nota literasi bahasa

14
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Ada banyak pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang proses pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza- beza, maka wujud pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa ini. Antara teori yang popular mengenai pemerolehan bahasa adalah Teori Behaviouris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis. Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem- sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak- kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line). Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut. Jadi para

Upload: vince-here

Post on 19-Jun-2015

2.402 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Nota Literasi Bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Literasi Bahasa

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Ada banyak pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang proses

pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza, maka wujud

pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa ini. Antara teori yang popular mengenai

pemerolehan bahasa adalah Teori Behaviouris, Teori Mentalis dan Teori

Interaksionalis.

Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu

perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang

linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat

mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang

berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana

proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada

disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu

kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first

language is something every child does successfully, in a matter of a few years and

without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line).

Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari

bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah

bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan

secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada

pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa

tersebut. Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana ini boleh berlaku. Ada

dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini. Ada sarjana

yang berfikir bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai

oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan pertuturan ibu bapanya. Kemudian

terdapat pula sarjana yang memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa

itu kerana ianya sudah terancang untuk berkembang dalam kanak-kanak tersebut

dari segi biologis. Kanak-kanak yang terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya

mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa.

Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak

kurun ke-16 lagi (Zulkifly, 1990:326-331). Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann,

seorang ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas

Page 2: Nota Literasi Bahasa

teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada

tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnya telah dilakukan oleh Preyer pada tahun

1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepas kajian-kajian perintis ini terdapat

banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang berbeza

untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem

bahasa.

Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa

antara bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris

dengan bahasa Itali yang dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada

tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar &

Lexical Development: On-line). Pemerolehan bahasa merupakan satu proses

perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan

dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua

bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-

line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa

ibunda kanak-kanak berkenaan. Antara teori yang popular mengenai pemerolehan

bahasa adalah Teori Behaviouris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis.

Teori Behaviourisme (B.F. Skinner)

Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk

gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.

Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta

suasana dalam bilik darjah.

Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari

bahasa melalui hukuman dan ganjaran.

Page 3: Nota Literasi Bahasa

Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.

Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.

Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.

Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi

dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.

Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti “pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh meransang kanak-kanak bercakap.

Page 4: Nota Literasi Bahasa

Prinsip Teori Behaviorisme

Hubungan Toeri Behaviorisme Dalam P&P

Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.

Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.

Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.

Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

Bahasa yang ditamakan bahasa lisan

Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan

Wujudnya unsur rangsangan dan

tindak balas dalam P&P

Model-model bahasa yang terbaik perlu

diutamakan

Pengukuhan penting dalam P&P

Tulisan ialah bahasa kedua terpenting

Page 5: Nota Literasi Bahasa

Kekuatan Teori Behaviorisme

Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang persekitarannya terutamanya guru-guru mereka.

Mereka suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.

Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.

Teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Page 6: Nota Literasi Bahasa

Kelemahan Teori Behaviorisme

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

Hal ini kerana system pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada ransangan dan gerak balas yang ditunjukkan.

Sebagai contoh, guru akan beri ransangan seperti hadiah dan baru mereka member jawapan yang dikehendaki guru.

Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.

Page 7: Nota Literasi Bahasa

Teori Mentalis (Noam Chomsky)

Memperkenalkan analisis bahasa

Transformasi generatif (Chomsky).

Mendokong istilah generatif, kreatif,

eksplisit, kegramatisan dan transformasi.

Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu

proses kognitif.

Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa

sebagai proses pemikiran yang

melibatkan aktiviti mental.

Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.

N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini

berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti

Pemerolehan Bahasa.

Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi

untuk menguasai bahasa.

Page 8: Nota Literasi Bahasa

Ciri Tatabahasa

Hubungan Teori Mentalis Dalam P&P

Penguasaan bahasa kecekapan

dan prestasi

Tulisan dan bacaan

diutamakan

Kaedah kod-kognitif

Teknik hafalan

Pendekatan analisis

Undang-undang bahasa

ditekankan

CIRI TATABAHASA

Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami.

Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur.

Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis.

Page 9: Nota Literasi Bahasa

Teori Interaksionalis (Halliday)

Pandangan Dalam P&P

Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976).

Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa - hanya

boleh mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Kanak-kanakperlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan

bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

Mementingkan aktiviti komunikasi.

Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.

Pandangan dalam P&P

Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses

mental dan linguistik

Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai

undang-undang bahasa dalam P&P

Seseorang pelajar perlu menggunakan

struktur-struktur bahasa yang betul

dari segi tatabahasa dan makna

Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid

Menganggap penyampaian makna (semantik) penting

namun struktur bahasa perlu berjalan

serentak

Page 10: Nota Literasi Bahasa

Prinsip P&P Interaksionalis

Kelebihan Teori Interaksionalis

Merupakan interaksi sosial harian.

Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.

Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Prinsip P&P interaksionalis

Penyampaian makna bermakna dalam

komunikasi

P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang

bermakna

Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan

linguistik

Page 11: Nota Literasi Bahasa

Kelemahan Teori Interaksionalis

Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

Walau bagamanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan

pemikiran tentang dunia sosial.

Pebezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan

masyarakat adalah tidak terbatas.

Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan

masyarakat.

Page 12: Nota Literasi Bahasa

Apa itu KIA2M

KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca ialah program yang dirancangkan

khusus untuk membantu murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca

dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah memastikan mereka

menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Dari segi perlaksanaannya ,

KIA2M dijalankan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu di

sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh Negara. Di sekolah

kebangsaan, program ini dijalankan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu,

iaitu 12 waktu. Kemahiran KIA2M juga diterapkan dalam mata pelajaran Seni Visual

dan Pendidikan Muzik yang kedua-duanya diperuntukkan sebanyak dua waktu. Bagi

sekolah Jenis Kebangsaan pula, Sembilan waktu diperuntukkan bagi program ini

dan diajar dalam waktu Bahasa Melayu sahaja. Elemen penting dalam KIA2M ialah:

a) Dilaksanakan untuk murid Tahun 1 di SK dan SJK dlam Bahasa Melayu

b) Semua murid Tahun 1 akan disaring pada bulan April menggunakan

instrument Penapisan KIA2M. Tujuannya untuk mengasingkan murid

mengikut pencapaian tertentu berdasarkan skor yang ditetapkan.

c) Skor 0-9 memerlukan murid dirujuk kepada pegawai perubatan. Jika murid

berkenaan didiapati tiada masalah pembelajaran maka dibenarkan mengikuti

Kelas Pendidikan Khas.

d) Skor 10-44 memerlukan murid mengikuti kelas KIA2M. Manakala murid yang

mendapat skor 45-60 akan ke kelas perdana.

e) Dalam masa tiga bulan mengikuti program ini, murid-murid perlu dimantapkan

dengan kemahiran yang telah ditetapkan.

f) Semua kemahiran adalah menjurus kepada usaha untuk menyediakan murid-

murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam subjek Bahasa

Melayu.

g) Kemahiran asas yang digunakan terbahagi kepada dua jenis, iaitu kemahiran

teras dan kemahiran lanjutan.