nota kursus skm tahap 1 pembersihan kawasan ladang

19
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER TAHAP / LEVEL SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M 02 PEMBERSIHAN KAWASAN LADANG NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 04. 08 01. 01 MERUMPUT KAWASAN BUAT KERJA PEMBERSIHAN LADANG OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES BERSIH KAWASAN LADANG MENGGUNAKAN PENCAKAR, CANGKUL, SARUNG TANGAN, BEKAS SAMPAH, KERETA SORONG, BALDI, AIR BERSIH, ALAT PENYEMBUR RACUN, RACUN RUMPAI, PUNGKIS, BAHAN PEMBAKAR, MANCIS / PEMETIK API, PARANG, PAKAIAN

Upload: suhaimi-sobrie

Post on 31-Oct-2014

191 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Nota Kursus Pekerja ladang pertanian Y-050-1

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEETKOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

Y-050-1

PEKERJA LADANG PERTANIANAGRICULTURAL FARM WORKER

TAHAP / LEVEL SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE

M 02 PEMBERSIHAN KAWASAN LADANG

NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT

04. 0801. 01

MERUMPUT KAWASANBUAT KERJA PEMBERSIHAN LADANG

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

BERSIH KAWASAN LADANG MENGGUNAKAN PENCAKAR, CANGKUL, SARUNG TANGAN, BEKAS SAMPAH, KERETA SORONG, BALDI, AIR BERSIH, ALAT PENYEMBUR RACUN, RACUN RUMPAI, PUNGKIS, BAHAN PEMBAKAR, MANCIS / PEMETIK API, PARANG, PAKAIAN KESELAMATAN, ALAT KESELAMATAN, TOOL KIT DAN MINYAK PELINCIR SUPAYA RUMPAI DITEBAS RAPAT KE TANAH, SISA RUMPAI / SAMPAH DILONGGOKKAN SECARA TERSUSUN, SISA RUMPAI / SAMPAH DILUPUSKAN DENGAN KAEDAH DIBAKAR/DITANAM/DIKOMPOSKAN, RUMPAI DIRACUN MELIPUTI KAWASAN DITENTUKAN DAN KAWASAN DIBERSIHKAN DARIPADA RUMPAI MENEPATI GARIS PANDUAN “AMALAN PERTANIAN BAIK” (GAP).

NO KOD / CODE NO. Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 14

Page 2: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 2 drp : 14

1.0 RUMPAI / SAMPAH

1.1 Definisi Rumpai/Sampah

Rumpai

Rumpai ialah semua jenis tumbuhan di dalam sesuatu kawasan di mana tumbuhan itu tidak dikehendaki. Definisi rumpai yang lain adalah :

Sebarang tumbuhan yang mengganggu aktiviti dan kebajikan manusia.

Mempunyai daya persaingan dan sangat agresif. Tumbuhan yang hidup dengan cepat dan agresif hingga menyingkir tumbuhan yang lain.

Tumbuhan yang kekal dan sukar dikawal. Tidak berguna dan tidak memberi faedah. Tumbuhan yang tidak

diperlukan dan perlu dikawal. Tumbuhan yang tumbuh tanpa ditanam atau disemai. Tumbuhan yang hidup liar yang tumbuh di kawasan pertanian dan

biasanya buruk dipandang mata. Rumpai adalah tumbuhan yang mempunyai cara pembiakan yang

sangat berkesan.

Sampah

Sampah ialah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Ia boleh terdiri daripada perkara-perkara seperti berikut :

Tin-tin minuman Kaca Kertas Sisa koyakan polibeg Bekas racun Pecahan pasu Sisa pungkasan Guni-guni reput/koyak dan lain-lain bahan tidak dikehendaki

2

Page 3: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 3 drp : 14

1.2 Aktiviti Menebas / Melonggok / Melupus

Kerja-kerja pembersihan kawasan untuk memajukan projek pertanian adalah penting untuk memastikan kawasan yang diusahakan bersih dari sebarang tawaran yang tidak dikehendaki.

Kerja-kerja menebas, melonggok dan melupuskan tumbuhan rumpai dan sampah dilakukan pada peringkat awal pembersihan kawasan.

