nota rumusan karangan spm

Upload: halimi-hafiza-hartini

Post on 14-Jul-2015

1.843 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Teknik Menghasilkan Rumusan BerkesanTEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN/ RENCANA A. MENULIS PENGENALAN: 1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan dan dalam pengenalan. 2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan: * faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi * langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan * kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif * ciri = sifat = bentuk * masalah = halangan = cabaran = kekangan 3. Contoh: 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat. Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah. 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut. Pengenalan rumusan : Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar. 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang. 4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara. 5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.

1

B. MENULIS ISI TERSURAT: 1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah) 2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja. 3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi) 4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda. 5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat. 6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat. 7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. 8. Contoh penggunaan ayat: Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat) -Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat. -Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar. -Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut. -Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran. -Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi. -Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar. Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa) -Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit. -Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar. -Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar. -Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar. -Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan. 9. JANGAN gunakan perkataan harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang. Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. 10. Contoh : Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. "

2

Isi tersurat : -Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba. Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. "Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." Isi tersurat : - Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah. Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya. "Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara." Isi tersurat : - Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara. Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. "Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. " Isi tersurat : - Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

3

C. MENULIS ISI TERSIRAT: 1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua. 2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga. 3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda. 4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat. 5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah. 6. JANGAN gunakan perkataan harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) 7. Contoh : Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. "Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." Isi tersirat : - Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita. Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya. Isi tersirat : -Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani. Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat." Isi tersirat : - Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya. Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Isi tersirat : - Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang.

4

D. MENULIS PENUTUP / ULASAN: 1. 3 aspek perlu ditulis iaitu: i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan 2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut: i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut iii. supaya / agar 3. Ayat seharusnya berbunyi begini : Contoh 1 : Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). Contoh 2 : Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). 4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda: Contoh 1 : Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya. Ulasan rumusan: Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi. Contoh 2 : Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut. Ulasan rumusan: Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang. Contoh 3 : Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi. Ulasan rumusan: Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah. Contoh 4 : Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya. Ulasan rumusan: Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

5

Contoh Rumusan LengkapContoh Rumusan Lengkap 1: Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak boleh lebih 120 patah perkataan. ___________________________________________________________________ Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka. Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah. Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan.

6

Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita. Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara. ___________________________________________________________________ Contoh Jawapan Rumusan 1: Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing. Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan. Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia. Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan. (121 patah perkataan) Contoh Rumusan Lengkap 2: Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ____________________________________________________________________ Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti

7

barangan asli. Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran. Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang dilayari oleh pelanggan. Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah. Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di manamana sahaja. ____________________________________________________________________ Contoh Jawapan Rumusan 2: Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia. Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar.

8

Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat dibanteras. (120 patah perkataan )

Contoh Rumusan LengkapContoh Rumusan Lengkap 1: Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak boleh lebih 120 patah perkataan. ___________________________________________________________________ Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka. Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah. Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.

9

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita. Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara. ___________________________________________________________________ Contoh Jawapan Rumusan 1: Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing. Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan. Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia. Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan. (121 patah perkataan) Contoh Rumusan Lengkap 2: Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

10

____________________________________________________________________ Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli. Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran. Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang dilayari oleh pelanggan. Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah. Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di manamana sahaja. ____________________________________________________________________ Contoh Jawapan Rumusan 2: Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.

11

Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar. Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat dibanteras. (120 patah perkataan )

Petikan Soalan RumusanSoalan Rumusan 1: Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan langkah memperbaiki program ini. Panjang 120 patah perkataan. ____________________________________________________ Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2002. Pada setiap tahun, program ini dilaksanakan sebanyak dua kali bagi membolehkan lebih ramai remaja menyertainya. Golongan remaja yang diwajibkan untuk menyertai program PLKN ini adalah terdiri daripada lepasan sekolah iaitu sebaik sahaja mereka menamatkan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Dengan menyertai PLKN ini, para peserta akan dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah sambil menunggu keputusan peperiksaan. Dengan masa lapang yang sentiasa terisi, remaja akan terhindar daripada melakukan jenayah yang tidak berfaedah seperti menyertai perlumbaan motosikal haram, menyalahgunakan dadah, menyertai kumpulan haram dan sebagainya. Peserta PLKN adalah terdiri daripada remaja pelbagai kaum. Di kem-kem PLKN, remaja tersebut yang terdiri daripada remaja Melayu, Cina dan India ditempatkan di dalam satu kawasan yang sama. Oleh itu penyertaan mereka dalam PLKN dapat menyemai semangat perpaduan di antara pelbagai kaum. Semangat perpaduan ini amat penting bagi membentuk Malaysia yang aman dan harmoni. Penyertaan mereka dalam PLKN juga menggalakkan mereka untuk belajar berdikari tanpa mengharapkan pertolongan daripada orang lain. Sebagai contohnya, mereka dikehendaki untuk mengemas dan mencuci pakaian mereka sendiri ketika berjauhan daripada keluarga. Hal seperti ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya golongan remaja tidak didedahkan dengan program PLKN. Semasa berada di kem latihan, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk golongan remaja

12

tersebut. Antaranya termasuklah ceramah, motivasi, latihan ketenteraan dan sebagainya. Dengan cara ini, penyertaan mereka akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara kita. Program yang diatur dikendalikan oleh jurulatih yang terdiri daripada pakar-pakar alam bidang ketenteraan dan kepolisian. Oleh itu, tidak hairanlah apabila sebahagian besar peserta yang ditemui menjelaskan bahawa penyertaan mereka telah dapat meningkatkan semangat keyakinan dan jati diri yang tinggi dalam diri mereka. Semangat seperti inilah yang perlu sentiasa ada dan disemai dalam jiwa setiap remaja di negara kita. Hal ini adalah amat penting memandangkan golongan remaja inilah yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Selain itu, program PLKN juga disertai oleh golongan remaja dari seluruh pelosok negara. Peserta dari Perlis hinggalah Sabah dan Sarawak ditempatkan di dalam beberapa buah kem latihan di seluruh negara. Dengan cara ini para peserta yang menyertai program PLKN akan dapat mengenali di antara satu dengan yang lain di samping dapat mempelajari pelbagai budaya yang menarik. Hal seperti ini tidak mungkin dapat dirasai sekiranya remaja tidak menyertai program PLKN sehingga ada golongan remaja yang bersikap seperti katak di bawah tempurung. Dalam masa yang sama juga, para peserta akan dapat mencari rakan-rakan yang baru dari seluruh negara bagi bertukar-tukar pendapat. Mereka dapat berbincang mengenai perkara yang berkaitan dengan pelajaran mahupun tentang isu-isu semasa. Memandangkan penyertaan remaja dalam program PLKN memberi pelbagai faedah, maka golongan remaja tidak harus melepaskan peluang ini. Justeru, ibu bapa pula tidak harus berasa bimbang ketika anak-anak mereka mengikuti program ini kerana keselamatan mereka adalah terjamin. Mereka sentiasa dikawal selia dan dijaga dengan baik oleh jurulatih yang sentiasa komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. ____________________________________________________

