nota asas takaful

237
1.1 Pengenalan Syariah 1.1.1 Objektif Syariah Syariah adalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal syariah ialah “jalan ke sumber mata air.” Ia merangkumi keseluruhan undang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik, perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektif utama Syariah ialah untuk memastikan sekelian manusia melaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya (kejahatan). Istilah ma`ruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualiti amalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat, sementara istilah `munkar’ merujuk kepada semua kualiti amalan kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat. 1.1.2 Konsep Ad –Deen (Syariah) Sumber: Kitab mughnil muktaj (Imam Shafie), Kitab al-mughni (Imam Hanafi), Kitab Bidayatul mujtahid wa nihayah, (Imam Malik) Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumi tiga komponen utama iaitu Akidah (set kepercayaan), Syariah (set undang-undang) dan Akhlak (kod moral/tingkahlaku). Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara

Upload: syairah-ibrahim

Post on 03-Jan-2016

2.268 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

asas takaful for exam TBE

TRANSCRIPT

1.1 Pengenalan Syariah1.1.1 Objektif Syariah

Syariah adalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal syariah ialah “jalan ke sumber mata air.” Ia merangkumi keseluruhan undang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik, perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektif utama Syariah ialah untuk memastikan sekelian manusia melaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya (kejahatan). Istilah ma`ruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualiti amalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat, sementara istilah `munkar’ merujuk kepada semua kualiti amalan kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.

1.1.2 Konsep Ad –Deen (Syariah)

Sumber: Kitab mughnil muktaj (Imam Shafie), Kitab al-mughni (Imam Hanafi), Kitab Bidayatul mujtahid wa nihayah, (Imam Malik)

Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumi tiga komponen utama iaitu Akidah (set kepercayaan), Syariah (set undang-undang) dan Akhlak (kod moral/tingkahlaku).

Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan iman yang teguh terhadap Allah s.w.t, para MalaikatNya, para RasulNya, hari kiamat, kitab-kitabNya dan percaya kepada Qada dan Qadar.

Syariah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh adalah perundangan Islam. Fiqh berkait rapat dengan hukum ditetapkan Allah mengenai cara hidup/amalan, moral/tingkahlaku dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh termasuklah Ibadat, Muamalat, Munakahat and Jinayat;

Fiqh IbadatIbadah iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ia merangkumi amalan/perbuatan mensucikan diri seperti solat, haji, puasa, zakat, jihad dan lain-lain bentuk ibadah. Kesemua aturan hubungan tersebut memperjelaskan tanggungjawab individu dan komuniti terhadap Allah s.w.t.

Fiqh MuamalatBidang ini adalah berkaitan dengan aturan perhubungan sesama manusia dalam urusan harta benda, kotrak/perjanjian, organisasi perniagaan, sekuriti hutang dan kesolvenan, hak pemilikan, pemberian/hadiah, warisan dan wakaf.

Fiqh Munakahat/UsrahBidang ini menyentuh tentang ketentuan atau aturan yang berkaitan dengan hubungan seseorang dalam keluarga seperti perkahwinan, perceraian, pewarisan harta, hak penjagaan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengannya. Secara konvensionalnya, bidang ini mempunyai persamaan dengan undang-undang persendirian.

Fiqh JinayatBidang ini adalah berkaitan dengan jenayah dan hukuman; merangkumi jenayah persetubuhan tanpa nikah (zina), mencuri (sariqah), merompak, lanun dan menyamun, dan lain-lain jenayah yang tertakluk dibawah hukum hudud.

Dalam ilmu teologi dan falsafah Islam, akhlak merujuk kepada adat kebiasaan, budi pekerti dan adab. Ia merangkumi perangai, resam, tabiat, akhlak, moral atau sifat seseorang. Akhlak juga meliputi tingkah laku, sikap dan etika kerja seseorang Muslim yang boleh mempengaruhi segala tindakannya.

1.1.3 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi)

Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorang Muslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatu perbuatan. Mengikut ajaran Islam, setiap perbuatan seseorang Muslim hendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah) berikut:

Wajib (Iijab)Wajib bermaksud suatu perkara yang diperintahkan oleh syarak secara keras kepada seseorang Muslim untuk melaksanakannya. Contohnya: menunaikan solat dan berpuasa dibulan Ramadhan. Dari sudut teknikal, ia merupakan perintah dari Allah s.w.t. mengikut aturan dan tata-cara yang tertentu.

Sunat (Mandub)Sunat adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang Muslim untuk mengerjakannya, namun tidak dikenakan siksa bagi yang meninggalkannya. Ia bermaksud orang yang melaksanakan perintahNya akan mendapat pahala dan meninggalkannya tidak mendapat dosa. Contohnya: memberi derma atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.

HaramHaram bermaksud perkara yang dituntut secara tegas oleh syarak untuk tidak mengerjakannya, mengikut aturan dan tata-cara yang tertentu. Contoh perbuatan haram ialah menyalahgunakan harta milik orang lain.

Makruh Makruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untuk meninggalkannya namun tidak begitu keras. Dengan lain perkataan, perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksa bagi yang mengerjakan. Contoh perbuatan makruh ialah berhutang tanpa dokumen yang sah (tidak direkodkan).

Harus (Mubah) Mubah adalah perkara yang dibebaskan syarak untuk memilih untuk mengerjakannya atau meninggalkannya, dan orang yang melaksanakannya maupun yang meninggalkannya tidak mendapat pahala atau dosa. Contohnya, semua bentuk kontrak/perjanjian adalah dibenarkan kecuali ia dibuktikan sebaliknya.

1.1.4 Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syariah

No. Sumber Utama Keterangan

i Quran Al-Quran adalah kata-kata dari Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu untuk dijadikan pedoman kepada seluruh umat manusia. Al-Quran merupakan satu-satunya mukjizat tertinggi yang menjadi sumber rujukan utama dalam perundangan Islam dan masyarakat Muslim seluruhnya. Al-Quran adalah sumber lengkap dan muktamad dalam menentukan sahnya setiap obligasi udang-undang. Al-Quran dijadikan sumber panduan yang lengkap dan menyeluruh, dan ia hendaklah diterima pakai dan dilaksanakan seluruhnya.

ii As-Sunnah As-Sunnah bermaksud “amalan” yang merangkumi sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w

berupa perkataan (Qaulan), perbuatan (Fi`lan) dan ketetapan (Taqiran). Sebarang amalan yang datangnya dari hasrat dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w adalah juga merupakan inspirasi dan ilham dari Allah s.w.t.

Istilah `Sunnah’ perlu dibezakan dengan `Hadis’, dimana hadis adalah berupa penceritaan atau periwayatan mengenai Rasulullah s.a.w.

No. Sumber Sokongan Keterangan

i. Ijmak (kesepakatan pendapat)

Ijmak ialah kesepakatan pendapat ulama di kalangan masyarakat Islam di zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, dalam menyelesaikan masaalah berkaitan kedudukan perundangan Islam.

Dari sudut perlaksanaannya, Ijmak merupakan persetujuan perundangan oleh para ulama (mujtahid) apabila kaedah penyelesaian masaalah tidak diperolehi melalui rujukan Al-Quran dan As-Sunah. Para ulama perlu mencapai kata sepakat perundangan ketika sesuatu permasaalahan itu timbul.

ii Qiyas (kesimpulan secara perbandingan)

Qiyas bermaksud membandingkan dan mencari persamaan dari sudut perundangan atas perkara yang baru terjadi, yang secara jelasnya tidak terdapat dalam Al-Quran ataupun Hadis. Dengan lain perkataan, para ulama akan merujuk kepada Quran dan Sunnah perkara yang serupa dengan itu, dan kemudiannya membuat kesimpulan/ketetapan dengan membandingkan di antara permasalahan yang baru terjadi dengan perkara yang telah ada hukum sebelumnya.

Secara amnya, Qiyas adalah lanjutan kepada bidang Syariah berkaitan permasaalahan/kes terdahulu dibandingkan dengan permasalahan/kes terbaru, disebabkan kes terbaru mempunyai sebab dan akibat serta kesan yang sama dengan kes terdahulu.

iii Maslahah (kepentingan umum)

Maslahah ('kepentingan umum') merupakan suatu konsep dalam perundangan Islam tradisional yang membolehkan atau menghalang sesuatu hukum itu dibuat berasaskan kepada matlamat samada ia adalah untuk kebaikan dan menjaga kebajikan orang ramai atau sebaliknya. Konsep Maslahah berkait rapat dengan Istislah. Maslahah bermaksud

menjaga ‘kepentingan umum’ sementara Istislah bermaksud ‘mencari yang terbaik demi menjaga kepentingan umum’.

iv ‘Uruf (adat resam atau kebiasaan)

Uruf adalah merujuk kepada adat resam atau ‘pengetahuan’ yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat yang menyebabkan perubahan dalam perundangan Islam. Uruf merupakan salah satu sumber keputusan/ketetapan Syariat Islam apabila tiada sebarang nas atau teks yang dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Uruf juga boleh membuat ketetapan atas sesuatu yang dinyatakan secara umum di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

v Istishab (andaian) Istishab bermaksud penetapan hukum tentang wujud atau tidaknya sesuatu fakta kes. Ia digunakan apabila tiada sebarang dalil atau bukti yang dapat mengubah hukum tersebut. Istishab menetapkan sesuatu berdasarkan keadaan yang sudah berlaku sebelumnya, sehingga ditemukan dalil yang menunjukkan ada perubahan.

vi Istihsan (mengutamakan yang terbaik)

Istihsan bermaksud menetapka hukum yang ‘lebih baik’. Pendokong beberapa Madzhab menetapkan hukum yang menjadi keutamaan bagi sesuatu masaalah dalam perundangan Islam, mengatasi lain-lain hukum yang sedia ada. Ia merupakan salah satu prinsip dalam penetapan undang-undang/hukuman yang mengutamakan pentafsiran peribadi atau ijtihad (menggunakan pertimbangan akal).

1.1.5 Objektif Syariah (Maqasid Shariah)

Maqasid adalah perkataan Arab yang membawa maksud matlamat atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syara’ dalam mensyariatkan hukum. Dalam ilmu Maqasid Syariah, terdapat lima perkara utama yang perlu dipelihara. Lima perkara utama tersebut ialah:-

Memelihara: Keterangan/Catatan

Agama Syariah menuntut umatnya memelihara dan melindungi agamanya (Ad-Deen) dalam apa jua keadaan. Contohnya, mempertahankan pegangan dan kesucian agama dari ancaman musuh-musuh Islam.

Nyawa Syariah menuntut umatnya memelihara dan melindungi keselamatan nyawa (Hifz Al-Nafs) dalam apa jua keadaan. Contohnya, dalam usaha memelihara nyawa manusia, undang-undang telah digubal untuk mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan

pembunuhan. Dalam Islam, hukuman kepada mereka yang membunuh manusia yang tidak berdosa ialah hukuman mati mandatori.

Keturunan Syariah menuntut umatnya memelihara dan melindungi keturunan masing-masing dalam apa jua keadaan. Contohnya, Islam melarang umatnya melakukan zina atau lain-lain perbuatan tidak bermoral agar kemuliaan keturunan tetap terpelihara.

Akal Fikiran Syariah menuntut umatnya memelihara dan melindungi kecerdasan akal fikiran (Hifz Al-Aql) dalam apa jua keadaan. Pemeliharaan akal termasuk melindunginya dari perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta keupayaan berfikir. Contohnya, Islam telah mengharamkan minuman keras dan benda-benda yang memabukkan kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan akal.

Harta Benda Syariah menuntut umatnya memelihara dan melindungi harta yang dimiliki dalam apa jua keadaan. Terdapat pelbagai cara mengumpulkan harta secara tidak sah. Antaranya ialah mengamalkan riba, menipu dalam urusan jual beli, pecah amanah dalam urusan berkaitan harta, mencuri harta milik orang lain dan lain-lain penipuan harta yang seumpamanya. Sesungguhnya, Islam melarang keras perbuatan tersebut.

1.2 Asas muamalat1.2.1 Pengenalan Muamalat

Muamalat dari sudut istilah bermaksud “perhubungan” dan peraturan urusan jual beli, manakala secara teknikalnya muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia dalam menyelesaikan masaalah/keperluan harian, terutamanya hal ehwal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat adalah suatu bentuk hubungan sosial yang membentuk pelbagai aktiviti ekonomi dan aktiviti bukan ekonomi.

Prinsip-Prinsip Asas Muamalat

Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan penting dalam membentuk perundangan Syariah dalam bidang Muamalat ialah:

Kebebasan membentuk kontrak/perjanjianPara Muslim bebas menetapkan sebarang terma dan syarat dalam kontrak perjanjian, kecuali meletakkan syarat yang melarang melakukan transaksi yang dibenarkan atau melakukan transaksi yang dilarang.

Status asal perkara berkenaan adalah dibolehkan

Kedudukan atau taraf semua perkara kecuali hal ehwal yang berkaitan dengan adat resam adalah dibolehkan oleh syarak, sehinggalah terdapat dalil atau bukti yang melarangnya.

Dibolehkan oleh adat resamPerumpamaan perundangan fiqh ada meyatakan “dikuatkuasakan di bawah budaya dan adat resam”. Dalam kebanyakan kontrak perdagangan Syariah, hampir semua perkara yang tidak menyalahi budaya dan adat resam adalah dibenarkan.

1.2.2 Larangan dalam Muamalat

ASemua kegiatan dan aktiviti ekonomi adalah dibenarkan selagi ia tidak menyalahi atau bertentangan dengan tuntutan Syariah. Sehubungan dengan itu, kesemua Empat Mahzab utama (Shafii, Hanafi, Hanbali, dan Maliki) bersepakat pendapat bahawa semua bentuk urusan perniagaan yang bertentangan dengan tuntutan Syariah dianggap batal dan tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am:

Tidak dibenarkan terlibat dalam kotrak jual beli barangan yang ditegah dari hukum syarak seperti minuman keras dan lain-lain produk yang dilarangan.

Tidak dibenarkan terlibat dalam kontrak jual beli yang terdapat unsur-unsur riba’ (bunga atau faedah).

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur perjudian adalah dilarang dalam Syariah Islam.

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian (gharar) juga tidak dibenarkan. Kontrak boleh dibatalkan sekiranya terdapat unsur gharar.

Riba (bunga atau faedah)Istilah 'riba' dari sudut bahasa bermaksud ‘melebihkan’ atau ‘tambahan’ kepada sesuatu transaksi. Larangan berkaitan riba’ adalah seperti yang terdapat dalam surah Al-Quran;

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 130)

Dan Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya,

“Apabila emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam – ia mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa). Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai tetapi bayaran hendaklah dibuat dengan segera.” (Riwayat Muslim)

Dari Hadis yang dinyatakan di atas, emas dan perak adalah mewakili wang ringgit; sementara gandum, barli, buah tamar dan garam adalah mewakili barangan makanan. Kesemua barangan berkenaan termasuk dalam jenis barangan ribawi.

Adalah jelas bahawa pengharaman boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang berbeza. Riba yang pertama ialah larangan menambah jumlah hutang (duyun) yang juga dikenali sebagai Riba Duyun (Riba Hutang Piutang); sementara dalam urusan pertukaran barangan ribawi yang sama jenis ditukar dengan kadar/nisbah tukaran yang berbeza. Riba ini juga dikenali sebagai ‘Riba Buyu’ (Riba Jual Beli). Secara ringkasnya, ia adalah seperti berikut:

Riba Hutang Piutang (Riba Duyun) terbentuk melalui pinjaman kewangan iaitu;

i. Riba Qard – di mana sejumlah tambahan (bunga atau faedah) dari pinjaman pokok dikenakan dan dipersetujui ketika kontrak dibuat.

ii. Riba Jahilliyah – di mana hutang yang dibayar melebihi pinjaman pokok kerana si peminjam lewat atau tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.

Riba Buyu’ (Riba Jual Beli) terjadi melalui urusan pertukaran barang; iaitu Riba Fadhl (barangan ribawi sama sejenis tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan) dan Riba Nasii’ah (penangguhan penyerahan atau penerimaan barangan ribawi).

Peraturan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan samada transaksi berkenaan dikategorikan sebagai Riba Fadhl atau Riba Nasi’ah.

Peraturan 1:Pertukaran barangan ribawi yang sama jenis (dan kadar atau sukatan) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah serta bayaran / penghantaran barangan hendaklah dibuat pada waktu itu juga.

o Sekiranya pembayaran/penghantaran barangan dibuat dengan serta merta tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya tidak sama, maka berlakulah Riba Fadhl.

o Sekiranya pembayaran/penghantaran barangan ditangguhkan tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya adalah sama, maka berlakulah Riba Nasi’ah.

Peraturan 2:

Bayaran dan penghantaran barangan ribawi dari jenis dan kadar yang berbeza hendaklah dibuat pada waktu itu juga walaupun mungkin dengan harga yang berbeza. Kadar berat, sukatan atau jumlah barangan yang ditukar tidak menjadi keutamaan.

o o Sekiranya pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat dengan segera (on the spot), maka Riba Nasi’ah telah berlaku.

Perjudian (Maisir)

Perjudian ialah sebarang aktiviti urusniaga yang di dalamnya terdapat unsur-unsur permainan yang melibatkan pertaruhan atau perjudian. Sesuatu kontrak yang melibatkan unsur-unsur perjudian (maisir) adalah dianggap batal (batil). Judi boleh ditakrifkan sebagai suatu pertaruhan atau mengenakan caj tertentu yang mana bayaran tersebut akan lupus sekiranya seseorang itu tidak berjaya memperolehi keuntungan/ganjaran yang diharapkan. Ia juga dikenali sebagai “permainan dengan hasil bersih sifar”, iaitu nilai ganjaran yang diterima oleh pemenang pertaruhan dan mereka yang kalah pertaruhan adalah bersamaan dengan sifar. Kemenangan yang diperolehi oleh satu pihak adalah kerugian kepada pihak yang lain. Sekiranya sesuatu transaksi itu melibatkan perkara yang menyalahi undang-undang dan membawa keburukan atau kemusnahan harta benda, maka ia boleh dianggap sebagai perjudian.

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :

“Mereka akan bertanya kepadamu tentang minuman keras dan judi, katakanlah: pada keduanya terdapat dosa besar dan manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar dari pada manfaatnya…” (Surah Al Baqarah, Ayat 219)

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar atau ketidakpastian dalam sesuatu transaksi atau aktiviti yang tidak berlandaskan Syariah, yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Ini adalah disebabkan kuantiti dan kualiti barangan yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan tidak diketahui atau tidak ditetapkan nilainya. Ayub (2007) mentakrifkan Gharar sebagai sejenis permainan judi, untung nasib, pertaruhan atau risiko. Gharar berlaku apabila terdapat unsur-unsur ketidakpastian dalam transaksi dimana ciri-ciri dan kewujudannya tidak dapat dipastikan secara tepat, disebabkan sifatnya yang berisiko. Keadaan tersebut menyebabkan kontrak berkenaan dianggap batal atau boleh dibatalkan.

Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya terlibat dalam Gharar, Al-Baji Al-Andalusi menyatakan :

Nabi Muhammad s.a.w melarang urusan jual beli yang melibatkan Gharar dan boleh menyebabkan urusan tersebut tidak sah. Jual beli melibatkan Gharar bermaksud transaksi di mana terdapat unsur-unsur Gharar yang nyata dan jelas sehingga ia boleh dikategorikan sebagai jual beli gharar. Para ulama bersependapat bahawa jual beli seperti ini adalah dilarang dan tidak sah. Sebaliknya, gharar kecil tidak menyebabkan urusan jual beli terbatal kerana para ulama berpendapat tiada kontrak yang benar-benar bersih dari unsur-unsur gharar.

Gharar boleh dikategorikan kepada dua pecahan kecil iaitu Gharar Kecil dan Gharar Besar;

i. Gharar Kecil (Yaseer)Gharar Kecil diberi kelonggaran dan boleh dimaafkan kerana ia tidak membatalkan kontrak jual beli, bermaksud unsur-unsur gharar di dalamnya tidak mempengaruhi komponen penting dan syarat-syarat utama kontrak (contohnya syarat-syarat berkaitan aset, harga, bahasa yang digunakan dan sebagainya).

ii. Gharar Besar (Fahish)Gharar yang menyebabkan kontrak tidak sah dikenali sebagai Gharar besar. Secara amnya, gharar besar mengandungi ciri-ciri berikut;

unsur-unsur ketidakpastian (gharar) terlalu nyata sehingga ia tidak boleh diterima sebagai suatu kontrak yang sah; atau

ia terlalu kabur sehingga sukar untuk dinilai dan difahami.

1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat

Barbati mendefinisikan ‘aqad’ atau kontrak dalam kitabnya “Inayah ‘ala Fath al-Qadri” seperti yang dinyatakan dibawah:

“Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui ikatan dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan atas perkara pokok yang dimaksudkan”.

Aqad dari sudut bahasa bermaksud “ikatan” atau “simpulan”. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘kontrak’. Kontrak juga boleh didefinisikan sebagai “pernyataan persetujuan pertukaran hak milik atas barangan/perkara pokok yang ditawarkan oleh penjual dan pernyataan penerimaan barangan/perkara pokok oleh pembeli. Kontrak yang lengkap perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

Rukun Aqad Keterangan

Aqidan (pihak-pihak yang terikat dalam kontrak)

Ia merupakan syarat utama yang menjadikan kontrak tersebut sah dimana pihak-pihak yang terlibat memenuhi syarat kelayakan mengikat kontrak. Keupayaan memenuhi syarat kelayakan

menjadikan seseorang itu mempunyai hak dan layak untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Sighah (pernyataan ijab dan Kabul)

Sighah ialah suatu bentuk kontrak yang mengandungi ikrar ijab (lafaz penjual) dan Kabul (lafaz pembeli) atau tawaran dan penerimaan. Tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dipanggil ijab kerana ia menawarkan dan mengesahkan persetujuan penerimaan oleh pihak kedua.

Ma’aqud alaih (barangan dan harga jual beli)

Ia adalah perkara pokok atau barangan yang dimaksudkan didalam kontrak. Mengikut perundangan Islam, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi barangan berkenaan untuk menjadikan kontrak tersebut sah; iaitu barangan tersebut hendaklah sah disisi undang-undang, wujud (sedia ada) dan telah dikenalpasti.

1.3 Penerapan Kontrak Syariah Dalam Perniagaan TakafulDalam perundangan Islam, kontrak boleh wujud dalam bentuk dua keadaan iaitu kontrak dua pihak (bilateral) atau kontrak satu pihak (unilateral). Kontrak didefinisikan sebagai hubungan antara tawaran dan penerimaan yang menghasilkan persetujuan perundangan atas perkara pokok kontrak. Sebarang urusan perjanjian yang melibatkan harta benda perlu memenuhi beberapa keperluan asas kontrak yang bersesuaian dengan tujuan urusniaga berkenaan.

Secara amnya skim takaful melibatkan dua pihak iaitu Pengendali Takaful dan sekumpulan Peserta yang biasanya dikenali sebagai pemegang polisi dalam insurans konvensional. Ringkasnya, kontrak takaful yang mewujudkan hubungan di antara Pengendali Takaful dengan peserta boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu Tabarru’, Wakalah dan Mudharabah bergantung kepada kehendak dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Keterangan lanjut mengenai bentuk kontrak berkenaan adalah seperti berikut:

No. Keterangan Kontrak Keterangan Lanjut Kontrak Takaful

i. Tabarru’ (menderma)

Bermaksud sumbangan atau derma

Dalam perniagaan takaful, peserta bersetuju untuk menderma sejumlah wang ke Dana Takaful berdasarkan kontrak tabarru’. Kontrak

yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepada orang lain yang memerlukannya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Tabarru’ merupakan elemen utama dalam perniagaan takaful dan ianya bukan sahaja diamalkan di Malaysia, malah ia juga diamalkan diseluruh dunia.

ii. Wakalah (wakil-mewakil)

Kontrak agensi wujud apabila seseorang itu mewakilkan individu lain menjalankan tugas-tugas perniagaan bagi pihaknya. Individu yang menerima tugas tersebut dipanggil ‘wakil’. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak iaitu prinsipal dan wakil sama-sama terikat di bawah kontrak wakalah. Kafalah (menjamin atau menjaga).

Dalam perniagaan takaful, peserta melantik Pengendali Takaful sebagai wakilnya untuk mengurus dana dan perlindungan takaful. Kontrak wakalah diamalkan oleh semua pengendali takaful di Malaysia dan juga sebahagian besar pengendali takaful di seluruh dunia.

iii. Mudharabah (berkongsi keuntungan)

Amalan Mudharabah (berkongsi keuntungan) bermaksud suatu kontrak kewangan di mana pihak pertama yang dikenali sebagai Rabbu al-Mal menyediakan dana kepada pihak yang satu lagi yang dipanggil Mudharib. Mudharib kemudiannya diberi tanggungjawab mengurus dana berkenaan melalui urusan pelaburan atau perniagaan yang boleh memberi keuntungan. Kedua-dua pihak akan berkongsi keuntungan yang diperolehi mengikut kadar yang ditetapkan.

Dalam perniagaan takaful, peserta mencarum sejumlah wang ke dana takaful di mana peserta bertindak sebagai Rabbu al-Mal, sementara Pengendali Takaful menjadi Mudharib yang bertindak sebagai pengurus dana dan berusaha mencatat keuntungan dari pelaburan yang dibuat. Peserta dan Pengendali Takaful akan berkongsi keuntungan yang diperolehi mengikut kadar yang dipersetujui terlebih dahulu. Kontrak Mudharabah diamalkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad ketika syarikat berkenaan mula beroperasi. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada Pengendali Takaful yang beroperasi di Malaysia mengamalkan kontrak Mudharabah hanya pada beberapa produk kewangan sahaja.

2.2 Konsep Risiko Dalam IslamTerdapat sebilangan orang-orang Muslim yang terkeliru tentang konsep takdir (Qadha dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk menentukan hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya;

“...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib/keadaaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka”. (Ar Ra'd / QS. 13:11)

Seterusnya, di riwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, “Mengapa kamu tidak menambat/mengikat unta-unta kamu?” Orang Badwi itu menjawab, “Aku serahkan takdir dan tawakalku kepada Allah s.w.t”. Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, “Ikatkan dahulu unta-unta itu, selepas itu barulah bertawakal”.

Pengajaran dari peristiwa di atas mengukuhkan tanggapan bahawa sesungguhnya umat Islam bukan sahaja perlu percaya pada qada dan kadar Allah, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusaha dan bertawakal demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan risiko menanggung kerugian.

Pengurusan risiko merupakan suatu konsep yang bukan sahaja diterima oleh masyarakat Islam, malah mempercayainya sebagai salah satu cara untuk mencapai objektif dan matlamat hidup, dan seterusnya mencapai matlamat akhir ialah menikmati kehidupan yang penuh keberkatan di dunia dan di akhirat kelak.

2.1 Konsep RisikoOleh kerana tujuan perbincangan berkaitrapat dengan risiko yang boleh ditakafulkan, tumpuan akan diberikan kepada risiko yang berkemungkinan boleh menyebabkan kerugian kewangan. Kerugian kewangan didefinisikan sebagai kehilangan atau penurunan nilai disebabkan berlakunya musibah atau kecelakaan.

Selain dari risiko ketidakpastian samada sesuatu musibah itu akan menyebabkan kerugian atau tidak, risiko juga mempunyai kaitan dengan kebarangkalian kekerapan (frequency) dan keterukan (severity). Tahap risiko ditentukan melalui hubungan berkenaan. Hubungan tersebut dijelaskan melalui Heinrich Triangle. Heinrich Triangle menerangkan bahawa sekiranya kekerapan kejadian yang berlaku itu adalah tinggi, maka tahap keterukan (severity) adalah rendah. Manakala kejadian yang kurang kerap berlaku akan menyebabkan tahap keterukan yang tinggi. Contohnya, kemalangan di udara yang melibatkan kapalterbang jarang

berlaku tetapi sekiranya berlaku kemalangan berkenaan maka tahap keterukan – cedera parah atau kematian – adalah tinggi.

2.1.1 Peril dan Bahaya

Konsep Keterangan Contoh

Peril Peril digunakan untuk mengenalpasti sebab-sebab kerugian. Sebarang kerugian akibat kemalangan disebabkan oleh sesuatu peril adalah tertakluk kepada tuntutan di bawah polisi/pelan

Kenderaan yang dilindungi di bawah polisi insurans motor mengalami kerosakan akibat kemalangan (kemalangan adalah peril yang dilindungi). Oleh itu, tuntutan boleh dibuat

If a restaurant is destroyed in a fire, (fire is the insured peril and a claim can be made under the fire policy).

Bahaya Bermaksud sesuatu perlakuan atau keadaan yang meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. Bahaya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1. Bahaya Fizikal -

Merujuk kepada ciri-ciri fizikal perkara pokok insurans yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian.

Kerja-kerja pendawaian yang tidak sempurna dalam sesebuah bangunan meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran.

1.2. Bahaya Moral –

Merujuk kepada sikap seseorang yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Bahaya moral sukar untuk diramal.

Seseorang itu dengan sengaja membakar produk yang tak laku dijual tetapi telah diinsuranskan untuk menuntut ganti rugi dari insurer; atau pemilik polisi yang tidak jujur membuat tuntutan yang melampau dan sengaja diada-adakan.

2.1.2 Kategori Risiko

Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu:

Risiko Keterangan Contoh

Tulen Merujuk kepada kebarangkalian terjadi kerugian ataupun tiada sebarang kerugian. Risiko tulen secara umumnya boleh dilindungi.

Kebakaran, petir, banjir taufan, kematian, kemalangan, kecurian dan sebagainya.

Spekulatif Merujuk kepada kebarangkalian berlaku kerugian, tiada kerugian atau mengaut keuntungan. Tidak dapat dipastikan samada sesuatu kejadian itu boleh membawa keuntungan, kerugian atau tiada kerugian. Risiko spekulatif tidak boleh dilindungi/diisuranskan.

Pelaburan di pasaran saham, pasaran matawang asing, meneroka bidang perniagaan baru dan sebagainya.

2.1.3 Risiko Asas dan Risiko Khusus

Risiko Keterangan Contoh

Risiko Asas Risiko Asas akan memberi kesan ekonomi yang menyeluruh kepada masyarakat seluruhnya atau kepada kumpulan individu dalam masyarakat. Risiko Asas adalah diluar kawalan mana-mana individu.

Kerosakan harta benda disebabkan gempa bumi, peperangan dan sebagainya.

Risiko Khusus Risiko khusus akan hanya memberi kesan kepada individu tertentu dan bukannya keseluruhan masyarakat dan risiko ini boleh dikawal.

Kerosakan harta benda disebabkan kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagainya.

2.1.4 Jenis-Jenis Risiko Tulen

Risiko Tulen biasanya boleh diinsuranskan dan perbincangan mengenai insurans dan takaful akan memberi tumpuan kepada risiko-risiko berkenaan.

Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang kesemuanya boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaitu Risiko Peribadi; Risiko Harta dan Risiko Liabiliti.

Risiko Keterangan Contoh

Risiko Peribadi

Merujuk kepada risiko yang memberi kesan langsung kepada individu yang boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya kerugian atau

pendapatan semakin berkurangan, menanggung perbelanjaan tambahan dan nilai aset yang semakin susut.

Risiko peribadi boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis iaitu:

Risiko Mati Awal Kematian ketua keluarga atau pencari nafkah boleh menyebabkan keluarga yang ditinggalkan menghadapi masaalah kewangan.

Risiko Simpanan Tidak Mencukupi ketika Persaraan.

Para pesara menghadapi kemungkinan kehilangan atau ketiadaan punca pendapatan ketika bersara sekiranya mereka tidak mempunyai aset cair yang mencukupi atau tiada lain-lain sumber pendapatan ketika persaraan. Risiko yang perlu ditanggung ialah taraf dan gaya hidup yang lebih rendah.

Risiko Kesihatan yang semakin Buruk.

Kemungkinan seseorang itu perlu menanggung kos perubatan yang amat tinggi dan seterusnya kehilangan pekerjaan/pendapatan.

Risiko Kehilangan Pendapatan Merupakan ancaman kewangan yang terbesar disebabkan perniagaan menghadapi zaman kesukaran, perubahan ekonomi dan aplikasi teknologi dan sebagainya.

Risiko Harta

Merujuk kepada kebarangkalian berlakunya kerugian disebabkan kerosakan harta akibat kebakaran, banjir, gempa bumi atau lain-lain bencana alam. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda:

Kerugian LangsungKerugian kewangan yang berlaku atas kerosakan fizikal harta benda disebabkan kecurian atau kemusnahan harta tersebut.

Sebuah kilang mengalami kerosakan disebabkan kebakaran (kerosakan fizikal kilang berkenaan merupakan kerugian langsung).

Kerugian Tidak Langsung atau Kerugian TurutanKerugian kewangan yang berlaku secara tidak langsung atas kerosakan fizikal harta benda disebabkan kecurian atau kemusnahan harta tersebut.

Selain dari kerugian akibat kerosakan fizikal kilang berkenaan, pemilik kilang juga kehilangan mata pencarian/pendapatan sepanjang tempoh kilang tersebut menjalani kerja-kerja baikpulih. Kehilangan pendapatan adalah merupakan

kerugian tidak langsung/kerugian turutan.

Risiko Liabiliti

Merujuk kepada risiko kecederaan badan pihak ketiga atau kerosakan harta. Pihak mahkamah mungkin memerintahkan pihak yang dituntut membayar ganti rugi atas kecederaan anggota badan pihak ketiga.

Organisasi atau firma perniagaan terdedah kepada tuntutan liabiliti disebabkan kecacatan produk yang dihasilkan. Produk tersebut mungkin boleh menyebabkan kecederaan anggota badan atau kerosakan harta kepada pengguna yang menggunakan produk berkenaan.

2.1.5 Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan

Ciri-Ciri Keterangan

Mempunyai Nilai Kewangan

Risiko berkait rapat dengan kerugian dimana gantirugi kewangan boleh dibayar setelah berlaku sesuatu musibah umpamanya kerosakan rumah kediaman disebabkan kebakaran, kecurian kenderaan dan sebagainya. Harta berkenaan mungkin mempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi, tetapi ia hanya boleh diinsuranskan berdasarkan nilai kewangan dan bukannya nilai sentimental harta/perkara pokok insurans.

Risiko Pendedahan yang Sama

Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat jumlah yang banyak,

a. a) Penilaian risiko melalui analisa kebarangkalian dan statistik amat bergantung kepada pengalaman lepas yang dianggap munasabah jumlahnya.

b. Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4 pengalaman pendedahan, ia akan menyebabkan kos perlindungan dan bayaran premium yang tinggi serta tidak kompetitif. Contohnya insurans perlindungan sepasang kaki milik model/peragawati terkenal.

Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang boleh diinsuranskan kerana seseorang itu tidak boleh meraih keuntungan dari insurans. Risiko spekulatif memberi kemungkinan berlaku kerugian, pulang modal (tiada kerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh itu ia tidak boleh diinsuranskan.

Risiko Khusus Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya ia memenuhi kriteria risiko-risiko yang boleh diinsuranskan.

Risiko asas biasanya tidak boleh diinsuranskan, contohnya risiko peperangan atau perubahan nilai budaya. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yang boleh diberi perlindungan insurans tetapi ia bergantung kepada lokasi geografi risiko berkenaan.

Kerugian Tidak Dijangka

Adalah tidak munasabah untuk menginsuranskan risiko yang pasti akan berlaku kerana ia bertentangan dengan salah satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitu kerugian tidak dijangka. Kekerapan dan ketenatan sesuatu risiko itu mestilah diluar jangkaan, contohnya dalam insurans hayat – bila/tarikh kematian adalah diluar pengetahuan manusia untuk memastikannya. Contoh risiko yang telah dijangka, dengan niat dan disengajakan ialah bunuh diri.

Kepentingan Boleh Diinsuranskan

Bermaksud suatu hak hubungan yang sah disisi undang-undang diantara diri yang diinsuranskan dengan perkara pokok insurans. Risiko yang hendak dilindungi mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Diri yang diinsuranskan merupakan individu yang akan menanggung kerugian kewangan sekiranya risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi.

Contohnya, pemilik rumah berhak menginsuranskan rumah kediamannya.

isiko-risiko yang perlu dihadapi dalam mengendalikaan operasi perniagaan takaful tidak terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dibawah:

Jenis-jenis Risiko Keterangan

Risiko Operasi Risiko menghadapi kerugian disebabkan kegagalan proses kerja dalaman, sumber manusia dan sistem kendalian atau pengaruh luar antara lainnya seperti:

Amalan dan keselamatan tempat kerja: kerugian disebabkan cara bekerja yang tidak selaras atau bertentangan dengan undang-undang dan peraturan pekerjaan, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, sistem ganjaran/upah.

Penipuan dalaman: kerugian disebabkan tindakan pekerja yang berniat untuk menipu, menyalahguna harta syarikat atau menyalahi peraturan, undang-undang dan dasar syarikat, amalan rasuah.

Penipuan luaran: kerugian disebabkan tindakan pihak ketiga/luar yang berniat untuk menipu atau pemalsuan dokumen, penyalahgunaan harta syarikat atau

menyalahi peraturan/undang-undang. Kerosakan harta: kerugian disebabkan kerosakan atau

kehilangan harta syarikat akibat bencana alam atau lain-lain tindakan seperti keganasan, vandalisma dan sebagainya.

Gangguan perniagaan dan sistem pincang tugas: kerugian disebabkan gangguan bekalan utiliti, kegagalan perkakasan dan perisian computer.

Proses pengurusan, perlaksanaan dan penyampaian: kerugian akibat kegagalan proses transaksi atau proses pengurusan, kerugian yang berkaitan dengan urusan dengan rakan niaga atau pembekal akibat kesilapan kemasukan data, kesilapan akaun, kegagalan menyiapkan laporan mandatori, kerugian harta pelanggan disebabkan kecuaian.

Pelanggan, produk dan amalan perniagaan: kerugian disebabkan gagal (tanpa niat atau cuai) untuk memenuhi tanggungjawab professional terhadap pelanggan tertentu (termasuk keperluan fidusiari dan kesesuaian), atau kerugian akibat kecacatan rekabentuk atau ciri-ciri produk.

Risiko Undang-undang

Risiko kerugian akibat tuntutan udang-undang dari pihak ketiga.

Risiko Strategik Risiko kerugian akibat kesilapan membuat keputusan atau strategi perniagaan yang menimbulkan kesan negative.

Risiko Reputasi Sebarang keraguan atau kesilapan dalam membuat keputusan, aktiviti atau inisiatif boleh mencemarkan nama dan reputasi syarikat Pengendali Takaful.

Risiko Pengunderaitan

Risiko sekiranya dana caruman/tabarru` tidak mencukupi untuk menampung bayaran tuntutan dan rezab perbelanjaan penyelarasan kerugian semasa tidak mencukupi.

Risiko Pelaburan Risiko dalam pelaburan ialah kerugian. Hampir kesemua bentuk pelaburan mempunyai risikonya tersendiri: harga saham jatuh; bon atau sukuk tidak berfungsi sepatutnya, aset sandaran pasaran derivatif tidak berfungsi seperti yang dijangakakan.

Risiko Tadbir Urus

Biasanya ia berkisar tentang aktiviti-aktiviti perniagaan seperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko perusahaan dan pematuhan korporat dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Risiko Meneruskan Perniagaan

Iaitu merancang dan mengenal pasti pendedahan organisasi terhadap ancaman dalaman dan luaran serta penggemblengan kemahiran dan aset bagi merangka tindakan pencegahan dan pemulihan yang berkesan untuk organisasi, mengekalkan kelebihan kompetitif dan nilai integriti sistem untuk

memastikan kesinambungan dan daya maju syarikat.

Risiko Pematuhan Syariah

Terdapat risiko kemungkinan operasi urusniaga takaful tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Pengendali Takaful mungkin menghadapi risiko tidak memperolehi pendapatan yang dijangka serta risiko reputasi. Sebagai contoh, risiko yang telah diterima mungkin tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan oleh itu terpaksa ditolak dan menyarankan agar kotrak dibatalkan atau mendermakan pendapatan kepada badan-badan kebajikan.

A2.4 Kaedah Menangani RisikoApabila sesuatu risiko itu telah dikenalpasti dan dinilai, semua teknik pengawalan risiko boleh digunakan dan pada dasarnya terdapat empat cara menangani risiko:

Pengelakan risiko Pengawalan/pengurangan risiko Pengekalan risiko Pemindahan risiko

2.4.1 Pengelakan Risiko

Menjauhi atau menghapuskan risiko - Sekiranya diputuskan bahawa terdapat risiko yang tidak boleh diterima, maka organisasi boleh memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti atau perniagaan yang mengandungi risiko berkaitan. Jika keputusan ini dibuat, maka individu atau organisasi telah memutuskan untuk mengelakkan risiko. Pengelakan mungkin seolah-olah jawapan kepada semua risiko, tetapi mengelakkan risiko juga bermakna kehilangan potensi keuntungan sekiranya menerima (mengekalkan) risiko yang dibenarkan. Keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan bagi mengelakkan risiko kerugian juga bererti mengelakkan kemungkinan memperolehi keuntungan. Contohnya, tidak membeli harta atau memulakan perniagaan kerana tidak mahu menanggung liabiliti yang terkandung didalamnya.

2.4.2 Pengawalan atau Pengurangan Risiko

Ini adalah suatu tindakan yang diambil untuk memperbaiki risiko demi mencapai tahap standard yang boleh diterima pakai. Proses penilaian yang berterusan amat diperlukan untuk memastikan standard yang diingini dapat dicapai. Ia melibatkan kaedah mengurangkan keterukan/ketenatan kerugian atau kemungkinan dapat mencegah dari berlakunya kerugian. Sebagai contoh, memasang sistem perenjis air untuk memadamkan api bagi mengurangkan risiko kerugian disebabkan kebakaran.

2.4.3 Pengekalan Risiko

Sekiranya tahap risiko semasa berada di tahap yang boleh diterima, individu atau organisasi boleh memutuskan untuk mengekalkan risiko berkenaan. Ia bererti berkesanggupan menerima kerugian sekiranya ia benar-benar berlaku. Pengekalan risiko merupakan satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil di mana kos menginsuranskan risiko berkenaan mungkin lebih besar dimasa akan datang berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami.

2.4.4 Pemindahan Risiko

Ia melibatkan proses pemindahan risiko kepada organisasi (insurer) atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh organisasi atau individu kepada mereka yang memindahkan risiko berkenaan. Terdapat dua cara untuk memindahkan risiko

Kontrak Insurans / Takaful -contoh: pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian sekiranya rumah kediamannya musnah dijilat api iaitu dengan membeli pelan takaful kebakaran.

Kontrak Bukan Insurans / Takaful: Contoh, sebuah pasar raya boleh memindahkan risiko (liabiliti) yang timbul daripada penjualan produk yang mengalami kecacatan dengan membuat kontrak perjanjian dengan pengilang di mana pengilang bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada pasar raya dari liabiliti yang mungkin timbul daripada produk yang rosak.

A2.5 Pengurusan Risiko2.5.1 Mengenalpasti Risiko

Mengenalpasti risiko merupakan langkah yang paling penting dalam proses pengurusan risiko. Ia perlu dilakukan untuk mengenal pasti risiko-risiko yang boleh menjejaskan kewangan individu atau firma sebelum suatu jalan penyelesaian boleh disediakan. Apabila risiko telah dikenal pasti, ia hendaklah diukur dan dinilai secara individu bagi menentukan kebarangkalian atau kemungkinan berlaku kerugian dan kesan kewangan keatas individu atau firma terbabit.

Pengurusan risiko mengambil pandangan bahawa sesebuah firma terdedah kepada risiko dalam pelbagai cara yang kesemuanya boleh menyebabkan kerugian kewangan. Oleh itu, risiko dilihat dalam erti kata yang seluas-luasnya, dan tidak terhad kepada risiko-risiko yang boleh diinsuranskan. Tanggungjawab pengurus risiko ialah mengenal pasti risiko-risiko yang berkemungkinan boleh menjejaskan perniagaan syarikat.

