nota pop up
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 NOTA POP UP
1/17
PENGENALAN POP-UP
Pop-up bermaksud suatu bahan yang membentuk suatu struktur tiga dimensi
apabila halaman dibuka.
Memandangkan bahan pop-up dibuat daripada kertas, maka pop-up juga
dikenali sebagai kejuruteraan kertas.
Pop-up semakin banyak diaplikasikan, misalnya dalam buku cerita kanak-kanak
kerana boleh menjadikan buku itu lebih menarik.
MENJADI JURUTERA KERTAS
Banyak contoh hasil kertas di sekeliling kita:
Kotak hadiah, kad hari perayaan, kad ucapan, sampul surat dsb.
Bahan murah, teknik rekabentuk canggih
Pelajar boleh belajar untuk mengembangkan kemahiran geometri dan
rekabentuk dalam cara terbuka.
PROSES REKABENTUK
1. Lihat contoh-contoh
2. Meneroka teknik
3. Membuat sendiri
4. Penghasilan
-
7/28/2019 NOTA POP UP
2/17
Empat peringkat dalam proses rekabentuk
1. Lihat contoh-contoh
Aktiviti: Lihat pelbagai kad pop-up, kotak hadiah, sampul surat dsb.
Biasakan dengan teknik-teknik dan arahan seperti memotong, melipat, melekat
dll, mengenali ciri-ciri struktur bagi suatu rekabentuk
2.Meneroka teknik
Lukis perwakilan 2-D bagi suatu hasil 3-D
Menjelaskan ciri-ciri rekabentuk
Membuat objek 3D daripada perwakilan 2-D
Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan dalam rekabentuk
Mengembangkan idea bagi hasil kertas
3.Membuat sendiri
Kumpulan pelajar mengembelingkan idea bagi hasil kertas
Menjana kemungkinan bagi suatu rekabentuk dengan ciri-ciri asal
Melukis rekabentuk dengan tahap ketepatan yang boleh diterima
Membina protaip
-
7/28/2019 NOTA POP UP
3/17
4. penghasilan
Menghasilkan kit bagi rekabentuk sendiri supaya orang lain boleh membuat hasil
yang sama
Menuliskan arahan atau cara membuat bahan-bahan dalam bilik darjah untuk
kejuruteraan kertas
Membekalkan murid dengan struktur koheren
. Meninjau apa yang telah dicapai
MENEROKA TEKNIK
Simbol yang digunakan
Terdapat beberapa simbol yang sering digunakan untuk membentuk pop-up. Cuba
lukiskan simbol bagi:
Garis potongan (cutting line)
Lipatan bukit (Hill-fold)
Lipatan lurah (valley fold)
Glu (Glue)
-
7/28/2019 NOTA POP UP
4/17
TEKNIK-TEKNIK POP-UP
Teknik-teknik pop-up boleh dikategorikan sebagai:
(1) pop-up 90 darjah dan pop-up 180 darjah;
(2) sudut lipatan dan sudut selari, kedua-duanya ada dua jenis: Dengan perekat
(glu) atau tanpa perekat.
Teknik Pop-up 90 darjah
(A) Kotak asas (basic box)
Mudah. Caranya:
1. Lipat sehelai kertas A4 di tengah-tengah.
2. Buat garis lurus pada dua bahagian berserenjang dengan garis lipatan tadi.
3. Lipatkan kertas yang digunting tadi ke luar. Tolak bahagian tengah ke dalam
kertas. Buka kertas kepada bentuk 90 darjah dan terhasillah satu imej 3D
berbentuk kotak.
-
7/28/2019 NOTA POP UP
5/17
Terdapat dua orientasi bagi teknik pop-up 90 darjah, iaitu secara menegak dan
melintang.
Perlu diingat bahawa panjang garis yang hendak dipotong mestilah sama dan
tidak melebihi panjang kertas, seperti dalam rajah 1.
Pop-up jenis ini menggunakan lipatan secara selari.
Rajah 1
-
7/28/2019 NOTA POP UP
6/17
Contoh Pop-up 90 darjah adalah seperti dalam rajah 2, rajah 3, rajah 4 dan rajah 5.
Rajah 2
Rajah 3
-
7/28/2019 NOTA POP UP
7/17
Rajah 4
Rajah 5
-
7/28/2019 NOTA POP UP
8/17
Teknik Pop-up 180 darjah
(A) Lipatan sudut (Angled fold)
1. Lipat sehelai kertas A4 di tengah.
2. Lipat sebahagian kertas tadi di tengah-tengah dan guntingkan bahagian yang
dilipat itu.
3. Lipat keluar bahagian yang tidak bersambung sebanyak 45 hingga 60
0
.