Soalan Rumusan 2: Rumuskan sebab-sebab berlakunya pencabulan bahasa kebangsaan dan usaha-usaha memperkasakannya. Panjang 120 patah perkataan. __________________________________________________ Sejak berabad-abad dahulu, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah berkembang dan menggunakan istilah asing untuk memperkaya kosa katanya. Malah sebelum era penjajahan, bahasa Malaysia telah meminjam istilah daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Perkembangan ini lebih ketara apabila kita memasuki zaman teknologi maklumat. Dari sudut peminjaman bahasa, kini kedudukan bahasa Malaysia agak kritikal kerana sebahagian daripada bahasa asing sudah menodai kemurniannya. Kini semakin banyak premis perniagaan dan swasta tidak peka terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Kebanyakan istilah dan kata yang dipaparkan di premis tersebut menggunakan bahasa rojak. Perbuatan ini memperlihatkan sikap tidak peka terhadap usaha untuk memertabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Selain suasana di atas, kita mendapati masih banyak papan tanda iklan yang menggunakan bahasa asing atau bahasa kacukan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini sedikit demi sedikit mengikis dan melunturkan keistimewaan bahasa Malaysia sebagai bahasa sanjungan rakyat negara ini. Sementara itu, pihak media pula

13

menyiarkan iklan yang mencampuradukkan penggunaan bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris. Hal seperti ini akan mengelirukan golongan kanak-kanak dan remaja sama ada sesuatu kata itu berasal daripada bahasa ibunda mereka atau celupan bahasa asing. Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia dapat dilihat dengan ketara menerusi khidmat pesanan ringkas yang mediumnya ialah telefon bimbit dan ruangan sembang siber di internet. Menerusinya, singkatan kata, lambang, angka atau kod tertentu telah digunakan untuk menggantikan maksud sebenar lambang tulisan. Makalah dalam majalah pun tidak mengendahkan kemurnian bahasa Malaysia malah turut dirojakkan bahasanya secara sesuka hati. Selain itu, penggunaan bahasa rojak juga telah digunakan secara meluas dalam akhbar dan majalah. Penggunaannya telah tersebar ke dalam lubuk hati rakyat. Bukan setakat itu sahaja, bahkan tajuk cerita dan drama, serta nama kumpulan muzik menggunakan bahasa Inggeris juga. Dengan itu, jelaslah bahawa wujud kalangan yang sengaja memperlekehkan bahasa sendiri atau masih menganggap bahasa Malaysia tidak global sifatnya. Sikap ini ada kaitannya dengan amalan pemujaan bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi dan boleh membawa kemajuan kepada penggunanya. Pada masa ini, sebahagian daripada kita masih beranggapan bahawa tiada undang-undang yang boleh diguna pakai secara berkesan bagi menyekat kegiatan penyangak bahasa ini. Selain itu, bahasa Malaysia turut hilang sebahagian daripada daya tahan apabila ada pihak yang beranggapan bahawa bahasa Malaysia hanya milik orang Melayu. Anggapan seperti ini tidak dapat membantu dalam kemajuan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan yang menjadi lambang penyatuan rakyat negara ini. ___________________________________________________

Soalan Rumusan 3 Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan dari luar bandar ke bandar dan kesan-kesannya. Panjang rumusan mestilah tidak lebih 120 patah perkataan. ____________________________________________________ Penghijrahan bermaksud perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya, golongan yang selalu berpindah ialah orang-orang muda atau remaja yang baru tamat persekolahan. Kebanyakan remaja berpindah dari kawasan luar bandar atau kampung menuju ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan lain-lain. Sebab atau faktor utama mereka berhijrah ke bandar adalah disebabkan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Sektor pertanian di luar bandar iaitu pertanian tidak menggalakkan remaja menceburi bidang ini. Remaja lebih tertarik pada sektor industri atau perkilangan yang banyak terdapat di bandar-bandar. Penghijrahan mereka ke bandar-bandar juga disebabkan ingin mencari pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang boleh didapati di luar bandar. Justeru, faktor tarikan ini telah menggalakkan lebih banyak penghijrahan jenis ini berlaku. Bagi golongan dewasa, kebanyakan mereka berpindah keluar dari kawasan luar bandar adalah

14

bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Peluang pekerjaan yang terhad biasanya menyebabkan pendapatan mereka rendah. Hal seperti ini mengakibatkan berlakunya masalah penggangguran dan kadar kemiskinan yang tinggi di kawasan tersebut. Bagi golongan pekerja pula, penghijrahan mereka ke bandar selalunya disebabkan oleh arahan untuk bertukar tempat kerja oleh majikan. Perpindahan seperti ini selalunya berlaku di kalangan pekerja awam seperti polis, guru, pegawai kerajaan dan lain-lain. Memandangkan kawasan luar bandar masih kekurangan kemudahan awam seperti pusat pendidikan tinggi, sebahagian penduduk dari kawasan ini berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Dasar awal kerajaan yang menempatkan universiti di bandar-bandar besar seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya, telah menggalakkan perpindahan jenis ini berlaku. Bagi generasi kedua pula, mereka turut berpindah ke kawasan bandar sama ada disebabkan oleh perkahwinan atau mengikut keluarga yang berpindah. Fenomena seperti banyak berlaku di kebanyakan negara-negara sedang membangun seperti Malaysia dan Indonesia. ________________________________________________

Soalan Rumusan 4: Baca petikan di bawah dan rumuskan masalah perkembangan sistem jalan raya di negara kita dan langkah mengatasinya. Panjang ringkasan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. Gunakan ayat anda sendiri. _____________________________________________________ Sistem jalan raya di negara kita semakin baik dari setahun ke setahun. Perkembangan jalan raya di negara kita bermula sejak kedatangan British ke Tanah Melayu iaitu bagi memudahkan pihak peperintah membawa keluar hasil ekonomi negara. Antara hasil tersebut termasuklah bijih timah dan getah yang menjadi keperluan utama penjajah ke Malaysia. Revolusi perindustrian di Eropah menggalakkan negara tersebut merantau jauh bagi mencari bahan untuk perkembangan industri mereka. Menjelang sekitar tahun 1970-an, perkembangan sistem jalan raya di negara kita bertambah maju apabila beberapa batang lebuh raya utama dibina. Tujuan pembinaan lebuh raya tersebut adalah bagi menampung kekurangan sistem pengangkutan negara. Sebagai contohnya, kerajaan telah menswastakan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Karak. Hal ini telah memudahkan orang ramai di samping mengurangkan beban kewangan kerajaan. Sama juga dengan jalan kereta api di Malaysia, pembinaan jalan raya menyebabkan pelbagai fenomena alam sekitar akibat penebangan hutan dan jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Banyak kawasan hutan diterokai untuk dimajukan dengan sistem jalan raya. Kesannya berlakulah tanah runtuh dan meningkatkan kadar hakisan. Jumlah asap yang dikeluarkan oleh kenderaan juga secara langsung menggalakkan berlakunya pencemaran udara di negara kita. Memandangkan kebanyakan pengguna di Malaysia kurang bertamnggungjawab, pembinaan jalan raya tersebut mengundang kepada pelbagai masalah. Masalah paling serius ialah kadar

