budaya pop ( en.izwardi )

Upload: daten-yusfarina

Post on 08-Jul-2015

190 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kebaikan Dan Keburukan Budaya Popular 1.0 Pendahuluan Melentur buluh biarlah dari rebungnya., begitulah kata kata orang orang tua dahulu kala jika dikaitkan dengan anak muda. Jika diteliti resam peribahasa ini, bererti ingin membentuk peribadi manusia biarlah ketika mereka masih di usia kecil, kerana apabila mereka sudah pandai menilai, mereka tidak akan lagi menilai kata kata ibu bapa. Justeru, pembudayaan seseorang individu bergantung kepada nilai nilai yang di corakkan oleh kedua ibu bapanya ketika di usia katik. Namun begitu, budaya yang kita lihat semakin menjadi menjadi dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja, adalah budaya 5K yang telah menjadi gaya hidup mahasiswa kini kolej, kelas, kafe, konsert dan kompleks dari 5K maka lahirlah budaya 3F, yang dicedok dari Negara Barat. Food, Fun dan Fesyen adalah budaya yang menjadi ikutan si itik di Malaysia. Walaubagaimanapun, ikutan ini menjadi semakin melampau, apabila anak muda mula tidak mengenali lagi siapakah identiti mereka, budaya timur iaitu budaya warisan dikatakan lapuk dan tidak up to date . Malah sebilangan remaja langsung tidak mempunyai nilai ketimuran kerana dirinya sudah dicelupkan dengan budaya barat atau dikenali sebagai Melayu Celop. Melayu Celop, adalah melayu yang menjadikan dirinya seperti seorang pelancong barat, kononya tidak makan makanan melayu, tidak pakai pakaian melayu, dan tidak berhibur dengan hiburan melayu, bukan sahaja dirinya dicelopkan, tutur katanya juga sudah tidak seperti melayu, keadaan ini membimbangkan deligasi parlimen apabila salah seorang senator berkata remaja melayu di Malaysia semakin berkurangan, kerana semua sudah menjadi rakyat barat. Kata kata itu dikatakan oleh adun negeri ketika parlimen sedang membahaskan ketegangan isu remaja Malaysia.

1

2.0 Pengecilan skop yang menfokuskan kepada budaya remaja IPT.

Dalam aspek budaya popular pada kali ini, kumpulan kami akan lebih menfokuskan dan mengecilkan skop bicara kepada remaja yang lepas dari pekungan ibu dan bapa dan sedang bermandiri di Institut Pengajian Tinggi ( IPT ) dalam Negara. Jika dilihat, IPT kini banyak bersifat sambil lewa dalam memberikan pendidikan kepada bakal pewaris Negara. Rentatan itu, IPT seharusnya bertanggunjawab dalam memberikan pendidikan yang menyeluruh untuk membentuk keperibadian remaja kini, kerana IPTlah tempat di mana siswa belajar untuk mengenali sifat keduniaan. Rasionalnya, siswa yang berada di menara gading merupakan harapan nusa kerana mereka berpotensi untuk mengambil tempat barisan kepimpinan negara pada masa akan datang. Jika IPT gagal melahirkan dan menjana siswa secara produktif dan berkualiti maka kegagalan ini berpanjangan hatta negara dikatakan gagal membariskan kepimpinan negara yang berintegriti pada masa hadapan. Lebih malang lagi pelaburan oleh negara, masyarakat, ibu bapa dan sesiapa sahaja menjadi sia-sia kerana menanggung siswa yang tidak mahu mentranformasikan diri untuk lebih maju, jitu, utuh dan berkualiti. Persoalan yang perlu dirungkai dan difikirkan bersama oleh setiap mahasiswa, pensyarah, IPT, Kementerian, NGO dan sesiapa sahaja yang terpanggil untuk menjuarai isu ini ialah permasalahan mahasiswa. Permasalahan ini membelenggu diri mahasiswa sehinggakan mereka tidak sedar bahawa mereka dirantai dengan kuat sehingga sukar untuk melepaskan diri. Seperti yang diterangkan dalam perenggan utama tadi, rantaian yang membelenggu ialah rantaian kepenggunaan negatif, konsep 5K yang telah menjadi gaya hidup mahasiswa kini kolej, kelas, kafe, konsert dan kompleks. Secara tidak langsung rentetan daripada konsep 5K ini lahir pula konsep kepenggunaan 3F Fun, Food dan Fashion. Persoalan daripada konsep 5K yang sering dibincangkan hanyalah tiga iaitu kolej, kelas dan kafe sementara, persoalan konsert dan kompleks adalah persoalan baru kesinambungan daripada kepenggunaan negatif 3K yang pertama. Konsep 5K yang warga

2

kampus

amalkan

tidak

membantu

kecemerlangan

akademik

dan

kecemerlangan

bermasyarakat secara total, tetapi hanya melahirkan mahasiswa yang lemah dan lesu.

