kandungan folio kajian tempatan

Upload: hi-speed-car

Post on 04-Apr-2018

407 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    1/20

    1

    1. PENDAHULUAN

    Rumah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu RumahTradisional dan Rumah

    Moden. Rumah dinegara lain juga mempunyai cirri-ciri yang tersendiri.

    2. RUMAH TRADISIONAL

    Jenis-jenis rumah tradisional adalah :

    Rumah Melaka Rumah Minangkabau Rumah Kuntai Rumah Panjang Iban Sarawak Rumah Tiang 12 Rumah Limas Rumah Pahang

    Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai.

    Ianya telah direka bentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir

    dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan

    dan perluasan ruang mengikutkeperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan

    binaan.

    Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu

    sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat

    daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/nipah atau kayu. Tingkap-tingkap

    mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara

    yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan

    mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

    Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi

    rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam,Cina dan Barat.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    2/20

    2

    3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM

    REKA BENTUK RUMAH TRADISIONAL

    3.1 FAKTOR CUACA

    Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan

    mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.

    Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebihter buka seperti kehadiran

    tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah

    rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah

    direka untuk keselesaan secara maksima.

    3.2 SUMBER ALAM

    Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu

    menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau

    batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/nipah menjadi dinding dan atap.

    3.3. BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM

    Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah

    Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat.

    Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri

    dan aktiviti keluarga.

    3.4 PENGARUH ASING

    Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik senibina Melayu. Sebagai

    contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah

    mengambil tempat kayu sebagai tiang, tanggadan dinding, paku menggantikan pasak kayu danakar sebagai penghubung/ pengikat.Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh

    umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    3/20

    3

    4. JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU

    Terdapat beberapa jenis reka bentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh

    Malaysia. Secara amnya, reka bentuk ini diklasifikasikan mengikut reka bentuk bumbung

    iaitu;Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak.

    Reka bentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, reka bentuk

    Bumbung Panjang adalah yang paling popular olehkerana keringkasan reka bentuknya dan

    penjimatan kos serta masa pembinaan.

    Rumah Melaka

    Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih

    terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya

    yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah yang asli

    menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen

    bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

    Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan

    ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan

    rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    4/20

    4

    Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik dipanggil peran atau

    loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat

    majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu

    cengal, meranti dan damar laut.

    Rumah Minagkabau

    Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat

    yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit

    melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi.

    Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai

    ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

    Rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung

    yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan

    juga tempat simpan barang-barang.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    5/20

    5

    Rumah Kutai

    Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia

    lebih etnik dan ringkas.

    Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di

    Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota

    Kanan, Parit.

    Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling

    kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding

    pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.

    Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi

    keterbukaan rumah ini.

    Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah

    mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan

    dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan sikap rendah diri

    penghuni rumah ini.

    Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbandingrekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah

    ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai

    fungsinya tersendiri.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    6/20

    6

    Rumah Panjang Iban Sarawak

    Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah

    kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan

    dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum

    masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.

    Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang

    mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu,

    Mulong dan jenis daun tebal.

    Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang

    dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah

    diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

    Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang

    terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur

    anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    7/20

    7

    Rumah Tiang 12

    Di Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan

    Rumah Tiang 12. Bentuk kedua-duanya tidak banyak beza. Rumah Tiang 12 ini hanya terdapat

    di beberapa kampung dan Bandar Kota Bharu, usianya hapir 100 tahun dan ianya semakin pupus.

    Rumah jenis ini mengadungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang

    panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang tabir layar. Pada

    pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan

    sepasang pemeleh serambi.

    Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang

    mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah

    dapur bebilik-bilik atau bersekat.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    8/20

    8

    Rumah Limas

    Di Johor terdapat rumah-rumah bebentuk Limas, mudah dikenali kerana bumbungnya

    mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke

    cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini terdapat

    di daerah Pontian.

    Ciri-ciri untuk mengenali rumah ini ialah pada puncak bumbungnya dipasang kayu yang

    berbentuk tajam dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang

    dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi ialah ruang anjung. Ruang serambi ini

    dipisahkan oleh dinding dengan ruang ibu rumah. Manakal ibu rumah dan ruang dapur

    dipisahkan oleh ruang selang atau selasar.

    Bahan binaannya adalah dari kayu cengal, keranji, penak, meranti dan sebagainya.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    9/20

    9

    Rumah Pahang

    Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini

    kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir seratus tahun.

    Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan

    terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara

    keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang

    tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi

    ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

    Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan

    untuk menanti, memasak dan sebagainya

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    10/20

    10

    5. Rumah Moden

    Jenis-jenis rumah moden di Malaysia adalah:-

    1.Rumah Kondominium2.Rumah Pangsa3.Rumah Banglo4.Rumah Berkembar5.Rumah Teres

    Rumah Kondominium

    KondominiumBangunan bertingkat yang dianggap hartanah mewah dan eksklusif.

    Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju atau pengurusan adalah lebih

    baik daripada apartmen. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak kereta khusus untuk

    setiap pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, kawasan berpagar dan

    perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    11/20

    11

    Rumah Pangsa

    Rumah PangsaBangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan.

    Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan termasuklah tempat letak kereta

    terbuka, pembuangan sampah dan lif. Secara umum, rumah pangsa dikelaskan sebagai rumah

    mampu milik.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    12/20

    12

    Rumah Banglo

    Rumah BangloRumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain. Klasifikasi

    sesebuah rumah banglo biasanya boleh dibahagikan kepada 1 tingkat hingga 3 tingkat lebih.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    13/20

    13

    Rumah Berkembar

    BerkembarDua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai

    pintu masuk berasingan.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    14/20

    14

    Rumah Teres

    Rumah TeresRumah berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan

    rumah di sebelahnya sama ada di sebelah kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali. Ia

    mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah dan lebih.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    15/20

    15

    6.Rumah Di luar Negara Rumah Di zon Sederhana Sejuk

    Rumah di Zon Sederhana Sejuk mempunyai bumbung berbentuk V terbalik. Bumbungdemikian membolehkan salji yang turun pada musim sejuk terus meluncur ke bawah. Rumah di

    zon ini mempunyai serombong asap.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    16/20

    16

    Rumah Di zon Sejuk

    Iglu ialah rumah musim sejuk yang berbentuk separuh bulatan. Iglu dibina daripada ketulan

    ais. Di zon sejuk terdapat pelbagai jenis rumah iaitu iglu, tupik dan rumah kayu.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    17/20

    17

    Rumah Di Zon Sederhana Panas

    Zon Sederhana Panas mempunai rumah jenis sebuah dan teres. Rumah di zon ini mempunyai

    bumbung berbentuk V terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi

    tidak bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    18/20

    18

    Rumah Di Zon Panas

    Di Zon Panas, terdapat rumah berbentuk segi empat dan berbumbung rata. Rumah ini dibina

    daripada batu bata. Bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup

    kencang.

    Khemah

    Terdapat juga khemah, iaitu tempat tinggal kaum Badwi. Bentuk khemahnya panjang. Khemah

    ini diperbuat daripada kulit binatang atau kain tebal.

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    19/20

    19

    7.Contoh Rumah Di Seluruh Dunia Rumah Inggeris

    Rumah Jawa

  • 7/29/2019 Kandungan Folio Kajian Tempatan

    20/20

    20

    Rumah Mesir

    Rumah Afrika