15

kemalangan jalan raya yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Banyak sudah langkah dilaksanakan oleh kerajaan tetapi jalan raya masih menjadi tempat yang kerap berlakunya kematian umum. Kita masih mampu berbangga kerana jalan raya di negara kita adalah antara yang terbaik di Asia. Langkah meningkat mutu sistem jalan raya sering dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan orang ramai. Antara usaha tersebut termasuklah membaiki kerosakan, menanam rumput di tebing jalan raya serta menambahbaikkan kemudahan rehat dan rekreasi di seluruh jalan raya di negara kita. ____________________________________________________

Soalan Rumusan 5: Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kesan pembangunan sektor perindustrian di Malaysia dan langkah mengatasinya. Gunakan ayat anda sendiri dan jangan lebih 120 patah perkataan. ____________________________________________________ Penekanan kerajaan dalam usaha membangunkan sektor perindustrian adalah disebabkan oleh daya saing yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Usaha kerajaan membangunkan bidang perindustrian di samping melakukan penyelidikan dan pembangunan yang lebih giat membolehkan sektor perindustrian memperbaiki keluaran yang sedia ada di samping memperkenalkan produk baru yang lebih berdaya saing dalam pasaran. Kerajaan berusaha memperkukuh asas sektor pembuatan dengan membangunkan kelompok industri teguh, dan memperkukuh perkhidmatan yang berkaitan dengan pembuatan. Bagi mencapai tujuan itu kerajaan telah menyediakan insentif bagi meningkatkan bidang perindustrian di Malaysia. Perkembangan sektor perindustrian tidak dapat mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang secara tidak terkawal daripada berlaku. Hakisan tanah dan juga banjir kilat berlaku akibat pembukaan tanah untuk tujuan perindustrian. Kesihatan penduduk setempat turut terancam akibat pencemaran udara. Sisa toksid turut dibuang ke dalam sungai daripada kilang perindustrian, ladang dan kebun, makmal, hospital dan sebagainya. Pelbagai langkah dijalankan untuk mengelakkan fenomena seperti ini daripada terus berlaku. Antaranya dengan mengadakan sistem pembuangan sisa kilang dan sampah yang sistematik serta selamat. Pihak berkuasa juga harus mengenakan hukuman berat kepada pengusaha kilang yang membuang sampah atau sisa toksid yang berbahaya. Pengusahaq kilang digalakkan agar memasang alat penapis bahan kimia sebelum melepaskan asap ke atmosfera. Kawasan pelupusan sampah yang diselia dengan rapi oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta harus segera disediakan. Pendidikan dan kempen Cintai Alam Sekitar di sekolah atau di media massa bagi menyedarkan orang ramai akan bahaya pencemaran alam sekitar harus diadakan dengan lebih kerap. __________________________________________________

16

Soalan Rumusan 6: Baca petikan dan buat satu rumusan tentang faedah pengiklanan di media masa dan masalah yang timbul. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. ____________________________________________________ Kini, pengiklanan merupakan keperluan biasa dalam bidang mempromosikan sebarang jenis pengeluaran. Setiap masa dan di mana-mana sahaja, pengiklanan sudah menjadi satu trend yang memperlihatkan kepentingan yang tidak dapat disingkirkan dalam aspek kehidupan masyarakat. Jelasnya, pengiklanan dapat membantu pihak pengeluar untuk melariskan hasil keluaran mereka kepada orang ramai. Secara tidak langsung, penggunaan pengiklanan di media masa tersebut turut dapat mengurangkan kos mempromosikan barang-barang keluaran seseorang. Hal ini bermula sejak dahulu lagi iaitu apabila media masa mula berkembang pesat dan kepentingannya diakui oleh masyarakat di seluruh dunia. Antara media masa yang menjadi tumpuan pengeluar untuk mempromosikan barangan keluaran mereka ialah televisyen dan akhbar tempatan. Hal ini disebabkan media tersebut mendapat liputan yang lebih meluas berbanding dengan media masa yang lain. Seperkara yang menarik, pengiklanan yang dibuat di media ini membolehkan sesuatu barangan dikenali oleh orang ramai di seluruh negara. Pada masa yang sama keadah pengiklanan ini membolehkan para pengguna membuat penelitian awal sebelum sesuatu pembelian dibuat. Dengan itu, pengiklanan dapat membantu orang ramai agar mereka dapat membeli sesuatu keluaran yang paling baik ataupun paling sesuai dengan kehendak serta keperluan mereka. Tidak menghairankan jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir 80 peratus pengeluar barangan di negara kita menggunakan kaedah pengiklanan di media masa untuk melariskan jualan mereka. Hal ini berkait rapat dengan keperluan pengguna bahawa mereka boleh membuat perbandingan dan meneliti kandungan sesuatu barangan dengan baik. Melalui kajian yang dijalankan, pembelian melalui iklan di media masa juga memberi kepuasan yang lebih tinggi kepada pembeli, berbanding dengan pengguna yang membeli tanpa merujuk pada iklan terlebih dahulu. Sementara itu, bagi pihak media pula mereka dapat meningkatkan pendapatan berasaskan iklan yang disiarkan oleh media mereka. Hal ini akan dapat membolehkan hasil pendapatan syarikat media berterusan dan operasi syarikat media berjalan lancar. Selain itu, memandangkan keperluan syarikat media seperti televisyen untuk mengadakan siaran langsung semakin meningkat, penyertaan syarikat pengeluar dalam urusan pengiklanan adalah amat diperlukan. Dengan adanya pendapatan yang diperoleh daripada pengiklan, sesuatu siaran langsung akan dapat dilaksanakan. Sebagai contohnya, siaran langsung berkaitan dengan sukan pada peringkat tempatan atau pada peringkat antarabangsa, kerap mendapat bantuan kewangan melalui pengiklanan oleh syarikat besar seperti Milo, Adidas dan sebagainya. Pada masa yang sama, syarikat pengiklanan tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsuang, hal ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai khusus sebagai pelakon dan penyampai iklan. ___________________________________________________ Soalan Rumusan 7: Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang punca-punca peningkatan jenayah di kalangan remaja serta langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah

17

tidak lebih 120 patah perkataan. ____________________________________________________ Berita kematian seorang pelajar terbunuh akibat dibuli oleh sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah berasrama baru-baru ini amat menyayat hati. Walaupun begitu, kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa kadar jenayah dalam kalangan remaja di negara kita semakin meningkat. Hal ini amat membimbangkan dan merupakan satu petanda bahawa sesuatu tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi mengekang perkara tersebut daripada terus berleluasa. Dalam hal ini, peranan semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan perlu digembeling bersama. Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2006 menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar atau remaja yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu dipengaruhi oleh rakan sebaya yang negatif ataupun orang luar. Hal ini disebabkan remaja tidak dapat memilih sesuatu perbuatan itu sama ada betul atau salah. Dalam beberapa hal yang lain, masyarakat lebih mudah memperkatakan bahawa kesilapan ini adalah disebabkan oleh kurangnya peranan ibu bapa dan pihak sekolah untuk memberi didikan agama serta moral kepada golongan remaja. Sama ada benar atau tidak, hal ini memang saling berkait rapat. Selain itu, pembabitan remaja dalam kejadian itu turut dikaitkan dengan sikap ibu bapa. Ramai ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya serta wang ringgit tanpa mengambil kira kepentingan keluarga. Keperluan harta benda yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa melupai tugas mereka sebagai penjaga kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang kesunyian dan kebosanan akan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat apatah lagi jika mereka tidak memiliki didikan agama yang sempurna. Ibu bapa juga kurang memberi perhatian kepada perbuatan anak-anak yang kerap melayari internet atau media masa yang lain. Masalah yang timbul ialah ada media tersebut mempengaruhi remaja dengan unsur-unsur negatif yang terdapat di dalamnya. Menurut pegawai khas UNESCO pula, kemungkinan besar jenayah dalam kalangan remaja di Asia adalah berkait rapat dengan kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan keluarga remaja. Kemiskinan menyebabkan remaja terbeban dan kerap mengakibatkan mereka terjebak dalam situasi yang tidak sihat. Beliau turut menambah bahawa situasi ini akan bertambah buruk sekiranya keadaan keluarga remaja tersebut tidak aman. Keadaan keluarga yang berpecah-belah seperti pertengkaran ibu bapa atau perceraian mampu meningkatkan kadar jenayah kepada golongan ini. Walaupun begitu, apa-apa jua pendapat yang diberi oleh semua pihak, kesannya tetap membimbangkan kita. Proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan bakal terjejas malah perkara yang lebih membimbangkan kita ialah negara bakal kehilangan tenaga muda serta pemimpin masa depan yang berkualiti. Justeru, hal ini tidak boleh dipandang ringan atau dipandang dengan sebelah mata. ___________________________________________________ Soalan Rumusan 8: Rumuskan kaedah mengukuhkan bahasa kebangsaan sesebuah negara dan masalah yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. __________________________________________________

18

Setiap Negara mempunyai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan mereka.Mereka meletakkan bahasa mereka pada kedudukan atau taraf yang tinggi. Mereka berasa amat bangga apabila mereka berjaya menggantikan bahasa penjajah dengan bahasa mereka. Kedudukan taraf sesuatu bahasa itu ditentukan oleh masyarakat dan juga kerajaan. Terdapat pelbagai cara negara di dunia ini menentukan kedudukan bahasa mereka. Bagi Malaysia, Bahasa Melayu mendapat kedudukan yang tinggi hasil daripada perjuangan rakyat. Apabila mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi pentadbiran negara. Dalam perlembagaan juga dinyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Bagi masyarakat Melayu, mereka tentulah berasa bangga kerana bahasa Melayu telah dijadikan salah satu bahasa utama negara. Selain itu kedudukan bahasa di sesebuah negara diperkukuh melalui akta-akta yang digubal oleh kerajaan. Malaysia menggunakan Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa, Akta Parlimen dan sebagainya untuk menetapkan kedudukan dan fungsi bahasa Melayu di pelbagai peringkat. Di negara-negara Arab pula, mereka tidak menghadapi masalah untuk menetapkan kedudukan bahasa mereka kerana sebahagian besar penduduk di benua itu berbahasa Arab. Selain itu bahasa Arab juga berkaitan dengan bahasa keagamaan. Bagi orang Yahudi pula, bahasa Hebrew merupakan bahasa yang mulia dan masyarakat Yahudi menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi mereka. Di Rusia pula, kerajaan sering menukar-nukar kedudukan bahasa mereka. Oleh itu mereka sering menggunakan bahasa rasmi dan kebangsaan yang berbeza. Mereka melakukan perkara tersebut bagi mengelakkan pengaruh dari luar, terutama pengaruh negara-negara yang berhampiran dengan Asia Barat. Oleh sebab mereka mempunyai bahasa yang pelbagai, mereka sering menggunakan bahasa rasmi yang berbeza dengan sistem tulisannya yang berlainan. Sebagai contohnya, bagi tujuan penyatuan rakyat mereka pernah menggunakan bahasa Kazakstan dan Cyrylic. Penentuan kedudukan Bahasa Melayu juga pernah dilakukan melalui Mahkamah, dan usaha ini telah berjaya. Sebagai contohnya usaha menubuhkan Universiti Merdeka yang suatu masa dahulu dibahaskan, berjaya dihalangkan oleh Mahkamah Agung. Mahkamah ini telah memutuskan bahawa penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu di universiti adalah dilarang. Kes seperti ini juga berlaku di Kanada. Kes ini berlaku apabila persengketaan antara pejuang Bahasa Perancis dengan pejuang Bahasa Inggeris semakin memuncak. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, Mahkamah Agung Kanada membuat keputusan bahawa bahasa rasmi Kanada ada dua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Di negara Filipina pula, penentuan kedudukan bahasa mereka dibuat melalui Dekri. Sebagai contohnya, mantan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos telah mengeluarkan Dekri Presiden yang menetapkan bahasa Sepanyol sebagai salah satu bahasa rasmi di Utara Filipina. Penentuan kedudukan bahasa di sesetengah negara bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah. Masing-masing pihak menginginkan bahasa kumpulan mereka diangkat menjadi bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi. Jelaslah bahawa pelbagai masalah telah timbul apabila pihak kerajaan sesebuah negara ingin menentukan taraf atau kedudukan sesuatu bahasa tersebut. ___________________________________________________

19

Soalan Rumusan 9: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan kerajaan dan kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patath perkataan. ___________________________________________________ Kini terdapat pendedahan oleh beberapa pihak bahawa ada kakitangna kerajaan yang enggan menggunakan kemudahan teknologi maklumat di jabatan masing-masin. Perkara seumpama ini tidak harus dibiarkan berterusan dan kakitangan kerajaan yang terlibat harus memandang serius pendedahan tersebut. Menyedari hakikat ini, kerajaan bertindak mengadakan pelbagai kempen kesedaran di kalangan kakitangan. Kesannya, sebahagian kakitangan kerajaan mulai sedar akan kepentingan teknologi maklumat dan telah berjinak-jinak menggunakan komputer. Mereka mula mengubah sikap dan menganggap penggunaan teknologi maklumat bukan lagi membebankan sebaliknya membantu mereka menghadapi cabaran dan perubahan. Sementara itu, ketua-ketua jabatan pula mula mengenal pasti kakitangan di jabatan masing-masing yang belum menguasai kemahiran komputer ini dan merangka program untuk mendekatkan mereka dengan alat-alat ini melalui pelbagai kursus. Kita faham bahawa terdapat sebahagian kakitangan kerajaan yang tidak begitu positif pandangannya terhadap teknologi maklumat ini. Mereka lebih selesa memnggunakan alat-alat dan cara lama. Menyedari hal ini, kerajaan bertindak menggantikan peralatan lama dengan peralatan canggih dan mereka terpaksa belajar menguasainya supaya dapat melaksanakan kerja dengan mudah seperti orang lain. Di samping itu, kerajaan menggalakkan penggunaan e-mail dalam urusan pentadbiran. Urusan pendaftaran, pembayaran dan sebagainya yang dilakukan secara e-mail dapat menjimatkan masa dan kos. Tindakan ini mendorong kakitangan kerajaan memahirkan diri dengan internet. Perkara ini perlulah dipandang serius kerana keperluan teknologi maklumat dalam pentadbiran sudah banyak dan lama dihebahkan oleh kerajaan. Sesiapa yang tidak menyertainya sudah pasti akan ketinggalan. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan daya saing negara dan menggagalkan usaha untuk mewujudkan kerajaan elektronik. Dengan itu, tidak patut mana-mana kakitangan kerajaan ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat. Bagi mengatasinya, kerajaan telah mula mengambil kakitangan baru yang mempunyai kemahiran komputer. Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha besar untuk menyemai budaya teknologi maklumat. Pada peringkat negara, usaha ini merangkumi penubuhan Koridor raya Multi Media d an menggalakkan pemilikan komputer peribadi melalui kelonggaran mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tersebut. Negara sedar bahawa masa depan dunia terletak pada pengnurusan maklumat, lebih-lebih lagi gagasan k-ekonomi menghendaki peningkatan keupayaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat dan rakyat di negara ini. Selain itu, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) telah merangka program yang sesuai supaya kakitangan kerajaan menguasai teknologi maklumat. Sesungguhnya kemakmuran masa depan negara terletak pada keupayaan rakyatnya termasuk kakitangan kerajaan menguasai teknologi maklumat.

