kajian tempatan tajwid

18
KEBERKESAN PENGAJARAN DALAM PENGGUNAAN WARNA DALAM PENGAJARAN TAJWID HUKUM MAD MURID TAHUN LIMA SEKOLAH RENDAH AGAMA KG DELEK KUMPULAN : TAHUN LIMA AHLI KUMPULAN: USTAZAH KAMARIAH 5 ABUBAKAR USTAZAH FIRDAUS 5 OMAR USTAZ MOHAMAD 5 OSMAN USTAZAH NORHANI 5 ALI USTAZAH 5 KHALID USTAZAH SAZLINA 5 HAMZAH 1

Upload: mohdmokri4542

Post on 26-Oct-2015

289 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

KEBERKESAN PENGAJARAN DALAM PENGGUNAAN WARNA DALAM

PENGAJARAN TAJWID HUKUM MAD

MURID TAHUN LIMA

SEKOLAH RENDAH AGAMA KG DELEK

KUMPULAN :

TAHUN LIMA

AHLI KUMPULAN:

USTAZAH KAMARIAH 5 ABUBAKAR

USTAZAH FIRDAUS 5 OMAR

USTAZ MOHAMAD 5 OSMAN

USTAZAH NORHANI 5 ALI

USTAZAH 5 KHALID

USTAZAH SAZLINA 5 HAMZAH

1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina satu pendekatan inovatif dalam membantu murid

khususnya murid tahun lima menguasai hukum Mad dengan mudah. Elemen warna dilihat

berupaya merangsang murid,ini di buktikan menerusi kajian yang di jalankan.Seramai 15

pelajar yang lemah dalam pelajaran Tajwid telah di pilih .Dalam kajian ini setiap murid akan

diberikan satu kad pintar yang mengandungi hukum Mad mengikut warna.Kajian ini dibina

berdasarkan teori pengamatan, visual dan Gagne. Kaedah pemerhatian, lembaran kerja pra

serta pasca dan catatan refleksi untuk mengumpul data tentang kesan kajian.

Penggunaan warna dalam kajian ini didapati terbukti membantu responden mengenal

pasti hukum berkenaan dengan berkesan.Kami bercadang melanjutkan kajian ini dalam sesi

akan datang supaya menyumbang hasil lebih optimum.

PENDAHULUAN

` Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan

nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Matlamat pendidikan

Al-Quran adalah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan

kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur,

bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat

yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997).

Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak

terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca

Al-Quran.Membaca Al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala sehinggakan setiap

huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan oleh Allah kepada pembacanya, jika dibaca

dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Pahala membaca

Al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya tetapi juga diberi kepada

2

pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna

membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim. Antara kesan buruk akibat tidak

mempelajari cara atau kaedah membaca Al-Quran dengan betul ialah:

1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain yang melibatkan bacaan

Al-Quran.

2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan dalam Al-Quran.

4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Oleh sebab itu, subjek tajwid telah diajar di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan

para murid tentang kepentingan membaca Al-Quran dengan betul dan tartil.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Tinjuan awal permasalahan kajian tindakan saya. Masalah yang dihadapi oleh

kebanyakan pelajar Tahun ini ialah mereka gagal mengenal pasti serta membaca perkataan

yang mengandungi hukum tajwid Mad. Isu ini dapat dilihat berdasarkan kepada pemerhatian

awal 4 minggu pertama semasa ujian pra dijalankan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi

dengan baik, dikhuatiri murid akan terus membaca Al-Quran dengan salah terutamanya

dalam hukum asas seperti Mad ketika dalam solat serta bacaan Al-Quran harian mereka.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini difokuskan untuk meningkatkan tahap bacaan m u r i d i n i dalam

hukum tajwid Mad dengan menggunakan kad pintar berwarna. Hukum-hukum Mad yang

terkandung di dalam kad pintar ini akan diwarnakan dengan pelbagai warna mengikut hukum.

Hal ini bertujuan memudahkan murid mengingati serta mengaplikasi bacaan secara tepat.

Pemilihan fokus ini dibuat berdasarkan kepada hasil tinjauan awal yang didapati melalui

3

perbincangan kami bersama guru subjek Tajwid Tahun 5 serta refleksi pemerhatian

yang di jalankan di dalam sesi P&P . Daripada tinjauan tersebut, kami mendapati murid-murid

menghadapi masalah dalam bacaan bertajwid hukum Mad.Justeru kami merasakan satu

kaedah pengajaran berkesan perlu dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap keberkesanan amalan pengajaran pengkaji melalui penggunaan

warna pada hukum Mad di dalam subjek Tajwid dan Tilawah Al-Quran.

2. Mengenal pasti tahap penguasaan hukum Mad murid melalui penggunaan warna.

3. Mengenal pasti tahap minat murid terhadap bacaan Al-Quran berdasarkan pengajaran

melalui penggunaan warna.