Kaedah Mengenalpasti Risiko Pemeriksaan Fizikal

Membuat lawatan singkat ke loji adalah penting untuk membantu 'memahami` risiko berkaitan, yang kemudiannya diikuti dengan proses formal mengenalpasti risiko secara lebih menyeluruh.

Carta OrganisasiSatu carta yang menunjukkan struktur organisasi syarikat dan

hubungan diantara kakitangan dan jabatan-jabatan yang berlainan dapat membantu mengenalpasti kelemahan struktur organisasi.

Carta Aliran KerjaSatu carta yang menunjukkan bahan-bahan atau kerja 'berfungsi' melalui pelbagai peringkat proses di mana bahagian yang lemah/tidak berfungsi boleh dikenal pasti.

Senarai SemakSuatu senarai soalan pertanyaan atau soal selidik yang berkaitan dengan bidang-bidang utama aktiviti boleh membantu mengenalpasti bahagian-bahagian yang mempunyai risiko.

2.5.2 Pemeriksaan dan Penilaian Risiko

Pemeriksaan dan penilaian risiko adalah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Penilaian risiko melibatkan anggaran kekerapan dan keterukan pendedahan risiko dan menentukan tahap kedudukannya berdasarkan kepada perbandingan kepentingan. Risiko yang berpotensi tinggi menyebabkan kerugian akan diberikan keutamaan dalam pelan pengurusan risiko.

Kekerapan risiko merujuk kepada jumlah atau bilangan sesuatu musibah itu berlaku yang mengakibatkan kerugian, dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan (kebarangkaliannya berlakunya).

Keterukan risiko merujuk kepada kos atau jumlah kerugian dari segi kewangan, yang terpaksa ditanggung akibat dari musibah berkenaan.

Tidak semua risiko itu penting dan perlu dikendalikan atau diinsuranskan / dilindungi. Bagi risiko yang lebih kecil, ia boleh diabaikan walaupun terdapat kemungkinan yang ia boleh berlaku. Walau bagaimanapun, saiz risiko sahaja tidak menentukan sama ada ia perlu diberi keutamaan. Risiko yang mempunyai kemungkinan yang sedikit untuk terjadi tetapi membawa kesan yang besar terhadap kedudukan kewangan individu atau firma perlu diberi keutamaan. Contoh: Dalam pelan pengurusan risiko, pendedahan kerugian yang berpotensi untuk menyebabkan sesebuah firma itu muflis adalah jauh lebih penting berbanding dengan pendedahan risiko yang berlaku tetapi hanya melibatkan kos yang kecil.

2.5.3 Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko

Apabila sesuatu risiko telah dinilai sepenuhnya, sudah tiba masanya untuk memilih kaedah pengurangan risiko yang bersesuaian. Pemilihan kaedah tersebut harus dibuat pada peringkat awal pelan pembangunan dengan mengambilkira kos dan keberkesanannya. Terdapat empat

kaedah pengurangan risiko - Pengelakan Risiko; Kawalan Risiko; Pembendungan Risiko dan Pemindahan Risiko.

2.5.4 Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko

Sebaik sahaja pemilihan kaedah yang sesuai telah diputuskan, pelan pengurusan risiko sudah bersedia untuk dilaksanakan. Dalam melaksanakan langkah ini, risiko perlu dikenalpasti keutamaannya dan disesuaikan dengan bentuk tindakan yang akan diambil. Salah satu bentuk tindakan yang kerap diambil ialah dengan menginsuranskan/ melindungi risiko tersebut.

2.5.5 Kajian semula dan Pemantauan Pelan Pengurusan Risiko

Kajian semula dan pemantauan adalah satu lagi langkah penting dalam proses pengurusan risiko. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan kajian/penilaian semula secara berkala, memantau proses perlaksanaan serta semakan progresif keatas pelan berkenaan supaya ia selaras dengan perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi.

Peringkat pemantauan dan kajian semula risiko termasuk mengeluarkan buku panduan/ manual mengenai risiko , laporan tuntutan, kajian pengalaman dan audit. Secara umumnya, risiko yang berlainan memerlukan kaedah pemantauan yang berbeza, khususnya risiko yang dilindungi yang perlu dipantau secara lebih kerap dan melaporkan terus kepada pihak pengurusan.

Penilaian semula secara berkala boleh membantu mengenal pasti sebarang kekurangan atau pengubahsuaian, dan juga memastikan objektif pelan pengurusan risiko boleh dicapai. Kajian/penilaian semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

2.5.6 Komunikasi Pelan dan Objektif Pengurusan Risiko

Sering diperkatakan bahawa bukan pelan yang penting, tetapi ketelitian perancangan itu sendiri yang menjadi keutamaan. Ini adalah sangat benar dimana komunikasi yang berkesan disemua fasa perancangan pengurusan risiko amat diperlukan. Keperluan komunikasi sering diabaikan dan akibatnya, fasa perlaksanaan dan pemantauan tidak dititikberatkan sehingga mengakibatkan objektif pelan pengurusan tidak dapat dicapai.

Petunjuk-petunjuk penting dari sumber dalaman atau luaran yang berkaitan dengan pengurusan risiko perlu diambilkira. Kedua-dua sumber berkenaan perlu dimasukkan ke dalam dasar pengurusan risiko. Petunjuk-petunjuk utama ini boleh dipecahkan kepada bidang pengkhususan risiko masing-masing.

Pengurusan risiko perlu diintegrasikan ke dalam budaya korporat. Dalam amalan pengurusan risiko yang moden, setiap individu dalam syarikat bertanggungjawab untuk mencapai objektif pengurusan risiko firma. Oleh itu, dalam semua fasa pengurusan risiko, komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat amatlah penting.

PengenalanDalam zaman sebelum kedatangan Islam, adalah menjadi adat orang-orang Arab pagan untuk membayar pampasan atau diyat, di mana penjenayah perlu membayar ganti rugi berupa 'Darah-Wang' (diyat) sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang telah mati dibunuh. Ia adalah menjadi hak keluarga si mati untuk menuntut pampasan daripada suku atau keluarga pesalah/pembunuh. Adat membayar diyat diamalkan bagi menggantikan adat primitif sebelumnya iaitu 'hutang darah dibayar darah'. Diyat diperkenalkan bagi mengelakkan berlakunya balas dendam dan peperangan antara puak. Sistem pampasan 'darah-wang' terus diamalkan walaupun selepas kedatangan Islam kerana kebaikan dan manfaat berikut;

Ia mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan. Menjadikan tanggungjawab individu sebagai tanggungjawab kolektif. Mengurangkan beban kewangan individu yang terlibat. Memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dikalangan puak masing-masing

Doktrin ini telah mendapat perkenan Nabi Junjungan dan kemudiannya diwajibkan dalam tempoh Khalifah kedua. Ini adalah doktrin asas yang diperkembangkan dalam amalan insurans Islam hari ini.

Dalam Islam, semua aktiviti ekonomi adalah sah dan dibolehkan di sisi undang-undang selagi ia lakukan dengan tidak melampaui batas mana-mana rukun yang telah ditetapkan melalui dua sumber rasmi undang-undang Syariah iaitu Al-Quran dan Hadis. Selaras dengan ketetapan tersebut, kesemua empat aliran mahzab utama iaitu Shafii, Hanafi, Hambali dan Maliki telah sebulat suara bersetuju bahawa semua bentuk transaksi perniagaan yang mengandungi unsur-unsur riba faedah/bunga (riba'), ketidakpastian (gharar) dan perjudian (maisir) dianggap tidak sah/haram.

Doktrin Maqasid Syariah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk melindungi aset ketara, harta benda, kebajikan dan kesejahteraan ummah. Kaedah/bentuk perlindungan yang diamalkan perlu mematuhi ketetapan Syariah dan garis panduan undang-undang dan prinsip-prinsipnya. Malangnya, hampir kesemua kaedah insurans konvensional adalah berpaksikan amalan-amalan yang dilarang oleh Syariah.

3.1 Definisi TakafulPerkataan 'takaful' berasal dari kata kerja bahasa Arab 'kafala' yang bermaksud menjaga atau menjamin keperluan seseorang. Oleh itu, permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya

berlaku kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan sebagai 'Takaful '..

Begitu juga, jaminan bersama yang mejadi nadi dalam konsep takaful boleh diterjemahkan dalam mengendalikan operasi perniagaan atau transaksi komersil disektor 'Tijari' atau sektor swasta sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran ekonomi. Dengan cara ini, seperti perbankan, takaful boleh menjadi alternatif kepada insurans konvensional. Di bawah sektor Tijari, orang ramai sebagai pengguna mempunyai hak untuk memilih jenis produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.

3.2 Konsep TakafulMajlis Akademik liga dunia Islam, selepas membuat pengubahsuaian yang sewajarnya telah menyimpulkan bahawa bentuk kerjasama insurans boleh diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada insurans. Sistem yang berfungsi selaras dengan rangka kerja Islam perlu dirangka berasaskan konsep-konsep berikut;

3.2.1 Takaful

Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak Syariah hendaklah berdasarkan konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal dari kata kerja bahasa Arab 'Kafala', bermaksud untuk menjaga dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan dikalangan kumpulan mereka. Konsep takaful adalah berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah seorang daripada mereka.

Ciri-ciri utama operasi takaful adalah seperti berikut:o Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang

menanggung risiko, peserta lah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain.

o Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan takaful.

o Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pembayaran manfaat takaful.

o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.

3.2.2 Mudharabah (berkongsi keuntungan)

Mudharabah boleh ditakrifkan sebagai kontrak perkongsian keuntungan komersial diantara pembekal atau penyedia dana dan usahawan yang menjalankan usaha perniagaan.Mudharabah ialah permuafakatan berkongsi keuntungan di mana satu pihak yang dikenali sebagai 'Sahibul Mal'(peserta) menyediakan semua modal perniagaan. Pihak yang satu lagi, yang dikenali sebagai 'Al-mudharib' atau usahawan (pengendali takaful), yang tidak memiliki modal tetapi memiliki kepakaran untuk mengendalikan perniagaan. Semua keuntungan daripada usaha niaga ini akan dikongsi di antara kedua-dua pihak berdasarkan nisbah yang dipersetujui, umpamanya 50:50 atau 60:40 atau apa sahaja yang dipersetujui bersama.

• Untuk menjadikan kontrak Mudharabah sah mengikut hukum syara', pelbagai elemen atau komponen perlu wujud, iaitu:

o Penyedia modalo Usahawano Modalo Aktivitio Nisbah Keuntungano Tawaran dan Penerimaan

Ciri-ciri Utama Kontrak Mudharabah ialah;o Sekiranya berlaku kerugian, adalah menjadi tanggungjawab

pemberi modal untuk menerima dan menanggung kerugian tersebut.

o Sekiranya berlaku kerugian yang disebabkan oleh salah urus Pengendali Takaful, maka pengendali takaful perlu menanggung kerugian tersebut.

o Sekiranya usaha niaga tersebut memperolehi keuntungan, maka keuntungan akan dikongsi antara Pengendali Takaful dan pemberi modal.

o kontrak berkenaan boleh dibatalkan dan semua modal terkumpul serta keuntungan (perniagaan Takaful Keluarga sahaja) hendaklah dikembalikan kepada pemberi modal, setelah ditolak perbelanjaan pentadbiran.

o pemberi modal perlu memberi persetujuan untuk melantik usahawan (Pengendali Takaful) untuk mengendalikan usaha niaga bagi pihaknya.

o pemberi modal tidak akan mengeluarkan arahan Pengendali Takaful atau terlibat dalam pengurusan perniagaan Takaful.

3.2.3 Tabarru’

Tabarru' adalah perkataan Arab yang bermaksud derma atau hadiah. Tabarru' ialah dimana Peserta bersetuju untuk melepaskan semua bahagian

atau sebahagian derma atau sumbangan bagi membolehkan ia memenuhi tanggungjawab saling membantu dan saling menjamin.

Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan tabarru' ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi tujuan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian atas semangat persaudaraan dan saling berkerjasama. Dana ini akan digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa kesusahan.

Tabarru' dilihat telah 'mengislamkan' kontrak insurans dengan membuang semua unsur-unsur yang bertentangan dengan Syariah. Inilah perbezaan asas yang paling ketara di antara insurans yang mematuhi Syariah dengan insurans konvensional. Tanpa konsep derma, urus niaga akan bersifat jual beli insurans iaitu membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar sekiranya peserta menghadapi nasib malang. Janji mungkin atau tidak mungkin dipenuhi, bergantung kepada samada peristiwa yang diinsuranskan itu berlaku atau tidak. Sekiranya tiada sebarang tuntutan, penanggung insurans akan berpeluang memperolehi kesemua premium yang dibayar.

Walau bagaimanapun, semangat yang tertanam dalam konsep tabarru ialah peserta tidak hanya memikirkan perlindungan diri sendiri, malah dia juga memikirkan untuk membantu peserta lain. Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukan sahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudara seagamanya yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjaran di akhirat kelak. Ini berbeza dengan insurans konvensional di mana seseorang membeli insurans perlindungan tertentu untuk diri mereka sendiri sahaja.

Apa yang membuatkan konsep Tabarru' lebih menarik ialah peserta mendapat dua kali ganda manfaat apabila menyertai skim takaful, pertamanya, mereka mendapat perlindungan insurans yang halal dan kedua, pada masa yang sama ia mendapat ganjaran pahala atas amalan baik yang dilakukannya.

3.2.4 Wakalah

Istilah 'wakalah' dalam Bahasa Arab ertinya 'wakil' atau 'agensi'. Oleh itu di bawah struktur agensi, wakalah ialah hubungan agensi yang dipersetujui bersama di antara dua pihak untuk menjalankan aktiviti perniagaan tertentu. Berdasarkan premis ini, model yang menggambarkan satu

perjanjian agensi antara pengendali yang bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak sebagai prinsipal, untuk menguruskan penglibatan peserta dalam pelbagai produk takaful yang disediakan oleh pengendali.

Sebagai balasan kepada perkhidmatan agensi yang diberi, pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi atau yuran perkhidmatan dibayar dari dana sumbangan takaful yang didermakan oleh peserta. Dibawah model ini, perbelanjaan pengurusan boleh dikenakan kepada dana takaful sebagai bayaran pendahuluan.

3.3 Aplikasi Dan Manfaat Takaful Aplikasi Takaful

Pakar perundangan memutuskan bahawa sistem insurans yang mengamalkan etika rangka kerja Islam harus dirangka dengan mengambil kira dasar-dasar berikut;

Ta’awun

Takaful adalah berdasarkan konsep ‘Ta'awun’ yang bermakna saling membantu. Peserta bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam aspek kewangan sekiranya timbul keperluan (seperti yang dinyatakan dalam kontrak takaful), dengan menyumbang kepada dana bersama.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Tolong-menolonglah dalam perkara kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan permusuhan" (Surah al-Maidah , Ayat 2)

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi dia membantu orang lain”. (Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud).

Pemilikan

Di bawah prinsip Al Milkiyah (pemilikan), manfaat sijil ialah pemilikan sempurna (Al Milkiyah) oleh peserta. Apabila peserta meninggal dunia, manfaat akan diamanahkan kepada penama.

Tanggungjawab Bersama dan Saling Menjamin

Sejajar dengan disiplin Syariah Takaful (yang bermaksud tanggungjawab bersama dan saling menjamin), peserta saling bersetuju untuk memberikan pampasan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Tanggungjawab dan Perlindungan Bersama

Peserta skim takaful bersetuju untuk memikul tanggungjawab bersama atau berkongsi tanggungjawab.

Pampasan Bersama

Pengesahan tentang kewujudan konsep takaful adalah berasal dari adat resam (urf) orang-orang Arab yang dipanggil 'Al-Aqila'. Ia merupakan suatu bentuk awal insurans melalui perlindungan bersama dalam satu kumpulan individu yang mengambil langkah-langkah untuk menampung kerugian yang ditanggung. Peserta Skim Takaful kini mengamalkan konsep bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Masalih al-Mursalah (Kepentingan Awam)

Takaful juga antara lain adalah berasaskan kepada doktrin 'Masalih al-Mursalah' atau kepentingan awam. Tujuan utama ialah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli masyarakat yang ditimpa musibah dan menanggung kerugian.

Kontrak

Sijil takaful mengikat pihak-pihak yang bersetuju dengan tawaran dan penerimaan berdasarkan prinsip-prinsip kontrak. Hubungan antara pengendali takaful dan peserta adalah tertakluk dibawah satu kontrak khas iaitu kontrak wakalah atau kontrak mudharabah.

Kelebihan Takaful

Memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan keluarga

Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik

Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) dan lain-lain elemen-elemen yang dilarang

Menggalakkan nilai-nilai moral, etika dan ketelusan dalam semua aktiviti dan operasi perniagaan.

Melalui derma kebajikan (tabarru') yang dihulur, ia membolehkan peserta takaful mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan mencapai ketenangan fikiran.

Menggalakkan semangat perpaduan, gotong-royong dan persaudaraan

PengenalanInsurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium kepada syarikat insurans.

Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan. Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan menggunakan dana berkenaan.

Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko. Kelebihan utama insurans ialah ia menyebarkan risiko yang dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang terdedah kepada risiko yang sama.

4.1 Definisi Dan Sejarah InsuransInsurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan, sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam tempoh tertentu.

Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalah kontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang Diinsuranskan, dengan janji-janji untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas sumbangan/bayaran premium.

Insurans telah wujud sejak berabad-abad lamanya. Para sejarawan mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE, iaitu apabila kerajaan Romawi diminta  oleh angkatan tenteranya agar menanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut dengan menggunakan kapal laut,  disebabkan ancaman dan serangan musuh, ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal kontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana Kod Perundangan Babylon mencatatkan  peraturan-peraturan mengenai insurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untuk menangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga-peniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dari perlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawa sehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawai-pegawainya.

Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untuk bersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabila pedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafe berhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's. Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungan dan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (Omar Fisher, 2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungi juga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani dan Eropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat dan berwibawa.

Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan 19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikat insurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripada syarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan dan memperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini, pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan dibawah kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan

4.2 Asas-Asas InsuransInsurans adalah satu proses dimana kerugian yang dialami oleh segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangan sekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran dimana beban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yang diinsuranskan kepada Syarikat Insurans.

Konsep di sebalik insurans ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupa saling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan dana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan. Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individu yang berkongsi risiko yang sama dimana sumbangan tersebut dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta, maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan dibawah suatu kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan harta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugian kewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yang sah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang Diinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh tertentu, ia akan membayar gantirugi/indemniti kepada pihak yang diinsuranskan sejumlah amaun yang telah dipersetujui berdasarkan nilai harta yang diinsuranskan, sekiranya harta berkenaan megalami kerosakan disebabkan peril yang dilindungi.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti (tidak termasuk insurans hayat dan insurans kemalangan diri) berdasarkan kepada prinsip yang digunapakai iaitu untuk meletakkan pihak yang diinsuranskan dalam kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum beliau ditimpa musibah. Jumlah yang diinsuranskan perlu ditetapkan di peringkat permulaan perlindungan dan penanggung insurans bersetuju menyediakan jumlah pampasan yang mencukupi sekiranya berlaku kerugian.  Untuk insurans hartanah, susut nilai sentiasa perlu diambil kira. Kos insurans akan bergantung kepada skop perlindungan yang diperlukan dan perlindungan tambahan memerlukan premium tambahan. Secara amnya, hanya kerugian yang tidak dijangka dan berlaku secara kebetulan sahaja yang boleh diinsuranskan. Oleh itu, musibah atau kerugian yang boleh diramalkan secara umumnya tidak boleh diinsuranskan (kecuali insurans hayat).

4.3 Jenis-Jenis InsuransSeksyen 4 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa:

1. Bagi tujuan Akta ini, perniagaan insurans dibahagikan kepada dua kelas utama iaitu-

a. Perniagaan Insurans Hayat – iaitu selain dari perniagaan polisi insurans hayat biasa, sebagai tambahan kepada semua perniagaan insurans yang berkaitan  dengan polisi insurans hayat, ia hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan insurans yang ditawarkan sebagai produk sampingan sahaja dibawah perniagaan penanggung insurans hayat; dan

b. Perniagaan Insurans Am – iaitu semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan insurans hayat.

2. Bagi tujuan Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah sesuatu polisi adalah dianggap sebagai perniagaan insurans dibawah kelas dan perihalan yang berkaitan

dengannya dimana polisi tersebut telah pun dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

Perniagaan insurans dibahagikan kepada insurans hayat, insurans am dan insurans semula.

A4.4 Resolusi Syariah Mengenai InsuransKonsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ia dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Memandangkan insurans konvensional sebagaimana yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w., 'ijtihad' atau pertimbangan menggunakan akal digunakan untuk menentukan sama ada ia adalah halal atau sebaliknya.

4.4.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 1972 telah membincangkan secara mendalam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan insurans hayat. .

Diputuskan:

Produk insurans Hayat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini merupakan transaksi perniagaan yang boleh jadi tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip perniagaan Islam, dimana kontrak tersebut mengandungi unsur-unsur Gharar (ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan Riba (riba). 

Oleh yang demikian, berdasarkan dari perspektif Syariah, “insurans adalah haram”. Satu jawatankuasa yang dikenali sebagai 'Badan Petugas Khas' telah dibentuk oleh kerajaan pada tahun 1982 untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan Insurans Islam di Malaysia. Badan Petugas Khas telah membuat kesimpulan bahawa kontrak insurans konvensional adalah fasid. Walau bagaimanapun, bantahan itu tidak menentang penerapan konsep insurans secara keseluruhan, tetapi terhadap kewujudan kelemahan tertentu dalam kontrak insurans. Akta Takaful 1984 telah digubal dan seterusnya syarikat takaful yang pertama iaitu Syarikat Takaful Malaysia Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1984.

Akademi Fekah Islam, OIC

Akademi Fekah Islam yang diilhamkan penubuhannya oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), telah mengadakan mesyuarat Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 22 himgga 28 Disember 1985. Dan selepas mengkaji semula laporan perbincangan para ulama yang mengambil bahagian dalam sesi

perbincangan mengenai subjek `Insurans dan insurans semula ', dan selepas dibincangkan bersama dan selepas meneliti semua jenis dan bentuk insurans serta mendalami prinsip-prinsip asas, objektif dan matlamat, dan setelah meneliti pendapat/keputusan yang dikeluarkan oleh Akademi Fekah dan lain-lain badan pemikir mengenai perkara yang sama; para ulama mengambil ketetapan berikut;

Diputuskan:

Kontrak Insurans Komersil dengan bayaran premium tetap berkala yang biasanya dipasarkan oleh syarikat insurans komersil adalah kontrak yang mengandungi unsur utama risiko terlarang yang membatalkan kontrak dan oleh itu ia adalah dilarang (Haram) dibawah Syariah Islam.

Kontrak alternatif yang mematuhi prinsip-prinsip urus niaga Islam adalah kontrak koperasi insurans yang diasaskan atas dasar kebajikan dan kerjasama. Begitu juga dengan urusniaga insurans semula yang mengamalkan urusniaga berdasarkan prinsip-prinsip koperasi insurans.

Pihak Akademi telah menjemput perwakilan dari negara-negara Islam untuk bekerjasama mewujudkan institusi insurans koperasi dan koperasi insurans semula. Ia adalah bertujuan untuk membebaskan ekonomi Islam daripada dieksploitasi dan terang-terangan melanggar hukum Allah yang dicipta untuk seluruh umat manusia.

4.4.2 Elemen yang Diharamkan dalam Amalan Insurans

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang dilindungi oleh kontrak atau timbul "ketidakpastian" dimana kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil yang akan diperolehi kelak.

o Justifikasi Larangan “Seseorang itu dilarang menjual sesuatu barangan tanpa memberitahu

dengan jelas keadaan sebenar barangan tersebut, dan juga tidak dibenarkan seseorang yang mengetahui kecacatan sesuatu barangan tetapi tidak memberitahunya”. Al Hakim dan Al Bayhaqi.

Ketidakpastian dalam kontrak insurans berlaku apabila satu pihak mendapat apa yang dikehendaki tetapi pihak yang satu lagi tidak menerima haknya. - Ibn Taymiyyah

o Jenis-jenis Gharar

Al Gharar al Kathir.Gharar yang keterlaluan, dan menyebabkan kontrak terbatal.

Al Gharar al Yasir.Gharar yang remeh, boleh dipertimbangkan dan dibenarkan.

Al Gharar al Mutawassit.Gharar yang sederhana, iaitu berada diantara keduanya.

o Gharar dalam amalan insurans: Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans tidak tahu

secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain. Kedua-dua pihak samada syarikat insurans atau pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui hasil atau kesan kontrak tersebut

Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah pampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlaku kemalangan kerana dia sendiri tidak pasti samada akan ada pampasan dibayar kepadanya kerana akibat atau kesan kontrak insurans berkenaan juga tidak diketahuinya.

Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril/kecelakaan akan berlaku.

Tidak ada keadilan dalam insurans kerana pihak yang diinsuranskan perlu membayar premium tetapi sekiranya peril yang dilindungi/ kecelakaan tidak berlaku, tiada sebarang bayaran yang akan dibuat.

Insurans adalah kontrak janji untuk membayar pampasan yang kadang-kadang dipenuhi dan kadang-kala tidak dapat dipenuhi. Oleh kerana tiada kepastian mengenai peril yang dilindungi ketika kontrak mula berkuatkuasa, hasil atau manfaat yang diperolehi juga tidak dapat dipastikan.

o Riba faedah/bunga)

Perkataan 'riba' secara literal bermaksud 'menaikkan' atau 'tambahan' kepada sesuatu. Islam melarang pinjaman wang bagi mendapatkan keuntungan kerana

ia akan menyusahkan peminjam dan pada masa yang sama ia akan mejadikan pemberi pinjaman sebagai seorang yang perengus dan dibenci orang ramai.

o Justifikasi Larangan

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu takut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”  – Al-Imran 3:130

o Jenis-jenis Riba

o Riba – Duyun (riba daripada hutang).

o Riba Qardh. - Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pinjaman pokok dan syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman.

o Riba Jahilliyah. – iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok akibat si peminjam gagal atau lewat membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.

o Riba Buyu - muncul daripada jual beli barangan ribawi. Riba Fadhl. – berbeza kadar berat dan kuantiti. Riba Nasiah. – berbeza masa.

o Riba dalam amalan insurans;

o Syarikat insurans mengutip premium dan melaburkannya dalam pelaburan yang mempunyai elemen faedah/bunga.

o Syarikat insurans membayar faedah/bunga atas produk-produknya.

o Syarikat insurans mengenakan kadar faedah akan datang dalam pengiraan premiumnya.

o Kontrak insurans mengandungi unsur-unsur riba apabila ia berjanji untuk membayar amaun yang lebih dari premium yang dibayar.

o Kadar faedah dikenakan sekiranya premium lewat dibayar.

o Kadar faedah dikenakan atas pinjaman polisi.

o Maisir (perjudian)

Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan mudah atau memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam melarang semua bentuk urusniaga dimana keuntungan kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya. Tidak seperti gharar dimana terdapat beberapa kelonggaran dan dibenarkan, maisir tidak dibenarkan sama sekali.

o Justifikasi Larangan

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras, perjudian dan daging yang disembelih dengan batu nusub dan ramalan nasib itu semua adalah perbuatan syaitan. Oleh itu, jauhilah ia agar kamu mendapat kejayaan.” - Al Maidah 5:90

o Unsur Perjudian (Maisir) dalam Kontrak Insurans: Pihak yang diinsuranskan mendapat manfaat bayaran yang tinggi

berbanding dengan caruman (premium) yang dibayar. Membayar premium tanpa mendapat sebarang pulangan. Syarikat insurans akan menanggung kerugian sekiranya terlalu banyak

tuntutan. Premium yang dikutip melebihi jumlah tuntutan dan syarikat insurans

memperolehi keuntungan besar.

4.5 Perbezaan Antara Takaful Dan Insurans

Item Isu-isu Penting Takaful Insurans

01. Intipati Niat Niat adalah untuk mewujudkan hubungan kerohanian dan hubungan undang-undang.

Niat adalah untuk mewujudkan hubungan undang-undang sahaja.

02. Formaliti Kontrak satu pihak. Kontrak dua belah pihak

03. Isu Perakaunan Untuk takaful am, akaun yang disediakan ialah akaun Tabarru’ (derma). Untuk takaful keluarga, terdapat dua akaun iaitu Akaun Peserta – diuruskan mengikut prinsip Mudharabah, dan Akaun Khas Peserta – diuruskan mengikut prinsip tabarru’.

Untuk insurans am, bayaran premium dikreditkan ke Akaun Insurans Am. Utuk insurans hayat, premium dikreditkaan ke Akaun Insurans Hayat.

04. Perkara Pokok Perkara pokok yang akan dilindungi hendaklah mematuhi keperluan Syariah.

Perkara pokok yang akan dilindungi hendaklah mematuhi keperluan undang-undang lazim.

05. Jaminan Pengedali Takaful hanya bertindak sebagai pengurus dana sahaja. Peserta saling jamin menjamin antara satu sama lain.

Syarikat insurans yang memberi jaminan.

06. Dana. Dana dimiliki oleh para peserta dan diuruskan oleh pengendali takaful. Pengendali Takaful dibayar yuran perkhidmatan atas perkhidmatan yang diberikan.

Dana adalah milik syarikat insurans. Terdapat pengasingan dana aset iaitu dana pemegang saham dan dana pemegang polisi.

07. Bayaran premium / sumbangan

Bayaran dianggap sebagai derma (Tabarru`).

Bayaran premium dianggap sebagai tanggungjawab pemegang polisi atas

kontrak jual beli.

08. Elemen terlarang Berlandaskan prisip-prinsip Islam yang bebas dari elemen-elemen yang terlarang.

Polisi insurans diresapi elemen-elemen Gharar, Riba dan Maisir.

09. Pengawasan Syariah Akta Takaful 1984 mewajibkan pembentukan Majlis Pengawasan Syariah.

Tiada keperluan mewujudkan Majlis Pengawasan Syariah.

10. Keuntungan Keuntungan dikongsi bersama diantara peserta dan syarikat.

Pembahagian keuntungan atas budi bicara syarikat.

11. Kontrak Gabungan antara kontrak tabarru’ (derma) dan agensi atau kontrak berkongsi keuntungan.

Kontrak pertukaran (jual beli) antara syarikat dan pemegang polisi.

12. Indemniti. Bayaran indemniti (gantirugi) diperolehi dari Dana Takaful.

Bayaran indemniti (gantirugi) diperolehi dari dana syarikat yang disediakan oleh syarikat insurans.

13. Prinsip-prinsip Operasi Operasi perniagaan adalah mematuhi keperluan Syariah.

Operasi perniagaan tidak mematuhi keperluan Syariah.

14. Kawalan Risiko Konsep perkongsian risiko dikalangan peserta.

Konsep perpindahan risiko

15. Percukaian Cukai dan zakat Cukai sahaja

16. Manfaat Dibayar dari dana khas yang diwujudkan secara indemniti bersama dikalangan peserta.

Dibayar dari dana yang diwujudkan secara sah oleh syarikat insurans.

17. Keuntungan/Bonus Dinyatakan secara jelas bagaimana keuntungan akan dikongsi bersama

Secara umum syarikat menyatakan mungkin akan membayar bonus

antara peserta dan syarikat. dan keuntungan atas polisi penyertaan sahaja.

18. Tanggungjawab pemegang polisi/peserta

Peserta menghulurkan derma dan bersetuju untuk saling menjamin dibawah skim perlindungan.

Pemegang polisi membayar premium dan memindahkan risiko kepada syarikat.

19. Liabiliti syarikat insurans/pengendali takaful

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim perlindungan dan membayar manfaat takaful melalui dana takaful.

Sekiranya dana tidak mencukupi, Pengendali Takaful akan menyalurkan pinjaman tanpa faedah demi mengatasi masaalah kekurangan tersebut.

Syarikat insurans bertanggungjawab membayar manfaat polisi seperti yang dijanjikan dari aset yang dimiliki (dana insurans dan dana pemegang saham).

20. Pelaburan dana Dana aset dan dana takaful dilaburkan dalam instrument pelaburan yang mematuhi keperluan syariah.

Tiada keperluan untuk mematuhi keperluan syariah dalam aktiviti pelaburan, asalkan ia mematuhi dasar-dasar pelaburan syarikat.

A5.1 Prinsip-Prinsip Asas Takaful5.1.1 Kepentingan Boleh Lindung

Kepentingan Boleh Lindung merujuk kepada hak di sisi undang-undang untuk menyertai skim takaful yang timbul daripada hubungan kewangan yang diiktiraf di sisi undang-undang di antara peserta dan perkara pokok takaful, iaitu orang yang diberi perlindungan.

Kepentingan Boleh Lindung wujud apabila terdapat hubungan antara peserta dengan perkara pokok takaful, yang biasanya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut:

Pemilikan harta - pemilik harta akan menanggung kerugian kewangan sekiranya harta benda miliknya rosak atau musnah.

Potensi berhadapan dengan liabiliti undang-undang - Kepentingan Boleh Lindung juga boleh wujud apabila berlaku kerugian kewangan yang timbul daripada liabiliti undang-undang. Sebagai contoh, majikan menanggung liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan kepada pekerja-

pekerjanya sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja. Hak perundangan - kepentingan boleh lindung boleh wujud sekiranya terdapat

peruntukan dalam kontrak yang menyatakan seseorang itu mempunyai tanggungjawab kewangan atas apa-apa kerugian atau kerosakan kepada harta dan liabiliti pihak ketiga.

Hubungan kewangan di antara peserta dengan perkara pokok insurans perlu memperlihatkan yang peserta akan terus menikmati manfaat ekonomi dan kewangan melalui kesinambungan, kekal kewujudan dan keselamatan; atau sebaliknya akan menanggung kerugian ekonomi & kewangan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan terhadap perkara pokok takaful. Oleh yang demikian, kepentingan boleh lindung mestilah mampu diukur atau dinilai dari sudut kewangan bagi membolehkannya dilindungi oleh takaful.

Di bawah kontrak takaful am, kepentingan boleh lindung mesti wujud pada awal dan pada masa berlakunya kerugian - jika tidak, perlindungan takaful dianggap tidak sah. Contoh: seseorang itu tidak boleh/sah memiliki perlindungan takaful motor untuk kenderaan yang beluk dimilikinya.

Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak terpakai bagi takaful marin. Dalam takaful marin, peserta perlu mempunyai kepentingan boleh lindung pada masa kerugian berlaku bagi membolehkannya membentuk kontrak yang sah. Contoh: Berdasarkan dari keadaan dan sifat perniagaan, pengimport barangan akan mendapatkan perlindungan takaful terhadap barang dagangan yang ia ada kepentingan keatasnya, iaitu dengan menjadi pemilik kepada barangan berkenaan sebelum bahaya/kerugian yang dilindungi berlaku.

Dibawah pelan perlindungan kemalangan takaful, kepentingan boleh lindung mesti wujud pada masa kontrak itu dikuatkuasakan dan pada masa berlakunya kerugian.

Untuk pelan takaful keluarga, kepentingan boleh lindung perlu wujud pada peringkat awal sahaja. Peserta hanya perlu mempunyai kepentingan boleh lindung pada masa kontrak takaful keluarga itu dikuatkuasakan.

Antara contoh seseorang yang mempunyai kepentingan boleh lindung adalah seperti yang dinyatakan dibawah:-

a. Seorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung yang tidak boleh dipertikaikan terhadap anggota badan dan hayatnya sendiri untuk apa-apa amaun yang difikirkan wajar. Kepentingan tersebut tidak mampu dinilai dan sukar dibuktikan yang ianya adalah perlu. Wainwright v. Bland [1835]).

b. Seseorang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat dan harta pasangannya (suami/isteri).

c. Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap kanak-kanak atau bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan takaful mula berkuatkuasa, dan juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh

masa atau sebahagian daripadanya.

d. Pemiutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat si penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai kepentingan terhadap hayat si pemiutang.

e. Penjamin mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap peminjam. Pemberi pinjaman mungkin tidak berpuashati sepenuhnya dengan jaminan cagaran yang ditawarkan oleh peminjam, tetapi bersedia untuk menerima jaminan seorang penjamin. Dengan memberi jaminan tersebut, penjamin mempunyai kepentingan boleh lindung atas hayat peminjam.

f. Majikan, terhadap hayat pekerja-pekerjanya.

g. Pemilik/tuan punya (tunggal atau perkongsian), terhadap harta miliknya.

h. Penggadai janji (peminjam) & pemegang gadai janji (pemberi pinjam), masing-masing mempunyai kepentingan ke atas harta berkenaan.

i. Penyewa & pemberi sewa juga mempunyai kepentingan ke atas harta yang serupa.

j. Bailer – contohnya pemilik pajak gadai, pembawa atau tukang membaiki jam mempunyai kepentingan atas barangan/harta milik pelanggan (bailor) kerana harta berkenaan di bawah tanggungjawab/jagaan mereka.

k. Ejen – Prinsipal (pengendali takaful) mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas ejen dan ia boleh menguatkuasakan pelan perlindungan takaful bagi pihak ejen.

l. Pemegang amanah – mempunyai kepentingan atau hak disisi undang-undang ke atas harta yang diamanahkan kepadanya sekiranya surat ikatan amanah membenarkan atau mengarahkannya.

m. Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful Semula – kedua-duanya mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat peserta-peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful.

5.1.2 Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak (“Uberrima Fides”)

Prinsip Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan positif secara sukarela mendedahkan dengan tepat dan sepenuhnya semua fakta matan mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada ia diminta atau tidak.

Kontrak Takaful Keluarga dan Takaful Am  mengikat semua pihak yang terlibat secara penuh percaya mutlak, yang bermaksud kedua-dua pihak (peserta & pengendali takaful) perlu mendedahkan semua fakta-fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau tidak, yang dianggap penting kepada pihak yang satu lagi membuat keputusan untuk terikat dengan kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak diminta, memberikan hak kepada pihak yang terkilan untuk menganggap kontrak tersebut sebagai tidak sah dan terbatal. Di bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak, kedua-dua pihak bertanggungjawab mendedahkan semua fakta matan dengan lengkap dan benar.

Di bawah pelan takaful kebakaran, antara contoh fakta matan adalah kegunaan dan jenis bahan pembinaan. Sekiranya pencadang (peserta) mengisytiharkan dalam borang cadangan bahawa bangunan itu digunakan sebagai sebuah kedai runcit yang dibina daripada bahan batu bata, dan kemudiannya didapati selepas berlaku kebakaran bahawa premis itu sebenarnya adalah sebuah bangunan kayu yang digunakan sebagai stor menyimpan bahan kimia. Ini secara jelas bertentangan dengan doktrin Penuh Percaya Mutlak dan boleh menyebabkan tuntutan ditolak. Begitu juga, dalam kes takaful keluarga, contoh-contoh fakta matan ialah umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan.

Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga menuntut agar tiada penyembunyian, salah nyata atau penipuan fakta matan. Prinsip penuh percaya mutlak ini perlu terus diamalkan sepanjang tempoh perlindungan takaful di mana peserta dikehendaki memberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful apa-apa perubahan fakta material yang mungkin meningkatkan risiko. Pengendali Takaful akan membuat keputusan sama ada sebarang peningkatan risiko boleh dikenakan kadar caruman/sumbangan yang lebih tinggi, menguatkuasakan syarat-syarat tambahan, atau menolak terus cadangan berkenaan. Contoh: perubahan fungsi/kegunaan sesebuah bangunan daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api.

Walau bagaimanapun, pencadang atau peserta tidak perlu memberitahu perkara-perkara berikut:

Fakta-fakta yang mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful. Sungguhpun demikian, peserta digalakkan untuk memberitahu fakta berkenaan dengan harapan mendapat terma dan syarat kontrak yang lebih baik atau mendapat diskaun premium.

Fakta yang menjadi pengetahuan umum. Umpamanya undang-undang pematuhan dan keselamatan bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala

Lumpur adalah terletak dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Fakta-fakta dan sumber maklumat yang diperolehi dari peserta yang boleh dibuat kesimpulan. Contohnya: peserta yang mempunyai ketinggian 150 dan berat badan 100 kg boleh disimpulkan sebagai obesiti dan akan tertakluk kepada pengunderaitan perubatan.

Fakta-fakta yang tidak diperlukan oleh Pengendali Takaful. Fakta-fakta yang tertakluk di bawah syarat-syarat dalam Sijil Takaful.

Bagi tujuan penguatkuasaan sijil kontrak takaful, pihak-pihak yang terlibat perlu jujur dan mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tindakan tidak memberitahu fakta penting, penipuan, salah nyata atau memberi kenyataan palsu adalah merupakan elemen-elemen yang boleh membatalkan sijil takaful.

Prinsip penuh percaya mutlak tidak dipenuhi apabila pencadang mengetahui atau sepatutnya mengetahui tentang fakta matan tetapi;

gagal untuk memberitahu atau mendedahkan fakta material berkenaan, atau menyalahnyata fakta penting.

Apabila peserta gagal memberitahu fakta material, pelanggaran prinsip penuh percaya mutlak tersebut diklasifikasikan sebagai tidak memberitahu/mendedahkan atau menyembunyikan fakta, iaitu penipuan kerana tidak memberitahu. Sekiranya peserta membuat salahnyata fakta, kesalahan tersebut diklasifikasikan sebagai salahnyata tanpa niat atau penipuan kerana salahnyata.

Apabila pelanggaran prinsip penuh percaya mutlak berlaku, kontrak takaful boleh terbatal tanpa mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan tanpa niat atau dengan niat untuk menipu.

Kontrak takaful mengenakan tanggungjawab  ' uberrima fides' atau 'penuh percaya mutlak' kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak takaful.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memberitahu/ mendedahkan kepada pengendali takaful tentang semua fakta penting mengenai perkara pokok insurans dan keadaan-keadaan yang berkaitan dengannya.

Fakta matan adalah fakta yang boleh mempengaruhi pertimbangan pengendali/syarikat insurans dalam menetapkan amaun premium/sumbangan atau menentukan sama ada menerima atau menolak risiko yang dicadangkan. (Rivaz v. Gerussi [1880] 6 QBD 222).

Samada sesuatu fakta itu adalah fakta matan atau sebaliknya, ia bukanlah hak peserta untuk menentukannya.  Hakikatnya, keputusan muktamad hanya boleh ditetapkan oleh mahkamah.

Fakta matan termasuk perkara-perkara berikut:

Fakta-fakta yang cenderung untuk menyebabkan risiko yang dicadangkan menjadi lebih merbahaya daripada biasa. Kecacatan fizikal seperti kehilangan deria penglihatan atau anggota badan boleh meningkatkan risiko kemalangan dan memberi kesan kepada kesihatan dan tempoh hayat pihak yang dilindungi.

Tabiat, aktiviti harian dan sejarah keluarga juga boleh mempengaruhi risiko. Fakta yang difikirkan perlu untuk menjelaskan sifat-sifat luar biasa risiko yang

dicadangkan untuk perlindungan takaful, di mana tanpanya, pengendali takaful menganggap ia adalah risiko biasa. Contohnya, pekerjaan yang merbahaya.

Fakta-fakta yang kelihatan mempunyai motif tertentu. Contohnya perlindungan umum.

Adalah menjadi keperluan undang-undang untuk menyatakan dengan jelas dan nyata didalam borang cadangan akan perkara-perkara berikut:

Mengikut peruntukan Seksyen 28, Akta Takaful 1984;

"Pencadang hendaklah memberitahu sepenuhnya dan dengan jujur dalam borang cadangan akan semua fakta yang diketahui atau sepatutnya diketahui, jika tidak, sijil yang dikeluarkan mungkin menjadi tidak sah”.

Tanggungjawab memberitahu fakta matan adalah perlu ketika:-

Ketika permulaan kuatkuasa sijilTugas memberitahu fakta matan dianggap selesai apabila rundingan mengenai perlindungan dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, sebelum risiko diterima atau sekiranya peserta masih perlu mendedahkan fakta-fakta tambahan, peserta bertanggungjawab dan perlu memberitahu fakta-fakta tersebut.