20

(Diubahsuaikan daripada Kakitangan Kerajaan Mesti Serius dengan IT, dalam Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, 11 Disember 2000) _________________________________________________ Soalan Rumusan 10: Baca petikan dan rumuskan kesan-kesan penggunaan kad kredit dan langkah mengatasinya. Panjang tidak lebih 120 perkataan. _________________________________________________ Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat hari ini kian meningkat. Kad kredit kini dianggap sebagai barang keperluan harian sama seperti telefon bimbit. Kelonggaran syarat yang diberikan oleh kerajaan dan institusi perbankan membolehkan pengguna memiliki kad kredit dengan lebih mudah. Kajian melaporkan bahawa lebih 3.5 juta kad kredit telah diedarkan di seluruh negara. Penggunaan kad kredit mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang dari segi keselamatannya lebih terjamin kerana pengguna tidak perlu membawa sejumlah wang yang banyak dan berisiko dirompak, kecurian, ragut atau tercicir ketika mahu berbelanja. Pengguna juga boleh berbelanja tanpa mengeluarkan wang saku. Mereka juga boleh membeli sekaligus barang yang berharga tinggi kerana kaedah ini lebih mendapat kepercayaan daripada penjual. Bagaimanapun, pengguna masih tertakluk kepada kad kredit yang diberikan ketika memohon. Pengguna hanya perlu menurunkan tandatangan di atas slip barangan atau perkhidmatan yang dibeli dan bayaran akan dilakukan oleh pihak bank atau syarikat kewangan sebagai pemegang akaunnya. Bayaran tidak semestinya dilangsaikan sepenuhnya seperti jumlah yang digunakan tetapi boleh dibayar secara ansuran. Pengguna terdorong berbelanja untuk mencukupkan mata ganjaran bagi mendapatkan barangan atau hadiah. Walau bagaimanapun, senario hutang tertunggak tidak boleh lari daripada penggunaan kad kredit dan jika sekali tertunggak akan mempengaruhi bayaran bulanan yang berikutnya kerana faedah akan bertambah. Statistik menunjukkan jumlah belian menggunakan kad kredit dilaporkan meningkat daripada RM 1710 juta kepada RM 2.8 billion dari tahun 1998 ke tahun 2000. Keadaan ini menunjukkan langkah kerajaan untuk melonjakkan semula pertumbuhan ekonomi telah berjaya menerusi aktiviti budaya berbelanja rakyat Malaysia. Pelbagai faedah dan pakej tertentu diperkenalkan untuk menarik pengguna memiliki kad kredit. Penggunaan wang plastik tanpa tunai ini mendorong seseorang berbelanja tanpa kawalan. Keadaan ini mendedahkan pemilik kepada beban hutang yang melampau malah kegagalan membayar balik boleh menyebabkan kedudukan dana institusio yang menguruskan pinjaman kad kredit turut terjejas. Kad kredit bukanlah aset untuk menunjuk-nunjuk dan perlu digunakan hanya semasa kecemasan sahaja agar perbelanjaan dapat dikawal. Rakyat perlu berfikir dengan matang ketika menggunakan kad kredit demi masa depan mereka. __________________________________________________

21

Soalan Rumusan 11: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca mata pelajaran Pendidikan Jasmani diabaikan dan kepentingan mata pelajaran ini kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. __________________________________________________ Mengapakah negara kita menunjukkan pencapaian sukan yang merosot dari semasa ke semasa? Kita dapat memberi jawapan yang paling mudah, iaitu remaja di negara kita malas untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Kenapakah hal ini terjadi? Salah satu punca yang dikenal pasti ialah mata pelajaran Pendidikan Jasmani kurang diberi perhatian di sekolah. Jika perkara ini dibiarkan, kita tidak akan dapat melahirkan ahli sukan yang mampu mengharumkan nama negara pada suatu hari nanti. Banyak pihak yang melahirkan rasa hairan tentang punca sebilangan besar masyarakat kita kurang berminat untuk bersukan tetapi cukup gemar menjadi penonton atau peminat fanatik bagi sesuatu jenis sukan. Akar umbi masalah ini mungkin berpunca daripada kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Minat yang merudum di peringkat sekolah ini kemudian dibawa dalam kehidupan sosial. Sebenarnya mata pelajaran ini adalah wajib dalam sistem pendidikan kita. Mata pelajaran ini diajarkan dua kali seminggu di sekolah menengah dan tiga kali seminggu di sekolah rendah. Masalah mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan bukanlah perkara atau isu baharu. Hal ini demikian kerana terdapat guru yang mengambil waktu Pendidikan Jasmani untuk mengajarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan peperiksaan umum. Guru menganggap bahawa mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Oleh itu, mereka menggunakan waktu mata pelajaran tersebut untuk menyediakan murid bagi menghadapi peperiksaan. Murid pula beranggapan bahawa mereka dapat memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada bersenam atau bersukan. Walaupun mereka sedar bahawa mata pelajaran ini penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dari segi fizikal dan mental, namun sikap malas dan menganggap bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak penting mempengaruhi minda mereka. Tanpa kesihatan fizikal, seseorang itu akan mengalami masalah dari segi mental. Pihak pentadbiran sekolah pula sering meletakkan guru yang mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai pencukup jumlah waktu mengajar guru. Hal ini berpunca daripada masalah kekurangan guru yang opsyen bagi mata pelajaran tersebut. Guru yang terlibat dalam mata pelajaran ini pula memandang rendah terhadap mata pelajaran ini kerana mata pelajaran ini tidak mempunyai nilai dari segi peperiksaan umum. Sistem persekolahan yang terlalu mementingkan pencapaian akademik juga turut menjadi penyumbang terhadap punca-punca mata pelajaran ini dianaktirikan. Para ibu bapa pula menganggap bahawa mata pelajaran ini banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran. Jadi, cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah akan diwajibkan menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah satu langkah bagi membetulkan tanggapan ibu bapa, guru dan pelajar

