nota sajak engkau bagai dalam sangkar

6
Bentuk sajak ini bebas Sajak ini tidak terikat pada ciri-ciri pantun atau syair. Sajak ini mengandungi tiga rangkap. Sajak- Engkau bagai dalam sangkar’. Jumla h Baris Nama Baris Jumlah suku kata Rima akhir Kamar itu bukan kamar yang engkau impikan pintunya pagar duri ada penjaga setia bentengnya batu kelikir keras sukar untukmu melepas 6 Baris Sekstet 4 hingga 10 a/b/c/d/e/e angin panas memasuki pintu kamarmu menghantar ganjaran duniawi hambarlah kaurasakan kehidupan ini engkau yang memilih jalan 8 Baris Oktaf 5 hingga 13 a/b/b/a/c/ d/a/a 1 | SAJAK CERMIN DIRI BENTU K NOTA SAJAK “Engkau Bagai Dalam

Upload: mysweetypie

Post on 25-Jun-2015

1.232 views

Category:

Documents


40 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sajak Engkau Bagai Dalam Sangkar

Bentuk sajak ini bebas Sajak ini tidak terikat pada ciri-ciri pantun atau syair. Sajak ini mengandungi tiga rangkap.

Sajak- ‘Engkau bagai dalam sangkar’.

Jumlah Baris

Nama Baris

Jumlah suku kata Rima akhir

Kamar itubukan kamar yang engkau impikan pintunya pagar duriada penjaga setiabentengnya batu kelikir kerassukar untukmu melepas

6 Baris Sekstet 4 hingga 10 a/b/c/d/e/e

angin panas memasuki pintu kamarmumenghantar ganjaran duniawihambarlah kaurasakan kehidupan iniengkau yang memilih jalan itujalan yang kerasranjau runcing pucuk api merah engkau rakus menujah jalan itutali fikirmu pun berlalu

8 Baris Oktaf 5 hingga 13 a/b/b/a/c/d/a/a

Kiniengkau bagai dalam sangkarkokokmu tidak kedengaran lagisuara lantangmu menghilangengkau tinggal menantikan Cumahari-hari pembalasan yang pasti

6 Baris Sekstet 2 hingga 11 a/b/a/c/d/a

1 | SAJAK CERMIN DIRI

BENTUK

NOTA SAJAK

“Engkau Bagai Dalam Sangkar”

Page 2: Nota Sajak Engkau Bagai Dalam Sangkar

Rangkap Satu:Seorang pesalah ditahan dalam bilik penjara yang amat menyiksakan. Penjara itu berpagarkan duri dan berbenteng tembok yang kukuh untuk mengelak banduan melarikan diri.

Rangkap Dua:Keadaan di luar bilik menjadikan ia semakin tidak selesa. Ia cukup terseksa di situ. Dia berada di situ sebagai banduan kerana telah melakukan kesalahan secara penentangan bersenjata dengan jalan kekerasan pada masa lalu sehingga ia ditahan dan dipenjarakan.

Rangkap Tiga:Kini dia masih dipenjarakan dan suara penentangannya dan kritikan tajamnya terhadap pihak berkuasa tidak kedengaran lagi. Dia hanya menunggu saat untuk menerima hukuman atas kesalahan lalu yang telah dilakukannya.

Maksud- Persoalan “Penyeksaan hidup dalam penjara”.

Rangkap 1: Penyeksaan berada di dalam penjara.Rangkap 2: Penyeksaan.Rangkap 3: Penyeksaan dan kekecewaan.

Tema sajak ini ialah keinsafan dan kekecewaan. Keinsafan dan kekecewaan ini ditujukan kepada seorang banduan yang berada di

penjara. Mereka dipenjarakan kerana kesalahannya yang lalu iaitu melakukan penentangan

bersenjata terhadap pihak berkuasa sehingga dipenjarakan.

2 | SAJAK CERMIN DIRI

MAKSUD

TEMA

PERSOALAN

Page 3: Nota Sajak Engkau Bagai Dalam Sangkar

Kegiatan penentangan terhadap pihak berkuasa secara kekerasan hendaklah dielakkan kerana ini bertentangan dengan undang-undang negara.

Penentangan bersenjata terhadap pemerintahan akan menyebabkan seseorang itu ditahan dan dipenjarakan serta ini merupakan tindakan yang sia-sia dan memberi penyesalan.

Gaya Bahasa bagi sajak ini ialah indah dan puitis Antara gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah:

Gaya Bahasa Rangkap dan baris Contoh:Simbol(perkataan yang melambangkan sesuatu yang lain)

Rangkap 2 baris 1

Rangkap 2 baris 6

Rangkap 2 baris 6

Rangkap 2 baris 6

Rangkap 3 baris 3

‘angin panas’ bermaksud berita yang menyakitkan hati.

‘ranjau runcing’ bermaksud buluh runcing.

‘pucuk api merah’ bermaksud senjata api.

‘merah’ bermaksud merbahaya.

‘kokok’ bermaksud bermaksud suara penentangan.

Asonansi(perulangan huruf vokal)

Rangkap 2 baris 1

Rangkap 1 baris 5

‘angin panas memasuki pintu kamarmu’- Perulangan huruf vokal ‘a’.

‘bentengnya batu kelikir keras’- Perulangan huruf

3 | SAJAK CERMIN DIRI

PENGAJARAN

GAYA BAHASA

Page 4: Nota Sajak Engkau Bagai Dalam Sangkar

Rangkap 2 baris 6vokal ‘e’

‘ranjau runcing pucuk merah’-Perulangan huruf vokal ‘u’

Aliterasi(perulangan huruf konsonan)

Rangkap 1 baris 3

Rangkap 2 baris 2

‘pintunya pagar duri’-Perulangan huruf konsonan ‘p’

‘menghantar ganjaran duniawi’-Perulangan huruf konsonan ‘n’.

Anafora(perulangan kata yang terletak pada awal baris dalam satu rangkap)

Rangkap 2 baris 4 dan 7

Rangkap 3 baris 2 dan 4.

Perulangan kata ‘engkau’

Perulangan kata ‘engkau’.

Repitasi(perulangan kata dalam sajak)

Rangkap 1,2 dan 3 Perkataan kamar dan engkau

Corak sajak ini ialah elegi iaitu ratapan dan penyesalan atas perlakuan yang lepas kerana menentang pemerintah secara kekerasan.

♫ Nada sajak ini iaitu kecewa. Ia difokuskan kepada seorang banduan yang ditahan

dalam penjara akibat perbuatannya yang lepas.

Aliran sajak ini ialah realisme iaitu suatu fenomena masyarakat yang berlaku dalam sesebuah negara. Selain itu sajak ini beraliran didaktisme iaitu pengajaran kepada orang lain supaya berwaspada dan tidak sewenang-wenang bergiat melakukan

4 | SAJAK CERMIN DIRI

CORAK

NADA

ALIRAN

Page 5: Nota Sajak Engkau Bagai Dalam Sangkar

penentangan bersenjata terhadap pemerintah kerana ia akan menerima hukuman yang berat.

5 | SAJAK CERMIN DIRI