Ketika pembaharuan sijilTanggungjawab memberitahu memainkan pernanan sekali lagi ketika rundingan memperbaharui sijil.

Ketika sijil sedang berkuatkuasa Peserta mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu semua fakta matan yang berkaitan dengan sebarang perubahan terhadap risiko yang dilindungi.

5.1.3 Prinsip Indemniti

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai mekanisma yang digunakan oleh pengendali takaful membayar pampasan dalam usaha untuk meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama seperti yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian.

Kontrak Takaful menjanjikan perlindungan kepada peserta sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah gantirugi yang boleh dituntut dikenali sebagai 'ukuran gantirugi'. Ia bermaksud bayaran gantirugi disebabkan kecederaan atau kerugian yang dialami. Prinsip indemniti memerlukan pengendali takaful mengembalikan peserta kepada

kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang dinikmati sebelum berlaku kerugian.

Semua perlindungan harta dan wang takaful adalah merupakan kontrak indemniti, iaitu sejumlah amaun yang perlu dibayar apabila berlaku sesuatu kejadian yang dilindungi, terhad kepada setakat amaun kerugian kewangan yang dialami oleh peserta. Oleh itu, apabila berlaku kerugian, tanggungjawab pengendali takaful adalah meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian, tertakluk kepada kecukupan jumlah perlindungan dan lain-lain syarat polisi - penggunaan prinsip purata (average), lebihan dan had.

Produk Takaful menyediakan pampasan kewangan untuk meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang dinikmati sebelum berlaku kerugian. Ia memastikan peserta tidak mendapat lebih daripada jumlah sebenar kerugian dan menghalang peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan itu. Semua kontrak perlindungan harta dan liabiliti takaful adalah tertakluk kepada prinsip ini. Takaful Keluarga, termasuk pelan perlindungan kesihatan dan kemalangan diri bukan kontrak indemniti kerana kehilangan nyawa tidak boleh dinilai dan di ganti dengan gantirugi kewangan.

Prinsip indemniti digunapakai dalam keadaan-keadaan berikut:

Peserta perlu membuktikan bahawa mereka telah megalami kerugian akibat kerosakan atau kehilangan perkara pokok (subject matter) yang dilindungi dibawah pelan perlindungan takaful dan kerugian tersebut boleh dinilai dalam bentuk nilai kewangan.

Jumlah pampasan yang dibayar adalah jumlah perlindungan dibawah pelan takaful dimana jumlah indemiti tidak boleh melebihi jumlah perlindungan.

Sekiranya peserta menerima jumlah pampasan yang melebihi jumlah kerugian sebenar, Pengendali Takaful berhak untuk mendapatkan semula amaun lebihan tersebut dari peserta. Begitu juga sekiranya peserta menerima amaun yang melebihi dari kerugian sebenar daripada pihak ketiga selepas gantirugi sepenuhnya diperolehi dari Pengendali Takaful, Pengendali Takaful mempunyai hak di bawah prinsip Subrogasi untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun yang dibayar oleh pihak ketiga.

Perlu diingat bahawa amaun perlindungan bukanlah ukuran sebenar indemniti tetapi hanya sebagai suatu penetapan had amaun yang boleh dibayar. Amaun ganti rugi sebenar adalah berdasarkan prinsip 'jumlah perlindungan atau nilai pasaran yang, mana lebih rendah'.

Dalam amalan Takaful Am, peserta perlu memastikan bahawa dia tidak menilai kurang daripada nilai sebenar perkara pokok insurans semata-mata untuk membayar caruman yang lebih rendah dan mengharapkan bayaran pampasan penuh atas kerugian yanag ditanggung. Perbuatan ini dianggap hina disisi Islam kerana membuat sumbangan yang tidak setimpal kepada dana takaful serta membebankan peserta lain. Dalam situasi seperti ini, 'Klausa Purata' akan digunakan. Sebagai contoh, peserta yang dilindungi di bawah pelan takaful motor sebanyak RM30, 000 amaun perlindungan mengetahui sepenuhnya bahawa nilai pasaran sebenarnya adalah RM50, 000. Apabila berlaku kerosakan akibat kemalangan dan kos pembaikan adalah RM20,000 maka peserta akan menerima bayaran gantirugi yang dikira berdasarkan formula 'Klausa Purata' seperti berikut:

Amaun perlindungan   X   kerugianNilai pasaran

RM 30,000  X  RM 20,000 = RM 12,000RM 50,000

Berdasarkan contoh di atas, Pengendali Takaful hanya perlu membayar RM12, 000, sementara baki sebanyak RM8, 000 perlu ditanggung sendiri oleh peserta.

Peserta boleh membuat tuntutan gantirugi atas kerugian kewangan yang ditanggung, dan ia tidak termasuk kerugian emosi atau lain-lain kerugian yang berkaitan dengannya.  Selain dari itu, peserta tidak boleh mengaut keuntungan dari musibah/kerugian yang ditanggung. Sekiranya kerosakan yang berlaku adalah sebahagian sahaja maka peserta tidak berhak menuntut jumlah penuh kerugian. Tuntutan terhad kepada jumlah kerugian sebenar sahaja. Apabila peserta telah menerima bayaran gantirugi sepenuhnya, peserta dikehendaki memindahkan hak tuntutan terhadap pihak ketiga kepada Pengendali Takaful. Peserta tidak boleh mendapatkan ganti rugi lanjut daripada pihak ketiga atas kerugian yang sama. (Ini berkaitan dengan hak Subrogasi). Peserta tidak berhak memperolehi bayaran gantirugi lebih daripada sekali, tanpa mengira berapa banyak sijil takaful yang dimiliki. Peserta tidak boleh menerima bayaran lebih daripada amaun penuh kerugian dari lain-lain pengendali takaful atas kerugian yang sama. (Ini berkaitan dengan Prinsip Perkongsian Sama Rata). Indemniti menetapkan amaun maksimum yang boleh dibayar dibawah sesuatu pelan takaful, tertakluk kepada had jumlah perlindungan. Jumlah perlindungan adalah had liabiliti yang perlu ditanggung oleh Pengendali Takaful.

Kontrak Takaful Am adalah kontrak indemniti dimana kepentingan boleh lindung boleh diukur; contohnya harta benda, kontrak takaful kewangan dan liabiliti. Kontrak kemalangan diri dan takaful keluarga tidak tergolong dalam kontrak indemniti.

Ukuran indemniti bergantung kepada jenis-jenis perlindungan takaful. Secara umumnya, indemniti takaful harta adalah berdasarkan sama ada kos penggantian selepas ditolak susut nilai atau nilai pasaran; sementara di bawah takaful liabiliti, indemniti diukur berdasarkan amaun award yang diputuskan oleh pihak mahkamah atau amaun penyelesaian luar mahkamah, termasuk kos dan perbelanjaan yang diluluskan. Indemniti dalam takaful kewangan diukur berdasarkan jumlah kerugian kewangan yang dialami oleh peserta, sebagai contoh:

Skim Takaful Ukuran Indemniti

Harta benda Kos Penggantian ditolak susut nilai atau nilai pasaran

Liabiliti Award mahkamah + Kos & Perbelanjaan

Kewangan Kerugian kewangan

Dibawah pelan takaful jaminan kesetiaan, indemniti diukur berdasarkan amaun kerugian kewangan yang dialami akibat ketidakjujuran seseorang pekerja. Kaedah pembayaran

gantirugi ialah samada secara tunai, pembaikan, penggantian atau pengembalian semula.

Jika sesuatu tuntutan adalah sah, peserta layak menerima bayaran gantirugi (atas pilihan pengendali takaful) secara bayaran tunai, pembaikan, penggantian atau pengembalian semula, tertakluk kepada syarat-syarat sijil.

Jumlah maksimum yang boleh dibayar dibawah mana-mana sijil takaful adalah terhad kepada jumlah perlindungan atau had ganti rugi.

Walau bagaimanapun, jumlah bayaran juga tertakluk kepada klausa-klausa berikut:

Klausa PurataSekiranya nilai harta yang dilindungi adalah lebih besar daripada amaun perlindungan, peserta dianggap sebagai Pengendali Takaful sendiri bagi perbezaan amaun berkenaan dan hendaklah menanggung nisbah kerugian yang tidak dilindungi.

Lebihan/Potongan Iaitu amaun permulaan (first amount) bagi setiap kerugian yang perlu ditanggung oleh peserta sebelum Pengendali Takaful membuat bayaran gantirugi.

Francais Ianya tidak termasuk apa-apa bayaran sehingga ke had lebihan jumlah kerugian, tetapi sekiranya kerugian lebih daripada angka ini maka amaun gantirugi akan dibayar sepenuhnya.

5.1.4 Prinsip Subrogasi

Subrogasi boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful setelah membayar indemniti dibawah obligasi undang-undang, bertindak menggunakan hak dan remidi peserta, samada ia telah dikuatkuasakan atau tidak.

Ini adalah turutan dari prinsip indemniti. Subrogasi adalah hak Pengendali Takaful yang telah bersetuju membayar gantirugi, dan setelah bayaran dibuat maka pengendali mempunyai hak untuk menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga yang menyebabkan kerugian berkenaan.

Prinsip subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful bertindak di tempat peserta selepas penyelesaian tuntutan, untuk membuat tuntutan balas daripada pihak ketiga. Hak Subrogasi juga boleh digunakan oleh Pengendali Takaful walaupun bayaran tuntutan belum lagi dibuat. Pada dasarnya, doktrin subrogasi digunakan dalam perkara-perkara berikut:

Ia adalah turutan dari prinsip indemniti bagi memastikan peserta tidak meraih keuntungan dari musibah/kerugian yang berlaku.

Hak ini boleh digunakan sungguhpun amaun gantirugi belum lagi dibayar kepada peserta. Sekiranya sebahagian bayaran telah dibuat oleh pihak ketiga,

pengendali takaful hanya perlu membayar amaun bakinya sahaja. Amaun tuntutan subrogasi tidak boleh melebihi jumlah tuntutan yang dibayar

kepada peserta. Sekiranya Pengendali Takaful menuntut amaun yang lebih tinggi dari apa yang dibayar kepada peserta, lebihan bayaran hendaklah diserahkan kepada peserta.

Prinsip ini tidak boleh digunapakai dalam kontrak Takaful Keluarga dan kemalangan diri.

Prinsip subrogasi dijelaskan melalui contoh berikut:

Rumah kediaman milik peserta A telah musnah dijilat api yang berpunca dari kebakaran disebabkan letupan dikilang berhampiran. Peserta A mengemukakan tuntutan kepada pengendali takaful sebanyak RM500,000. Apabila pembayaran tuntutan telah dibuat, pengendali takaful diberikan hak subrogasi untuk menuntut jumlah yang serupa dari pemilik kilang yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran dan kerugian berkenaan.

Sebelum hak tersirat Subrogasi yang memihak kepada Pengendali Takaful itu digunakan,  dua syarat berikut perlu dipenuhi :-

i. Kontrak takaful yang wujud hendaklah merupakan kontrak indemniti. Oleh itu, subrogasi tidak boleh digunapakai untuk kontrak bukan indemniti seperti kontrak Takaful Keluarga dan kemalangan diri.

ii. Pengendali Takaful hendaklah menyelesaikan bayaran tuntutan terlebih dahulu. Mengikut amalan biasa, pengendali takaful menyatakan hal ini dengan jelas didalam sijil takaful bagi memperolehi hak subrogasi sebelum bayaran gantirugi dibuat.

Subrogasi adalah hak seseorang untuk bertindak bagi pihak orang lain dengan memiliki semua hak dan remedinya, sama ada ia telah berkuatkuasa atau sebaliknya. (Burnard vs Rodocanachi). Prinsip ini bermaksud setelah membayar indemniti, pengendali takaful berhak untuk menerima kembali apa-apa bayaran yang diterima daripada mana-mana sumber atas tuntutan yang serupa

Hak subrogasi dibawah undang-undang lazim tidak diiktiraf selagi Pengendali Takaful tidak memproses, meluluskan dan membayar tuntutan. Disebabkan masaalah yang timbul dari prinsip ini, Pengendali Takaful meletakkan syarat dalam sijil takaful yang memberikan diri mereka hak subrogasi sebelum bayaran tuntutan dibuat (kecuali takaful marin), tetapi Pengendali Takaful perlu bertindak atas nama peserta.

5.1.5 Prinsip Perkongsian Sama Rata

Prinsip ini boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful untuk meminta Pengendali Takaful lain yang sama-sama menanggung risiko berkenaan supaya membuat sumbangan (bayaran gantirugi) mengikut bahagian masing-masing.

Prinsip tersebut juga adalah satu lagi akibat turutan dari prinsip indemniti.  Ia merupakan syarat tersirat dalam kontrak indemniti di mana sekiranya terdapat lain-lain kontrak indemniti yang memberi perlindungan atas perkara pokok dan risiko yang sama, jumlah bayaran gantirugi kepada peserta hendaklah dibahagikan di kalangan semua pengendali mengikut

nisbah masing-masing.

Prinsip perkongsian sama rata digunakan di bawah kontrak Takaful Am bagi mengelakkan peserta meraih keuntungan daripada tuntutan berganda atas kerugian yang sama daripada Pengendali Takaful yang berbeza. Di bawah prinsip ini, amaun kerugian hendaklah dikongsi bersama antara Pengendali Takaful mengikut bahagian atau nisbah masing-masing. Amalan ini dapat mengukuhkan prinsip indemniti.

Penjelasan mengenai prinsip perkongsian sama rata adalah seperti contoh berikut:

Peserta B mendapat perlindungan takaful untuk rumahnya bernilai RM1 juta dengan pengendali takaful X, Y dan Z dengan harapan untuk membuat keuntungan dengan membuat tuntutan daripada semua Pengendali Takaful bagi jumlah sebanyak RM3 juta (RM1 juta dari setiap pengendali takaful) sekiranya rumah miliknya itu musah akibat kebakaran. Apabila rumah tersebut musnah dijilat api, peserta B mengemukakan tuntutan kepada semua Pengendali Takaful seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, apabila hal tersebut telah diketahui, setiap pengendali takaful hanya akan membayar bahagian masing-masing iaitu sebanyak RM333, 333 untuk jumlah keseluruhan RM1 juta.

Prinsip perkongsian sama rata hanya boleh digunapakai dalam kontrak indemniti sahaja. Pengendali-Pengendali Takaful yang terlibat mestilah telah memberi perlindungan kepada:

Kepentingan yang sama (iaitu peserta yang sama, melindungi kepentingan yang sama dengan lebih dari satu pengendali takaful).

Perkara pokok yang sama (iaitu kesemua sijil takaful yang dikeluarkan melindungi perkara pokok yang sama)

Peril yang sama (di mana prinsip perkongsian sama rata akan digunakan sekiranya semua sijil melindungi peril yang sama yang mengakibatkan berlakunya kerugian).

Dengan menyatakan syarat-syarat sumbangan secara terang dan nyata di dalam sijil takaful, pengendali tidak akan bertanggungjawab untuk membayar atau menyumbang lebih daripada nisbah sepatutnya atas jumlah keseluruhan bayaran pampasan.

Jika syarat ini tidak dinyatakan dalam sijil perlindungan, peserta mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap mana-mana pengendali. Seterusnya, pengendali yang telah membayar gantirugi akan membuat tuntutan bahagiannya dari pengendali takaful lain.

Di bawah undang-undang lazim, apabila peserta mempunyai lebih daripada satu sijil takaful, dia hanya boleh membuat tuntutan kepada salah satu pengendali sahaja. Pengendali Takaful perlu membayar gantirugi, terhad kepada jumlah liabilitinya sahaja, kemudian barulah boleh menuntut sumbangan daripada pengendali lain selepas dia telah membayar bahagiannya.

Prinsip perkongsian sama rata boleh digunakan hanya apabila syarat-syarat berikut dipenuhi. Sijil takaful tidak semestinya melindungi kepentingan, peril atau perkara pokok yang sama, tetapi hendaklah terdapat pertindihan sijil di mana:

a. Terdapat dua atau lebih sijil indemniti yang berkuatkuasa.b. Sijil-sijil berkenaan melindungi kepentingan yang sama.

c. Sijil-sijil tersebut melindungi peril yang sama yang menyebabkan berlakunya kerugian.

d. Setiap sijil mestilah bertanggungjawab atas kerugian yang berlaku.

Untuk mengatasi kesulitan ini, kebanyakan sijil takaful bukan marin mengandungi klausa perkongsian sama rata. Ia menyatakan bahawa Pengendali Takaful hanya bertanggungjawab atas nisbah atau bahagiannya sahaja.

Pengendali Takaful bertanggungjawab atas bahagiannya sahaja, dan peserta boleh membuat tuntutan berasingan terhadap Pengendali-Pengendali Takaful yang lain. Tujuan diadakan fasal sumbangan ini adalah untuk menghalang peserta daripada membuat tuntutan terhadap satu pengendali sahaja sehingga menyebabkan pengendali tersebut terpaksa menanggung jumlah penuh kos tuntutan, walaupun kemudiannya ia berhak meminta/menuntut pengendali lain membuat sumbangan atas kerugian yang sama.

Pengendali Takaful bersetuju bahawa kaedah pengiraan kadar sumbangan (tidak tertakluk kepada klausa purata (average clause)) adalah seperti berikut:

a.

b. Lain-lain perlindungan harta (kaedah lebih kerap digunakan)

Sekiranya sijil perlindungan tertakluk kepada fasal purata atau had kerugian individu dikenakan atas amaun perlindungan, kaedah “liabiliti bebas” akan digunakan. Liabiliti bebas ialah jumlah gantirugi yang perlu dibayar oleh pengendali sekiranya ia adalah satu-satunya

Pengendali Takaful yang menawarkan perlindungan.

Dalam kes ini, jumlah liabiliti pengendali bebas adalah melebihi amaun kerugian dan nisbah pembayaran ialah:

Prinsip ini tidak boleh digunakan di bawah kontrak takaful kemalangan diri. Oleh yang demikian, seseorang itu boleh menuntut jumlah gantirugi penuh di bawah beberapa sijil takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful yang berbeza (kecuali perbelanjaan

perubatan). Walau bagaimanapun, semua pengendali menetapkan peraturan agar pencadang memberitahu penanggung akan lain-lain polisi/sijil perlindungan kemalangan diri yang

dimilikinya. Terdapat Pengendali Takaful yang menetapkan syarat dalam sijil perlindungan iaitu sijil takaful akan terbatal sekiranya peserta menguatkuasakan sijil takaful yang baru

tanpa kebenaran bertulis dari Pengendali Takaful terdahulu.

5.1.6 Prinsip Sebab Terhampir (Proximate Cause)

Ia ditakrifkan sebagai punca atau sebab paling efektif yang mengungguli rantaian kejadian/peristiwa yang membawa kepada kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas. Pepatah Latin

menyebutnya sebagai 'sed causa Proxima non-remota spectature' (tumpukan kepada sebab hampiran dan bukan sebab terpencil). Sebab-sebab berlakunya kerugian perlu dikenalpasti kerana hanya risiko tertentu yang dilindungi sahaja (tidak dikecualikan risiko seperti yang

dinyatakan dalam sijil takaful) yang boleh dibayar gantirugi. Kerugian yang berlaku mungkin bukan disebabkan dari peril atau peristiwa tunggal. Mungkin ada sebab-sebab serentak atau

rantaian sebab-sebab yang mungkin berlaku dalam turutan peristiwa atau dalam rantaian peristiwa yang berasingan.

Doktrin sebab terhampir boleh dijelaskan secara tepat dengan merujuk kepada satu kes perundangan yang berlaku di UK., di mana seorang pemegang polisi mengalami kecederaan

akibat kemalangan ketika memburu. Dia tidak dapat berjalan selepas kemalangan dan terpaksa berbaring di atas tanah basah dan menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan seterusnya meninggal dunia. Terdapat rantaian sebab-sebab yang tak putus-putus yang

menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian. Mahkamah memutuskan bahawa punca atau sebab terhampir yang membawa kepada kematian ialah kemalangan, bukan sakit radang

paru-paru.

Beban untuk membuktikan kerugian ditanggung oleh peserta. Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab peserta ialah untuk membuktikan bahawa kerugian yang membawa kepada

tuntutan gantirugi adalah disebabkan oleh peril yang dilindungi. Sekiranya kerugian berlaku berpunca dari satu sebab sahaja, tiada kesukaran yang timbul untuk menentukan liabiliti.

5.1.6.1 Pengendali Takaful tidak bertanggungjawab atas peril yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan

Pengendali Takaful bertanggungjawab ke atas kerugian yang disebabkan oleh peril atau bahaya yang dilindungi. Sebaliknya, Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab keatas kerugian yang disebabkan peril yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan. Peril yang

dilindungi ialah peril yang dinyatakan secara jelas dalam sijil takaful bahawa ia diberi perlindungan. Peril yang tidak dilindungi ialah peril yang tidak dinyatakan dalam sijil dan oleh itu tiada perlindungan diberikan, kecuali ia berlaku akibat dari peril yang dilindungi.

Contoh peril yang tidak dilindungi di bawah sijil takaful kebakaran ialah asap dan kerosakan disebabkan air. Peril yang dikecualikan ialah peril yang dinyatakan secara jelas dalam sijil

bahawa ia tidak dilindungi.

Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan oleh dua atau lebih sebab-sebab yang terjadi serentak atau pun berturutan. Masalah timbul apabila dua atau lebih sebab-sebab tersebut melibatkan peril yang dilindungi dan juga peril yang dikecualikan. Dalam keadaan yang

sedemikian, ia menjadi sukar bagi peserta untuk menentukan punca sebenar kerugian. Untuk menyelesaikan kesukaran ini, undang-undang memperkenalkan doktrin Sebab Terhampir

berdasarkan perumpamaan Latin 'maxim causa proxima non remota spectatur' yang bermaksud tumpukan kepada sebab hampiran, bukan sebab terpencil. Oleh itu, sekiranya

kerugian berlaku disebabkan oleh beberapa sebab hampiran, sebab yang paling unggul atau efektif perlu dikenalpasti dan disahkan sebagai punca kepada kerugian.

Sebab Terhampir ialah punca atau sebab paling efektif dan berkesan yang mengungguli rantaian kejadian/peristiwa yang membawa kepada kerugian. Sekiranya Sebab Terhampir itu merupakan peril yang dilindungi, maka gantirugi akan dibayar. Tiada pampasan untuk peril yang tidak dilindungi. Perlu diambil perhatian bahawa mesti ada hubungan langsung antara

sebab dan akibat, dimana ia mestilah merupakan sebab hampiran yang paling efektif dan berkesan, walaupun tidak pada masa berkenaan. Doktrin ini digunapakai terutamanya apabila

kerugian berlaku disebabkan oleh sebab-sebab yang berturutan.

5.1.6.2 Pengendali Takaful bertanggungjawab atas kerugian akibat Sebab Terhampir bagi peril yang dilindungi sahaja.

Dalam kes Pawsey & Company v Scottish Union & National Insurance Company (1907), mahkamah mendefinisikan sebab terhampir sebagai “sebab paling efektif dan berkesan yang mengungguli rantaian kejadian/peristiwa yang membawa kepada kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru

dan bebas”.

Biasanya terdapat rantaian kejadian atau sebab-sebab yang membawa kepada kerugian, bukan kerana satu sebab sahaja.

Sekiranya kerugian berlaku disebabkan secara langsung oleh peril yang dilindungi maka tuntutan gantirugi akan dibayar, dengan syarat ia tidak melibatkan peril yang tidak dilindungi/dikecualikan yang menjadi punca utama dalam rantaian peristiwa yang

menggerakkan peril yang dilindungi.

Doktrin ini sangat penting kerana lebih daripada satu sebab yang boleh dikaitkan sehingga menyebabkan terjadinya keadaan yang membawa kepada tuntutan kerugian. Oleh itu, perlu

dikenalpasti samada sebab efektif dan berkesan itu adalah peril yang dilindungi atau dikecualikan dari kontrak perlindungan.

Contoh:-

1. Seorang peserta pelan takaful yang menghidap penyakit batu karang telah dirempuh oleh sebuah kereta dan kemudiannya meninggal dunia. Penyakit batu karang yang dihidapinya tidak menyebabkan kematian. Sebab kematian beliau tidak termasuk peril seperti yang dinyatakan

dalam polisi. (Louden v British Merchants Ins. Co. Ltd [1961]).2. Seorang peserta jatuh dari tangga dan patah kaki, dan kemudiannya

dibawa ke hospital. Di hospital, beliau dijangkiti sakit kerongkong dari salah seorang pesakit dikatil sebelah. Peserta kemudiannya meninggal dunia. Kemalangan yang berlaku tidak menyebabkan kematian. Sakit

kerongkong bukanlah punca yang menyebabkan patah kaki.3. Sungguhpun demikian, sekiranya terdapat rantaian penyebab kerugian

yang tidak terputus, sebab yang paling awal adalah merupakan sebab hampiran. Seorang peserta secara tidak sengaja telah mencalarkan kakinya, menyebabkan erysipelas; kemudiannya merebak menjadi

septicemia, diikuti dengan septik neumonia dan akhirnya meninggal dunia. Calar adalah sebab hampiran yang membawa kematian. Setiap jenis penyakit yang dialami adalah dianggap normal atau semulajadi, yang berkemungkinan mempunyai kaitan/rantaian antara calar dan

kematian.(Mardorf v Accident Insurance Co [1903]).

Contoh-contoh lain ialah:

Sekiranya peserta telah menghidap penyakit sebelum terlibat dalam kemalangan, penyakit dan kemalangan itu dianggap sebagai sebab

yang berasingan dan bebas dari sebarang pengaruh. Contohnya, sakit yang dihidapi oleh peserta tidak menghalangnya untuk pergi ketempat kerja. Semasa dalam perjalanan, peserta terlibat dalam kemalangan dan

meninggal dunia. Sebab kematian adalah kemalangan, bukan sakit kerana sakit dianggap sebagai sebab yang berasingan.

Sekiranya kesan dari kemalangan telah mendedahkan kewujudan sesuatu penyakit yang merupakan punca tunggal/awal yang

mengakibatkan kematian atau hilang upaya, peserta tidak dilindungi oleh sijil takaful.

Sekiranya selepas berlaku kemalangan, peserta membuat tuntutan atas alasan kemalangan telah menyebabkan tulang retak. Kemalangan tidak

menyebabkan sebarang kecederaan.

Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit setelah berlaku kemalangan, sebab hampiran tidak semestinya bebas dan berasingan

sehingga menyebabkan kematian atau hilang upaya, walaupun mungkin sebab langsung kematian ialah kerana penyakit, namun

mungkin juga akibat semula jadi disebabkan kemalangan -  penyakit menjadi sebahagian dari rantaian penyebab dan kemalangan menjadi

sebab hampiran, bukan sebab terpencil.

Oleh itu, kematian disebabkan sakit burut setelah jatuh akibat “kemalangan” adalah menepati peruntukan yang dinyatakan dalam sijil takaful, kecuali sekiranya dinyatakan secara jelas

bahawa sakit burut tidak dilindungi.

Sekiranya berlaku kerugian, beban untuk membuktikan bahawa kerugian yang berlaku disebabkan peril yang dilindungi adalah ditanggung oleh peserta. Sebaliknya, beban untuk membuktikan bahawa kerugian yang berlaku tidak dilindungi kerana terdapat pengecualian

tertentu adalah ditanggung oleh Pengendali Takaful.

5.1.7 Tabarru’ (Derma)

“Tabarru” atau derma, bermaksud prinsip berkongsi tanggungjawab dan saling menjamin antara satu sama lain yang secara jelas menyatakan bahawa derma atau caruman yang dikutip akan digunakan untuk membantu "peserta yang memerlukan bantuan mengikut syarat-syarat

yang dipersetujui selagi syarat-syarat tersebut tidak bercanggah dengan Syariah".

Dalam perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga, tabarru '(derma takaful) adalah suatu kontrak di mana peserta bersetuju menderma ke dana takaful mengikut kadar tertentu, dan

dana itu digunakan untuk membantu peserta yang memerlukannya. Dengan cara ini, peserta telah memenuhi tanggungjawab saling membantu dan menjamin apabila peserta lain

mengalami kerugian. Penerapan konsep derma dapat menghapuskan unsur gharar dalam kontrak takaful.

Dengan mengambil kira konsep-konsep asas Takaful, pengamal takaful telah mengambil langkah kehadapan demi mengembangkan model takaful sedia ada ke model perniagaan yang lebih berdaya maju dan bernilai komersil. Apabila seseorang itu membuat tuntutan yang sah,

pengendali akan membayar gantirugi dengan menggunakan wang dari dana/derma terkumpul. Dalam masa yang sama, dana terkumpul juga akan dilaburkan dalam portfolio

pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah serta tidak mendedahkan pemegang sijil/polisi kepada sebarang risiko yang merugikan. Agama Islam menerima baik prinsip saling

membantu dan menunaikan tanggungjawab bersama.

5.1.8 Waranti

Satu lagi prinsip yang digunapakai dalam urusniaga takaful ialah waranti. Waranti adalah "jaminan yang biasanya dibuat secara bertulis tentang integriti sesuatu produk dan tanggungjawab pengeluar untuk membaiki atau mengganti barangan yang rosak".

Waranti yang terdapat dalam perlindungan takaful ialah janji oleh pihak peserta bahawa kenyataan yang menentukan kesahan sesuatu kontrak itu adalah benar. Kebanyakan kontrak takaful mengkehendaki peserta membuat waranti tertentu. Contohnya, untuk mendapatkan pelan perlindungan takaful kesihatan, peserta mungkin perlu memberi jaminan bahawa dia tidak menghidap sebarang penyakit merbahaya. Jika jaminan atau waranti yang dibuat oleh

peserta ternyata tidak benar, Pengendali Takaful boleh membatalkan sijil/pelan perlindungan dan menolak sebarang tuntutan.

Tidak semua salah nyata yang dibuat oleh peserta memberi hak kepada Pengendali Takaful untuk membatalkan sijil atau perlindungan takaful atau menolak tuntutan. Hanya salahnyata

berkaitan syarat dan waranti dalam kontrak sahaja yang memberi hak berkaitan kepada pengendali. Untuk melayakkannya menjadi suatu syarat atau waranti, kenyataan hendaklah dibuat dengan jelas dan dicatatkan dalam kontrak. Peruntukan syarat hendaklah secara jelas

menunjukkan semua pihak bersetuju bahawa hak-hak peserta dan pengendali adalah tertakluk kepada sejauhmana kebenaran kenyataan yang dibuat.  Waranti dalam kontrak takaful boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Perakuan; dan Akujanji

Jenis Waranti Keterangan

Waranti Perakuan Waranti perakuan ialah suatu kenyataan pengakuan mengenai fakta yang dibuat ketika kontrak dibuat. Waranti perakuan yang tidak benar akan menjadikan kontrak takaful terbatal ketika perlindungan mula berkuatkuasa.

Waranti Akujanji Waranti akujanji ialah suatu kenyataan mengenai fakta masa akan datang atau fakta yang akan terus kekal kebenarannya sepanjang tempoh perlindungan.

Sebagai contoh, peserta membuat perakuan/ waranti bahawa harta miliknya yang dilindungi dibawah sijil takaful kebakaran tidak akan digunakan sebagai tempat menyimpan bahan

letupan. Pengendali Takaful boleh membatalkan perakuan itu jika peserta membuat keputusan untuk memulakan aktiviti pencampuran bahan letupan dipremis berkenaan.

Peruntukan waranti perlu menggunakan bahasa yang menyatakan secara jelas sama ada ia adalah Perakuan atau Akujanji.

Kontrak takaful adalah satu perjanjian yang menyatakan Pengendali Takaful akan membayar gantirugi kepada pemegang sijil atas kerugian yang berlaku disebabkan oleh peril/bahaya

yang dilindungi. Sijil takaful 'tidak menjamin integriti produk,' seperti rumah, kereta, bot dan sebagainya. Ia juga tidak menjamin bahawa jika sesuatu yang buruk berlaku keatas harta

berkenaan (atau kepada peserta), ia akan dilindungi. Sijil takaful menetapkan kategori khusus apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi.

A5.2 Dana TakafulPengendali Takaful dikehendaki mewujudkan dan mengurus tiga kategori dana iaitu:

Dana Takaful Am Dana Takaful Keluarga Dana Pemegang Saham

Peruntukan undang-undang berkaitan dana takaful yang terdapat dalam Akta Takaful 1984 adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Seksyen 16 – Penubuhan dan penyelenggaraan dana takaful, dan peruntukan surplus.

1. Setiap pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah menubuhkan dan menyelenggara mengikut seksyen ini, suatu kumpulan wang takaful berkenaan dengan kelas atau setiap kelas perniagaan takaful yang dijalankan oleh pengendali di Malaysia, sebagai perniagaan yang berkaitan dengan sijil Malaysia.

2. Semua penerimaan (wang) pengendali yang boleh diagihkan kepada perniagaan yang berkaitan dengan dana (termasuk pendapatan dana) hendaklah dimasukkan ke dalam dana takaful, dan aset yang terkandung dalam dana itu hendaklah digunakan hanya untuk memenuhi apa-apa bahagian liabiliti dan perbelanjaan pengendali sebagaimana yang sepatutnya diagihkan.

A5.3 Jenis-Jenis Model TakafulOperasi kendalian takaful dalam sektor tijari (komersil) boleh dibahagikan kepada beberapa model perniagaan seperti yang ditunjukkan dibawah:

Model Wakalah Model Mudharabah Model Mudharabah + Wakalah (model hibrid) Model Waqaf

Apa yang penting ialah teras pada mana-mana model seperti yang dinyatakan dalam kontrak masing-masing adalah berdasarkan Syariah. Pilihan model oleh Pengendali Takaful menunjukkan fleksibiliti Syariah. Sesungguhnya, objektif yang perlu dicapai ialah pencapaian umat manusia kearah kesempurnaan seperti yang digariskan dalam Maqasid (objektif) Syariah.

5.3.1 Model Wakalah 

Istilah 'wakalah' dalam Bahasa Arab bermaksud agensi. Oleh itu, di bawah struktur agensi, hubungan agensi telah  dipersetujui antara dua pihak untuk menjalankan perniagaan tertentu. Berdasarkan dari pengertian tersebut,  model ini menerangkan suatu perjanjian agensi antara pengendali yang bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak sebagai prinsipal, untuk menguruskan penyertaan prinsipal dalam urusniaga pelbagai produk takaful yang disediakan oleh pengendali. Sebagai balasan atas perkhidmatan agensi yang diberikan, pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian itu. Bayaran diperolehi melalui sumbangan takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah model ini, perbelanjaan pengurusan dikenakan atas dana takaful sebagai bayaran pendahuluan.

Melalui model ini, pengendali memperolehi pendapatan dari yuran agensi dan juga keuntungan dari pelaburan dana pemegang saham. Sungguhpun demikian, terdapat Pengendali Takaful yang mengamalkan model perniagaan ini dengan mengenakan yuran prestasi atas perkhidmatan dan peranan yang dimainkan dalam mengurus pelaburan dana takaful. Sekiranya berlaku pembatalan atau penyerahan sijil, baki bersih sumbangan/derma (jika ada) akan dipulangkan kepada peserta, selepas ditolak semua caj seperti yuran wakalah dan lain-lain perbelanjaan pengurusan.

Carta Aliran Model Wakalah Takaful Am

Carta Aliran Model Wakalah Takaful Keluarga

5.3.2 Model Mudharabah

Pada asasnya, Mudharabah ditakrifkan sebagai satu prinsip perkongsian keuntungan yang biasanya digunakan dalam perniagaan atau kontrak komersial di antara pihak yang menyediakan dana/modal dan pihak yang menguruskan perniagaan. Bagi takaful, ia

bermaksud kontrak perkongsian keuntungan antara peserta-peserta takaful dan pengendali atas keuntungan (jika ada) perniagaan takaful. Di bawah perjanjian ini, kontrak perkongsian keuntungan yang ditandatangani oleh pengendali, sebagai usahawan atau yang dipanggil 'mudharib' yang diamanahkan untuk mengurus perniagaan takaful dan para peserta sebagai pemodal, yang dipanggil 'sahibul mal' - pihak yang bertanggungjawab membayar sumbangan/derma takaful sebagai modal atau 'ra'sul-mal'. Kontrak yang ditandatangani akan menentukan keuntungan perniagaan takaful dan nisbah keuntungan untuk dikongsi bersama di antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30. Pada dasarnya, keuntungan dalam perniagaan takaful ditakrifkan sebagai pulangan keatas pelaburan dan lebihan dari pengunderaitan yang berkaitan dengan dana takaful sahaja. Oleh itu, ia tidak termasuk keuntungan yang dicatatkan oleh dana pemegang saham. Bagi perniagaan takaful keluarga, ia termasuk lebihan kemortalan (mortality) yang diperuntukkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari setiap akhir tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kontrak Mudharabah bagi produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam takaful akan hanya dilaksanakan selepas semua obligasi takaful telah diambil kira - obligasi terbesar ialah membayar tuntutan. Sekiranya urusniaga mengalami kerugian atau dana takaful mengalami defisit, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta sebagai pemberi modal.

Meskipun demikian, adalah menjadi tanggungjawab utama pengendali untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha memastikan perniagaan tidak akan terjejas oleh kerugian yang mungkin menjejaskan kewibawaan dan keyakinan takaful secara keseluruhan. Atas sebab ini, amalan tadbir urus yang betul, berhemat dan profesionalisma dalam menguruskan perniagaan adalah penting. Sekiranya perniagaan mencatatkan kerugian, ia adalah tanggungjawab pengendali untuk mengatasinya, umpamanya dengan membuat pinjaman ('Qard') dari pemegang saham. Antara ciri-ciri penting di bawah model Mudharabah yang perlu diberi perhatian ialah perbelanjaan pengurusan tidak dikenakan keatas dana takaful, sebaliknya ia ditanggung oleh dana pemegang saham. Perolehan pedapatan dana pemegang saham ialah dari sebahagian perkongsian keuntungan daripada dana takaful dengan peserta, dan semua pulangan atas pelaburan para pemegang saham dana itu sendiri.

Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Am

Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Keluarga

5.3.3 Model Hibrid

Seperti yang difahami melalui namanya, model perniagaan ini adalah kombinasi kedua-dua model yang diterangkan sebelum ini. Di bawah model hibrid ini, hubungan antara pengendali yang menggabungkan peranan sebagai usahawan atau mudharib serta ejen atau wakil kepada peserta; manakala peranan kedua ialah mempunyai  kapasiti sebagai pemberi modal atau 'sahibul-mal' dan prinsipal kepada ejen. Sebagai Pengendali Takaful melalui ketetapan ini, yuran agensi boleh dibayar sebagai caj pendahuluan dari dana takaful dan dalam masa yang sama pengendali mempunyai hak untuk berkongsi keuntungan pelaburan dana takaful seperti yang dinyatakan dalam kontrak Mudharabah.

Di bawah model ini, kontrak Mudharabah digunakan bagi tujuan aktiviti pelaburan sahaja. Keuntungan dana diperolehi dari lebihan/surplus pengunderaitan serta pulangan ke atas pelaburan secara keseluruhan. Disamping bayaran yuran wakalah, model ini membenarkan pengendali menggunakan budi bicara untuk mengenakan yuran prestasi keatas lebihan dana takaful, sebagai balasan khidmat menguruskan perniagaan takaful secara keseluruhan.

Keseluruhannya, Pengendali Takaful mempunyai tiga sumber pendapatan: yuran wakalah dan perkongsian keuntungan daripada pulangan pelaburan dana takaful; dan pulangan ke atas pelaburan dana pemegang saham. Bagi peserta, mereka mempunyai hak untuk berkongsi lebihan pengunderaitan bersih serta perkongsian keuntungan pelaburan dana takaful.

Model ini menyokong kerjasama perkongsian risiko yang diamalkan dikalangan peserta manakala pengendali memperolehi bayaran atas perkhidmatan yang diberikan sebagai ejen atau wakil kepada peserta. Dalam erti kata lain, sebahagian dari pendapatan pengendali diperolehi dari yuran pendahuluan atas caruman. Tidak seperti model Mudharabah, model ini membolehkan pengendali yang menggunakan sistem agensi mengenakan bayaran perkhidmatan kepada dana takaful bagi menampung perbelanjaan pengurusan serta kos agensi. Di samping itu, terdapat perkongsian keuntungan mudharabah atas pelaburan dana takaful, tetapi sebarang lebihan pengunderaitan dana takaful akan hanya dikongsi di kalangan peserta sahaja.

Carta Aliran Model Hibrid Takaful Am

Carta Aliran Model Hibrid Takaful Keluarga

5.3.4 Model Wakaf

Istilah 'wakaf' yang disebut untuk model ini menjelaskan kontrak takaful yang menggariskan perjanjian atau persetujuan peserta bahawa sumbangan takaful yang dibayar sebagai balasan untuk menyertai produk takaful dikreditkan oleh pengendali ke dalam dana takaful mengikut prinsip wakaf atau endowmen. Pengendali Takaful perlu mewujudkan akaun wakaf dalam dana takaful dan untuk mengaktifkan akaun berkenaan, pengendali disyaratkan untuk

menyerahkan sesuatu (wang) sebagai wakaf bagi memperolehi keberkatan akaun berkenaan. Akaun wakaf yang berfungsi di bawah dana takaful ini akan dilaburkan sama seperti pelaburan dalam ketiga-tiga model perniagaan yang dibincangkan sebelum ini. Dana Wakaf diwujudkan untuk mencapai objektif berikut:

a. untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada peserta yang ditimpa musibah atau kesusahan.

b. untuk menyediakan suatu bentuk manfaat/ganjaran kepada peserta mengikut apa yang dinyatakan dalam surat ikatan wakaf.

Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan pengunderaitan dan kos operasi takaful hendaklah dicaj kepada dana wakaf. Sebagai pengurus, pengendali takaful akan melaksanakan semua fungsi yang diperlukan bagi operasi wakaf dengan yuran wakalah yang ditolak dari sumbangan peserta. Sebagai Mudarib, pengendali akan menguruskan pelaburan dana takaful termasuk akaun wakaf dalam portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah dan akan berkongsi pulangan pelaburan pada nisbah yang telah dipersetujui, iaitu sama dengan struktur perkongsian keuntungan di bawah kontrak Mudharabah.

Perlu ditegaskan bahawa prinsip-prinsip Syariah yang berbeza digunakan dalam kontrak takaful untuk mendapatkan persetujuan peserta agar sumbangan mereka dimasukkan ke dalam dana takaful bagi tujuan melaksanakan konsep jaminan bersama sebagaimana yang terkandung dalam kontrak takaful. Berbeza dengan model wakaf, tiga model lain menggunakan prinsip tabarru dalam kontrak mereka.

Antara ciri-ciri asas model perniagaan ialah dana wakaf akan menggariskan peraturan pengagihan prosid kepada benefisiari dan menentukan berapa banyak pampasan akan dibayar kepada peserta. Di samping itu, wakaf berfungsi sebagai pemilik sumbangan dan mempunyai hak untuk bertindak sebagai sebuah entiti yang sah dalam menguruskan surplus atau lebihan. Pengendali takaful, selain mengurus dana wakaf, ia juga akan berfungsi sebagai pengurus dan juga mudharib atau usahawan.

A6.1 Sepintas Lalu Industri Takaful Di MalaysiaPerkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984- 2010

Isu 1984 2010

Pengendali Takaful

Satu pengendali komposit dengan modal berbayar RM10 juta, yang menjadi asas kepada industri takaful.

Sembilan pengendali komposit dengan modal minimum RM100 juta setiap pengendali, yang menggalakkan persaingan yang sihat dalam industri.

Pelabur/Pemegang Saham

Bank Islam, Majlis Agama Negeri dan Yayasan Dakwah Islam.