2.1 Keburukan 5K yang melahirkan 3F dalam kalangan remaja IPT

2.2 Kesan 5K kepada mahasiswa IPT.

Rutin mahasiswa kini hanya pergi ke kelas dan pulang ke kolej kediaman. Apabila mereka lapar mereka ke kafe, apabila bosan mereka ke kompleks untuk merayau-rayau tidak tentu arah. Perkara yang paling menyedihkan ialah mereka sanggup pergi ke konsert sehingga membakar aqidah mereka dengan melalaikan dan mengabaikan waktu solat. Lihat sahaja gelagat mereka yang tidak mencerminkan intelek yang jitu atas paksi kemahasiswaan. 2.2.1 Kesan Budaya FUN dalam halaman kampus

Konsep 3F menjadi gaya hidup mereka di celah-celah konsep 5K. Konsep 3F ini akan dihuraikan secara jelas agar masyarakat menjadi cakna dengan realiti warga kampus hari ini. Istilah FUN yang diambil dari Bahasa Inggeris membawa maksud keseronokan. Mahasiswa kini meletakkan kehidupan yang seronok sebagai gaya hidup mereka yang bahagia. Masyarakat menggaru kepala memikirkan kebahagian mahasiswa adakah terletak pada kehidupan yang seronok? Belum bertemu jawapan lagi. Istilah mudah untuk dimengerti oleh masyarakat tentang kehidupan yang FUN ialah hedonisme, berfoya-foya atau hubb ad-dunia. Dalam buku Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin meletakkan takrifan hedonisme daripada The Columbia Encyclopedia, Edisi ke-6 sebagai, The doctrine that holds that pleasure is the highest good terjemahanya (Satu doktrin yang menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan).

3

2.2.2 Kesan Hedonisme dalam kalangan Mahasiswa

Hedonisme yang dicanangkan ini ialah ciri-ciri kepenggunaan yang kurang sihat untuk mahasiswa dan masyarakat. Mahasiswa yang sepatutnya meletakkan akademik sebagai prioriti berputar 180 darjah kepada kehidupan yang FUN dan ranggi. Mereka mula berakhlak liar dengan melakukan vandalisme, pergaduhan, provokasi, gangsterisme dan sebagainya yang sejajar dengan jalan para syaitan yang dimurkai Allah. Mahasiswa mula masuk dalam kumpulan-kumpulan yang jelas mencerminkan kerakusan dan kerosakan seperti Punk, Black Metal dan Gothic. Kerosakan yang jelas digambarkan atas alasan kehidupan yang FUN ini adalah seperti pergaulan bebas, pesta seks liar dan hiburan melampau sebagai contoh.

Ada juga sebilangan kecil yang mengambil jalan singkat untuk menghembuskan nafas terakhir dengan cara merempit. Gejala rempit ini mula berakar umbi dalam kalangan mahasiswa. Mahasiswa yang merempit ini, soal wang usah dibicarakan dengan mereka kerana wang biasiswa dan pinjaman dijadikan modal untuk meng-upgrade' motosikal untuk kelihatan gah di hadapan para siswi. Kehidupan yang FUN ini telah mengheret mahasiswa ke dalam lembah kehinaan, hal ini ternyata apabila melihat gelagat mahasiswa mula tersasar jauh dari landasan syariat. Masyarakat sekali lagi menggaru kepala memikirkan mahasiswa tidak seperti yang diharapkan.

Gejala rempit ini seharusnya bukan pada gahnya kelihatan motorsikal dan cara tunggangan tetapi kepada perlumbaan akademik. Jiwa rempit, sikap berlumba-lumba perlu ada pada diri setiap mahasiswa kerana dengan jiwa berlumba-lumba ini akan terbinalah jati diri dan kecemerlangan. Berlumba-lumba yang dimaksudkan bukanlah dengan berlumba

4

motorsikal tetapi berlumba dari sudut akademik, pengetahuan, peperiksaan dan sebagainya yang bersifat konstruktif. Islam sendiri menyuruh umatnya berlumba-lumba tetapi dengan istilah mengejar kebaikan. Hal ini bertepatan dalam surah Al-Baqarah ayat 148 Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumbalumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dalam ayat ini Allah menghendaki makhluk-Nya supaya berkejar-kejar dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Mahasiswa perlu menggunakan landasan ayat ini untuk berlumba-lumba dalam perkara yang bermanfaat.

2.2.3 Kesan rancangan realiti/ konsert yang menjadi jiwa siswa IPT

Mahasiswa juga terpengaruh dengan rancangan realiti pada masa ini yang jelas tidak membina karekter akademik. Kita tidak menyalahkan rancangan realiti itu sepenuhnya tetapi kita kecewa dan terkilan kerana rancangan realiti pada masa ini tidak melahirkan generasi yang berkualiti. Tidak salah untuk melahirkan seorang artis yang pandai menyanyi, tetapi masalahnya syariat diabaikan. Pakaiaan peserta menjolok mata, nyanyian yang berbaur seks dan pergaulan tiada batasan menjadi gaya hidup mereka. Mahasiswa juga mula terikut-ikut gaya peserta ini sehingga mereka juga hanyut dalam laut kemaksiatan. Mahasiswa juga sanggup pergi menonton secara LIVE persembahan realiti dan sanggup menghabiskan wang berSMS, kononya untuk mengundi peserta pilihan mereka kerana terpedaya dengan rancangan realiti tersebut. Seharusnya kredit talian digunakan dengan cara berfaedah bukannya dibazirkan dengan mengundi.

Konsert-konsert yang berunsur negatif mula menyelinap masuk ke dalam kampus. Artis-artis tempatan dibenarkan masuk atas tiket untuk menghiburkan mahasiswa, tetapi ustaz-uztaz tidak dibenarkan masuk kampus untuk berceramah atas tiket keilmuan dan intelektual. Hal ini