METHODOLOGI KAJIAN

1.Mengenal pasti masalah

Menganalisa keputusan ujian prestasi murid Tahun lima,menunjukan peratusan lulus yang

agak rendah hanya 60% pelajar lulus.Pemerhatian kami P&P di jalankan hanya mengikut

kaedah tradisional seperti membaca dan menghafal menyebabkan kesukaran pelajar untuk

memahami pelajaran yang disampaikan.

2.Merancang tindakan

Menjalankan penyelidikan terhadap kaedah yang sesuai semasa kajian dijalankan serta

penyediaan bahan-bahan kajian seperti borang soal selidik,latihan ujian pra dan pasca.

3.Melaksanakan tindakan

Melaksanakan aktiviti yang di rancang seperti penyampaian P&P mengikut kaedah warna

mengedarkan borang soal selidik, mengadakan ujian pra dan pasca kepada peserta kajian.

4.Analisa data

Menganalisa semua data yang diperolehi menerusi instumen kajian

4

5.Refleki

Membuat kesimpulan terhadap keberkesanan dan kelebihan kaedah yang di guna pakai serta

penambahbaikan terhadap kelemahan yang ada.

Proses kajian tindakan

INSTRUMEN KAJIAN

1.Borang soal selidik

Dalam borang ini dicatatkan data-data yang diperoleh melalui pemerhatian yang

jalankan keatas peserta kajian sepanjang kami menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.Lembaran Latihan Pra dan Pasca

Borang ini mengandungi teks Surah Ali-imran 1 hingga 11. Dalam set latihan yang

saya berikan ini semuanya dicetak dengan ayat-ayat yang berwarna hitam keseluruhannya.

Dalam sesi P&P harian, kami telah memberikan penerangan dengan menggunakan slide

powerpoint yang menonjolkan penggunaan warna dalam huruf-huruf dalam ayat Al-quran

5

Mengenalpasti masalah

Analisa data

Refleksi

Merancang tindakan

Melaksanakan tindakan

yang mengandungi hukum Mad . Dalam masa sama, murid juga diberikan satu lembaran ayat

Al-quran yang mengandungi warna bagi hukum Mad

3.Catatan refleksi

Catatan refleksi yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan

juga menjadi bahan rujukan utama dalam menjalankan penyelidikan tindakan ini. Melalui

refleksi yang dilakukan, kami dapat menilai semula serta membuat rumusan berkaitan

keberkesanan pelaksanaan kaedah warna dalam hukum tajwid Mad Asli serta rekod respon

dan perkembangan peserta kajian.

PESERTA KAJIAN

Dalam melaksanakan penyelidikan ini, k a m i telah mensasarkan 1 5 orang

murid tahun l i m a . Responden terdiri daripada 12 pelajar lelaki dan 13 pelajar perempuan.

Peserta di pilih secara rawak berdasarkan tahap penguasaan murid yang pelbagai dalam subjek

Tajwid dan Tilawah Al-Quran

Di dalam kajian responden ini kami dapat membahagikan kepada beberapa kategori

kumpulan.Kumpulan A, merupakan murid lelaki yang aktif. Kumpulan B murid perempuan

yang aktif. Kumpulan C merupakan murid l e l a k i yang p a s i f .Kumpulan D pula

merupakan murid perempuan yang pasif .Kumpulan E adalah murid lelaki dan perempuan

yang mempunyai masalah lambat memahami isi pelajaran.

Jadual 1: Kumpulan dan ciri-ciri reponden

Kumpulan Ciri-ciri Jumlah

A Lelaki aktif 3

B Perempuan aktif 3

C Lelaki pasif 3

6

D Perempuan pasif 3

E Lelaki/Perempuan lembam 3

JUMLAH 15

ANALISA DATA

Berdasarkan kepada penggunaan warna pada hukum Mad telah menunjukkan

peningkatan yang cukup ketara dalam kalangan 15 peserta kajian yang terlibat. Pada

peringkat awal, para peserta kajian gagal mengenal pasti kalimah yang mengandungi hukum

tersebut lantaran tiada penekanan khusus kepada tanda-tanda hukum Mad ini. Namun apabila

peserta kajian diberikan kad ayat berwarna, mereka boleh memahami konsep hukum ini.

Walaupun fasa memberikan pendedahan mengenai tanda ini mengambil masa tinjauan yang

agak lama, iaitu selama dua bulan, namun kajian mendapati perubahan drastik dalam latihan

pra dan pasca pengenalan kaedah ini. Ini dijelaskan melalui jadual berikut :

Jadual 2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Hukum Mad

KUMPULAN KEPUTUSAN NILAI TOKOKAN

Latihan Pra Latihan Pasca (+/-)

A 78% 100 % +44%

B 85% 100 % +66%

C 60% 90% +56%

D 70% 95% +33%

E 26% 55% +55%

7

Keputusan yang diperolehi ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan kosisten dalam

jumlah markah yang diperolehi oleh 15 orang peserta kajian yang dipilih.