Kumpulan Pelabur yang terdiri dari pelabur swasta, kumpulan perbankan, insurer dan reinsurer.

Produk Produk terhad, tumpuan hanya kepada takaful motor,

Pelbagai pilihan produk dengan ciri-ciri yang lebih sofistikated.

kebakaran dan gadaijanji. Produk takaful am menguasai 63% pasaran ( sumbangan / premium kasar)

Produk takaful keluarga menguasai 71% pasaran (sumbangan/ premium kasar).

Pelanggan Majoriti orang Islam Islam dan juga bukan Islam, dengan jangkaan, keutamaan, kehendak dan keperluan yang berbeza.

Saluran Pengagihan

Cawangan-cawangan, Pegawai Pemasaran dan Meja Takaful.

Cawangan-cawangan, Pegawai Pemasaran, Anggota Agensi, Bankatakaful, broker, internet dan pakatan kerjasama startegik.

Bentuk Pelaburan Terhad kepada deposit Islam dan Sekuriti Islam kerajaan.

Instrumen pelaburan yang lebih luas yang diterbitkan oleh kerajaan dan sektor swasta.

Dalam usaha untuk membangunkan industri takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa pendekatan yang dibahagikan kepada tiga fasa:

Fasa I (1984-1992)

Bermula dengan enakmen undang-undang kawalselia, iaitu Akta Takaful 1984 dan penubuhan pengendali takaful yang pertama pada tahun 1984. Akta yang masih digunakan ini digubal untuk mengawal tatacara urusniaga takaful dan mewajibkan pendaftaran setiap Pengendali Takaful. Akta juga memperuntukkan peraturan penubuhan Jawatankuasa Syariah bagi memastikan operasi perniagaan Pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Fasa II (1993-2000)

Mula memperlihatkan persaingan dalam industri takaful dengan kemunculan beberapa Pengendali Takaful yang mula memasuki pasaran. Tempoh ini juga menyaksikan kerjasama yang lebih erat di kalangan Pengendali Takaful di rantau ini termasuk pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan ASEAN Retakaful International (L) Ltd pada tahun 1997. Ini telah membantu urusan takaful semula di kalangan Pengendali Takaful di Malaysia dan di rantau Asean seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

Fasa III (2001-2010)

Bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) pada tahun 2001 yang antara lain objektifnya ialah untuk meningkatkan

keupayaan Pengendali Takaful dan mengukuhkan rangka kerja undang-undang, Syariah dan peraturan kawalselia. Seksyen PISK yang berkaitan dengan Perbankan Islam dan Takaful ialah pelan tindakan ke arah merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa. Fasa ini juga telah menyaksikan kadar pertumbuhan yang pesat dalam pembangunan industri takaful, dengan penubuhan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) pada tahun 2002, sebuah persatuan bagi Pengendali Takaful. MTA bercita-cita untuk meningkatkan kawalselia diri dalam industri melalui keseragaman dalam amalan pasaran dan menggalakkan tahap kerjasama yang tinggi di kalangan pemain dalam usaha membangunkan industri.

A6.2 Perkembangan Kawalan Peraturan TakafulSeperti yang diterangkan sebelum ini, takaful bukanlah suatu kontrak pertukaran jual beli. Di bawah kontrak takaful, risiko tidak dipindahkan dan dilindungi oleh pengendali. Dari perspektif konsep saling membantu dan berkerjasama, ia adalah satu persetujuan dan jaminan bersama di kalangan peserta. Apabila ia diterjemahkan ke dalam operasi praktikal, ia adalah suatu kontrak al-mudharabah, al-wakalah, gabungan antara kedua-duanya atau al-wakaf, di antara peserta dan pengendali.

Sebagai pemegang amanah peserta, Pengendali Takaful juga bertindak sebagai pemegang amanah awam, di mana peserta menyumbang dengan objektif dan kewajipan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam dana takaful. Selaras dengan tanggungjawab amanah ini, ia menjadi tanggugjawab Pengendali Takaful untuk melindungi kepentingan orang ramai bagi memastikan operasi perniagaan takaful dikawalselia dan tadbir urus dengan baik.

Dalam hal ini, rangkakerja operasi dan kawal selia perniagaan takaful di Malaysia dikawal oleh peraturan-peraturan berikut:

Akta Syarikat 1965 Akta Takaful 1984 Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) Akta Bank Negara Malaysia 2009 Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB) Akta Cukai Pendapatan 1967

6.2.1 Akta Syarikat 1965

Di Malaysia, Pengendali Takaful haruslah merupakan entiti korporat dengan liabiliti terhad dan modal berbayar yang telah ditetapkan. Bagi tujuan ini, pengendali mestilah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta ini. Pengendali menjadi entiti yang sah disisi undang-undang untuk berurusan dengan ahli-ahli dan pegawai-pegawai termasuk pengarah, seperti yang ditakrifkan dalam Akta, dan perkara-perkara yang

berkaitan dengan objektif, kuasa dan kuatkuasa.

6.2.2 Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA)

Rangka kerja yang berkuat kuasa pada bulan Julai 2007 merupakan suatu usaha industri yang bertujuan memperbaiki lagi amalan penyelesaian premium insurans am dengan menumpukan usaha menyelaraskan akaun, bayaran premium dan bayaran komisen antara broker dan syarikat insurans atau Pengendali Takaful. Ia juga memberi penegasan tentang penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap syarat-syarat waranti premium bagi kelas tertentu insurans dan takaful bukan motor agar ia dapat mengurangkan risiko yang ditanggung oleh penanggung insurans dan Pengendali Takaful bagi polisi yang bayaran premiumnya masih belum diterima.

Perlaksanaan Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA) oleh Pengendali Takaful meningkatkan lagi tahap profesionalisma dalam industri takaful.

ITA memberi tumpuan kepada:-

tatacara atau perlakuan para pengamal takaful dan intermediari; dan membantu penubuhan suatu mekanisma berpusat yang berfungsi:

pendaftaran intermediari takaful, mekanisma penguatkuasaan dan rangkakerja disiplin bagi memastikan ia dipatuhi oleh ahli-ahlinya.

Pelaksanaan ITA akan menggalakkan etika kerja dan perlakuan yang lebih teratur dan memastikan amalan pasaran yang lebih konsisten di kalangan Pengendali Takaful, di samping menggalakkan persaingan yang adil dikalangan penanggung insurans dan Pengendali Takaful.

6.2.3 Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia

Peraturan-Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia diperkenalkan dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Adalah penting bagi para profesional perkhidmatan kewangan di Amerika Syarikat dan di tempat-tempat lain untuk berhati-hati apabila berurusan dengan pendatang atau warganegara Malaysia yang berkaitan dengan kepentingan insurans dan pelaburan di Malaysia. Umum perlu mengetahui bahawa Bank Negara Malaysia adalah bank pusat bagi Malaysia. Bank Negara Malaysia berfungsi mengawal:

Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan Kawalselia Insurans dan Takaful

A6.3 Rangka Kerja Perundangan Industri TakafulPada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi Syariah Islam. Jawatankuasa ini telah mengemukakan laporan dan akhirnya Akta Takaful telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984. Akta Takaful 1984 adalah sumber undang-undang takaful di Malaysia. Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful 1984. Seksyen 53A Akta Takaful 1984 mengkehendaki pengendali takaful membentuk Jawatankuasa Syariah masing-masing. Akta Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan peruntukan undang-undang perniagaan takaful di Malaysia dan lain-lain tujuan yang berkaitan dengan Takaful.

Undang-undang am yang mempengaruhi takaful meliputi prinsip-prinsip am kontrak di mana mesti ada ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan), dan juga pengeluaran nota perlindungan atau nota perlindungan sementara (yang mana berkenaan) kerana sijil takaful adalah satu kontrak yang mengikat semua pihak. Pertimbangan atau balasan yang wujud dalam kontrak ialah peserta membuat bayaran premium atau sumbangan secara berkala, sementara pengendali takaful menjanjikan bayaran indemniti kepada peserta/pihak yang diinsuranskan.

Perlaksanaan Akta Takaful dilengkapkan dengan pengenalan Peraturan Takaful (Peraturan) dimana Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan dengan terperinci tentang keperluan-keperluan mandatori yang terkandung dalam peruntukan tertentu dibawah Akta berkenaan.

PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

A6.4 Majlis Penasihat Syariah Dan Jawatankuasa SyariahMajlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 1997. Objektif penubuhan ialah untuk meneliti dan menimbangkan sebarang keputusan Syariah mengenai perniagaan perbankan Islam dan takaful di bawah penyeliaan BNM. Majlis ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan pentafsiran Syariah bagi perkara-perkara yang dibawah bidang kuasa mereka.

Akta BNM 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun 2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syariah. Pindaan tersebut telah memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang berwibawa dan mempunyai hak ke atas perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan kewangan Islam dan takaful. Status Majlis telah dinaiktaraf sebagai pusat rujukan bagi mahkamah Malaysia untuk isu-isu berkaitan dengan kewangan Islam dan takaful.

6.4.1 Majlis Penasihat Syariah (SAC) – Bank Negara Malaysia

BNM telah meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 bertujuan meningkatkan peranan dan fungsi SAC dalam hal berkaitan Perbankan Islam dan Takaful. Pindaan ini telah mengiktiraf kuasa SAC sebagai badan berkuasa tunggal Syariah berkaitan

kewangan Islam. Sebagai sebuah badan berkuasa tunggal Syariah, SAC akan menjadi pusat rujukan bagi pertikaian melibatkan isu-isu perbankan Islam, kewangan dan takaful yang dirujuk oleh mahkamah atau penimbang tara. Untuk menjadikannya sebagai sebuah badan yang berkesan, SAC beroperasi sebagai sebuah badan bebas dengan tahap integriti yang tinggi demi meraih keyakinan orang ramai. Dengan cara ini, ia akan dapat merangsang perkembangan industri ketahap yang lebih tinggi. Terdapat keperluan yang mendesak untuk menentukan hubungan diantara SAC dan badan-badan Syariah lain yang bertindak sebagai penasihat dalam industri. Sebuah badan Syariah industri yang dikenali sebagai Majlis Penyeliaan Syariah (SSC) telah diperkenalkan dan akan memainkan peranan sebagai pelengkap dan sokongan kepada SAC.

Bank Negara Malaysia telah menyediakan satu garis panduan pematuhan SSC bagi institusi kewangan Islam, dimana SSC akan mengawal tadbir urus institusi Kewangan Islam. Objektif garis panduan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut:-

o merangka peraturan, undang-undang dan prosedur penubuhan SSC.o menetapkan peranan, bidang tugas dan tanggungjawab SSC.o menetapkan had hubungan dan kaedah perlaksanaan tugas SSC dan

SAC.

6.4.2 Jawatankuasa Syariah (SC) – Pengendali Takaful

Setiap Pengendali Takaful dikehendaki membentuk satu jawatankuasa SSC, selaras dengan keperluan Akta Takaful 1984. Keterangan lanjut garis panduan mengenai kawalselia SSC adalah seperti berikut:

perlantikan ahli

Berdasarkan dari cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penamaan, Lembaga Pengarah akan melantik SSC. Perlantikan ahli SSC perlu mendapat persetujuan bertulis dari Bank Negara Malaysia. Perlantikan ahli SSC adalah sah untuk tempoh dua tahun dan keahlian boleh diperbaharui.

Kelayakan

Nama yang dicadangkan untuk menjadi ahli lembaga SSC mestilah mempunyai sijil kelayakan atau mempunyai pengetahuan yang diperlukan, kepakaran atau pengalaman dalam bidang perundangan Islam (Usul al-Fiqh) atau urus niaga Islam/undang-undang komersil (Fiqh al-Mu'amalat). Walau bagaimanapun, memiliki sijil kelayakan dalam bidang/mata pelajaran yang dinyatakan diatas bukanlah syarat wajib, tetapi calon perlu mempunyai kepakaran atau pengalaman yang diperlukan dalam bidang berkaitan.

Jumlah Keahlian

Jumlah keahlian dalam SSC hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) orang ahli. Sebagai tambahan, sekurang-kurangnya seorang Pegawai hendaklah dilantik, dimana calon berkenaan perlu memiliki pengetahuan dalam bidang Syariah dan akan bertugas disekretariat SSC.

Had Sekatan SSC

Selaras dengan peruntukan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958, pengendali takaful tidak dibenarkan melantik mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah (SAC) dilantik sebagai ahli SSC.

Tugas dan Tanggungjawab SSC

Mestilah tidak terlibat dalam kumpulan pengurusan syarikat takaful. Tugas Pengurusan dan dasar syarikat adalah tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelicinan perjalanan operasi pengendali takaful, tugas dan tanggungjawab SSC ditetapkan seperti berikut:

o mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan pematuhan syarikat terhadap keperluan Syariah, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang-Pemegang Saham.

o mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi kontrak agar ia selaras dengan semangat dan objektif fatwa.

o memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau kemusykilan syarikat berkaitan isu-isu perundangan Islam dalam takaful. Keputusan hendaklah dibuat secara sebulat suara (syura), bukan berdasarkan keputusan majoriti.

o mengemukakan pendapat/cadangan yang difikirkan wajar serta memberi nasihat agar perkara berbangkit dirujuk ke Majlis Penasihat Syariah.

6.5 Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia sebagai badan pengawal dan penyelia industri takaful telah merangka dan memperkenalkan rangka kerja kawalselia bagi mengimbangi objektif:

1. Pengawal2. Pengendali3. Pengguna

4. Pemegang saham tempatan dan antarabangsa

Tujuan utama rangka kerja adalah untuk memastikan agar pengantara/intermediari takaful mendapat maklumat yang mencukupi mengenai bakal peserta sebelum memberikan nasihat yang wajar dan kesesuaian sesuatu produk takaful keluarga kepada bakal peserta.

Garis panduan diperkenalkan untuk meningkatkan tahap profesionalisma dan kebertanggungjawaban pengantara takaful serta melindungi kepentingan peserta dengan memastikan bahawa mereka berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan yang betul apabila menyertai skim takaful keluarga.

6.5.1 Objektif Penyeliaan

Mengekalkan kestabilan industri takaful Memupuk keyakinan orang ramai terhadap industri takaful Menggalakkan standard kawalselia yang terbaik dalam pengurusan

pengendali takaful Memastikan pengguna diberitahu sepenuhnya sebelum membuat

keputusan Mengintegrasikan usaha penyeliaan yang merentasi sempadan dan sektor.

Bank Negara Malaysian memainkan peranan penting dalam:

Memastikan pengendali takaful melaksanakan urusniaga dengan cara yang terbaik demi manfaat para peserta.

Memastikan operasi pengendali takaful mengikut keperluan Syariah. Memupuk keyakinan orang ramai terhadap takaful dan kewangan Islam

secara keseluruhannya. Menggalakkan amalan pemasaran yang baik serta mengukuhkan tadbir

urus korporat. Memastikan saluran sumber ekonomi yang berkesan dan sesuai. Mengekalkan kestabilan sistem kewangan secara keseluruhannya.

BNM sebagai badan pengawal dan penyelia industri takaful telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling dan garis panduan seperti yang termaktub dalam Perundangan Tadbir Urus yang disediakan oleh senarai pekeliling dan garis panduan BNM (www.bnm.gov.my).

Untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Kelakuan Pasaran dan Perlindungan Pengguna, Bank Negara Malaysia telah mengenal pasti aspek-aspek berikut:

Pendedahan kepada pengguna - Memastikan peserta memperolehi akses kepada maklumat yang tepat, cepat dan berkaitan.

Kecekapan Pengantara - pengawasan yang lebih rapi amat diperlukan bagi memastikan amalan jualan yang betul memandangkan manfaat yang ditawarkan adalah tidak dijamin.

Pendidikan Pengguna - Memupuk kesedaran yang lebih tinggi dan pemahaman tentang risiko serta hak-hak berkaitan produk Insurans dan Takaful.

Saluran Sedia ada - mekanisma penyelesaian pertikaian yang menawarkan kaedah penyelesaian pertikaian dengan kadar segera.

A6.6 Akta Takaful 1984Akta Takaful 1984 adalah sumber perundangan takaful di Malaysia. Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan peruntukan undang-undang perniagaan takaful di Malaysia dan lain-lain tujuan yang berkaitan dengan Takaful.

Antara Peruntukan Utama yang terkandung dalam Akta Takaful 1984 ialah:

Penubuhan anak syarikat (subsidiari) dan pembukaan pejabat cawangan.

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful mendapatkan lesen kelulusan dari BNM terlebih dahulu sebelum membuka pejabat dalam negeri atau luar negara.

Dana Takaful dan Dana Pemegang Saham

Pengendali Takaful perlu menyelenggara dana berasingan untuk urusniaga di Malaysia dan luar negara, serta urusniaga Takaful Keluarga dan Takaful Am, di samping memastikan aset yang mencukupi dalam dana takaful bagi memenuhi liabiliti.

Modal Berbayar Minimum

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful yang diperbadankan di Malaysia perlu mempunyai dan mengekalkan modal berbayar minimum sebanyak:

RM35 juta pada atau sebelum 31st Dec 1998 RM50 juta pada atau sebelum 31st Dec 2000 RM100 juta pada atau sebelum 30th June 2001

Margin Kesolvenan Minimum

Margin Kesolvenan yang bertindak sebagai penahan (cushion) terhadap turun naik di luar jangkaan dalam tuntutan dan/atau kerugian pelaburan. Peraturan telah menetapkan bahawa Pengendali Takaful berlesen perlu mengekalkan margin kesolvenan minimum. Jumlah minimum yang dikehendaki dibawah

Akta bagi setiap kelas perniagaan (Takaful Keluarga dan Takaful Am) ialah:-

RM40 juta, bermula dari 1st January 2000 RM50 juta, bermula dari 1st January 2001

Arahan dan Kawalan terhadap Pengendali Takaful yang Ingkar

Satu sistem amaran awal disediakan bagi Pengendali Takaful yang mematuhi margin kesolvenan minimum tetapi mencatatkan pulangan perniagaan yang merugikan atau menghadapi kekurangan margin kesolvenan.

Kuasa memeriksa dan menyiasat oleh BNM, penggulungan syarikat dan memindahkan lesen perniagaan.

Tugas penyeliaan urusniaga takaful meliputi pemeriksaan tatalaku urusniaga komersial, aktuari dan tatalaku pasaran perniagaan Pengendali Takaful serta cawangannya. Pemeriksaan juga meliputi kajian semula secara mendalam dan penilaian Perolehan, Pengurusan, Aset dan Kesolvenan (Earning, Management, Assets and Solvency - EMAS ).

Penguatkuasaan Undang-undang oleh BNM terhadap Kesalahan

Akta ini memberi kuasa kepada Gabenor BNM untuk mengkompaun kesalahan di bawah Akta atau Peraturan, termasuk mengenakan denda.

Perkara-Perkara berkaitan Sijil/Polisi dan lain-lain Peruntukan Am

Peraturan menyediakan peruntukan bagi mempercepatkan bayaran manfaat polisi di bawah sijil Takaful Keluarga atau kemalangan diri. Ia juga mewujudkan amanah bagi pihak penama yang merupakan pasangan (suami atau isteri), anak atau ibu bapa.

Mengendali aduan dan pertanyaan awam berkaitan isu-isu takaful

BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan dibawah Jabatan Kawalan Insurans dan Takaful. Biro Perantaraan Insurans dan Takaful telah ditubuhkan pada 1992 yang berfungsi sebagai saluran alternatif kepada orang ramai untuk mengendali aduan mereka.

Dana Skim Jaminan Insurans

BNM diberi kuasa untuk menubuhkan dan mengurus Dana Skim Jaminan Takaful (Takaful Guarantee Scheme Fund - (TGSF) yang berasingan untuk perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am, bagi polisi/sijil yang dikeluarkan di Malaysia. Penubuhan TGSF bertujuan memenuhi liabiliti kesolvenan mana-mana Pengendali Takaful. Dana ini dibiayai dari bayaran levi yang dikenakan ke atas Pengendali Takaful berlesen.

6.7 Perlindungan Pengguna Biro Perkhidmatan Pelanggan

Pada 1 Julai 1998, BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan (Customer Services Bureau - CSB) dibawah Jabatan Kawalan Insurans, yang berfungsi sebagai pusat rujukan setempat bagi semua aduan dan pertanyaan mengenai perkara-perkara berkaitan insurans yang diterima daripada orang ramai.

Setiap pertanyaan atau aduan akan diserahkan kepada penyiasat yang kemudiannya akan mengkaji kes tersebut bagi memastikan syarikat insurans dan/atau pengendali yang terlibat telah mematuhi semua keperluan statut insurans dan peraturan yang berkenaan, serta pengguna telah dilayan secara adil. Ketika mengendalikan kes berkaitan, penyiasat akan menghubungi syarikat insurans/pengendali dan meminta mereka memberi maklumbalas terhadap semua aspek aduan/pertanyaan. Setelah siasatan dan kajian semula itu selesai, penyiasat akan menyediakan dan menghantar laporan keputusan siasatan kepada pengguna. Sekiranya difikirkan wajar, kes akan dirujuk kepada Unit Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut, yang mungkin boleh mengenakan tindakan denda/penalti pentadbiran.

Kebanyakan aduan yang dibuat terhadap syarikat insurans melibatkan:

kelewatan menyelesaikan tuntutan pertikaian mengenai amaun tuntutan yang ditawarkan kelewatan dalam urusan surat menyurat menolak tuntutan/liabiliti disebabkan syarat-syarat polisi pembatalan polisi/sijil.

Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

Bank Negara Malaysia telah menubuhkan beberapa agensi bagi memenuhi keperluan pengguna melalui penubuhan Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB) yang berfungsi sebagai alternatif kepada mahkamah, untuk

menyelesaikan pertikaian di antara pengguna dan penyedia perkhidmatan kewangan. FMB adalah sebuah organisasi bebas - organisasi tidak berorientasikan keuntungan, yang diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan, yang disokong oleh ahli-ahlinya dengan levi tahunan, seperti yang ditentukan oleh Lembaga Pengurusan bagi menampung semua perbelanjaan Biro. Fungsi utama FMB ialah menyediakan saluran penyelesaian pertikaian yang bebas, mudah, cekap dan percuma.

Perantaraan ialah satu alternatif kepada proses pendakwaan mahkamah. Perantara menjadi pendamai kepada kedua-dua pihak iaitu pengadu dan institusi terbabit, melalui proses meneliti dan/atau menyiasat aduan yang diterima membabitkan isu dan pihak-pihak yang terlibat. Perantara juga perlu meneliti tentang keadaan, situasi dan isu-isu di luar amalan undang-undang dan industri bagi setiap kes yang disiasat. Perantara boleh membincangkan hasil siasatan dengan salah satu atau kedua-dua belah pihak yang bertelagah apabila siasatan selesai. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju dengan jalan penyelesaian yang dicadangkan, perkara tersebut dianggap telah dapat diselesaikan.

Sekiranya kedua-dua pihak tidak mencapai jalan penyelesaian, perantara akan membuat keputusan berdasarkan:

o hasil siasatan dan kajian mengenai kes berkenaano amalan dalam industri berkaitan serta undang-undang yang berkaitano maklum balas yang diterima dari penyedia perkhidmatan kewangano maklumat/dokumen yang disediakan oleh pengaduo pemerhatian perantara keatas kes diluar ketetapan undang-undang atau amalan

industri bagi setiap aduan, tuntutan atau pertikaian.

Keputusan yang dibuat oleh perantara akan mengikat pihak institusi terbabit tetapi tidak ke atas pengadu. Pengadu mempunyai pilihan sama ada menerima keputusan perantara atau memanjangkan kesnya ke pihak lain (jika ada). Penubuhan biro ini adalah sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Pengguna Kebangsaan yang berperanan menyediakan perkhidmatan perantaraan di bawah satu bumbung untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. FMB mempunyai kakitangan yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi.

Bidang kuasa FMB telah diperluaskan kepada:

Aduan/pertikaianAmaun tuntutan

Amaun dipertingkatkan Amaun terdahulu

Insurans/Takaful Motor dan Kebakaran

Mak. RM200,000 Mak. RM100,000

Kerosakan Harta Pihak Ketiga

Mak. RM5,000 -tiada-

Lain-lain Mak. RM100,000 -tiada-

Pengecualian

FMB tidak akan memberi pertimbangan ke atas aduan, pertikaian atau tuntutan yang berkaitan dengan:

Harga produk Polisi-polisi berkaitan produk Perkhidmatan ahli Keputusan berkaitan kredit (diluluskan, ditolak & penjadualan semula

pinjaman) Kes penipuan (selain dari kes yang tidak melebihi RM25,000.00) Kes yang mempunyai tempoh masa atau melebihi 6 tahun Kes yang akan/telah dirujukkan ke mahkamah dan/atau timbang tara.

6.8 Persatuan-Persatuan Dalam IndustriPersatuan-persatuan yang wujud dalam industri adalah merupakan persatuan mandatori, yang dinyatakan secara khusus dalam Akta. Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful wajib menyertai atau melanggan persatuan-persatuan mandatori berkaitan sebelum mereka boleh memulakan aktiviti perniagaan. Jika pengendali tidak menyertai persatuan, denda/penalti yang dikenakan ialah sebanyak RM80,000 dan RM16,000 setiap hari, seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4(2)d dan 4(5) Akta Takaful, 1984.

Tujuan diwujudkan persatuan dalam industri adalah untuk memudahkan proses kawal selia diri (self regulation) dikalangan penggiat-penggiat industri. Ia juga memudahkan proses perantaraan di antara pihak berkuasa dan industri. Ia akan menjadi platform utama yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengawal industri.

No. Nama Persatuan Objektif Utama

1. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

Menggalakkan pembentukan struktur insurans yang kukuh di Malaysia.

Mengumpul dan menyebarkan maklumat dan statistik yang berkaitan dengan insurans am.

Membuat peraturan, undang-undang, tarif dan undang-undang kecil setelah dibincangkan dan mendapat persetujuan Ketua Pengarah Insurans (DGI) untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli persatuan.

Mengendali ‘kumpulan motor tidak berinsurans (unplaced motor pool) dan Persatuan Perlindungan Kebakaran.

Membantu dengan apa cara sekalipun yang termampu untuk mengurangkan kadar kerugian dan/atau kemalangan, dan mencegah jenayah.

Bekerjasama dengan persatuan takaful dalam usaha menggalakkan perkembangan yang sihat

dalam industri insurans dan takaful.

2. Persatuan Broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association - (MITBA)

Menggalakkan dan mewujudkan suasana perniagaan pembrokeran yang berdaya saing, dengan kerjasama dan panduan dari Ketua Pengarah Isurans.

Menjaga dan mewakili kepentingan ahli-ahli. Membuat catatan mengenai peristiwa,

kenyataan dan pendapat orang ramai yang boleh memberi kesan kepada ahli, dan menasihatkan mereka agar memperjuangkan kepentingan mereka dengan mengemukakan pendapat atau pandangan sekiranya difikirkan wajar.

Bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang serupa dengannya, didalam atau diluar negara.

Bekerjasama dengan mana-mana badan perundangan atau persatuan atau mana-mana badan yang serupa dengannya yang dilantik bagi tujuan pertimbangan, latihan, pindaan atau pengubahan mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan insurans.

3. Persatuan Penyelaras Kerugian Malaysia (Association of Malaysian Loss Adjusters - AMLA)

Menggalak pembentukan struktur penyelarasan kerugian yang dinamik, dengan kerjasama dan nasihat dari pihak berkuasa.

Menjaga dan mewakili kepentingan ahli dengan apa cara sekalipun, selaras dengan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang serupa dengannya, didalam atau diluar negara.

Menyebarkan maklumat yang bermanfaat kepada ahli, membuat perbandingan statistik dan menerbitkannya, menyiarkan mana-mana maklumat penting yang berkaitan dengan penyelarasan kerugian.

Bekerjasama dengan mana-mana badan perundangan atau persatuan atau mana-mana badan yang serupa dengannya yang dilantik bagi tujuan pertimbangan, latihan, pindaan atau pengubahan mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan penyelarasan kerugian.

4. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia - LIAM)

Menggalak dan mewakili kepentingan ahli syarikat dan industri insurans hayat.

Memberi khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya kepada ahli syarikat apabila diperlukan.

Mengedarkan maklumat yang memberi manfaat kepada ahli syarikat, membuat perbandingan statistik dan menerbitkannya, menyiarkan mana-mana maklumat penting yang berkaitan dengan insurans hayat.

5. Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Kewangan Malaysia (National Association of Malaysian Life Insurance and Financial Advisors (NAMLIFA)

Ditubuhkan pada tahun 1978 Sebuah persatuan untuk ejen-ejen insurans

hayat dan penasihat kewangan Malaysia. Menitikberatkan dan menjaga kepentingan ahli-

ahli yang terlibat dalam bidang penjualan insurans hayat dan pengurusan penjualan.

Menggalak dan meningkatkan tahap profesionalisma dikalangan ahli-ahlinya melalui kerjasama dengan lain-lain organisasi yang serupa dengannya.

6. Persatuan Aktuari Malaysia (The Actuarial Society of Malaysia - ASM)

Menggalakkan pengajian dan penyelidikan bidang aktuari dan kaitannya dengan aspek-aspek insurans hayat; manfaat persaraan pekerja, kewangan dan pelaburan.

Membantu pelajar yang ingin mendalami pengajian aktuari.

Menyediakan Jadual Kemortalan berdasarkan pengalaman kemortalan hayat yang diinsuranskan di Malaysia.

7. Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia (National Insurance Association of Malaysia - NIAM)

NIAM ditubuhkan pada 1973, terdiri dari 45 ahli syarikat. Untuk melayakkan diri menjadi ahli penuh, syarikat insurans mestilah sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Sisen (Cessions) dan Retrosisen (Retrocession) Pelaburan dalam MNRB Statistik dan tindakan pembetulan Bidang baru dalam insurans Insurans hayat Kumpulan pertukaran insurans semula Latihan dan pendidikan

8. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association -MTA)

Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah diperbadankan pada tahun 2003 dengan objektif utamanya untuk memajukan struktur perniagaan takaful (insurans Islam) yang terbaik di Malaysia dengan kerjasama dan khidmat nasihat dari Ketua Pengarah Takaful.

Menjaga dan mewakili kepentingan ahli syarikat dan industri takaful.

Memberi khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya kepada ahli syarikat apabila diperlukan.

Mengedarkan maklumat yang memberi manfaat kepada ahli syarikat, membuat perbandingan statistik dan menerbitkannya, menyiarkan mana-mana maklumat penting yang berkaitan dengan takaful.

Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain, samada dalam negeri atau luar negara, demi kepentingan bersama.

9. Biro Insurer Motor (Motor Insurers’ Bureau - MIB)

MIB telah ditubuhkan untuk membentuk suatu dana berpusat yang dikendalikan oleh penanggung insurans dimana mangsa kemalangan jalanraya mendapat bayaran pampasan dari dana berkenaan, sekiranya ia adalah mangsa ‘langgar lari’. Dalam kes ini, mangsa dinafikan haknya untuk mendapat bayaran pampasan dari pemandu kenderaan terbabit kerana:

Pemandu tidak mempunyai insurans Pemandu dan insuransnya tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, mangsa perlu mengemukakan bukti yang memuaskan dan memenuhi keperluan perundangan ketika membuat tuntutan.

10. Institut Insurans Malaysia (The Malaysian Insurance Institute - MII)

MII adalah satu-satunya institut latihan insurans sepenuh masa, yang mengendalikan kursus dan peperiksaan insurans peringkat asas dan lanjutan kepada mereka yang terlibat dalam industri insurans.

11. Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM)

Merupakan Institut latihan kewangan Islam sepenuh masa yang dilantik sebagai institut milik industri, menumpukan masa dan tenaga dalam membentuk individu dan eksekutif yang terlatih dan berkemahiran tinggi serta memiliki kepakaran yang diperlukan dalam industri kewangan Islam.

12. International Centre of Excellence in Islamic Finance (INCEIF)

Strategi utama INCEIF ialah membantu membangunkan industri kewangan Islam melalui galakan kajian penyelidikan oleh pensyarah dan juga pelajar. Bantuan penyelidikan juga diberikan melalui peruntukan kemudahan untuk menganalisa dan membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh industri kewangan Islam.

13. Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa - The International Syari`ah Research Academy - ISRA)

Penubuhan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa (ISRA) – kewangan Islam, bertujuan menggalakkan kajian penyelidikan gunaan dalam bidang Syariah dan kewangan Islam.

Akademi ini juga disifatkan sebagai gedung pengetahuan berkaitan fatwa atau pandangan Syariah, disamping menjalankan kajian mengenai isu-isu kontemporari dalam industri kewangan Islam. ISRA akan membantu dan menyumbang ke arah memperkasa pembangunan modal insan dalam bidang Syariah, menyediakan platform untuk penglibatan yang lebih besar di kalangan para pengamal kewangan, cendekiawan, pengawal selia, ahli akademik melalui penyelidikan dan dialog, dalam persekitaran domestik dan juga antarabangsa. Melalui penyelidikan perintis dan dialog intelektual yang mendalam, ISRA berhasrat untuk menggalakkan inovasi dan kedinamikan ke sempadan baru kewangan Islam. Adalah diharapkan melalui penyelidikan yang menyeluruh serta dialog, sikap saling menghormati dan memberi pengiktirafan akan muncul dalam komuniti industri kewangan Islam global.

14. Asean Retakaful International Limited (ARIL)

Asean Retakaful International (L) Limited (ARIL) telah diperbadankan pada 17hb Mei 1997 (10 Muharram 1418H) dan dilesenkan dibawah Akta Insurans Luar Pesisir 1990 di Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (Labuan International Offshore Financial Center - IOFC), Malaysia. Penubuhan ARIL menandakan kehadiran syarikat insurans semula Islam yang pertama di rantau berkenaan. Sejak dari itu, ia telah berkembang menjadi pengendali insurans semula yang memiliki kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan insurans semula takaful am dan takaful keluarga.

15. Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions - AAOFI)

Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) merupakan sebuah badan korporat autonomi Islam antarabangsa yang tidak berorientasikan keuntungan, yang berfungsi menyediakan laporan perakaunan, audit, pematuhan, etika dan standard Syariah untuk institut dan industri kewangan Islam. Program kelayakan profesional (terutamanya CIPA, -Shari`a Adviser and Auditor “CSAA”, dan program pematuhan korporat) kini dikendalikan oleh AAOIFI dalam usaha untuk meningkatkan asas modal insan dalam industri dan struktur pematuhan.

AAOIFI telah ditubuhkan mengikut Perjanjian Persatuan yang ditandatangani oleh institusi kewangan Islam pada 1 Safar, 1410H, bersamaan dengan 26 Februari, 1990 di Algiers. Kemudian, ia telah didaftarkan pada 11 Ramadan 1411H, bersamaan dengan 27 Mac, 1991 di Bahrain.

Sebagai sebuah organisasi bebas antarabangsa, AAOIFI disokong oleh ahli-ahli institusi (200 ahli dari 45 buah negara) termasuk bank-bank pusat, institusi kewangan Islam, dan para peserta lain dari perbankan Islam antarabangsa dan industri kewangan di seluruh dunia.

16. Kumpulan Takaful Global (Global Takaful Group - GTG)

Kumpulan Takaful Global (GTG) telah diperbadankan pada 21 Mei 2007. Sebelum ini, kumpulan takaful global hanyalah sebuah kumpulan tidak formal pengendali takaful dan pengendali takaful semula yang bergerak dibawah nama Kumpulan Takaful ASEAN (ASEAN Takaful Group - ATG).

ATG dibentuk pada 28 Oktober 1995 dengan objektif untuk meningkatkan kerjasama dikalangan pengendali takaful di Malaysia, Republik Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, dimana ahli asal terdiri dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Takaful Nasional Sdn Bhd, PT Asuransi Takaful Umum, PT Asuransi Takaful Keluarga, Insurans Islam Taib Sendirian Berhad dan Takaful IBB Berhad.

17. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board - IFSB)

Organisasi penetapan piawaian antarabangsa yang menggalak dan meningkatkan kekukuhan dan kestabilan industri perkhidmatan kewangan Islam telah mengeluarkan piawaian berhemat global dan prinsip panduan industri, yang juga meliputi perkhidmatan perbankan, pasaran modal dan sektor insurans. IFSB juga menjalankan penyelidikan, menyelaras inisiatif mengenai isu-isu berkaitan industri serta menganjurkan persidangan meja bulat, seminar dan persidangan untuk pengawal selia dan pihak berkepentingan industri.

PengenalanTakaful semula (Retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisma melalui perjanjian yang membolehkan pengendali takaful langsung yang dipanggil 'cedant' memindahkan atau menyerahkan sebahagian daripada risiko yang ditanggung kepada Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula yang lain. Objektif utama takaful semula adalah untuk mengurangkan pendedahan risiko dan liabiliti cedant sekiranya berlaku tuntutan. Konsep perkongsian ini akan membolehkan pengagihan

risiko yang lebih luas dan membolehkan Pengendali Takaful memanfaatkan sepenuhnya kelebihan peraturan bilangan jumlah besar. Kesimpulannya, takaful semula berperanan menyumbang kearah mengurangkan beban kewangan dana takaful.

A7.1 Definisi Takaful SemulaTakaful semula telah ditakrifkan di dalam pelbagai bentuk. Ia adalah "satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu balasan, seseorang itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah dilindungi di bawah kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai pengendali pihak ketiga." Oleh yang demikian, kontrak takaful semula adalah satu kaedah di mana pengendali mendapatkan pihak ketiga untuk melindunginya daripada kerugian atau liabiliti berdasarkan risiko sebenar perlindungan takaful asal.

7.1.1 Pandangan Syariah terhadap Takaful Semula

Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan takaful sebagai satu sistem insurans Islam, takaful semula (retakaful) juga telah diputuskan sebagai telah mematuhi keperluan Syariah, berasaskan penggunaan prinsip-prinsip takaful yang sama. Resolusi Akademi Fekah (Resolusi No.9 Disember 1985) OIC mengenai subjek ini adalah sebagaimana berikut:

‘... kontrak insurans komersil yang biasa digunakan oleh syarikat insurans komersial adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur utama risiko yang dilarang mengikut hukum Syariah. Alternatif bagi insurans dan insurans semula mestilah berasaskan kepada prinsip-prinsip insurans koperasi

A7.2 Prinsip-Prinsip Asas Takaful SemulaTakaful semula adalah suatu aturan di mana sebuah syarikat iaitu Pengendali Takaful Semula, bersetuju untuk membayar gantirugi kepada Pengendali Takaful iaitu syarikat pemberi (ceding company) atas semua atau sebahagian risiko utama takaful yang ditaja jamin oleh syarikat pemberi di bawah satu atau lebih kontrak takaful.  Walau bagaimanapun, takaful semula tidak melepaskan syarikat pemberi daripada liabilitinya terhadap peserta.

Dalam hal ini:

Peserta asal (pemegang sijil) tidak mempunyai sebarang hak terhadap Pengendali Takaful Semula dalam apa jua keadaan.

Sekiranya Pengendali Takaful Semula menjadi tidak solven (muflis), syarikat pemberi masih menanggung liabiliti di bawah terma-terma kontrak.

Sekiranya syarikat pemberi menjadi tidak solven (muflis), Pengendali Takaful Semula juga masih menanggung liabiliti di bawah terma-terma kontraknya.

Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai hak perundangan terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh peserta asal.

Berdasarkan dari definisi di atas, elemen-elemen penting takaful semula boleh diringkaskan seperti berikut:

Takaful semula adalah sama seperti takaful tetapi ia mempunyai kontrak yang berbeza dan berasingan daripada kontrak takaful yang asal. Kontrak takaful semula mengambil format kontrak takaful.

Takaful semula boleh menanggung sebahagian daripada risiko, tetapi tidak boleh lebih dari itu.

Kontrak takaful semula hendaklah melindungi risiko yang sama seperti perlindungan takaful yang asal.

Kedua-dua sijil takaful dan sijil takaful semula hendaklah wujud pada masa yang sama.

7.2.1 Keperluan Takaful Semula

Takaful semula adalah satu mekanisma pengurusan risiko yang kritikal yang perlu dihadapi oleh Pengendali Takaful bagi mencapai objektif berikut:

Memastikan keberkesanan penyebaran risiko. Melalui proses ini, pasaran takaful dan takaful semula akan dapat berkongsi pembangunan dan pertumbuhan pasaran, dan dalam masa yang sama ia melindungi pengendali takaful daripada pendedahan risiko yang melampau keatas liabiliti yang ditanggungnya.

Menyediakan kapasiti tambahan bagi Pengendali Takaful (penyerah) untuk menerima penyertaan risiko yang lebih besar dan kompleks yang mungkin melebihi keupayaan kewangan dan teknikal yang dimiliki.

Takaful semula mempunyai kesan penstabilan atau melicinkan aliran pendapatan dan kerugian sepanjang tempoh satu tahun, iaitu suatu tempoh yang agak panjang untuk mewujudkan kestabilan dan daya tahan kepada dana takaful.

Dengan kepelbagaian dan jumlah besar risiko yang ditanggung dalam portfolio mereka, Pengendali Takaful Semula boleh membuat analisa kajian penyelidikan kerana ia mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai risiko. Ia mampu melihat dari perspektif yang berbeza dan lebih menyeluruh atau perspektif makro, dan dalam kebanyakan kes ia mampu menilai risiko merentasi beberapa bidang kuasa yang berbeza. Maklumat yang unik ini boleh dikongsi dengan pengendali takaful bagi tujuan memastikan pengurusan risiko yang lebih cekap. Ini seterusnya akan membantu Pengendali Takaful memanfaatkan data yang ada bagi tujuan mereka-bentuk produk baru, penetapan kadar sumbangan, dan yang lebih penting, mampu mewujudkan amalan pengunderaitan yang lebih menyeluruh dan kompetitif.

Dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mereka miliki, Pengendali Takaful Semula mampu menyediakan tenaga pakar dalam bidang pengunderaitan, reka bentuk risiko kewangan, perkhidmatan aktuari, penyelesaian IT, mekanisma pemindahan risiko alternatif (alternative risk transfer mechanism), pengurusan tuntutan, pemasaran, dan lain-lain kepada Pengendali Takaful.

Demi menjaga amanah peserta, Pengendali Takaful bersedia melindungi dan menjaga dana takaful pada setiap masa dari terdedah kepada risiko buruk /tuntutan yang merugikan. Kepada peserta, keupayaan untuk membayar

tuntutan oleh pengendali adalah suatu jaminan. Pengendali Takaful perlu berusaha untuk memenuhi janji seperti yang dinyatakan dalam sijil tentang kesediaannya untuk berkongsi lebihan operasi takaful. Kemudahan dan kelebihan yang ada pada takaful semula akan membantu Pengendali Takaful berusaha ke arah mencapai objektif berkenaan.

7.2.2 Bidang kuasa Syariah mengenai Takaful Semula dengan Syarikat Insurans Semula

Insurans semula dalam perniagaan takaful di bawah prinsip-prinsip Islam dikenali sebagai takaful semula, suatu konsep insurans semula yang mematuhi dan diluluskan oleh Syariah. Pada peringkat awal perniagaan takaful, kemudahan insurans semula disediakan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional kerana:

Pengendali Takaful memiliki keupayaan yang terhad. Pengendali Takaful tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Tiada kemudahan takaful semula. Pengendali takaful semula adalah terhad. Pengendali Takaful Semula kekurangan modal. Pengendali Takaful Semula bertaraf  ‘A’ amat terhad.

7.2.3 Pepatah Undang-Undang (Legal Maxims) / Prinsip-Prinsip Syariah

Antara Pepatah Undang-undang yang sesuai dan boleh digunakan dalam urusniaga takaful semula adalah seperti berikut:

Legal Maxims Keterangan

Al Darurah Tubih Al Mahzurah’ Mengikut pendapat Ulama`, prinsip ini boleh digunakan sebagai suatu kelonggaran apabila wujud keadaan yang mendesak (darurat). Prinsip ini membenarkan umat Islam mengerjakan perkara yang dilarang dalam waktu biasa atau perbuatan yang menyalahi hukum Syariah.