22

bahawa sebenarnya semua mata pelajaran adalah penting. Di samping itu, cadangan yang dikemukakan itu dapat dilihat sebagai usaha untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan pembangunan sukan dan sahsiah diri. Selain itu, usaha ini jika dilakukan dengan serius, dapat mengurangkan bilangan pelajar gemuk di sekolah. Tegasnya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani memainkan peranan yang penting sebagai landasan untuk mencungkil bakat atlet dari peringkat sekolah sebelum meneruskan kerjaya mereka dalam bidang sukan. Kita berasa optimis bahawa negara mampu melahirkan atlet yang berwibawa dan berjaya jika asasnya bermula dengan baik di sekolah. _________________________________________________ Soalan Rumusan 12: Baca rencana di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan hutan semulajadi di negara kita serta langkah-langkah untuk mengatasi kepupusan hutan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. __________________________________________________ Hutan semulajadi di negara adalah merupakan salah satu daripada hutan yang tertua di dunia. Usianya yang melebihi 2 juta tahun menjadi eset yang amat berharga kepada negara. Pelbagai jenis tumbuhan dari jenis kayu keras terdapat di kawasan hutan ini seperti pokok cengal, meranti, balau dan sebagainya. Secara tidak langsung keadaan ini menggambarkan bahawa hutan amat perlu untuk diawasi agar tidak pupus memandangkan hutan dapat menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk melancong ke negara kita. Dalam masa yang sama, tumbuhan semulajadi di negara kita turut menjadi tempat pembiakan haiwan liar supaya tidak pupus. Haiwan utama yang terdapat di sini termasuklah gajah, kuda, harimau dan beberapa spesies lain yang tidak terdapat di negara lain. Menurut beberapa orang pengkaji, keunikan haiwan ini mampu terus dikekalkan jika amalan penjagaan hutan terus dijalankan. Dalam pada itu, penjagaan hutan juga mampu menyediakan kawasan tadahan hujan yang luas serta sumber air bersih untuk kegunaan penduduk. Sumber air daripada hutan ini masih bersih kerana kebanyakan hutan di Malaysia masih belum tercemar. Menurut seorang pengkaji biotumbuhan iaitu Professor K.L Jessey dari Universiti John Hopkin Amerika Syarikat, tumbuhan semulajadi mampu menyederhanakan suhu di sesebuah kawasan sehingga 5 darjah selsius. Funfsi hutan ini bukanlah kecil memandangkan era pemanasan global semakin kelihatan pada masa sekarang. Dalam masa yang sama, selain berfungsi menyederhanakan suhu, hutan juga dapat mengawal kadar pencemaran yang terlalu tinggi dengan menyerap gas-gas karbon monoksida serta membebaskan gas oksigen ke dalam udara. Dengan cara ini, kandungan udara menjadi lebih stabil dan bersih serta sesuai untuk kehidupan manusia. Di beberapa buah kawasan hutan di Malaysia, terdapat juga beberapa kelompok masyarakat yang tinggal di situ. Mereka menjadikan kawasan hutan sebagai tempat tinggal mereka khususnya kaum asli di kawasan pedalaman. Apa yang menarik, kebanyakan mereka masih mengamalkan ciri-ciri budaya tradisi yang diwarisi sejak berkurun-kurun lamanya. Budaya masyarakat ini perlu dikekalkan dan dikaji sebagai satu cara untuk mengekalkannya kepada generasi yang akan datang. Namun begitu, dalam kesibukan dan kegairahan kita mengejar kemajuan hidup, kadang kala

23

hutan turut menerima musibah yang nyata. Banyak kawasan hutan di negara kita telah ditebang untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah bagi tujuan pertanian, pembinaan kawasan petempatan, perindustrian dan sebagainya. Justeru, jika hutan tidak dijaga dan dikawalselia, tidak hairanlah jika satu hari nanti keluasan hutan di Malaysia akan semakin berkurangan dan akhirnya pupus. __________________________________________________ Soalan Rumusan 13: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca remaja bersikap liar dan langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. ________________________________________________ Alam remaja penuh dengan pancaroba. Pelbagai perkara yang baik dan buruk sering melingkungi hidup mereka. Di negara kita kini, masalah remaja liar mungkin belum dianggap begitu serius, namun kebanyakan kes remaja liar atau kes jenayah dalam kalangan remaja biasanya dikaitkan dengan penagihan dadah. Kes kecurian sepatu di masjid atau di rumah-rumah pangsa sudah dianggap kejadian biasa dan bukan sebagai satu keanehan lagi. Sudah diketahui umum bahawa kebanyakan jenayah kecil seperti ini adalah perbuatan penagih dadah yang gian dan tiada wang untuk membeli dadah. Justeru, golongan ini sanggup mencuri dan barang curi tersebut dijual di pasar malam. Ternyata dadah antara punca gejala sosial yang melibatkan para remaja. Oleh itu, jika masalah dadah dapat diatasi, secara tidak langsung kebanyakan masalah remaja liar mungkin turut dapat diatasi. Masalah remaja nakal biasanya berpunca daripada ketiadaan didikan moral atau agama. Kepincangan ini kian ketara akhir-akhir ini kerana hubungan ibu bapa kian renggang dengan anak-anak mereka. Ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap tanggungan mereka. Para ibu yang dulu berperanan sebagai suri rumah dan pengasuh anak sepenuh masa kini, lebih ramai yang keluar meninggalkan rumah untuk bekerja. Oleh itu, anak-anak yang sudah remaja biasanya berasa kesunyian di rumah. Menjelang petang mereka mencari kawan untuk bersembang atau bermain bola atau sebagainya. Pengaruh kawan mudah menyeret mereka ke lubuk dadah, menjadi kutu rayau atau terlibat dengan vandalisme. Tanpa disiplin di rumah dan tanpa didikan agama atau akhlak, golongan remaja hari ini lebih terdedah pada dorongan nafsu sendiri hingga menjadi perogol atau penjenayah. Ternyata disiplin berkala dalam program sekolah sahaja belum berjaya meninggalkan kesan yang mendalam, kecuali disiplin sepenuh masa yang biasanya diadakan di sekolah agama. Paling membimbangkan akhir-akhir ini golongan remaja muslim semakin terdedah kepada pengaruh luaran yang berbau politik atau bersifat anti akhlak, anti disiplin dan anti undangundang. Media massa juga dikatakan menjadi punca remaja bersikap liar kerana mereka terpengaruh dengan adegan negatif yang dipaparkan. Ibu bapa pula tidak mampu untuk

24

menyekat anak-anak mereka daripada menonton apa-apa rancangan yang disiarkan di kaca televisyen.