Aktiviti menebas rumpai

i. Kawalan rumpai secara menebas, mencangkul, mencabut dengan tangan dan menggunakan sungkupan. Kaedah kawalan rumpai ini dipanggil amalan kultur.

ii. Menebas boleh dilakukan dengan menggunakan parang panjang dengan memotong bahagian atas rumpai ke paras tanah.

iii. Menebas tidak begitu sesuai untuk mengawal rumpai yang tumbuh rapat dengan tanah.

iv. Kebanyakan rumpai perlu ditebas pada peringkat pertunasan atau lebih awal lagi kerana pada masa ini masalah rumpai masih belum serius.

Aktiviti melonggok rumpai/sampah

i. Kumpulkan semua sisa rumpai dan sampah dengan menggunakan penyapu dan pencakar.

ii. Sekiranya sisa rumpai dan sampah banyak boleh dikumpulkan dengan membuat beberapa longgokan.

iii. Tiap-tiap satu longgokan boleh bergaris rentas antara 3.3 hingga 6.6 meter.

iv. Gunakan skop atau tangan untuk memasukkan longgokan tadi ke dalam bekas, bekas sampah.

v. Gunakan kereta sorong untuk mengangkut bekas-bekas sampah ke tempat pelupusan rumpai dan sampah.

Aktiviti melupus rumpai/sampah

i. Membakar pelupusan sisa rumpai dan sampah yang hendak dibakar dan dimasukkan ke dalam tempat pembakaran.

3

Page 4: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 4 drp : 14

ii. Longgokan sisa rumpai dan sampah dibalikkan semasa pembakaran untuk mempercepatkan proses pembakaran dan pelupusan.

iii. Benda-benda seperti tiub getah, tayar terpakai atau kertas boleh digunakan sebagai bahan pembakar.

iv. Jika menggunakan minyak tanah sebagai bahan/pembakar, curahkan sedikit minyak ke atas longgokan sampah dan letakkan bahan pembakar yang telah dibakar ke atas longgokan sisa rumpai dan sampah tersebut.

v. Pembakaran ini hendaklah dikawal supaya tidak merebak ke kawasan lain.

Menanam rumpai/sampah

i. Semua sisa rumpai dan sampah yang tidak boleh dikitar semula dikumpulkan di suatu tempat tertentu untuk ditanam.

ii. Sediakan lubang berukuran 1m x 1m x 1m dengan menggunakan cangkul dan masukkan sisa rumpai dan sampah tadi ke dalam lubang.

iii. Kambus sisa rumpai dan sampah tadi dengan satu lapisan tanah setebal 0.3 m (1 kaki) dengan menggunakan cangkul.

Membuat kompos

i. Sisa rumpai dan sampah boleh dilonggokan mengikut saiz 1m x 1m.

ii. Kemudian kapur boleh ditaburkan rata-rata di atas longgokan tadi.

iii. Kemudian longgokan tadi boleh ditutup dengan plastik dan ditindih dengan pemberat dan dibiarkan beberapa hari untuk dijadikan baja kompos.

[Rujuk juga Kertas Kerja Y-050-1 M01 – Kaedah membuat kompos]

4

Page 5: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 5 drp : 14

ALAT PEMBERSIHAN LADANG

2.1 Jenis alat-alat digunakan

Jenis alat pembersihan ladang yang digunakan adalah seperti berikut :

a) Kereta Sorongb) Bekas sampahc) Sarung Tangand) Baldie) Alat penyembur racunf) Pungkisg) Pencakarh) Mancis/pemetik apii) Parangj) Pakaian keselamatank) Cangkull) Tajakm) Tool kit

2.2 Fungsi alat pembersihan ladang

a) Kereta sorong berfungsi untuk mengangkut beg-beg berisi rumpai/sampah yang diisi ke tempat pelupusan.

b) Sarung tangan berfungsi untuk melindungi tangan dari racun dan terkena kotoran untuk menjaga kebersihan.

c) Boleh berfungsi untuk mengisi air dan mengacau bancuhan racun untuk dituang ke dalam tong racun melalui penapis.

d) Alat penyembur racun berfungsi untuk menyembur bancuhan racun dari tangki keluar dari bentuk cecair ke dalam bentuk titisan secara manual atau bermotor.

e) Pungkis berfungsi untuk mengisi sisa rumpai atau sampah untuk diangkut ke tempat pelupusan.

f) Pencakar berfungsi untuk mengait dan mengumpul semua sisa, rumpai, sampah dan ranting-ranting kayu.

g) Mancis/pemetik api berfungsi untuk menyalakan api untuk membakar sisa rumpai dan yang dikumpulkan.

h) Parang berfungsi untuk menebang tumbuhan kayu kecil, membuat lubang dan menebas semak samun.