5

dapat dilihat apabila IPT sendiri membudayakan siswa dengan budaya anak setan ini, sudah pasti harapan untuk mencapai siswa serba boleh terkubur di tanah gersang. Tidak cukup dengan itu, budaya ke konsert mula menjadi cara dan gaya hidup mahasiswa yang FUN. Dari sudut masa konsert kita sedia maklum bahawa rata-rata konsert bermula pukul 8.00 malam. Tidakkah kita sedar bahawa lingkungan masa itu ialah waktu bagi ummat Islam menunaikan fardhu maghrib, tetapi konsert ini telah membakar aqidah mahasiswa sehingga mereka sanggup meninggalkan solat semata-mata mencari gaya hidup yang FUN. Mahasiswa seharusnya menunjukkan kepada masyarakat tingkah-laku mereka sebagai orang yang terpelajar dan intelek secara kolektif. Kita tidak menghalang mahasiswa untuk berhibur dengan cara mendengar konsert tetapi konsert itu perlulah berlandaskan syariat Islam. Batasan-batasan syariat perlulah dijaga dari sudut pakaian dan pergaulan, kedudukan berasingan antara siswa dan siswi serta konsert itu perlulah ada ilmiah dan manfaatnya, bukan nyanyian kosong sahaja. 2.2.4 Budaya Couple/ Berpacaran hingga kes buang bayi menjadi trend remaja kampus. Dengan alasan cinta datang sendirinya seperti dalam lirik lagu marsha, mahasiswa juga mula berpacaran antara siswa dan siswi, mulanya berkenalan, tidak sengaja episod cinta bermula, cuma cuba berpegangan tangan, menghalalkan berdua-duaan, tidak sengaja berpelukan dan akhirnya alamak keterlanjuran, lahirlah anak tidak cukup bulan, dibuang, dibakar, ditinggal oleh pasangan ketidakperimanusiaan. Kita selaku masyarakat tidak asing dan sudah panas telinga mendengar gelagat mahasiswa seperti ini dan ternyata ramai juga daripada mereka telah ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri. Sudahlah mahasiswa terheret ke lembah keterlanjuran sekali lagi mereka terheret ke lembah kehinaan apabila si siswi mengandung dan kerana malu, sekali lagi menjunam mereka ke lembah

6

kezaliman dengan membuang bayi yang tidak berdosa. Ada juga yang sanggup memakan pilpil untuk menggugurkan kandungan dan perlbagai alternatif lain agar mereka dapat menutup kemaksiatan yang mereka lakukan. Masyarakat terus menggaru kepala apabila ada manusia yang sanggup membunuh si kecil yang tidak mengerti apa dosanya sehingga diperlakukan sedemikian. Masyarakat yakin dan percaya pembuangan dan pembunuhan bayi ini sebagai akibat penzinaan, dan telah nyata apabila penemuaan beberapa kes pembunuhan bayi dilakukan dalam kampus di IPT negara kita, dan kita tertanya-tanya adakah itu dikatakan keseronokan yang FUN? Persoalan yang timbul adakah rakyat Malaysia mahu melihat bakal graduan yang bakal membarisi kabinet kepimpimpinan pada masa hadapan sebagai kepimpinan pembunuh atau rejim zionis. Permasalahan perzinaan ini sudah dijelaskan oleh Allah s.w.t sejelas-jelasnya kepada ummat manusia. Kita dapat perhatikan bahawa Allah telah melarang perzinaan ini dari akarnya secara terperinci sebagaimana dinukilkan dalam surah Al-isra ayat 32, Dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan jalan seburuknya. Seharusnya mahasiswa memegang ayat ini sebagai gaya hidup yang FUN berteraskan Islam. Kita sedia maklum bahawa dengan pengawalan terhadap perzinaan ini secara tidak langsung rentetan pembuangan bayi juga dapat diatasi secara total dengan kaedah Islam.

Selain itu keseronokan dengan jalan kepatuhan kepada syariat ialah langkah yang perlu diambil oleh mahasiswa seperti membaca Al-Quran, membaca buku, bermasyarakat, bergotong royong dan sebagainya. Hal ini kerana langkah syariat inilah kehidupan yang mempunyai nilai FUN yang sebenar berteraskan Islam. Namun adakah kita pernah lihat di dada akhbar, tentang promosi berteraskan Islam, pernahkah kita menonton rancangan realiti bersumberkan Islam, pernahkah kita mendengar nyanyian memuji Tuhan berkumandang di stesen radio? Inilah yang dikatakan, pentadbiran yang lemah, melahirkan intergriti yang lesu, dimana peranan media dalam menjadi penyampai utama cuma memikirkan keuntungan

7

semata mata syariat disimpan dipeti, akhirnya kita yang mengerti bahawa siswa tidak selari kehidupanya.

2.2.5 Budaya pornografi dalam kalangan mahasiswa Negara.

Masalah pornografi yang meruncing di negara kita membawa golongan mahasiswa bersama-sama meningkatkan lagi kepesatan industri yang pincang ini. Ada segelintir mahasiswa yang sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata untuk menonton filem, majalah dan gambar-gambar porno. Media-media tempatan seperti media dalam talian (online) dan bercetak mula memaparkan adegan berbau lucah dengan meletakkan gambar artis-artis popular berpasangan memakai pakaian mandi dan bersantai di tepi kolom sambil mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dan menunjukkan gelagat lucah mereka. Mahasiswa yang melihat perkara ini dalam kalangan siswa dan siswi mula mencabar diri mereka agar kelihatan seperti artis tersebut. Dalam buku Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh MSNBC pada tahun 2004 ke atas 15,000 pengguna internet mendapati 32 peratus daripada golongan wanita dan 13 peratus daripada pihak lelaki berpendapat bahawa internet menggalakkan penzinaan. Apatah lagi di IPT dengan sistem tanpa wayar (wireless), mereka mampu melakukan zina kerana terpengaruh dengan media tersebut. Jika pihak IPT tidak berhati-hati dikhuatiri mahasiswa juga akan menyalahgunakan media yang ada.