Soalan Rumusan Tingkatan 5Soalan Rumusan 1: Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran ekonomi Malaysia pada abad ke-21 dan langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. _________________________________________________

Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun yang sebaris dengan negara-negara lain termasuk Indonesia, India, Maxico dan sebagainya. Dasar utama Malaysia adalah berpaksikan ekonomi pertanian dan disokong pula oleh sektor perindustrian. Dalam kalangan negara dunia ketiga ini, Malaysia kelihatan mendahului rakan-rakan seangkatan dalam bidang ekonomi serantau. Meskipun begitu, terlalu banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuh oleh negara kerdil ini bagi bersaing dalam dunia globalisasi. Memandangkan sumber ekonomi negara masih bergantung pada sektor pertanian maka turun naik harga barang-barang pertanian kerap kali menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Penurunan harga getah dan kelapa sawit baru-baru ini umpamanya, mengakibatkan negara kehilangan hampir 15 peratus daripada sumber pendapatan negara kasar. Hal ini turut menjejaskan perkembangan sektor-sektor yang lain di negara kita. Malaysia juga menghadapi tekanan yang hebat akibat persaingan daripada negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian. Keadaan ini menambahsulitkan lagi langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh kegawatan ini. Selain itu, oleh sebab Malaysia merupakan pengeluar baru dalam industri pembuatan, pasaran bagi hasil keluaran industri Malaysia oleh negara-negara lain di dunia secara umumnya masih terhad dan terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi kos pengeluaran yang agak tinggi berbanding dengan negara industri yang telah lama bertapak seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi negara maju tersebut, pasaran mereka terbuka luas disebabkan sikap dan nilai masyarakat dunia yang telah sedia mengenali mutu atau kualiti barangan yang dikeluarkan oleh negara-negara ini. Pada sekitar tahun 2006, peningkatan harga minyak turut menjejaskan ekonomi negara apabila harga minyak dunia melambung pada harga melebihi 130 Dolar setong. Akibat kenaikan sumber utama pengeluaran ini, banyak kilang dan syarikat besar di Malaysia menghadapi masalah dan kesannya banyak daripada syarikat ini yang terpaksa gulung tikar. Pada masa yang sama, kemelut yang berlaku akibat sekatan pengekspotan barang-barang keluaran Malaysia oleh negara-negara besar terutamanya Amerika Syarikat menyebabkan ekonomin Malaysia bertambah parah. Hal ini berlaku kerana dasar Amerika yang ingin melindungi sektor perindustrian di negara tersebut.

25

Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang masih berterusan dan tidak diketahui penghujungnya ini, ekonomi negara semakin membimbangkan apabila beberapa negara besar menghentikan pembelian barang-barang keluaran Malaysia akibat mengalami masalah kewangan global. Hal ini bukan sahaja merencatkan sumber pendapatan kasar negara malah pada masa yang sama turut mengancam kedudukan pengeluar industri di Malaysia. Jumlah pelabur luar Negara yang semakin berkurangan turut mengecilkan aliran modal tunai dalam pasaran ekonomi Malaysia. Hal inilah yang perlu diambil perhatian oleh pentadbiran negara yang baru demi menyelamatkan ekonomi Malaysia agar terus menuju ke arah sebuah negara maju. ___________________________ Click Jawapan pada gambar di bawah:

_______________________________________________ Soalan Rumusan 2: Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. ______________________________________________ Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang

26

digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok. Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan. Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat. Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok! __________________________ Click jawapan pada gambar di bawah:

______________________________________________________________ Soalan Rumusan 3: Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

27

_____________________________________________ Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh. Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah hasil industri di Malaysia. Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi. Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik. __________________________ Click jawapan pada gambar di bawah:

__________________________________________________ Soalan Rumusan 4: Baca petikan yang diberi di bawah dan tulis satu rumusan tentang ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia dan langkah menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

28

___________________________________________ Malaysia sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Bukan sahaja muka buminya dipenuhi dengan keindahan semula jadi yang menggamit kehadiran pelancong, malah masyarakatnya juga dilihat amat menarik. Ramai pengkaji antropologi dan sosiologi berpendapat bahawa kajian masyarakat Malaysia akan menemukan keseronokan jika kajian tersebut dijalankan dengan baik. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk kerana terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya ialah masyarakat daripada keturunan campuran akibat asimilasi masyarakat tempatan dengan pendatang awal di Tanah Melayu. Selain itu, keunikan masyarakat majmuk di negara ini dapat dilihat melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi. Bahasa inilah yang berfungsi sebagai bahasa komunikasi di antara masyarakat tersebut. Penggunaan bahasa ini membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Sikap mementingkan diri seolah-olah tidak wujud dengan amalan semangat dan sikap toleransi serta saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum. Keadaan seperti ini hampir tidak wujud di negara lain termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun di negaranegara Eropah serta Afrika Selatan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu sehingga wujud kerjasama yang erat sesama mereka. Kerjasama ini dapat dilihat baik dalam apa-apa juga bidang termasuk dalam bidang ekonomi dan sosial. Masyarakat yang berbilang kaum itu juga mengamalkan budaya ibunda yang berbeza seperti perayaan, makanan dan pakaian. Namun begitu setiap kaum menghormati budaya kaum lain tanpa rasa janggal mahupun berasa kelainannya. Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia secara umumnya dipandu oleh kebebasan untuk mengamalkan budaya asal kaum tertentu tanpa sebarang halangan. Namun begitu, agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara dengan agama yang lain bebas untuk diamalkan oleh setiap penganut. Dari sudut kepercayaan, setiap masyarakat dibenarkan hidup dalam budaya asal mereka mengikut kaum masing-masing. Namun pada waktu yang sama, setiap kaum turut menghormati kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum lain. Keunikan inilah yang menjadikan daya tarikan masyarakan dari negara lain untuk belajar sesuatu yang menarik tentang Malaysia. __________________________ Click jawapan pada gambar di bawah:

___________________________________________ RUMUSAN 5:

29

Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang gejala-gejala sosial dalam kalangan remaja dan langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. ________________________________________________ Pada abad ke-21, masalah yang kian meruncing dan sukar dibendung kewujudannya ialah masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerap disuarakan oleh orang ramai malah turut disiarkan berulang kali di media-media masa tempatan. keadaan ini amat membimbangkan kita kerana golongan remaja merupakan pemimpin pelapis yang bakal mentadbir dan memimpin negara pada masa depan. Dalam laporan terbaru yang disiarkan di televisyen, gejala sosial paling membimbangkan dalam kalangan mereka ialah pertambahan jumlah remaja yang terjebak dalam najis dadah. Hal ini perlu ditekankan kerana Malaysia memandang bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara pada masa ini. Penglibatan remaja dalam kancah penyalahgunaan dadah ini kerap kali menimbulkan masalah berterusan. Kini, timbul pula golongan Mat Rempit dalam kalangan remaja yang tidak segan silu menunjukkan kehebatan bermotosikal tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan. persoalannya ialah mereka bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semasa isu mat Rempit ini sedang heboh diperkatakan, lahir pula gejala yang tidak sehat dalam kalangan remaja apabila sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian. Hal ini bukan sahaja memeranjatkan kita tetapi kita dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai moral serta nilai-nilai kemanusiaan yang dianggap murni semakin menipis dalam jiwa remaja kita. Selain itu, mengikut laporan yang diberi oleh pihak polis, pada masa ini semakin ramai remaja khususnya remaja perempuan yang terlibat dengan masalah lari dari rumah ekoran berlaku masalah dalaman di antara keluarga mereka. Golongan ini mudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat termasuklah melibatkan diri dalam sek bebas ataupun melacurkan diri demi mendapatkan kepuasan diri mahupun untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan mereka setelah terpisah daripada keluarga. Kesannya bukan sahaja dirasai dalam jangka masa pendek tetapi lebih parah dalam jangka masa panjang. Sementara itu, beberapa buah akhbar tempatan turut melaporkan bahawa ramai remaja terutamanya remaja di bawah umur gemar menghabiskan masa melepak di pusat-pusat membeli belah mahupun di kafe siber. Golongan remaja seperti ini akan lebih mudah melakukan kesalahan disiplin sekolah kerana terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan ada pula yang terjebak dalam kegiatan gangsterisme. Justeru, tindakan seperti ini akan lebih menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat minda kelas pertama pada masa depan. Apatah lagi dengan sikap golongan remaja yang terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap tidak sopan dari pandangan masyarakat timur. Natijahnya, kita sedang berhadapan dengan satu masalah yang bukan sahaja perlu diatasi tetapi memerlukan kerjasama semua pihak bagi membawa remaja kita kembali semula ke pangkal jalan. ___________________________________________________

