kajian geografi tempatan 2011

25

Upload: copycat96

Post on 02-Jul-2015

2.547 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

good luck1 ;P

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian geografi tempatan 2011
Page 2: Kajian geografi tempatan 2011

Senarai Kandungan

Bil Perkara Halaman

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif Kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian- Konsep Pencemaran Alam Sekitar- Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin

Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Bahan Grafik7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Page 3: Kajian geografi tempatan 2011

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 Berdikari Tahun 2011, Puan Shahazanzurina bt Mat Daud, atas segala tunjuk

ajarnya kepada saya. Segala informasi yang beliau berikan di dalam kelas dapat saya praktikkan sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun 2011 ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, tidak mungkin dapat saya siapkan tugasan ini dengan

sempurna.

Seterusnya, saya turut mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa, Salihan bin Selamat dan Khairul Nisa Sulaiman di atas sokongan

mereka. Mereka telah menyediakan segala keperluan yang saya minta sepanjang proses menyiapkan folio ini. Mereka turut bekerjasama memberikan pelbagai maklumat yang saya

perlu ketika membuat kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan dan kesemua pihak telibat dalam proses pembuatan kerja kursus ini – Syafiqah Pillay, Teivardashni, penduduk

Taman Shamelin Perkasa, etc. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin saya boleh melengkapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2011 ini.

~ Terima Kasih ~

Page 4: Kajian geografi tempatan 2011

Pendahuluan

Saya, Nur Farrah Hanis bt Salihan telah memilih tugasan 1 Kerja Kursus Geografi PMR 2011 yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebab- sebab saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian bagi kerja kursus saya tahun ini adalah kerana terdapat banyak jenis pencemaran alam sekitar yang jelas dilihat di Taman Shamelin Perkasa. Ini dapat memudahkan tugasan saya yang sudah terang lagi

bersuluh merangkumi topic pencemaran alam sekitar.

Selain itu, penduduk di Taman Shamelin Perkasa memberi kerjasama yang amat memuaskan ketika proses temu bual dijalankan. Hal ini amat menggembirakan saya

kerana informasi-informasi yang diberi penduduk dan informasi yang saya jumpa di dalam internet mencukupi untuk melengkapkan tugasan saya ini dengan sempurna.

Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk menyiapkan kajian saya sebelum kesemua informasi yang saya perolehi boleh dimuatkan ke dalam Kerja Kursus Geografi

PMR 2011 ini.

Page 5: Kajian geografi tempatan 2011

Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan sepanjang proses melengkapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2011.

Antaranya, Kaedah Pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Shamelin Perkasa. Memang jelas dapat dilihat kejadian pencemaran yang sedang berlaku di kawasan kajian tersebut. Antara pencemakan yang dapat

saya perhatikan termasuklah pencemaran udara, bunyi dan bau.

Selain itu, saya juga telah menggunakan Kaedah Temu Bual di mana saya telah menemu bual 3 orang individu yang masing-masing menetap, bekerja dan bersekolah di Taman

Shamelin Perkasa. Borang temu bual yang telah diisi dengan lengkap ada disematkan di dalam folio ini.

Seterusnya, saya turut menjalankan Kaedah Soal Selidik. Dalam kaedah ini, saya telah mengedarkan 20 helai boring soal selidik untuk diisi sesiapa sahaja yang berada di Taman

Shamelin Perkasa semasa saya sedang menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut. Borang ini juga ada digabungkan di dalam folio ini.

Berikut merupakan 3 kaedah kajian tentang pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa yang telah saya gunakan untuk melengkapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2011 ini.

Page 6: Kajian geografi tempatan 2011
Page 7: Kajian geografi tempatan 2011
Page 8: Kajian geografi tempatan 2011
Page 9: Kajian geografi tempatan 2011
Page 10: Kajian geografi tempatan 2011

Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa.

Antaranya kita dapat mempelajari konsep pencemaran alam sekitar. Selain itu, kita juga dapat mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar. Kita juga boleh mengetahui punca

pencemaran alam sekitar.

