nota psk t22

2
2. PERPADUAN DALAM KELUARGA Tarikh Patut Siap: 13.02.2012 Pengenalan 1. Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika mendapat kerjasama seluruh ahli keluarga. 2. Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan cara yang berikut, iaitu: (a) penglibatan ahli keluarga dalam sambutan hari khas keluarga; (b) berkongsi saat suka dan duka; (c) senantiasa memberikan sokongan kepada anggota keluarga; (d) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga. Sambutan Hari Khas Keluarga 1. Hari khas keluarga adalah hari- hari istimewa dalam keluarga. 2. Contohnya hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, hari ibu , hari bapa dan sebagainya. 3. Hari-hari khas ini perlu disambut untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. 4. Sambutan hari khas ini tidak semestinya disambut secara besar- besaran. 5. Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa diri dihargai dan diambil peduli. 6. Bagi merancang sambutan hari khas keluarga, tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga. Sama ada dalam memberikan idea, mengumpul sumber kewangan, dan tenaga untuk menjayakan sambutan hari khas tersebut. 7. Perkara-perkara yang memerlukan kerjasama ahli keluarga ketika menyambut hari lahir keluarga: (a) memberikan sumbangan idea; (b) membantu menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau tenaga; (c) bersama-sama menghias rumah untuk sambutan tersebut; (d) bersama-sama menyediakan makanan dan minuman; (e) berkemas selepas sesuatu majlis diadakan dan sebagainya. 8. Kerjasama anggota keluarga dalam sambutan hari khas keluarga ini dapat mewujudkan perpaduan dalam keluarga. Berkongsi Suka Duka 1. Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan mereka. 2. Manakala apabila ahli keluarga berada dalam kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka sokongan moral agar mereka tidak patah semangat dengan dugaan dan tabah menghadapi kesusahan. 3. Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga. Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga amat penting supaya mereka rasa dihargai. Aktiviti Keluarga 1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersama-sama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluarga. 2. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama: (a) menonton televisyen; (b) beriadah; [1] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com

Upload: wani-mesra

Post on 01-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

[1] Dari Sasbadi Booster A+www.wargasivik.blogspot.com

2.PERPADUAN DALAM KELUARGATarikh Patut Siap: 13.02.2012

Pengenalan1.Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika mendapat kerjasama seluruh ahli keluarga.2.Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan cara yang berikut, iaitu:(a)penglibatan ahli keluarga dalam sambutan hari khas keluarga;(b)berkongsi saat suka dan duka;(c)senantiasa memberikan sokongan kepada anggota keluarga;(d)melibatkan diri dalam aktiviti keluarga.Sambutan Hari Khas Keluarga1.Hari khas keluarga adalah hari-hari istimewa dalam keluarga.2.Contohnya hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, hari ibu , hari bapa dan sebagainya.3.Hari-hari khas ini perlu disambut untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.4.Sambutan hari khas ini tidak semestinya disambut secara besar-besaran.5.Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa diri dihargai dan diambil peduli.6.Bagi merancang sambutan hari khas keluarga, tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga. Sama ada dalam memberikan idea, mengumpul sumber kewangan, dan tenaga untuk menjayakan sambutan hari khas tersebut.7.Perkara-perkara yang memerlukan kerjasama ahli keluarga ketika menyambut hari lahir keluarga:(a)memberikan sumbangan idea;(b)membantu menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau tenaga;(c)bersama-sama menghias rumah untuk sambutan tersebut;(d)bersama-sama menyediakan makanan dan minuman;(e)berkemas selepas sesuatu majlis diadakan dan sebagainya.8.Kerjasama anggota keluarga dalam sambutan hari khas keluarga ini dapat mewujudkan perpaduan dalam keluarga.Berkongsi Suka Duka1.Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan mereka.2.Manakala apabila ahli keluarga berada dalam kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka sokongan moral agar mereka tidak patah semangat dengan dugaan dan tabah menghadapi kesusahan. 3.Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga. Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga amat penting supaya mereka rasa dihargai.Aktiviti Keluarga1.Aktiviti keluarga yang dijalankan bersama-sama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluarga.2.Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama:(a)menonton televisyen;(b)beriadah;(c)berkelah;(d)melancong;(e)mengadakan kenduri dan sebagainya.3.Ketika melakukan aktiviti keluarga, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manfaat kepada seluruh anggota keluarga.4.Anak-anak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa lebih stabil emosinya dan keadaan ini dapat menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti negatif.