5

Page 6: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 6 drp : 14

Jenis parang yang diguna untuk menebas

i) Pakaian keselamatan berfungsi untuk melindungi semasa membuat kerja-kerja meracun di ladang.

j) Cangkul berfungsi untuk menarah dan menyingkir tanaman di kawasan tanaman berbaris, birai longkang dan lorong laluan.

k) Tajak berfungsi untuk menarah dan menyingkirkan rumpai di sawah padi di parit dan dilongkang.

l) Tool kit berfungsi untuk menyimpan pelbagai peralatan kerja yang kecil didalamnya.

[Rujuk juga Helaian Maklumat Y-050-1 TG01 IS2]

2.3 Selenggara Alat Pembersih Ladang

i) Semua alat-alat pembersihan ladang perlu dibersihkan dengan air, daripada kekotoran seperti tanah, minyak, debu-debu dan sebagainya.

ii) Periksa bahagian-bahagian mesin yang berskru dan ketatkan jika longgar.

iii) Simpan di dalam stor alat yang telah ditentukan.

6

Page 7: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 7 drp : 14

2.4 Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat pembersihan ladang.

i) Jangan tinggalkan merata tempat segala alat-alat peralatan tajam dan merbahaya.

ii) Pakai pakaian keselamatan semasa bekerja menggunakan peralatan ladang.

iii) Menggunakan peralatan mengikut kaedah dan cara seperti yang diterangkan di dalam manual penggunaan.

iv) Jangan biarkan mesin hidup jika tidak digunakan.

v) Jangan cuba menyesuailaraskan alat mesin semasa bekerja.

vi) Semua alat hendaklah diperiksa dan diuji sebelum digunakan.

vii) Semua alat hendaklah dibawa dengan cara yang betul.

7

Page 8: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 8 drp : 14

RACUN RUMPAI

3.1 Jenis racun rumpai

i. Racun rumpai sentuh

Racun jenis ini disembur pada daun dan batang dan pada keseluruhan rumpai yang mengakibatkan kecederaan secara sentuh lazimnya racun ini dapat rumpai berdaun lebar, rumput, rusiga dan paku pakis.

Contoh : Paraquat

ii. Racun rumpai serap

Racun jenis ini juga disembur pada daun dan batang rumpai. Racun bergerak dari punca yang terkena semburan ke bahagian lain rumpai. Kesan semburan dapat dilihat setelah dibiarkan beberapa hari.

Contoh : Glyphosate

iii. Racun rumpai separa serap

Racun jenis ini juga disembur pada daun dan batang rumpai. Setelah disembur, bahan aktif akan bertindak di dalam daun dan akhirnya membunuh daun tersebut.

Terdapat juga sedikit pergerakan bahan aktif daripada daun dan pembentukan kesan racun akan terjadi apabila terkena cahaya matahari. Bahagian daun yang hijau akan berubah warna dan rumpai akan mati dalam masa beberapa hari.

Contoh : Glufosinate Ammonium

iv. Racun rumpai sisa tanah

Racun jenis ini disembur pada tanah yang bersih daripada rumpai dan akan kekal aktif untuk beberapa waktu. Apabila biji benih rumpai bercambah akar atau pucuknya akan menyerap racun dan seterusnya akan mati.

