nota online pendekatan pengajaran bahasa

13
HTTP://AMIRAFARHANAH.BLOGSPOT.COM/2012/11/TAJUK-6-PENGAPLIKASIAN-PENDEKATAN.HTML WEDNESDAY, NOVEMBER 7, 2012 Tajuk 6 : Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa a Tajuk 6 6.1 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif Sinopsis Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah: Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi kandungan. Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik. Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran 1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif 3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro Kerangka konsep Teori Huraian

Upload: mei-jiun-chong

Post on 20-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

http://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/tajuk-6-pengaplikasian-pendekatan.htmlWEDNESDAY, NOVEMBER 7, 2012Tajuk 6 : Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa a

Tajuk 6

6.1Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran BahasaInduktifDeduktifEklektikKomunikatif

SinopsisTajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:Pendekatan InduktifPendekatan DeduktifPendekatan EklektikPendekatan KomunikatifPendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat.Tugas dan tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi kandungan.Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik. Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran1.1Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif3.4Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa:Nahu TradisionalStrukturalTransformasi GeneratifTeori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa:BehaviorismeKognitifMentalisFungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan PembelajaranBAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

PendekatanMana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!

Pendekatan induktiftentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung!Murid diajar menaakul /berfikirtinggi.

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!

Tetapi jangan lupa,dalam semua pendekatan itu murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.

6.1.1Pendekatan induktifPendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek berkenaan tetapi mereka diberi galakanmencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka.Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari.Antara lain murid-murid dikehendaki:a.memberi definisi kepada sesuatu konsepb.menerangkan peraturan-peraturanc.menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikand.memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaranSelain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati, mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan tertentu mengenainya.

Prosedur pengajaraninduktifProsedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

Peringkat pendedahanPada peringkat ini, guru:a.akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada murid-murid secara tidak langsung;b.menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;c.membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi pada bahagian permulaan pengajaran;d.menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya; dane.mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Peringkat pembentukan konsepPada peringkat ini, gurua.membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;b.mendengar ayat yang dibina oleh murid;c.mendengar ayat yang dibina oleh guru;d.melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;e.memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasia.Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;b.Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutupa.Guru menutup pengajarannya;b.Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;c.Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

6.1.2Pendekatan DeduktifPendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskanhukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelummenganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit.Secara lebih khususpendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul,mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum,mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan,menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:

Peringkatawal generalisasiPeringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan, menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar seluruh idea.

Peringkatmengemukakan generalisasiPeringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu.Dalam hal ini seseorang guru boleh menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.

Peringkatmenganalisis konsepSebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu menggunakan teknik danbahan bantu belajar yang sesuai untuk merancangdan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Peringkatmembuat generalisasiGeneralisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.

Peringkat penutupPeringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan sebagai aktiviti pengukuhan.

6.1.3Pendekatan EklektikBarulah saya faham, pendekatan eklektikitu menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini.Sifat luwesnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya. Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif,boleh pula berfikir secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

6.1.4Pendekatan komunikatifSecara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat.Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:makna sangat dipentingkan;dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan;konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar;murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya;kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka, kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.Monday, 24 September 2012PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYUKONSEP ATAU DEFINISIPENDEKATAN,KAEDAN DAN TEKNIK DALAM PENGAJARANKEMAHIRAN BAHASA MELAYU.PENGENALANMatlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid- murid.Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah menggunakan pendekatan, kaedah dan teknikyang bersesuaian supaya menjamin keberkesananpenyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima.Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuaiakan memberi kesan kepada anak didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehanserta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari itu.