8

Graf di atas menunjukkan rekod peningkatan prestasi murid dalam sesi latihan yang

telah diberikan oleh kami sepanjang tempoh ujian. Berdasarkan kepada pemerhatian kualiti

bacaan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, berlaku perubahan dalam

penguasaan murid memahami hukum tajwid Mad berbanding sesi pemerhatian pertama

peserta kajian.

Manakala selepas beberapa sesi kajian di jalankan telah menunjukkan kemampuan

murid dapat dengan menjawab betul dalam sesi latihan yang di berikan.Ini dapat di lihat

menerusi ujian yang di sediakan.

Jadual2 : Perbandingan hasil kajian Borang soal selidik

Bil Perkara yang difokuskan Tarikh Pemerhatian

Pra kajian P a s c a k a j i a n

1 Murid dapat menyatakan maksud hukum tajwid √ √

Mad Asli dengan betul

2 Murid dapat menyatakan huruf-huruf Mad Asli √ √

9

Graf 1 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca kajian

KUMPULAN UJIAN PRA UJIAN PASCA NILAI TOKOKANA 78% 100% 22%B 85% 100% 15%C 60% 90% 30%D 70% 95% 25%E 26% 55% 29%

3 Murid dapat mengeluarkan kalimah yang X √

mengandungi hukum Mad Asli

4 Murid dapat membaca kalimah yang mengandungi X √

hukum Mad Asli dengan tepat

5 Kesalahan bacaan hukum Mad Asli kurang X √

6 Guru memberikan bimbingan berkenaan hukum √ X

Mad Asli semasa sesi p&p.

Dalam sesi pemerhatian pertama, tiada tanda yang menunjukkan murid tertarik untuk

mengikuti sesi P&P yang k a m i jalankan. Walaupun murid-murid mengikuti setiap

pengajaran yang di jalankan , namun mereka mudah hilang tumpuan kerana gagal

memahami konsep hukum tajwid Mad yang d i a j a r o l eh gu ru . Hal ini dapat dilihat

melalui refleksi yang kami j a l ankan namun se t e l ah t i ndakan d i j a l ankan

murid telah menunjukkan minat mereka terhadap isi P&P yang dijalankan.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kami dapati pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran Tajwid yang telah

dijalankan, murid kurang berminat dan cepat bosan terhadap sesi pembelajaran yang

dijalankan. Lazimnya murid hanya di ajar oleh guru serta menggunakan kaedah konvensional

seperti membaca dan menghafal pelajaran semata-mata dan tiada kepelbagaian dalam

k a e d a h d a n t e k n i k d a l a m pelaksanaan aktiviti. Namun, dengan menggunakan

10

kaedah warna dalam memperkenalkan hukum tajwid asas Mad ini, menunjukkan kepada

perubahan yang cukup konsisten dalam diri peserta kajian.

Walaupun kaedah ini t e l a h l a m a d i p e r k e n a l k a n n a m u n k u r a n g

d i p r a k t i k a n d i s e k o l a h - s e k o l a h k h u s u s n y a d i s e k o l a h r e n d a h

a g a m a s e k a l i g u s mengoptimumkan kesalahan murid dalam membaca ayat-ayat

suci Al-Quran dan menarik minat mereka untuk mendalami ilmu T a j w i d . Dalam

peringkat awal, murid akan diberikan pengenalan secara terperinci berkaitan kaedah ini dan

sentiasa diulang dalam setiap sesi P&P . Penekanan kepada konsep warna dan latihan yang

berterusan membantu peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif.

Dapatan kajian ini sesungguhnya memberikan satu petunjuk yang ketara bahawa

bidang Tilawah Al-Quran ini bukanlah sesuatu yang membosankan dan sekadar untuk

menuruti sukatan pelajaran semata-mata. Melalui kaedah serta kepelbagaian aktiviti yang

diaplikasikan akan membantu murid dalam mengubah persepsi negatif tersebut. Walaupun

berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, adakalanya murid tidak mencapai 100%

penguasaan, namun demikian, perubahan yang ditunjukkan dengan lonjakan sebanyak

50% daripada markah yang diperolehi dalam latihan pra menunjukkan kaedah ini

membawa kesan positif y a n g ketara.

Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid

mempelajari hukum tajwid Mad Asli dengan cara mudah, pantas dan kekal. Dengan

mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar

daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya.

Sekiranya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi

setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa.

11

Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua dan salah satunya adalah kesalahan

Nyata ( ) yang ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada

lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan huruf bacaan. Kesalahan nyata

bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu

mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali ( جلي ( di sini bermaksud sesuatu

kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin,

Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata:

Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara

jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.Hukum melakukan

kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan

secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.

Apa yang saya harapkan cadangan serta perlaksanaan kajian tindakan kami ini akan

dijadikan rujukan oleh guru yang lain serta dapat di perluasakan lagi kaedah ini di seluruh

sekolah-sekolah rendah agama Jais bagi menangani masalah murid dalam penguasaan hukum

tajwid. Walau bagaimanapun bentuk pelaksanaan kajian tindakan ini masih dalam kajian

namun ianya boleh diubahsuaikan mengikut kesesuaian dan keadaan murid.

12