Contoh : Bensulide, metolachlor dan pendimethalin

8

Page 9: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 9 drp : 14

3.2 Langkah keselamatan

Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika menggunakan racun rumpai sebagaimana berikut:

a) Semasa penyemburan

i. Alat-alat penyembur dipastikan berada dalam keadaan elok. Tangki yang bocor boleh mencederakan pekerja.

ii. Gunakan pakaian yang sesuai seperti topi, baju berlengan panjang, sarung tangan getah dan penutup hidung dan mata.

iii. Pastikan kadar semburan tidak melebihi kadar yang disyorkan.

iv. Jangan menyembur racun melawan arah angin kerana membahayakan pekerja.

v. Pastikan kanak-kanak dan haiwan ternakan tidak berkeliaran ke tempat rumput yang baru disembur dengan racun.

vi. Jangan menyembur racun pada waktu panas.vii. Basuh segera bahagian badan yang terkena percikan

racun.viii. Jangan makan atau merokok ketika menyembur racun.ix. Selepas menyembur racun, hendaklah mandi dengan

sabun.x. Pakaian yang digunakan untuk menyembur racun mestilah

direndam dan dibasuh.

b) Pembersihan alat penyembur.

i. Tangki dan alat penyembur perlu sentiasa dijaga supaya di dalam keadaan baik.

ii. Tangki dan alat perlu di cuci setiap kali selepas digunakan.iii. Jangan gunakan penyembur yang sama untuk semua

jenis racun. Khaskan satu tangki penyembur untuk racun rumpai dan yang lain untuk racun kulat atau racun serangga.

iv. Penapis, muncung dan getah penyambung perlu diteliti supaya sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bocor.

v. Pam diteliti supaya injap penggolek atau diafragma berada dalam keadaan baik.

vi. Penyembur yang telah kering disimpan dalam stor supaya terhindar daripada terdedah kepada habuk dan keadaan lembap.

c) Penyimpanan Racun Rumpai

i. Bekas racun hendaklah disimpan dalam setor khas berkunci tetapi mempunyai sistem peredaran udara yang mencukupi.

9

Page 10: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 10 drp : 14

ii. Elakkan daripada menyimpan racun bersama-sama bahan makanan dan baja.

iii. Jangan terlalu banyak menyimpan racun pada satu tempoh masa. Racun yang disimpan terlalu lama mungkin akan rosak dan akan mengurangkan keberkesanannya.

iv. Elakkan racun daripada terdedah kepada cahaya dan suhu yang tinggi.

v. Racun perlu disimpan dalam bekas-bekas asal.

d) Pembuangan Bekas Isian Racun

i. Bekas-bekas racun yang tidak digunakan perlu dibuang dan tidak dibiarkan berselerak.

ii. Bekas-bekas racun perlu dicuci dengan bersih sebelum ditanam pada kedalaman sekuarang-kurangnya 75cm.

iii. Bekas-bekas plastik tidak boleh digunakan.

3.3 Aktiviti menyembur racun rumpai

i. Alat penyembur digunakan untuk mengubah racun daripada bentuk cecair ke dalam bentuk titisan. Saiz titisan sangat penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu racun rumpai yang disembur.

ii. Bagi penyembur isipadu rendah biasanya boleh menyembur pada isipadu kurang daripada 50 liter/ha dan bersifat sistemik.

iii. Bagi racun jenis sistemik, tumbuhan tidak perlu dibasahi keseluruhan kerana racun tersebut boleh diangkut.

iv. Dengan semburan isipadu (ultra low volume), titisan yang kecil lebih berkesan kerana lebih mudah melekat pada pokok dan dapat mengenai keseluruhan tumbuhan terutamanya rumpai jenis kecil.

v. Alat penyembur jenis sandang banyak digunakan kerana mudah dikendali dan tidak terlalu mahal.

vi. Cecair diisi ke dalam tangki mengikut isipadu tangki di antara 5-15 liter.

vii. Jumlah cecair dibawa dengan cara tangki disandang pada bahu atau digalas dibahagian belakang. Tangki dibuat daripada keluli tembaga, keluli nirkarat atau palstik yang lebih ringan dan senang dibawa.

viii. Penyembur digerak dengan tangan dengan adanya tuil bagi mewujudkan tekanan di bahagian dalam tangki. Pam yang digunakan untuk jenis ini ialah jenis diafragma.

ix. Tuil digerak berulangkali lalu mewujudkan tekanan dalam suatu ruang. Tekanan yang wujud akan menolak cecair didalam tangki itu keluar.

x. Ada juga penyembur yang tidak perlu dipam semasa menyembur racun tetapi sebaliknya tangki telah dipam terlebih dahulu sebelum digunakan. Jenis ini disebut sebagai “penyembur pneumatik”.