8

2.3 Kebaikan FUN dalam kalangan siswa dan siswi kampus.

Tidak semua isi cempedak busuk ada juga cantik dan sedap rasanya, pepatah ini bersesuaian dengan keadaan remaja kini, Islam tidak menghalang ummatnya dari berhibur, namun Islam melarang apabila hiburan yang digemari melampaui batas batas syarak. Kebaikkan yang boleh dicedok apabila mahasiswa berhibur antaranya, mereka mampu menilai etika hiburan yang diikuti atau digemari sama ada baik atau buruknya hiburan tersebut, justeru mereka mampu berfikir dan menjadi lebih matang dalam melakukan sebarang keputusan. Selain itu, hiburan yang berbaur unsur keagamaan, seperti konsert nasyid, akedemi Al-Quran dan sebagainya mampu mendekatkan diri dan jiwa mereka dengan ketulenan dan kebenaran Islam. Selain itu, melalui usaha kerajaan dalam memperkasakan Islam dalam kalangan remaja melalui karnival agama seperti sua rasa mampu menarik minat remaja untuk mendekati islam. Justeru itu, jika remaja kampus senantiasa memotivasikan diri dan pihak universiti turut serta mengembling tenaga untuk melahirkan remaja kampus yang sihat mental dan utuh rohaninya, sudah pasti keburukan yang membelengu remaja kini dapat diselesaikan dengan mudahnya. Menurut bekas menteri Kebudayaan dan Keseniaan, Dato Rais Yatim, ketika berucap dalam sidang media di Putrajaya, beliau ada menyetuh tentang hiburan yang digilai remaja kini terutamanya siswa dan siswi sudah membelakangkan warisan malah melangkaui batas syarak. Justeru, Kementerian ini akan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan budaya dan akan mempromosikan kebudayaan berteraskan warisan melalui program kokurikulum kampus, dengan menubuhkan kelab atau persatuan kebudayaan. Selain itu, Jabatan Agama Islam Selagor, juga pernah berbahas untuk mewujudkan enakmen yang mewajibkan pihak Universiti dalam menangani masalah atau isu hiburan malampau remaja IPT, namun usul yang dibawa telah ditentang dan oleh sesetengah pihak dengan alasan kolot.

9

3.0 Kesan Keburukan FASHION terutamanya bagi mahasiswa IPT. 3.1 Budaya FASHION dalam industri IPT.

Istilah fesyen tidak asing bagi masyarakat Malaysia. Mahasiswa juga tidak ketinggalan dalam memahami kehendak fesyen kini. Fesyen yang dimaksudkan bukan hanya pada pakaian dengan gaya terkini bahkan juga pada penampilan wajah sedangkan fesyen yang sebenar dalam Islam ialah akhlak yang mulia.

3.2 Etika pakaian mahasiswa kesan daripada budaya fesyen.

Pakaian mahasiswa kini mula kembali ke zaman primitif atau zaman nomad. Hal ini adalah kerana pakaian yang dipakai agak ketat dan menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya tidak dizahirkan, pakaian yang jarang serta pakaian yang menarik perhatian, pakaian menjolok mata yang boleh dikategorikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita. Masyarakat terus menggaru kepala memikirkan mahasiswa sudah kehilangan identiti dan jati diri terhadap agama dan bangsa. Gaya hidup berpakaian seperti ini telah didedahkan oleh Azizi Abdullah dalam buku Gaya Hidup Ranggi yang menyatakan bahawa manusia sudah mula meletakkan etika pemakaian yang tidak betul untuk dijadikan asas keperluan hidup. Mahasiswa terikut sama untuk merangkul gaya hidup ranggi ini sebagai kehidupan yang berfesyen.

Peraturan universiti berkaitan etika pakaian yang sepatutnya diikuti hanya dijadikan sebagai artifak untuk dilihat. Tidak dinafikan gaya dan fesyen terkini sudah mula menyelinap masuk ke dalam universiti. Lihat sahajalah siswi pergi ke dewan kuliah dengan pakaian seksi agar pihak siswa melihat mereka. Perkara yang mempengaruhi gaya fesyen mahasiswa

10

termasuk pengaruh artis tempatan dan luar negara yang diminati. Jika mahasiswa melihat pakaian artis mereka mendedahkan tubuh maka mereka pun sanggup mendedahkan tubuh sedemikian. 3.3 Rokok dijadikan fesyen atau trend pihak siswa.

Industri rokok yang paling lama bertahan juga mencanang propaganda mereka agar dapat membina generasi perokok. Industri ini membuat propaganda kepada wanita dengan menyatakan bahawa dengan merokok mereka akan menjadi langsing dan mempunyai bentuk badan yang menawan. Bagi lelaki pula rokok disimbolkan sebagai gaya atau fesyen lelaki tampan dan macho. Dalam buku No Smoking Tidak Merokok Kerana Allah karangan Syaikh Muhammad Jamil Zainu, beliau menjelaskan permasalahan rokok ini daripada perspektf ekonomi, agama, kesihatan dan sosial. Ternyata dari perspektif sosial perihal ini tidak lari dari apa yang kita perbincangkan. Masalah rokok telah mempengaruhi sebahagian besar mahasiswa dan ternyata proganda industri rokok ini berjaya. Namun kerajaan yang jitu, bermula dari pemimpinya, jika dilihat, kerajaan cuba untuk mengurangkan peratus perokok dengan mengiklankan kesan merokok di kotak rokok dan meletakkan amaran keras tentang bahaya merokok namun itu semua seperti mencurah air ke daun keladi, apabila semua itu dianggap propaganda bersih oleh pengamal rokok.