Page 11: Kajian geografi tempatan 2011

Di samping itu, kita boleh menyatakan kesan pencemaran alam sekitar sekali gus memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Akhir sekali, kita dapat memberikan penerapan nilai ataupun unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan Kajian

Saya telah memilih Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian bagi Kerja Kursus Geografi PMR 2011.

Page 12: Kajian geografi tempatan 2011

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan

mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Antara contoh pencemaran alam sekitar adalah pencemaran udara, air, tanih, bunyi dan bau. Pencemaran udara biasanya diakibatkan oleh pelepasan asap kenderaan. Contoh pencemaran

air pula adalah pembuangan sampah sarap dan toksik ke dalam sungai atau tasik.

Page 13: Kajian geografi tempatan 2011

Pencemaran tanih berlaku apabila petani menggunakan kaedah sembuaran racun perosak serangga. Pancemaran bunyi pula biasanya berlaku di bandar-bandar yang dipenuhi dengan

kereta. Ada kereta yang mengeluarkan bunyi enjin yang amat kuat. Akhir sekali adalah pencemaran bau yang memang tidak asing lagi. Pencemaran ala mini berlaku di mana-mana

tempat kerana masyarakat kini mempunyai sikap tidak bertanggungjawab dan sering membuang sampah sarap di merata-rata tempat.

Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang jelas dilihat di Taman Shamelin Perkasa.

Pertamanya, pencemaran udara. Ini jelas dilihat dan dianggap pencemaran yang paling ketara di tempat kajian. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap kenderaan dan

kilang-kilang kecil yang banyak terdapat di sekitar kawasan kajian. Taman Shamelin Perkasa

Page 14: Kajian geografi tempatan 2011

sering dipenuhi kereta kerana terdapat banyak pejabat dan empat buah sekolah di situ. Ada juga banyak petempatan. Dengan adanya perkara-perkara tersebut, pencemaran udara

memang sentiasa berlaku di Taman Shamelin Perkasa.

Selain itu, pencemaran bunyi turut berlaku di Taman Shamelin Perkasa. Pencemaran ini disebabkan kawasan kajian merupakan kawasan petempatan yang lengkap dengan sekolah

dan pejabat. Ada juga banyak kilang-kilang kecil di sekitar kawasan kajian. Kehadiran banyak kenderaan mendatangkan pencemaran bunyi. Jeritan murid-murid sekolah setelah

habis waktu persekolahan juga mendatangkan ketidak selesaan penduduk kerana bunyi yang bising.

Seterusnya, pencemaran bau. Jenis pencemaran ini memang sering berlaku di sini. Bau sampah sarap yang dibuang merata-rata tempat mendatangkan bau yang amat busuk. Ada

juga longkang-longkang yang tidak diselenggara dengan baik yang menghasilkan bau yang meloyakan. Selain itu asap-asap kilang dan kenderaan turut mengeluarkan bau busuk.

Punca pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya, kenderaan. Taman Shamelin Perkasa sering dipenuhi kenderaan kerana terdapat empat buah sekolah dan banyak pejabat di kawasan ini. Kenderaan merpakan faktor utama

pencemaran alam sekitar di kawasan kajian kerana mendatangkan banyak jenis pencemaran.

Page 15: Kajian geografi tempatan 2011

Asap kenderaan mendatangkan pencemaran udara dan bau. Enjin kenderaan yang diubah suai pula menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

Seterusnya, sampah sarap. Kawasan kajian yang merupakan sebuah kawasan petempatan memang banyak dipenuhi sampah sarap. Terdapat empat buah sekolah di kawasan ini dan terdapat beberap gerai di tepi jalan di mana murid-murid sering membeli barang makanan selepas waktu persekolahan. Anak-anak kecil ini yang masih naïf akan membuang sampah

sisa makanan mereka merata-rata tempat. Sampah sarap mendatangkan pencemaran baud an imej yang tidak elok untuk Taman Shamelin Perkasa.