Al Darurah Tuqaddaru Biqadariha’ Prinsip ini menyatakan bahawa Pengendali Takaful boleh menginsuranskan risiko yang ditanggungnya dengan syarikat insurans semula konvensional hanya pada bahagian risiko yang tidak dapat ditakafulkan dengan Pengendali Takaful Semula.

Ma Ubiha Li Al Darurah Yataqaddaru Biqadariha`

Prinsip ini menyatakan bahawa setakat mana had tindakan tersebut boleh dilakukan.  Ini bermaksud bahawa walaupun Ulama` membenarkan melakukan perkara yang terlarang dalam waktu darurat, tetapi ia hendaklah tidak melampaui batas.

‘Ma Jaza Li Uzrin Batala Bi Prinsip ini menyatakan bahawa perkara yang

Ziwallihi’. dibolehkan disebabkan darurat tidak lagi dibenarkan apabila keadaan darurat telah tiada. Apabila tiada darurat, undang-undang Syariah akan kembali digunakan, yang bermaksud `takaful semula dengan syarikat insurans konvensional tidak dibenarkan’.

7.2.4 Garis Panduan untuk Pengendali Takaful Mengurus Takaful Semula dengan Syarikat Insurans Semula Konvensional

Kerjasama dalam urusniaga insurans semula dengan penanggung reinsurans konvensional tidak akan menjejaskan kedudukan kewangan dan ketidakstabilan sistem kewangan negara-negara Islam.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada Pengendali Takaful Semula sekiranya ada kemudahan tersebut.

Pakar-pakar Pengendali Takaful Semula perlu bertindak dengan berhati-hati dalam menentukan kuantum liabiliti yang akan dilindungi.

Pengendali Takaful perlu mengkaji semula keperluan takaful semula setiap tahun dan berusaha seboleh mungkin mengurangkan penggantungan dengan reinsurans konvensional.

Pengendali Takaful hendaklah menyatakan secara jelas syarat-syarat pengecualian dari membayar atau menerima sebarang bayaran yang mengandungi elemen faedah/bunga dari reinsurans konvensional.

Apabila kedudukan rezab kewangan mengizinkan dan terdapat  Pengendali Takaful semula baru mula memasuki pasaran, penggantungan kepada reinsurans konvensional hendaklah ditamatkan.

Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila risiko yang dilindungi tidak diterima oleh Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula.

Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menerima risiko berkenaan.

A7.3 Jenis-Jenis Takaful SemulaSecara umumnya terdapat dua jenis takaful semula iaitu fakultatif dan triti. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua: Triti Proposional dan Triti Bukan Proposional. Triti proposional boleh dikategorikan kepada tiga jenis: kongsi kuota (quota-share), surplus dan fakultatif obligatori. Begitu juga, triti bukan proposional boleh dibahagikan kepada dua jenis; lebihan kerugian (excess of loss) dan  kerugian tersukat (stop loss).

Perniagaan takaful semula dikategorikan mengikut jenis perniagaan iaitu Takaful Semula Am dan Takaful Semula Keluarga. Dalam Takaful Semula Am, terdapat pengendali yang hanya menyediakan kemudahan takaful semula untuk kelas tertentu sahaja. Sebagai contoh, terdapat pengendali yang menawarkan takaful semula triti proposional, sementara pengendali lain menerima triti bukan proposional sahaja. Di seluruh dunia, hanya terdapat beberapa Pengendali Takaful Semula kerana ciri-ciri perniagaan yang begitu khusus, di

samping memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan takaful semula.

Pengendali Takaful Semula berkenaan menawarkan perkhidmatan mereka mengikut pembahagian rantau tertentu di samping di peringkat antarabangsa, dengan pejabat-pejabat yang terletak di pusat-pusat perdagangan dan luar pesisir utama. Contohnya, sindiket insurans Lloyds di London mempunyai keupayaan menyediakan perkhidmatan takaful semula untuk pasaran antarabangsa.

Satu lagi komponen penting dalam pasaran takaful semula adalah broker. Perkhidmatan broker profesional takaful semula biasanya digunakan untuk membantu pengendali takaful mencari dan merundingkan program takaful semula yang paling efektif.

Gambar rajah berikut memberikan gambaran menyeluruh tentang jenis-jenis takaful semula yang terdapat dipasaran:

Carta Aliran Takaful Semula dan Insurans Semula

7.3.1 Takaful Semula Fakultatif

Fakultatif adalah satu bentuk takaful semula di mana kontrak dirundingkan bagi sijil takaful atau perlindungan takaful tertentu. Kontrak ini biasanya memerlukan penyertaan kerana risiko atau perlindungan adalah besar atau luar biasa, dan Pengendali Takaful biasanya begitu berhati-hati berhadapan dengan pendedahan risiko yang sedemikian rupa.

Syarikat mengesid (pengendali asal) boleh menawarkan kesemua atau sebahagian dari risiko kepada mana-mana syarikat takaful semula dan syarikat takaful semula tersebut bebas untuk memutuskan sama ada untuk menerimanya atau tidak.

Takaful semula jenis ini biasanya akan digunakan bagi membolehkan syarikat mengesid/memindahkan sebahagian besar risiko merbahaya di mana skop perlindungannya diluar kemampuan kontrak triti.

Ini merujuk kepada kaedah di mana sesuatu risiko (kes demi kes) diserahkan kepada takaful semula dan sebahagian daripada sumbangan takaful yang asal akan dibayar kepada takaful semula mengikut peratusan pegangan. Biasanya komisen tertentu akan dikenakan ke atas Pengendali Takaful Semula.

Pengendali Takaful Semula mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak tawaran risiko berkenaan.

Di bawah ini ialah ilustrasi penempatan risiko yang dibuat menggunakan kaedah takaful semula fakultatif:

Pengendali Takaful X bercadang untuk menerima cadangan perlindungan bernilai RM10 juta

Pengendali Takaful X mengekalkan RM1 juta Baki yang perlu disidkan ialah RM9 juta Sumbangan (contribution) takaful asal ialah RM10,000

Takaful / Takaful Semula

Amaun perlindungan / Kongsi Risiko (RM)

% PeganganPegangan Sumbangan (contribution)(RM)

Pengendali Takaful X

1,000,000 10 %1,000

Pengendali Takaful Semula A

2,700,000 27 %2,700

Pengendali Takaful Semula B

4,500,000 45 %4,500

Pengendali Takaful Semula C

1,800,000 18 %1,800

Jumlah 10,000,000 100 % 10,000

7.3.2 Takaful Semula Triti

Triti adalah suatu perjanjian tahunan yang dibuat secara bertulis di antara Pengendali Takaful Langsung (pejabat pengesid) dan Pengendali Takaful Semula (pejabat penerima), di mana Syarikat Takaful Semula (penerima) secara automatik akan menerima apa-apa penyerahan hak/bahagian perlindungan yang termasuk dalam syarat-syarat perjanjian.

Sisen (cession) ialah sejumlah unit/amaun takaful yang dipindahkan kepada Pengendali Takaful Semula. Perjanjian (triti) ini akan berkuatkuasa untuk tempoh masa tertentu dan tertakluk kepada sekatan kepada jenis risiko atau nilai yang terlibat. Perjanjian itu menyediakan kemudahan secara automatik, iaitu telah dipersetujui lebih awal dan biasanya rundingan hanya perlu diadakan setiap tahun pembaharuan.

Kaedah takaful semula ini biasanya dikendalikan berasaskan 'portfolio', iaitu mana-mana nilai risiko yang melebihi had bendungan (retention limit) Pengendali Takaful akan memindahkannya (cede) kepada Pengendali Takaful Semula. Biasanya dalam tempoh setahun perjanjian, semua risiko dalam portfolio yang dipersetujui akan dipindahkan dan

secara automatik akan diterima oleh Pengendali Takaful Semula. Urusan perakaunan yang berkaitan dengan portfolio ini akan disediakan dan dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian triti ini setiap suku tahunan.

Perbezaan ketara antara fakultatif dan triti ialah dalam fakultatif, risiko dipindahkan mengikut kes (case to case basis) sementara triti pula merujuk kepada program takaful semula secara pukal (wholesale) yang disidkan dalam tempoh tertentu yang telah dipersetujui. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu proposional dan bukan proposional.

7.3.3 Triti Proposional

Dalam takaful semula proposional, amaun yang dibendung dan amaun yang disidkan mewakili nisbah tertentu jumlah perlindungan asal yang diterima oleh pejabat mengesid dan sumbangan/premium yang diterima oleh pejabat pengesid akan dikongsi dalam kadar yang sama. Begitu juga, pembayaran tuntutan akan dikongsi bersama oleh pejabat mengesid dan Pengendali Takaful Semula dalam kadar yang sama.

a. Kongsi Kuota (Quota Share)

Merujuk kepada perjanjian triti di mana pejabat mengesid terikat untuk memindahkan risiko dan Pengendali Takaful perlu menerima bahagian yang ditetapkan bagi setiap risiko dalam portfolio risiko yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Perjanjian ini ditetapkan dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh, sekiranya pejabat mengesid mengambil 20%, syarikat takaful semula akan mengambil baki 80%. Caruman takaful semula dikongsi secara nisbah sumbangan takaful asal dan setelah mengambil kira kadar komisen yang dipersetujui. Begitu juga dengan liabiliti tuntutan, ia akan dikongsi megikut bahagian masing-masing.

Kaedah pengendalian seperti ini biasanya digunakan oleh Pengendali Takaful baru yang tidak mempunyai rekod takaful semula atau mempunyai pengalaman tuntutan yang buruk. Dengan cara ini, risiko yang baik dan risiko buruk dapat dikongsi bersama bagi mengelakkan anti-pemilihan.

Syarikat mengesid mesti memindahkan risiko dan Pengendali Takaful Semula mesti menerima bahagian yang dipersetujui bagi setiap risiko yang diambil oleh syarikat mengesid. Syarikat mengesid tidak boleh membendung semua risiko, tidak kira betapa kecil jumlah yang dilindungi.

Triti digunakan dalam keadaan berikut:

apabila ia melibatkan perniagaan baru yang amat memerlukan perlindungan takaful semula pada tahun-tahun awal perlindungan disebabkan kekurangan pengalaman dan kedudukan kewangan tidak mengizinkan.

apabila surplus/lebihan milik syarikat mengesid mengalami kemerosotan yang ketara.

untuk mencapai skala ekonomi sewajarnya dalam pengendalian

takaful semula.

b. Surplus/lebihan

Pengendali Takaful Semula Triti berhak untuk berkongsi apa-apa risiko lebihan yang diterima oleh pejabat mengesid, iaitu surplus yang melebihi had bendungan pejabat mengesid sehingga ke had triti. Had kapasiti triti ditunjukkan dalam bentuk lini (lines), dimana satu lini menandakan bendungan risiko syarikat mengesid. Oleh itu, triti sepuluh lini bermaksud jumlah keseluruhan kapasiti kasar syarikat mengesid ialah sebelas kali ganda berbanding dengan amaun yang dibendung.

Melalui kaedah ini, Pengendali Takaful (cedant) akan menyerahkan surplus/lebihan keseluruhan risiko yang melebihi had bendungan kepada pengendali takaful semula, sementara  pejabat mengesid hanya menanggung risiko dengan nilai yang lebih kecil. Sumbangan takaful semula yang diserahkan kepada Pengendali Takaful Semula adalah seimbang dengan sumbangan asal takaful, setelah ditolak komisen untuk pejabat mengesid. Bayaran komisen dikenakan untuk menampung kos pengambilalihan oleh pejabat pengesid.  Menggunakan kaedah yang sama, liabiliti tuntutan dibayar mengikut bahagian masing-masing. Di samping itu, perkongsian surplus yang digelar 'komisen keuntungan' dana takaful semula juga dimasukkan dalam triti.

7.3.4 Triti Bukan Proposional

Triti ini hanya akan berfungsi apabila amaun tuntutan melebihi had yang ditetapkan oleh pejabat pengesid. Pejabat pengesid dan Pengendali Takaful Semula tidak berkongsi setiap kerugian dalam kadar yang tetap, malah mungkin sebahagian kerugian tidak dikongsi sama sekali. Syarikat mengesid akan bertanggungjawab bagi semua kerugian dibawah had amaun kerugian, sementara Pengendali Takaful Semula akan bertanggungjawab membayar baki pampasan yang melebihi had yang dinyatakan, biasanya untuk had kerugian tertinggi.

Ia merujuk kepada satu persetujuan dimana pejabat pengesid akan menggunakan teknik lindung nilai yang meletakkan had tuntutan, terutamanya terhadap kerugian akibat bencana. Tidak seperti triti proposional, kaedah bukan proposional membolehkan pejabat pengesid memindahkan (ceding) jumlah kerugian sahaja, berbanding dengan mengesidkan risiko dibawah kaedah proposional. Kaedah ini menjadi lebih berkesan apabila jumlah kerugian bersih yang ditanggung oleh pejabat pengesid disebabkan oleh satu kes kerugian besar atau beberapa siri kerugian yang melebihi had yang dipersetujui dibawah triti. Caruman takaful semula yang dipanggil Sumbangan Deposit Minimum MDC) yang dikenakan di bawah takaful semula bukan proposional tidak berasaskan kepada sumbangan takaful asal tetapi berdasarkan kepada struktur penentuan harga yang mengambil kira pengalaman kerugian dan anggaran jumlah sumbangan tahunan bagi kelas perniagaan berkaitan untuk tempoh tiga tahun yang lalu.

Terdapat dua jenis triti bukan proposional iaitu:

a. Lebihan Kerugian

Pejabat pengesid membayar pampasan bagi setiap tuntutan dan setiap risiko sehingga mencapai had yang ditetapkan, sementara Pengendali Takaful Semula membayar jumlah tuntutan yang melebihi had tersebut sehingga ke had jumlah tertentu. Urusan takaful semula dikendalikan dalam bentuk lapisan (layers) dengan penetapan pelbagai had dan deduktibel. Ia mungkin boleh diseleggarakan dalam bentuk akaun menyeluruh atau akaun berasingan mengikut kelas perniagaan.

b. Kerugian Tersukat (Stop Loss)

Triti lebihan nisbah kerugian juga dikenali dengan nama triti stop loss.  Triti ini direka bentuk untuk menghalang turun naik yang drastik dalam nisbah tuntutan portfolio tertentu dalam tempoh satu tahun kewangan. Contohnya, jika akaun takaful kebakaran mencatatkan nisbah kerugian 60% untuk beberapa tahun yang lalu dan pihak syarikat menetapkan objektif untuk menghalang nisbah tersebut terus meningkat sehingga ketahap 90% dalam tahun-tahun tertentu, maka pihak syarikat akan membeli polisi perlindungan lebihan nisbah kerugian pada tahap 90% sehingga 120%.

Perlindungan ini direka untuk menghalang turun naik dalam nisbah tuntutan. Ia melindungi Pengendali Takaful terhadap agregat jumlah tuntutan sepanjang tempoh tertentu yang biasanya sepanjang tempoh perjanjian, agar tidak melebihi peratusan yang ditetapkan berbanding dengan jumlah sumbangan takaful. Takaful semula lebihan nisbah kerugian tidak melindungi tuntutan individu. Kaedah kawalan lebihan nisbah kerugian melindungi pejabat pengesid dari kemungkinan jumlah keseluruhan nisbah kerugian melebihi had amaun tertentu yang telah ditetapkan atau peratusan tertentu jumlah sumbangan takaful dari kelas perniagaan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya nisbah kerugian portfolio perniagaan melebihi had yang dipersetujui, katakan 120%, maka takaful semula akan membayar lebihan itu sehingga ke had lain yang dipersetujui, katakan 160%. Pada dasarnya, takaful semula lebihan nisbah kerugian dirangka bagi tujuan melindungi Pengendali Takaful dari pendedahan baki bersih terhadap pengalaman tuntutan yang merugikan.

7.3.5 Retrotakaful

Risiko takaful semula sama seperti risiko takaful, iaitu ia perlu diurus dan dilindungi oleh Pengendali Takaful Semula melalui pelbagai mekanisma yang terdapat di pasaran. Dalam hal ini, Pengendali Takaful Semula perlu mempunyai program retrotakaful yang sesuai dengan kaedah proposional dan bukan proposional. Berdasarkan dari perkembangan semasa dan disebabkan ketidakcukupan kapasiti retrotakaful, sebahagian besar daripada risiko retrotakaful dipindahkan ke pasaran konvensional, sehinggalah apabila pasaran takaful semula telah berkembang maju sepenuhnya dan menyeluruh.

7.4 Fungsi Takaful Semula Fleksibiliti

Tanpa takaful semula, Pengendali Takaful hanya akan menerima risiko dalam jumlah dan jenis yang mereka mampu menanganinya berdasarkan dari sumber-sumber yang mereka ada. Ini akan menghadkan perkhidmatan yang boleh disediakan kepada orang ramai dan juga akan menimbulkan kesukaran kepada pelanggan.

Pengembangan

Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada pengendali dalam bidang di mana pengendali mempunyai pengalaman, kepakaran atau pengetahuan yang terhad. Dengan memberikan kemudahan ini dan menerima sebahagian atau semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu pengendali memperkenalkan dan mengembangkan barisan produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Penghimpunan

Pengendali tidak dapat menanggung kerugian atas beberapa risiko yang berbeza yang terhasil daripada satu kejadian atau peristiwa. Sebagai contoh, pengendali mungkin boleh melindungi sekumpulan individu yang bekerja dibeberapa buah syarikat dan lokasi tempat kerja yang berbeza pada satu-satu masa, dan mungkin mereka menaiki kapal terbang yang sama. Jika kapalterbang terhempas dan semua penumpang terbunuh, tuntutan yang perlu dibayar mungkin jauh melebihi kerugian maksimum yang telah ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu pengendali menghadkan kerugian kepada suatu jumlah yang mampu ditanggung oleh pengendali berkenaan.

A7.5 Pengurusan Risiko Di Bawah Takaful Semula 7.5.1 Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula (BNM/RH/GL/004-12)

Demi memastikan perniagaan takaful semula dapat berkembang maju sejajar dengan pertumbuhan perniagaan takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggubal satu rangka kerja kawal selia (Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula (BNM/RH/GL/004-12) untuk Pengendali Takaful Semula seperti berikut:

Rangkakerja Kawalan Pengendali Takaful Semula

Keterangan/Catatan

Kekukuhan kedudukan kewangan dan Fleksibiliti Kewangan

Pemohon mesti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, sokongan modal yang memuaskan dan berupaya mencatat rekod keuntungan operasi yang menggalakkan untuk memastikan Pengendali Takaful semula baru yang dicadangkan mampu menyediakan jaminan perlindungan dan komitmen berterusan terhadap operasi takaful semula di Malaysia;

Pemohon perlu mempunyai gabungan modal berbayar dan lebihan sekurang-kurangnya USD100 juta dan mencapai taraf kedudukan antarabangsa atau penarafan yang baik dari agensi penarafan yang diiktiraf.

Pengalaman dalam bidang takaful/takaful semula

Pemohon perlu mempunyai pengalaman mengendali pelbagai jenis perniagaan takaful semula. Pertimbangan sewajarnya akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepakaran teknikal tertentu yang boleh memberi manfaat kepada pasaran takaful Malaysia dan rantau ini.

Kemampuan untuk menyumbang kearah agenda nasional

Pemohon mestilah dapat menunjukkan bahawa Pengendali Takaful Semula yang dicadangkan boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan industri takaful dan seterusnya menyokong usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan dan Bank untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang bercadang untuk menubuhkan takaful semula di Malaysia dan menjadikannya sebagai pusat perniagaan takaful semula serantau atau antarabangsa; dan

Pemohon juga dikehendaki menyediakan pelan perancangan kearah memindahkan pengetahuan teknikal kepada pasaran takaful tempatan dan mengoptimumkan bakat tempatan dalam pengurusan syarikat.

Daya maju operasi di Malaysia Pelan perniagaan Pengendali Takaful Semula

yang dicadangkan penubuhannya di Malaysia perlu menunjukkan daya maju dalam tempoh 5 tahun berdasarkan unjuran yang realistik.

7.5.2 Kapasiti Pembendungan (Retention Capacity)

Semua Pengendali Takaful mesti mempunyai had pembendungan (retention limit) kerana adalah penting untuk menetapkan had liabiliti demi melindungi modal, keuntungan, dan juga mampu terus membayar dividen yang munasabah. Yang paling penting ialah dapat menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam aset bebas (keuntungan modal dan keuntungan terkumpul) supaya dapat menyokong pertambahan dalam sumbangan/premium.

Pembendungan ditakrifkan sebagai "had liabiliti yang biasanya dinyatakan dalam bentuk amaun kewangan, yang ditanggung oleh Pengendali Takaful dalam akaun bersih selepas takaful semula". Ia juga boleh ditakrifkan sebagai 'jumlah maksimum yang mampu dibayar oleh Pengendali Takaful disebabkan kerugian atas sijil, risiko atau kumpulan risiko. Oleh itu, pembendungan akan melibatkan risiko tunggal atau siri risiko, atau kerugian tunggal atau siri kerugian.

Proses penetapan had pembendungan melibatkan beberapa faktor. Had pembendungan ditetapkan berdasarkan kelas perniagaan secara berasingan (keluarga, kebakaran, kemalangan, marin, penerbangan dan lain-lain) dan dalam setiap kelas perniagaan terdapat beberapa sub-bahagiannya.  Ia juga mungkin ditetapkan berdasarkan jumlah pembendungan keseluruhan berbanding dengan gabungan portfolio pelbagai kelas. Walaupun faktor-faktor yang menentukan had pembendungan telah menjadi pengetahuan umum, Pengendali Takaful boleh menggunakan nilai yang berbeza bagi setiap faktor dan seterusnya menghasilkan keputusan yang berbeza juga. Oleh itu, adalah penting untuk menetapkan had pembendungan optimum untuk setiap Pengendali Takaful, bukannya had pembendungan yang paling tepat. Had pembendungan optimum boleh membantu Pengendali Takaful meyediakan rangka kerja untuk mencapai objektif tertentu korporat. Oleh itu, jika terdapat dua Pengendali Takaful dengan portfolio yang sama tetapi mempunyai matlamat korporat yang berbeza, besar kemungkinan mereka mempunyai had pembendungan yang berbeza.

Tujuan utama Pengendali Takaful menetapkan had pembendungan adalah untuk mengawal keadaan turun naik dalam: (a) nisbah kerugian, (b) pendapatan perniagaan, atau (c) aliran tunai. Mana-mana Pengendali Takaful akan berhadapan dengan pilihan pengunderaitan samada mengunderait sebanyak mungkin risiko atau meminimumkan risiko. Dengan mengunderait risiko yang lebih tinggi, pengendali akan berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi; tetapi jika pengendali tidak berbuat demikian, ia mampu untuk mengunderait lebih banyak kes. Oleh itu, pengendali mesti menetapkan tahap pembendungan atau kapasiti pada tahap yang optimum.

Dalam usaha menentukan had keupayaan pembendungan bagi setiap pengendali, perkara yang juga perlu diberi perhatian ialah pengalaman tuntutan. Selain daripada memberi kesan kepada jumlah pembendungan dan nisbah pendapatan caruman kasar, ia juga akan memberi kesan kepada kos dan/atau amaun takaful semula yang Pengendali Takaful Semula bersedia untuk menawarkannya. Juga, semakin kurang pengalaman tuntutan, sepatutnya semakin konservatif polisi pembendungannya. Ini adalah kerana tahap ketepatan yang boleh dicapai dalam menganggarkan kos tuntutan masa depan mempunyai kaitan langsung dengan jumlah data yang didapati mengenai kekerapan dan ketenatan sesuatu tuntutan.

Cara termudah untuk mengukur pengalaman tuntutan ialah melalui nisbah tuntutan, iaitu nisbah kos tuntutan yang dibayar untuk tempoh tertentu dibahagikan dengan pendapatan caruman/sumbangan bagi tempoh yang sama. Nisbah boleh diukur sama ada untuk akaun kasar atau caruman takaful semula bersih dan mendapatkan kembali tuntutan. Dengan mengira nisbah tuntutan kasar atau bersih, kita akan mendapati bahawa tahap turun naik kos tuntutan berbanding dengan pendapatan dari caruman/sumbangan, dan sejauh mana berkesannya pengendali menguruskan takaful semula untuk mengurangkan kadar turun naik akaun pembendungan, berbanding dengan akaun kasar.

Menurut kajian yang dijalankan, 'saiz relatif turun naik dalam nisbah tuntutan kasar dari masa ke masa akan cenderung untuk berubah dengan saiz akaun seperti yang diukur oleh pendapatan premium (sumbangan).' Ringkasnya, semakin kecil pendapatan sumbangan/premium kasar, semakin rendah kapasiti pembendungan.

Kesimpulannya, strategi korporat Pengendali Takaful memainkan peranan penting dalam menentukan keupayaan pembendungan pengendali. Pengurusan Pengendali Takaful berbeza dalam falsafah, pandangan, pengalaman, pengetahuan dan juga sikap terhadap risiko.

PENGANTARA TAKAFUL

8.0 PengenalanPengantara takaful adalah seseorang yang menjalankan perniagaan takaful atau memujuk pelanggan berpotensi untuk menandatangani kontrak takaful dengan Pengendali Takaful. Mereka juga dikenali sebagai ejen takaful dan broker takaful.

Ejen merupakan wakil Pengendali Takaful dalam hubungan ejen-prinsipal, yang dilantik mengikut kelaziman undang-undang. Ikatan utama ejen ialah hubungannya dengan Pengendali Takaful, bukan dengan peserta takaful. Seorang ejen takaful mewakili Pengendali Takaful dan tugas utamanya ialah mempromosikan pelan atau produk takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful yang diwakilinya.

Broker secara umumnya tidak mempunyai perjanjian kontrak dengan Pengendali Takaful dan hubungannya bergantung kepada kaedah umum/langsung bagi menyempurnakan urus niaga dengan Pengendali Takaful. Ia memberi impak positif dan bermanfaat terhadap rundingan perniagaan takaful yang diperolehi

melalui broker. Broker takaful menyediakan pelbagai perkhidmatan profesional pembrokeran takaful yang komprehensif dalam membantu bakal pelanggan mengenai bagaimana untuk menjadikan sumbangan/premium yang dibayar lebih kos efektif dan dalam masa yang sama dapat menikmati perlindungan maksimum. Berlainan dengan ejen, broker takaful mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang pelan takaful yang paling sesuai. Penasihat kewangan ialah pihak bebas yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan.

Penasihat kewangan adalah seorang profesional yang menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Ia mungkin melibatkan khidmat nasihat pelaburan yang merangkumi perancangan persaraan, nasihat mengenai pelan takaful keluarga dan lain-lain seperti perlindungan pendapatan, penyakit kritikal, dan/atau nasihat mengenai gadai janji, kewangan serta kemudahan pinjaman.

Perancang kewangan atau perancang kewangan peribadi adalah seorang yang profesional dalam membantu orang ramai berurusan dengan pelbagai isu-isu kewangan peribadi melalui perancangan yang rapi dan meliputi bidang-bidang utama seperti pengurusan aliran tunai, perancangan pendidikan, perancangan persaraan, perancangan pelaburan, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan cukai dan zakat, perancangan harta dan wakaf serta perancangan penerusan perniagaan (bagi pemilik perniagaan).

Pengantara Takaful seperti ejen, broker atau perancang kewangan perlu mempunyai kemahiran dan memiliki ciri-ciri berikut:

Pengetahuan yang mendalam mengenai produk insurans dan/atau produk takaful. Memahami kehendak dan keperluan pelanggan. Memastikan pelanggan memahami apa yang dibeli atau sertai. Tidak mengamalkan jualan paksa atau membuat bermacam-macam janji. Menjelaskan fakta, bukan memaksa atau mengugut. Memberi perkhidmatan berkualiti dan menepati masa.

8.1 Perkembangan Pengantara TakafulSistem Kewangan di Malaysia

Sistem perbankan yang terdiri dari bank perdagangan, bank pelaburan dan bank-bank Islam adalah penggerak utama dana kewangan dan sumber terpenting pembiayaan bagi menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi di Malaysia. Pengantara kewangan bukan bank seperti institusi pembangunan kewangan, dana simpanan wang dan dana persaraan syarikat-syarikat insurans/pengendali takaful telah membantu menyempurnakan peranan institusi perbankan dalam menggerakkan fungsi dana simpanan serta memenuhi

keperluan kewangan dalam sistem ekonomi Malaysia.

Didalam struktur monetari dan kewangan negara, Bank Negara Malaysia (BNM) berada dikedudukan yang paling atas. Objektif utama BNM adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan yang membantu kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia. Fungsi utama BNM seperti yang termaktub dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang baru dikuatkuasakan, antara lain ialah:

merangka dan melaksanakan dasar monetary negara mengawal dan menyelia aktiviti institusi kewangan yang tertakluk dibawah

undang-undang yang dikuatkuasakan oleh BNM menggalakkan pertumbuhan sistem kewangan yang kukuh, progresif dan

menyeluruh bertindak sebagai penasihat kewangan, penasihat bank dan ejen kewangan

kerajaan.

Untuk mencapai mandat yang diberikan, BNM diberi kuasa dibawah pelbagai bidang perundangan untuk mengawal dan menyelia institusi perbankan dan pengantara kewangan bukan-perbankan termasuk aktiviti kewangan yang berkaitan dengan takaful.

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat pada April 2009 mengenai langkah-langkah liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan yang merangkumi pengeluaran lesen baru dan peningkatan had equity asing, terdapat mina yang mendalam dikalangan institusi kewangan antarabangsa untuk menjalankan operasi perniagaan mereka di Malaysia. Langkah-langkah liberalisasi ini bertujuan memperkukuhkan jalinan hubungan ekonomi Malaysia dengan sektor ekonomi negara-negara lain, serta meningkatkan peranan sektor kewangan sebagai penggerak utama dan pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Kewangan Islam merujuk kepada sistem kewangan yang meliputi Perbankan Islam, Pasaran Wang Antara Bank Islam, Takaful dan Retakaful, Pasaran Modal Islam dan Pengurusan Harta Islam yang kesemuanya mematuhi undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang mengawal kewangan Islam adalah perkongsian risiko dan perkongsian keuntungan dikalangan pihak-pihak yang terlibat, jaminan keadilan untuk semua dan semua transaksi adalah berasaskan aktiviti perniagaan atau aset dasar.

Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras kewangan Islam di mana aktiviti-aktiviti yang memupuk semangat keusahawanan, perniagaan dan perdagangan serta usaha murni dalam membangunkan masyarakat adalah digalakkan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan dagangan spekulatif (gharar) adalah dilarang.

A8.2 Kepentingan Pengantara TakafulEjen takaful keluarga menjalankan urusniaga produk takaful keluarga sementara ejen takaful am mempromosikan produk takaful am. Semua ejen takaful adalah mewakili prinsipalnya iaitu pengendali takaful dan fungsi tugas mereka ialah:

Mempromosikan produk takaful bagi pihak pengendali takaful; Menerangkan ciri-ciri produk/pelan takaful kepada bakal pelanggan; dan Memberi perkhidmatan berkaitan pengeluaran, pembaharuan atau kesinambungan

mana-mana sijil takaful.

Broker takaful dilantik oleh pelanggan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

Membantu pelanggan mendapatkan dan memperbaharui perlindungan takaful dari pengendali takaful; dan

Memberi khidmat nasihat dan mencadangkan pelan/produk perlindungan takaful yang paling sesuai dan memenuhi kehendak pelanggan serta memberitahu syarat-syarat yang ditawarkan oleh pengendali takaful.

Penasihat kewangan dilantik oleh pelanggan untuk melaksanakan fungsi tugas berikut:

Membantu pelanggan mengendali dan mengekalkan imbangan pendapatan pelaburan, keuntungan modal dan tahap risiko yang boleh diterima dengan menggunakan peruntukan aset yang betul.

Menggunakan saham atau stok, sukuk dan bon, dana bersama, amanah pelaburan hartanah (REIT), opsyen, niaga hadapan, nota, dan produk takaful untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Penasihat kewangan menerima bayaran komisen bagi pelbagai produk kewangan yang mereka pasarkan walaupun bayaran 'berasaskan fi' semakin popular dalam industri perkhidmatan kewangan.

Perancang kewangan dilantik oleh pelanggan untuk melakukan tugas-tugas berikut:

Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh profesional ini lebih dikenali sebagai perancangan kewangan peribadi.

Ketika melaksanakan fungsi tugas perancangan, dia dipandu oleh proses perancangan kewangan untuk mewujudkan satu pelan kewangan; strategi terperinci yang disesuaikan dengan keperluan unik pelanggan bagi memenuhi matlamat khusus yang telah ditetapkan.

Aspek utama penentu kejayaan perancang kewangan ialah memikirkan semua soalan-soalan, maklumat dan bentuk nasihat kerana ia akan memberi impak dan kesan keatas seluruh kehidupan dan keadaan kewangan pelanggan.

Pengantara biasanya dibayar komisen atau yuran (seperti yuran pembrokeran untuk broker dan yuran nasihat kewangan atau yuran perancangan) atas setiap pelan/produk yang berjaya dipasarkan. Bayaran komisen adalah dalam bentuk peratusan dari sumbangan/tabarru` yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan yang juga dikenali sebagai 'peserta '.

A8.3 Tanggungjawab Pengantara Takaful Dibawah Akta Takaful 1984Seksyen 36(1) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menghendaki semua ejen atau pengantara yang memasarkan atau memperkenalkan produk-produk takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful,

dikehendaki dibawah peruntukan Akta untuk memberitahu kepada semua bakal pelanggannya bahawa ia adalah ejen yang bertindak bagi pihak pengendali takaful tertentu.

Seksyen 36(2) Akta Takaful 1984

Seksyen ini adalah merujuk kepada Seksyen 36(1) dan sekiranya mana-mana ejen didapati tidak mematuhi seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, ejen boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(1) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasarkan atau mempromosikan produk takaful atau menjalankan perniagaan sebagai ejen atau broker bagi seseorang atau pengendali selain dari pengendali takaful berlesen. Sekiranya seorang itu didapati tidak mematuhi perutukan Akta dan jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(2) subseksyen (3) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menghendaki semua broker takaful hendaklah menjalankan transaksi perniagaan takaful dengan pengendali takaful yang berlesen dan berkelayakan sahaja. Seksyen ini juga meyatakan bahawa sekiranya terdapat mana-mana broker takaful yang didapati tidak mematuhi peruntukan-peruntukan dalam Akta dan jika disabitkan kesalahan, broker takaful boleh didenda tidak melebihi RM8,0000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(3) subseksyen (2) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menyatakan bahawa kontrak seperti yang ditetapkan dalam Akta hanyalah merujuk kepada perniagaan takaful langsung sahaja, dan bukannya perniagaan takaful semula.

A8.4 Perlantikan Dan Tanggungjawab Pengantara TakafulPengantara takaful adalah seseorang yang menjalankan perniagaan takaful atau memujuk pelanggan berpotensi untuk menandatangani kontrak takaful dengan pengendali takaful. Mereka juga dikenali sebagai ejen takaful dan broker takaful.

Ejen takaful mewakili pengendali takaful dan tugas utamanya ialah mempromosikan produk-produk takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang diwakilinya. Broker takaful pula mewakili pelanggan dan tugas utamanya ialah memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang pelan/produk takaful yang paling sesuai dan memenuhi keperluan. Penasihat kewangan merupakan seorang penasihat bebas yang meyediakan perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan

keperluan kewangan pelanggan.

Ejen takaful dilesenkan/berdaftar dengan Pendaftar Pengantara Takaful – Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association - MTA).

Broker Insurans/Takaful dilesenkan/berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM)

Penasihat kewangan dilesenkan/berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Perancang Kewangan dilesenkan/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

A8.5 Peraturan Perilaku Pasaran Untuk Pengantara Takaful

Penyeliaan dan Penguatkuasaan Perilaku Pasaran

Bank Negara Malaysia mengawal amalan perilaku pasaran penyedia perkhidmatan kewangan dan mengambil langkah-langkah pembetulan dan/atau penguatkuasaan terhadap sebarang perlakuan yang melanggar peraturan perilaku pasaran.

Piawaian minimum perkhidmatan

Pengantara takaful dikehendaki memenuhi piawaian minimum perkhidmatan yang ditetapkan sama ada oleh Bank Negara Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association, MTA) atau Persatuan Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association, MITBA). Piawaian minimum perkhidmatan ini memastikan pengantara takaful menjalankan urusan dengan tingkat kebertanggungjawaban dan profesionalisma yang tinggi.

Ejen takaful am:

o tertakluk kepada Tataetika Pengantara Takaful, yang ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);

o dikehendaki lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic Examination – TBE) dan memenuhi syarat minimum 20 jam latihan setahun dibawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development - CPD); dan

o perlu mematuhi piawaian minimum keperluan pendedahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang antara lain menghendaki ejen semasa menawarkan produk, memberikan penjelasan kepada bakal

peserta tentang ciri-ciri utama produk yang ingin disertai, butir lengkap komisen yang dibayar, dan prosedur untuk membuat tuntutan dan aduan.

Ejen takaful keluarga:

o tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takaful yang ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);

o dikehendaki lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic Examination – TBE) dan memenuhi syarat minimum 30 jam latihan setahun dibawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development - CPD); dan

o perlu mematuhi piawaian minimum nasihat yang wajar yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang menghendaki ejen mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal pelanggan. Ini bagi membolehkan ejen menganalisis keadaan peribadi dan kewangan bakal pelanggan, dan mengenal pasti keperluan kewangan dan keutamaannya supaya ejen dapat mencadangkan produk takaful yang bersesuaian dan mampu disertai oleh pelanggan.

Sebagai tambahan, ejen takaful perlu lulus Peperiksaan Asas Takaful mengikut pilihan pengkhususan iaitu samada Takaful Keluarga atau Takaful Am atau kedua-duanya.

Broker Takaful:-

o tertakluk kepada Piagam Pelanggan berhubung dengan Tataamalan Perniagaan yang Baik, dan Tataetika dan Tatakelakuan yang ditetapkan oleh MITBA; dan

o mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Takaful 1984.

Selain itu, pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah syarikat broker takaful mesti memenuhi kriteria 'layak dan sesuai' dan kakitangannya juga perlu lulus Kursus Sijil Asas Pembrokeran Insurans.

8.6 Tanggungjawab Pengantara Takaful Mempromosikan Takaful8.6.1 Kod etika asas pengantara takaful

Pengantara takaful perlu memiliki piawaian kod etika profesional ketika berurusan

dengan pelanggan. Pengantara takaful hendaklah:

menunjukkan Kad Kuasa Ejennya apabila diminta berbuat demikian (berkaitan dengan ejen takaful sahaja).

Ejen yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pengantara Takaful, memiliki Kad Kuasa yang mengandungi maklumat seperti nama pengendali takaful yang diwakili oleh ejen berkenaan, dan tempoh sah pendaftaran ejen berkenaan.

Ejen takaful am boleh mewakili sebanyak dua pengendali takaful am sahaja, manakala seseorang ejen takaful keluarga hanya dibenarkan mewakili satu pengendali takaful.

Ejen takaful yang mempromosikan produk takaful keluarga dan juga takaful am boleh menjadi wakil kepada satu pengendali takaful keluarga dan dua pengendali takaful am sahaja.

Seseorang broker takaful perlu menjadi ahli MITBA dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Lesen ini tertakluk kepada kajian semula setiap tahun; memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful dan pasaran takaful;

memahami keperluan pelanggan dan membantu mereka memilih produk dan perkhidmatan takaful yang bersesuaian;

menerangkan dengan jelas kepada pelanggan tentang jenis maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan dan juga tentang betapa mustahaknya untuk memahami fakta-fakta matan/penting;

menerangkan dengan jelas, syarat dan terma kontrak takaful yang dicadangkan untuk memastikan pelanggan benar-benar faham tentang produk takaful yang dipertimbangkan;

menarik perhatian pelanggan kepada apa-apa sekatan dan pengecualian yang berkenaan di bawah kontrak takaful yang dicadangkan;

membuat tindakan susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan, seperti memperbaharui sijil takaful, dan memaklumkan pelanggan tentang maklumat produk-produk baru yang berkaitan;

membantu pelanggan membuat tuntutan terhadap pengendali takaful.

8.6.2 Kelas-kelas Ejen

Setiap ejen termasuk kedalam salah satu daripada tiga kategori berikut. Mereka dikelaskan mengikut kuasa yang diberi kepada mereka:

Ejen Khusus

Ejen khusus adalah ejen yang dilantik untuk melakukan tindakan atau transaksi yang khusus, misalnya seseorang dilantik sebagai proksi untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan syarikat bagi pihak pemegang saham.

Ejen Am

Ejen am adalah ejen yang boleh berbuat apa sahaja bagi pihak prinsipalnya didalam had kuasa am yang diberikan kepadanya. Misalnya ejen insurans yang diberi kuasa untuk mengurusniaga perniagaan baru tetapi tidak mempunyai kuasa untuk memberi pinjaman atas sijil dan terikat kepada prinsipalnya.

Ejen Universal

Ejen universal adalah ejen yang mempunyai kuasa tidak terbatas. Dia boleh berbuat apa sahaja untuk prinsipalnya yang mana prinsipal itu sendiri boleh melakukan tugas tersebut.

8.6.3Tugas-tugas Ejen

Kontrak agensi antara prinsipal dan ejen biasanya dalam bentuk bertulis. Walau bagaimanapun, ia mungkin dinyatakan secara lisan sahaja. Ia mengandungi tempoh dan syarat yang berkaitan dengan tataetika agensi dan kadar upah (komisen) yang boleh dibayar kepada ejen.

Tidak seperti pekerja pejabat, ejen adalah ahli perniagaan bebas yang tidak memerlukannya terikat dengan masa kerja tertentu bagi urusniaga yang telah berjaya dimuktamadkan. Biasanya, sebahagian tertentu masa diperuntukkan untuk perniagaan agensi diluar waktu kerja pejabat. Hak ejen yang paling utama ialah mendapat bayaran dari perkhidmatan yang telah ditawarkan, biasanya dalam bentuk komisen.

Ejen juga layak menerima bayaran balik wangnya yang telah dibelanjakannya dengan kuasa nyata dari prinsipalnya. Walau bagaimanapun, perbelanjaan tersebut hendaklah munasabah dan berpatutan serta tidak melebihi had yang difikirkan wajar.

Ejen berhak menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang difikirkan wajar dan sesuai. Dia boleh menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia bekerja.

Ejen bertanggungjawab melaksanakan kerjanya dengan teliti, cekap dan tekun dan juga mematuhi syarat dan terma yang terkandung dalam perjanjian agensinya.

Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh ejen sebagai tambahan kepada tanggungjawab kontraktual nyata adalah seperti berikut:

o menyerahkan penyata akaun kepada prinsipal seperti yang diminta.o tidak membiarkan kepentingan diri bertentangan dengan

tanggungjawabnya kepada prinsipal.o tidak membocorkan maklumat-maklumat sulit yang diperolehi

ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ejen kepada pihak lain kecuali prinsipal/syarikat pengendali.

o tidak membuat sebarang keuntungan rahsia atau mengambil rasuah dari mana-mana pihak yang ia berurusan bagi pihak prinsipal.

o tidak mewakilkan tanggungjawabnya kepada sub-ejen tanpa kuasa

nyata atau tersirat.o mematuhi arahan prinsipal dan memberitahunya jika arahan

berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

8.6.4 Hak-hak Ejen

Ejen layak menerima bayaran upah/komisen dan bayaran balik (reimbursement).

Hak paling utama bagi seorang ejen ialah menerima bayaran di atas perkhidmatan yang diberikan, biasanya dalam bentuk komisen atau yuran

Ejen juga layak menerima bayaran balik wangnya yang telah dibelanjakan dalam had jumlah yang munasabah, setelah mendapat kuasa nyata dari prinsipalnya.

Ejen berhak menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang difikirkan wajar dan sesuai. Dia boleh menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia bekerja.