3.4 Budaya memperaga fesyen berjenama.

Mahasiswa juga telah memperlekeh siswi yang memakai tudung sebagai jumud dan ketinggalan zaman apabila mereka memperagakan fesyen terkini. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana berhubungkait langsung dengan syariat. Penggayaan fesyen berdasarkan jenama juga menjadi ciri mahasiwa ketika ini. Mereka sanggup menghabiskan wang sematamata mengejar jenama. Kita semestinya tahu bahawa pakaian yang berjenama terlalu mahal

11

jika nak dibandingkan dengan pakaian biasa tetapi dengan kualiti yang hampir sama. Status pelajar sebenarnya telah membuktikan kepada mata masyarakat, siswa lebih berkemampuan dari pekerja. Apa yang perlu dilakukan? Masyarakat cuma mampu untuk pejam mata, dan anggap itu cuma angin lalu, inilah sikap masyarakat kini yang kononya tidak mahu menjaga tepi kain orang.

3.5 Kesan fesyen yang memudaratkan mahasiswa kini. Seharusnya kita perlu mengkaji setiap fesyen dan trend yang diperkenalkan dari sudut agama dan kesihatan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam buku Sakit Kerana Fesyen, kebanyakan fesyen masa ini memudaratkan kesihatan dan menjadi helah dagangan untuk keuntungan industri fesyen. Fesyen-fesyen ini juga merosakkan dan dangkal kerana memperdaya dan mengeksploitasi wanita semaksimanya agar industri fesyen ini terus berkembang ke arah yang sesat. Mahasiswa seharusnya mengerti bahawa setiap fesyen yang dicanang secara psikologi mempunyai impak dalam kesihatan dan agama. Malah pengkaji Islam telah menerangkan secara terperinci dalam buku The journey of Islam dimana disentuh mengenai budaya fesyen yang melampau dan tidak menepati syariat sebenarnya punca utama berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat umumnya. Namun, bagi remaja siswa mereka amat menggemari idealisma barat yang mengenegahkan unsur up to date, menyebabkan siswa dan sisiwi, buta warisan timur, dan buta untuk menepati ciri islam itu sendiri.

12

3.5.1 kesan kepada wajah akibat daripada taksub untuk kelihatan cantik.

Penampilan wajah juga menjadi cermin bahawa mahasiswa menggunakan alat-alat kosmetik yang kononnya bermutu tinggi tetapi sebenarnya mengandungi bahan yang menjijikkan seperti kolagen, ekstrak uri dan cecair ketuban. Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang dipimpin oleh S.M Idris membuat kajian dan mendapati bahawa kandungan yang menjijikkan ini terdapat pada banyak kosmetik. Liposom, kolagen dan elastin yang terkandung di dalam Krim Pencegah Kedut tidak menghapuskan kedutan tetapi hanya membantu melembap dan menggebukan kulit untuk menampakkan kulit yang lebih muda. Bahan-bahan ini tidak berupaya memperlahan atau membalikkan proses penuaan kulit. Sama seperti memakan tulang tidak dapat menyembuhkan tulang yang patah, menyapu krim pencegah kedut tidak mampu memperbaiki atau membentuk semula kulit kendur. Mahasiswa juga meng

gunakan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut dan seharusnya mereka sedar bahawa bahan-kosmetik yang salah bukan hanya mencacatkan muka malah membahayakan kesihatan.

3.5.2 Penjagaan rambut yang keterlaluan akhirnya memudaratan.

Kecantikan siswi bukan hanya tertumpu pada wajah tetapi juga pada rambut. Pendandan rambut dan pengguna rawatan terdedah kepada beberapa ancaman kesihatan dan keselamatan ketika berada di salun rambut. Di salun, mereka terdedah kepada semburan lakuer dan mungkin akhirnya akan mengalami kegagalan fungsi paru-paru. Aerosol kuhusnya sangat berbahaya kerana mengandungi bahan kimia beracun seperti propelan, peneutral, pemplastik dan bahan-bahan penyalut. Bahan-bahan ini juga menyebabkan radang paru-paru dan kanser. Sesetengah bahan kimia menimbulkan alahan misalnya para-phenylenediamine,

13

sejenis pewarna hitam yang telah diharamkan di Perancis, Jerman dan Sweden tetapi peraturan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) membenarkan sehingga 6% dalam pewarna rambut. Perkara ini telah dinyatakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam buku Sakit Kerana Fesyen. Seharusnya mahasiswa mempunyai buku ini sebagai buku panduan dalam peragaan fesyen masa ini.

3.6 Kesan daripada keseluruhan pengaruh fesyen. Mahasiswa yang telah terpengaruh dengan fesyen dan trend terkini terjebak ke dalam gaya hidup ranggi. Azizi Abdullah dalam buku Gaya Hidup Ranggi menjelaskan kepada kita bahawa gaya kehidupan yang bermewah ini ialah trend anak muda kini. Anak muda kita dari kalangan mahasiswa juga tidak terkecuali sanggup pergi ke Genting Highland dan tidur di hotel mewah dengan alasan itulah gaya hidup masa ini.

3.7 Kebaikan Fesyen untuk mahasiswa kampus.

3.7.1 Fesyen berlandaskan syariat.

Peragaan dan pengaruh fesyen ini terhadap mahasiswa telah membentuk peribadi pembazir. Pembaziran dengan wang biasiswa dan pinjaman ini adalah satu tingkah-laku yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya paragaan fesyen ini perlu berteras dan berlandaskan Islam. Melihat dalam buku Adab Dan Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita , Hamidah Mat telah meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan, pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda Maksudnya: wahai Asmak,

14

sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya. Hadith Riwayat Abu Daud. Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk mahasiswa yang beragama Islam agar larangan syarak tidak dilanggar. Semestinya fesyen cara Islam ini yang perlu digalas oleh mahasiswa kerana fesyen ini mampu menjamin kesejahteraan dan kesihatan mahasiswa. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkah-laku kerana etika pakaian juga boleh dikategorikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w Maksudnya : Sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah. Hadith Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi dan Al-Nasaai. Jelaslah bahawa nilai harga wanita bukanlah pada pakaian tetapi pada akhlak. Mahasiswa perlulah mencengkam dan menggigit hadith di atas sekuatnya untuk dihadam dan diimplementasikan dalam kehidupan mahasiswa negara.