30

RUMUSAN 6: Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang kesan-kesan kenaikan harga petrol di Malaysia dan inisiatif yang diambil untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan sahaja ___________________________________________________ Pada tahun 2007, berlaku krisis harga pertoleum pada peringkat dunia sehingga menyebabkan kebanyakan negara menghadapi kesukaran dan krisis ekonomi. Di Malaysia, kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol sebanyak 3 kali dengan kenaikan terbesar sebanyak RM1 pada akhir tahun 2007. Kenaikan harga petrol secara mendadak ini amat memeranjatkan orang ramai kerana petrol menjadi bahan terpenting dalam semua bidang kehidupan. Kesan mendadak yang dapat dilihat secara langsung melalui dasar kerajaan ini ialah berlakunya kenaikan harga barang-barang meliputi semua jenis barang makanan mahupun barang kegunaan harian yang lain. Kenaikan harga barang-barang ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan harga petrol telah mengakibatkan kenaikan kos pengeluaran kepada pekilang-pekilang mahupun kepada syarikat pengangkutan. Selain itu, perkara yang amat membimbangkan kerajaan ialah banyak kilang mahupun syarikatsyarikat besar yang sebelum ini menyumbang pendapatan kepada negara melalui cukai, telah mengalami kerugian besar kerana kenaikan kos tersebut. Pada masa yang sama kilang-kilang terpaksa mengecilkan pengeluaran kerana permintaan yang semakin berkurangan dari seluruh dunia. Ada di antara syarikat dan kilang-kilang ini yang terpaksa gulung tikar atau menghentikan operasi pengeluarannya untuk seketika sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. Dasar yang diamalkan oleh pekilang di samping ketidakmampuan pekilang untuk terus beroperasi ini telah menyebabkan pendapatan negara terjejas dengan begitu serius. Pada masa yang sama, kenaikan harga petrol ini telah menyebabkan banyak kilang memberhentikan pekerja mereka bagi mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat. Ada juga pekerja yang diberhentikan untuk sementara sehingga keadaan pulih semula. Akibatnya, kesan jelas yang berlaku akibat fenomena harga minyak ini ialah kadar pengangguran di Malaysia meningkat dari 3.5 peratus kepada 5.4 peratus setahun dan kenaikan ini merupakan kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia moden. Sebagai contohnya, sepanjang 3 bulan pertama kenaikan harga petrol, seramai lebih 400 ribu pekerja swasta atau pekerja kilang telah kehilangan pekerjaan. Bagi pekerja awam, mereka lebih bernasib baik kerana secara umumnya kurang merasai kesan kenaikan harga petrol ini. Pada suku kedua fasa kenaikan harga petrol ini, kajian menunjukkan bahawa kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat semakin meningkat dengan mendadak. Daripada jumlah 5.3 peratus, kadar kemiskinan telah meningkat kepada 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan jumlah penduduk. Menurut pengkaji, kenaikan angka ini adalah disebabkan indeks harga barang yang telah meningkat dari 2.3 kepada 5.7 mata. Pendapatan penduduk miskin tegar yang sebelumnya ialah RM500 sebulan telah meningkat kepada RM800 sebulan. Mereka dalam kumpulan berpendapatan tersebut kini termasuk dalam kumpulan miskin tegar kerana kenaikan harga barang-barang keperluan. Krisis ini tidak terhenti di situ sahaja tetapi menyumbang kepada

31

pertambahan bilangan jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, peras ugut dan ragut. Persoalannya, mampukah kita menghadapi krisis kenaikan harga petrol ini yang dijangka akan mencecah harga RM4.50 seliter pada tahun 2020 nanti? ____________________________________________________ RUMUSAN 7: Baca rencana di bawah. Tulis rumusan tentang peranan-peranan guru dalam mendidik pelajar dan halangan-halangan yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ___________________________________________________ Guru merupakan insan yang dianggap terlalu mulia bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia tetapi dari sudut pandangan agama. Semua agama di dunia termasuk agama Islam, Buddha, Hindu mahupun agama yang lain mengiktiraf tugas seorang guru. Perlu diingat bahawa, tugas seorang guru bukan sahaja mendidik dan mengajar pelajarnya dari segi akademik untuk menjadi seorang yang pintar, tetapi tugas seorang guru adalah lebih daripada itu. Jika di rumah, seorang pelajar berdamping dengan ibu dan bapa, di sekolah pula tugas ini dipikul oleh seorang guru. Merekalah yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan para pelajar agar terhindar daripada sebarang mara bahaya ketika tiada ibu dan bapa di samping mereka. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari termasuk pelajar itu sendiri bahawa tugas seorang guru adalah terlalu berat sehingga ada yang mengatakan "guru itu umpama lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain". Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, guru juga berfungsi untuk menyemai nilai-nilai murni dan akhlak yang sempurna dalam diri pelajar. Biarpun tugas ini dilakukan tanpa disedari oleh pelajar itu sendiri, namun hakikatnya peranan ini perlu dilaksanakan bagi membentuk diri individu yang sempurna demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Ramai pelajar tidak menyedari bahawa guru memarahi pelajar atau menghukum pelajar adalah bagi membentuk disiplin pelajar tersebut agar menjadi masyarakat yang berguna dan tidak melanggar undangundang negara pada masa depan. Tugas ini biarpun sukar dilaksanakan namun digalas dengan hati yang tabah dan penuh ikhlas. Guru tidak pernah membeza-bezakan perhatian dan kasih sayang kepada setiap pelajar mereka hatta kepada pelajar yang dianggap kurang berdisiplin. Namun sebagai manusia biasa, kadang-kala sikap keterlanjuran guru menjalankan hukuman boleh sahaja terjadi. Pada masa yang sama, guru juga bertanggungjawab kepada masyarakat di sekeliling tempat mereka bertugas. Mereka perlu sentiasa memberi kerjasama dalam bentuk cadangan, saranan atau apa jua aktiviti masyarakat yang dilaksanakan dan dianggap sesuai dalam profession yang dipegang. Seorang guru tidak boleh bersikap sombong atau memencilkan diri dalam masyarakatnya kerana hal ini bertentangan dengan semangat keguruan. Mereka juga menjadi wadah kepada pihak kerajaan untuk menanamkan semangat cinta akan negara kepada generasi muda itu serta menyampaikan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat yang harmoni serta bersatu-padu. Dasar-dasar kerajaan yang diterapkan kepada pelajar ini dapat melahirkan rakyat

32

yang teguh dan berani demi memimpin negara pada masa yang akan datang. Justeru ingatlah falasafah orang Yunani, "jika seorang doktor melakukan kesilapan, hanya seorang pesakit yang akan ditimpa kesusahan tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, kesannya akan berpanjangan hingga beberapa keturunan". Guru bagi masyarakat tradisional di negara kita dianggap terlalu i