8.6.5 Tanggungjawab Prinsipal

Prinsipal mempunyai tanggungjawab berikut terhadap ejen-ejennya:

membayar upah/komisen dan kos perbelanjaan seperti yang dipersetujui: atau perjanjian yang gagal, sebagaimana kebiasaan, atau melanggar kebiasaan, membayar apa yang difikirkan munasabah.

membayar gantirugi kepada ejen akibat dari sebarang tindakan yang dibuat mengikut undang-undang, yang tidak bercanggah dengan kuasanya, bagi pihak prinsipal.

8.6.6 Penamatan Agensi

Hubungan diantara prinsipal dengan ejen boleh ditamatkan oleh pihak-pihak yang terlibat atau melalui kuatkuasa undang-undang seperti berikut:

Melalui notis pembatalan yang diberi oleh prinsipal kepada ejen. Melalui notis pelepasan yang diberi kepada prinsipal oleh ejen. Dengan menyelesaikan transaksi dimana kuasa diberi untuk transaksi itu

sahaja Dengan tamatnya tempoh seperti yang ditetapkan dalam perjanjian agensi. Melalui persetujuan bersama. Pada umumnya, dengan sebab kematian, gila atau bankrap samada kepada

ejen atau prinsipal. Melalui kuatkuasa undang-undang yang menyebabkan kontrak dengan

ejen berkenaan menjadi tidak sah.

8.6.7 Ciri-ciri Ejen Takaful

Ciri-ciri penting bagi seorang ejen insurans ialah dia telah diberi kuasa undang-undang untuk mewujudkan hubungan kontrak antara pengendali takaful dan peserta.

Hakikat bahawa majoriti ejen takaful direkrut oleh penyelia atau pengurus agensi yang

terikat dengan kontrak agensi dengan pengendali takaful tidak mengubah ciri-ciri asas ini kerana hakikatnya ejen takaful memegang kontrak untuk memberi perkhidmatan kepada pengendali takaful dan bukan dengan orang yang merekrutnya.

8.6.8 Ejen Siapa?

Pepatah undang-undang Latin yang terpakai kepada agensi ialah `qui facit per alium facit per se` yang bermaksud "Sesiapa yang melakukan sesuatu melalui orang lain adalah dianggap disisi undang-undang telah melakukannya sendiri."

Oleh itu, ejen insurans yang telah dilantik dan bertindak dalam bidang kuasanya telah mengikat prinsipalnya dengan tindakan-tindakan yang diambil, seolah-olah prinsipal itu sendiri yang melakukan tidakan tersebut. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi ejen untuk membuat keputusan iaitu untuk siapakah ejen takaful bertindak pada masa yang berkaitan. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika dilihat dari sudut undang-undang dikatakan ejen pengendali takaful dianggap sebagai ejen peserta untuk perbuatan atau tindakan tertentu, dan begitu juga sebaliknya.

8.6.9 Kutipan Sumbangan

Apabila pembayaran sumbangan/premium dibuat kepada ejen takaful yang diberi kuasa, bagi peserta pembayaran tersebut disifatkan sebagai bayaran kepada pengendali. Oleh itu, walaupun sekiranya ejen takaful gagal mengemukakan sumbangan berkenaan kepada pengendali, peserta masih akan dilindungi. Sebaliknya, jika ejen tidak berdaftar menerima bayaran dari peserta atau orang ramai, pengendali tidak bertanggungjawab ke atas salah laku ejen berkenaan. Adalah penting bagi ejen untuk mengambil perhatian bahawa selagi ia tidak mendepositkan wang sumbangan kepada pengendali takaful, dia akan terus bertanggungjawab kepada peserta terbabit.

8.6.10 Mewujudkan Hubungan

Hubungan antara penanggung insurans dan ejen boleh diwujudkan melalui cara berikut:

Melalui janji nyata. Melalui implikasi Undang-undang, yang mungkin timbul dari

i. tatacara atau perlakuan pihak yang terlibat, atauii. keperluan kes.

Melalui pengesahan tindakan tak diberi kuasa. Melalui statut (Seksyen 151, Akta Insurans 1996).

A8.7 Perkhidmatan Selepas JualanTakaful tidak tertakluk dibawah kontrak jual beli mengikut perspektif Syariah. Walau bagaimanapun, didalam kempen produk dan program aktiviti kesedaran termasuk kolateral dan e-pemasaran dengan harapan dapat mewujudkan lebih banyak pengkalan data pelanggan, teknik penjualan dan perundingan memainkan peranan penting dalam industri takaful. Apabila penekanan diberikan kepada aspek jualan, teknik jualan agresif kerap digunakan untuk merangsang minat pelanggan terhadap produk syarikat. Setelah

pelanggan akhirnya bersetuju untuk membeli produk takaful melalui ejen atau broker, mereka akan diberi sijil perlindungan takaful yang mereka mungkin tidak memahaminya, tidak memenuhi keperluan atau mereka tidak mampu untuk membiayainya.

8.7.1 Produk Berorientasikan Pasaran Direka & Dipasarkan demi Memenuhi Keperluan Pengguna

Melihat kepada perubahan besar yang berlaku dipersekitaran pasaran, pengendali-pengendali takaful mula mengubah perspektif menjadi syarikat berorientasikan pasaran. Dalam industri takaful berorientasikan pasaran, peranan jabatan jualan dan pemasaran ialah untuk menentukan keperluan pelanggan dan memenuhi keperluan ini dengan mencipta dan memasarkan produk/sijil yang menepati citarasa pasaran. Secara amnya, jabatan pemasaran syarikat takaful yang berorientasikan pasaran perlu menjalankan fungsi-fungsi berikut:

HargaIa melibatkan proses penetapan sumbangan dan bagaimana ia harus dibayar.

Pemilihan Saluran PengedaranIa melibatkan proses mengenalpasti dan memilih saluran yang paling sesuai untuk mengedarkan pelan/produk takaful kepada pelanggan. Saluran pegedaran yang digunakan oleh pengendali mungkin termasuk ejen, broker, pekerja bergaji, mel umum, mesin jualan, bank, syarikat kad kredit dan syarikat kad diskaun.

PromosiIa melibatkan proses mengenalpasti dan memilih aktiviti promosi yang paling sesuai termasuk pengiklanan, promosi jualan dan jualan persendirian yang dapat membantu pengedaran produk. Kesemua yang dinyatakan diatas adalah antara Fungsi Tugas Jabatan Pemasaran.

8.7.2 Ejen Boleh Membantu Membangunkan Produk Yang Memenuhi Keperluan Pelanggan

Ejen takaful sering terlibat dengan beberapa aspek pemasaran. Ejen boleh mempengaruhi reka bentuk produk kerana pandangan mereka biasanya diperlukan oleh operator sebelum mereka memulakan proses mereka bentuk produk baru pelan takaful. Lebih ketara, ejen membentuk saluran pengedaran yang paling penting. Walaupun lain-lain faktor pemasaran (pelan pemasaran, mengenalpasti pasaran, pembangunan produk, harga dan promosi) boleh mempengaruhi berapa banyak pelan takaful boleh dijual, ejen-ejen menjadi kuasa utama di belakang kebanyakan insentif pemasaran takaful. Oleh itu, kejayaan usaha-usaha pemasaran pengendali takaful bergantung kepada sejauh mana ejen-ejen mengamalkan jualan berorientasikan pasaran. Dalam erti kata lain, untuk memastikan kejayaan dalam usaha pemasaran, pengendali takaful yang berorientasikan

pemasaran mesti disokong oleh anggota agensi yang juga berorientasikan pemasaran.

8.7.3. Khidmat “Selepas Menyertai”

Kejayaan memasarkan dan menjual produk takaful kepada peserta tidak menamatkan jalinan interaksi antara ejen dengan pelanggan-pelanggannya. Malah, kontrak takaful khususnya pelan takaful keluarga mungkin memerlukan ejen untuk memberi khidmat 'selepas jualan' secara berterusan. Interaksi ini menjanjikan manfaat bersama. Antara beberapa aspek dimana ejen atau broker, malah pengendali sendiri boleh membantu termasuklah:

Pertikaian mengenai tuntutan yang sah Kehilangan kad ahli atau kertas kerja Kos sumbangan Masalah kutipan sumbangan Menngenalpasti polisi alternatif Pertanyaan mengenai manfaat sijil Pindaan sijil (penambahan nama ahli keluarga/ahli dibawah jagaan,

pertukaran alamat dan lain-lain). Perubahan keadaan/risiko Kemungkinan untuk polisi terbatal atau peserta menyertai pengendali

takaful lain boleh dikurangkan. Keperluan baru pelanggan dapat dikenalpasti dan jualan produk baru boleh

dimuktamadkan, dan ini dapat meningkatkan pencapaian perniagaan ejen; dan

Reputasi pengendali takaful/penanggung insurans sebagai syarikat berorientasikan perkhidmatan dapat dipertingkatkan.

Dalam hal ini, perkhidmatan ejen amat diperlukan dalam situasi berikut:

Situasi/Peristiwa Keterangan

Peringatan awal kepada peserta mengenai sumbangan yang sepatutnya dibayar

Sumbangan takaful merupakan suatu balasan dari peserta atas manfaat perlindungan yang disediakan oleh pengendali takaful.

Untuk memastikan kontrak takaful terus berkuatkuasa, sumbangan hendaklah dibayar mengikut mod bayaran yang dipilih dan dibayar tepat pada masanya atau dalam tempoh tenggang (grace period) yang dibenarkan untuk bayaran lewat.

Atas sebab-sebab yang munasabah, sebahagian dari peserta mungkin terlepas pandang untuk membayar sumbangan takaful (premium) tepat pada waktunya. Membantu pelanggan mengingati tarikh bayaran adalah antara khidmat yang boleh diberikan oleh ejen sepanjang tempoh pelan perlindungan takaful.

Kekerapan dan Kaedah Bayaran

Selain dari sijil takaful sumbangan(premium) tunggal, peserta perlu membayar sumbangan takaful samada secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan. Ini dikenali sebagai kekerapan bayaran.

Bayaran sumbangan yang dibuat secara bulanan, suku tahunan dan setengah tahunan adalah lebih tinggi berbanding dengan bayaran secara tahunan kerana: Pertama, kerja-kerja pentadbiran untuk mengutip bayaran sumbangan akan bertambah dan akibatnya kos perbelanjaan menjadi lebih tinggi. Kedua, oleh kerana kadar sumbangan dikira berdasarkan dari andaian bahawa ia akan dibayar pada awal tahun dan kutipan sumbangan akan segera dilaburkan, pengendali takaful akan menanggung kerugian pendapatan pelaburan apabila sumbangan dibayar selain dari bayaran tahunan.

Biasanya, bayaran secara bulanan tidak digalakkan, kecuali ia dibayar dengan menggunakan kaedah arahan bank atau skim potongan gaji. Kaedah bayaran sumbangan secara bulanan ini adalah seperti berikut:

Arahan Bank atau Arahan Tetap

Melalui kaedah pembayaran sumbangan ini, pemegang sijil memberi kuasa kepada banknya untuk mengkreditkan sejumlah amaun sumbangan kepada pengendali, yang kemudiannya didebitkan dari akaunnya. Pihak bank akan mengenakan caj kepada pemegang sijil untuk perkhidmatan ini. Jelas sekali, pemegang sijil perlu memastikan bahawa terdapat baki yang mencukupi didalam akaunnya untuk kiriman wang tetap yang akan dibuat kepada pengendali takaful.

Perkhidmatan Rumah ke Rumah

Skim perkhidmatan rumah ke rumah adalah berkaitan dengan perlindungan takaful keluarga perindustrian yang biasanya menyediakan perlindungan bagi orang-orang yang mampu untuk mengambil perlindungan takaful hanya dalam jumlah yang rendah.

Sumbangan takaful untuk takaful keluarga perindustrian dibayar secara mingguan, dua minggu atau bulanan. Sumbangan biasanya dikutip dirumah pemegang sijil oleh pengutip wang yang diberi kuasa yang boleh jadi ejen takaful, tetapi mungkin juga kakitangan pengendali sendiri.

Skim Potongan Gaji

Skim potongan gaji ini adalah berdasarkan kepada perjanjian diantara pengendali dan majikan peserta dimana majikan memotong caruman dari gaji pekerja yang menjadi ahli takaful dan membayar kepada pengendali setiap bulan. Majikan hanya boleh membuat potongan dengan keizinan (kebenaran) bertulis dari pekerja.

Notis Bayaran Sumbangan Untuk memastikan pemegang sijil membayar caruman tepat pada masanya, pengendali biasanya akan menghantar notis pemberitahuan tentang bayaran sumbangan tiga atau empat minggu sebelum tarikh tamat tempoh. Jika sumbangan masih tidak diterima dua hingga tiga minggu selepas tarikh tamat tempoh, notis peringatan akan dihantar kepada peserta.

Ada masa-masa tertentu apabila peserta membayar caruman selepas tamat tempoh tangguh. Caruman sedemikian masih boleh diterima di bawah keadaan-keadaan tertentu (contohnya penyerahan borang Waranti Kesihatan) dan bayaran lewat boleh dikenakan denda. Walau bagaimanapun, bayaran denda lewat itu tidak dikira dari tarikh tamat tempoh, tetapi dari tarikh sepatutnya ia dibayar.

Perlu difahami bahawa tindakan pengendali mengeluarkan notis pemberitahuan adalah semata-mata sebagai suatu khidmat tambahan untuk mengingatkan peserta. Hakikatnya, adalah menjadi obligasi kontrak kepada peserta untuk membayar caruman secara berkala dan tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, pengendali juga mempunyai kepentingan untuk mengeluarkan notis pemberitahuan sumbangan kerana ia boleh membantu

secara aktif merealisasikan kutipan sumbangan yang mencukupi. Oleh itu, penghantaran notis ini telah menjadi suatu amalan perniagaan.

Resit Bayaran Pengendali akan mengeluarkan resit rasmi setelah menerima bayaran sumbangan. Resit rasmi adalah sah apabila tertera tandatangan bercetak Ketua Eksekutif atau lain-lain pegawai yang diberi kuasa, dengan disertai tandatangan juruwang kaunter dan sebagainya. Resit rasmi merupakan bukti pembayaran sumbangan.

Tempoh tangguh Adalah menjadi satu syarat kontrak bahawa amaun sumbangan yang kena bayar hendaklah dibayar pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kontrak memperuntukkan bahawa pembayaran itu boleh dibuat dalam tempoh beberapa hari, biasanya 30 hari dari tarikh tamat tempoh yang dinyatakan. Tempoh ini dikenali sebagai tempoh tangguh.

Terdapat dua faedah penting daripada peruntukan ini. Pertama; sumbangan yang lewat diterima tetapi masih dalam tempoh tangguh tidak akan dikenakan caj faedah. Kedua dan yang lebih penting; jika peserta meninggal dunia dalam tempoh tangguh ini sedangkan sumbangan masih belum dibayar, tuntutan mungkin boleh ditolak.

Adalah menjadi keperluan undang-undang agar setiap pengendali mewujudkan dan menyelenggara dengan mengemaskini buku daftar semua sijil takaful yang dikeluarkan, dan tiada sijil-sijil yang boleh dipindahkan atau dikeluarkan dari daftar ini selagi pengendali masih bertanggungjawab ke atas pelan takaful tersebut. Daftar sijil ini berfungsi sebagai rekod rasmi sijil-sijil perlindungan yang dikeluarkan oleh pengendali. Buku daftar sijil mestilah menyatakan maklumat minimum yang diperlukan untuk dimasukkan oleh Akta dan Peraturan-Peraturan. Daftar boleh disediakan samada dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau dalam bentuk cetakan komputer. Akta tidak menyatakan apa-apa bentuk khusus bagi tujuan di atas.

Amalan Profesional Sebagai tambahan kepada usaha untuk memastikan penyelesaian tuntutan yang segera dan adil sekiranya berlaku tuntutan, tataetika Amalan Profesional harus menyediakan jadual pemeriksaan pengurusan risiko dimana pemeriksaan boleh dijalankan, nasihat dan laporan tuntutan dibincangkan dengan pelanggan

dalam usaha untuk menyediakan dan memastikan situasi yang selesa kepada pelanggan pada setiap masa. Tujuan pemeriksaan tersebut adalah untuk mengurangkan jumlah kos risiko perniagaan, yang akhirnya membawa kepada pengurangan kos pelan takaful yang disertai pelanggan.

Pengendali yang menerapkan Amalan Profesional sedia maklum tentang semua perkataan-perkataan dan fasal yang terkandung dalam sijil takaful. Pengendali boleh membantu peserta dengan membuat penilaian semula pelan perlindungan takaful secara percuma dimana perlindungan sedia ada akan dikaji secara terperinci dan menyediakan laporan mengenai kesesuaian perlindungan tersebut menghadapi risiko. Sekiranya terdapat kekurangan dalam perlindungan sedia ada, jabatan pengunderaitan akan menyediakan laporan yang menonjolkan kekurangan tersebut serta mencadangkan perlindungan tambahan/lain yang bersesuaian.

A8.8 Nasihat Dan Amalan Yang Wajar8.8.1 Piawaian Syariah Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI)

AAOIFI menyediakan garis panduan mengenai isu-isu Syariah berkaitan operasi takaful seperti berikut:

Piawaian Syariah 26 – Takaful Piawaian Syariah 41 – Takaful Semula

8.8.2 Piawaian Perakaunan, Pengauditan dan Pematuhan AAOIFI

Garis Panduan Perakaunan, Pengauditan dan Pematuhan AAOIFI berkaitan operasi takaful adalah seperti berikut:

FAS 12 - Pembentangan dan Pendedahan Umum dalam Penyata Kewangan Pengendali Takaful.

FAS 13 - Pendedahan mengenai Asas bagi Menentukan dan Memperuntukkan Surplus atau Defisit Pengendali Takaful

FAS 14 – Pelaburan Dana FAS 15 – Peruntukan dan Rezab dalam Operasi Takaful FAS 19 – Sumbangan dalam Pengendali Takaful

8.8.3 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

Piawaian IFSB berkaitan operasi takaful adalah seperti berikut:

IFSB 8 - Garis Panduan Prinsip-Prinsip Pematuhan Akujanji Takaful

Skop dan Liputan

Prinsip-Prinsip panduan hendaklah digunapakai dalam semua urusan operasi perniagaan takaful atau akujanji, tanpa mengira status mereka disisi undang-undang. Prinsip itu juga harus diterapkan kepada semua model operasi yang diguna pakai oleh akujanji Takaful. Akujanji Takaful digalakkan untuk melaksanakan penggunaan amalan terbaik secara berterusan, selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Prinsip Panduan ini, dan menjelaskannya dengan membuat pendedahan yang berkaitan. Matlamat mereka seharusnya mampu melaksanakan struktur dan proses tadbir urus agar ia setanding dengan, jika tidak lebih baik dari rakan-rakan konvensional mereka.

Prinsip-prinsip panduan telah digubal untuk digunakan dalam akujanji takaful am dan takaful keluarga. Kebolehgunaannya kepada pengendali takaful semula agak terhad kerana konsep operasi mereka yang berbeza dalam hal-hal penting: contohnya, peserta retakaful adalah pengendali Takaful langsung (sebagai pejabat pengesid) berbanding dengan orang ramai sebagai peserta takaful. Oleh itu, isu-isu tadbir urus yang timbul adalah agak berbeza. Satu kajian yang menyeluruh mengenai model perniagaan pengendali takaful semula adalah diperlukan sebelum struktur dan proses tadbir urus yang baik boleh disyorkan. Walau bagaimanapun, pengendali Takaful Semula dan pihak berkuasa yang mengawal operasi takaful digalakkan untuk mempertimbangkan kebaikan prinsip-prinsip panduan dalam usaha mereka mengukuhkan rangka kerja tadbir urus dan menggunakannya sekiranya bersesuaian.

Pengendali takaful mesti mematuhi sepenuhnya tanggungjawab asas mereka kepada peserta, khususnya berhubung dengan pematuhan dengan peraturan dan prinsip Syariah. Pematuhan terhadap hukum-hukum Syariah perlu terus dikekalkan. Oleh kerana `sebab-sebab kewujudan' (raison d'être - bahasa Perancis) takaful ialah menawarkan produk perlindungan yang mematuhi keperluan Syariah, prinsip-prinsip panduan hendaklah sentiasa merujuk dan menyesuaikan cadangan dari prinsip-prinsip panduan IFSB mengenai sistem tadbir urus Syariah berkaitan dengan semua isu-isu pematuhan Syariah yang dihadapi oleh pengendali takaful.

Menyentuh tentang keperluan pendedahan untuk menggalakkan amalan yang baik dan ketelusan dalam operasi takaful, Prinsip-Prinsip Panduan mengesyorkan agar menerapkan pendekatan 6 - 'mematuhi atau menerangkan'. Pendekatan ini membolehkan perlaksanaan Prinsip Panduan untuk menangani kepelbagaian rangka kerja undang-undang dalam bidang kuasa masing-masing di mana Takaful beroperasi. Tambahan pula, ia akan memudahkan penerapan rangka kerja tadbir

urus yang seimbang dengan saiz, kerumitan dan ciri-ciri setiap takaful.

IFSB 11 – Piawaian Keperluan Kesolvenan Akujanji Takaful (Insurans Islam)

Objektif Utama

Objektif dasar dokumen ini adalah untuk mengemukakan prinsip-prinsip utama kepada keperluan kesolvenan untuk Takaful. Ia dirangka berdasarkan tujuan dan objektif berikut:

Untuk meningkatkan kemungkinan bahawa Takaful akan dapat memenuhi semua tanggungjawab kontraktual dan komitmennya;

Untuk bertindak sebagai sistem amaran awal bagi campur tangan pengawalseliaan dan tindakan pembetulan dengan serta-merta, dengan mengambil kira bahawa pihak berkuasa penyeliaan kadang-kadang mungkin mempunyai akses hanya kepada maklumat yang tidak lengkap, dan kemungkinan tindakan pembetulan yang diambil akan mengambil masa untuk menghasilkan impak yang diingini;

Untuk menyediakan kaedah penampan supaya walaupun peserta mengalami kerugian apabila berlaku kegagalan dipihak takaful, kesannya boleh dihadkan atau dikurangkan, terutamanya kesan sistemik; dan

Untuk memupuk keyakinan dikalangan orang ramai, khususnya para peserta terhadap kestabilan kewangan dalam industri Takaful.

Skop Penggunaan

Piawaian ini adalah terpakai kepada semua perniagaan Takaful dan Takaful Semula. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa penyeliaan boleh, mengikut budi bicara mereka, melanjutkan kebolehgunaannya kepada "jendela" operasi takaful yang berada dalam bidang kuasa mereka. Di Malaysia operasi “jendela” tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Piawaian ini memberi tumpuan hanya kepada Takaful sebagai satu entiti tunggal, sementara isu-isu penyeliaan seluruh kumpulan tidak diliputi dalam piawaian ini. 'Persatuan Penyelia Insurans Antarabangsa' secara aktif telah menggubal piawaian dan panduan dalam bidang ini. IFSB akan memantau perkembangan ini dan boleh membuat cadangan-cadangan lanjut pada masa akan datang.

Piawaian ini memberi penekanan yang lebih khusus terhadap keperluan kesolvenan untuk 'Dana Risiko Peserta (PRF) atau Akaun Khas Peserta (PSA) yang tertakluk kepada pengunderaitan dan kadar sumbangan yang dibuat atas dasar Tabarru’. Pertimbangan atas keperluan kesolvenan untuk perniagaan takaful keluarga yang

mempunyai elemen simpanan dalam akaun berasingan, yang dipanggil Dana Pelaburan Peserta (PIF) atau Akaun Peserta (PA). Biasanya, dana akaun peserta tidak mengambil kira sama ada keperluan kesolvenan takaful telah dipenuhi kerana dana ini tidak memiliki surplus dalam PIF atau PA individu atau PA untuk memenuhi kekurangan dalam PRF atau PSA. Di samping itu, PIF atau PA biasanya adalah dana yang dikhususkan kepada pelaburan, dan risiko pelaburan yang berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta Takaful tanpa perlu untuk sokongan modal dari pengendali takaful dalam bentuk Qard (pinjaman).

8.8.4 Garis Panduan Berkaitan untuk Takaful

Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia) di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Takaful telah menyediakan garis panduan tambahan bagi operasi takaful yang merangkumi aspek pengunderaitan, pelaburan dan memfailkan pulangan dan data statistik (Penyerahan Statistik Pengendali Takaful - TOSS). BNM juga mempunyai fungsi pemantauan iaitu dengan membuat pemeriksaan audit ke atas pengendali takaful.

Bagi Piawaian Perakaunan, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) telah mengeluarkan piawaian perakaunan bagi operasi perniagaan takaful am dan takaful keluarga. Piawaian ini adalah selaras dengan yang Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa yang terpakai bagi entiti kepentingan awam.

Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 menyediakan garis panduan percukaian untuk pengendali takaful yang mengurus dana takaful. Terdapat beberapa aspek percukaian keatas beberapa perkara tertentu yang tidak jelas atau meragukan kerana peruntukan percukaian dirujuk kepada operasi insurans konvensional, sedangkan takaful beroperasi mengikut asas yang berbeza.

PendahuluanBab ini merupakan pengenalan kepada Takaful Perubatan dan Kesihatan dan ianya akan dibincangkan dibawah tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan kepada Takaful Perubatan dan Kesihatan Prinsip dan Amalan Takaful Perubatan dan Kesihatan Perundangan dan Peraturan Takaful Perubatan dan Kesihatan Tanggungjawab Memberitahu Perlindungan Tidak Ditamatkan dengan Bayaran Tuntutan Risiko Meningkat mengikut Masa dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan Langkah-langkah Pembendungan Kos Kemasukan ke Hospital 'Tanpa Tunai’

9.1 Pengenalan Kepada Takaful Perubatan Dan KesihatanBerdasarkan dari statistik, seseorang itu besar kemungkinan memerlukan beberapa jenis

rawatan perubatan ketika hayatnya. Tiada siapa yang boleh meramalkan apa dan berapakah bil-bil perubatan yang akan mereka tanggung kelak. Sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit kritikal, kos perubatan boleh menjadi beban yang begitu berat untuk ditanggung. Hanya segelintir individu yang mungkin mampu menanggung kos perubatan. Takaful Perubatan dan Kesihatan merupakan salah satu cara seseorang itu berupaya membayar kos rawatan iaitu melalui pengumpulan sumber-sumber kewangan dari peserta-peserta dan dikumpulkan dalam dana Takaful.

Orang ramai menyertai skim Takaful Perubatan dan Kesihatan atas sebab yang sama seperti mereka menyertai lain-lain pelan Takaful iaitu untuk melindungi risiko kewangan mereka. Dengan Takaful Perubatan dan Kesihatan, mereka melindungi diri dan keluarga mereka sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan yang boleh menjadi sangat mahal harganya.

Perkara 4 dalam Garis Panduan perniagaan takaful Perubatan dan Kesihatan mendefinisikan perlindungan Takaful Perubatan dan Kesihatan sebagai sijil Takaful yang menyediakan manfaat tertentu seperti dinyatakan, terhadap risiko yang boleh menjadikan seseorang itu hilang upaya sepenuhnya atau sebahagiannya, disebabkan sakit atau lemah anggota badan. Manfaat mungkin ditawarkan dalam bentuk bayaran balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh peserta sama ada dalam bentuk bayaran sekaligus daripada jumlah perlindungan atau bayaran elaun atau aliran pendapatan sepanjang tempoh masa yang dinyatakan, sekiranya peserta mengalami hilang upaya dan/atau dimasukkan ke hospital.

A9.2 Prinsip-Prinsip Dan Amalan Takaful Perubatan Dan KesihatanPrinsip-prinsip takaful yang sama dalam takaful bukan-perubatan digunakan dalam takaful perubatan dan kesihatan. Antaranya ialah:

1. Kepentingan Boleh Lindung2. Penuh Percaya Mutlak3. Sebab Terhampir4. Indemniti5. Perkongsian Sama Rata6. Subrogasi7. Tabarru’8. Waranti

Amalan takaful melibatkan proses berikut:

1. Pengunderaitan2. Urus tadbir Tuntutan

A9.3 Perundangan Dan Peraturan

Takaful Perubatan Dan Kesihatan9.3.1 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Industri Takaful telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan telah muncul sebagai segmen perniagaan yang pesat berkembang dalam industri takaful. Selaras dengan pertumbuhan industri yang pesat, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan yang dikuatkuasakan untuk semua sijil Perubatan dan Kesihatan Takaful yang dipasarkan atau diperbaharui pada atau selepas 2 Januari 2008.

1. Objektif

Objektif garis panduan ini ialah:

a. Mengekalkan kewibawaan dan kepercayaan orang ramai untuk memastikan industri ini berkembang dan tumbuh dengan pesat dan teratur.

b. Untuk mewujudkan pasaran takaful kesihatan swasta yang cekap dan berkesan yang menyokong matlamat dasar awam demi memperluaskan liputan takaful kesihatan swasta dan melengkapi sistem penjagaan kesihatan awam yang sedia ada.

Berdasarkan dari objektif tersebut, garis panduan ini telah menetapkan piawaian minimum yang secara keseluruhan bertujuan untuk mencapai matlamat berikut:-

c. Memenuhi keperluan individu agar mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan swasta mengikut kemampuan komersil yang munasabah untuk penduduk berpendapatan sederhana.

d. Menetapkan tahap perlindungan yang sesuai untuk peserta.

e. Memastikan perniagaan yang mampan melalui pengunderaitan yang munasabah dan dasar harga yang berpatutan.

f. Menggalakkan persaingan yang sihat dalam industri bagi membolehkan orang ramai mempunyai akses kepada pelbagai pilihan perlindungan takaful perubatan dan kesihatan yang luas dan

mampu dimiliki.

2. Skop Garis Panduan

Skop garis panduan ini meliputi syarat-syarat dan pengunderaitan sijil takaful Perubatan dan Kesihatan, had manfaat yang perlu ditetapkan, penetapan harga dan rezab atas polisi/sijil, pemberitahuan kepada pengguna dan keperluan untuk memasarkan sijil perlindungan kumpulan tanpa menjejaskan kepentingan Takaful.

Garis panduan ini harus dibaca bersama-sama dengan:-

a. Seksyen 25, 26, 27, 28, 35 dan 36 Akta Takaful 1984.

b. Garis Panduan Piawaian Minimum mengenai Pemberitahuan Produk dan Ketelusan dalam Memasarkan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

c. Garis Panduan mengenai Larangan Terhadap Amalan yang Tidak Adil dalam Perniagaan Takaful.

3. Penggunaan

Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua jenis produk Takaful Perubatan dan Kesihatan yang termasuk dalam takrif umum di bawah Bahagian II, termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut;-

a. Perbelanjaan Perubatan atau Hospital dan Takaful Pembedahan;b. Penyakit Kritikal atau Takaful Penyakit Merbahaya;c. Takaful Penjagaan Jangka Panjang;d. Takaful Pendapatan Hospital; dane. Takaful Pergigian

9.3.2 Piawaian Minimum mengenai Pemberitahuan Produk dan Ketelusan dalam Memasarkan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah satu pelan yang kompleks, oleh itu adalah sangat penting bagi pengguna untuk mempunyai kefahaman yang memuaskan sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pelan Takaful. Pengendali takaful pula mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan maklumat yang mencukupi dan penting kepada bakal peserta untuk memastikan pelan ini memenuhi keperluan dan kemampuan

kewangan mereka. Pemberitahuan Ini akan membantu mereka lebih memahami tentang pelan perlindungan dan mengurangkan kemungkinan kes luput kerana tidak membayar caruman/sumbangan.

Oleh yang demikian, surat pekeliling telah dikeluarkan untuk menetapkan piawaian minimum bagi pendedahan produk dan ketelusan dalam pemasaran pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan. Piawaian minimum menetapkan keperluan pendedahan bahawa semua pengendali Takaful yang mengunderait perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan perlu mematuhi piawaian minimum tersebut. Ia juga memberitahu kepada bakal peserta tentang beberapa perspektif maklumat yang perlu didedahkan oleh pengendali Takaful sebelum bakal peserta membuat komitmen untuk menyertai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

1. Objektif

Objektif surat pekeliling ini ialah:-

a. Untuk memastikan peserta diberikan maklumat yang lengkap dan jelas mengenai produk ketika dalam proses pemasaran, bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan memastikan produk tersebut benar-benar telah memenuhi keperluan mereka.

b. Untuk membantu secara konsisten dalam pendedahan maklumat penting perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

c. Untuk meminimumkan kemungkinan berlakunya kesilapan pemasaran pelan takaful perubatan dan kesihatan.

2. Penggunaan

Piawaian Minimum ini adalah terpakai untuk semua jenis pelan takaful Perubatan dan Kesihatan individu, termasuk rider yang disertakan dalam pelan takaful individu. Untuk pelan takaful Perubatan dan Kesihatan berkumpulan, pengendali takaful perlu memastikan agar keperluan pemberitahuan dibuat kepada pemilik sijil induk.

Perkara 8 garis panduan piawaian minimum menyatakan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu didalam sijil takaful Perubatan dan Kesihatan berkaitan pelan dan ciri-ciri perlindungan yang memerlukan penjelasan yang lebih teliti. Oleh itu, pengendali dan pengantara takaful perlu menyediakan butir-butir yang mencukupi mengenai ciri-ciri penting pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada bakal peserta. Ini bermakna bahawa bahan-bahan pemasaran hendaklah mengandungi maklumat

minimum berikut;-

3. Keperluan Pendedahan Khusus

Perkara 8 garis panduan piawaian minimum menyatakan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu didalam sijil takaful Perubatan dan Kesihatan berkaitan pelan dan ciri-ciri perlindungan yang memerlukan penjelasan yang lebih teliti. Oleh itu, pengendali dan pengantara takaful perlu menyediakan butir-butir yang mencukupi mengenai ciri-ciri penting pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada bakal peserta. Ini bermakna bahawa bahan-bahan pemasaran hendaklah mengandungi maklumat minimum berikut;-

a. Maklumat mengenai Pengendali Takaful

Bahan-bahan pemasaran perlu menyatakan nama dan alamat pengendali takaful. Maklumat mengenai pengendali takaful hendaklah tepat dan terkini.

b. Keterangan Produk

Pengendali takaful perlu menyertakan satu kenyataan ringkas yang menerangkan tentang pelan, objektif utama dan tujuan produk berkenaan.

c. Manfaat

Maklumat khusus mengenai manfaat pelan takaful Perubatan dan Kesihatan yang perlu dinyatakan adalah seperti berikut:-

Bentuk dan amaun manfaat yang dibayar dibawah sijil perlindungan; dan

Keterangan lanjut mengenai peristiwa, kejadian atau keadaan kecemasan yang membolehkan manfaat dibayar.

Sebarang perubahan yang ingin dilakukan terhadap manfaat pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan boleh dibuat hanya pada ulang tahun pelan atau apabila pelan diperbaharui. Semua perubahan terhadap manfaat kritikal pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan hendaklah menyatakan sebab-sebab dilakukan perubahan dan perlu diberitahu kepada semua pemegang sijil pelan terbabit secara bertulis, sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh pertukaran.

Ini adalah untuk memastikan pemegang sijil menyedari tentang perubahan yang akan dibuat dan memberi masa yang mencukupi untuk menilai semula keperluan takaful mereka dan untuk mencari pelan alternatif, jika perlu.

d. Pengecualian dan batasan manfaat, pra-syarat sedia ada, penyakit yang ditentukan dan tempoh kelayakan

Kebanyakan peserta tidak menyedari bahawa bayaran manfaat takaful Perubatan dan Kesihatan mungkin dikecualikan atau terhad dibawah keadaan-keadaan tertentu dan tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada, penyakit-penyakit yang dinyatakan dan tempoh kelayakan. Oleh itu, maklumat mengenai pengecualian faedah dan batasan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Panduan Pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan mestilah didedahkan secukupnya dan diterangkan dengan jelas kepada bakal peserta. Semua kemungkinan pengecualian atau batasan dalam bahan pemasaran hendaklah didedahkan atau diberitahu. Pendedahan sekurang-kurangnya perlu meliputi perkara-perkara berikut:-

Sesuatu pernyataan untuk memberi amaran kepada bakal peserta tentang fakta bahawa terdapat pengecualian dan had batasan dalam manfaat pelan;

Menyatakan pengecualian penting dan had batasan manfaat serta keadaan dimana pengecualian dan had batasan digunakan;

Menyatakan syarat sedia ada yang penting, penyakit yang dinyatakan dan tempoh kelayakan yang dikenakan;

Menyatakan tempoh menunggu, deduktibel, pembayaran balik, takaful bersama, pemastautin tunggal diluar negara, rawatan di luar negeri dan keadaan yang membolehkan pengecualian dan pembatasan digunakan; dan

Suatu kenyataan untuk memberitahu bakal peserta bahawa pengecualian dan pembatasan manfaat pelan yang dinyatakan adalah tidak menyeluruh dan perlu merujuk kepada sijil takaful untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pengendali takaful boleh menggunakan contoh-contoh mudah untuk menggambarkan pendedahan diatas.

e. Sumbangan

Maklumat khusus mengenai sumbangan pelan takaful Perubatan dan Kesihatan yang perlu didedahkan adalah seperti berikut:-

Jumlah, kekerapan dan tempoh sumbangan perlu dibayar untuk mendapatkan manfaat pelan;

Jadual kadar sumbangan yang menunjukkan kadar sumbangan pelan untuk semua peringkat umur diawal kemasukan;

Keadaan-keadaan yang mungkin membawa kepada senario berikut ketika pembaharuan sijil:-

Sijil diperbaharui dengan sumbangan paras (level). Sijil diperbaharui dengan sumbangan meningkat Sijil tidak boleh diperbaharui.

Suatu kenyataan juga perlu dibuat untuk memberi amaran kepada bakal peserta bahawa syarat-syarat yang dinyatakan adalah tidak menyeluruh dan kadar sumbangan mungkin akan dikaji semula atau permohonan pembaharuan sijil ditolak atas sebab-sebab yang wajar;

Samada ia adalah sumbangan paras atau berbeza semasa pembaharuan. Sekiranya sumbangan berbeza-beza sebelum ini, statistik yang menunjukkan peningkatan tahunan dan sumbangan purata untuk pelan berkaitan dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, untuk contoh umur yang dipilih pada umur kemasukan 30, 40, 50 dan 60 hendaklah didedahkan. Juga hendaklah ada suatu kenyataan peringatan yang memberitahu bakal peserta bahawa aliran kadar sumbangan yang meningkat pada tahun-tahun sebelumnya tidak semestinya menunjukkan aliran yang serupa pada masa akan datang;

Pengendali takaful berhak untuk mengkaji semula kadar sumbangan peserta ketika pembaharuan sijil;

Implikasi sekiranya sumbangan tidak dibayar, khususnya untuk sijil perlindungan yang bayaran sumbangan adalah selain dari sumbangan tunggal; dan

Apabila maklumat mengenai kelayakan mendapat potongan cukai pendapatan atas sumbangan yang telah dibayar dinyatakan dalam bahan pemasaran, pengendali Takaful harus memastikan bahawa maklumat tersebut adalah benar. Perubahan dalam sumbangan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan boleh dibuat pada ulang tahun sijil atau apabila pembaharuan sahaja. Semua perubahan dalam sumbangan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan serta sebab-sebab bagi perubahan perlu dimaklumkan kepada peserta secara bertulis sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh pembaharuan.

f. Lain-lain

Lain-lain pendedahan maklumat yang berkaitan dengan pelan takaful Perubatan dan Kesihatan adalah seperti berikut:-

Peserta diberi 'tempoh bebas melihat/tempoh bertenang' selama 15 hari dari tarikh menerima sijil takaful untuk mengkaji semula kesesuaian pelan takaful Perubatan dan Kesihatan yang baru disertai. Pengendali perlu menekankan bahawa peserta boleh mengembalikan sijil, dan potongan perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan akan dibuat kepada caruman jika sijil takaful dikembalikan kepada pengendali Takaful dalam tempoh berkenaan; dan

Terdapat kemungkinan peserta akan beralih dari satu jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada pelan yang lain atau dari satu pembekal kepada pembekal yang lain. Peserta perlu diberitahu bahawa sekiranya mereka bertindak menukar pelan perlindungan, mereka tidak akan menerima bayaran penuh sebagaimana yang dinyatakan di bawah manfaat takaful Perubatan dan Kesihatan.

4. Senarai semak

Senarai semak menunjukkan pengesahan bahawa pengantara telah memberi penerangan dengan jelas mengenai maklumat-maklumat penting produk kepada bakal peserta.

5. Melaporkan ke Bank Negara Malaysia mengenai Semua Produk Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Perkara 11, garis panduan piawaian menyatakan bahawa terma-terma dan syarat-syarat, kadar caruman dan bahan-bahan pemasaran semua pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mesti diluluskan oleh aktuari yang dilantik dalam mana-mana perniagaan Takaful Keluarga dan kelulusan aktuari berkelayakan untuk perniagaan Takaful Am, serta melaporkannya kepada Bank Negara Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum ia digunakan untuk memasarkan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

9.3.4 JPI/GPI 28 – Garis Panduan Amalan Tidak Adil dalam Perniagaan Takaful

Lanjutan dari Cadangan 4.27 Pelan Induk Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Tidak Adil dalam Perniagaan Takaful. Ia bertujuan mengukuhkan peraturan tingkah laku pasaran bagi menggalakkan layanan yang lebih adil dan saksama kepada pengguna. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah garis panduan ini termasuklah menggalakkan standard ketelusan, profesionalisma dan akauntabiliti yang lebih tinggi semasa menjalankan perniagaan Takaful. Garis panduan ini akan terus menyokong asas yang sedia kukuh bagi pembangunan industri takaful yang teratur dalam persekitaran yang semakin kompetitif di sektor kewangan.

9.5 Perlindungan Tidak Ditamatkan Dengan Bayaran TuntutanPelan takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan bayaran tuntutan sehingga ke had yang dinyatakan dalam sijil takaful. Had bayaran tersebut mungkin salah satu atau kombinasi berikut:

1. Had bagi setiap hilang upaya (per disability limit)

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta bagi setiap hilang upaya, umpamanya bagi setiap kemasukan ke hospital.

2. Had tahunan keseluruhan (overall annual limit)

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta dalam satu tahun sijil.

3. Had sepanjang hayat (lifetime limit)

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta sepanjang hayatnya.

Bayaran tuntutan tidak akan menamatkan kuatkuasa sijil, kecuali disebabkan tuntutan kematian.

A9.6 Risiko Meningkat Mengikut Masa Takaful Perubatan dan Kesihatan melibatkan morbiditi (kebarangkalian hilang upaya akibat dari kemalangan atau penyakit). Secara umumnya, risiko meningkat seiring dengan peningkatan usia. Lain-lain faktor-faktor luaran seperti pekerjaan dan faktor-faktor alam sekitar juga boleh mempengaruhi risiko.

A9.7 Cost Containment Measures

Kos penjagaan kesihatan terus meningkat menjadikan Takaful Perubatan dan Kesihatan menjadi kurang menguntungkan. Bagi membendung kos dan penyalahgunaan yang timbul daripada tuntutan yang melambung, pelbagai kaedah digunakan oleh pengendali takaful, termasuk kaedah berikut:

1. Had kawalan dalaman2. Jadual prosedur pembedahan3. Tempoh maksimum pampasan4. Tempoh masa kos perbelanjaan akan dibayar5. Pembayaran bersama untuk menaik-taraf bilik6. Deduktibel7. Panel hospital

9.8 Kemasukan Ke Hospital Tanpa Bayaran TunaiDibawah konsep kemasukan ke hospital tanpa bayaran tunai, apabila pemegang sijil takaful Perubatan dan Kesihatan dimasukkan ke hospital, kemasukan ke wad hospital panel diuruskan dengan adanya surat jaminan dan pihak hospital tidak lagi memerlukan bayaran deposit. Apabila pemegang sijil mendaftar keluar dari hospital, ia tidak perlu membayar bil rawatan. Semua faedah rawatan yang layak diterima oleh pemegang sijil akan ditanggug oleh pengendali takaful. Pengendali takaful yang diwakili oleh pentadbir pihak ketiga (Third Party Administrator – TPA) akan berurusan dengan pihak hospital dan menyelesaikan semua bayaran bil rawatan. Pemegang sijil hanya perlu membayar caj yang tidak ditanggung oleh pengendali takaful.