4.0 Budaya FOOD dalam bicara kampus. 4.1 Kesan keburukkan timbal daripada budaya Food.

Makan ialah hak keperluan manusia. Apabila diperkatakan soal makan kepada rakyat Malaysia, rata-rata membayangkan makanan asasi iaitu nasi dalam minda. Permasalahan yang timbul daripada pemakanan ialah masalah umum rakyat Malaysia termasuk mahasiswa. Masalah FOOD yang akan dirungkai dan dihuraikan ini ialah kesinambungan kebejatan gejala kepenggunaan negatif dalam kalangan mahasiswa. Imperialis barat yang

berorientasikan pembaziran, kehendak melampaui keperluan mula masuk ke kampus-kampus dari sudut pemakanan dan semestinya mahasiswa tidak sedar perkara ini. 4.1.1 Kesan daripada kegilaan makanan standart mengakibatkan pembaziran.

15

Mahasiswa sering menjadikan kafe sebagai tempat bersembang-sembang dan membuang masa selain menikmati juadah makanan. Kafe-kafe kampus meletakkan harga yang murah dan berpatutan bagi makanan yang mereka jualkan kepada mahasiswa berbanding dengan restoran, kedai dan gerai di luar kampus. Dengan harga yang murah inilah mahasiswa sering leka dan alpa sehingga makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Sisa-sisa di dalam pinggan yang telah mahasiswa makan juga mampu untuk dimakan oleh 2 atau 3 orang anak orang Asli Kampuang Kuala Mu, Sungai Perak. Laporan yang dikeluarkan oleh S.M Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan bahawa pada 2006, makanan yang terbuang menyamai hampir sebahagian daripada pembuangan sisa kumbahan negara. Dalam erti kata lain, hampir 20,000 tan sisa kumbahan yang dijana setiap hari, 45 peratus daripadanya makanan terbuang. Amat menyedihkan bahawa mahasiswa kini meletakkan pembaziran sebagai gaya hidup yang sihat. Pembaziran juga menjadi simbol koperat yang diikuti oleh mahasiswa sedangkan pembaziran jelas ialah prinsip syaitan. Juadah dan hidangan yang dimakan jika tidak mempunyai sedikit sisa tidak sah untuk memperagakan kualiti hidup. Allah s.wt. telah menyatakan dalam Al-Quran surah Thaaha ayat 81,Makanlah dari bendabenda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.. Berlebih-lebihan di sini bererti melampaui batas dan perkara yang melampaui batas seperti membazir ialah amalan syaitan. Mahasiswa seharusnya jelas dengan daya intelektual yang ada untuk memikirkan pemakanan yang mengikut syarak.

4.1.2 Kesan daripada pengambilan makanan tidak berkhasiat/ tidak baik. Allah s.w.t berfirman dan termaktub dalam surah Al-Baqarah, Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak

16

langkah Syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Perkataan thoyyiba yang dimaksudkan dalam buku Halal Haram Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bermaksud baik, bererti maknan itu mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi dari sumber yang asli. Mahasiswa juga mula mengorak langkah dalam mengamalkan pemakanan yang tidak sihat dan kotor ini. Hal ini dapat dilihat daripada pemakanan yang mahasiswa yang sering mengunjungi restoran FAST.

4.1.3 Kesan etika pemakanan siswa.

Makanan segera ini ternyata memberikan impak negatif terhadap kesihatan mahasiswa. Makanan yang dihidangkan ini terlalu banyak lemak, bergula, masin, bahan penambah perisa makanan, bahan-bahan yang boleh menyebabkan kegemukan dan penyakitpenyakit lain seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis. Seringkali kita lihat dalam genggaman mahasiswa minuman-minuman ringan yang kurang sihat. Perkara ini perlu diubah. Selaku mahasiswa makanan sebegini seharusnya dielakkan untuk menjana mahasiswa yang sihat dan cergas. Mahasiswa mestilah mengamalkan sunnah seperti sabda Rasulullah s.a.w tidak ada sesuatu bekaspun yang lebih berbahaya diisi oleh anak Adam untuk menguatkan tulang sulbinya. Jika ada halangan peruntukkanlah satu pertiga dari bahagian perut untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi bernafas. (Hadith riwayat At-Tirmidzi).

4.1.4 Mahasiswa yang mementingkan jenama walaupuan pada aspek makanan.

17

Akibat terpengaruh dengan budaya Cerita kedai kopi siswa pada hari ini, tidak lagi mementingkan cara pemakanan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, berdasarkan piramid makanan. Mahasiswa kampus hari ini, lebih selesa memperuntukan wang dengan makan di Coffee Bean, Secret Recepies, KFC, Mc.Donald, Pizza, dan lain lain restoran yang berjenama, soal harga bagi mereka tidak menjadi faktor utama, kesan daripada sikap sebegini timbul remaja yang tidak mengenali warisan makanan tradisi, malah ada yang memperlekehkanya, sedangkan jika mereka makan di restoran biasa juga sudah mampu untuk mengisi perut dan barulah dikatakan bijak mengurus wang. Dalam Jurnal Remaja dan Ringgit, yang dipromosikan oleh Kementerian Penerangan Malaysia, berdasarkan kajian, remaja lebih boros ketika di kampus berbanding di kampung halaman. Justeru, sudah terang lagi bersuluh, sikap remaja yang menganggap segala hal remeh menjadikan mereka kayu untuk membezakan hal yang lebih penting dari perkara sampingan.