4. Masukkan bahagian yang dilipat tadi ke dalam.
5. Apabila kertas dibuka, bentuk 3D yang menggunakan teknik opp-up angled
fold akan muncul.
6. Contoh yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk 3D dengan teknik
ini ialah paruh burung, mulut haiwan seperti mulat katak, buaya dan orang utan.
Gabungan teknik 90 darjah dan gku.
Cara menghasilkan pop-up yang menggunakan teknik ini adalah mudah.
1. Lipat kertas A4 kepada dua.
Lukis satu bentuk di kertas lain, misalnya bunga atau jantung. Kemudian
guntingkannya dan lekatkan di tengah-tengah kertas A4 yang terbuka.
Pastikan bentuk yang digunakan menggunakan sudut 90 darjah dan dilipat di
tengah.
. Bagi memastikan kertas dapat ditutup dan imej pop-up terhasil, lekatkan pop-up
selari dengan bahagian yang dilipa
-
7/28/2019 NOTA POP UP
9/17
Kirigami
Kirigami merupakan seni menggunting dan menampal daripada Jepun.
Kirigami menggunakan tiga asas penting, iaitu melipat, melukis dan
menggunting.
Teknik kirigami lebih mudah dan tidak serumit teknik pop-up lain. Cara:
1. Lipat kertas kepada dua bahagian.
2. Lukis di atas garisan yang berlipat dan guntingkan gambar yang telah dilukis
itu.
3. Apabila dibuka, ia menghasilkan pantulan terhadap objek yang dilukis tadi.
Lipatan
A) Lipatan lurah (Valley fold)
Apabila kertas dibuka, kesan lipatan akan membentuk seakan-akan dasar
sungai.
B) Lipatan bukit (Hill fold) atau lipatan gunung (mountain fold)
Apabila lipatan dibuka, ianya kelihatan seakan-akan banjaran gunung.
-
7/28/2019 NOTA POP UP
10/17
Rajah 1
Rajah 2
Rajah 1 dan rajah 2 menunjukkan teknik sudut lipatan
Antara contoh sudut lipatan ialah lipatan V mudah (simple V-fold).
Teknik ini mudah dan banyak digunakan.
-
7/28/2019 NOTA POP UP
11/17
-
7/28/2019 NOTA POP UP
12/17
Lipatan-V dengan unjuran
Untuk membuat tapak: dua pelekat jalur diletakkan secara simetri di mana-
mana bahagian tengah.
Untuk membina bahagian pop-up:
1. Lukis lipatan tengah terlebih dahulu.
2. Buat potingan tambahan untuk memastikan pop-up ini bermula dan berakhir di atas
lipatan tengah.
3. Buat perincian di bahagian lipatan tengah untuk memastikan lipatan ini bertembung
dengan potongan dan tidak merentasinya.
4. Kira dan gunakan sudut yang sesuai.
5. Dengan menggunakan tab di bahagian bawah, lekatkan pop-up dengan tapak
Lipatan Sudut dan Lipatan Selari
Secara am, lipatan sudut dan lipatan selari boleh dilihat dari segi sama ada
ada stuck on atau tanpa stuck on dengan perekat atau tanpa perekat
1. Lipatan sudut tidak berperekat
2. Lipatan sudut berperekat
3. Lipatan selari tidak berperekat
4. Lipatan selari dengan perekat
-
7/28/2019 NOTA POP UP
13/17
Mekanisme untuk pop-up
1. Mekanisme mulut = lipatan sudut.
2. Mekanisme sliding selari
Mekanisme ini boleh menambahkan pergerakan selari dengan model kad.
3. Mekanisme berlapisan (Layered mechanisms)
Mekanisme ini berasaskan bentuk segi empat selari dan melibatkan pengukuran yang
tepat
(a) Lapisan tunggal (single layer)
(b) Lapisan pelbagai (Multiple layer)
(c) Lapisan terapung (floating layers)
4. Incised mechanisms
Mekanisme ini tidak menggunakan glu.
5. Mekanisme putaran (Rotary mechanism)
Mekanisme ini membolehkan pergerakan secara bulatan atau putaran.
Dapatkan maklumat lanjut dari Internet.
-
7/28/2019 NOTA POP UP
14/17
Syarat-syarat untuk lipatan
Anda perlu tahu syarat-syarat untuk menghasilkan suatu lipatan dalam
keadaan tertentu.
Nota tentang syarat-syarat ini akan diberikan dalam kuliah.
. Misalnya, anda perlu tahu syarat-syarat untuk kad ditutup tanpa adanya
sebarang bahagian pop-up yang terkeluar daripada kad itu.
-
7/28/2019 NOTA POP UP
15/17
-
7/28/2019 NOTA POP UP
16/17
-
7/28/2019 NOTA POP UP
17/17