bahasa melayu€¦ · (perumpamaan) bagai abu di atas tunggul maksudnya: kedudukan seseorang yang...

46
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Upload: others

Post on 04-Jun-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

BAHASA MELAYU

TAHUN ENAM

Page 2: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

PERIBAHASA

(PERUMPAMAAN)

Page 3: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai abu di atas tunggul

Maksudnya:

Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak

terjamin.

Ayat :

Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

tunggul , Maliki telah membuat keputusan untuk

meletak jawatan.

Page 4: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai air di daun keladi.

Maksudnya

Tidak tetap penderian.

Ayat

“Jika kamu bersikap bagai air di daun keladi

adalah sukar bagi kamu untuk mencapai

matlamat hidup,” kata kaunselor itu.

Page 5: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai anjing berebut tulang

Maksud:

Tamak dan ingin berebut harta.

Ayat:

Zali tidak sanggup melihat adik-beradiknya bagai

anjing berebut tulang apabila mereka bertelagah

kerana berebutkan harta yang tidak seberapa itu.

Page 6: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai aur dengan tebing

Maksud:

Saling membantu

Ayat:

Penduduk di kampung itu bagai aur dengan tebing

kerana sentiasa hidup dengan aman dan saling

membantu.

Page 7: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai ayam mengeram telur.

Maksud:

Merah muka seseorang.

Ayat:

Wajah lelaki itu bagai ayam mengeram telur

apabila ditempelak oleh rakan sekerjanya.

Page 8: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai berumah ditepi pantai.

Maksud:

Selalu bimbang dan cemas.

Ayat:

“Keadaan kami sekrang ini bagai berumah di tepi

pantai kerana sering diganggu oleh along,”kata Azura.

Page 9: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai berseru di padang pasir

Maksud:

Seruan yang tidak diambil peduli

Ayat

“Mengapakah nasihatku selama ini bagai berseru di

padang pasir walaupun mereka sedar akan

kebenarannya?”keluh Malik.

Page 10: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud :

Sesuatu yang tidak menjadi kenyataan tanpa

persetujuan pihak yang lain.

Ayat

Rais berasa kecewa apabila menyedari bahawa

selama ini dia bagai bertepuk sebelah tangan

kerana Seliza langsung tidak menyukainya.

Page 11: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai bulan dipagari bintang Maksudnya

Kecantikan seseorang akan menyerlah ketika

dikelilingi oleh rupawan.

Ayat

Rupa sepupu Suzie yang cantik bertambah cantik

bagai bulan dipagari bintang ketika dikelilingi oleh

adik-beradiknya yang cantik juga.

Page 12: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai bulan jatuh ke riba.

Maksud:

Mendapat sesuatu yang tidak diduga.

Ayat

Kekayaan yanng dimiliki oleh Pak Salleh itu

bagai bulan jatuh ke riba apabila jutawan tersebut

memberi ganjaran atau bantuan kepadanya.

Page 13: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai bulan purnama penuh

Maksud:

Gadis yang sangat cantik

Ayat:

Ada dara Encik Razak sungguh cantik bagai

bulan purnama pebuh selain memiliki budi

bahasa yang tinggi.

Page 14: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai buntal kembung

Maksud:

Bodoh dan sombong

Ayat

Sikap Zarul yang bodoh dan sombong bagai buntal

kembung itu menyebabkan ramai orang tidak

menyenanginya.

Page 15: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai bunyi cempedak jatuh

Maksud:

Bunyi jatuh yang sangat kuat

Ayat

Kami terkejut ketika budak gemuk itu terjatuh

daripada kerusinya kerana bunyinya bagai bunyi

cempedak jatuh.

Page 16: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai dakwat dengan kertas

Maksud:

Hubungan persahabatan yang sangat erat.

Ayat

Hubungan persahabatan antara Najwa dengan Khaleeda

bagai dakwat dengan kertas.

Page 17: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai denai gajah berlalu

Maksud

Kerosakan yang besar hingga sukar

disembunyikan.

Ayat

“Masalah yang menimpa kita sekarang ini bagai

denai gajah berlalu dan harus diatasi dengan

segera,”kata lelaki itu.

Page 18: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai di hiris dengan sembilu

Maksud:

Perasaan yang teramat sedih

Ayat

Hati Puan Ramlah bagai dihiris dengan sembilu

apabila dimarahi oleh majikan.

Page 19: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai duri dalam daging

Maksud:

Sesuatu yang amat tidak menyenangkan.

Ayat

Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai

duri dalam daging dalam keluarga Puan Harnita.

Page 20: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk

masing-masing

Maksud:

Tiada pemuafakatan dalam masyarakat,hanya

berpegang pada pendapat sendiri serta melakukan

perkerjaan masing-masing.

Ayat

Penduduk di Kampung Kuala bagai enau dalam

belukar , melepaskan pucuk masing-masing kerana

semuanya mementingkan diri sendiri.

Page 21: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai geluk tinggal di air

Maksud:

Hidup dalam kedaifan dan hanya berharap pada

bantuan.

Ayat

Sejak kebelakangan ini ,hidup mereka bagai geluk

tinggal di air serta terpinggir sejak ayah mereka

meninggal dunia.

Page 22: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai gembala diberi keris

Maksud:

Pemberian yang tidak membawa apa-apa makna.

Ayat

Pemberian komputer kepada keluarga itu bagai

gembala diberi keris kerana rumah mereka tiada

bekalan elektrik.

Page 23: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai harimau beranak muda

Maksud:

Sangat garang,bengis dan sombong

Ayat:

Murid-murid dalam kelas itu tidak berani berbuat

bising apabila guru yang bagai harimau beranak

muda itu mengajar.

