoperasian (sebuah perisian komputer yang mengawal dan mempercekapkan cara komputer bekerja)

• Istilah perkongsian masa muncul pada generasi ini

• Minikomputer diperkenalkan

Page 12: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

4. Generasi Keempat (1970 – Kini)

• Pada masa ini terdapat teknologi penyepaduan skala besar

• Mikropemprosesan dicipta

• Pada tahun 1975, teknologi berkembang kepada teknologi penyepaduan skala amat besar

• Era mikrokomputer bermula pada masa ini

Page 13: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

• Pada tahun 1978, perisian komputer pukal hamparan elektronik yang dipanggil Visicals (Visible Calculator) dihasilkan oleh Dan Brickland dari Havard University Business School

• Superkomputer muncul pada masa ini

Page 14: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

5.Generasi Kelima (Masa hadapan)

• Komputer akan dicipta untuk memiliki kepintaran buatan

• Dari memproses secara jujukan (satu arahan demi satu arahan), komputer cerdik boleh melaksana pemprosesan selari (tugas diselesaikan serentak)

Page 15: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

TUGAS-TUGAS KOMPUTER

Pemprosesan Data

Pemprosesan unsur multimedia

1. Teks

2. Animasi

3. Grafik

4. Audio

5. Video

Rekabentuk berbantukan Komputer

Page 16: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER

TERIMA KASIH

Page 17: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER
Page 18: nota SEJARAH & EVOLUSI KOMPUTER