10

Page 11: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 11 drp : 14

xi. Tangkinya tidak boleh diisi penuh dengan cecair. Ruangan di bahagian atas cecair adalah perlu supaya udara dapat dipamkan bagi mewujudkan tekanan dan mengekalkan pengaliran cecair melalui muncung.

xii. Biasanya terdapat suatu tanda di bahagian atas tangki bagi menandakan aras maksimum larutan yang boleh diisi.

xiii. Semasa menyembur racun, tekanan di dalam tangki berkurangan dan perlu dipam semula ke dalam apabila tiada lagi tekanan.

11

Page 12: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 12 drp : 14

PEMBERSIHAN KAWASAN

4.1 Definisi GAP (Good Agriculture Practice) – Amalan Pertanian yang Baik

i. Amalan pertanian yang baik adalah amalan pengurusan tanah dan substrat, penggunaan bahan tanaman dan input, pengurusan pembajaan dan kawalan perosak, pengendalian lepastuai, pengurusan dan pembuangan sisa ladang, penggredan, pembungkusan dan perlabelan serta kebajikan dan kemudahan pekerja.

ii. Produk-produk yang dikeluarkan dari ladang-ladang ini pula hendaklah berkualiti dan selamat untuk dimakan dan mempunyai bentuk, rupa dan rasa yang baik serta mengandungi sisa baki racun perosak dan kandungan logam berat dibawah paras yang dibenarkan.

4.2 Aktiviti pembersihan kawasan ladang

i. Kerja-kerja pembersih kawasan ladang di tapak lama/sedia ada dimulakan dengan menebas semak samun, mengumpul sampah dan meratakan tanah.

Peralatan mesin boleh diguna untuk kerja menebas rumpai

ii. Racun rumpai yang disyorkan boleh disembur untuk membantu kerja-kerja pembersihan sebelum membaja.

iii. Semak-samun dapat dibersihkan dan patogen penyakit dapat dibasahi melalui pembakaran.

iv. Racun rumpai sebelum cambah disembur setelah batas disediakan supaya pengawalan rumpai akan lebih berkesan.

v. Kerja-kerja merumput selepas menanam di ladang boleh dilakukan dengan tangan kerana cara ini kurang menjejaskan pertumbuhan pokok.

12

Page 13: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 13 drp : 14

4.3 Langkah-langkah keselamatan

i. Membuang segala akar, bebawang dan keratan untuk mengalakkan percambahan semula.

ii. Pengumpulan rumpai/sampah mesti sistematik dan teratur untuk memudahkan kerja pembakaran dan pengurusan kawasan yang dibersihkan.

iii. Elakkan daripada mengganggu tanah atas yang kaya dengan bahan organik dan nutrien, bagi memelihara kesuburan tanah.

iv. Beritahu kepada pihak yang berkenaan mengenai kerja pembakaran yang akan dibuat.

v. Arah angin perlu diambil kira sekiranya kawasan pembakaran berhampiran dengan jalan raya bagi mengelakkan kepulan asap merentasi jalanraya yang boleh mengakibatkan kemalangan jalanraya.

vi. Melakukan ‘Zero burning technique’ iaitu tidak melakukan sebarang pembakaran yang menyebabkan jerebu.

13

Page 14: Nota Kursus SKM Tahap 1 Pembersihan Kawasan Ladang

NO. KOD Y-050-1 /M 02 / KP / 01 Muka : 14 drp : 14

RUJUKAN

1. Nota mata pelajaran Pengurusan Tanaman Semester I – Institut Pertanian Semenanjung Malaysia

2. Abu Bakar bin Haji Ahmad dll. (1994), Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah, Kuala Lumpur : Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM).

3. Hamdan bin Ab. Manap (1992), Penggunaan jentera dalam kerja-kerja penyediaan kawasan untuk sayur-sayuran – Nota Kursus Teknologi Penanaman Sayur-sayuran, Serdang : Cawangan Kejuruteraan Pertanian MARDI.

14