Page 24: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai hempedu lekat di hati

Maksud:

Perhubungan yang sukar untuk dipisahkan.

Ayat

Persahabatan antara Fiza dengan Sarah bagai

hempedu lekat di hati kerana mereka sukar

dipisahkan.

Page 25: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai itik pulang petang

Maksud:

Jalan dengan lambat sambil melenggang.

Ayat

Budak itu sengaja menyakitkan hati Danish apabila

berjalan bagai itik pulang petang ketika lalu di

hadapannya.

Page 26: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kain tiga hasta

Maksud:

Hidup dalam kemiskinan.

Ayat

“Aku sudah tidak sanggup hidup bagai kain tiga

hasta lagi,sentiasa susah dan serba kekuranngan,”

kata Diana kepada kawannya.

Page 27: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kacang direbus satu

Maksud:

Melonjak-lonjak kegembiraan kerana mendapat

keuntungan .

Ayat

Aidil bagai kacang rebus satu sebaik-baik sahaja

menerima berita tentang kejayaannya itu.

Page 28: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kambing dalam biduk

Maksud:

Hidup dalam ketakutan.

Ayat

Semasa zaman Jepun ,orang ramai hidup bagai

kambing dalam biduk kerana takut akan askar-

askar Jepun.

Page 29: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kambing diseret ke air

Maksud:

Malas melakukan sesuatu pekerjaan yang

disuruh.

Ayat:

Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan

Rohana kerana dia bersikap bagai kambing

diseret ke air apabila disuruh untuk melakukan

sesuatu tugas.

Page 30: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kelip-kelip terbang malam

Maksud:

Rahsia yang telah terbongkar.

Ayat

Hanis tidak mahu keluar rumah kerana malu apabila

rahsia yang disimpan selama ini telah terbongkar

bagai kelip-kelip terbang malam.

Page 31: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kerakap tumbuh di batu.

Maksud:

Kehidupan yang miskin dan melarat.

Ayat

Abang Mat hidup bagai kerakap tumbuh di batu

kerana semua hartanya digunakan untuk berjudi.

Page 32: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kucing kehilangan anak.

Maksud:

Hilang akal atau kebingungan.

Ayat

“Aku tengok dia bagai kucing kehilangan anak sejak

buah hatinya berpindah ke bandar,”kata Anuar kepada

Imran.

Page 33: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai kumbang putus tali

Maksud:

Sangat pantas berlari atau jalannya.

Ayat

Mereka lari bertempiaran bagai kumbang putus tali

unuk menyelamatkan diri daripada orang yang

mengamuk itu.

Page 34: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai limau masam sebelah

Maksud:

Pertimbangan yang tidak adil.

Ayat

Kamala berasa keputusan itu bagai limau masam

sebelah kerana dia tidak diberi peluang untuk

membela diri.

Page 35: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai lintah dipotong ekor.

Maksud:

Melakukan pekerjaan dengan pantas.

Ayat

“Jika kamu semua boleh bekerja bagai lintah

dipotong ekor, kita tentu dapat menyiapkan semua

tempahan itu dengan pantas,”kata Encik Deraman.

Page 36: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai melepaskan batuk di tangga

Maksud:

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-

sungguh.

Ayat

“Saya tidak mahu kamu melakukan kerja itu dengan

sambil lewa bagai melepaskan batuk di tangga,” kata

Puan Hasnah.

Page 37: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai melukut di tepi gantang

Maksud:

Tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Ayat

“Aku berasa sedih kerana hidup bagai melukut di

tepi gantang ,tiada sesiapa yang simpati,”keluhnya

sendirian.

Page 38: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai menatang minyak yang penuh

Maksud:

Mendidik anak dengan penuh kasih sayang

Ayat

“Aku berjanji akan membalas jasa mereka yang

telah membesarkan aku bagai menatang minyak

yang penuh,” kata Marlia.

Page 39: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai mencari belalang di atas akar

Maksud

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan

hasil.

Ayat

Perbuatan Lukman mencari guli yang terjatuh ke

dalam paya itu tidak akan berhasil bagai mencari

belalang di atas akar.

Page 40: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai mencencang air

Maksud:

Membuat sesuatu yang tidak berfaedah.

Ayat

Tindakan Roslan menampal tayar yang bocor itu

adalah sia-sia tidak ubah bagai mencencang air.

Page 41: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai pinang dibelah dua

Maksud:

Pasangan yang sanngat sepadan.

Ayat

Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu

sama cantik dan sama padan bagai pinang

dibelah dua.

Page 42: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai puyuh laga

Maksud:

Percakapan yang tidak habis-habis.

Ayat

“Aku berasa terganggu tatkala duduk di sebelah

Azwan yang bercakap bagai puyuh laga itu,” luah

Sulaiman.

Page 43: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai rambut dibelah tujuh

Maksud:

Sesuatu yang terlalu sedikit atau kecil.

Ayat

Hartanya yang sedikit itu bagai rambut dibelah

tujuh apabila dibahagi-bahagikan kepada anak-

anaknya yang lima orang itu.

Page 44: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai tikus membaiki labu

Maksud:

Merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki.

Ayat

Tindakan abang membaiki radio itu bagai tikus

membaiki labu apabila radio itu bertambah

kerosakannya.

Page 45: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

Bagai wau putus tali

Maksud:

Putus harapan dan berserah kepada takdir.

Ayat

Kehidupan Mak Lijah bagai wau putus tali apabila dia

tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

Page 46: BAHASA MELAYU€¦ · (PERUMPAMAAN) Bagai abu di atas tunggul Maksudnya: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin. Ayat : Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas

SEKIAN

TERIMA KASIH.