4.2 Kesan kebaikan pemakanan dalam aspek penghuni kampus

4.2.1 Yang Haram Lebih Sedikit Dari Yang Halal Suasana kampus yang kondusif, sudah pasti akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mahasiswa menikmati hasil Negara, antaranya kafeteria yang sudah pasti ditempatkan di kampus bahkan di asrama penuntut. Orang yang berkata sedikit-sedikit masakan haram tidak menyedari betapa Allah s.w.t menghalalkan jauh lebih banyak hal baginya dari pada yang haram. Misalnya, makanan yang halal jauh lebih banyak dari pada yang haram. Allah s.w.t tidak membatasi makanan halal dengan menyebutkan jenis-jenisnya, sedangkan pada makanan yang haram Allah memberikan batasan dengan menyebutkan jenis-jenisnya. Ertinya, setiap makanan yang terdapat di bumi itu halal kecuali beberapa jenis sahaja. Allah s.w.t berfirman, menghalalkan makanan dan minuman secara umum, Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah

18

tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (QS. Al Aaraf: 31). Lalu Allah s.w.t berfirman menyebutkan beberapa jenis saja yang telah diharamkan, Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya (QS. Al Anam: 119). Dan beberapa jenis lagi dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Dari sini para ulama menarik sebuah kaidah fiqih , Hukum asal

ibadah adalah terlarang, hukum asal adah adalah boleh. Adah adalah semua perkara bukan ibadah, misalnya seperti makanan, minuman, pakaian, pekerjaan, alat-alat, dan lainnya. Semuanya halal dan boleh selama tidak diketahui ada dalil yang mengharamkannya. Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sadi menjelaskan Semua perkara adah baik berupa makanan, minuman, pakaian, kegiatan-kegiatan bukan ibadah, muamalah, pekerjaan, hukum asalnya mubah dan halal. Orang yang mengharam perkara adah, sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mengharamkan, dikenali sebagai mubtadi. Jika demikian kita ketahui betapa banyak hal yang hukumnya mubah dan halal. Secara keseluruhanya, jika diambil kira tentang makanan yang halal, tidak terbilang kerana sungguh banyak yang halal dari yang diharamkan. Rentetan itu, sebagai seorang penuntut mereka perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan berdasarkan pyramid makanan supaya mental dan tubuh badan mereka seimbang dari pelbagai jenis zat dan vitamin yang diperlukan badan. Badan yang cergas melahirkan minda yang cerdas, berdasarkan pepatah ini, sudah terang malah disuluh, pengambilan makanan yang sihat mampu melahirkan remaja kampus yang cerdas dan cergas.

5.0 Penutup.

19

Apa yang dapat diperhatikan dari konsep FUN, FOOD, dan FASHION ini ialah kewujudan tahap disiplin mahasiswa yang lemah. Hal ini dapat dikesan kerana mereka melakukan pelbagai tabiat seperti tidur lewat, bangun lewat, ke kuliah lewat, ponteng kuliah, meniru, plagiat, tidak menyiapkan tugasan secara sempurna, malas membaca, belanja bermewah-mewah dengan wang biasiswa dan pinjaman, berfoya-foya dan banyak lagi. Segala apa yang disebut ini ialah penyumbang kepada tahap disiplin yang lemah dan rentetan daripada ini mereka mula lemah dalam akademik yang sepatutnya menjadi prioriti.

Permasalahan utama kenapa mahasiswa pada masa kini tidak lagi dihormati oleh masyarakat adalah kerana mereka tidak lagi dianggap berkualiti. Kualiti yang dipandang oleh masyarakat ialah pengamalan terhadap agama. Agama yang sepatutnya dijadikan WAY OF LIFE hanyalah slogan tanpa amal. Mahasiswa menyatakan agama hanya untuk mahasiswa dari kalangan Fakulti dan Akademi Pengajian Islam. Sebenarnya secara tidak langsung katakata tersebut mampu menggelincirkan aqidah mahasiswa.

Soal solat, puasa dan zakat diabaikan dan dianggap perkara remeh. Misalan yang paling mudah adalah pada waktu petang lingkungan pukul 6.00 petang, rata-rata dari kalangan mahasiswa beriadah dan tidak disangkal lagi riadah ialah perkara yang berfaedah. Tetapi jika kita perhatikan dari kalangan siswa yang bermain bola sepak, waktu maghrib tidak dihormati langsung, malahan mereka rasakan bahawa lingkungan waktu Maghrib dan Isyaklah waktu terbaik merapatkan ukhuwah sehingga meninggalkan solat. Hal itu hanya satu contoh daripada beribu contoh betapa ceteknya pemikiran mahasiswa dalam pengamalan agama. Seharusnya agama ini dianggap sebagai gaya hidup mahasiswa yang menjamin kesejahteraan pengamalan 3F tersebut.

Sebagai contoh mahasiswa yang meletakkan agama sebagai pundak kehidupan mereka akan makan makanan untuk keperluan dan untuk kesihatan. Manakala dari sudut

20

fesyen mereka akan memakai pakaian taqwa, dan dari sudut Fun mahasiswa akan meletakkan ibadah harian sebagai benda yang paling Fun.