PendekatanDefinisi(JuriahLong,et al.1992:34).Pendekatan ialah proses pengendalianpengajaran secara keseluruhannya di dalam bilik darjah. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid murid agar suasana pembelajaran lebih sempurna, menarik dan berkesan. Oleh itu, guru digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti dan memilih bahan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan,bakat dan minat murid murid.Parera (1986):Pendekatan merupakan satulatar belakang falsafah atau pandanganmengenai idea utama yang hendak dibahaskan dana merupakan satu aksioma( penyataanyang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).Kamaruddin Haji Husin (1988):Pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikatbahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.Dalam pengajaran Bahasa Malaysia misalnya, terdapat lima pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru, iaitu pendekatan deduktif, pendekatan induktif, pendekatan eklektif,pendekatan komunikatif dan pendekatan tematIKPendekatan DeduktifPendekatan deduktif memperlihathukum hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisishukum hukum tadi melalui contoh contoh yang konkrit( Kamaruddin Haji Husin, et al.1997:22-24).Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti berikut:Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan murid murid mempelajari peraturan peraturan dan diberikan maklumat tertentu tentang bahasa yang dipelajari.Murid akan mengaplikasikan peraturan peraturan itu apabila menggunakan bahasa tersebut.Pendekatan ini juga menyarankan supaya analisis rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu, sebelum guru menunjukkan pengaplikasian rumus melalui contoh-contoh.Ringkasnya prosedur pengajarn pendekatan ini dimulakan dengan pengenalan rumus.Rumus tersebut mestilah telah sedia diketahui oleh murid.Manakala contoh-contoh pula harus berkaitan dengan isi pelajaran,Pada masa ini guru perlu membimbing murid melaksanakan aktiviti melalui contoh yang terarah dan terancang.Prinsip penggunaan pendekatan deduktif seperti di rajah 1.2Ciri- ciri pendekatan deduktifBermatlamatkan pemerolehan struktur kognitifPembelajaran mementingkan pengatahuan bukan pembentukan kebiasaanBersifat ideasionalisme untuk mendapat ilmu pengetahuanPenyusunan isi, bermula dengan keseluruhan kepada lebih kompleksPermulaan pengajaran dengan generalisasi, diikuti dengan contoh.Guru pentingkan undang-undang pengajaran bahasa, dari penggunaan bahasa.Pembelajaran kefahaman lebih utama.Menitikberatkan kemahiran tulisan.

Kelebihan Pendekatan DeduktifWalaupun pendekatan ini dianggap pendekatan tradisional, namun terdapat beberapa kelebihan, antaranya:Penyampaian pengajaran guru lebih mudah,kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat persediaan.Sesuai diajar murid yang pandai,sebab mereka mudah memahami dan mengikutinyaPengajaran dimulakan dengan generalisasi sebelum diberi contoh, mudah difahami murid.Kefahaman generalisasi dinilai dengan meminta murid menggunakan dalam situasiyang hampir sama.

Pendekatan Induktif

Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960),pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi.Manalaka kamaruddin Husin (1988), pula berpendapatinduktif merupakan satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat pengitlakan terhadap unsur unsur yang terdapatdalam contoh contoh tersebut.

Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahului contoh contoh struktur penggunaan unsur unsurtatabahasa yang dipelajari, dan barulah membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini melibatkan proses pemerhatian,kajian dan analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran , kemudian barulah kesimpulan.Ini bermakna guru digalakkan member definisi, menerangkan peraturan, isi kandungan keseluruhan pengajaran dan pada akhirnya membuat kesimpulan.

Konsep pendekatan induktif bolehditerangkan melalui perincianseperti di bawah:Mempelajari sesuatu bagi mendapatkan hukum.Memperkenalkanpengetahuan dan member pengalaman.Mengumpul maklumat untuk membentuk hukum.Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh contoh tertentu.Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran.Membuat justifikasi daripada spesifik kepada umum.Kaedah penaakulan bagi mendapa

Strategi Pengajaran Pendekatan InduktifMenggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru menentuan struktur isi pengajaran,kemudian menyusunnya supaya isi pelajaran menarik.Penentuan kebolehan kognatif iaitu kemahiran intelektual ,melibatkan contoh pada awal pengajaran diikuti dengan kesimpulan pada akhir.Prosedur pengajaran melibatkan langkah pengajaran yang dirancang iaitu pendahuluan,pembentukan konsep, dan membuat generalisasi pada peringkat penutup.

Kelemahan Pendekatan InduktifSukar mendapat kerjasama dari murid kerana sudah biasa dengan amalan deduktif.Membazirkan masa disebabkan murid perlu member contoh yang banyak untuk menyelesaikan masalah pemmbelajaranMembebankan gurukerana perlu membuat perancangan yang rapi dan telitiKurang berkesan bagi murid yang cerdas kerana cepat bosan

Pendekatan EklektifPendekatan elektif merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. . Dalam konteks ini guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid. Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang.(Menurut KamarudinHaji Husin,1991:37)Pendekatan ini biasanya diambil daripada pelbagai ciri yang baik dan ini akan menyakinkan murid-murid. Sifat pendekatan ini juga luwes dan mudah ubah.Kebaikan pendekatan eklektifSifatnya yang mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh dan penerangansekali gus meningkatkan pemahaman murid.Sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan itu.Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan.

Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an.Ahli linguistik berpendapat bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan digunakan Sesutu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa(Kamarudin Husin :1998:38-40).Pendekatan pengajaran ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang berikut:Ciri- ciri pendekatan komunikatifDisusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain.Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan.Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari.Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul.Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.Pendekatan TematikPengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar.Tema dipecahkan kepada komponen yang kecil. Ini membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan.Secara keseluruhannya,pendekatan tematik akan memberiPosted bymashitoh ishakat08:50http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/pendekatan-dalam-pengajaran-bahasa.html