Selain itu, pembinaan. Di kawasan kajian, sebuah pembinaan pusat membeli belah sedang dijalankan. Akibat buruk daripada pembinaan ini adalah masalah pencemaran alam sekitar

seperti pencemaran udara, bunyi dan bau. Bunyi peralatan pembinaan yang digunakan sangat kuat dan menggangu penduduk. Habuk hasil pembinaan turut mendatangkan pencemaran udara dan tidak elok untuk individu yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma.

Akhir sekali, perniagaan dan petempatan. Taman Shamelin Perkasa sebuah kawasan petempatan. Terdapat pelbagai jenis kedai dan gerai di sekeliling kawasan kajian. Perkara ini mendatangkan banyak pencemaran. Pencemaran udara berlaku akibat asap kenderaan. Selain itu peniaga dan penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap merat-rata

tempat dan menyebabkan pencemaran bau.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang telah dianugerahi tuhan.

Kesan pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa telah mendatangkan banyak kesan negative yang agak mendatangkan masalah bagi penduduk.

Pertamanya, pelepasan asap kilang dan kenderaan telah menyebabkan berlakunya hujan asid dan jerebu. Hujan asid menjadi sebuah masalah kerana boleh menyebabkan

Page 16: Kajian geografi tempatan 2011

penyakit kulit. Dinding-dinding rumah juga turut terjejas akibat masalah ini. Jerebu pula telah membuat kawasan ini berhabuk dan sesiapa yang berada di Taman Shamelin Perkasa akan

menghadapi masalah untuk melihat dalam jarak yang jauh kerana jerebu yang tebal.

Seterusnya, masalah pencemaran juga ada mendatangkan penyakit seperti penyakit kulit atau penyakit yang melibatkan pernafasan. Penyakit lain seperti demam denggi dan keracunan makanan turut dilihat. Ini disebabkan masalah pembuangan sampah merata-rata

serta system saliran yang tidak baik menyebabkan air bertakung – tempat pembiakan nyamuk.

Selain itu, oleh kerana kawasan ini dikelilingi kilang dan pertempatan, ada berlakunya masalah pulau haba yang menyebabkan peningkatan suhu. Kawasan Taman Shamelin Perkasa sememangnya panas terutama pada waktu tengah hari dan kadang kala pada waktu

malam.

Akhir sekali, pelepasan asap kilang dan kenderaan turut menyebabkan udara tercemar dan sampah-sarap yang dibuang merata-rata berbau busuk. Penduduk amat tidak selesa

dengan keadaan in kerana mengganggu kehidupan harian mereka.

Sebagai seorang warganegara, kita haruslah lebih prihatin akan alam sekitar.

Cadangan untuk Mengurangkan Kesan pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa telah menjadi sangat ketara dan langkah mengurangkan kesan pencemaran haruslah dijalankan dengan segera.

Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ini boleh diatasi dengan kaedah penguat kuasaan undang-undang. Pihak kerajaan boleh mendenda individu yang membuang

Page 17: Kajian geografi tempatan 2011

sampah merata-rata seperti yang sedang giat dijalankan di Singapura. Kenderaan dan kilang pula patut dilengkapi dengan penapis asap dan catalytic converter untuk mengurangkan

pencemaran.

Selain itu, Kempen Cintai Alam Sekitar patut dianjurkan di kawasan ini. Kempen seperti itu dapat memupukkan kesedaran penduduk untuk menghargai alam sekitar. Kempen itu

boleh dianjurkan di dewan sekolah-sekolah di sekeliling kawasan kajian.

Seterusnya, murid-murid sekolah harus dilengkapi dengan pendidikan alam sekitar, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anka dan muda-mudi yang didik

dari usia kecil akan lebih memahami kesan buruk pencemaran alam sekitar.

Akhir sekali, sebuah tapak pelupusan sampah patut diwujudkan. Dengan ini, penduduk diharapkan akan lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat

lagi.