Perlu dinyatakan bahawa urusan kemasukan ke hospital tanpa menggunakan wang tunai ini biasanya dibuat tanpa ikatan kontrak tetap, kecuali sekiranya ia dinyatakan secara khusus dalam kontrak takaful. Kemudahan ini dianggap sebagai khidmat nilai tambah yang disediakan oleh pengendali takaful kepada pemegang sijil yang layak.

1. Pentadbir Pihak Ketiga (Third Party Administrator – TPA)

Pentadbir Pihak Ketiga adalah wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab menyelesaikan pembayaran balik tuntutan dan tuntutan tanpa tunai. Pentadbir pihak ketiga juga yang meluluskan permintaan pihak yang menuntut (pemegang sijil) perkhidmatan tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan tersebut.

Fungsi tugas pentadbir pihak ketiga adalah seperti berikut:

a. Perkhidmatan Tanpa Wang Tunai

Perkhidmatan tanpa wang tunai adalah salah satu fungsi penting pentadbir pihak ketiga, yang bermaksud sekiranya peserta dimasukkan ke hospital yang disenaraikan dalam senarai panel pengendali Takaful, bil rawatan

akan dibayar secara langsung oleh pengendali Takaful dan peserta tidak perlu membayar apa-apa.

b. Penyelesaian Tuntutan

Pentadbir pihak ketigalah yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal tuntutan – dari menerima notis pemberitahuan tuntutan, menasihati pelanggan mengenai pilihan hospital panel, meluluskan tuntutan tanpa tunai dan pembayaran balik, dan sehinggalah membayar tuntutan kepada pelanggan.

c. Menyelenggara Pengkalan Data

Apabila sijil takaful telah dikeluarkan, semua rekod pemegang sijil akan disampaikan kepada pentadbir pihak ketiga. Semua urusan komunikasi peserta adalah dengan pentadbir pihak ketiga dan tidak dengan pengendali Takaful. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir pihak ketiga untuk menyelenggara pangkalan data peserta dan mengeluarkan kad keahlian kepada mereka dengan nombor pengenalan yang unik.

PengenalanBab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut:

Jenis-jenis pelan takaful Perubatan dan Kesihatan Skop perlindungan Istilah-istilah penting yang digunakan dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan

10.1 Jenis-Jenis Pelan Takaful Perubatan Dan KesihatanPelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mempunyai pelbagai jenis dan syarat-syarat perlindungan. Ia boleh ditawarkan sebagai pelan individu atau pelan berkumpulan. Untuk pelan individu, sumbangan biasanya bergantung kepada umur dan akan meningkat seiring dengan usia, sementara untuk pelan berkumpulan, sumbangan dikira berdasarkan ciri-ciri kumpulan secara keseluruhan, seperti umur purata dan tahap bahaya pekerjaan.

Secara amnya, pelan takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi jenis-jenis berikut:

1. Takaful Perbelanjaan Perubatan iaitu termasuk Takaful Penghospitalan & Pembedahan dan Takaful Perbelanjaan Perubatan Utama.

2. Takaful Faedah Tunai Penghospitalan3. Takaful Penyakit Kritikal4. Takaful Pendapatan Hilang Upaya

Terdapat pengendali takaful yang menawarkan pelan takaful perbelanjaan perubatan yang melindungi:

1. Perbelanjaan klinikal (rawatan pesakit luar)2. Perbelanjaan pergigian3. Perbelanjaan bersalin

A10.2 Skop Perlindungan1. Perbelanjaan Perubatan (Medical Expenses)

Skop perlindungan perbelanjaan perubatan ialah membiayai kos rawatan penyakit dan kecederaan, tertakluk kepada had dan syarat-syarat yang terkandung didalam sijil takaful. Pelan perbelanjaan perubatan biasanya melindungi amaun yang melebihi amaun deduktibel yang telah dipersetujui lebih awal.

2. Penghospitalan dan Pembedahan (Hospitalization and Surgical)

Perlindungan penghospitalan dan pembedahan meliputi perbelanjaan berkaitan kos rawatan kemasukan ke hospital. Tujuan utama pelan ini untuk menampung perbelanjaan pembedahan dan penginapan hospital. Pilihan perlindungan dan kos pembiayaan adalah berbeza-beza, bergantung kepada sijil tertentu. Walau bagaimanapun, perlindungan pelan ini biasanya tidak menyeluruh berbanding dengan pelan takaful perubatan utama.

Secara amnya, manfaat yang disediakan dibawah pelan takaful penghospitalan dan pembedahan adalah seperti berikut:

Bilik dan Penyediaan Makanan Unit Kawalan Rapi Perkhidmatan dan Bekalan Hospital Yuran Pakar Bius Yuran Pakar Bedah Bayaran Bilik Bedah Lawatan Doktor Pakar di Hospital Ujian Diagnosa Sebelum Kemasukan Ke Hospital Khidmat Pakar Runding Sebelum Kemasukan Ke Hospital Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital Rawatan Pesakit Luar Kecemasan/Kemalangan Bayaran Khidmat Ambulans

Terdapat juga pelan yang melindungi:

Elaun Tunai Hospital Rawatan Kanser Pesakit Luar Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar Pemindahan Organ

3. Perbelanjaan Perubatan Utama (Major Medical Expenses)

Perbelanjaan Perubatan Utama adalah sejenis pelan takaful perubatan dan kesihatan yang menyediakan manfaat untuk kebanyakan perbelanjaan perubatan yang mungkin ditanggung oleh peserta. Perbelanjaan perubatan utama menyediakan perlindungan yang lebih meluas – termasuk perbelanjaan semasa dimasukkan ke hospital dan selepas keluar dari hospital – dengan manfaat individu yang lebih tinggi dan had maksimum sijil.

Perlindungan untuk caj rawatan perubatan adalah lebih meluas dengan beberapa had dalaman dan manfaat maksimum keseluruhan yang lebih tinggi, disediakan dalam pelan berikut:

a. Perbelanjaan Perubatan Utama Tambahan (Supplemental Major Medical Expenses)

Apabila pelan Perbelanjaan Perubatan Utama Tambahan disertakan, ia biasanya dianggap sebagai sokongan dan memperkukuhkan pelan asas yang biasanya termasuk manfaat hospital, pembedahan dan perlindungan perubatan bersama-sama dengan pelan tambahan yang meliputi pelbagai perbelanjaan perubatan yang lebih meluas. Secara amnya, pelan asas akan menampung perbelanjaan yang tiada deduktibel sehingga ke had sijil. Mana-mana amaun yang melebihi had itu, pelan tambahan akan mula berfungsi iaitu beroperasi dengan cara yang sama seperti pelan komprehensif yang tidak memberikan liputan ringgit yang pertama. Secara mudahnya, apabila bayaran manfaat dibawah pelan asas telah mencapai had maksimum, peserta perlu menanggung amaun deduktibel, dan disinilah perlindungan perubatan utama tambahan akan menampung perbelanjaan tersebut. Oleh kerana deduktibel berlaku antara pelan asas dan pelan tambahan, ia sering dirujuk sebagai koridor yang dibenarkan. Sama seperti pelan Perubatan Utama Komprehensif, pelan tambahan akan memasukkan had stop-loss dan had manfaat sepanjang hayat maksimum.

Contoh:-

Puan Sakinah menyertai kedua-dua pelan perlindungan iaitu pelan takaful perubatan asas dan pelan perubatan utama tambahan. Beliau telah dimasukkan ke hospital dan bil rawatan melebihi had manfaat pelan asas.

Oleh kerana had manfaat pelan asas telah digunakan sepenuhnya, pelan tambahan akan mula berfungsi. Pelan tambahan ini akan membayar bil perubatan seperti yang dinyatakan dalam sijil, selepas ditolak amaun deduktibel. Sebagai contoh, pelan perlindungan akan membayar 80% dari jumlah keseluruhan sementara Puan Sakinah membayar baki 20% bill rawatan.

b. Perbelanjaan Perubatan Utama Komprehensif (Comprehensive Major Medical Expenses)

Pelan Perbelanjaan Perubatan Utama Komprehensif adalah pelan perubatan dan kesihatan yang menyediakan perlindungan bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan. Ia adalah serupa dengan pelan takaful Penghospitalan dan Pembedahan, tetapi pelan ini mengenakan sejumlah amaun deduktibel. Kebanyakan pelan perubatan utama akan membayar amaun yang melebihi amaun deduktibel sahaja. Peruntukan deduktibel dianggap telah dipenuhi apabila peserta dapat menunjukkan bukti yang ia telah membayar perbelanjaan yang sepatutnya dibawah tanggungannya.

Satu lagi ciri-ciri penting perlindungan perubatan utama ialah ia menggunakan konsep takaful bersama iaitu perkongsian antara pengendali takaful dan peserta untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang melebihi amaun deduktibel. Pengendali Takaful akan menanggung sebahagian besar perbelanjaan, biasanya membayar 80% manakala peserta bertanggungjawab untuk membayar baki 20%. Lain-lain nisbah juga mungkin digunakan seperti yang terkandung dalam sijil tertentu, umpamanya nisbah 75 : 25.

c. Perbelanjaan Perubatan Utama Lebihan (Excess Major Medical Expenses)

Perbelanjaan Perubatan Utama Lebihan biasanya ditawarkan sebagai amaun tambahan nilai (top-up) kepada pelan perubatan utama. Apabila amaun tuntutan melebihi had plan asas, pelan perbelanjaan perubatan utama lebihan akan mula berfungsi.

Asas Perlindungan Takaful

Pelan Takaful Penghospitalan & Pembedahan Komprehensif juga dikenali sebagai pelan 'Seperti yang Dikenakan'. Sijil perlindungan biasanya melindungi jumlah sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital, selain dari perbelanjaan bilik dan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, pengendali takaful mungkin mengenakan mekanisma kawalan dengan meletakkan had pampasan bagi setiap manfaat. Antara bentuk had sekatan yang dikenakan oleh pengendali takaful ialah had bagi setiap hilang upaya, had tahunan keseluruhan dan had sepanjang hayat

keseluruhan.

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan adalah sama seperti pelan perubatan dan kesihatan individu. Ia biasanya merupakan pelan perlindungan yang sumbangannya ditanggung oleh majikan untuk melindungi pemilik perniagaan, pekerja dan tanggungan pekerja. Kadar sumbangan dibawah pelan ini dikira berdasarkan ciri-ciri kumpulan secara keseluruhan, seperti umur purata dan tahap bahaya pekerjaan; berbeza dengan pelan individu di mana potensi risiko setiap orang dinilai.

Terdapat dua jenis pelan Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan iaitu:

a. Berasaskan sumbangan (contributory)

Dibawah pelan ini, pekerja perlu mencarum sebahagian dari sumbangan kumpulan. Biasanya pelan ini memerlukan sekurang-kurangnya 75% penyertaan pekerja yang layak.

b. Berasaskan tanpa sumbangan (non-contributory)

Dibawah pelan jenis ini, tiada sumbangan dari pekerja kerana majikan menanggung sepenuhnya bayaran sumbangan. Walau bagaimanapun, pelan ini memerlukan penyertaan 100% pekerja yang layak.

Pelan Takaful Manfaat Tunai Penghospitalan

Pelan ini menyediakan manfaat tunai harian sekiranya peserta dimasukkan ke hospital kerana semua sebab-sebab, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat rider. Ia boleh ditawarkan sebagai pelan perlindungan asas (stand-alone) atau sebagai rider/manfaat sampingan yang disertakan pada pelan takaful Perubatan dan Kesihatan.

Pelan Takaful Penyakit Kritikal

Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap sebarang penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil. Ia juga dikenali sebagai pelan takaful penyakit merbahaya. Apabila peserta didiagnosa mengalami atau menghidap salah satu dari penyakit kritikal seperti yang dinyatakan dalam sijil, pelan takaful ini akan membayar sejumlah amaun sekaligus kepada peserta.

Pelan ini ditawarkan sebagai pelan asas atau sebagai rider kepada sijil perlindungan takaful keluarga.

Pelan Takaful Pendapatan Hilang Upaya

Pelan ini melindungi pendapatan benefisiari dari risiko ketidakupayaan untuk melakukan kerja dan oleh itu ia kehilangan pendapatan. Manfaat yang diperolehi termasuklah cuti sakit bergaji, manfaat hilang upaya jangka pendek dan manfaat hilang upaya jangka panjang.

10.3 Istilah-Istilah Penting Yang Digunakan Dalam Takaful Perubatan Dan Kesihatan

Istilah Keterangan

Kemalangan Suatu peristiwa atau kejadian yang tidak diduga dan tidak diingini.

Anti pemilihan Kecenderunganlebih kepada risiko yang buruk berbanding dengan yang normal untuk membeli atau mengekalkan perlindungan takaful, atau berbanding dengan seseorang yang mempunyai jangkaan kerugian ditahap biasa atau lebih baik dari biasa.

Timbangtara Suatu bentuk pilihan penyelesaian pertikaian di mana orang tengah yang tidak berat sebelah atau panel memberikan pendapat tentang tanggungjawab atau takat kerugian.

Kenyataan Pakar Perubatan yang Merawat (APS)

Lebih kerap disebut sebagai 'rekod perubatan' yang biasanya diperlukan oleh Takaful untuk menentukan keadaan kesihatan pemohon ketika mengemukakan permohonan perlindungan. Pemohon membenarkan pengendali takaful menghubungi doktor untuk mendapatkan rekod perubatan, sama ada sebelum kelulusan perlindungan atau apabila sijil perlindungan telah berkuatkuasa.

Had Manfaat Amaun maksimum yang layak diperolehi untuk perkhidmatan semasa dilindungi dibawah sijil takaful.

Takaful Bersama Peruntukan dimana peserta yang dikenakan nisbah bayaran lebih rendah dari peratusan yang ditanggung oleh pengendali takaful akan menerima bayaran ganti rugi kurang dari amaun sebenar; peruntukan yang biasanya terdapat dalam takaful perubatan, dimana peserta dan pengendali Takaful berkongsi kerugian yang dilindungi di bawah sijil dalam nisbah yang ditetapkan, sebagai contoh, 80% oleh pengendali Takaful dan 20% oleh peserta.

Takaful Perubatan Utama Komprehensif

Pelan takaful yang direka untuk memberi perlindungan yang ditawarkan dibawah pelan asas dan pelan takaful perubatan utama.

Pembaharuan Bersyarat Peruntukan penerusan sijil takaful kesihatan dimana pengendali takaful tidak boleh membatalkan sijil perlindungan ketika ia masih berkuatkuasa, tetapi pengendali boleh menolak permohonan memperbaharui sijil dibawah syarat-syarat tertentu yang dinyatakan dalam kontrak.

Sumbangan / caruman Pelan takaful berkumpulan yang dikeluarkan kepada majikan dimana kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja sama-sama membayar sumbangan/caruman kos pelan berkenaan.

Perbelanjaan yang dilindungi Perbelanjaan hospital, perubatan, dan lain-lain perbelanjaan penjagaan kesihatan yang ditanggung oleh peserta, yang layak menerima bayaran manfaat dibawah pelan takaful kesihatan.

Deduktibel Sejumlah bayaran yang perlu ditanggung oleh peserta setiap tahun untuk menampung perbelanjaan perubatan, sebelum pelan takaful membayar baki bil perbelanjaan berkenaan.

Hilang Upaya Kelainan fizikal atau mental yang menghadkan satu atau lebih aktiviti kehidupan normal seseorang individu. Ia mungkin sebahagian atau sepenuhnya.

Takaful Kesihatan Takaful terhadap kerugian kewangan akibat penyakit atau kecederaan anggota badan disebabkan kemalangan. Perlindungan yang menyediakan pembayaran manfaat untuk penyakit atau kecederaan yang dilindungi. Pelbagai jenis Takaful dibawah perlindungan ini ialah seperti Takaful Kemalangan, Takaful Pendapatan Hilang Upaya, Takaful Perbelanjaan Perubatan dan Takaful Kematian Akibat Kemalangan.

Had Sepanjang Hayat Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada peserta untuk tempoh sepanjang hayatnya.

Penjagaan tempoh Jangka Panjang

Perkhidmatan kesihatan dan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan berterusan kepada orang yang berpenyakit kronik, hilang upaya atau terencat. Perkhidmatan boleh diberikan kepada pesakit dalam (kemudahan pemulihan, rumah penjagaan, hospital sakit jiwa) pesakit luar atau penjagaan di rumah.

Takaful Perbelanjaan Perubatan Utama

Suatu bentuk takaful kesihatan yang menyediakan manfaat bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan sehingga ke had maksimum yang tinggi, umpamanya RM250,000 atau lebih selepas deduktibel, umpamanya RM500 atau lebih. Kontrak berkenaan mungkin menetapkan had dalaman dan biasanya tertakluk kepada takaful bersama.

Takaful Perbelanjaan Perubatan Suatu bentuk Takaful kesihatan yang menyediakan manfaat untuk perbelanjaan yang ditanggung bagi rawatan perubatan. Bentuk Takaful kesihatan ini memberi manfaat perbelanjaan khidmat pakar perubatan, hospital, kejururawatan, perkhidmatan berkaitan kesihatan dan pembekalan. Manfaat-manfaat ini mungkin berkaitan dengan perbelanjaan sebenar, amaun yang dinyatakan atau perkhidmatan yang diberikan. Perlidungan tersebut kadang kala meliputi manfaat langkah pencegahan, diagnosa serta rawatan.

Perbelanjaan Pelbagai Perbelanjaan berkaitan dengan takaful hospital, caj hospital (selain dari caj bilik dan penyediaan makanan) seperti sinar-X, ubat-ubatan, makmal dan lain-lain caj sampingan. (Kadang-kadang dirujuk sebagai caj sampingan).

Tanpa Sumbangan Istilah yang digunakan dalam pelan manfaat pekerja dimana majikan menanggung sepenuhnya kos pembiayaan manfaat untuk pekerja. Seratus peratus daripada kakitangan yang layak mesti menyertai pelan perlidungan berkenaan.

Pesakit Luar Pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan perubatan.

Keadaan Sedia Ada Keadaan fizikal dan/atau mental peserta yang diperlihatkan (sedia ada) sebelum pengeluaran sijil atau yang telah wujud sebelum perlindungan dan rawatan diterima. Keadaan fizikal yang wujud sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa.

Tempoh Menunggu Suatu tempoh dari tarikh sijil dikeluarkan sehingga ke tarikh tertentu, biasanya 180 hari, dimana dalam tempoh tersebut tiada perlindungan penyakit disediakan. Syarat ini diwujudkan bagi mengurangkan/ menghapuskan penyakit yang sebenarnya telah wujud sebelum sijil perlidungan berkuatkuasa.

Caj yang Munasabah dan mengikut Kebiasaan

Caj penjagaan kesihatan yang sejajar dengan kadar pasaran semasa atau caj bagi kawasan geografi tertentu untuk perkhidmatan yang sama atau serupa.

Bayaran Balik Pembayaran bil perbelanjaan yang ditanggung akibat kemalangan atau penyakit, tetapi tidak melebihi apa-apa amaun yang dinyatakan dalam sijil takaful.

PENGUNDERAITAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

PengenalanPengunderaitan adalah salah satu fungsi terpenting dalam operasi takaful. Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada:

Tujuan Pengunderaitan Borang Cadangan Anti-Pemilihan Proses Pemilihan Risiko Pengunderaitan Perubatan Sumber Maklumat Pengunderaitan Keputusan Pengunderaitan Kecukupan Sumbangan Pengeluaran Sijil Bayaran Sumbangan Penamatan Sijil

11.1 Tujuan PengunderaitanPengunderaitan takaful adalah proses pengkelasan, pengkadaran dan pemilihan risiko. Secara mudahnya, ia adalah satu proses pemilihan risiko. Proses pemilihan ini meliputi prosedur menilai maklumat dan sumber-sumber untuk menentukan bagaimana individu akan diklasifikasikan (sama ada sebagai risiko yang standard atau sub-standard). Setelah prosedur pengkelasan selesai, proses seterusnya ialah penetapan kadar sumbangan yang perlu dibayar oleh pemohon. Sijil kemudiannya akan dikeluarkan dan diserahkan kepada peserta.

Tujuan utama pengunderaitan adalah untuk menganalisa risiko, menilai jenis pendedahan risiko yang akan ditanggung oleh pengendali takaful, dan mewujudkan satu dana sumbangan bagi menampung risiko dan pendedahan berkenaan. Melalui proses tersebut, pengunderait dapat merangka program takaful yang komprehensif dan memenuhi keperluan peserta pada harga yang paling munasabah.

Setelah peserta diterima sebagai ahli pelan takaful, mereka perlu membayar sumbangan tetap. Sebahagian dari sumbangan akan didermakan ke dana Tabarru’. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan atau gantirugi. Untuk memastikan dana berkenaan mempunyai baki yang mencukupi bagi menampung bayaran tuntutan, pengunderait perlu:

1. Melindungi atau berhati-hati dengan proses anti-pemilihan;2. Mengenakan kadar sumbangan yang sepadan dengan risiko yang ditanggung.

A11.2 Borang Cadangan

Borang cadangan digunakan oleh pengendali Takaful untuk menentukan sama ada risiko boleh diterima dan jika ya, berapakah kadar sumbangan yang sepatutnya dikenakan. Borang cadangan merupakan suatu keperluan yang paling asas untuk menjadikan kontrak takaful keluarga diantara peserta dan pengendali Takaful berfungsi. Borang perlu diisi dengan lengkap oleh pencadang, yang mungkin boleh meminta bantuan dari ejen takaful keluarga untuk melengkapkannya.

Borang cadangan diisi bagi tujuan mengumpulkan maklumat asas diri pencadang. Ini termasuklah nama, umur, alamat, taraf pendidikan dan butir-butir pekerjaan pencadang. Borang cadangan juga mengumpulkan maklumat mengenai sejarah perubatan hayat yang dilindungi (peserta). Disamping itu, terdapat soalan-soalan yang berkaitan dengan sejarah kesihatan ahli keluarga hayat yang dilindungi. Pencadang dan hayat yang dilindungi perlu menyatakan sumber pendapatan mereka dalam borang cadangan supaya pengendali Takaful dapat menilai keupayaan pencadang membayar caruman/sumbangan.

Borangcadanganjugamengandungisoalan-soalanberkaitandengantakaful/ perlindungan yang disertaiatashayatpencadangdanjugahayat yang dilindungi dari lain-lain pengendali takaful keluarga serta butir-butir sijil berkenaan. Hayat yang dilindungi perlu memberitahu atau mendedahkan butiran mengenai tabiat yang berkaitan dengan penggunaan tembakau dan minuman keras. Selepas mengisi borang dan menjawab semua soalan-soalan didalamnya, pencadang perlu menandatangani borang tersebut. Sebarang pindaan atau pembatalan pada borang cadangan perlu disahkan dengan menandatangani pada setiap pindaan yang dibuat.

Pencadang boleh melampirkan helaian dokumen tambahan kepada borang cadangan jika dia mahu berkongsi dengan pengendali Takaful apa-apa maklumat yang tidak diminta, yang difikirkan boleh membantu pengendali membuat keputusan yang betul. Ia menjadi kepentingan pencadang untuk berkongsi maklumat yang benar dengan pengendali takaful keluarga agar ianya dapat membantu pengendali Takaful untuk membuat keputusan yang tepat dan berhemah.

Maklumat yang diperolehi akan digunakan oleh pengendali Takaful untuk menentukan sama ada sijil boleh dikeluarkan atau sebalikya. Pengunderait takaful keluarga menggunakan maklumat mengenai sejarah kesihatan dan keluarga hayat yang dilindungi untuk menentukan kadar sumbangan yang akan dikenakan. Pengendali takaful memberikan salinan borang cadangan kepada peserta, bersama-sama dengan dokumen sijil Takaful keluarga. Peserta perlu membaca keseluruhan dokumen sijil dengan teliti dan juga salinan borang cadangan Takaful Keluarga. Sebarang percanggahan yang terdapat dalam salinan itu harus dibawa ke pengetahuan pengendali Takaful untuk mengelakkan sebarang penipuan.

A11.3 Anti-PemilihanIstilah anti-pemilihan menerangkan keadaan dimana permintaan individu untuk takaful mempunyai kaitan yang positif dengan risiko kerugian dan pengendali takaful tidak membenarkan korelasi ini dalam penentuan harga atau kadar sumbangan. Ini mungkin kerana beberapa maklumat peribadi hanya diketahui oleh individu berkenaan sahaja, atau

kerana peraturan-peraturan atau norma-norma sosial telah menghalang pengendali takaful menggunakan beberapa kategori maklumat yang diketahui untuk menetapkan harga (contohnya pengendali takaful mungkin dilarang daripada menggunakan maklumat seperti jantina atau asal-usul etnik atau keputusan ujian genetik). Senario halangan ini kadang-kala dirujuk sebagai 'kawalan anti-pemilihan'.

Kecenderungan untuk terpengaruh dengan fenomena pemilihan yang bertentangan (adverse) boleh digambarkan melalui hubungan antara status merokok dan kemortalan. Secara amnya, individu bukan perokok lebih berkemungkinan untuk hidup lebih lama, manakala perokok pula dikatakan lebih berkemungkinan mati ketika usia muda. Jika pengendali Takaful tidak membezakan kadar harga/sumbangan pelan takaful keluarga mengikut status/tabiat, pengendali dilihat seolah-olah menggalakkan perokok berbanding bukan perokok. Jadi, perokok mungkin lebih berminat untuk menyertai takaful atau cenderung untuk membeli perlindungan yang lebih tinggi berbanding dengan bukan perokok. Kadar kemortalan purata kumpulan pemilik sijil akan lebih tinggi berbanding dengan mortaliti purata penduduk awam.

Dari sudut pandangan pengendali takaful, kemortalan yang tinggi dikalangan kumpulan yang 'memilih' untuk menyertai takaful adalah 'bertentangan' dengan objektif pemilihan. Pengendali takaful meningkatkan kadar harga/sumbangan takaful dan akibatnya, bukan perokok mungkin kurang berminat untuk menyertai takaful (atau membeli dengan nilai yang lebih kecil) jumlah) berbanding dengan sekiranya mereka boleh menyertai takaful pada harga yang lebih rendah untuk mencerminkan risiko mereka yang lebih rendah. Pengurangan bilangan peserta takaful dari kalangan bukan perokok adalah 'bertentangan' dari sudut pandangan pengendali Takaful dan mungkin juga dari pandangan awam.

A11.4 Proses Pemilihan RisikoPengunderaitan adalah kaedah yang digunakan untuk menilai kelayakan semasa pencadang untuk diterima sebagai peserta pelan Takaful. Dalam melalui proses penilaian ini, pengendali Takaful menentukan jika cadangan itu adalah risiko yang baik untuk pelan Takaful.

Apabila pengendali takaful memilih untuk melibatkan diri dalam pengunderaitan, terdapat dua kemungkinan yang dijangka akan berlaku. Pertama, pengunderait menunjukkan keyakinan terhadap cadangan tersebut. Kedua, dalam pengunderaitan cadangan takaful, pengunderait menjangkakan akan memperolehi pulangan keatas pelaburan dimasa akan datang. Pulangan mungkin diperolehi sebagai bayaran tambahan atau sebagai sekali gus pada masa hadapan.

Takaful adalah satu contoh dimana bidang pengunderaitan digunakan sepenuhnya sebagai teras operasi perniagaan. Menyentuh tentang takaful perubatan, pengunderait perlu mengambil kira faktor-faktor berikut dalam proses pemilihan risiko:

1. Faktor-faktor Kesihatan Semasa dan Masa Lampau

Pengunderait akan menilai dengan teliti keadaan kesihatan semasa dan masa

lampau pemohon, dalam lingkungan bidang yang berkaitan. Dalam kes-kes tertentu, pengunderait mungkin mempunyai beberapa keraguan berdasarkan penilaian sejarah perubatan masa lampau, tetapi memilih untuk menawarkan perlindungan kepadanya, dengan beberapa keadaan sedia ada tidak dilindungi atau dikecualikan bagi tempoh masa tertentu. Pada masa yang lain, sejarah perubatan mungkin menunjukkan tahap risiko yang tidak diterima oleh pengendali takaful, dan pengunderait memilih untuk tidak menawarkan perlindungan kesihatan. Melalui keputusan tidak menawarkan perlindungan kepada bakal peserta sangat memerlukan takaful perubatan komprehensif untuk jangka masa panjang, pengunderait mampu mengekalkan kestabilan asas kewangan syarikat dan terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan lain.

2. Faktor Kewangan

Pengunderait juga akan meneliti keadaan kewangan pencadang secara keseluruhan. Adalah penting untuk mengkaji keadaan kewangan keseluruhan pencadang untuk menentukan jumlah yang sesuai dan tahap perlindungan yang diperlukan. Ini adalah untuk menjaga kestabilan dana dari risiko tuntutan pendapatan hilang upaya yang luar biasa tingginya. Terdapat kecenderungan dimana sesetengah pemegang sijil berusaha untuk membuat keuntungan daripada pampasan takaful dengan melanjutkan tempoh kurang upaya. Tindakan ini dikenali sebagai 'berpura-pura sakit'. known as malingering.

3. Faktor Pekerjaan

Pengunderait perlu mengkaji dan meneliti faktor-faktor berkaitan pekerjaan kerana pekerjaan yang berlainan mempunyai tahap bahaya yang berbeza. Semakin tinggi risiko bermakna semakin tinggi kemungkinan tuntutan perbelanjaan perubatan akan berlaku. Pekerjaan dengan risiko yang lebih tinggi seperti pekerjaan Kelas 3 (pekerja kilang) biasanya mempunyai nisbah tuntutan yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan Kelas 1 dan 2 (pekerja pejabat).

4. Umur dan Jantina

Statistik menunjukkan bahawa umur dan jantina adalah antara pertimbangan penting dalam pengunderaitan takaful perubatan dan kesihatan. Usia yang semakin meningkat biasanya memperlihatkan kecenderungan untuk mengalami masalah kesihatan. Jantina juga memainkan peranan yang penting kerana lelaki dan perempuan mempunyai tahap kemortalan (kematian) dan kemorbidan (penyakit) yang berbeza. Statistik telah membuktikan bahawa umumnya kaum wanita akan hidup lebih lama (kadar kemortalan yang rendah) berbanding dengan kaum lelaki yang sama kumpulan umur. Walau bagaimanapun, dibawah Takaful perubatan dan kesihatan, kadar sumbangan untuk peserta wanita adalah lebih

tinggi kerana kadar kemorbidan (penyakit) adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki.

11.5 Pengunderaitan PerubatanPengunderaitan perubatan adalah proses menyemak semula rekod perubatan dan kesihatan pencadang takaful dan menentukan tahap risikonya. Oleh kerana pengendali takaful mengetahui bahawa pemohon yang berisiko (keadaan kesihatan yang tidak menggalakkan) akan menyebabkan kos rawatan akan meningkat, pengendali biasanya akan menolak permohonan berkenaan atau mungkin menerima dengan mengenakan kadar sumbangan yang tinggi. Sebagai sebahagian dari proses pengunderaitan, maklumat kesihatan boleh digunakan untuk membuat dua keputusan yang saling berkait:

1. Samada untuk menawarkan atau menaikkan perlindungan; dan2. Berapakah kadar sumbangan yang perlu ditetapkan untuk sijil takaful berkenaan

Untuk melaksanakan pengunderaitan takaful perubatan, pengendali Takaful akanpertanyaan tentang keadaan kesihatan/ perubatan sedia ada. Pengendali takaful dibenarkan untuk bertanya soalan-soalan tentang sejarah perubatan seseorang untuk memutuskan sama ada untuk menawarkan perlindungan atau menolak permohonan, dan sekiranya diterima adakah caj tambahan perlu dikenakan.

Tujuan

Dari sudut pandangan pengendali Takaful, pengunderaitan takaful perubatan perlu dilakukan untuk menghalang orang ramai menyertai takaful perubatan dan kesihatan hanya apabila mereka sakit, mengandung atau memerlukan rawatan perubatan. Kecenderungan ini dipanggil 'pemilihan bertentangan' atau anti-pemilihan, iaitu sistem yang menarik minat pengguna berisiko tinggi menyertai takaful tetapi tidak menggalakkan pencadang berisiko rendah menyertainya. Apabila ramai bakal pelanggan mengambil sikap menunggu untuk mendapatkan perlindungan takaful perubatan dan kesihatan sehingga timbul keperluan mendesak untuk mendapatkan perlindungan, ia akan mewujudkan kumpulan peserta dengan 'penggunaan yang tinggi,' yang kemudiannya akan meningkatkan jumlah sumbangan kerana pengendali Takaful mengenakan bayaran yang tinggi untuk membayar tuntutan. Akhirnya, kadar sumbangan semakin tinggi tidak menggalakkan peserta yang sihat mendapatkan perlindungan - terutamanya apabila mereka menyedari bahawa mereka boleh mendapatkan perlindungan apabila mereka benar-benar memerlukan rawatan perubatan.

Kesan

Pengunderaitan perubatan memastikan sumbangan takaful perubatan individu berada ditahap serendah yang mungkin. Kritikan terhadap pengunderaitan perubatan menyatakan bahawa adalah tidak adil bagi orang ramai dengan keadaan kesihatan sedia ada yang tidak serius dan boleh dirawat, dinafikan haknya untuk

dilindungi dibawah takaful perubatan. Penyakit-penyakit yang menyebabkan seseorang individu itu mempunyai risiko antaranya adalah kerana ia menghidap sakit sendi tulang, barah, sakit jantung, dan juga penyakit biasa seperti jerawat, berat badan 20 paun lebih atau kurang dari berat badan normal, dan kecederaan lama kerana aktiviti sukan.

Kriteria pengunderaitan adalah faktor-faktor yang boleh dibuktikan bahawa ia mempunyai kaitan langsung dengan risiko yang merugikan dan pengendali takaful menggunakannya untuk menilai keadaan kesihatan pemohon. Kriteria ini bukan sahaja berbeza bagi setiap pelan takaful, malah ia juga berbeza-beza dari satu pengendali ke pengendali yang lain.

11.5.1 Keadaan Fizikal Semasa

Pengendali takaful mengkehendaki pemohon takaful perubatan untuk mengisi borang cadangan takaful dan menyatakan butiran lengkap mengenai sejarah perubatan dan keadaan fizikal setiap pemohon. Perakuan pemohon didalam borang cadangan dan laporan keputusan pemeriksaan perubatan (jika berkenaan) adalah petunjuk pertama keadaan fizikal pemohon pada masa sekarang.

11.5.2 Sejarah Perubatan

Proses penilaian bermula dengan meneliti kenyataan pencadang dalam borang cadangan. Pengendali takaful akan bertanya soalan dan sering meminta pengesahan mengenainya, sejarah perubatan masa lampau pencadang. Rawatan untuk/dan diagnosis penyakit tertentu selalunya boleh dikaitkan dengan statistik peningkatan risiko kematian awal, berbanding dengan individu biasa yang tiada masaalah kesihatan. Jika sejarah perubatan mengandungi data yang relevan tentang sakit atau penyakit, ia akan membuat pengendali takaful percaya bahawa pencadang mempunyai risiko yang meningkat. Kos pelan Takaful akan diselaraskan sewajarnya untuk mengimbangi liabiliti kewangan yang lebih tinggi.

Pengendali takaful mungkin perlu membuat siasatan lanjut sekiranya terdapat sejarah perubatan yang disenaraikan dalam borang cadangan. Contohnya, jika pemohon mengakui menerima rawatan untuk tekanan darah tinggi, kenyataan doktor yang merawat biasanya diperlukan. Laporan doktor ini biasanya mengandungi maklumat fizikal seperti ketinggian, berat badan dan tekanan darah, dan juga pengumpulan sampel darah dan air kencing. Sebaliknya, jika terdapat kenyataan dalam borang cadangan yang menyatakan menerima rawatan patah lengan dan telah pulih sepenuhnya, tiada maklumat lanjut yang diperlukan.

Pengendali takaful membuat semakan semula sejarah perubatan dan kesihatan masa lampau untuk menentukan:

1. Kemungkinan ia akan berulang semula. Terdapat jenis penyakit yang mempunyai kecenderungan untuk berulang semula.

2. Kesan dan pengaruh sejarah perubatan silam terhadap kesihatan am

pemohon pada masa kini.

3. Komplikasi atau kerumitan yang mungkin timbul pada masa hadapan.

4. Perkembangan normal berkaitan sebarang kelainan atau penyakit yang boleh dianggap sebagai petunjuk kepada kemungkinan besar akan berlaku perubahan kesihatan pada masa hadapan. Contohnya menghidap obesiti, darah tinggi dan sebagainya.

11.5.3 Sejarah Keluarga

Terdapat seksyen dalam borang cadangan Takaful yang bertanyakan beberapa soalan tentang sejarah perubatan ahli keluarga. Kaitan yang jelas perlu dilakukan antara keadaan kesihatan masa kini yang boleh mengancam nyawa dengan perkembangan genetik keluarga, dan pengendali Takaful akan mempertimbangkan kemungkinan keadaan kesihatan saudara mara pencadang sebagai petunjuk risiko yang dihadapi peserta sendiri. Soalan-soalan meminta penjelasan lanjut tentang keadaan kesihatan, tentang pembawa penyakit, dan jawapan yang diberikan hanya yang berkaitan dengan perkembangan genetik keluarga dan kaitannya dengan pencadang. Walau bagaimanapun, sejarah keluarga mertua, ibu/bapa angkat, adik beradik angkat tidak perlu dimasukkan dalam maklumat sejarah keluarga.

11.5.4 Faktor Kewangan

Pengunderait akan mengambil kira faktor-faktor kewangan dan perlindungan yang diperlukan. Ini akan membantu untuk menentukan sama ada pencadang memohon amaun perlindungan yang bersesuaian. Proses penilaian cenderung untuk menapis risiko-risiko kemungkinan peserta mendapati bayaran caruman terlalu membebankan sehingga menyebabkan masalah dalam kutipan sumbangan serta kemungkinan berlaku penipuan dalam tuntutan.

11.5.5 Pekerjaan dan Hobi

Satu lagi faktor penting yang perlu diberi pertimbangan ialah pekerjaan. Pekerjaan pencadang memainkan peranan penting dalam menentukan apakah jenis perlindungan yang diperlukan dan berapakah amaun sumbanganyangbersesuaian. Kadar kemorbidan amat berbeza mengikut pekerjaan pencadang. Ia memberi gambaran tentang bahaya yang wujud dalam pekerjaan, kestabilan pekerjaan dan tempoh masa pemulihan yang diperlukan oleh seseorang yang menyandang jawatan berkenaan dapat meneruskan tugas-tugas biasa mereka. Sesetengah pekerjaan melibatkan aktiviti-aktiviti berbahaya (misalnya sektor penerbangan, bekerja ditempat tinggi) atau bekerja di persekitaran yang merbahaya (seperti sektor perlombongan). Jenis pekerjaan seperti ini pastinya akan meningkatkan kadar sumbangan.

Kebanyakan pengendali takaful enggan menawarkan perlindungan kepada individu yang

terlibat dalam pekerjaan yang amat berbahaya seperti peninju profesional atau penyelam laut dalam. Carta berikut menunjukkan jadual pengkelasan pekerjaan yang biasa digunakan:

Kelas Pekerjaan Catatan

1 Doktor, Doktor Gigi, Peguam, Akauntan, Guru Sekolah, Aktuari

Pekerjaan yang paling kurang risiko/ bahaya, termasuk mereka yang bekerja sebagai eksekutif, bahagian pentadbiran atau kerja-kerja perkeranian. Biasanya, para profesional tidak termasuk dalam kelas pekerjaan ini kerana mereka dianggap sebagai `risiko yang diutamakan` dan oleh itu layak memperolehi perlindungan yang lebih tinggi.

2 Pekerja5r4 kerani am, juruwang bank, jurujual dengan kerja luar yang minimum, kontraktor bangunan (kerja-kerja dalam pejabat)

Pekerjaan yang memerlukan lebih banyak aktiviti fizikal berbanding dengan Kelas 1. Sesetengah pekerjaan tidak begitu merbahaya tetapi pengalaman tuntutan tidak sebaik Kelas 1.

3 Pelayan ditempat minuman keras, pelayan lelaki, pelayan perempuan, pembantu stesyen petrol, tukang masak, jurujual melakukan banyak kerja luar, juruelektrik

Pekerjaan yang menggunakan tenaga fizikal yang minimum atau melibatkan kerja-kerja kemahiran, termasuk perusahaan kecil & sederhana dimana pemilik mempunyai kemahiran tertentu.

4 Pekerja binaan jambatan, pekerja ditapak pembinaan, pemandu lori, pekerja/ penjaga kebersihan, anggota bomba, polis dan sebagainya.

Pekerjaan yang memerlukan/ melibatkan tenaga fizikal secara maksimum atau tugas-tugas merbahaya.

Terdapat seksyen gaya hidup yang bertanyakan sama ada pencadang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti-aktiviti berisiko seperti membuat lawatan ke luar negara, penerbangan, menyelam skuba, mendaki gunung, meluncur udara dan sebagainya. Pengendali Takaful menggunakan data yang dikumpul pada soal selidik untuk menilai risiko. Soal selidik biasanya akan menentukan tahap pemeriksaan fizikal yang diperlukan. Melibatkan diri dalam hobi berbahaya seperti terjunan udara, penerbangan pesawat ringan atau lumba kereta juga akan dikenakan kadar sumbangan yang tinggi.

11.5.6 Umur dan Jantina

Umur adalah antara faktor utama dalam menentukan sumbangan dan selalunya akan menentukan tahap ketelitian proses pengunderaitan yang akan dilakukan. Kadar sumbangan akan meningkat mengikut usia dan banyak pengendali takaful tidak akan memberikan perlindungan selepas umur tertentu atau akan menghadkan jumlah perlindungan. Pemohon yang lebih berusia juga boleh dihadkan perlindungan kepada

tempoh yang lebih pendek, contohnya 5 atau 10 tahun. Pemohon berusia ini biasanya perlu menjalani pemeriksaan doktor, ujian perubatan tambahan seperti ECG atau ujian darah yang lebih khusus sebelum cadangan itu boleh dipertimbangkan.

Faktor jantina menentukan pilihan jadual sumbangan yang perlu digunakan. Oleh kerana kaum wanita dijangka hidup lebih lama, mereka biasanya dikenakan kadar sumbangan yang lebih rendah berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, bagi Takaful perubatan dan kesihatan, kadar sumbangan untuk wanita adalah lebih tinggi kerana kadar kemorbidan (penyakit) adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Kaum wanita juga mungkin mempunyai faktor-faktor risiko tambahan seperti hamil pada masa permohonan takaful dikemukakan.

11.6 Sumber Maklumat Pengunderaitan11.6.1 Permohonan Takaful Keluarga

Borang permohonan Takaful Keluarga adalah sebahagian daripada kontrak Takaful. Pencadang menandatangani borang permohonan untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan betul sepanjang pengetahuan pencadang, dan pengendali takaful akan mengeluarkan sijil berdasarkan dari maklumat diberikan.

Borang permohonan adalah satu dokumen yang amat penting kerana ia biasanya dilampirkan dan dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak Takaful. Oleh itu, kedua-dua pihak mesti mengambil langkah khas untuk memastikan ketepatan fakta demi kepentingan pengendali Takaful dan pencadang.

Borang permohonan biasanya dibahagikan kepada beberapa seksyen, dengan setiap seksyen direka khusus untuk mendapatkan maklumat tertentu. Walaupun borang permohonan itu mungkin berbeza dari satu syarikat ke syarikat lain, kebanyakannya memerlukan pencadang mendedahkan maklumat-maklumat berikut:

Bahagian 1 – maklumat am Bahagian 2 – maklumat perubatan dan kesihatan Bahagian 3– kenyataan atau laporan ejen, dan Bahagian IV – tandatangan pihak-pihak yang terlibat.