Jika pada hari ini subjek TITAS dan Hubungan Etnik dijadikan subjek teras pelajar IPT maka sewajibnya SUBJEK AGAMA perlulah diajar kepada sumua pelajar IPT juga. Hal ini kerana kesan pengetahuan agama itu mampu diterjemah dan diimplimentasikan dalam kehidupan dan akan membentuk peribadi dan jati diri mahasiswa beragama.

Tanggungjawab menangani masalah 3F yang songsang ini memerlukan kerjasama banyak pihak. Peranan bersama antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak IPT, komuniti masyarakat dan badan-badan NGO adalah perlu. Tanggungjawab yang terpenting ialah diri mahasiswa sendiri untuk menggalas konsep sebenar 3F. Konsep 3F seharusnya mengikut lunas-lunas syariat Islam kerana sifatnya yang ideal dan real. Mahasiswa perlulah mentranformasikan diri ke arah pembentukan warga kampus yang kritikal dan berkualiti. Justeru jelaslah bahawa keburukan pembudayaan negatif lebih banyak kesanya daripada kebaikan dalam budaya di kampus. Kalau ingin tahu tingginya langit, tanyalah sama burung, kalau ingin tahu dalamnya laut, tanyalah sama ikan, kalau ingin tahu luasnya padang tanyalah sama belalang tapi kalau ingin tahu kesan kebaikan dan keburukan terhadap budaya popular tanyalah pada diri, begitulah yang dapat diungkapkan kerana tiada kata melangkau akal, tepuk dada tanya minda.

Bibilografi

21

1.0 Laman Sesawang Budaya Popular dalam kalangan remaja dalam website Dipetik pada 26 Mei 2010. http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_popular 2.0 Buku Syeikh Jalil Zaitun. ( cetakan pertama 2006 ). No Smoking! Tidak merokok kerana Allah S.M Idris. ( cetakan 2004 ). Sakit Kerana Fesyen terbitan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) Zaqhul Fallalah Talwi ( cetakan semula 2006 ). The Journey of Islam dibawah tajuk kecil What Islam said about FASHION. Pengarang dari Kota Mesir. Hamidah Mat, ( keluaran 2001 ). Adab pergaulan lelaki dan perempuan terbitan oleh PNS Sdn. Bhd. S.M Idris ( 2008 ) Halal Haram, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ). 3.0 Majalah e-siswa artikel Budaya 3F di kampus oleh Mohammad Helmi Syah graduan Universiti Kebangsaan Malaysia, terbitan ( Jun 2009 ). remaja artikel transformasi gaya era 80-an oleh Ayda Kamarudin terbitan ( Feb 2010 ) remaja artikel Makanan sihat oleh Wan Emi Liza terbitan ( Feb 2010 ) remaja artikel kampus oh kampus ( Nisa ingin teroka bidang fesyen ) oleh Nur Natasha Aida Ismail terbitan ( Feb 2010 ).

22

Maskulin artikel Edisi Stail Remaja Maskulin oleh Faizal Hamid pakar perunding Fesyen terbitan September 2009 vol.96. 4.0 Hadith Kumpulan buku Hadith Sohih. 5.0 CD/DVD/Audio/Ceramah Masalah sosial remaja ceramah berbentuk CD diberikan oleh Akhil hayy keluaran media prima ( 2009 ) 6.0 Kamus Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke III. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM keluaran pertama.

23

Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Pengecilan skop yang menfokuskan kepada budaya remaja IPT. 2.1 Kesan 5K kepada remaja IPT. 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Kesan Budaya FUN dalam halaman kampus Kesan Hedonisme dalam kalangan Mahasiswa Kesan rancangan realiti/ konsert yang menjadi jiwa siswa IPT Budaya Couple/ Berpacaran hingga buang bayi menjadi trend remaja kampus. 2.1.5 Budaya pornografi dalam kalangan mahasiswa Negara.

3.0 Budaya FASHION dalam industri IPT. 3.1 Etika pakaian mahasiswa kesan daripada budaya fasyen. 3.2 Rokok dijadikan fesyen atau trend pihak siswa. 3.3 Budaya memperaga fesyen berjenama. 3.4 Kesan fesyen yang memudaratkan mahasiswa kini. 3.4.1 kesan kepada cantik. 3.4.2 Penjagaan rambut yang keterlaluan akhirnya memudaratan rambut. 3.5 Kesan daripada keseluruhan pengaruh fesyen. 3.6 Kebaikan Fesyen berlandaskan syariat. 4.0 Budaya FOOD dalam bicara kampus. 4.1 Kesan daripada kegilaan makanan standart mengakibatkan pembaziran. 4.2 Kesan daripada pengambilan makanan tidak berkhasiat/ tidak baik. wajah akibat daripada taksub untuk menjadi

24

4.3 Kesan etika pemakanan siswa. 4.4 Mahasiswa yang mementingkan jenama walaupuan pada aspek makanan.

5.0 Penutup.

6.0 Bibilografi

25

KOLEJ UNIVERSITI SAINS KESIHATAN MASTERSKILL

JABATAN BAHASA KEBANGSAAN & MQA

BAHASA KEBANGSAAN MPW 1113

TAJUK : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BUDAYA POPULAR

NAMA AHLI KUMPULAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. MOHAMMAD HAZUWAN ZARIFAH BT SULAIMAN NORHASHIMMA HANIM TESSA MARIE CHIUH SYAZWANI PUTERI SITI SHAZWANIE (01-200904-00694/DOT) (01-200903-00177/DOT) (01-200903-00277/DOT) (01-200904-00816/DOT) ( 01-200903-00020/DOT) (01-200904-00/DOT)

NAMA PENSYARAH : CIK SALMIAH / EN. IZWARDI

SEMESTER 3/2010

26