Kita haruslah bekerjasama menuju ke arah negara bebas pencemaran kerana alam ini akan diwarisi anak dan cucu kita kelak.

Bahan Grafik

1. Peta Minda

Page 18: Kajian geografi tempatan 2011

Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

2. Jadual

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin

Langkah-langkah

Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar

Kuat Kuasa Undang-undang

- mengenakan denda kepada individu yang membuang

sampah merata-rata

Kempen Cintai Alam - memupuk

kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan alam

sekitar

Pendidikan Alam Sekitar

- anak-anak haruslah diajar dari

kecil di sekolah tentang harga alam

Tapak Pelupusan Sampah

- harus diwujudkan supaya penduduk

tidak lagi membuang sampah di merata-

rata tempat

Penapis asap & catalytic convertor

- perlu dipasang dalam kenderaan

dan kilang agar menurangkan

pencemaran udara

Page 19: Kajian geografi tempatan 2011

Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bil Jenis Pencemaran

Punca Kesan Cara Menangani

1 Pencemaran Udara

- Asap Kenderaan

- Asap Kilang- Pembinaan

- Hujan asid- Jerebu- Penyakit- Suhu Meningkat

- Kuat kuasa undang-undang

- Kempen cintai alam sekitar

2 Pencemaran Bunyi

- Kenderaan- Perkilangan- Pembinaan- Petempatan- Perniagaan

- Ketidakselesaan penduduk

- Menjatuhkan imej Negara

- Pendidikan moral

- Ceramah kesedaran penduduk

3 Pencemaran Bau

- Asap kilang dan kenderaan

- Habuk pembinaan

- Petempatan dan perniagaan

- Sampah sarap

- Menjatuhkan imej Negara

- Bau busuk- Ketidakselesaan

Penduduk

- Kempen kesedaran

- Pendidikan di sekolah

- Kuat kuasa undang-undang

- Mewujudkan tapak pelupusan sampah

Rumusan

Saya Nur Farrah Hanis bt Salihan telah mengambil masa selama lebih kurang sebulan untuk membuat kajian bagi melengkapkan Kajian Geografi Tempatan PMR 2011 ini.

Page 20: Kajian geografi tempatan 2011

Selama proses menyiapkan folio ini, saya telah pelajari pelbagai perkara baru. Saya telah memilih untuk mengkaji tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku berhampiran sekolah saya iaitu di Taman Shamelin Perkasa. Sepanjang kajian saya, saya telah mendapati bahawa

kawasan tersubaut memang banyak menghadapi masalah pencemaran alam sekitar.

Kawasan kajian yang merupakan sebuah kawasan petempatan yang juga dikelilingi banyak kilang-kilang kecil sememangnya amat terdedah dengan pencemaran seperti pencemaran

udara, bau dan bunyi.

Saya telah berpeluang meminta pendapat beberapa penduduk di kawasan kajian dengan mengedarkan boring-borang soal selidik yang telah saya selitkan dalam folio ini pada

bahagian lampiran. Saya juga telah manemubual 3 orang yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian, murid yang bersekolah di situ dan guru yang berkerja di kawasan tersabut.

Secara intihalnya, folio ini dapat saya lengkapkan dengan sempurna dengan bantuan beberapa pihak seperti penduduk kawasan Taman Shamelin Perkasa, rakan-rakan, guru dan ibu bapa.

Dalam menyiapkan folio ini, saya mempelajari bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mula mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di Negara ini kerana pencemaran yang berterusan akan menghasilkan impak

yang besar kepada dunia.

Ingatlah, kita sekadar menjaga bumi ini sebelum generasi akan dating bangkit mewarisinya daripada kita. Adakah kita ingin anak dan cucu kita hidup bertemankan sampah sarap? Tepuk

dada, tanya selera.

~ SEKIAN ~

Rujukan

Page 21: Kajian geografi tempatan 2011