Bahagian 1 – Maklumat Am

Data peribadi Nama Alamat Tarikh lahir Pekerjaan No kad pengenalan Jantina Taraf perkahwinan

Bahagian 2 - Medical Information

Sejarah perubatan Keadaan sedia ada Rawatan perubatan

Tanggungjawab ejen takaful dalam proses mengemukakan permohonan takaful termasuklah:

Memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan sepenuhnya Memastikan semua soalan dijawab dengan tepat Memastikan bayaran sumbangan diuruskan mengikut prosedur yang betul

11.6.2 Kenyataan Ejen

Kenyataan ejen merupakan sebahagian dari isi kandungan borang permohonan dan mengkehendaki ejen Takaful menyediakan maklumat tertentu mengenai pencadang. Ini secara amnya termasuklah maklumat mengenai hubungan ejen dengan pencadang, data tentang status kewangan pencadang, tabiat pencadang, ciri-ciri atau sifat-sifat am pencadang dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan risiko yang akan ditanggung oleh pengendali Takaful.

11.6.3 Laporan Perubatan

Sebelum sijil Takaful boleh dikeluarkan, pemeriksaan perubatan hendaklah dilakukan dan laporannya diserahkan bersama-sama dengan laporan sampel darah dan air kencing. Pemeriksaan perubatan meliputi soalan mengenai sejarah perubatan pencadang, ketinggian, berat badan, denyutan nadi dan tekanan darah. Pemeriksa perubatan juga akan meminta nama dan alamat mana-mana doktor yang telah merawat pencadang atau mana-mana hospital yang pernah memberi rawatan kepadanya. Pemeriksa perubatan akan bertanyakan tentang apa-apa penyakit yang dihidapi, ubat-ubatan yang diambil dan rawatan-rawatan lain yang sedang/telah dijalani oleh pencadang.

Maklumat dan keperluan tambahan mungkin diperlukan oleh pengendali takaful, sebagai tambahan kepada pemeriksaan kesihatan dan ia meliputi perkara-perkara berikut:-

Pemeriksaan doktor ECG semasa rehat Ujian tekanan Treadmill X-ray dada

11.6.4 KenyataanDoktor yang Merawat (Attending Physician’s Statement -APS)

Pengendali takaful sering memerlukan maklumat perubatan dan laporan dari doktor yang merawat untuk memudahkan proses pengunderaitan permohonan Takaful. Kenyataan dari doktor yang merawat ialah kenyataan yang disediakan oleh doktor yang merawat individu yang ingin menyertai pelan takaful. Huraian yang diberikan dalam kenyataan tersebut (APS) adalah bukti risiko kemortalan pencadang.

Doktor yang menyediakan laporan APS mungkin bukan doktor yang merawat pesakit berkenaan. Sebagai contoh, jika seorang pengunderait ingin mencari maklumat tentang pesakit yang pulih dari sakit barah pankreas, besar kemungkinan pengunderait akan meminta laporan APS dari doktor pakar yang merawat pesakit itu sendiri, seperti seorang pakar bedah atau pakar radiologi.

11.6.5 Rekod Perubatan Hospital

Dengan menandatangani dan mengemukakan borang permohonan takaful, pencadang memberi hak kepada pengendali takaful untuk mendapatkan dan mengkaji rekod perubatan - sebelum dan selepas menjadi peserta pelan takaful perubatan dan kesihatan. Rekod perubatan boleh diperolehi dari doktor semasa, doktor terdahulu, farmasi dan pusat kemudahan rawatan. Dalam kebanyakan borang cadangan, terdapat fasal penafian atas permohonan Takaful yang membenarkan pengendali Takaful mendapatkan maklumat perubatan dengan kebenaran dan kelulusan pemohon.

A11.7 Keputusan PengunderaitanSetiap pengendali takaful mempunyai garis panduan pengunderaitan sendiri dan standard kepada siapa mereka akan memberi dan tidak akan memberi perlindungan. Proses pengunderaitan adalah kaedah untuk menentukan yang pengendali akan terus berfungsi dalam lingkungan bidang kuasa yang dibenarkan.

Setelah analisa mengenai maklumat yang tersedia telah lengkap, pengunderait pada dasarnya mempunyai tiga kategori keputusan pengunderaitan;-

Standard – dipersetujui mengikut apa yang dipohon Sub-standard/diubahsuai - dipersetujui dengan menyertakan beberapa syarat Ditolak - permohonan ditolak

11.7.1. Standard – dipersetujui mengikut apa yang dipohon

Sekiranya pencadang dikategorikan sebagai mempunyai risiko standard/biasa, pencadang akan dikenakan kadar sumbangan standard tanpa sebarang pengecualian atau pengurangan manfaat.

11.7.2. Sub-Standard/diubahsuai –dipersetujui dengan menyertakan beberapa syarat

Sekiranya pencadang mempunyai risiko yang mengatasi risiko standard/biasa (mungkin mengalami tekanan darah tinggi, menghisap rokok atau terlibat dengan aktiviti terjunan udara pada hujung minggu), pencadang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang meningkat dan dikenakan kadar sumbangan yang lebih tinggi. Pengubahsuaian terhadap pelan perlindungan boleh dibuat dalam bentuk:

Pengecualian rider Tambahan kadar sumbangan

Perubahan manfaat Kombinasi pilihan di atas.

11.7.3 Ditolak -permohonanditolaktidakditerima

Keputusan pengunderaitan yang dianggap paling drastik ialah menolak permohonan perlindungan risiko. Sekiranya pencadang dikategorikan sebagai risiko tidak dikehendaki (mungkin peserta menghidap penyakit merbahaya atau terlibat dalam aktiviti atau hobi yang merbahaya), pengendali akan menolak permohonan berkenaan.

11.8 Kecukupan SumbanganTakaful menjunjung konsep gotong-royong dan perpaduan dan oleh itu, model takaful perlu berusaha untuk berlaku adil. Ia perlu memastikan bahawa sumbangan untuk menyertai pelan takaful ditetapkan pada tahap yang munasabah untuk memastikan kecukupan, ekuiti dan keadilan di kalangan peserta. Pengunderait takaful perlu melaksanakan proses pengunderaitan demi memastikan hanya risiko yang wajar dipilih dan kadar yang dikenakan adalah sepadan dengan risiko yang ditanggung. Pengendali takaful akan mengenakan kadar sumbangan yang setara dengan risiko yang dikongsi. Dalam erti kata lain, pengendali takaful akan mengenakan kadar sumbangan yang lebih tinggi kepada pemohon yang mempunyai risiko yang lebih tinggi dari kebarangkalian kerugian purata.

11.9 Pengeluaran Sijil11.9.1 Endorsemen Pengecualian

Endorsemen pengecualian digunakan oleh pengendali Takaful sebagai satu cara untuk memberi perlindungan kepada individu yang sepatutnya ditolak permohonannya. Dalam beberapa kes-kes seperti darah tinggi atau tiroid, pengendali Takaful masih boleh memberi perlindungan dengan pengecualian pada penyakit-penyakit berkenaan.

11.9.2 SumbanganTambahan

Sumbangan tambahan ialah amaun tambahan kepada sumbangan asas yang dikenakan oleh pengendali takaful untuk menampung perbelanjaan operasi dan mengendali perniagaan.Terdapat dua bentuk sumbangan tambahan iaitu:

Sumbangan tambahan dikenakan kepada peserta berdasarkan risiko seperti yang dinilai oleh pengunderait pengendali takaful. Biasanya ia dikaitkan dengan sejarah perubatan yang kurang baik, tabiat atau hobi yang berbahaya. Bagi peserta yang merokok, pengendali takaful mengambil kira bilangan rokok yang dihisap setiap hari dan mengenalpasti risiko seperti yang dinyatakan dalam amalan pengunderaitan.

Sumbangan tambahan dikenakan kepada peserta berdasarkan hubungan

dengan pengalaman tuntutan. Dalam beberapa kes penyakit sedia ada, sumbangan tambahan perlu dikenakan kepada risiko yang dianggap lebih tinggi dari risiko biasa. Padaamnya, iadilakukanselarasdengan had yang ditentukan atau parameter sumbangan tambahanyang difailkan oleh pengendali takaful dengan pihakberkuasa takaful. Apabila sijil diperbaharui dan terdapat tuntutan pada tahun sebelumnya, kadar sumbangan akan dinaikkan selaras dengan parameter dan pengiraan, seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful. Sebagai kontrak tahunan dan sekiranya pengalaman tuntutan tidak memuaskan, dasar bebanan berasaskan tuntutan akan ditetapkan oleh pengendali takaful mengikut budi bicara mereka.

11.9.3 Manfaat yang Diubahsuai

Pengendali takaful mungkin menawarkan manfaat takaful yang diubah suai kepada pemohon, umpamanya had tahunan yang lebih rendah, amaun deduktibel yang lebih tinggi untuk perbelanjaan perubatan, kadar sumbangan yang lebih tinggi atau pengecualian rider. Pengendali takaful akan mengambil keputusan ini apabila terdapat beberapa faktor yang tidak meyakinkan dalam keseluruhan risiko.

The Takaful operator will take this decision when there are some inconclusive factors in the overall desirability of the risk.

11.9.4 Pembaharuan Takaful Perubatan dan Kesihatan

Terdapat empat pilihan memperbaharui sijil yang diamalkan dibawah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan:

1. Pembaharuan Tidak Boleh Batal dan Pembaharuan Dijamin

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan berserta jaminan pembaharuan menyediakan amaun perlindungan yang lebih besar. Terdapat dua jenis jaminan:

a. Kadar sumbangan tidak akan dinaikkan.

b. Pengendali takaful tidak akan menolak permohonan pembaharuan perlindungan.

2. Pembaharuan Dijamin

Perbezaan asas diantara perlindungan pembaharuan tidak boleh batal dan pembaharuan dijamin dengan perlindungan yang hanya boleh diperbaharui bergantung kepada hak pengendali takaful untuk mengubah kadar sumbangan. Walau bagaimanapun, pengendali takaful tidak sepatutnya

menaikkan kadar sumbangan peserta hanya kerana pengalaman tuntutan. Sebaliknya, pengendali Takaful boleh menaikkan kadar sumbangan semua peserta dalam kumpulan umur yang sama.

3. Pembaharuan Bersyarat

Peruntukan pembaharuan yang ketiga dikenali sebagai pembaharuan bersyarat. Peruntukan pembaharuan bersyarat memberi hak bersyarat kepada pemilik sijil untuk memperbaharui sijil, tetapi pengendali Takaful berhak menolak permohonan pembaharuan sijil peserta didalam kelas tertentu, dan kenaikan kadar sumbangan juga tidak mustahil.

Selagi peserta memenuhi syarat-syarat pembaharuan dan membayar amaun sumbangan yang dikenakan tepat pada masanya, pengendali Takaful menjamin tidak akan membatalkan sijil takaful. Peruntukan pembaharuan bersyarat biasanya ditawarkan kepada peserta dalam pekerjaan yang berisiko tinggi.

4. Pilihan Boleh Diperbaharui

Peruntukan pembaharuan yang keempat menawarkan jaminan pembaharuan yang paling minimum kepada peserta dan hanya sedikit permohonan perlindungan perubatan dan kesihatan moden. Ia dikenali sebagai pilihan perlindungan boleh diperbaharui. Di bawah peruntukan pilihan boleh diperbaharui, kadar sumbangan mungkin akan dinaikkan dan manfaat diubah suai berdasarkan kelas. Di samping itu, pengendali takaful boleh membatalkan sijil individu, tetapi hanya pada ulang tahun sijil atau pada tarikh jatuh bayaran sijil.

11.10 Bayaran SumbanganPembayaran sumbangan takaful bergantung kepada jenis sijil.Sesetengah sijil takaful dikeluarkan berdasarkan 'tunai-sebelum-lindung' (cash before cover),manakala sebahagian jenis sijil yang lain sijil lain yang mungkin tertakluk kepada waranti sumbangan 60 hari.

Tempoh tenggang mungkin dibenarkan untuk sijil pembaharuan dijamin, sijil pembaharuan bersyarat dan sijil tidak boleh dibatalkan, bagi menyediakan kemudahan kepada pemilik sijil untuk membuat bayaran sumbangan.Walaubagaimanapun, sebarang tuntutan yang berlaku semasa tempoh tenggang tidak akan dibayar walaupun pengendali takaful tidak akan membatalkan sijil. Sijil akan hanya dianggap batal sekiranya tiada pembayaran sumbangan dibuatsebelum akhir tempoh tenggang

A11.11 Penamatan Perlindungan

Apabila berlaku perkara-perkara dibawah, sijil takaful perubatan dan kesihatan secara automatik akan ditamatkan:

Kematian peserta;

Pada tarikh ulang tahun sijil sejurus selepas umur kelayakan maksimum peserta;

Jumlah manfaat yang dibayar di bawah sijil melebihi had maksimum yang dinyatakan dalam jadual manfaat.

PengenalanBab ini akan membincangkan isu-isu mengenai pentadbiran sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan yang meliputi tajuk-tajuk berikut:

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan Pentadbiran Sijil Takaful Borang Cadangan Dokumen Sijil Endorsemen Notis Pembaharuan Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi Bayaran Sumbangan Takaful Perubatan

dan Kesihatan

A12.1 Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan Dan KesihatanPentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen sebagai bukti kewujudan kontrak takaful yang sah. Dokumen berkenaan termasuk perkara-perkara berikut:

1. Borang Cadangan2. Sijil3. Endorsemen4. Notis Pembaharuan

5. Bukti bayaran sumbangan Takaful Perubatan dan Kesihatan bagi tujuan pelepasan cukai

Seksyen 27 Akta Takaful 1984 menyatakan tentang kawalan dan penghantaran borang cadangan, sijil dan risalah pengendali takaful kepada pihak Bank Negara Malaysia. Sebagai tambahan, Seksyen 27 Akta juga menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia akan menjelaskan tentang kod amalan terbaik mengenai diskripsi borang cadangan, sijil dan risalah.

A12.2 Borang Cadangan Takaful Perubatan Dan KesihatanBorang cadangan pelan takaful perubatan dan kesihatan merupakan sebahagian dari kontrak takaful. Pencadang menandatangani borang cadangan sebagai mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan sepanjang pengetahuannya adalah benar dan betul, dan pengendali takaful mengeluarkan sijil berdasarkan dari maklumat diatas.

Borang cadangan merupakan dokumen yang sangat penting kerana biasanya ia dikepilkan bersama sijil dan menjadi sebahagian dari kontrak takaful. Oleh yang demikian, pengendali hendaklah mengambil perhatian sepenuhnya terhadap ketepatan isi kandungannya demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pengendali takaful dan peserta.

12.2.1 Tujuan Borang Cadangan

Tujuan diadakan borang cadangan ialah untuk membantu pengendali takaful mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengunderaitan. Maklumat yang diperolehi dapat membantu pengunderait menilai dengan cepat dan tepat. Dari segi amalan, borang cadangan kerap digunakan untuk menilai perkara yang berkaitan dengan risiko yang mudah, dimana maklumat boleh disediakan dalam format yang tersusun.

12.2.2 Struktur Borang Cadangan

Borang cadangan biasanya dibahagikan kepada beberapa bahagian dimana setiap bahagian direka untuk mendapatkan maklumat tertentu. Walaupun bentuk borang cadangan mungkin berbeza antara satu pengendali takaful dengan pengendali takaful yang lain, kebanyakannya berkisar kepada keperluan memberitahu dan mengemukakan maklumat-maklumat berikut:

1. Bahagian 1 (Maklumat Am),2. Bahagian 2 (Maklumat Perubatan), Kenyataan atau Laporan Ejen, dan

tandatangan semua pihak yang terlibat dalam kontrak berkenaan.

Soalan-soalan yang terdapat dalam borang cadangan bukanlah menyeluruh dan pencadang bertanggungjawab untuk mendedahkan semua fakta material walaupun ia mungkin tidak ditanya dalam borang berkenaan. Dibawah Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan, pengendali takaful bertanggung jawab

mengambil langkah-langkah yang sewajarnya membantu pencadang melaksanakan tanggungjawab mendedahkan atau memberitahu maklumat-maklumat penting bagi tujuan penilaian pengunderaitan.

12.2.3 Kandungan Borang Cadangan

Berhubung dengan Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan, sub-seksyen 11(a) dan 11(b) menyatakan bahawa pengendali takaful hendaklah memastikan semua borang cadangan:-

11(a) memasukkan soalan-soalan khusus yang direka untuk mendapatkan maklumat yang relevan kepada keputusan pengendali Takaful sama ada untuk menerima atau menolak risiko, kadar sumbangan dan syarat-syarat yang dikenakan.

11(b) secara jelas meminta pencadang mendedahkan apa-apa keadaan lain yang difikirkan penting, tanpa mengira yang pengendali takaful dengan sebaik mungkin telah merangka soalan yang khusus di bawah perenggan 11 (a) di atas.

Biasanya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Kenyataan pemberitahuan seperti yang disyaratkan dibawah Akta Takaful 1984

Seksyen 28 Akta Takaful 1984 menghendaki pencadang mendedahkan atau memberitahu secukupnya fakta-fakta yang ia ketahui. Kenyataan tersebut berbunyi “Anda dikehendaki menyatakan dalam borang cadangan, keterangan yang lengkap dan jujur mengenai segala fakta-fakta yang anda ketahui atau anda sepatutnya mengetahui; sekiranya tidak, sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah.”

2. Soalan-soalan am mengenai pencadang

Borang cadangan Takaful perubatan dan kesihatan mengandungi soalan-soalan asas mengenai butir-butir peribadi pencadang seperti berikut:

a. Nama pencadang bagi tujuan pengenalan diri. Walau bagaimanapun, nama juga dapat memberi petunjuk mengenai aspek risiko yang dicadangkan. Sebagai contoh, nama syarikat biasanya dapat menunjukkan jenis perniagaan yang dijalankan.

b. Alamat surat menyurat pencadangc. Alamat tentang risiko. Alamat dapat menyediakan petunjuk tempat

kerja pencadang. Maklumat ini penting kerana lokasi yang berisiko

tinggi bukan sahaja meningkatkan kemungkinan berlaku kerugian, tetapi juga tahap keterukan kerugian yang akan ditanggung.

d. Pekerjaan pencadang. Pekerjaan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza juga. Contohnya, dari perspektif takaful perubatan dan kesihatan, pekerja di tapak pembinaan dianggap melibatkan pekerjaan yang berisiko tinggi berbanding dengan pekerja pejabat.

3. Maklumat mengenai insurans/takaful yang dimiliki sekarang & terdahulu.

4. Soalan-soalan khusus mengenai sejarah perubatan dan kesihatan.

Soalan mungkin meliputi perkara-perkara berikut:

a. Sejarah keluarga & perubatanb. Tabiat merokokc. Hobi yang merbahayad. Soalan berkaitan AIDS

5. Dibawah Seksyen 13 garis panduan yang sama, borang cadangan yang digunakan hendaklah mengandungi kenyataan pengisytiharan, yang memasukkan maklumat minimum berikut:-

a. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta takaful;b. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan pengendali takaful;c. Peruntukan keuntungan dan surplus pelaburan kepada peserta; dand. Peruntukan keuntungan, surplus dan yuran kepada pengendali

takaful.

6. Dibawah fasal pengisytiharan, terdapat peruntukan yang memerlukan tandatangan pencadang berserta tarikh tandatangan. Pencadang perlu menandatangani borang cadangan berkenaan kerana ia menandakan tawaran kontrak tersebut.

A12.3 Dokumen Sijil

Pengendali takaful menyediakan dokumen sijil yang menandakan ia adalah bukti bertulis kontrak Takaful. Dalam usaha untuk diterima sebagai keterangan dalam mahkamah undang-undang, sijil takaful perlu disetemkan selaras dengan peruntukan Akta Setem. Dokumen yang kerap disediakan oleh pengendali Takaful adalah merupakan jenis jadual yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berbeza dengan butir-butir risiko tertentu yang dilindungi dimasukkan ke dalam satu bahagian dokumen sijil yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful.

12.3.1 Struktur Dokumen Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan

Jadual didalam dokumen sijil dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Tajuk

Dibawah seksyen ini, nama penuh dan alamat berdaftar pengendali takaful dicetak dibahagian atas muka surat hadapan.

2. Pendahuluan atau Klausa Kuatkuasa

Klausa ini memperkenalkan atau menyebut tentang pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak – pengendali takaful dan peserta. Klausa pendahuluan ini menjadi rujukan sekiranya pelan takaful keluarga yang dimaksudkan adalah berdasarkan dari borang cadangan berserta perisytiharan. Klausa ini juga menyatakan bahawa peserta telah membayar sumbangan atau telah bersetuju untuk membayar sumbangan sebagai balasan.

3. Klausa Operasi

Klausa ini menerangkan tentang kandungan penting kontrak dengan menyatakan peril yang dilindungi dibawah sijil ini dan keadaan-keadaan yang menjadikan pengendali takaful bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau seumpamanya kepada peserta.

4. Pengecualian

Pengecualian adalah had atau batasan skop perlindungan takaful. Ia telah menjadi amalan untuk menyatakan semua bentuk pengecualian dibawah satu bahagian yang berasingan didalam dokumen sijil. Pengecualian disertakan dalam sijil kerana terdapat peril atau kerugian tertentu yang tidak boleh dilindungi dibawah sijil takaful. Sebelum dokumen sijil berjadual diperkenalkan, pengecualian biasanya dinyatakan dibahagian

fasal kuatkuasa dan syarat-syarat.

5. Jadual manfaat

Seksyen ini mengandungi semua maklumat bercetak yang berkaitan dengan kontrak berkenaan. Manfaat yang disediakan dibawah sijil ini hendaklah dinyatakan dengan terang dan nyata supaya peserta dapat memahami isi kandungannya serta boleh dijadikan rujukan. Ini biasanya dilakukan dengan menyediakan jadual faedah secara berasingan atau mukasurat khas dalam sijil. Contohnya, dalam sijil takaful perubatan dan kesihatan, jadual manfaat menyatakan maklumat berikut:

nama dan alamat peserta sumbangan nombor sijil tarikh dikeluarkan agensi tarikh lahir peserta tempoh perlindungan takaful pekerjaan peserta fasal pengecualian tertentu pelbagai jenis dan amaun manfaat

6. Klausa Penyaksian (attestation) atau Tandatangan

Klausa ini dinamakan sedemikian kerana ia memperuntukkan kepada pengendali takaful untuk menyatakan tanggungjawabnya. Sijil takaful ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh pengendali takaful.

7. Syarat-syarat

Dalam kontrak takaful, syarat-syarat perlindungan berbentuk nyata/tersurat atau tidak nyata/tersirat. Syarat tersirat biasanya berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

Tanggungjawab penuh percaya mutlak (utmost good faith) Kewujudan kepentingan boleh lindung (insurable interest) Kewujudan perkara pokok produk takaful, dan Mengenalpasti perkara pokok produk takaful.

Pengendali takaful akan mencetak syarat-syarat nyata dalam sijil dan memantau perlaksanaan kontrak Takaful. Apabila syarat-syarat nyata tidak dinyatakan, kontrak takaful akan tertakluk hanya kepada syarat-syarat yang tersirat. Berikut adalah tiga kategori syarat-syarat kontrak yang melibatkan masa sebagai elemen penting:-

Syarat-syarat Sebelum Kontrak

Untuk memastikan kontrak takaful sah, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu kontrak itu mejadi sah. Ia termasuk syarat tersirat seperti penuh percaya mutlak dan kepentingan boleh insurans.

Syarat-syarat Semasa Kontrak

Untuk memastikan kontrak kekal sah selepas dikeluarkan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat yang menghendaki peserta memberitahu pengendali takaful tentang sebarang perubahan atau pindaan terhadap risiko yang dilindungi adalah contoh syarat-syarat semasa kontrak. Ia meliputi syarat-syarat nyata yang disenaraikan dalam sijil seperti perantaraan, sumbangan, subrogasi dan sebagainya.

Syarat-syarat Sebelum Liabiliti

Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum pengendali takaful bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan. Syarat pemberitahuan dalam takaful kebakaran adalah contoh syarat sebelum liabiliti.

8. Daftar Sijil:

Setiap pengendali takaful yang berdaftar dibawah Akta Takaful 1984 hendaklah mewujudkan dan menyelenggara daftar sijil takaful dalam bentuk tertentu seperti yang diperuntukkan, dan selain dari perkara yang dikecualikan, daftar sijil hendaklah disimpan di pejabat pengendali takaful yang menjalankan perniagaan di Malaysia.

Adalah menjadi keperluan undang-undang dibawah Seksyen 15 Akta Takaful 1984, bahawa pengendali takaful dikehendaki mengendali dan mengemaskinikan daftar semua sijil yang telah dikeluarkan, dan tiada

satupun sijil berkenaan dikeluarkan dari daftar selagi pengendali takaful masih menanggung liabiliti keatas sijil berkenaan. Daftar sijil digunakan sebagai rekod rasmi sijil yang dikeluarkan oleh pengendali takaful. Daftar polisi boleh disimpan dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau cetakan komputer kerana Akta Takaful 1984 tidak menetapkan bentuk catatan rekod yang khusus bagi tujuan berkenaan.

A12.4 EndorsemenPengendali takaful akan mengeluarkan sijil dalam bentuk standard meliputi peril tertentu dan mengecualikan yang lainnya. Walau bagaimanapun, sekiranya timbul keperluan untuk meminda terma dan syarat sijil, pengendali takaful akan mengepilkan satu atau lebih memorandum atau endorsemen pada sijil. Endorsemen membentuk sebahagian dari sijil dan merupakan bukti kontrak.

Pindaan yang dibuat mungkin berkaitan dengan mana-mana yang berikut:

o perubahan amaun manfaato perubahan kepada mana-mana tempoh manfaat maksimumo perluasan perlidungan takaful untuk melindungi tambahan ahli keluargao perubahan risiko pekerjaano pembatalan takafulo pertukaran nama dan alamat peserta

A12.5 Notis PembaharuanUntuk produk Takaful Perubatan dan Kesihatan pembaharuan tahunan (biasanya pelan asas), pengendali takaful biasanya mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh, mengingatkan peserta tentang sijil yang akan tamat tempoh pada tarikh tertentu. Walaupun tiada obligasi dari segi undang-undang bagi pengendali takaful untuk memberitahu peserta, ia telah menjadi amalan biasa dan dianggap sebagai sebahagian dari urus khidmat pelanggan pengendali takaful.

Notis pembaharuan mengandungi semua butiran penting sijil termasuk:

nama peserta nombor sijil tarikh tamat sijil amaun sumbangan tahunan pindaan syarat-syarat sijil (sekiranya berkenaan).

Pengendali takaful juga memasukkan nota meminta peserta mendedahkan sebarang perubahan material terhadap risiko sejak tarikh kuatkuasa sijil (atau tarikh terakhir

pembaharuan sijil).

Untuk kontrak jangka panjang Takaful Perubatan dan Kesihatan, sumbangan biasanya dibayar berdasarkan kekerapan bayaran yang telah dipersetujui terlebih dahulu, umpamanya bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan. Dalam hal ini, pengendali takaful akan menghantar notis pemberitahuan sumbangan tiga atau empat minggu sebelum tarikh jatuh bayaran. Sekiranya terdapat bayaran sumbangan yang tertunggak, iaitu tidak dibayar dua atau tiga minggu selepas tarikh jatuh bayaran, pengendali takaful akan menghantar Notis Peringatan Sumbangan kepada peserta.

12.6 Dokumen Untuk Pelepasan Cukai Bagi Bayaran Sumbangan Takaful Perubatan Dan KesihatanPeraturan percukaian masa kini membenarkan seseorang individu pembayar cukai pemastautin Malaysia menikmati tambahan potongan cukai seperti berikut:

Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had maksimum RM 3,000 atas bayaran sumbangan takaful pendidikan dan takaful perubatan.

Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had maksimum RM 6,000 atas bayaran sumbangan sijil takaful dan sumbangan kepada skim persaraan yang diluluskan.

Tempoh perlindungan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan hendaklah dalam jangka masa 12 bulan atau lebih. Perbelanjaan yanag ditanggung hendaklah yang berkaitan dengan rawatan perubatan disebabkan penyakit, kemalangan atau hilang upaya. Pelan ini mungkin dalam bentuk sijil asas atau sebagai pelan tambahan (rider) kepada sijil takaful keluarga. Sekiranya perlindungan dalam bentuk pelan tambahan, hanya sumbangan pelan tambahan yang layak mendapat potongan cukai.

Lembaga hasil Dalam Negeri memerlukan bukti bayaran sumbangan bagi melayakkannya mendapat kemudahan potongan cukai. Oleh itu, peserta dinasihatkan untuk menyimpan segala resit bayaran bagi tujuan pengauditan cukai dan pengesahan bayaran.

PengenalanBab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan takaful perubatan dan kesihatan, yang meliputi aspek-aspek berikut:

Pemberitahuan tentang Kerugian

Bukti Kerugian/Tuntutan Memeriksa Perlindungan Penyiasatan Tuntutan Borang Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan Penafian Liabiliti oleh Pengendali Takaful Pertikaian

13.1 Pemberitahuan TuntutanOrang ramai menyertai skim takaful kerana mengharapkan bayaran pampasan apabila berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, apabila berlaku sesuatu kejadian yang memungkinkan tuntutan dibuat, pengendali takaful tidak terus bertindak memproses tuntutan dan membayar gantirugi kepada pemilik sijil, melainkan pengendali takaful telah diberitahu mengenainya.Oleh itu, pemberitahuan mengenai tuntutan adalah penting mengikut peruntukan kontrak takaful.

Dua sebab utama mengapa pemberitahuan tuntutan itu penting: pertama, pengendali takaful perlu diberi peluang untuk menyiasat tentang kerugian/tuntutan berkenaan, dan kedua, pengendali takaful perlu membuat peruntukan bagi menampung kos tuntutan.

Sijil takaful menghendaki pemilik sijil memberitahu pengendali takaful secara bertulis tentang apa-apa tuntutan dalam tempoh tertentu, biasanya dalam tempoh 14 hari hingga 30 hari. Pihak yang menuntut perlu mengisi borang tuntutan dan mengemukakannya kepada pengendali takaful, berserta dokumen-dokumen sokongan seperti laporan perubatan dan sebagainya yang dapat membantu proses tuntutan. Kesemua dokumen berkenaan disediakan atas perbelanjaan pihak yang menuntut. Sekiranya pengendali takaful memerlukan siasatan lanjut, kos siasatan berkenaan akan ditanggung oleh pengendali takaful.

13.2 Bukti TuntutanPihak yang menuntut dikehendaki mengemukakan bukti bertulis mengenai kerugian/tuntutan dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam peruntukan kerugian.Dalam kes tuntutan manfaat hospital dan perubatan, bukti sah kemasukan ke hospital (bil hospital yang asal dan borang tuntutan) hendaklah dikemukakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pihak yang menuntut hendaklah mendaftarkan tuntutannya terlebih dahulu dengan pengendali takaful dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kemudiannya mengemukakan semua dokumen yang berkaitan untuk memudahkan proses tuntutan. Biasanya, dokumen sokongan yang diperlukan ialah:

Bukti pengenalan diri, Salinan dokumen sijil, Bil hospital yang asal dimana peserta telah dimasukkan ke hospital,

Sijil daftar keluar dari hospital, dan Laporan siasatan yang asal.

Kegagalan mengemukakan dokumen tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak boleh menyebabkan tuntutan terbatal sekiranya dapat dibuktikan bahawa adalah mustahil untuk menyediakan semua bukti dalam tempoh yang diminta, tetapi semua dokumen telah disiapkan dalam tempoh masa yang dianggap paling wajar.

A13.3 Borang Tuntutan Takaful Perubatan Dan KesihatanBorang tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan direka untuk mengetahui maklumat yang diperlukan bagi menentukan liabiliti pengendali takaful dibawah sijil berkenaan. Secara amnya, ia mengandungi kenyataan pihak yang menuntut dan kenyataan dari doktor yang merawat. Antara soalan-soalan yang dianggap standard dalam semua borang tuntutan ialah:

Nama Alamat Tarikh lahir Nombor sijil takaful dan nombor kumpulan Maklumat sekiranya pemilik sijil juga dilindungi dibawah pelan takaful berkumpulan

melalui majikannya. Keterangan mengenai kecederaan atau sakit/penyakit yang menyebabkan kerugian.

Pihak yang menuntut bukan sahaja perlu menyatakan tarikh menerima rawatan perubatan atau doktor yang merawat, tetapi juga perlu memberitahu tarikh berlaku kecederaan atau sakit serta keterangan lanjut mengenainya. Terdapat beberapa soalan tambahan atau kemungkinan borang tambahan yang perlu dilengkapkan sekiranya ia melibatkan kecederaan kerana pengendali takaful perlu menentukan adakah kecederaan berkenaan disebabkan oleh kecuaian pihak ketiga.

Pihak yang menuntut juga perlu memberi keizinan dan kebenaran kepada penyedia perubatan, doktor atau majikan untuk memberikan maklumat atau rekod berkaitan dengan sejarah perubatan peserta atau status pekerjaannya. Keizinan dari peserta ini membolehkan pengendali takaful mendapatkan rekod maklumat yang lebih lengkap bagi memudahkan proses penilaian tuntutan.

A13.4 Memeriksa PerlindunganApabila pengendali takaful menerima notis pemberitahuan tuntutan, jabatan tuntutan akan membuat pemeriksaan awal untuk memastikan kesahihan tuntutan tersebut.

1. Proses tuntutan bermula dengan menentukan samada tuntutan tersebut adalah sah atau sebaliknya. Antara perkara-perkara yang perlu diperiksa oleh jabatan tuntutan

ialah:

Adakah sijil masih berkuatkuasa? Adakah sumbangan telah dibayar? Adakah kerugian disebabkan peril yang dilindungi? Adakah perkara pokok yang terlibat dengan kerugian adalah sama dengan

apa yang dilindungi dalam sijil? Adakah notis pemberitahuan kerugian telah dibuat tanpa sebarang

kelewatan?

2. Borang Tuntutan

Setelah jabatan tuntutan selesai membuat pemeriksaan awal dan mendapati tuntutan tersebut adalah sah, borang tuntutan akan dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak yang menuntut. Arahan yang jelas mengenai prosedur tuntutan dan dokumen-dokumen yang diperlukan juga akan diberitahu kepada pihak yang menuntut. Walau bagaimanapun, jika didapati tuntutan yang dikemukakan adalah tidak sah, pihak yang menuntut akan diberitahu mengenainya dan proses tuntutan tidak akan diteruskan.

3. Daftar Tuntutan

Semua tuntutan hendaklah didaftarkan didalam Buku Daftar Tuntutan sebaik sahaja pengendali takaful menerima notis pemberitahuan. Pengendali Takaful juga hendaklah menyimpan satu buku daftar terkini bagi semua tuntutan takaful kerana ia dianggap sebagai rekod rasmi tuntutan. Pengendali takaful tidak boleh mengeluarkan sebarang rekod dalam buku daftar selagi ia pengendali masih bertanggungjawab terhadap tuntutan berkenaan.

13.5 Penyiasatan TuntutanLangkah seterusnya dalam proses tuntutan takaful ialah membuat siasatan. Satu siasatan yang menyeluruh akan dilakukan bagi menentukan samada pengendali takaful bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan. Sejauh mana siasatan perlu dijalankan adalah bergantung kepada tahap kerumitan dan saiz (amaun) tuntutan.

Proses Penyiasatan tuntutan melibatkan perkara-perkara berikut:

1. Jabatan tuntutan akan menyiasat bagi menentukan samada:

wujud kerugian

kerugian disebabkan peril yang dilindungi dibawah sijil takaful kerugian tidak termasuk dalam skop pengecualian dibawah sijil takaful pihak yang menuntut adalah pihak yang sah untuk berbuat demikian.

2. Dokumen Tuntutan

Borang tuntutan direka untuk membantu pengendali takaful mengumpulkan maklumat-maklumat penting untuk menilai tuntutan. Format borang tuntutan mungkin berbeza antara satu pengendali dengan pengendali yang lain, tetapi beberapa maklumat penting perlu diketahui tanpa mengira siapa pengendali takaful berkenaan. Maklumat tersebut ialah:

Nama peserta Alamat peserta No telefon peserta Nombor sijil Sebab-sebab membuat tuntutan.

Pengendali takaful menyatakan kedudukannya dengan jelas melalui kenyataan bahawa borang tuntutan dikeluarkan tanpa sebarang prasangka, yang bermaksud pengeluaran borang tuntutan tidak bermakna pengendali mengaku untuk menanggung liabiliti dibawah sijil yang dimaksudkan.

A13.6 Penyelesaian Tuntutan Takaful Perubatan Dan KesihatanProses tuntutan takaful berakhir dengan bayaran tuntutan. Setelah pengendali takaful selesai membuat siasatan dan memutuskan untuk membayar tuntutan, pengendali akan menentukan amaun bayaran dan seterusnya membuat bayaran tuntutan kepada pihak yang menuntut.

A13.7 Penafian Liabiliti Oleh Pengendali TakafulPengendali takaful mungkin boleh menolak liabiliti tuntutan berasaskan kepada beberapa sebab yang kukuh. Antaranya ialah:

Kerugian tidak wujud seperti yang dilaporkan. Kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan peril yang tidak dilindungi. Kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan peril yang dikecualikan. Sijil diisytiharkan batal kerana telah melanggar syarat-syarat sijil.

Apabila sesuatu tuntutan itu ditolak, pengendali takaful akan memberitahu pihak yang menuntut dengan cara:

mengeluarkan surat kepada pemilik sijil dan memberitahu keputusan penolakan berkenaan.

mengeluarkan surat kepada ejen, mengarahkan ejen menghubungi dan memberitahu pemilik polisi tentang keputusan penolakan tuntutan dan memberitahu sebab-sebab penolakan.

A13.8 PertikaianSungguhpun banyak kes tuntutan yang berjaya diselesaikan setiap tahun oleh pengendali takaful, terdapat sebahagian kecil kes tuntutan yang berakhir dengan pertikaian antara pihak yang menuntut dengan pengendali takaful. Pertikaian biasanya melibatkan salah satu dari isu-isu berikut:

Persoalan samada pengendali takaful boleh dipertanggungjawabkan; Kuantum atau jumlah kerugian, sekiranya pengendali takaful bertanggungjawab.

Sekiranya timbul pertikaian atau perselisihan, ia mungkin boleh diselesaikan melalui saluran-saluran berikut:

1. Rundingan dan Bertolak ansur

Sekiranya timbul perbalahan, biasanya langkah pertama yang diambil oleh pengendali takaful ialah mengadakan perjumpaan dengan pihak yang menuntut untuk menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan. Wakil dari pengendali, biasanya kakitangan dari jabatan tuntutan akan menjelaskan sebab-sebab penolakan tuntutan.

Sekiranya timbul pertikaian mengenai kuantum/amaun kerugian, wakil pengendali akan berunding mencari jalan penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Penyelesaian melalui cara ini biasanya berakhir dengan pengendali terpaksa membayar lebih dari amaun tawaran asal – dan pihak yang menuntut menerima bayaran yang kurang dari amaun tuntutan asal.

2. Perundangan

Pihak yang menuntut mungkin memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pengendali takaful sekiranya ia tidak berpuashati dengan perbincangan/keputusan dengan pihak jabatan tuntutan. Walau bagaimanapun, pengendali takaful biasanya berpendapat tindakan perundangan adalah pilihan terakhir. Pengendali takaful boleh menggunakan lain-lain kaedah perundangan contohnya Biro Perantaraan Kewangan (FMB), kecuali sekiranya ia melibatkan

amaun tuntutan yang besar atau prinsip utama Takaful.

3. Timbangtara

Fasal timbangtara memperuntukkan bahawa semua perbalahan atau pertikaian mengenai kuantum/jumlah sahaja yang boleh dirujuk untuk ditimbangtara.Ia biasanya melibatkan tuntutan sijil takaful am.

Timbangtara merupakan suatu kaedah penyelesaian yang paling terkemuka dan digunakan dengan meluas untuk menyelesaikan pertikaian.Ia memberikan pilihan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan perselisihan, selain dari kaedah penyelesaian di mahkamah. Tidak seperti kaedah perundangan, timbangtara diselesaikan di luar mahkamah: Kedua-dua pihak yang bertelagah memilih orang tengah/pihak ketiga yang bersikap adil, dikenali sebagai penimbangtara; kedua-dua pihak bersetuju sejak awal-awal lagi untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh penimbangtara; kedua-dua pihak terlibat dalam perbicaraan dan diberi peluang untuk mengemukakan hujah, bukti dan saksi. Biasanya, keputusan penimbangtara adalah dianggap muktamad, dan jarang sekali kedengaran kes mereka dirujukkan ke mahkamah.

4. Perantaraan

Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara pelanggan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Biro ini bertindak sebagai pusat resolusi pelbagai aduan pelanggan yang menyediakan perkhidmatan secara percuma, cepat, cekap dan memudahkan.Skop aduan yang dikendalikan oleh FMB termasuklah aduan dari individu, syarikat korporat dan tuntutan `pihak ketiga’ (kerosakan harta sahaja).

Untuk aduan, pertikaian atau tuntutan melibatkan kerugian kewangan, had maksimum kes yang dikendalikan oleh FMB adalah seperti berikut:

RM200,000 bagi perniagaan takaful motor dan takaful kebakaran RM100,000 untuk lain-lain kelas perniagaan takaful Tuntutan dari `pihak ketiga’ dihadkan kepada RM5,000.

Keputusan yang dibuat oleh FMB akan mengikat pengendali takaful untuk mematuhinya, tetapi tidak kepada pihak yang mengadu. Pengadu yang tidak berpuashati dengan keputusan FMB boleh merujukkan kesnya ke mahkamah.

Alamat Biro Perantaraan Kewangan ialah;

Biro Perantaraan Kewangan (FMB)Level 25 Darul Takaful4 Jln Sultan Sulaiman50000 Kuala Lumpur

A13.9 Contoh TuntutanFazlina menyertai pelan takaful perubatan dan kesihatan pada Februari 10, 2010. Pelan tersebut menetapkan had tahunan sebanyak RM 100,000 dan had sepanjang hayat sebanyak RM 500,000. Beliau juga menyertakan rider manfaat elaun hospital sebanyak RM200 sehari. Peruntukan pelan menetapkan keperluan 10% takaful bersama.

Fazlina telah dimasukkan ke hospital pada Ogos 20, 2011. Ini adalah kali kedua beliau dimasukkan ke hospital. Kali pertama beliau dimasukkan ke hospital pada Januari 2011 dengan bil hospital berjumlah RM10,000. Tiga hari kemudian beliau dibenarkan pulang dan bil hospital berjumlah RM 5,500.

Pertama, jabatan tuntutan perlu menjalankan siasatan awal bagi menentukan perkara berikut:

Adakah sijil masih dalam keadaan berkuatkuasa? Adakah sumbangan telah dibayar? Adakah sebab-sebab kemasukan ke hospital termasuk dalam senarai

pengecualian? Adakah perkara pokok yang mengalami kerugian sama seperti perkara pokok

yang dilindungi dibawah sijil? Adakah had tahunan dan had seumur hidup tidak dipatuhi?

Sekiranya tiada apa-apa keraguan terhadap semua persoalan diatas, tuntutan yang dikemukakan kepada pengendali takaful mungkin akan dipertimbangkan. Dalam kebanyakan kes, pengendali takaful tidak akan membayar keseluruhan amaun tuntutan kerana terdapat butiran dalam bil hospital yang tidak dilindungi dibawah sijil.

Andaikan, hanya RM 5,000 dari jumlah keseluruhan bil hospital sebanyak RM 5,500 layak dipertimbangkan untuk dibayar balik tuntutannya. Dengan mengambil kira 10% takaful bersama, amaun bayaran balik ialah RM4,500. Fazlina akhirnya perlu menanggung sendiri bayaran sebanyak RM 1,000.